Pages

Sunday, May 31, 2015

PRODUK ORANG KITA


Alhamdulillah ramai tetamu bertandang ke rumah semalam,rumah yang sempit bertambah sempit..rezeki bukan saja pada,makanan,pakaian,duit semata tetapi kunjungan saudara mara juga adalah rezeki dari Allah..semua datang tanpa temu janji..tak cukup tangan kapal aku tadahkan..siap berjual beli di dalam rumah ku..itulah dia ukhuwah barakah dalam berniaga..
pagi ke klang delivery rempeyek,jumpa anak untuk lunch,lepas zohor memenuhi udangan majlis berkhatan..
sudahnya aku jamu tetamu dengan air tangan orang lain...semuanya bertapau..
biasalah bila kita membeli ada saja yang tak kena...kuih tak masaklah,kuih keraslah...di sini agak hampa....


adik tengah memilih kain ela untuk di buat baju raya...gambar memang kabur pun..ini saja yang sempat di capture...
memang rambang mata sampai aku tak terbeli..(sebenarnya aku tak suka tempah-tempah ni..sangat leceh)asal ada cukup..
akhirnya rezeki anak buah, jualan dia memberangsangkan...hasil jalaan tetamu yang lain...lumayan gitu...

antara kain-kainnya...boleh juga buat sarung bantal,sarung kusyen,selimut,sarung sofa..baju kurung,kemeja,skirt dan juga langsir...bukan setakat buat baju saja ye..pelbagaikan...heheh.
janji barang terjual....kan..kan...orang kata berniaga kena kental,gigih sentiasa bersemangat..jangan ada sifat sentap-sentap ni...

dah cukup pasal kain-kain tu..uolls suka tak produk melayu..aku suka sangat menyokong..ini antaranya...

walaupun tak ada tanda halal tapi ini compom buatan orang melayu...cuma mungkin bungkusannya tak sehebat bangsa lain..pada aku tak mengapa..janji orang kita buat...dah tentu mak-mak cik kampung jaga kualiti produk..biasalah produk kampung mana ada orang yang sanggup bagi pinjaman berjuta...kita faham sudah...

mana aku dapat keduanya di atas..?
aku beli dari seorang mak cik pasar yang kedainya hampir nak bangkrup.ada kedai,tapi barang boleh di kira dengan jari...tapi aku tengok makcik ni happy jer..dia jual barang yang dia suka...buatan kampung..dari kedah(kampung) atau dari melaka...paling banyak dari kedah...semua anak-anaknya perempuan semua belajar di universiti..dan ada yang dah bekerja berpangkat besar...
kalau nak cari produk muslim pergi aje kedai mak cik ni..di pasar gombak...

korang sanggup ke makan tau foo,tao chu,bihun,dll kalau yang membuatnya tak berbaju peluh mengalir,nampak segalanya.walaupun produknya ada tanda halal...(belum tentu halal jakim)...baru-baru ini macam-macam produk makanan tersebar dengan perkara yang kita tak jangkakan...sampai aku naik muntah..tak sanggup nak tengok pun..antaranya produk yang orang melayu suka makan....aku elakan pergi pasar malam sekali pun....aku cuma beli sayuran dan buah-buahan...buah-buah juga tak boleh percaya dah sekarang ni.....minyak,beras telur..dll lagi..
hari-hari kita di sumbatkan kedalam mulut dengan makan entah apa-apa..

inikah punca segala macam gejala buruk berlaku dan semakin parah...

Aku jual rempeyek tapi tak letak tanda halal ada sapa-sapa nak beli...?

JADILAH ORANG YANG PEKA






Wednesday, May 27, 2015

SISTEM KBAT GANDAKAN USAHA

Sistem KBAT memang memeningkan kepala budak-budak,,Berfikir Aras Tinggi..Begitu juga Muhammad ,Iman dan azhan...tingkatkan usaha berganda maklum tusyen pun tak ada...belajar sendiri sendiri saje..."dalam kelas,semua kawan-kawan iman  pergi tusyen hanya iman saja yang tak ada tusyen..ayat yang iman bagi tau kat aku.."takpe'..tak penting pun,yang penting iman tu nak belajar..."ok'..

Positif..

gred markah pelajar juga dinaikan..kalau tak dapat 85 keatas jangan harap dapat A...Maka usaha berganda..
anak-anak belajar dengan usaha mereka dan tunjuk ajar guru...aku cuma memantau,menegur,memeriksa dan bagi makan yang baik-baik saja...selebihnya berdoa dan tawakal.


 Keputusan exam pertengahan tahun Iman dan Muhammad baru-baru ini...

 Muhammad top 4

 Iman soffea top 1

Apa yang kita harapkan semoga anak-anak kita seimbang antara duniawi dan ukhrawi..tu yang amat penting...cemerlang dalam akedamik..belum tentu mereka berjaya dalam hidup..namun sekiranya anak-anak kita cemerlang dalam menurut perintah Allah..In syaa Allah...dia juga akan berjaya dalam kehidupannya....

p/s n3 ni bertujuan untuk sentiasa memberi semangat dan menghargai usaha anak-anak..tiada lain selain daripadanya...

Tuesday, May 26, 2015

SUP KEPALA IKAN MERAH


Sekejap lagi muhammad nak pergi sekolah...sempat masak sup jer..
sup kepala ikan merah...campak-campak jer uolsss...

siapa yang tak reti masak sup tolong mengaku ye...??




Sambal belacan ibarat teman hidup..


Monday, May 25, 2015

ISU HALAL KEDAI KEK



Untuk makluman semua sijil halal sesebuah restoran boleh di tarik balik bukan disebabkan oleh makanan tidak halal sajer tapi kalau sekiranya ada menjual minuman keras pon boleh ditarik walaupun tak serve khinzir..




boleh rujuk URL: http://www.halal.gov.my/.../126-direktori-halal-malaysia

Sumber fb...

Sunday, May 24, 2015

NANAS PILIPINES


Baru aje balik dari pasar..dapatlah sedikit hasil tangkapan berbayar....
Bajet rm50 jer untuk tiga hari atau lebih...tengoklh keadaan...kadang lauk basah masih ada dalam peti ais gatal nak membeli lagi...

Aku focus pada buah-buah hari ni....sayur pun tak beli...
hari ni bercadang nak minum jus sahaja no makan-makan..sapa yg berpuasa ganti n sunat tu selamat berpuasa ye...

tanya makcik pasar tu.."ini nanas sarawak ke?
Nanas Philipines katanya...rm6.50.

Philipines pun antara pengeluar nanas terbesar jugakan....so belilah sebiji..


setakat ni belum jadi jus lagi...katanya manis,kita tengoklah nanti manis ke idak...


Bahannya:
Nanas
halia
lemon
Kisar,perahan lemon n minum...Enak bangat...berangan nak minum sorang jer ni...yang lain tak suka nanas..untunglah.


Jus nanas ni bukan sajer sedap tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan bahagian bibir dan di bahagian muka.Amalkanlh minum jus nanas,boleh settel masalah kencing tak lawas.
Enzim boleh meredakan bengkak-bengkak, kuatkan daya tahan badan serta hapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok. Haid yang tak lancar juga boleh jadi lancar..

Buah dan batang nanas boleh lembutkan daging juga...tau...

Rajin-rajinlah minum jus  ye sohabat semua....


Friday, May 22, 2015

BISKUT PUTRI SUSU


Tempahan masih berbaki,ikutkan dah tutup 15.5 tadi untuk bagi laluan tempahan raya pula..apa nak buat permintaan sangat memberangsangkan maka aku dengan senang hati buka hingga hujung bulan ini...lepas tu tutup untuk bagi laluan tempahan raya pula..segala msg,whatsapp,dan email penuh dengan tempahan,belum masuk tempahan mulut lagi..masih lagi terakam kat otak ni..tak sempat lagi nak tulis dalam dairi.. macam nak nangis gembira jer...semoga aku sehat hendaknya...

aku abaikan sekejap tempahan rempeyek tu...semalam aku rest..rest tapi tak restlah juga...
barang ada, aku rajinkan buat cookies pula...
biskut putri susu nama di beri...
mai kita tengok resepinya ..raya nanti uols boleh..
campak-campak jer uols...







Iman soffea punya idealah ni bermain dgn warna...

250gm butter
1 tin susu pekat
1biji telur
1 kg tepung jagung
1 sudu kecil esen vanila
bahan hiasan resberry kering
Coklat chip


cara caranya

pukul butter , telur sehingga kembang.
masukkan tepung jagung dan susu.
seterusnya , uli menjadi doh.
gunakan acuan bentuk ros untuk membentuk biskut
bakar dalam 150 darjah celcius.



siap sebalang kecil nak bagi adik...


Thursday, May 21, 2015

DAIRI SARAPAN


Hari ni aku sempat siapkan sarapan roti telur, hanya ambil masa lima minit ajer..ini adalah sarapan fev Iman soffea..kalau roti manis atau biskut biasanya tak nak makan pagi-pagi tu...


Jarang sangat Iman soffea ambil sarapan sebelum ke sekolah...hari-hari cuma makan kismis tujuh biji dengan secawan teh o..sebab mama juga, sibuk dengan tempahan tak sempat nak buat sarapan sampai iman dah biasa tak bersarapan.."maafkan mama iman...


"Seorang anak kecil sedang bermain-main dengan tanah. Si ibu pula sedang menyediakan hidangan untuk tetamu si ayah. Juadah selesai dihidangkan menunggu tetamu yang akan tiba. Tiba-tiba si kecil itu menabur debu tanah ke atas hidangan yang tersedia. Lalu si ibu berkata, “ Pergi kamu! Semoga Allah jadikan kamu imam kepada al-Haramayn”. Anak yang dimarahi ibunya itu sekarang sudah membesar menjadi Imam al-Haramayn iaitu Imam al-Sudaisi yang terkenal itu...


Muhammad punya ada tuna sedikit..."mama telur dengan tuna mana boleh campur..'??
alamak kantoi..sebenar aku tahu.."sajer nak tengok reaksi muhammad macam mana..
last dia ketepikan tuna..makan roti dengan telur jer...
berpegang teguh pada ajaran mama dengan ayah..love you anak-anak semua.......

Kasihnya Allah kepada kita tiada bertepi,pintu rahmatNya tiada noktahnya...


Tuesday, May 19, 2015

BICARA AKU


Pagi-pagi Iman soffea tanya kat aku.."mama, apa faktor-faktor yang menyebabkan perang?
"perebutan kuasa
"tamak
"dendam
"perkauman
itu je ker mama..?ye,setakat ni itu jer...
habis yang dekat burma tu bukan perangkan..itu penindasan..
ye..dendam kesumat dan dengki..ini syaitan bertopengkan manusia...

Bicara orang Aceh...

"InshaAllah kami warga Aceh siap membantu sebisa kami,dan Alhamdulillah kami sangat senang atas kedatangan saudara-saudara kami itu..
Kami akan berusaha semaxsimal mungkin agar bisa selalu memberikan perlindungan kepada mereka,dan Alhamdulillah kami orang Aceh tidak sama sekali terbebani
Hari ini kami bantu mereka,Dan InshaAllah berkat do'a mereka Allah senantiasa membantu kita.."


Alhamdulillah malaysia masih aman, tak mustahil akan terjadi....kalau cerita pasal isu semasa memang tak habis...

tak berasap dapur nanti...


 kek buah terlajak sedap...

250 gram tepung gandum

250 gram buah-buahan campuran
1 cwn gula perang atau putih (kurangkan manis sebab buah kering tu dah sedia manis)
1/2 cwn susu tepung
150gm Butter
1 sudu teh esen vanilla


Caranya:-

Guna senduk atau spatula pukul ringan2,mentega, gula,telur dan masukkan tepung, susu tepung dan baking powder yg dah di ayak. Masukkan ke dalam adunan , masukkan buah-buahan juga.Kacau sehingga sebati dan jangan terlalu lama.Bakar dengan suhu 180 darjah selama 45 minit.

Selamat mencuba...

 quaker oat cookies

Bahan-Bahan :

400 gm Quaker Oat sukat guna cawan pun boleh..anggaran 2 cwn..
200 gm/1 cwn gula Kastor - Aku pakai gula perang
150 gm butter
2 Biji Telur
1 sdk esen Vanila
coklat chip
serbuk koko

Cara-cara :
1. Pukul butter bersama gula hingga sebati...
2. Masukkan telur dan kacau rata , masukkan asen vanila.... dan gaul rata..
3. Masukkan quaker oat,serbuk koko dan gaulkan sampai sebati...
4. Panaskan ketuhar 175c....gris sedikit dulang pembakar dengan butter
5. Bentukkan bancuhan tadi menggunakan sudu atau bulat-bulatkan..bakar dengan suhu 175C selama 20 minit...

p/s macam nilah surirumah...dunia dia dalam kuali jer..
tulah sebab tangan yang menghayun buaian boleh juga mengoncang dunia...







Sunday, May 17, 2015

GEMBIRAKAN ANAK-ANAK



Semalam satu hari kat luar delever tempahan rempeyek, hantar bekal kat adibah..cari hadiah,cari kudapan adibah dan makan tengahari rumah adik..


bila rajin beraktiviti kat kampus banyaklah sumbangan dr pihak universiti..makan minum percuma..itu memang di cari adibah..katanya jimat sikit..makan kongsi-kongsi dengan rakan memang biasa juga..sekarangkan semua mahal,mana boleh jimat kita jimat...

Sementara anak-anak masih kecil dan mengharapkan kita..
Sementara anak-anak belum mampu berdikari
Sebelum terlambat..
Sebelum mereka dewasa...



mangkuk tingkat untuk adibah..dapatlah merasa air tangan mama..kari ikan pari, sambal udang
boleh kongsi dengan kawan-kawan...

puas hati dapat hantar makanan ..alhamdulillah


hadiah muhammad untuk guru kelas...dari membeli hingga bungkus kerja mamalah..beli tak sabar bungkus pun tak sabar..


hadiah iman soffea untuk guru kelas..iman lebih kreatif dan bersemangat...tak sabar juga...


Thursday, May 14, 2015

Wednesday, May 13, 2015

PAEDOPHILIA


Ambil tahu....

Paedophilia atau paedophile, adalah satu spesis manusia yang rare. Diorang ni kalau tengok budak-budak akan timbul rasa SEXUALLY attracted.
Rasa STIM.

Sebenarnya kat Malaysia ni, ada golongan pedophile ini. Memang ada dan memang wujud.

Cuma,
kesedaran kita ibu bapa di Malaysia terhadap gejala pedophilia ni amat sikit.Cuba pergi randomly tanya mana-mana parents kat luar sana,

"Apa itu pedophilia?"
80% daripada mereka mesti ingat pedophilia tu nama kuih ke, nama pokok ke,atau nama keju..

Most of us tak aware pasal ni. Dan bila tak aware,
kita tak faham kenapa terlalu banyak kes penculikan budak, kes budak hilang, pergi playground tak balik-balik, kes budak pergi beli kuih last-last kena rogol dengan pak guard dalam pondok guard, kes budak lelaki 5 tahun kena liwat berulang kali tapi tak cakap apa-apa sebab ingat benda tu normal, kes cikgu sekolah rendah perkosa murid, kes bayi diliwat, etc.

Bila baca kes-kes macam ni, kita sedih tapi KITA TAK FAHAM. Tak faham how can all this happen. Kenapa ada orang-orang yang pelik lahanat camtu perangai.
Kerja asyik nak attack budak je.

So apa yang kita boleh buat? Itu persoalannya sekarang.

Sebab ibu bapa lah yang kena main peranan PENTING. Kalau bukan mak bapak siapa lagi?
Nak harapkan pak guard protect anak-anak kita, pak guard tu punnnn pedophile. Cikgu kat sekolah punnnn boleh jadi pedophile. sapa-sapa pun tak boleh di percayaai la ni...
Obviously kita tak boleh ubah these pedophile people.
Kita tak mampu nak azan ke telinga mereka sambil menyeru mereka balik ke jalan yang benar. -..-
Mereka akan sentiasa mencari kanak-kanak untuk mangsa seterusnya. Tapi apa yang kita boleh buat ialah, MINIMIZE THE RISK.

Kurangkan exposure yang tak sepatutnya terhadap anak-anak kita. Contoh paling mudah, SOCIAL MEDIA.Itulah dia--
PEDOPHILES.

Pedophiles ialah the scariest kind of human-being yang ada extremeeee sexual imagination towards kids. Diorang ni ada point-of-view yang berbeza bila tengok kids, tak macam orang-orang normal yang lain. Tengok gambar-gambar contoh di bawah.

Scary kan?
U don't say ini semua tak lojik. Tak masuk akal, etc.
Pedophile always see kids sebagai pemuas nafsu. That's it.FIKIRRR sebelum upload apa-apa gambar anak di social media. Ye saya tahu anak awak comel. Telanjang pun comel. Semua anak pun comel. Kan?

Tapi jaga privasi mereka. Anak lelaki mahupun anak perempuan.

Gambar mandi, gambar tak pakai baju, gambar pakai skirt pendek, gambar terkangkang, gambar tengah change diapers, gambar anak pakai swimming suit, gambar bontot anak, those photos are high-risk photos! Pedophiles akan senang attracted dengan gambar kids yang menggeramkan camtu. Lagi comel lagi geram. You know what i mean.

"Ahhh lantak ahhh. Ni kan anak aku. Facebook aku. Instagram aku. Aku punya suka ahh!! Comel kott gambar anak aku tengah mandi. Lagipun FB aku friends tak ramai. Ada family members dan close friends je."

Bare in mind, pedophilia boleh jadi TANPA KITA SEDAR, boleh jadi SESIAPA SAJE termasuk ORANG-ORANG SEKELILING KITA.

Yes, anak-anak bagi kita mungkin comel. Adorable like hell. But to pedophiles. They get SEXUALLY AROUSED. Beza kan, comel dengan sexually attractive? Kan?

Pedophiles ni tak semestinya akan attack depan-depan, ada jugak pedophiles yang senyap-senyap.
Jenis yang save photos or videos of kids yang geram-geram tu, and they MASTURBATE and having sexual imagination using the photos.

Sounds insane kan? Tapi possible. Sumpah possible.

Dan ingat, walau se-private mana pun social media kita, it still can be access by public in so many ways.
Nothing is private when it is ONLINE.

"Ahhh merepek! Selama ni aku upload gambar bogel anak aku, takde apa-apa jadi pun!"

So kau nak tunggu anak kau hilang dulu, kena culik dulu, kena bunuh dulu, baru nak stop publish la? Hmm?

Act now. Mencegah lebih baik dari merawat. Kan?

These are 12 safety rules yang parents are encouraged to follow, to avoid our kids dari serangan pedophilia jahanam nih.

1) Never post photos of kids yang tak appropriate.
Contohnya tengah mandi, tak pakai baju, tengah tidur terkangkang, pakai skirt pendek, etc. Anak lelaki atau perempuan. Both kena jaga!

2) Never expose specifically lokasi sekolah anak, rumah babysitter anak, tempat anak main, etc.

3) Never post status yang macam, "Rindu anak mama yang tengah kat rumah babysitter tu. Hari ni mama balik lewat malam sikit ye sayang."

Atau,

"Baru suruh Daniel beli telur kat kedai runcit kat depan sana. Cepat balik tau! Mama nak masak ni."

NEVER.

4) Sentiasa teman anak kemana sahaja dia pergi.
Playground, rumah kawan, kedai, atau ke mana saje. Yes, anak kita mungkin dah boleh berdikari, tahu jalan balik apa semua. But remember, pedophiles are everywhere.

5) Latih anak untuk tidak duduk di atas peha / pangkuan sesiapa sahaja, terutama lelaki. Tak kisah dalam apa jua keadaan, dengan sesiapa saje. Kalau boleh, AVOID. Especially yang ada anak yang pasif atau jenis "duduk diam".

6) Jangan paksa anak kalau dia "tak selesa" dengan orang tertentu. Observe kelakuan anak, kalau-kalau dia nampak macam "takut" atau "mengelak" bila nampak mana-mana orang dewasa.

7) Alert dengan perangai anak. Kalau tetiba dia kemurungan atau ketakutan. There must be something yang ganggu fikiran dia.

8) Ajar anak supaya tidak membenarkan sesiapa sahaja pegang, tengok atau "tersentuh" their private part.

9) Ambil peduli bila anak tak puas hati dan sedang bercakap tentang seseorang (dewasa). Pay attention kalau-kalau there is something wrong with that particular adult.

10) Sentiasa pakaikan anak pakaian yang appropriate untuk tontonan umum. Simpan sikit kecomelan anak untuk diri sendiri. Jangan ditayang-tayang sangat.
Peha nak tayang, bontot nak tayang, ketiak nak tayang. NO!

11) Respect your kids privacy. Bila anak tak mahu bergambar atau need some space or privacy, hormati kehendak mereka.

12) Kalau ada tanda-tanda anak korang adalah mangsa pedophile, atau korang macam suspect seseorang itu adalah pedophile, terus call ChildLine 15999. Adu lah apa sahaja pasal child abuse kat situ dan dapat kan bantuan.

A Please parents.

We are currently living in an era yang langsung takde barrier. Langsung takde sekatan. Bila takde barrier takde sekatan, hence takde keselamatan. Pandai-pandai jaga diri. Pandai-pandai jaga anak sendiri.

Pedophiles are everywhere. Pedophiles can be anyone.

U don't say these people dont exist. They do. Dan RAMAI sebenarnya. Cuma kita yang tak tahu kewujudan mereka. Because diorang tak bodoh untuk mengaku yang diorang pedophiles. Kan?

Ada juga pihak yang kaitkan jenayah pedophilia ni dengan kos kahwin dan kos sara hidup di Malaysia. Kos kahwin dan kos sara hidup semakin merepek menyebabkan semakin ramai lelaki yang membujang. And they tend to use kids untuk melampiaskan syahwat. Satu, sebab kids senang. Lemah dan tak mampu melawan.

Na'uzubillahi min zalik.


copy n paste dan ada juga penambah suaian,kredit pada penulisnya..Hanya Allah membalasnya.

Tuesday, May 12, 2015

IKAN SEPAT KERING LEMAK CILI API UDANG GALAH


Lauk tengahari...masak lemak cili padi udang galah,ayam berempah untuk iman dengan muhammad sebab diorang tak makan udang...suami pun tak makan...yeah... aku makan sorang...adibah tengok udahlah ye....
resepi tak ada sebab senang sangat masak lauk ni...

Laut darat campur juga tapi...pandai-pandailah iman soffea makan ye...


makan setalam berdua dengan iman soffea..yang lain semua lauk mamanya..iman cuma ayam seketul tu...ikan kering sepat tu mak cik pasar paksa aku beli katanya tak masin n sedap nun jauh dari kedah...aku pun belilah dua ekor...goreng seekor jer...emmm memang sedap ...nanti nor beli lagi ye....ikan sepat ronggeng kering namanya..inilah lauk kampung hari-hari makan ikan sepat...sekarang payah nak dapat tau...



SOALAN KELOMPOK ATHEIS KEPADA SEORANG PEMUDA




Soalan Pertama
Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”


Soalan Kedua
Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga
Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”

Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”
Atheis: “Nombor 3″
Pemuda: “Nombor sebelum 3?”
Atheis: “Nombor 2″
Pemuda: “Nombor sebelum 2?”
Atheis: “Nombor 1″
Pemuda: “Nombor sebelum 1?”
Atheis: “Tiada”
Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat
Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima
Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab: “Tentu sekali.”



Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang,bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali
tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam
Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh
Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”


Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya. Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.

Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan
Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan
Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat.

Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.
Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Al-Fatihah buat al-Imam al
-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a (Imam Hanafi) serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah
wafat.



Monday, May 11, 2015

BAJU RAYA UDAH BELI KE BELUM??


Macam dah ada bau-bau kedai..oo dah buat persiapan baju raya ke korang..yang suka tempah tu mesti dah awal-awal lagikan..
aku pula jenis beli yang dah siap..kalau masa anak dara tempah juga,tapi sekarang macam tak lalu jer nak tempah-tempah ni....
kalau sebelum ni suka buat persediaan raya sebelum puasa,tapi pengalaman sebelum-sebelum ni semua baju tahun lepas-lepas...tak keluar lagi baju terbaru..macam den terkono jer..

jadi tahun ni bercadang beli pertengahan puasalah kut...In shaa ALLAH...
Tak pun masa cuti-cuti penggal dua ni...taklah beria sangat pun..untuk anak-anak bolehlah kut...mak ayah biarlah hujung-hujung...

nak beli online macam tak cayo jer...nampak cantik..sampai kat kita kain guni pulak...

kita merancang Allah yang tentukan....


ini songket vietnam yang di hadiahkan oleh my kakak ipar...bagi kain kita skirt labuhkan dia...anak dara berkenan kita bagi jer....kalau cukup untuk buat jubah dah lama aku jubahkan....macam cantik jer jubah ala songket...

p/s sebenarnya aku dah kering idea nak buat n3 apa ni..puasa pun belum lagi dah sibuk nak berbaju raya bagai...





Sunday, May 10, 2015

SELAMAT HARI ISNIN




Jangan mulakan hari ini dengan mood bosan dan hampa (monday blues). Isnin, hari kelahiran Rasulullah SAW, kekasih agung kita. Mestilah kita paparkan rasa bahagia.

Berpegang teguh sungguh anak-anak dengan pesanan ayah diorang...suami kata tak boleh sambut hari ibu..memang tak sorang pun yang nak atau teruja nak sambut dan ucap...aku cuba mengusik muhammad "tak ucap apa-apa pun kat mama ye"..kan tak boleh ..hari-hari pun hari ibukan...'

jadi memang taklah jawabnya...oklah tak kisah pun.

hari-hari pun mama masak special untuk korang..kan...hari-hari pun kakak cll,dua hari sekali azhan call...oklah tu.




Gambar dulu-dulu Berbicara....



Thursday, May 7, 2015

PILIH MAHU JADI APA????


Jadilah orang yang berilmu atau menuntut ilmu atau yang mendengar ilmu, atau yang mencintai ilmu, jangan jadi selain daripada mereka..engkau akan binasa.....

Iman tidak diwarisi...siapa yang Allah inginkan kebaikkan padanya ..Allah akan berikan kefahaman tentang agama kepadanya..pilih mahu jadi apa???



Tuesday, May 5, 2015

KALAU EMMANG REZEKI


Jangan sampai yang banyak itu membuat kamu lupa pada Allah.
Jangan sampai yang sedikit itu membuat kamu marah padanya...



Teman-temanku aku kesuntukkan masa untuk berziarah maafin gue...kapan aku senang,aku nyusul yokk..


BERENANG DALAM SEBUAH KANTUNG



Foto;Adibah dan rakan-rakan
Lokasi:Tasik Titiwangsa
Aktiviti;Sambil menyelam minum air (assignment)
Perihal Tuan blog kaitkan dengan kehidupan pertama...tanpa pengetahuan mereka..hihi







Selama 9 bulan, janin 'berenang' dalam sebuah kantung setipis belon berisi cairan yang disebut air ketuban. Cairan berwarna putih, agak keruh, serta berbau hamis.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)