Pages

Wednesday, April 29, 2015

PERASAN HEBAT


Pesanan Ulama Syria Syeikh Abdul Mustafa Rahal:

Bila kita menyeru, menyebarkan atau mengajak manusia kearah kebaikan, pastikan lidahmu dan bicara lisanmu merasakan seolah-olah, apa yg kamu sampaikan itu adalah menghala atas keburukkan tentang dirimu bukan kepada keburukan dan kelemahan mereka yang mendengar!!!!
Barulah dirimu akan terselamat dari perasaan ujub dan bangga diri serta takabbur dengan merasakan dirimu lebih mulia dari orang lain...
Dengan erti kata lain perasan hebat.


Ya Allah selamatkan kami dari perasaan ujub dan riya'..



Tuesday, April 28, 2015

Monday, April 27, 2015

KENDURI

Cerita hari ahad menghadiri majlis perkhawinan anak buah Fahmi Ismail dengan pasangannya Nurul Nadia Osman.Fahmi anak kepada arwah kakak....
Majlis berlangsung di Kundang selangor..jomlh layan gambar dari camera cap ayam....gambar pun macam cakar ayam....




anak dara kita pun sibuk juga hihi ..yang baju pink tu anak sulung kakak dah kawin pun anak satu dan bakal dapat lagi seorang....yang sebelah itu mertuanya...sangat baik asyik puji menantu berbaju pink..untunglah mak mertua cayang angat...

udah siap nikah ..yang lelaki tulah anak buah aku...kawin juga akhirnya...kenal dari sekolah rendah belajar U sama-sama...
BarakAllahu lakuma wabaraka 'alaikuma wajama'a baina kuma bilkhair.

pengantin sibuk nikah,yang lain mengulit nur aisyah...bertambah-tambah bulat..pipinya jadi sasaran...

 peluk dia ketat-ketat....



selpie tak habis-habis
..iman baru darjah lima tapi sama besar dengan kakak..

dua pasang mempelai jimat belanja

sangat simple majlis ni...kami terus dijemput masuk dan duduk selepas itu pengantin datang diiringi kompang,naik atas pelamin...lepas tu jemput kedua ibubapa untuk bersalam..hanya ibubapa.
lepas tu pengantin turun dan makan...tiada acara mengarut...




Wednesday, April 22, 2015

RENDANG TOK TOK


Pulut kuning kukus dengan ayam seketul cerita semalam
ada pula yang teringin...



1kg daging dihiris 
Bawang putih
Bawang merah
2 batang serai
3 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
10 tangkai cili kering ( rebus dahulu)
1 sudu makan ketumbar
1/2 jintan manis
1/2 jintan putih
1/2 lada hitam
3 sdb kicap pekat
( kisar semua bahan di atas kecuali daging )

bunga lawang
daun kunyit
daun limau purut
santan pekat
asam keping
kerisik

Caranya:

1. Tumis bunga lawang sehingga naik bau, kemudian masukan bahan2 kisaran tadi. Tumis sehingga betul2 pecah minyak.
2. Masukan daging kacau sehingga sebati dengan rempah tumisan tadi, kemudian masukan santan pekat biarkan seketika sehingga agak menggelegak.
3. Masukan kerisik, asam keping, perisa garam dan gula beserta air.
4. Apabila kuah nak kering barulah masukan daun kunyit dan daun limau purut.
5. Masak di atas api sederhana...

 masak juga rendang tok yang tak berapa tok sangat...


Ya Allah, bless us in the month of Rajab and Sha'ban and let us see the month of Ramadan.
Amin

Tuesday, April 21, 2015

DAPUR TU PEJABAT AKU


Agak-agaknya hari ni Allah ada bagi ujian pada kita tak?ke hidup kita ok jer dari pagi tadi..aku masih batuk tapi berkurangan sikit..tapi kat tekak ni ada semacam jer...mungkin sebab batuk teruk sangat...ubat jangan katalah dah macam-macam telan...agak mujarab bila minum madu dengan limau nipis..anggaran dalam satu sudu..campur keduanya dan minum...di mulakan dengan bismillah dan selawat...alhamdulillah.

kalau belum diuji mohonlah pada Allah beri ujian yang berhikmah buat kita kerana ujian itu tanda Allah sayang.Saidina Ali menangis semahunya kerana tidak diuji seharian,Saidina Ali menyangka Allah telah lupa padanya kerana tidak memberikannya ujian.Allahurobbi begitu sekali rapatnya Saidina Ali dengan Allah.begitu tinggi Tauhid beliau.aku rasa tertampar dengan kehebatan Saidina Ali,di saat kita membenci ujian,beliau begitu rindu dan cintakan ujian kerana itulah penguat cinta seorang hamba kepada pencipta.
Laa yukallifullahunafsan illa wusa'ha.Tidak Allah uji hambaNya melainkan dengan kesanggupannya.
ALLAHUAKBAR.

Bila dapur tu opis aku....tak kira sakit atau tak, tugas dan amanah harus berjalan seperti biasa.....melainkan mati...

Roti bugger roti cheese
Bugger memang ada jual merata berhampiran rumah tapi kurang enak dan berminyak jadi aku memang merajinkan diri untuk buat buger sendiri..cuma kali ni ku guna bugger ayam pak Ramli..
Nak bagi bugger sedap dan bertaraf 5 bintang mai ikut resepi ni...
memula bahan utama nanas kalau ada nanas sarawak lagi bagus ku guna nanas sarawak..manis buah melenting tau...
sebiji timun,daun salad hiris nipis bawang besar ..sos cili,chezzy cheese..


nanas di hiris nipis atau diparut terpulang nak susun lagu mana pun...bugger segar dari dapur kecilku..

lima ketul bugger dapatlah sorang sebiji...aku share dengan suami tekak kecik jer...
dapatlah adibah merasa tengah cuti la ni..kecuali azhan.



Monday, April 20, 2015

HILANG



Hilang nikmat makan,hilang nikmat ibadah,hilang nikmat tidur....baru sikit sakit kita rasa macam teruk sangat....Ya Allah ampunkan dosa hambamu ini...sesungguhnya terlalu banyak dosa yang dilakukan sama ada sedar dan tidak sedar....
macammanalah orang yang sakit teruk,tak boleh bangun,miskin...kuatkah diorang,tabahkah hati diorang...sakit anak-anak kecil yang merintih....menangis ...kuatkah diorang,redhakah mak bapak diorang....




bila orang lain ditimpa musibah sakit mudahnya kita berkata-kata...sabar,sabar,dan sabar bila kena batang hidung sendiri....ha rasakan....

Ketika Allah rindu pada hamba-Nya,
Ia akan mengirimkan qado istimewa melalui
malaikat Jibril yang isinya adalah ujian..
Dalam hadits Qudsi Allah berfirman :
"Pergilah pada hamba-Ku lalu timpakanlah
berbagai ujian padanya karena Aku ingin
mendengar rintihannya."
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)..
Ketika kita tertimpa musibah apapun itu,
Maka bersabarlah..!!
Karena sesungguhnya Allah sayang dan rindu
kepada kita..






Sunday, April 19, 2015

MAKAN BERJEMAAH

Maaf hari ni tunjuk makanan, ramai yang berpuasa agaknya...
Selamat berpuasa semua.. Moga Allah terima amalan kita semua.. Doa buat ummat Islam seluruh dunia.
cerita semalam..mana tau kut nak buat juadah berbuka petang nanti..kan...
makan berjemaah...







Wednesday, April 15, 2015

JANGAN KITA BERDUKA KERANA YATIM


Jangan kita berduka kerana yatim.. Allah sentiasa memelihara hambanya yang sabar.. sedangkan Rasulullah pun anak yatim malah lebih besar dugaan baginda...

Setiap ketentuan Allah SWT itu ada sebab-musababnya.
Bila sesuatu yang berlaku dalam hidup ini, bukan seperti yang kita rancangkan, yang kita mahu, atau yang kita hajati..... maka bersabarlah.
Cuba pujuk hati dan terima dengan redha serta tenang akan ketentuan tersebut.
Kita kena selalu ingat....
Tiada apa di dunia ini yang berlaku tanpa izin Allah....
Malah pergerakan benda sebesar zarah pun berlaku atas keizinanNYA jua.
Betul tak?

Siapalah kita untuk mempersoalkan sesuatu kejadian itu?...dulu masa kecik tak tahu semua ni tapi bila semakin menginjak umur barulah kita faham....



Tak sangka komen aku hanya spontan sebab melalui pengalaman sendiri..ketika komen tu aku sangat terharu,memang mengalir airmata bayangkan anak-anak yatim itu kehilangan serentak kedua ibubapanya...tapi aku selang setahun bapa dulu dan kemudian mak...
masa tu hingus pun tak pandai nak lap sendiri adik bongsu pula masih menyusu badan...
masa mak kemalangan ramai yang ternampak adik bongsu ikut sekali dan tercampak ke dalam parit..sebenarnya tak..adik tak ikut pun..adik masa tu tinggal dengan kakak di rumah....

masa tu mak nak membeli belah untuk persiapan hari raya naik motor vespa dengan abang...entah macam mana mak dan abang kemalangan kat simpang lima parit buntar dekat dengan balai polis..sampai sekarang bila balik kampung lalu kat tempat kemalangan aku akan cerita kat anak-anak sinilah 'mak" mama accident....
menurut cerita jiran masa mak pergi dengan abang..jiran ada menegur nak kemana tapi mak tak jawab tak macam selalu..
sebelum mak pergi sempat mak pesan kat kakak jaga kami yang kecik-kecik ni...
bila orang bagi tahu mak accident aku tak menangis pun malah aku yang bagi tau kat jiran-jiran lain..sudahnya diorang pula yang menangis..
masa mandi dan kafankan mak airmata mak masih mengalir perut mak pecah di gelek lori( sebak)walau pun aku masih kecil masa tu tapi aku ingat semua yang berlaku hingga kini.

seingat ,aku tak ingat pun kasih sayang yang mak bagi macam tu juga ayah...aku tak ingat...aku tak ingat tentang kasih sayang...sebab tu aku tak rasa kehilangan mak dan ayah...aku rasa biasa jer...mungkin aku kecil lagi untuk faham semua tu...mungkin kakak dan abang rasa kut....

tak lama selepas tu kami semua abang yang jaga..ada yang tinggal di rumah anak yatim ..adik pernah masuk tv RTM rancangan Masih Ada Yang Sayang...buat pengambaran di rumah arwah mak,menurut jiran dan sanak saudara semua menangis bila menonton rancangan tu...sedih,sebak terharu semestinya kesian....macam kisah adik auni,kakak dan abangnya...

Perjalanan hidup selepas tu untung sabut timbul suka duka biasa....Allah ada untuk jaga kami...

Buat adik adik yang kehilangan...
Allah sentiasa melindungi kalian wahai anak-anak yang tabah dan redha menerima ujianNya..

semoga mak dan ayah bahagia disana..
sampai sekarang al-Fatihah aku baca selepas solat.apa saja surah yang aku baca pasti aku sedekahkan buat diorang...nanti anakanda akan menyusul mak ayah...

Mak hari ni ulang tahun perkahwinan anakanda Yg ke 21 tahun...Menantu tk pernah kenal mak apatah lagi cucu-cucu..




Tuesday, April 14, 2015

NASI LOBAK MERAH SAMBAL MANGGA KERABU MANGGA


Lepas sorang,sorang sakit...sahut menyahut batuk...mula dari iman,lepas tu suami,lepas tu muhammad, aku..dengarnya azhan dan adibah juga sedikit demam n batuk....harapnya aku kuat untuk menghadapi sakit-sakit ni....ampunkan aku Ya Rabb.

Beras bashmati
2 biji karot hiris halus
bawang besar
bawang putih
halia
jintan manis halus
sedikit air

tumis semua bawang n jintan manis,dah garing tumis beras pula...selama 5 minit..masukkan sedikit air masak dalam rice cooker..dah kering masukkan hirisan karot..tutup.selepas 10 minit gaulkan nasi tadi bersama karot..lagi banyak karot lagi sodappp tau...yang susah makan karot tu...kalu buat gini kompom makan....

Masam-masam jadi pilihan...sambal belacan mangga dengan kerabu mangga..


sedikit mangga
cili merah
bawang besar
cili padi
belacan
jus limau
gula
garam
goreng cili,bawang n belacan
masukkan mangga, garam,gula dan jus limau
kemudian kisar

mangga hiris nipis
cili padi
udang kering
jus limau
bawang besar
gula
garam
gaulkan kesemuanya.....sukatan bahan suka hati....


Apabila ditanya kepada Imam hassan Al Basri "apa khabar"
Jawap beliau "seperti orang yang akan mati sebentar lagi"



Monday, April 13, 2015

BEZAKAN ORANG BIJAK YANG BERCAKAP DENGAN ORANG YANG BIJAK BERCAKAP


Tengah memandu masa nak hantar muhammad ke sekolah sedikit fikiran melayang tiba-tiba muhammad bertanya.."mama Dajal tu apa?'
aku pun jawab sambil endah tak endah..'emmm Dajallah"..
bila muhammad diam dan aku mula sedar dari fikiran entah apa-apa..rasa menyesal pula..aku pun cerita sikit pasal dajal...lepas tu muhammad tanya lagi.."habis alien tu tentera Dajallah ye? aku jawab spontan 'mungkin" orang-orang kafir atau orang Islam yang kufur mungkin itu juga tentera Dajal..

Dia sambung balik zikir dia...
lepas tu aku pula bertanya pada muhammad..'Iblis engkar dengan Allah masa bila..terus muhammad jawab."masa sujud'..ok..semalam masa muhammad solat kenapa sujud main-main macam orang malas nak solat jer...'terus diam dan janji tak sujud main-main dan malas lagi....

aku ceritakan kisah ni bukan apa..tapi itulah muhammad sentiasa nak cerita pasal agama dia sentiasa nak menyampuk kalau kita cakap pasal agama..banyak sudah dia tahu..dia dah baca buku tentang Sirah Nabi,Mukjizat Nabi dan macam-macam buku yang ada kat rumah ni...dia juga selalu tegur aku,iman,azhan adibah kalau mengaji salah tajwid ...dia suruh ulang balik....kalau kita tak dengar mulalah dia mengadu pada ayahnya....nak tak nak kenalah ikut...
alhamdulillah semua surah lazim muhammad dah hafaz sekarang nak habiskan sepuluh ayat an- Naba"..lepas tu akan mula hafaz al-Baqarah.

dia juga sangat teliti pasal haram halal ni...pernah sekali tu aku dengan muhammad pergi pasar raya..semua yang aku beli semua dia check ada tanda halal ke tak..dah ada tanda halal dia check lagi ada no siri ke tak dari jakim...kalau tak ada dia letak balik kat rak tu...terkebil-kebillah kita tengok...
memang kita tak belilah kan...malulah weii dengan budak kecik...macam orang tualah muhammad ni...heheh.
Belajar pandai-pandai jadi orang bijak ye Muhammad..


Jangan kata aku riak pula ...cerita pasal anak sendiri ni ye.....sebab ada orang tua bijak pandai pakai kot bertali leher bagai tapi....apa orang kata menteri cap ayam....
tak bijak dan tak bernas melontarkan kata-kata.....tak suka malaysia pergi bulan,tak mati kebulur kalau ada GST,tak payah beli, masak jer,kenapa nak pergi jamban yang berbayar pergilah jamban yang free..korang tolong jawablah semua ni ye...

bezakan antara"orang bijak yang bercakap dengan orang yang bijak bercakap"

lagi hebat "orang bijak yang bercakap"...sebab bercakap mengikut fakta....dari orang yang bijak bercakap....sebab cakap ikut sedap mulut je..

ke ada pendapat lain..
Orang bijak bercakap mengantuk..orang yang bijak bercakap confirm tak mengantuk..beza antara professor dengan makcik-makcik mesyuarat tingkap..hehe
Pening tak korang dengan tajuk...hihi


Friday, April 10, 2015

PASTA KAWAH


Hari ni senang banyak laju sikit goyang kaki....nak rest tak nak masak...tapi subuh tadi aku bersilat di dapur dengan senduk ....

Kak ipor petang semalam nak menempah untuk pagi ni makaroni goreng untuk jemaah masjid di kawasan rumah dia....udah nak senja masa tu kelam kelibutlah cari bahan...sudahnya terbeli pasta,memang dasar rabunlah...
Malam pula aku tengah menunggu pelangan rempeyek nak ambil tempahan kebetulan en somi pergi masjid...idak le nak keluar sorang-sorang....

Alhamdulillah kak ipor kata pasta pun oklah......asif jiddan Ya ukhti...





Misi dah siap sebenarnya...






Thursday, April 9, 2015

SAHUT CABARAN


Pagi tengok watsupp ada tempahan kek, bincang nak kek apa?...nak kek macam ni kak boleh buat tak?nak sambut birthday suami katanya keduannya guru..

Fikir juga nak terima ke tak, tempahan ni..bukan apa, ikutkan aku tak berapa gemar nak buat fondant kek..sebabnya kena teliti dan kemas aku pula jenis yang suka gitu-gitu jer...sedap di dalam selekeh di luar..lagi pula nak elak dari pembaziran..
fondant kek semestinya manis melenting comfirm tak makan punya..last makan kek kat dalam jer...
untuk sahut cabaran aku setuju lagi pun tempahan yang lain aku dah siapkan semalam....lagi pula dia nak ambil 22/4 lambat lagi tarikhnya boleh aku menuntut ilmu kekemasan dari blog orang lain....

Sebenarnya ramai juga yang nak tempah kek fondant ni..tapi aku tolak sebab masa yang dia bagi tu pendek sangat dan aku pula memanjang buat tempahan hot items rempeyeklah apa lagi...
aku perlukan masa yang panjang dan otak yang sangat tenang...doakanlah semoga aku berjaya buat kek fondant ni ye..samada ianya kembar seiras atau tak seiras.....




Inilah contoh gambar kek google yang dihantar buat aku...


p/s nak ucap TQ kat nuffnang sebab hantar surat masyuukkk..tempoh hari...




Tuesday, April 7, 2015

BILA ANAK-ANAK SEMAKIN MENINGKAT DEWASA


Bila anak-anak meningkat dewasa tugas dan tanggungjawab semakin berat..
Melangkah ke alam universiti pula, jauh dari keluarga. Semakin hari, kita baru tahu betapa tingginya nilai keluarga dalam hidup kita. Sampai satu tahap, kita pasti akan menelefon anak-anak dan bertanya khabar berita , sebab kita nak tahu apa perkembangan anak-anak. Dan aku percaya, kalau anak kita cakap  nak balik ke rumah pada hujung minggu, ibu ayahlah yang paling gembira....
reaksi si ayah agak selamba sikit tapi teruja sebenarnya..sebaliknya si ibu semua nak cungkil rahsia. ..sembang dengan anak perempuan rancak sangat, bila sembang dengan anak lelaki..alahai lima kita cakap dua jer dia jawab....
suasana dalam KTM bila anak-anak nak balik rumah beginilah azhan dan kawan-kawan tak sabar nak balik bila cuti..(gambar ehsan dr sahabat azhan).semua tak sabar nak jumpa keluarga..terutamanya nak makan masakkan ibu,nak pegang gajet,nak tengok tv, nak lepak-lepak sambil nonton, dan nak mandi puas-puas...biasanya anak-anak kalau balik memang menimbun kerja sekolah dan assingment..


makan pakai anak-anak juga semakin mengikut zaman ..nak itu dan nak ini...nasiblah tak cerewet.tapi sebagai ibu bapa kita ikut jer kehendak selagi tak melampaui batasan...


 suami banyak tie,nak bagi azhan tak nak pula katanya fesyen lama..pada hal fesyen ni pun lama juga...fesyen 70an...

adibah suka kasut yang material kodroi sejuk katanya tapi bila hujan habis basah..


Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Ibu bapa ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus.,Jangan sesekali mereka ditinggalkan dari tarbiah dan didikan Islam....



Monday, April 6, 2015

TAK PERLU SEMPURNA UNTUK BAHAGIA


Hari ni aku masak agak lewat tak sempat pun muhammad nak makan sebelum pergi sekolah tadi..sudahnya anakanda makan honey star dengan susu.... bila tanya tak apa ke?.."takpe muhammad dah kenyang".
mood rajin macam ke laut jer....
inilah juadah kampung yang aku sempat sediakan...masak lemak cili api pucuk labu..pagi-pagi lagi udah ke pasar tapi masaknya meninggi hari...



Ikan cencaru sumbat dan sambal belacan dah cukup bahagia dah...nikmat makan.






Friday, April 3, 2015

OOH SABTU RUPANYA....!!

Bismillah
Assalamualaikum sahabat semua,selamat berhujung minggu...
ada yang pegang penyapu,ada yang lurus-luruskan kaki,ada yang tengah menonton,ada yang masih dalam selimut....bangun semua....pening nak buat apa hari ni?,tak tahu nak masak apa?
nak pergi shopping silakan,nak tengok wayang silakan....

Terselit kongsi rasa....Home is always the best place to eat....

1 setengah cwn tepung gandum
100gm butter
sdb gula
gaul semua hingga menjadi seperti serbuk roti, ketepikan..
potong dadu mangga harum manis tak kisahlah mangga apa pun...
strawberry filling atau apa sahaja..dragon fruit juga boleh, lagi sedap buah segar ...

bakar selama 45 minit terpulang kepada oven masaing-masing...

 makan dengan ais krim  so yummyyy...


pavlova request from anak2...





Thursday, April 2, 2015

TEMPAHAN REMPEYEK RAYA 2015 TELAH DIBUKA

Bismillah

Assalamualaikum sahabat yang dimuliakan....
Semoga Jum'at penuh barakah...
Insyaallah....

Hari ini nak buat pengumuman PENTING bahawasanya TEMPAHAN REMPEYEK RAYA 2015 TELAH DIBUKA tempahan akan ditutup seminggu puasa.
Maaf puasa pun belum lagi..kan dah nak promo bisnes, apa nak buat ....tangan ada dua jer....
Untuk makluman juga ada RM ada BARANG..buanglah tabiat buruk-buruk tu ye....setitik peluh aku adalah ibarat sekeping rempeyek...

Penghantaran percuma
Tiada GST
Tempahan akan diterima seminggu sebelum raya
Delivery minimum 5 balang


Rasulullah Solallahu A’laihi Wasalam bersabda :“Bayarlah upah kepada pekerjamu sebelum kering peluhnya”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tabrani)



Wednesday, April 1, 2015

RAHSIA HATI

Bismillah

Mama bangga akan kamu semua anak-anakku...Rajin solat, rajin belajar, rajin mengaji,rajin menghafaz...rajin tolong mama buat kerja rumah..pantang suruh berebut nak tolong..Mama dengan ayah baring tanpa bantal berlari Muhammad dengan Iman ambil bantal...dalam hati "terima kasih Ya Allah' kadang tu sampai naik malu dengan anak-anak sebab selalu juga marah-marah diorang...diorang tak kisah langsung dengan ammarah aku..diorang tetap baik dan rajin....

Mama dengan ayah tau Iman kuat

Hari ni Iman tak pergi sekolah sebab ..semput,batuk dan demam...kalau ikutkan dia memang tak nak ponteng sekolah..dah seminggu juga tak mengaji sebab mulut juga ada ulser..susah nak makan,susah nak bercakap sakit katanya..tapi bila sembuh aje ulser mulut hinggap pula batuk dan diikuti semput..
setakat ulser mulut boleh pergi sekolah lagi tapi kalau semput agak susahlah sikit..sebab kelas iman tingkat paling atas...

 kuih sagu gula melaka 
air tangan adibah masa balik cuti sabtu lepas


Allah bagi kemudahan dalam hidup kita kerana Allah tahu niat kita, rahsia hati hanya Allah yang tahu malaikat pun tak tahu...
- Salimah Salim -

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)