Pages

Sunday, June 30, 2013

Chocolate mousse


Tak tahu nak buat n3 mengenai apa..nampaknya resepi lagi le...moh le kita....


Bahan-bahan:
kek coklat atau vanila kek
puri peach dan puri strawberry
pisang/atau buah apa-apa pun..


120gm Coklat Putih ('bittersweet' atau 'semisweet' – dipotong ketulan)
2 biji Telur Kuning (saiz besar)
60gm Gula Halus
½ sudu kecil Vanila
250 ml ‘Whipping’ Krim

Hiasan:
'Whipped' Krim


Cara-cara penyediaan:

Panaskan periuk bersama 50ml krim.

Sementara itu, dengan menggunakan periuk 'stainless steel' bersaiz sederhana yang telah dipanaskan, masukkan ketulan kecil coklat dan kacaukan ia sehingga coklat itu cair dengan sempurna.

Selepas itu, masukkan coklat cair tadi ke dalam krim yang dipanaskan.

Pada masa yang sama, pukul telur kuning dan campurkan ia ke dalam bahan-bahan tadi. Gaul sehingga sebati. Tutup dan masukkan ia ke dalam peti sejuk untuk sementara.

Sementara bahan-bahan tadi menyejuk, pukulkan 'whipping' krim di dalam bekas yang lain bersama gula dan extrak vanila sehingga ia menjadi adunan yang lembut.

Kemudian, keluarkan bahan yang telah disejukkan tadi. Kacau ia dengan perlahan dan masukkan 2 sudu penuh 'whipping' krim ke dalam campuran coklat tadi untuk cairkan warnanya.

Kemudian salutkan baki 'whipping' krim ke dalam campuran coklat dan gaulkan secara perlahan sehingga sebati.

Akhir sekali, letakkan 'mousse' coklat dengan menggunakan sudu dan masukan ia ke dalam mangkuk atau gelas untuk 6 hidangan mengikut citarasa. Tutup dan sejukkan untuk beberapa jam.

selang selikan buah peach dengan mousse.. puri..juga kek coklat..
hias dengan walnut atau sebagainya...yg boleh di makanlah..saya cuma letakkan pisang..sebab itu aje yang ada ...

p/s resepi sendiri citarasa sendiri...

Saturday, June 29, 2013

Ayam bumbu panggang



Menu tengahari kut..

bahan perapan kisar semua
jintan manis
lada putih
madu
bawang putih
halia
lada hitam
garam
sos tiram
kisar dan perap ayam  dengan semua bahan-bahan kisar.Ikut suka lama mana pun nak perap.
cucukkan ayam seperti di atas tu...


ubi kentang di rebus separuh masak dahulu sebelum memanggang...tak perlu dibuang kulit.

Thursday, June 27, 2013

Rumahku Kuburku



 Aku suka rumahku dihias cantik dan indah, kerana aku tak tahu bagaimana hendak menghias kuburku.



Wednesday, June 26, 2013

Cita-cita


To be Ustazah katanya..
Amin


1. 95% kejayaan tergantung pada mindset. Mindset dibentuk dari pembelajaran.

2. Tumbuh itu adalah ciri-ciri makhluk hidup. Berkembang adalah ciri-ciri seorang manusia. Berkembang itu pula dimulai dari belajar.

3. Murid yang mempersiapkan diri dengan senjata informasi akan selalu memenangi pertempuran.

4. Tiada istilah gagal, yang ada hanya kejayaan atau belajar lagi.

5. Satu-satunya yang menghalang kita adalah keyakinan yang salah dan sikap yang negatif.

6. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh dua kali pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

7. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

8. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.

9. Belajar ketika letih adalah membuang masa.

10. Kerjakanlah lebih dari bayaran kamu dan kamu akan dibayar lebih dari yang kamu kerjakan.

11. Susah jadinya bila kamu harus, tetapi mudah jadinya bila kamu ingin.

12. Gunakan akal kamu seolah-olah nyawa kamu bergantung kepadanya.

13. Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya.

14. Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

15. Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.



Tuesday, June 25, 2013

Puding biskut



Gula,agar -agar ,pewarna,susu cair dan biskut...
nama biskut tak tau biskut apa..tapi di dalam biskut tu ada hirisan coklat...

Al-kisah dua tiga minggu lepas...


Puasa is loading...kata iman...

tempoh hari masa ziarah adibah...bawa le untuk dia tiramisu...cukup  kongsi dengan kawan sebilik..

ada juga saya masakan ayam pandan,sambal udang,dan masam manis  siakap...tapi rezeki semua ni bukan untuk adibah sebaliknya rezeki untuk kawan-kawan sebilik.berniat pun nak bagi makan untuk semua,..masa saya melawat,adibah demam,sebab keracunan makanan..cirit-birit,dan muntah .dia cuma menjamah sedikit yang selebih untuk sahabat..

alhamdulillah,saya datang memang ada hikmahnya..jom ke klinik...harap dia memang tak pergi le jawabnya..nak makan ubat kena paksa dan selalu di peringatkan...bukan adibah seorang yang sakit..boleh kata ramai jugalah...kesian.esoknya adibah gagahkan juga ke kelas..sayang katanya dan tak nak ponteng..memang compom kantin tu penyebabnya...dua tiga hari jugalah tutup..


dengan sebiji kek velvet..lama tak makan padahal baru dua minggu duduk di "gopenghagen" tu...sebenarnya dia nak jamu untuk kawan-kawan sebilik..















contoh cupcake untuk pelangan..yang nak berumahtangga...














Tempahan pelangan...
















yang ini untuk tuan rumah...lepas ni tak ada menggecake lagi..

puasa is loading...

Monday, June 24, 2013

Steam Pomfret



Ganjaran Isteri Memasak Untuk Suami Dan Anak - Anak

Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:

"Wahai Fatimah.. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..."
- (Abu Hurairah r.a)

1 ekor ikan bawal emas 

bawang putih (di pecahkan)
bawang besar (hiris)
halia di hiris
daun ketumbar
kicap cair
sos tiram
lada sulah
lada hitam
sos ikan
sedikit minyak
garam
jus limau

semua bahan dicampak-campak atas ikan.


  
di balut dengan aluminium foil dan kukus









 

 


siap hidangan untuk keluarga.
sakit-sakit makan yang kukus-kukus dah lah ye...



Sunday, June 23, 2013

Siapa yang nak bertanggungjawab ni...


Tamatlah sudah rentetan kisah  kelahiran Nabi saw...masih banyak lagi,tapi cukuplah dulu setakat itu...seminggu trafik saya merundum...tidak mengapa,saya menulis bukan kerana apa,tujuan tetap sama menulis hanya kerana redha Allah.

andai saya pergi menghadap Allah dahulu mesti anak-anak saya akan membaca,suami juga...saya pasti.mesti setiap hari anak-anak akan membaca rentetan di blog cinnamon.

berbalik pada hari ini..semua anak-anak sakit,sakit kerana kerakusan manusia yang pentingkan diri sendiri...siapa nak bertanggungjawab dengan anak-anak,dan suami yang sedang kesakitan untuk bernafas dengan selesa.batuk,selsema,pedih mata..kesiannya, saya sebagai mama melihat mereka...bergilir-gilir menyedut inhaler..alhamdulillah Allah bagi kesihatan yang baik untuk saya...



iman terlalu sensitif dengan keadaan cuaca,rumah yang berhabuk juga dia selalu bersin inikan jerebu yang melanda,setiap hari sebelum ke sekolah pencegah inilah yang dia akan sedut (inhaler) berwarna coklat Beclate 50 tujuannya untuk mencegah dari lelah.Asthalin HFA pula berwarna biru  ini apabila iman mengalami serangan asthma.setiap satu untuk di bawa ke sekolah setiap seorang kecuali muhammad.



begitu juga dengan si kecil ini juga penghidap lelah...memandangkan muhammad belum pandai mengunakan inhaler  secara terus.pengunaan Aero Chamber yang sesuai untuk anak-anak kecil seperti muhammad..








azhan mengunakan inhaler hampir setiap hari..kuat bersukan tapi masih semput..saya redha semua anak-anak saya semput termasuk adibah dan suami...tapi saya sangat bangga kerana semuanya aktif...tapi bila datang lelah hibanya hati,selalu saya minta pada Allah biarlah saya gantikan tempat mereka.bila mereka sakit sayalah yang tak boleh lelap,sekejap-sekejap saya bangkit tengok dada mereka..saya sendiri dah macam doktor.

selalu juga bertanyakan adibah "semput tak..dia kata ok..dia pandai untuk mengunakan inhaler dan saya bekalkan juga untuk dia...paling teruk jika suami turut lelah..

bila jerebu melanda sayalah orang yang paling risau dan susah hati...Ya Allah Engkau ampunkan dosa-dosa ku dan Engkau ampunkan dosa-dosa orang-orang yang terlibat membuat pembakaran terbuka..bukalah pintu hati mereka untuk menghentikan semua ini Ya Allah..

Tidak sedikit pun dari kita yang ’berkerja’ dalam ibadah kepada Yang Maha Pencipta, Pemberi rezeki, dan Penguasa alam raya;
Hanya sebatas pada kewajiban seorang hamba kepada Khaliqnya. Di situlah ada harapan mendapatkan balasan berupa gaji yang bernama pahala.


p/s saya dah penat..saya dah penat..


Friday, June 21, 2013

Ketika lahirnya Nabi Muhammad SAW bahagian Akhir

Bahagian akhir....ini bermakna seumur Iman soffea dan Muhammad sudah tahu kisah tentang saat kelahiran Nabi Muhammad saw...


Allahumma Salli Ala Sayidina Muhammad


“Kami takut jika engkau tidak mahu turut dalam pesta-pesta kami, nanti engkau akan menjauhi tuhan-tuhan kita!”

Untuk menjaga hati ibu saudaranya ini, Nabi terpaksa pergi juga ke upacara itu. Tetapi sebaik sahaja Nabi tiba di tempat itu, Nabi ketakutan dan ingin pulang segera. Melihat ini ibu saudaranya bertanya.

“Apa yang menakutkan engkau Muhammad?”

“Saya takut diganggu syaitan!” jawab Nabi sungguh-sungguh.

“Orang yang mempunyai sifat-sifat baik seperti engkau tidak akan di cubai Allah dengan gangguan syaitan! katakanlah apakah yang sebenarnya telah engkau lihat?” soal ibu saudara Nabi apabila melihat anak saudaranya yang ketakutan itu.

“Setiap kali saya mendekati sebuah berhala, saya nampak seorang lelaki putih yang tinggi berteriak-teriak mengatakan:

“Mundur kau Muhammad! Mundur! Jangan sentuh!”

Abu Talib terpaksa menghantar Nabi pulang ke rumahnya.

Semenjak kejadian itu Abu Talib tidak pernah mengajak Nabi menghadiri upacara-upacara yang berhubung dengan berhala.

Semenjak hari itu Abu Talib juga merasai adanya keanehan pada anak saudaranya itu. Sejak Nabi berada di dalam rumahnya tidak pernah beliau melihat Nabi makan tanpa mengucapkan ‘Bismillahi Ahad’ begitu juga ketika selesai makan dan minum Nabi mengucapkan ‘Alhamdulillah’ pula. Malah yang menarik hati Abu Talib kepada budi pekerti anak saudaranya ini ialah Nabi tidak pernah berdusta atau melakukan sesuatu perbuatan jahilliyah. Bahkan anak saudaranya itu tidak pernah dilihatnya berdiri bersama-sama kanak-kanak yang lain bermain-main.

Abu Talib dapat melihat keistimewaan anak saudaranya itu ketika musim kemarau di Mekah yang hebat sekali. Oleh kerana hebatnya kemarau itu, orang Quraisy telah membawa lembu-lembu mereka ke atas pergunungan yang sukar dinakiki. Kemudian pada ekor lembu-lembunya itu diikatkan dua ranting kayu yang berdaun. Ranting-ranting kayu yang ada pada ekor lembu inilah yang akan dibakar sebagai permohonan supaya hujan turun. Menurut pendapat dan kepercayaan mereka, apabila lembu-lembu yang telah diikatkan dengan ranting-ranting yang sedang terbakar itu, berlari kesana-ke mari, maka akan turunlah hujan dengan lebatnya. Malangnya usaha-usaha tradisi ini tidak memberikan apa-apa hasil yang dikehendaki.

Kemudian, dengan penuh keyakinan bahawa anak saudaranya itu akan dapat membantu keadaan yang semakin mencemaskan itu, Abu Talib pun membawa Nabi ke Kaabah. Setibanya di dalam Kaabah, Abu Talib pun sujud dan meminta bersungguh-sungguh kepada Allah supaya menurunkan hujan keatas kota Mekah yang kering kontang itu.

Dengan kuasa Allah maka berkumpullah awan dari sana sini, kemudian menjadi hitam lalu turunlah hujan yang lebat sehingga lembah Mekah penuh digenangi air. Melihat keajaiban ini, Abu Talib kian yakin bahawa anak saudaranya ini mempunyai suatu keistimewaan dalam dirinya yang dianugerahi Allah. Oleh yang demikian, semenjak kejadian kemarau itu Abu Talib tidak mahu lagi berpisah dengan Nabi baik pada waktu siang mahupun pada waktu malam.

“Patutlah ayahku berpesan kepadaku, supaya mendahulukan urusan Muhammad daripada urusannya sendiri dan urusan keluarganya”.



Thursday, June 20, 2013

Ketika lahirnya Nabi Muhammad SAW bahagian ke 8


Bahagian 8

Allahumma Salli Ala Sayidina Muhammad


Melihat kesedihan Nabi demikian rupa, Abu Talib cuba menghibur Nabi dengan mengajak Nabi bermain-main dengan anak-anaknya. Demikianlah berkat kesabaran dan ketekunan Abu Talib, Nabi merasakan kehilangan datuknya telah berganti. Abu Talib juga sangat sayang kepadanya.

Abu Talib merupakan seorang yang baik budi pekertinya, jujur dan mempunyai kesabaran yang tidak ada bandingannya bila menemui atau menghadapi sesuatu kesulitan atau cabaran hidup. Meskipun beliau dan keluarganya hidup miskin, namun tidak pernah dia meminta-minta kepada saudara-saudaranya itu. Dia tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyara seluruh keluarganya.

Kemudian, apabila Nabi tinggal bersama-sama dengannya, kehidupan kian bertambah baik dan diberkati Allah. Beliau bersyukur kerana kehidupannya semakin bertambah baik.

Apabila tiba musim bunga dan musim kafilah Mekah untuk berniaga ke Syria, Abu Talib telah merancang-rancang untuk turut berniaga kesana. Bebarapa hari sebelum bertolak Nabi telah mendengar bahawa bapa saudaranya itu akan pergi ke Syria selama sebulan atau 2 bulan lamanya. Nabi ketika itu berumur kira-kira 12 tahun. Semenjak Nabi mendengar bapa saudaranya akan pergi itu, Nabi begitu gelisah sekali dan hampir-hampir tidak dapat tidur pada malamnya.

Pada pagi Abu Talib hendak bertolak dan sedang bersiap-siap itu Abu Talib melihat anak saudaranya itu sedih sekali. Abu Talib merasa bahawa kesedihan Nabi itulah disebabkan oleh pemergiannya ke Syria. Beberapa hari sebelum Abu Talib ke Syria, dia pernah berunding dengan Al-Abbas mengenai Muhammad.

“Saya kadang-kadang kasihan kerana terpaksa berpisah dengan Muhammad!’ ujarnya memulakan perbicaraan.

“Memang! tetapi untuk membawa kanak-kanak yang di bawah umur dan menempuh padang pasir yang luas dan kering kontang berhari-hari akan menyusahkan Muhammad sahaja!” terang Al-Abbas.

“Sebab itulah aku tidak mahu membawanya! tetapi hati kecilku amat kasihan kepadanya. Kerana semenjak ayah kita meninggal dunia, dia tidak pernah berpisah dariku!”

“Aku masih ragu-ragu sekarang sama ada mahu membawanya atau tidak!” terang Abu Talib lagi.

“Engkau pergilah sahaja. Aku akan menjaganya semasa engkau di sana. Sebulan dua bukanlah lama! jika terjadi sesuatu kepadanya di perjalanan adalah lebih teruk daripada dia berada di rumah!” nasihat Al-Abbas.

Mendengar kata-kata abangnya ini, Abu Talib memutuskan tidak membawa Muhammad yang masih muda itu. Umurnya baru 12 belas tahun. Akan tahankah anak yang berumur 12 tahun mengharungi padang pasir yang luas dan kering kontang hingga berhari-hari? Ini lah yang sering menghalang Abu Talib daripada membawa anak saudaranya yang di kasihi itu.

Tetapi pada hari Abu Talib akan berangkat, Nabi telah merayu-rayu kepada Abu Talib supaya membawa bersama-samanya. Abu Talib melihat betapa anak saudaranya itu tidak mahu berpisah daripadanya. Malah pada ketika itu, perasaaan kasih Abu Talib dan pesanan ayahnya Abdul Mutalib terdengar-dengar di telinganya.

“Aku harap engkau akan mendahulukan urusan Muhammad daripada urusan engkau dan keluarga engkau sendiri! itulah pesanku utama!’

“Demi Allah, biarlah apapun terjadi. Aku tidak akan berpisah dan meninggalkannya sendirian!”

“Bukankah ini akan menjadikan bebanmu bertambah wahai Abu Talib?’ ujar kawan kafilahnya apabila melihat Abu Talib maembawa Nabi bersama-samanya.

“Tidak, Syarif! tidak! dengan adanya anak saudaraku disisiku aku akan dapat melihat lebih jauh dan perasaanku lebih gembira, InsyaAllah jawab Abu Talib dengan tegas.

Demikianlah, dengan hati yang lapang dan penuh keyakinan Abu Talib telah membawa anak saudaranya bersama-sama ke Syria. Beliau yakin sebagaimana anak saudaranya selalunya, segala pekerjaannya yang sukar sering di berkati oleh Allah dengan kehadiran anak saudaranya itu.

Setelah Nabi mula dewasa sedikit, baginda telah bekerja menggembala kambing bersama-sama saudara susunya di pergunungan Bani Saad. Pengalaman ini kemudiannya di sambung ketika Nabi tinggal bersama-sama bapa saudaranya Abu Talib.

Melihatkan keadaan yang di tanggung oleh bapa saudara yang miskin itu, baginda telah meminta kebenaran untuk mengembala kambing-kambing jiran-jirannya dengan mendapat sedikit upah. Dengan demikian Nabi dapat juga membantu bapa saudaranya yang miskin itu.

Pada suatu hari, ketika Nabi menggembala kambing-kambingnya bersama-sama teman-temannya, baginda mendapat tahu ada suatu keramaian di Kota Mekah pada malam itu. Nabi seperti anak-anak muda yang lain ingin mengunjungi tempat keramaian itu, lalu berkata kepada seorang temannya.

“Bolehkah engkau melihat-lihat kambing saya, kerana saya ingin benar masuk Kota Mekah beramai-ramai di sana seperti pemuda-pemuda yang lain-lain!”

“Mengapa tidak! engkau selalu menolongku menjaganya dan kali ini bolehlah engkau pergi pula!” ujar temannya secara bersungguh-sungguh.

Kemudian Nabi pun keluar. Baginda menuju ketempat itu, bunyi-bunyian pancaragam itu kian kuat terdengar ketelinganya. entah bagaimana tiba-tiba Nabi merasa amat mengantuk lalu tertidur ditepi rumah yang pertama sehingga waktu pagi. Seorang pun tidak membangunkan Nabi di situ, sehingga baginda terasa perit oleh panas matahari yang menimpa tubuhnya. Setelah itu Nabi pun kembali menemui teman yang menjaga kambingnya.

Setibanya di tempat kawannya itu, temannya berkata. “Apakah yang engkau lakukan disana Muhammad?” Nabi tersenyum mendengar pertanyaan kawannya itu, lalu menceritakan apa yang sebenarnya berlaku keatas dirinya.

Buwanah ialah nama sebuah berhala. Semasa diadakan pesta Buwanah, orang Qiraisy akan datang beramai-ramai dan menyembelih haiwan-haiwan mereka sambil bersumpah di hadapan berhala tersebut. Abu Talib telah mengajak Nabi menghadiri pesta itu. Pada mulanya Nabi tidak mahu turut dalam upacara tersebut. Tetapi ibu saudara Nabi berkata dengan nada marah.

bersambung ...

sumber

Wednesday, June 19, 2013

Ketika lahirnya Nabi Muhammad SAW bahagian ke 7

Sudi-sudikanlah untuk membaca...bahagian seterusnya...

Bahagian 7

Allahumma Salli Ala Sayidina Muhammad

“Anak-anakku, tidak lama lagi aku akan kembali ke negeri yang kekal abadi. Oleh itu sebelum aku menghembuskan nafasku yang akhir, ada suatu pesanku yang penting.”

Abdul Mutalib lalu berpaling mencari-cari Nabi. Bila beliau melihat Nabi, beliau pun memegang tangan Nabi sambil bersuara,

“Aku berpesan kepada kamu sekalian supaya menjaga anakku, yang kecil ini! jagalah dia baik-baik.”

Mendengar ini , Al-Abbas bin Abdul Mutalib anaknya yang berada sekali diantara anak-anaknya yang lain berkata.

“Jika itu yang ayahanda hendakkan, biarlah anakanda menjaga Muhammad. Anakanda tidak mempunyai anak, lagipun anakanda mampu menyaranya!.”

Mendengar kata-kata Al-Abbas tadi anak-anak Abdul Mutalib memandang sahaja kepada ayahanda mereka yang terbaring di atas tempat tidurnya. Mereka menanti sama ada Abdul Mutalib bersetuju atau tidak dengan permintaan Al-Abbas tadi.

“Aku tahu. Aku tahu! kamu memang mampu daripada segala saudara-saudaramu! tatapi dalam hal ini biarlah aku berlaku adil! Abdul Mutalib berhenti seketika daripada berkata-kata. Beliau mengumpulkan sehala kekuatannya untuk meneruskan kata-katanya lagi. Setelah berhenti sejenak, beliau pun berkata.

“Supaya adil biarlah aku suruh anakku sendiri memilih kepada siapa yang disukainya. Pemilihan anakku ini adalah muktamad!”

Abdul Mutalib lalu memegang tangan Nabi dengan penuh kasih sayang dan penuh kasih mesra. Kemudian beliau pun berkata.

:Anakku, pilihlah dengan siapa anakku akan tinggal selepas datuk tidak ada lagi nanti!”

Nabi memandang datuknya dengan penuh hiba dan saya, Kemudian Nabi memandang satu persatu bapa-bapa saudaranya yang berada di hadapannya. Tiba-tiba matanya tertumpu kepada Abu Talib dan lekas-lekas menghampirinya, kemudian memegang tangannya.

“Nah! anakku telah memilih kamu Abu Talib. Aku tahu engkau mempunyai ramai anak. Oleh itu aku harap engkau menjaga anakku lebih daripada anakmu sendiri. Semoga dengan penjagaan engkau yang demikian, Tuhan akan memberkati engkau!”

“Memang, sejak beberapa lama, apabila Abdul Mutalib keluar dari kota Mekah, Nabi sering di serahkan kepada Abu Talib. Walaupun Abdul Mutalib tahu, anaknya ini miskin tetapi beliau kaya dengan hati budinya. Dan pilihan Nabi terhadap Abu Talib memang tepat sekali.

Tidak lama kemudian, Abdul Mutalib pun meninggal dunia. Nabi sungguh dukacita dengan kematian datuknya yang sangat di sayanginya. Berhari-hari Nabi merasa kehilangan sesuatu. Dulu dia telah kehilangan ibunya, sekarang datuk yang di sayanginya pula telah pergi meninggalkannya.

bersambung lagi....

sumber

Ketika lahirnya Nabi Muhammad SAW bahagian ke 6


Bahagian 6

 Allahumma Salli Ala Sayidina Muhammad

Kematian Aminah itu menjadikan Muhammad yatim piatu. Tidak punya ibu dan bapa lagi. Muhammad benar-benar tinggal sebatang kara. Namun begitu, dia berjaya pulang ke Mekah. Keluarga Muhammad terkejut besar bila mendengar kematian Aminah. Tapi Abdul Mutalib tidak menunjukan kesedihan walaupun hatinya pedih dan hancur. Dia pujuk Muhammad supaya jangan bersusah hati.”Jangan kemana-mana. Tinggal sahaja di rumah datuk,” pujuk Abdul Mutalib sambil mengusap-usap rambut Muhammad. Abdul Mutalib  adalah datuk Muhammad yang sebenar. Kasih sayangnya kepada Muhammad memang tidak dapat diragukan lagi.

Muhammad mendengar pujukan datuknya itu. Dia berfikir . Tapi s Muhammad tahu akan dirinya. Bergantung kasih kepada seorang datuk yang sudah tua.

Selepas ibu nabi wafat, maka Nabi terus berada dalam peliharaan dan perlindungan datuknya Abdul Mutalib. Pengasuhnya yang bernama Ummu Aiman makin sayang kepada Nabi. Di sebabkan kasih sayang datuknya itu maka Nabi juga sangat sayang kepada datuknya. Apabila Abdul Mutalib berada dalam suatu majlis, tidak ada anak atau cucunya yang berani duduk berhampirannya kalau tidak di ajaknya. Ini berlainan pula dengan Nabi. Baginda segera mendekati datuknya dan datuknya pula akan menyuruh Nabi Sentiasa duduk di sampingnya.

Pada suatu hati, Nabi terus sahaja duduk di tempat yang khas untuk Abdul Mutalib. Melihat ini, bapa-bapa saudaranya berkata, “Muhammad! Jangan kamu duduk di tempat duduk datukmu!”

Kebetulan pada waktu itu Abdul Mutalib tiba lalu berkata. ” Biarkan cucuku ini duduk di tempat itu, kerana dia memang suka kepada kebesaran!”

Semenjak Nabi dalam pemeliharan Abdul Mutalib, Abdul Mutalib tidak pernah memanggil cucunya itu dengan perkataan ‘cucu’ tetapi dengan perkataan ‘anak saya’. Meskipun beliau tahu apa yang di kisahkan oleh Raja Saif Zi Yazan mengenai diri Nabi, namun demi kepentingan dan keselamatan cucunya, beliau tidak pernah menceritakan apa-apa kepada sesiapapun, walaupun kepada Abu Talib yang akan menerimanya kelak.

Selama hayatnya, setiap hari Abdul Mutalib sentiasa pergi ke Masjidil Haram. Kemudian sekali dalam setahun beliau pergi mengikuti rombingan kaumnya berniaga ke negeri Syam. Waktu itu umur Abdul Mutalib ialah 100 tahun.

Pada suatu hari, apabila Abdul Mutalib tahu dirinya akan meninggalkan dunia, beliau pun menyuruh khadamnya memanggil semua anaknya ke sisinya. Ketika itu, Nabi berada di belakan tempat tidur Abdul Mutalib mendengar dan memerhatikan segala pengalaman datuknya yang sedang sakit itu.

Apabila semua anaknya itu telah berada di hadapannya, maka Abdul Mutalib pun berkata...

tunggu sambungan seterusnya...

sumber

Tuesday, June 18, 2013

Ketika lahirnya Nabi Muhammad SAW bahagian ke 5


Bahagian 5


Allahumma Salli Ala Sayidina Muhammad

Rupanya dalam termenung itu, Muhammad mempunyai rancangan hendak pergi ke kubur bapanya. tapi buat sementara ini dia tidak memberitahu ibunya tentang rancangan itu. Dia ingin melihat kubur bapanya suatu hari nanti.

“Ingat” sambung Aminah lagi ” Pada pendapat setengah orang Muhammad akan menjadi orang besar di Kota Mekah ini. Tanda-tandanya telah banyak seperti yang ibu sebutkan tadi. Perangai-perangai yang baik harus di contohi.”

Setelah berumur enam tahun, Muhammad berkata lagi kepada ibunya. Muhammad mahu lihat kubur bapa” katanya.

Aminah terdiam mendengar permintaan Muhammad itu. Walaubagaimana pun Aminah tidak mahu menghampakan permintaan Muhammad.

“Baiklah”kata Aminah kepada Muhammad”. Tapi mesti minta izin dari datukmu.”

Abdul Mutalib tidak menegah hajat itu. Setelah segala persiapan di buat mereka pun berangkat ke Madinah. Dalam perjalanan yang susah dan jauh itu macam-macam cabaran yang di terima. Tapi Muhmmad tabah menempuhnya. Walaupun letih tapi dia tahan menghadapi semua itu.

Akhirnya, sampai juga mereka di Madinah. Hajat Muhammad sampai. Mereka pergi ke kekuburan. Sungguhpun masih anak-anak tapi Muhammad dapat menunjukkan kesabaran. Dia sedih tapi dia dapat menahan kesedihannya itu. Dia pujuk ibunya yang menangis. Dia pinta ibunya bersabar. Sedikit sebanyak, dapat juga Muhammad memberi petunjuk kepada ibunya.

Setelah beberapa lama di kuburan itu, Muhammad lalu mengajak ibunya pulang. Dia cuba damaikan perasaan ibunya dalam perjalanan itu. Tapi nasib Muhammad memang malang. Ibunya jatuh sakit dalam perjalanan.

Muhammad tidak dapat meneruskan perjalanan pulang. Maklumlah ibunya sakit. Masakan boleh orang sakit dipaksa pulang. Muhammad sabar lagi. kalau ibu sembuh bolehlah pulang, fikirnya. Muhammad terus berusaha untuk menyembuhkan penyakit ibunya itu. Tapi penyakit Aminah tidak mahu sembuh juga. Makin sehari semakin berat. Muhammad tidak putus asa. Tapi makin sehari semakin berat juga.

Akhirnya, ibu Muhammad meninggal dunia. Ini satu kejadian yang tidak diduga-duga oleh Muhammad. Tapi Muhammad sabar walaupun tanggungannya berat. Dan dia menangis dalam sabar. Dia bersedih dalam sabar. Dia uruskan ibunya.

bersambung...

sumber

Monday, June 17, 2013

Ketika lahirnya Nabi Muhammad SAW bahagian ke 4



Bahagian 4

 Allahumma Salli Ala Sayidina Muhammad


Ketika berumur empat tahun, Muhammad sudah boleh bertutur. Kata-katanya teratur. Cakapnya boleh di pakai. Sifatnya boleh dipercayai. Sungguhpun kecil, dia tahu menjaga hati orang yang mengasuhnya. Dia tahu menjaga hati datuk serta bapa saudaranya. kalau aku bertanyakan di mana bapaku tentu ibuku bersedih dan menangis.

Dengan hormat Muhammad pergi mendapatkan ibunya, Aminah. Dia menghadapi ibunya sambil tersenyum seolah-olah tidak ada kocak di dada kecil itu. Ibunya tersenyum membayangkan kegembiraan.

“Ibu” seru Muhammad manja.

“Mengapa… Muhammad” sahut Aminah.

“Marahkah kalau saya bertanya?’

“Tanyalah apa sahaja, masakan ibu akan marah” sahut Aminah jujur.

Sebenarnya Aminah tidak menyangka yang Muhammad hendak bertanya tentang bapanya.

“Dimana bapa saya..bu?’ tanya Muhammad.

Aminah memang tidak menyangka soalan itu akan dikemukakan olah Muhammad. Dia tersentak darahnya berderau naik ke muka. Aminah menundukkan muka menahan perasaan hiba.

“Dimana bapa saya….bu?” tanya Muhammad Lagi.

Aminah benar-benar tidak dapat menahan perasaannya. Dia cuba menahan nafas. Hatinya bagai di hiris-hiris. Dengan segera Aminah mengambil buah kurma lalu di suapkannya ke mulut muhammad. Ini kerana dia tidak mahu Muhammad menyebut-nyebut pasal ayahnya. Lepas sebiji-sebiji buah kurma di sumbatkan ke dalam mulut Muhammad. Tapi bila buah kurma itu habis, Muhammad terus bertanya lagi.

“Dimana bapa saya …bu?” ulangnya.

Sekarang mulut Muhammad sudah tidak boleh ditutup lagi. Dia tetap bertanyakan bapanya. Aminah seolah-olah hilang akan dibuatnya.

“Di mana bapa saya..bu? ulang Muhammad lagi.

“sebenarnya” Aminah berterus terang ” bapa Muhammad telah meninggal dunia ketika Muhammad masih dalam kandungan lagi. Dia meninggal dalam perjalanan pulang dari Syam. Bapa Muhammad seorang peniaga. Dia selalu merantau kesana ke mari membawa barang-barang dagangan. Malangnya, tiba di Madinah dia telah jatuh sakit lalu meninggal di sana.”

Muhammad terdiam seolah-olah bertafakur.Tapi di kelopak mata Aminah bergenang air jernih bila mengingatkan peristiwa lama bersama dengan suaminya. Muhammad faham perasaan ibunya dalam kesedihan. Dan Muhammad tahu bahawa itulah sebabnya ibunya tidak mahu bercerita selama ini. Sekarang barulah Muhammad faham tahu dengan jelas bahawa bapanya sudah tidak ada lagi. Muhammad tahu bahawa dirinya adalah anak yatim., anak yang tidak berbapa lagi.

” Muhammad….kau tidak mempunyai bapa. Sungguhpun ada orang yang bertanggung jawab seperti datuk dan pakcikmu itu,tapi hati-hatilah dalam hidup ini. Perangai biar baik, berbudi bahasa, Jangan nakal-nakal nanti orang tidak suka. Jangan hasad dengki nanti orang benci” kata Aminah memberi nasihat. ” Kematian bapamu sudah sampai masanya. Semua makhluk Tuhan akan mati apabila sudah sampai masanya” kata Aminah lagi memujuk.

bersambung...

sumber






Ketika lahirnya Nabi Muhammad SAW bahagian ke 3

kita sambung bahagian seterusnya..sekurang-kurangnya selawatlah ke atas Nabi Muhammad SAW satu hari sebanyak 5 kali sama dengan waktu solat 5 kali sehari..."sekurang-kurangnya"..lagi banyak lagi bagus...untuk saya dan anak-anak juga...

Iman soffea dan Muhammad tak sabar nak baca sambungan seterusnya....

Bahagian 3

 Allahumma Salli Ala Sayidina Muhammad


lahirnya sungguh sungguh mengejutkan keluarga Aminah, kampung Al-Irash, tempat kelahiran itu riuh rendah dengan berita baru. Muhammad sejak di lahirkan sudah dapat menarik hati orang ramai. Sebagaimana anak-anak lain, Muhammad tetap diberi susu oleh ibunya sendiri. Ketika itu memang ramai wanita yang rela menyusukan Muhammad, tapi Aminah tidak memberikan diperingkat awal.

Abdul Mutalib, datuk Muhammad nampaknya begitu gembira kerana dia mendapat cucu. Kehilangan Abdullah, bapa Muhammad di Madinah dulu, benar-benar terasa baginya. Tapi bila Muhammad lahir, seolah-olah itulah sebagai ganti Abdullah dan Muhammad sebagai bayi yang disayangi.

“Aku namakan dia Muhammad” kata Abdul Mutalib kepada Aminah dan orang ramai yang berada disitu. Abdul Mutalib bertanya Amina; “Bersetujukah kau Aminah.” Aminah hanya tersenyum, dia sendiri berasa senang dengan nama itu, walaupun timbul sedikit kehairanan.

“Muhammad ertinya yang terpuji. Aku harap dia akan menjadi manusia yang terpuji nanti” kata Abdul Mutalib dengan bangga.

Memang sebenarnya tidak ada nama Muhammad dikalangan bangsa Arab selama ini, baik yang sudah besar ataupun yang muda. nama Muhammad seolah-olah memberi ilham baru kepada Abdul Mutalib. Setelah beberapa hari badannya kelihatan begitu segar. selepas menyusu pada ibunya, dia menyusu pula pada seorang perempuan yang bernama Halimah. Halimah ialah perempuan yang biasa mengambil upah menyusukan bayi. halimah juga mempunyai anak kecil tetapi beliau tidak keberatan menyusukan Muhammad.

Kelahiran Muhammad telah memberi cahaya kepada penduduk-penduduk kota Mekah. Keadaan kota Mekah tiba-tiba bertukar wajah. Tanaman yang kurang subur tiba-tiba saja menjadi segar dan subur. Kalau ternakan kurang biak dengan mudah sahaja menjadi biak. ini adalah satu rahmat kepada penduduk kota Mekah. Sungguhpun Muhammad dijaga dengan baik hingga besar,tapi dia tidaklah hidup dalam kemewahan. Dia hidup sebagaimana kehidupan orang yang mengasuhnya. Orang yang mengasuhnya bukanlah orang kaya.

Muhammad telah mengenali erti kesusahan sejak dari kecil lagi. Dia tahan menghadapi berbagai penderitaan. Muhammad tidak pernah merasai kasih sayang bapanya yang sebenar. Malah dia tidak tahu apa ertinya bapa dalam satu-satu keluarga. tapi bila sudah besar sedikit barulah dia tahu erti bapa. Tetapi Muhammad tidak pernah bertanya kepada sesiapa pun kemana pergi bapanya selama ini. Samaada dari ibunya, datuknya mahupun bapa saudaranya. Hatinya tidak terlintas mahu bertanya. Aminah dan Abdul Mutalib tidak mahu menyebut-yebut nama bapa Muhammad tambahan pula di depan Muhammad sendiri. Mereka bimbang hati Muhammad akan berasa sayu. Mereka kasihan kepada Muhammad.

bersambung..

sumber

Sunday, June 16, 2013

Ketika lahirnya Nabi Muhammad SAW bahagian ke 2

Kita sambung episod seterusnya...tak rugi membaca tau..ikhlaskan hati walau panjang berjela....

Bahagian 2

Allahumma Salli Ala Sayidina Muhammad


Ada diantaranya datang berkali-kali, semata mahu melihat Muhammad. Mereka sayang kepada Muhammad. “Alangkah gembiranya aku kalau mendapat seorang anak seperti ini,” kata diantara wanita yang datang itu.

Kisah keistimewaan Muhammad itu telah tersebar di merata-rata tempat. Orang semakin ramai yang datang. Malah orang yang tidak kenal dengan Aminah pun turut datang melihat Muhammad.

Keadaan cuaca juga berseri-seri. Seolah-olah tersenyum menyambut kelahiran Muhammad. Sekitar kampung tempat kelahirannya begitu meriah. Seolah-olah dia memberi semangat dan cahaya baru kepada penduduk-penduduk di situ.

“Budak ini bertuah, boleh jadi dia akan menjadi pemimpin besar di masa akan datang. Semua orang sukakan kepadanya,” kata seorang tua sambil menepuk-nepuk tubuhnya.

Sungguhpun begitu nasib Muhammad sungguh malang. Ketika dia dilahirkan, bapanya sudah kembali kerahmatullah. Bapanya meninggal ketika dia masih dalam kandungan ibunya. Kira-kira dua bulan sebelum Muhammad lahir, bapanya telah menghembuskan nafas yang terakhir. Dia tidak sempat melihat wajah anak yang ti tunggunya. Sebagai seorang isteri, yang punya kasih sayang terhadap suami, Aminah mengalami penderitaan yang hebat.

Tetapi, Aminah tetap sabar. Orang yang dikasihi pulang kepada Allah. Abdullah jatuh sakit dalam perjalanan pulang dari Syam. Abdullah adalah seorang ahli perniagan. Dia selalu merantau kerana urusan perniagannya. Kali akhir dia mengembara untuk berniaga ialah ke Syam. Dalam perjalanan pulang, dia singgah di Madinah. Sampai di situ Abdullah jatuh sakit.

Tapi, dari hari ke hari penyakitnya semakin tenat. Dia puas juga berubat, tapi tidak juga sembuh. Akhirnya dia menhembus nafas yang akhir. Aminah seolah-olah hilang akal. Hatinya bertambah sedih bila mengingatkan bayi yang akan lahir, tidak mempunyai ayah.

Aminah tidak dapat mengawal perasaannya dia menangis semahu-mahunya. Tetapi orang ramai menyabarkan Aminah. Perasaan dan hati Aminah dijaga. ” Itu semuanya kehendak Tuhan. semuannya kekuasaan Tuhan” pujuk orang ramai.

Abdul Mutalib, Abu Talib menjaga hati Aminah sebaik-baiknya. Mereka tahu bagaimana perasaan seorang wanita yang kehilangan suami buat selama-lamanya. Memang berat penanggungan itu. Seberat bumi dan langit.

Akhirnya, perasaan Aminah yang berkocak itu damai sedikit demi sedikit. Perutnya makin sehari semakin membesar. Hari yang ditunggu-tunggu semakin dekat. Akhirnya, saat yang dinanti-nanti itu tiba juga.

Pada malam Aminah hendak melahirkan Muhammad tidak ada apa-apa tanda pada dirinya. Aminah menyangka lambat lagi anaknya akan di lahirkan. tapi dengan tiba-tiba sahaja di subuh hari itu, Aminah melahirkan Muhammad.



Bersambung...

Sumber 

Friday, June 14, 2013

Ketika lahirnya Nabi Muhammad SAW

Assalamualaikum sahabat.

Tak rugi kalau kita membaca kisah kelahiran  Nabi Muhammad SAW.Jom kita baca bemula episod 1.

Allahumma Salli Ala Sayidina Muhammad

Bahagian 1

Kelahiran Muhammad adalah seperti bayi lain juga. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Dia di lahirkan di Mekah pada 12 Rabiulawal tahun gajah bersamaan dengan 20 April tahun 571 Masihi. Muhammad adalah berketurunan Quraisy. Bapanya bernama Abdullah bin Abdul Mutalib. Datuk neneknya adalah ketua kaum Arab yang bertugas menjaga Kaabah yang pernah diancam oleh tentera-tentera Habsah.

Datuk Muhammad bernama Abdul Mutalib bin Hasyim dan bapa saudaranya bernama Abu Talib. Keturunan keluarganya berminat dalam perniagan dan menternak binatang-binatang terutamanya unta. Kelahiran Muhammad sudah di ketahui oleh Nabi Isa sejak Muhammad belum dikandung oleh ibunya lagi. Nabi Isa mendapat wahyu dari Tuhan bahawa seorang Rasul akan lahir ke dunia dan dialah nabi yang terakhir.

Sungguhpun Muhammad lahir tidak berbeza dengan bayi-bayi lain, tapi keadaan keliling amat luar biasa. Aminah tidak berasa sakit sewaktu melahirkan. Muhammad lahir dengan selamat, disaksikan oleh Mak Bidan.

Biasanya, bayi yang baru lahir sudah tentu menangis, tapi Muhammad tidak begitu, dia diam sahaja. Mak Bidan menepuk-nepuk tubuhnya, tapi Muhammad tetap diam. Keadaannya seperti orang berfikir. Matanya kelihatan bersinar-sinar seperti hendak melihat sesuatu.

“Luar biasa anakmu ini, dia tidak menangis, tapi matanya liar seolah-olah merenung sesuatu diatas,,” kata Mak Bidan. Aminah terbaring, diwajahnya terbayang kegembiraan, bagai mendapat sebuah gunung emas.

“Luar biasa anak ini, ” ulang Mak Bidan, sambil membelek-belek tubuh bayi itu. “Apa yang luar biasa?’ Tanya Aminah. “Biasanya, bayi lahir terlentang, tapi dia tertiarap, kepalanya mendongak kelangit, jari-jarinya terangkat-angkat seolah-oleh mengira sesuatu, matanya juga merenung ke langit, seolah-oleh ada benda yang dipandangnya. Macam dia mengerti sesuatu, walaupun dia baru di lahirkan.”

Kisah keganjilan Muhammad ini diceritakan oleh Mak Bidan kepada jiran-jirannya. Mereka turut hairan mendengarkan cerita itu. Sejak Muhammad dilahirkan, keadaan dalam rumah itu tiba-tiba sahaja berubah. Rumah yang tidak bermaya selama ini, tiba-tiba sahaja berseri-seri dipandang serta menjadi tumpuan orang ramai.

Pada waktu malam, rumah itu kelihatan terang benderang seperti bulan terang walaupun adakalanya bulan gelap. Wanita-wanita amat suka ke rumah Aminah mereka datang berduyun-duyun untuk melihat Aminah dan anaknya yang baru lahir. Mereka suka melihat bayi itu. Seolah-olah ada satu tarikan pada tubuhnya.

Bersambung....

sumber

Charlee atau Tomcat binatang apa tu...

al kisahnya semalam dapat call dari adibah...kecoh satu asrama tentang binatang yang namanya charlee atau tomcat,dia dah tentu-tentu takut pada semua binatang di tambah binatang ni walau kecik tapi sangat berbisa."nak buat macammana ni ma,tolonglah pasangkan jaring"...pasang jaring apa korjo kita pulak nak kena buat...pihak pengurusan tu buat apa...

lepas tu adibah suruh le saya mengoogle binatang tu,sebabnya saya pun tak kenal...

inilah rupa binatang  yang namanya charlee,gambar sebelah kesan bila dia hinggap dekat kulit....bila binatang ni merayap aje dekat kulit serta merta merah...Katanya boleh membawa maut. Ajal maut Allah tentukan.
asrama adibah berhampiran dengan ladang kelapa sawit memang tempat si charlee ni beranak pinak...sawah padi pun tempat tinggal binatang ni juga...saya suruh dia minta pada Allah minta binatang tu tak suka pada adibah dan rakan-rakannya...lepas tu saya suruh dia amalkan doa Nabi Yunus...tutup tingkap rapat-rapat ye...

Ahad ni nak pergi ziarah adibah..macam-macam permintaan...layan ajelah.


Thursday, June 13, 2013

Demi Allah


".. Jasad kita ibarat botol kosong lutsinar yang diisikan roh didalamnya .. Cantiknya botol itu bukan pada luaranya tapi pada isi dalamannya .."



“.. Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara seketika, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul maut) kepada kalian, nescaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri ..” -Imam Ghazali-

Along

 Kalau sudi bacalah hingga habis...mesti tak tertahan air mata..

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?" Marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?" Leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Tiba-tiba dia melihat si ibu bergegas pergi mencari sesuatu dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu.

Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. "Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakit, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah
Along menjerit kesakitan. "Sakit bu, sakit…maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi.Bu, jangan pukul bu..sakit bu.. "

Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu, ampunkan Along bu,bukan Along yang mulakan, bukan Along bu, sakit bu..!!" Rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya.

Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam.. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah..Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang.

Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini.

Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM.

Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu.

Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. "Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.

Sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" "Eh! jangan, nanti dulu… Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!" Si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan…"Anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya" bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?" Soalnya lagi. Atih masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum.

Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo.. patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?" Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!" Terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni untuk Along pun!" Soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak.

Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas" Arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. "Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni" Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu.

Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "Laa..kau ke, apa kau buat kat sini?" tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?" soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak beli dan hadiahkan kepada mak aku" Jelas Along jujur. "Waa..bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli, aku bagi potongan harga 50%. Macam mana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!" Along meminta kepastian.

"Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!" Balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk bahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit." Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. Pada kau ada berapa ringgit sekarang ni?" soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu.

Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!" pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja.

Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?" Soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah" Leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selambar seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati.

"Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu" Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu”" Sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh.

Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru.. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya.

Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar B. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu.

Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari. Justeru dia terpaksa berbohong agar ibunya tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya. Tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal. Upahnya lima belas ringgit sehari. Along rasa sangat bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membelikan jubah untuk ibu.

Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali memandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti hari-hari yang sebelumnya, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sydah lebih 10 hari Along bekerja di situ. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah ke?" Soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan?"

Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulutnya tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih.

"Azam, kau ada cita-cita tak ataupun ada impian apa-apa ke?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. "Ada!" Jawab Along pendek. "Kau nak jadi apa satu masa nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku atau apa?" Along menggeleng-gelengkan kepala. "Semuanya tidak! Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu.

"Ala, gurau ja la Abang Joe… Sebenarnya, saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan saya nak jadi anak yang soleh!" Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni" Ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga.

Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe" Kata Along lagi. "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?" soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah-anggap tentang soalannya tadi.

Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju" Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. "Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari
rumah ke?" Soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. "Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Azam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk siMalik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu.lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni”, Terang Along dengan tenang.

"Kau jadi mangsa Azam. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah”, kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah, aku sangat sayangkan Ibu aku!" "Azam..kau ni.." "Aku ok, lagipun aku tak mahu menyusahkan lagi ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah tu lagi" Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu.

"Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, ok!" pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem, tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" Soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia” Terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!" Jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk. "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?"
"Hari ni laâ.." Balas Along.
"Ooo hari lahir ibu kau hari ni ya?"
"Bukan, minggu depan"
"Habis? Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?" Soal Fariz lagi.
"Aku rasa hari ni je yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi" Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motorsikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang dipandu laju cuba mengelak daripada melanggar seekor anjing yang tiba-tiba muncul di depannya. Pemandu kereta itu menekan brek dan mengelak tapi dek jalan yang licin, ia hilang kawalan. terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak.

Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakainya mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya. Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu. Dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu.

Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul wanita tersebut. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu.

Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih di genggamannya itu. "Ha..ha..hadiiiiah uuuntuk iiiiiibu" Itu saja yang termampu diucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Sebaik habis mengukir senyuman bahagia itu, Along terasa kesakitannya sudah tidak tertahan lagi. Suara ibu, Angah, Alang dan Atih semakin sayup terdengar. Matanya sudah sangat berbinar. Di gagahnya menahan matanya untuk terus menatap wajah ibunya selama yang mungkin.

Along sudah kelihatan hampir tidak sedarkan diri. Si ibu begitu cemas bercampur sebak dan sedih. Kepala dan tubuh Along dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Along di bawa ke hospital dan disahkan sudah meninggal dunia. Siibu menangis semahu-mahunya menyesali tindakannya terhadap Along. Dia lebih menurut nafsu dan emosi. Along sudah pergi untuk selama-lamanya. Tangisan dan penyesalan tidak akan mengembalikan Along ke pangkuannya semula. Sebaik pengebumian jenazah Along, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan.

Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita separuh umur itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami.. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan dia jugak cakap, ibunya iaitu mak cik sebagai seorang perempuan gila. Azam pukul Malik sebab tak sanggup mendengar Malik menghina ibu dan ayahnya"

Cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz? Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab..Azam tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa itu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula" Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Siibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Lidahnya kelu untuk berkata-kata lagi. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap anak derhaka.

Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. ˜Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap Along selama ini. Andai Along melukakan hati ibu, Along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf Along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu dan terimalah hadiah ini dari anakmu yang banyak menyusahkanmu....UNTUKMU IBU!"

Kad itu dilipat dan dicium. Air matanya sekali lagi melunjur deras berjurai membasahi pipi. Sekali lagi siibu menangis semahu-mahunya. Segala perasaan sedih, pilu, sayang, menyesal dan marahkan diri bercampur baur di dalam dadanya. Setelah beberapa lama, siibu tenang semula. Di dalam hatinya siibu berkata "Ya Allah!! Aku mohon ampun padamu atas apa yang sahaja kesalahan aku kepada anak ini. Kau saksikanlah Ya Allah bahawa aku meredainya sebagai anak yang soleh.. Engkau tempatkanlah Along anakku ini di dalam syurgaMu yang kekal abadi!"

Wednesday, June 12, 2013

NASI LEMAK JUS LIMAU NIPIS


semua orang pun bijak untuk memasak nasi lemak...kan.

tapi awas...!!! jangan selalu.

Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C.

Ianya membantu saya membuang lemak selama hari ini....

Tuesday, June 11, 2013

Sejuk perut si Ibu




Hari ni saya ingin berkongsi cerita antara IBU & ANAK.

In Shaa ALLAH…..Dengan izin ALLAH Jika tiada aral melintang tidak lama lagi Aliff akan pulang bercuti selama 3 bulan…Bunyi nya lama tapi reality nya sekejap sangat setelah setahun tidak bertemu…kini masa dah hampir tiba untuk dia pulang..saya dah pun kemas kan bilik Aliff.

Saya tidak sabar duduk berbual, berbuka puasa bersama, solat jemaah bersama…mendapat undangan berbuka puasa bersama…kadang-kadang Aliff jadi Imam di rumah sahabat-sahabat saya…Setiap kali dia jadi Imam….Aliff sangat gemar membaca surah2 yang panjang…air mata saya dibelakang tidak berhenti menangis bangga….bacaan nya sedap sekali & nyaman didengar.

Kadang-kadang kami banyak berbual tentang Hukum – Kehidupan & Kematian tanpa rasa takut dan perbualan Ilmu yang sangat terbuka ..saya lebih banyak bertanya Aliff membawa saya dan kawan2 saya kefahaman yang lebih maxsima …..Banyak kali bila Aliff mengeluarkan Hadith, sebagai Ibu saya terpegun….Lidahnya dah jadi lidah Arab….11 tahun belajar di Madinah….Ma Shaa ALLAH. Ada juga perkara yang saya tanya, jika dia kurang pasti jawapan nya, dia tidak malu berterus terang mengaku apa yang dia kurang pasti dan baru merujuk kepada kitab2 beliau dan menyuruh saya membaca dan fahami…….rutin kami di bulan Ramdhan ..selepas berbuka, Kami berterawih…Baca Al-Quran & tidur sekejap...jam 3.30 pagi kami bagun solat Tahajud….saya mendengar Aliff membaca Al-Quran sampai subuh……kami turun bersahur dan makan bersama-sama…Makanan Aliff sangat simple..In Shaa ALLAH….Kami semua dirumah nak habiskan Khatam Quran sebelum lagi berakhirnya bulan Ramadhan….Selalu nya malam ketiga qiamulai kami dah selesai Khatam Al-Quran.

3 bulan ini bulan yang sangat penting buat saya dan kami satu keluarga….Nikmat saya sebagai IBU Memasti kan makanannya terurus…Tukang masak saya sangat rapat dengan Aliff…

Dalam pada perbualan yang ringkas ….saya tidak lupa memesan kepada Aliff…jika ALLAH izin kan Mami ingin mati dipangkuan Aliff…Jika Aliff ada disamping Mami ketika Mami menghembus kan nafas yang terakhir…Mami ingin Aliff Jadi Imam unuk Solatkan Jenazah Mami…Mami akan tersenyum dan bangga. Jangan benar kan orang yang bukan family masuk melihat Jenazah mami dimandi….Hanya Aliff, anak2 angkat Mami - Best Friend Mami dan orang yang mengurus kan pemandian Jenazah….Jika mami sakit dihospital….orang tidak kenal jangan dibiar kan masuk untuk mengambil sebarang gamnbar….Jaga Hijab Mami…sekarang zaman HP modern…saya tidak redha gambar saya sakit masuk kedalam Internet. Jika mami sakit dihospital…ambil 4 bilik penuh kan anak2 Tahfeez dan semua Ustaz2 Mami baca kan ayat2 Al-Quran dan Surah Yassin utnuk Mami….baca perlahan2 supaya tidak mengganggu ketenteraman pesakit lain diHospital.

Mami berkerja keras selama 45 tahun memcari rezeki dikelilingi dan bermandi kan Fitnah untuk memndapat satu kehidupan kita pada hari ni.....Mami mahu kan Aliff hidup bersederhana..Mami tidak kaya…..selebih apa yang kita ada kita wakaf kan untuk Anak2 Yatim Piatu….Orang2 Miskin dan Anak Tahfiz. Mami tidak pernah rosak kan Aliff selama ini dengan duit ringgit – Aliff pun anak yang baik bukan mata duitan…..In Shaa ALLAH…..

Sebagai IBU Mami sudah sedia kan keperluan untuk Kehidupan Aliff & Keluarga Aliff…….Mami tidak mahu Aliff berhutang. Beli apa yang kita mampu sahaja! Jangan sekali2 Membazir untuk Keduniaan. Mami sentiasa mendoakan Aliff ditemu kan jodoh dengan Muslimah Solehah yang dapat membimbing keturunan kita dengan baik nya! 


p/s sumber dari fb anak...perkara yang baik apa salahnya saya kongsikan di sini...supaya sama-sama kita contohi...saya harap kak pah tak kisah...tidak ada niat yang tidak baik melainkan yang baik-baik belaka...

Monday, June 10, 2013

Apam masam/kari ayam

Cukuplah untuk isi perut hari ni....

Setinggi mana belajar,tetap ke dapur jugakan..education itulah yang menentukan dapur dia besar mana...setuju kawan-kawan!!

Dapur saya kecik je...


Sunday, June 9, 2013

Makanan tu sampah ke?


Biasa tengok rancangan memasak di tv?hobi saya tu...Orang putih,Cina ,India,Arab,Thailand,Indonesia,Singapura dan Melayu semua saya layan...Channel Asian Food Channel,  TLC and Food Network .dari sinilah ilmu memasak yang saya dapat...saya tak pernah keluar satu sen pun untuk belajar memasak kecuali nak membeli majalah masakan...duit suami...

Terlanjur bercerita mengenai masakan....
tak terlepas juga saya menonton Master Chef Celebriti Malaysia.saya bangga sangat juri-juri dari Malaysia...beradab.

Dari Abu Hurairah RA,berkata:"Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan,sekiranya baginda suka beliau makan,dan sekiranya baginda tidak menyukainya baginda meninggalkannya."(HR Bukhari)

Juri: setelah makanan di hidang oleh peserta..mula-mula makanan di tatap seolah-olah melihat makhluk asing,kemudian makan dengan tangan kiri,menikmati makanan dengan wajah yang garang,sambil menatap tajam ke arah peserta seolah ingin turut mengunyah mereka...puuiih.."ini sampah"!

Ketika sebahagian orang menganggap makanan yang di masak dengan penat lelah itu adalah sampah...ada sebahagian manusia dengan segala usahanya menerima keadaan bahawa sampah-sampah itu adalah makanan.

Juri : 'Jangan terlalu ikut perasaan apa yang saya lakukan adalah untuk melatih mental mereka agar tahan tekanan,dulu saya mengalami tekanan yang lebih teruk daripada senior saya!!.seorang chef harus mempunyai mental yang kuat seperti saya mencela dan di cela adalah perkara biasa,lagi pun ini hanya hiburan rancangan tv semata-mata bukalah minda sikit...!!

Memang betul tapi bagaimana sekiranya ribuan kanak-kanak melihat tingkah laku anda??mereka belajar dan meniru.

Bagaimana kalau berlaku seperti ini....
Keadan ketika di rumah..."mak!! "ini makanan ke sampah,pelik betul rasa."

kalau setiap chef berfikiran kreatif dalam masakan mereka juga berfikiran kreatif untuk memajukan mental dan suasana positif.

Contoh 'setelah di rasa oleh juri "kalau saya jadi kamu 'memang ada rasa sesuatu yang kurang,rasanya kalau tambah sedikit hirisan daun bawang,jintan manis,sedikit perahan lemon in shaa Allah akan lebih enak.

Orang yang setiap hari bergelumang dengan sampah ternyata mampu mengeluarkan kata-kata suci seperti mutiara.bagaimana dengan kita setiap hari merasa jijik dengan sampah???mampukah kita??
kalau kita tidak mampu mengeluarkan kata-kata yang suci, mungkin sudah tiba masanya untuk kita diam sejenak dan menangis.mungkin airmata mampu membersihkan hati....


Friday, June 7, 2013

Tart dan Pavlova



Tart buah buat untuk anak-anak...ye, biasa cuti sekolah perut sentiasa nak di penuhi...

kelongsong tart memang dah sedia ada..tambahkan whipping cream dan cheese..buah ikut sukalah..



















tart coklat..pun sama letakan dua biji kacang hazel tutup dengan coklat..

















Meringue yang baru lepas di bakar..gebus..kurangkan gula..tu yang tak pecah-pecah..tu.

4 biji telur (putih) jangan ada sedikit pun kuning telur yang bercampur,mesti tak menjadi meringue tu nanti..jadi telur dadar pulak.

dah gebus masukan gula sedikit demi sedikit dan teruskan dengan memukulnya. gula anggaran 1/2 cawan.masukan esen vanila dan cuka,pukul lagi hingga bertanduk,cubalah terbalikkan..kalau tak tumpah bermakna anda sudah berjayalah tu..bakar dengan suhu 180c bila dah masak jangan terus keluarkan dari oven.tutup api,biarkan sehingga sejuk.kalau yang ada kencing manis tu memang tidak digalakan untuk makan,tengok pun tak boleh...bahaya.


pavlova...siap di deco..tempahan pelangan

cuma berharga Rm60 sahaja....


















pavlova delima...
















Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)