Pages

Wednesday, January 14, 2015

MAMA SEKOLAH PERTAMAKU

Bismillah
Sebelum anak-anak melangkah ke sekolah,kita sekolahkan diorang dulu..tak payahlah seratus peratus serah pada cikgu, tugas cikgu mengajar subjek tertentu tapi kita kat rumah boleh ajar semua subjek..
ada setengah parents hantar anak,lepas tu lepas tangan..esok pergi sekolah balik macam biasa..bila exam anak-anak dapat result teruk salahkan anak tak belajar,atau marahkan cikgu..cikgu ajar tangkap muatlah,fokus pada kelas pertamalah..dan macam-macam lagi..
bila anak belajar kat rumah mak bapak sibuk tengok tv,sibuk makan..sibuk bising-bising..manalah budak tu tak tension..
kebanyakkan mak bapak ni suka sangat bandingkan dengan orang lain..contoh anaknya dapat result cukup makan,lepas tu boleh cakap budak yang sorang tu lagi teruk..ni cakap nak sedapkan hati je...cubalah bandingkan budak yang lebih pandai..contoh,kenapa dia boleh kamu tak boleh,kenapa dia boleh dapat A kamu tak boleh dapat A..barulah kena pada tempatnya dan ada cabaran kat situ...
Macam mana nak bijak dalam mencari ilmu solat pun malas...kebanyakkan mak bapak kesian nak kejut anak-anak solat subuh..kesian nak paksa anak-anak solat..kalau bab dengan Allah semua kesian..tapi kalau anak-anak tak ada tap,hp atau apa-apa gajet kesian pula..."aku kesian tengok anak aku,anak orang tu ada tap ada hp, nantilah cukup bulan aku belikan"..seolah-seolah kalau tak ada semua tu tak majulah ye...
tengok aje zaman sekarang semua hp anak-anak semua canggih-canggih kalah mak bapaknya sendiri...
bila dah dapat faham-faham ajelah..

seawal-awal pelajaran nak bagi pada anak ialah ilmu akhirat..takpelah kalau hari-hari kita sebut semua Allah sikit-sikit Allah,sikit-sikit solat, sikit sikit Nabi.bila bercakap selit jer unsur-unsur dakwah...in shaaAllah anak-anak tak boring malah banyak tanya lagi...

Renung kisah dibawah ini...

"Sini nak, ummi nak tanya sekejap!" Isteri memanggil Ilkiya sambil memegang buku 'Membentuk Keperibadian Anak Sejak Dini" yang sedang dibacanya. Ada perkara yang ingin dibuktikannya!

"Ya ummi, ada apa?" jawab anakanda Kiya sambil mendekati umminya membawa kereta mainannya.

"Cuba Kiya perhatikan, sekiranya ummi letak cincin permata di jari ummi ini, mana yang lebih cantik, jari ummi atau cincin permata itu?" tanya isteri embali sambil menanti jawaban dari Ilkiya.

"Jari Ummi tentu lebih cantik dan indah!" jawab Ilkiya spontan.

"Ya kah?" tanya isteri kembali dalam keadaan terharu bahagia.

"Kenapa jari ummi yang lebih cantik!" tanya isteri menyambung.

"Jari ummi Allah yang menciptanya! Cincin itu kan manusia yang buat! Jelas ciptaan Allah lebih cantik!" jawab Ilkiya dengan tenang! Alhamdulillah, terbukti!




"Tiba masamu bertambah dekat bersama anak-anakmu di rumah. Aku ar-Razzaq, kau berikan yang terbaik untuk mereka, Aku atur yang terbaik untuk kalian semua. Yakinlah!"


12 comments:

  1. memang kadangkala kita lalai..banyak lagi kekurangan diri ini perlu diperbaiki..terima kasih km ingatkan yan..

    ReplyDelete
  2. Itulah Nor, pepatah org kita pun selalu kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau tiap hari dari kecik dah dipasak dgn iman tak mustahil yg baik-baik hasilnya. Dinding dan tiang kena kukuhkan dulu sebelum apa-apa 'renovate'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju sgt..
      Anak-anak menjadi lebih mendengar nasihat jika diasuh sedari kecil kerana belum terpengaruh dengan unsur negatif.

      Delete
  3. ibu bapa tak boleh sepenuhnya serah pada cikgu kan. dekat rumah pun anak anak ena belajar jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye... suami soleh punya isteri yg solehah
      tk mustahil mewarisi anak2 yg soleh dn solehah.
      mudah2an kita istiqamah kn...

      Delete
  4. setuju sangat apa yg knor cakap tu....mak bapak lebih kesian anak2 x ada HP x ada tab ... bab solat ambil sambil lewa...kecil2 tak nak paksa...bila dah besar baru nk paksa solat ...mmg susah...nak jadi anak baik...kita kena jadi baik dulu...sama2 kita berusaha untuk menjadi ibu bapa cemerlang...

    sambil2 tu klik promoted content :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pendpt noe yg bernas siapa lgi klu bukn kita contohnya..
      sambil tu cri ilmu utk ditokok tmbh... mendidik kna ada ilmu juga ye noe..

      Delete
  5. Assalam kak Nor..lama JM x singah sini kan..masih ingat pada JM lagi tak hehehe

    ahaah...apa yg kaka nor ckp tu mmg realiti..anak2 x solat x rasa apa2 pun..x rasa bersalah pun tetapi kalau anak2 dx dpt gajet, hp, baju baru mesti rasa..kasihan anak aku nih..sbg parent perlu ubah cara pemikiran..bagaimana nak nk excellent kalau jauh diri dari Allah..begitu juga kita sbg hamba Allah..bagaimana nk dpt rezeki lebih jika Allah kita x ingat. PEringatan kepada JM juga

    ReplyDelete
  6. Knor.....ni ha.....okje dtg nak berguru dgn Knor subjek keibubapaan.....ajari aku .....
    Pleaseee...
    Budak budak rumah ni tak tercabar langsung Knor kalau cakap cenggitu, dia komplen lagi ada....ibu ni suka sangat banding bandingkan dgn anak orang

    ReplyDelete
  7. Kisah selingan yang menarik sangat tu Knor.. pasti didikan ibunya sangat baik sehingga anak pandai dan bijak sedemikian.

    Hal yang memang patut dihayati bersama. Saya kalau sebagai guru ada masa berasa ada murid yang maknya mengabaikan pendidikan, memang serahkan bulat2 kepada sekolah.. sekolah istilah sebenarnya pada pendapat saya.. dh dihantar ank ke sekolah, itulah.. siapa cikgu maknya tak kisah selagi tak ada masalah. Apa nak dah belajar apa tak belajar pun tak ditanya. Tapi bila ada masalah meletup marahnya tak kira apa lagi.

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)