Pages

Tuesday, January 31, 2012

Markisa..oh markisa..

Assalamualaikum.



Biasa makan buah markisa,jalan-jalan di pasar saya terjumpa dengan buah yang unik dan berkhasiat ini,menurut cerita uncle iaitu  penjual buah markisa ini,ianya hanya banyak di dapati di Genting Higland.Hanya Rm5 sekilo.Rasanya masam  manis.

Antara khasiatnya;


Banyak  manfaat buah markisa bagi kesehatan. Ini terkait dengan kandungan nutrisinya dan manfaat buah markisa yang berkhasiat sebagai pereda nyeri, anti-kejang, kolitis, penenang, dan antiradang. Gangguan seperti sembelit, disentri, insomnia, gangguan haid, batuk, serak, dan kerongkong kering . Kulit buah markisa digunakan untuk merilekskan saraf saat sakit kepala, meredakan diare, dan neurastenia (kelelahan kronis, lemah, tiada nafsu makan, murung,gelisah dan susah tidur).

Penelitian invitro di University of Florida juga mendapati bahwa ekstrak buah markisa kuning banyak mengandung fitokimia yang mampu membunuh sel kanser. Fitokimia tersebut antara lain polifenol dan karotenoid. Kandungan fitokimia yang lain dalam markisa adalah harman, harmol, harmalin, passaflorine, harmine, karotenoid, viteksin, krisin, dan isoviteksin. Sedangkan kandungan gizinya antara lain: energi, lemak, protein, serat, mineral, kalsium, fosfor, zat besi, karoten, tiamin, riboflavin, niasin, asam askorbat, dan asam sitrat.

Markisa membuat lebih mudah tidur
Markisa kaya vitamin-vitamin B yang menenangkan dan potassium yang merilekskan system syaraf. Orang-orang Amerika Selatan secara tradisional makan markisa untuk membantu tidur. Bahkan menurut mereka, makan 1 buah markisa sebelum tidur bisa membuat mimpi indah.

Markisa mempunyai khasiat untuk menyembuhkan gejala alergi kronis. Juga pemulihan kondisi pasien liver dan ginjal, serta memicu peningkatan kekebalan tubuh dan kekuatan antibodi dalam darah. Bahkan, markisa juga mampu menyaring, memisahkan, dan membuang racun dari dalam tubuh. Selain itu, bisa meningkatkan kesegaran kulit tubuh dan merangsang pertumbuhan sel muda pada kulit wajah. Dari hasil penelitian laboratorium, markisa mengandung vitamin C dosis tinggi dan antioksiden.

Nota;Hebat anugerah Allah pada buah ni,berjasa pula pada insan.

Wassalam.

Monday, January 30, 2012

Kembali..

Assalamualaikum.

Hayatilah firman Allah s.w.t. yang bermaksud:"Hai anak Adam,sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan.Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.Yang demikian adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah,mudah-mudahan mereka selalu ingat." {Surah al-A'raf 7;26}

Takwalah yang memotivasikan wanita sama ada patuh atau angkuh dengan suruhan Allah s.w.t. ini.Tepuk dada,tanya iman.Jika iman masih malap,terangkan hati dengan ilmu dan amal.

Nota;Jangan kita terhumban dalam neraka..

Wassalam.


Thursday, January 26, 2012

Dajjal..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya saya masih bernafas di muka bumi Allah ini.

Imam Ahmad meriwayatkan:Aku di cerita Tsa'labah bin 'Ibad Al-Abadi, seorang lelaki dari Basrah,dia berkata, "Pada suatu hari aku menyaksikan khutbah Samurah.Dalam khutbahnya itu dia menyampaikan satu hadith mengenai solat gerhana matahari,bahawasanya setelah melakukan solat tersebut,Rasulullah s.a.w. berkhutbah.Baginda bersabda:

Ertinya:
''Demi Allah,kiamat takkan terjadi sebelum munculnya tiga puluh orang pendusta,di mana yang terakhir adalah si bermata satu Dajjal.Matanya yang kiri terhapus seperti mata Abu Yahya.Dan bahawasanya bila dia muncul-atau beliau katakan,bila-bila sahaja dia muncul,-maka sesungguhnya dia pasti akan mengaku dirinya Allah s.w.t. Barangsiapa beriman kepadanya,mempercayai dan mengikutnya,maka amal soleh yang telah dilakukan tidak bermanfaat baginya. Sedang barangsiapa mengingkari dan mendustainya,maka dia takkan dihukum atas perbuatan apapun yang dilakukannya,-menurut Al-Hasan di atas perbuatan apa pun yang telah dilakukannya di masa lalu.-Ketahuilah sesungguhnya Dajjal akan menjelajahi seluruh bumi selain tanah Haram dan Baitul Maqdis. Dan sesungguhnya orang-orang mukmin akan dikepung di Baitul Maqdis dan digoncangkan dengan goncangan yang hebat.Kemudian Allah s.w.t membinasakan Dajjal,sehingga runtuhan dinding dan batang pokok benar-benar akan memanggil, 'Wahai orang mukmin,inilah orang Yahudi.'Dan dia berkata pula,'Inilah orang kafir.'Lalu dia katakan ,'Bunuhlah dia!'Tetapi ini semua takkan terjadi sebelum kamu melihat berbagai masalah bertompok dalam dirimu,kemudian kamu saling bertanya sesama kamu ,'Apakah Nabimu pernah menyebutkan kepadamu sesuatu di antara masalah-masalah ini? 'Juga sebelum ada beberapa gunung yang bergeser dari tempatnya.'''


Sementara itu Muslim meriwayatkan dari Jabir r.a. dari Nabi s.a.w bersabda:

Ertinya:"Akan tetap ada segolongan dari umatku yang sentiasa menyatakan kebenaran sehingga turunya Isa bin Maryam."

Nota;Rata-rata orang kecoh mengenai bunyi di langit..

Wassalam.

Tuesday, January 24, 2012

Selepas sakit...

Assalamualaikum.

 Pertunangan adik pcl,inilah bonda PCL merangkap kakak saya la tu..

Hantaran dari pihak lelaki.

Hidangan yang
di jamu untuk kami,masakan kampung..
 Pertunangan anak kakak ,hari isnin,selang sehari selepas adik pcl.



Hantaran dari pihak perempuan.

Hidangannya..





Wassalam.



Wednesday, January 18, 2012

Tak akan keluar dari sana..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Apabila para penghuni neraka yang masuk ke sana kerana dosa-dosanya,telah keluar semuanya dari negeri celaka itu,dan tinggal orang-orang kafir saja yang menjadi penghuninya,maka mereka tidak akan mati dan tidak pula hidup.


Firman Allah s.w.t.:


'Maka pada hari ini mereka tidak di keluarkan dari neraka."{Al-Jathiah:35}

Maksudnya,tidak ada jalan untuk melepaskan mereka dari neraka,bahkan mereka kekal di dalamnya.Mereka itulah orang-orang  yang dinyatakan oleh al-Quran sebagai kaum tahanan dan di putuskan kekal disana.


Nota;Masih dalam mood sakit,Terima kasih kerana kesudian datang ke sini,tanpa anda siapalah cinnamon.

Wassalam.


Tuesday, January 17, 2012

Wordless Wednesday #17

Assalamualaikum.

 Nota:DaripadaNya kita datang,kepadaNya kita kembali.

Wassalam.

Monday, January 16, 2012

Hari berdiri.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah.

Allah s.w.t. berfirman:
"Wahai manusia,bertakwalah kepada Tuhan-mu.Sesungguhnya ke goncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar(dahsyat).(Ingatlah) pada hari (ketika) kamu melihat kegoncangan itu,semua wanita yang menyusu tidak peduli dengan anak yang di susuinya,dan gugurlah segala kandungan wanita yang hamil,dan kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk,padahal mereka sebenarnya tidak mabuk,akan tetapi azab Allah s.w.t. itu sangatlah keras."{Al-Hajj:1-2}

 Apabila manusia telah bangun dari kubur masing-masing,mereka dapati bumi sudah berubah,tidak seperti bumi saat mereka tinggalkan dahulu.Gunung-ganangnya telah hancur,bukit-bukitnya telah hilang.Keadaannya semua telah berubah sama sekali.Sungai-sungainya tidak mengalir lagi,pokok-pokoknya telah tumbang,lautnya menjadi panas membara.Jurang-jurang yang rendah dan tebing-tebing yang tinggi menjadi rata,kota-kota dan kampung-kampung  hancur binasa.Agaknya bumi telah mengalami gempa yang hebat dan mengeluarkan segala isinya.Berkatalah manusia ketika itu: "Apa yang telah terjadi dengan bumi ini?"Demikian juga halnya dengan langit dan seluruh penjuru.Semuanya telah berpecah belah,dan seluruh penjuru-penjurunya telah gugur,sementara para malaikat berjaga -jaga di segala penjurunya dengan mata terbeliak.Matahari dan bulan redup atau bahkan tidak bercahaya sama sekali.Kedua-duanya di kumpulkan pada satu tempat.Setelah itu kedua-duanya di gulung,lalu di lemparkan begitu sahaja.


Nota;Allah berfirman dalam kitab-Nya yang mulia:,Ibrahim:48, Ar-Rahman:37-88,Al-Haqqah:15-18,At-Takwir:1-2 dan Al-Infithar:1-2.

Wassalam.

Friday, January 13, 2012

Segar dari ladang..

Assalamualaikum.

Hari ini cinnamon nak kongsi mengenai khasiat buah Roselle.


 Buah Roselle,ada sesiapa yang tak kenal?,banyak khasiatnya.
 Sekilo hanya Rm6,banyak tau,saya beli cuma setengah kilo.
 Rebus buah Roselle,sehingga mendidih.
 Dah mendidih, boleh letak gula,ikut suka.

Bila dah sejuk,tapiskan,bolehlah di hidangkan dengan ais.


Memang segar.
yang penting ianya tak ada bahan pengawet..

Di hidangkan pula dengan kueyteow goreng ala cinnamon.

* Meredakan batuk & mencairkan kahak
* Menyihatkan & mencerdaskan minda
* Mengurangkan stress & sukar tidur
* Mencegah kanser & penyakit kronik
* Menstabilkan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan daya tahan tubuh
* Membantu proses pencernaan
* Mencantikkan kulit & awet muda
* Mengurangkan kolesterol yang berlebihan NUTRISI ROSELLE
Roselle, merupakan satu tumbuhan herba semulajadi - mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, dianggar pada 280mg pada setiap 100gm kaliks Roselle yang telah dikeringkan. Ini menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada buah Roselle yang telah di keringkan.

Nota;Anak-anak tak tahu pun mengenai buah ni.So saya beli buah ni untuk nak mereka tahu ke wujudan buah roselle yang  sangat banyak khasiatnya .Saya buat jus saja,untuk keringkan belum lulus lagi.

Wassalam.

Thursday, January 12, 2012

Ohh..dunia.

Assalamualaikum,

Dunia adalah daerah bahagia dan derita, ada kalanya kita merasa bahagia  dan ada kalanya kita merasa derita. Itulah lumrahnya. Kebahagiaan di dalamnya tiada yang abadi dan penderitaan di dalmnya juga tiada yang hakiki.

Nota: Alhamdulillah

Wassalam.

Wednesday, January 11, 2012

Nurlaila..

Assalamualaikum.

Al-Fudhail ibn 'Iyadh

Al-Fudhail ibn 'Iyadh menjumpai sekelompok orang yang malu jika tidur malam terlalu lama.Jika mereka bergerak dan bangun,mereka berkata:"Ini bukan untukmu.Bangunlah!Ambil bahagian akhiratmu."

Antara ungkapan beliau adalah, "Di kala matahari terbenam,aku bergembira kerana aku dapat menyambut malam untuk berdua-duaan dengan Tuhan.Di kala matahari terbit,aku bersedih kerana banyak orang datang menemuiku.Hatiku bersedih ketika fajar terbit kerana siang dengan segala penyakitnya sudah datang."

Nota:Ganjaran yg tidak terkira,bahkan sangat rugi menikmati malam dengan tidur..

Wassalam.

Orang melayu suka benda busuk..

Assalamualaikum.


Betul ke orang melayu suka makan benda-benda busuk.
Biasa makan budu? Ia terkenal bagi orang Pantai Timur,belacan yang tidak kurang busuknya menjadi kegemaran orang Utara,cencaluk,eemm.. orang Melaka, juga Johor.Tempoyak menjadi kegilaan orang Pahang,Perak dan N.Sembilan.Betul tak orang melayu suka makan benda-benda busuk?.

Sebenarnya makanan yang busuk -busuk ini mempunyai rahsianya tersendiri.

Buah petai juga busuk,jom kita tengok apa kak cinnamon buat dengan benda busuk ni..
Kak dapat makan benda busuk ni,bila di kampung aje,sebab dalam rumah kak tak ada sesiapa pun yang suka.

Suatu hari di pasar pagi di kampung abang.
 Kalau di KL biasanya orang buang kulit,memandangkan permintaan abang,saya hanya kikis kulit petai,abang kata sedap makan dengan kulit-kulitnya,tapi harus di kikis dulu,kalau tidak nanti ianya kelat.Kulitnya banyak khasiat tau..antaranya melicinkan kulit,biji petai dah tentu khasiatnya untuk merawat masaalah hati  dan bengkak buah pinggang,kencing manis pun ia juga.


Tumis cili kering yang telah di blender bersama 5 ulas bawang merah,1 ulas bawang putih, dan belacan.Kalau nak blender tu pastikan jangan hancur sangat.Nanti jadi cili boo.
Udang juga,lebih udang,lebih sedap..
Macam biasalah tumis sambal petai ,siapa tak tahukan..

Nota:Cumanya, tak elok dimakan banyak lah. Sebab dalam Islam, adalah makruh untuk memakan apa-apa jenis makanan seperti benda-benda busuk tadi dan segala yang makanan yg menyebabkan mulut berbau. 
Wassalam.

Tuesday, January 10, 2012

Terima kasih..PCL.

Terima kasih daun keladi ye PCL tentang entri Kenali blog Cinnamon itu.

Ziarah pcl kerumah cinnamon.

sesiapa yang belum lagi mengenali pcl yang baik hati,pemurah,sentiasa cool,ayah yang penyayang ni,boleh le ke blog beliau.
kak ni sekadar di tepian aje.
Wassalam.


Monday, January 9, 2012

Maksud di sebalik tahi lalat..

Assalamualaikum.


Apa saja yang di paparkan di sini hanya kebetulan,jangan percaya ye,suka-suka kak cinnamon aje..

1.Tahi lalat di kepala
 Banyak berfikir,bijak,kreatif dalam berfikir, banyak juga berangan.Jauh perjalanannya(jasmani dan ke rohaniannya).Banyak pula dugaan dan ujian yg di terimanya dalam mencapai sesuatu maksud dan cita-cita.

2.Tahi lalat di ubun kepala
Kurang bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang melibatkan emosi.

3.Tahi lalat di dahi
Ada halangan dalam silaturahim.Orang,(teman,saudara terdekat) yang melihatnya menyimpan rasa cemburu,iri hati,tersembunyi rasa kebencian terhadapnya disebabkan dia ada kelebihan yang tersembunyi disebalik tahi lalatnya itu.

4.Tahi lalat di bulu kening kiri
Menjadikan dirinya berseri dan menjadi daya tarikan mata pasangannya namun terselit keperitan dimana sering pula ia menemui kesusahan.

5.Tahi lalat di bulu kening kanan
Terkabul cita-cita dan maksudnya,cerdas dan cekap.

6.Tahi lalat di bawah mata
Seorang yang amat sensetif dan mudah tersentuh hati,Mudah menangis,baik budi,dan di sayangi.

7.Tahi lalat di hidung
Mendatangkan penyakit resdung yang boleh menyebabkan selsema berpanjangan,sakit kepala,nafas berbau.Di sukai ramai.Murah rezeki.

8.Tahi lalat di pipi kiri/kanan
Sekiranya membesar,di takuti mendapat penyakit yang boleh memudaratkan tubuh."panas" dalam hubungan,dalam pergaulan.Dia sentiasa ingin "menang' dalam percakapannya sekali pun pendapatnya salah.Mempunyai ego yang tinggi.Jadi daya tarikannya tetap 'tegang."

9.Tahi lalat di alur senyuman(smiling line)
Pemanis,daya tarikan menawan hati pasangannya.Rezekinya di permudah dalam banyak perkara dia dapat apa yg di hajati.

10.Tahi lalat di alur dagu
Perjalanan jasmani dan rohaninya sering terganggu,banyak halangan dalam mencapai hal-hal yg di hajati.

11.Tahi lalat di telinga
Seorang yang keras hati dan degil,tidak mahu dengar kata pendapat dan nasihat orang lain.Suka mendengar dan meminta nasihat tetapi sukar menerima.

12.Tahi lalat di tengkuk
'Angin jahat' banyak halangan dalam hidup seperti masaalah kesihatan,pergaulan dan kasih sayang,Fikiran sering kusut dan tidak tenteram,sukar tidur nyenyak,mudah strees.

13.Tahi lalat di leher
Mudah mendapat jangkitan terutama kembung perut dan masaalah lendir,kahak.

14.Tahi lalat di bahu kiri
Halangan rezeki,terhalang di sebabkan sesuatu hal sedangkan peluang memperolehinya banyak.Tidak di sukai,di musuhi.mudah strees.

15.Tahi lalat di bahu kanan
Banyak tanggungan,Ada halangan dalam hubungan silaturahim,kasih sayang dan pergaulan jadi terbatas,di musuhi dan di cemburui hidupnya.Mendatangkan angin jahat.

Nota;Apa yg di ucapkan di mulut diterjemahkan pula dalam bentuk tindakan.Angota badan yang patuh kepada segala perintah Allah merupakan tanda iman,begitulah sebaliknya..


Wassalam.

Sunday, January 8, 2012

Jom baca kisah ini..........Part 2.

Assalamualaikum.


Sambungan entri yang bersambung..

Sa'ad bin Abi Waqas berkata, "Aku adalah orang Arab pertama yang memanah di jalan Allah.Kami pernah berperang bersama Rasulullah tanpa makanan,kecuali daun pohon anggur dan samar.Ketika itu kami sangat lapar sampaikan najis kami seperti najis kambing (ketulan kecil),yakni tanpa bercampur dengan sesuatu apa pun (tiada sisa makanan)."

Dalam hal berpakaian pun Rasulullah SAW sangat sederhana.Di akhir hayatnya,baginda mengenakan pakaian yang di jahit daripada kain yang kasar,malah terdapat tampalan.Hal itu di tunjukkan oleh 'Aisyah kepada para sahabat,yakni sambil menunjukkan pakaian Rasulullah SAW.

Kehidupan para sahabatnya juga tidak jauh berbeza.Ini adalah kerana mereka meneladani Rasulullah SAW dan melihat secara langsung keadaan baginda.Salah satu contoh adalah ahlu suffah yang berjumlah sekitar tujuh puluh orang. Ada antara mereka yang kadangkala jatuh ketika solat berjemaah bersama Rasulullah SAW.Hal itu terjadi kerana rasa lapar yang amat sangat,hingga akhirnya terjatuh.Keadaan ini menyebabkan orang Badwi (orang Arab pendalaman) mengatakan bahawa mereka adalah orang gila.

Namun begitu,Rasulullah SAW memuji mereka,bahkan baginda berkata (selepas menjenguk salah seorang ahlu suffah yang terjatuh dalam jemaah):"Andai kata kamu tahu apa yang Allah sediakan untuk kamu di sisiNya,tentu kamu ingin bertambah miskin."Mereka (ahli Suffah) hanya memakai sarung ataupun baju yang mereka ikat di leher.Ada antaranya yang mencapai betis atau pun lutut.Baju di pegang kerana tidak ingin auratnya di lihat,dan tidak ada seorang pun antara mereka yang memakai selendang.

Anas bin Malik pula pernah melihat 'Umar memakai pakaian yang bertampal,walhal pada masa itu,dia sudah pun menjadi Amirul-Mukminin (khalifah).Tampalan tersebut berada di antara dua bahunya, yakni dengan tiga tampalan.Yang satu di tampal di atas yang lain.Para sahabat yang kaya juga menjauhi dunia.Mereka banyak bersedekah.Ketika kenikmatan atau makanan di dekatkan,mereka langsung ingat akan fananya dunia dan ingin berjumpa dengan Allah.Akhirnya,mereka meninggalkan makanan tersebut sambil menangis.

Mereka hebat di sisi Allah.


Nota:Manusia hari ini.
Oleh kerana sangat dahaga air laut terus di minum,namun sia-sia semakin di minum semakin dahaga jadinya..

Wassalam.

Friday, January 6, 2012

Rendang ayam cinnamon ala masterchef..

Assalamualaikum.

Untuk manfaatkan masa,apa kak cinnamon nak buat ni..?Jomlah kita tengok. 
Nak buat macamana, Denna boleh kalahkan Chef Norman Musa,Dengan resepi rendang daging Wellington.Dapat pin kebal lagi,tapi dah tersingkir dah pun.Saya buat  resepi ni,tukar daging, kepada daging ayam,main hentam aje..resepi sendiri.Rasanya ada juga bahan-bahan yang tak cukup.

Buang segala tulang-tulang ayam,ambil isi aje ye,anggaran seekor ayam.

Inti untuk di sumbat ke dalam ayam,senang aje, bahan-bahan nak buat rendang.elemen-elemen rendang semua ada.
Sapukan inti rendang tadi,lepas tu letak le sayur bayam yang telah di rebus.
Gulungkan ayam tadi,lepas tu ikat,ikat la macammana pun.
Dengan tali ye,bukan dengan getah.Kak tak pandai nak ikat...
 Panggang atas kuali terlebih dahulu,lepas tu masukkan ke dalam oven.
Masa ikut sendiri aje.

Buang tali tadi dan bolehlah di potong ayamnya,kuah dari ayam tadi curah aje atas ayam.
Takkan makan ayam aje kan.
Nasi halia

Basuh beras
masukkan tulang ayam tadi.
Sedikit halia
Dua ulas bawang putih
Sedikit daun bawang
secukup rasa garam,n sedikit gula
Masak aje dalam rice cooker
Tumis bawang putih dalam tiga ulas{tumbuk}
Dah garing masukkan ke dalam nasi tadi.
Kacau rata.
Boleh le di hidang


Juri  di rumah semua kata .."eemm sedapnya."

Nota:Boleh dapat pin kebal ke ni..?


Wassalam.

Apa ni....

Assalamualaikum.

Dah petang rupanya..Alhamdulillah.

Semalam lepas jemput anak balik dari sekolah,singgah pasaraya,sebelah rumah aje."Muhammad nak makan epal,nanti mama pergi kedai ye..semalam abang dah habiskan epal Muhammad."
Ok..
cantik,segar, eemm..rupa-rupanya  masam.So apa nak buat dengan epal masam ni.

Basuh epal,jangan buang kulit
Asam boi
 Potong epal,masukkan asam boi bersama air sederhana panas(suam)

Masukkan dalam peti ais selama satu atau dua jam.
lepas tu cuba la rasa hasilnya,epal masam boleh jadi manis..

Nota:Entri apa-apa aje lah..

Wassalam.

Wednesday, January 4, 2012

Muhammad yang kreatif..






 Inilah hobi saya..





Dah ke tadika..
23.01.2012 genap lima tahun..
  Muhammad.

Jom baca kisah ini..........

Assalamualaikum.

Jom kita baca kisah Nabi kita,bolehlah mengambil iktibar,asyik di sogokkan dengan cerita yang entah betul ke tidak,malah tak bermanfaat langsung pun.

Hidup Rasulullah SAW dan para sahabatnya adalah cerminan hidup yang menggambarkan kezuhudan.Mereka meninggalkan kemegahan dunia,hidup secara sederhana dan tidak tamak.Ini adalah kerana bagi mereka,dalam hidup ini,takwa dan amal soleh lebih bermakna daripada harta dan kenikmatan.

Rasulullah SAW tidur di atas tikar.Jika bangun,tikar tersebut membekas di belakang  baginda.Para sahabat pernah menawarkan,"Wahai Rasulullah, mahukah jika kami buatkan alas untukmu?" Baginda menjawab, "Apa urusannya dengan dunia? Di dunia ini,aku seperti pengembara yang berteduh di bawah pohon.Lalu, istirehat sebentar dan meninggalkannya."

Perabot dan pekakas rumah baginda amat sedikit.Kadangkala,baginda tidur di atas tikar atau pun kulit.Baginda memiliki sebuah bejana kulit untuk berwuduk,dan satu ataupun dua helai pakaian dan selendang.Yang satu untuk di pakai sehari-hari,sementara yang satu lagi untuk menemui tetamu dan utusan.Nabi menjauhi dunia,walau ada yang memberikan jubah ataupun baju kepadanya.Di rumahnya,baginda jarang membakar daging atau memasak.Dari situlah para sahabat belajar.Nabi dan para sahabatnya adalah teladan yang baik.

 Kita...???

Zuhud dan sikap tidak mendewakan dunia adalah cara hidup yang paling baik.Ini adalah kerana Allah meredhainya.Kata 'Umar bin al-Khattab,Rasulullah SAW pernah menahan lapar seharian kerana tidak ada sebutir kurma pun untuk di makan,buat mengisi perut baginda.Bahkan menurut 'Aisyah,hingga Rasulullah SAW meninggal dunia,kelurganya tidak pernah kenyang selama dua hari berturut-turut.Rasulullah sendiri tidak pernah kenyang ketika makan roti gandum.

Bahkan pernah selama dua bulan dapur Rasulullah SAW tidak mengeluarkan asap,hinggakan para sahabat bertanya, "Bagaimana kamu hidup?"Dia menjawab, "Cuma dengan dua benda hitam:kurma dan air.Dalam pada itu,Rasulullah SAW tinggal dekat dengan jiran Ansar yang mempunyai sejumlah kambing.Mereka sering menghantar susu kambing kepada Rasulullah SAW dan baginda memberikannya kepada kami".Anas bin Malik pula mengatakan bahawa Rasulullah SAW tidak pernah makan di atas meja.Baginda juga tidak pernah makan roti lembut.....................

Bersambung...


Tuesday, January 3, 2012

Monday, January 2, 2012

Tak ada kerja..cari kerja..

Assalamualaikum.
Pisang emas dengan cempedak madu
Sarapan hari ni,pisang n cempedak  saya gabungkan,n jadilah martabak picem..
Martabak picem..masa di kampung ni le makanan yang paling sedap kakak buat,saya buat tak le sesedap mana di bandingkan dgn kakak.Sebenarnya letak pisang aje,tapi saya memandai-mandai tambah cempedak..nama picem pun saya saja letak nak gabungkan pisang dgn cempedak..

Nota:entri mengarut pagi ni..

Wassalam.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)