Pages

Thursday, December 29, 2011

"Welcome".. tu tak ada..

Assalamualaikum.

Pernah tak rakan -rakan jumpa situasi begini:

1.Sedang berjalan-jalan terjumpa satu kedai Melayu,contoh kedai menjual tudung,anda masuk,tercari-cari tudung, kalau-kalau ada yang berkenan,anda ternampak perkerja Melayu,duduk di kaunter,sambil pegang hp,buat tak tahu aje dengan  pelangan,bagi salam pun tidak buat bodoh aje.
Bila kita tanya sesuatu,maka di jawabnya "Semua ada dekat situ"hp pun masih di tangan.Bila kita dah beli,haram nak cakap terima kasih,sebaliknya pelangan yg berterima kasih tentang layanan hapraknya.

2.Pergi pula restoran Melayu,berjalan masuk,cari tempat dan duduk.Datang le pekerja untuk mengambil order,siap! ,maka pergi la pekerja itu.Tengah menunggu makanan sampai,maka terpandanglah seseorang duduk di kaunter,emm tengah melepak,relax,pegang hp lagi,sedangkan pekerjanya lari sana,lari sini melayan pelangan,apa la salahnya membantu sekali,kalau ye pun dia bos.Dah tiba untuk bayar pula,sampai di kaunter,boleh pula Melayu tu buat panggilan,sedang kita terconggok berdiri depan dia untuk bayar,bayangkan anda ketika itu,dah le makanannya tak sedap mana,mahal pula ,berdiri sepuluh minit menunggu dia selesai bercakap.

Berjalan lagi,tiba-tiba terjumpa la satu kedai melayu yang jual barang-barang halal,kedai islamik,kedai jual produk-produk yang seratus peratus orang Islam.Kesian,sunyi aje kedainya.
Berjalan untuk tengok-tengok kalau-kalau ada yang berkenan,ada ternampak madu asli,kismis,kurma dan sebagainya.Saya ambil dua kotak kurma dan bayar,tiba-tiba mesin duit pula tak boleh pakai,rosak katanya,bayar macam tu aje la,resit tak ada,ok fine.
Memang slow sangat,tapi tak apa,tujuan hanya untuk membantu kedai yang di buka oleh orang Islam,dalam hati berkata,kenapa kalau orang melayu buka kedai macam ni sambutanya,tapi kalau bangsa lain.
Ok apa jadi selepas tu,dalam kereta buka la kurma tadi,nak tengok segar ke tak,bila saya buka aje,maka keluar la kumbang dari dalam kurma tu,sah kurma lama masih di jual dengan harga Rm15,buka lagi satu,sama juga,memang tak boleh makan,bukan rezeki saya,sebaliknya rezeki kumbang-kumbang tadi.
Saya pergi balik kedai tadi untuk pulangkan balik,tak cakap banyak,maka duit di kembalikan.

3.Dalam perjalanan balik,tengok papan tanda yang terlindung dengan pokok yang sangat rimbun,memang kalau orang yang tak biasa mengunakan jalan itu,memang boleh sesat.Hai mana pekerja-pekerja yang berwajib,mana jalan yang berlubang-lubang lagi,tidur ke?punya la famous jalan tu,tak kan tak nampak kut.Banyak sangat cuti kut...?

Sampai untuk masuk parking kat rumah sendiri,belok kiri,mak ai,jalan dah jadi tempat parking,terpaksa la makan jalan orang lain,dekat-dekat rumah saya ni ada restoran cina yang memang happening,suka hati je diorang tu parking,tak pula kena saman,tengahari pula tu.Kereta yang ikut petak parking suka hati diorang je nak saman,Bayangkan rumah sendiri,tapi bila parking kena bayar,rumah bukan sewa,saya beli rumah kat sini..dah bertahun tahun saya bayar parking,kereta pula ada dua biji,nasib baik yg satu lagi suami bawa ke tempat kerja,yang satu lagi terpaksa saya parking jauh-jauh,nak mengelakkan dari kena saman..

Ke semua di atas sering berlaku,kesian dengan orang Melayu kita,bila la agaknya Melayu nak maju dalam berniaga,ubah la sikap,jadikanlah contoh bangsa-bangsa lain berniaga,peramah,mesra,dan utamakan pelangan, berniagalah untuk semua bangsa masuk,jangan target untuk melayu saja.Lihatlah yang besar-besar semua di monopoli oleh bangsa lain.Dah ada peluang tu berniagalah dengan bersungguh-sungguh.Situasi 3,jangan makan gaji buta,tak berkat..nanti tempiasnya kena pada anak-anak, bodoh jadinya nanti..

Nota:Hak kepada yang berhak...


Wassalam.

Wednesday, December 28, 2011

"Awas kamu wahai anak-anak'.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,
Lekanya saya dengan urusan rumah,sampai tak terbuat..
Tahun hadapan rasanya tahun yang sangat sibuk bagi saya,manakan tak,ada exam yang besar untuk anak perempuan saya.Saya akan kurang la sikit untuk menghadap pc ni,untuk kebaikan anak-anak juga.

Selama ini saya guru untuk anak-anak ,saya akan pastikan mereka jadi ulat buku..hehe.
Tv,Pc,sorry..!!Jangan harap nak buka ye..hp juga akan di sorok..Bab belajar jangan main-main ye! "Awas kamu semua,wahai anak-anak".

Alangkah bodohnya manusia yg mensia-siakan umurnya.Tak rasa pelik ke kalau kita tengok peniaga tidur,atau pelajar termenung,menghadap pc,pegang hp,hadap pulak tv,"hai alangkah ruginya masa kamu.'Peniaga itu rugi,pelajar pula gagal.Kesian  dengan mama,ayah,mak,abah,ummi,abuya,ibu,papa..?

Nota:Masa berlalu begitu pantas..Ke KL hari ni nak cari buku rujukan,pening dr BI nak tukar pula ke BM,

Wassalam.

Monday, December 26, 2011

Gua..

Assalamualaikum.

Gua tempurung di Perak,bahagian dalam gua yang sempat saya ambil,kebanyakan gambar semuanya gelap,saya ambil mana yang sedap mata memandang je.Yang menarik tentang gua tempurung ni, Boleh tengok stalagmites n stalactites, berbagai-bagai imej ada,segala macam binatang,manusia,termasuklah jin..ye lah tempat dia kan..

Pada saya tak le seronok mana,di bandingkan dengan anak lelaki saya dan juga suami,diorang panjat sampai puncak paling tinggi sekali..Saya gayat sampai ke malam.
Nasib baik le suami dengan anak tak semput,sebaliknya saya pula yang semput.Bagus sangat la untuk sesiapa yang suka buat aktiviti lasak.
                                                                                                                     



Nota:Cuti yang biasa-biasa je..tapi bagi anak-anak,ini adalah cuti sambil belajar,menghayati setiap kejadian Allah.
Di dalam gua gelap teramat sangat,bila nampak saja cahaya dari luar,terus saja bersyukur.

Wassalam.

Saturday, December 24, 2011

Di Gua menikmati ke indahan Alam..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,dapat mengupdate entri hari ini,walaupun agak kelam kabut sedikit
Sekarang saya dan family berada di gua,Gua apa?.. teka la
percutian yang telah di rancang oleh anak lelaki.Maaflah gambar belum sempat nak menguploadnya.
Insya-Allah akan di kongsikan nanti.

Wassalam

Friday, December 23, 2011

Mualaf

Assalamualaikum.

Suatu petang ketika aku menunggu anak pulang dari sekolah,aku mendengar radio.Dalam perbualan pengacara radio dengan ahli panel,Aku, tiba-tiba dikejutkan dengan suara melayu lenggok percakapan seorang cina.Aku tumpukan perhatian  pada suara dari radio itu,Yang sebentar tadi aku hanya melilau memerhati orang sekeliling.

Rupa-rupanya dia seorang mualaf.Beliau menceritakan sepanjang pengalaman awal memeluk Islam.
Mendengar ceritanya aku terasa sedikit malu,manakan tidak, ilmunya lebih daripada orang yang dah sedia Islamnya.

Antara isi percakapan beliau ialah,Semua kawan-kawan melayu yang dia jumpa semua pangkat makcik-makcik terutama ketika di masjid,'Aku seorang saja ke yang muda,mana orang-orang muda yang lain'.Bila dia pergi masjid,masjid pula selalu berkunci.
Masa mula-mula dia masuk Islam,dia memang tak ada duit,kalau ada duit pun hanya untuk tambang teksi.
Kisahnya kalau dia tak ada duit untuk makan,dia terfikirkan masjid,di situ dia akan dapat makan.[ketawa]

Yang paling penting ialah dia mencari Islam kepada Islam yang sebenar,dia tak nampak Islam dari orang Islam.
Hati dia tertanya-tanya,kenapa orang Islam sendiri tidak menurut perintah Allah yang telah di tetapkan,contohnya menutup aurat,dan solat.
Dia mula mencari ilmu,banyak bertanya,membaca,dan mengkaji Islam.
Sehingga dia temui apa yang dia cari.

Mata yang buta tidak dapat menarik perbezaan antara yang benar dan salah.Semuanya sama sahaja.Mata yang buta selalu saja bermaksiat kepada Allah.Mata yang tidak dapat menyaksikan kurniaan Allah.

Firman Allah; "Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta,tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada.'(Surah al-Hajj,ayat 46.)

Allah menunjukkan kepada kita, hati juga dapat membutakan mata.Maksudnya, mata kita masih dalam keadaan normal. Akan tetapi, dihadapan Allah, kita seperti orang yang buta. Kita berjalan tanpa tujuan di alam fana ini. Kita tidak dapat jalan yang kita lalui. Kita terus berjalan tanpa arah dan tujuan yang jelas. Adakah kita mahu begitu sepanjang hayat? adakah kita tersesat dalam perjalanan dunia?

Nota;Ada juga sahabat yang dah tujuh tahun memeluk Islam,silaturrahim terjalin hingga kini,bila berbual  penuh dengan hujah-hujahnya Islamnya.
banyak ilmunya dari orang yang dah sedia Islam.
Selamat bercuti...

Wassalam.

Wednesday, December 21, 2011

"Cakap tak serupa bikin."

Assalamualaikum.

Dakwah dengan perbuatan lebih berkesan daripada ucapan atau perkataan seorang pendakwah itu sendiri.

"Wahai orang yang beriman,mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukannya."(as-Saff ayat 2)

Nota:Apabila kurangnya akhlak, perbuatan pun tak sama apa yang kita cakap,macammana nak sampainya dakwah tu..contoh yg mudah,"cakap tak serupa bikin.."

Tuesday, December 20, 2011

Wahai perempuan .

Assalamualaikum.

Dah petang menghampiri senja dan seterusnya malam pula menjelma.
Begitulah setiap hari,apa akan terjadi seterus,hanya Allah jua yang tahu.Masing-masing sibuk dengan urusan.

Jika seorang wanita keluar rumah,mencari rezeki atau sebaliknya,wanita tidak di bolehkan memberi ucapan salam kepada seorang lelaki.
"Seorang wanita tidak di perolehkan mengucapkan salam atau membalas salam."{Dari riwayat Atha'al-Khurasani}

Imam az-Zubaidi berkata, "Aku memperlakukan seperti seekor ular,iaitu dengan mengurungnya di dalam rumah."

Riwayat imam Ahmad bin Hanbal mengatakan, suatu ketika dia didatangi oleh seorang lelaki ahli ibadah, lalu tiba-tiba isteri Imam Ahmad bersin. Mendengar hal itu lalu si lelaki tadi menyambutnya dengan ucapan "Yarham-Killah."(Semoga Allah memberi rahmatnya).Melihat kelakuan lelaki tadi, Imam Ahmad berkata, "Dia seorang ahli ibadah yang bodoh."

Aku pernah mendengar sebuah riwayat dari seorang wanita zaman awal Islam bahawa jika seseorang mengetuk pintu rumahnya, sedangkan dia sendirian di rumah itu, maka wanita itu akan segera menutup mulutnya dengan kedua tangan, kemudian berbicara dalam keadaan mulut yang tertutup, agar suaranya sedikit terganggu sehingga tidak bakal menimbulkan fitnah.

Nota: Kalau orang ketuk pintu, confirm tak buka, ada suami okay je.Saya menyorok belakang pintu .

Wassalam..

Wordless Wednesday #14

Assalamualaikum.
Hasil dari tanah.

Monday, December 19, 2011

Seganlah..

Assalamualaikum.

Sabda Rasulullah:"God never towards your faces n riches,but He always looks only towards your hearts,your sincerity, n the nature of your Deeds!"{Muslim}

Beberapa orang sahabat sedang duduk bersama Rasulullah SAW.Seorang lelaki telah melewati mereka.Rasulullah bertanya kepada mereka,"Apakah pendapat kamu tentang orang ini?"
Mereka menjawab, "Wahai Rasulullah,dia dari kalangan orang-orang yang mulia.Demi Allah,sekiranya dia menghantar utusan pernikahan,maka perutusannya akan diterima.Sekiranya dia memberi sokongan terhadap seseorang maka sokongannya akan diterima,'Mendengar jawapan itu Rasulullah SAW terus terdiam.

Selepas itu seorang lain telah melewati di hadapan mereka.Rasulullah SAW bertanya tentang orang itu juga.Mereka telah menjawab,"Dia seorang Islam yang miskin.Sekirannya dia meminang seorang perempuan,pinangannya tidak di terima.Sekiranya dia memberi kata-kata sokongan{recommend} terhadap sesuatu,sokongannya itu tidak diterima.Sekiranya dia bercakap,tiada sesiapa yang akan memberi perhatian kepada percakapannya."Kemudian Rasulullah SAW bersabda,"Orang ini lebih baik daripada seluruh dunia yang di penuhi dengan orang yang pertama tadi."

Kemulian dunia tidak membawa apa-apa erti di sisi Allah SWT.Seorang muslim yang miskin yang tidak mempunyai apa-apa kedudukkan di sisi dunia,suaranya tidak di dengar di mana-mana pun,ia lebih baik di sisi Allah SWT.Daripada puluhan mereka yang mulia yang perkataannya dipandang mulia diseluruh dunia,dan semua orang sedia mendengar dan mematuhi arahannya.Sebaliknya di sisi Allah SWT mereka tidak mempunyai kedudukkan pun.

Nota:Khutbah alam maya..Ada orang yang terlampau baik sangat dengan manusia,tapi dengan Allah?
Ada orang segan pula,bila mana orang ini baik dengan Allah{bukan nak bangga diri},malah menjauhkan diri, nak datang bertandang pun tak nak,bila ada hal nak minta tolong  baru nak datang ke rumah,Janganlah begitu ye,muka je nampak garang{suami},hatinya ikhlas..janganlah jemu untuk berbual mengenai agama,suami memang begitu,dia tak pandai cakap yang merapu-merapu.
 
Hasil kajian saya dengan seseorang..malu nak datang rumah saya sebab segan dengan suami.

Wassalam.

Sunday, December 18, 2011

Amat benarlah kata-kata Allah.

Assalamualaikum,

Terasa lama tak update entri, sibuk sikit kebelakangan ni, maaf juga pada kalian tak berkesempatan nak kunjung-mengunjung.

Kagumnya dengan ciptaan Allah.

A) Big Bang
Teori big bang baru ditemui pada abad ke 20 sedangkan Islam telah menerangkan tentang kejadian alam ini sejak 14 ribu tahun yang lepas.
Firman Allah
"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahawasanya langit dan bumi itu adalah suatu yang padu, kemudiankan kami pisahkan antara keduanya."(Surah al-Anbia')

B) Permulaan alam dipenuhi asap tebal
Firman Allah:
"Kemudian dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi:" Datanglah kamu keduanya menurut perintahKu dengan suka hati atau terpaksa."
Keduanya menjawab :" Kami datang dengan suka hati ." (Surah Fusilat, ayat 11)

Ayat di atas menerangkan permulaan kejadian bumi adalah gumpalan asap tetap dan ini bersesuaian dengan teori kejadian bumi mengikut sains moden.

C)Alam semesta berkembang pesat
Firman Allah:
Dan langit itu Kami bangun dengan kekuasaan (kami) Dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya.(Surah az-Zariat,ayat 47).

D)Bentuk bumi
Firman Allah: Dia menjadikan malam, melingkari siang dan menjadikan siang serta melingkari malam.(Surah Az-Zumar, ayat 5)
 Allah berfirman:
"Dan bumi sesudah itu dihamparkanNya."(Surah an-Nazi'at, ayat 30)

E)Gunung ganang sebagai pasak
Firman Allah:
"Bukankah kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pasak? (Surah an-Nabak, ayat 6-7)

F) Matahari dan Bulan
Firman Allah:
"Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang dan masing-masing beredar pada garis edarnya (Surah Yassin, ayat 40)

G)Matahari berputar pada paksinya
Firman Allah:
"Dan dialah telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan.Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya."(Surah al-Anbiya', ayat 33)

nota;Tazkirah bersama suami dan anak-anak,hebatnya ciptaan Allah..bercucuran airmata kami.{insaf,dan terasa kerdil}.Amat benarlah segala kata-kata Allah.

Wasssalam.


Thursday, December 15, 2011

Pemimpin..

Assalamualaikum.
Salam jumaat.
Ya Rabb,Kabulkan doaku!

"Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua perlu bertanggungjawab.Pemerintah adalah pemimpin dan dia perlu bertanggungjawab.Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia perlu bertanggungjawab.Seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia perlu bertanggungjawab.Seorang hamba adalah pemimpin harta tuannya dan dia perlu bertanggungjawab.Ketahuilah,kamu semua pemimpin dan kamu semua perlu bertanggungjawab."{Direkodkan oleh Al-Bukhari}

Seorang ayah perlu mendidik ahli keluarganya dengan ilmu agama.Apabila tidak mampu,wajib baginya mencari guru yang mengajar ilmu agama.

Perintahkan anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berusia tujuh tahun,dan pukullah mereka agar menunaikan solat ketika mereka berusia sepuluh tahun apabila mereka enggan."{Direkodkan oleh Abu Daud}

Setiap pemimpin itu akan di tanya perihal orang yang di pimpinnya.

Nota;Cuti sekolah manfaatkan aktiviti anak-anak dengan mengajar dan mengajar.
Ilmu dunia dan Akhirat.
Biar anak-anak menangis sekarang daripada kita menangis esok hari.

Wassalam.

Wednesday, December 14, 2011

Sia-sia siang dan malam..

Assalamualaikum

Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya. Selawat dan salam kepada junjunga kita Nabi Muhammad SAW, kaum kerabatnya dan para sahabat.

Manusia sering terleka dengan kehidupan dunia. Manusia terlupanya matlamat penciptaan kita di dunia sebagai hamba yang hanya Allah ciptakan untuk beribadah di muka bumi ini.

"Dan aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan beribadat kepadaku!" (Surah az-Zariat ayat 56 )

Tidak salah berusaha bagi urusan dunia dalam agama pun dituntut juga, tapi jangan sampai terleka sehingga tidak peduli dosa dan noda, halal dan haram serta tidak hiraukan yang mana perintah ,yang mana larangan Allah.

"Kamu dilalaikan oleh perlumbaan mencari kekayaan, sehingga kamu nanti mengunjungi kubur. Jangan bertindak sebegitu nanti kamu mengetahui, kemudian sekali lagi jangan begitu, nanti kamu akan mengetahui. " (Surah at- Takasur ayat 1 hingga 4)

Rasanya semua orang tahu dunia ini sementara saja. Ibarat seorang musafir yang singgah sebentar di sebuah tempat bagi mengumpul bekalan menuju destinasinya. Ingat dunia ini akan musnah dan binasa juga suatu hari nanti.

"Dan tidak kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat adalah kehidupan yang sebenarnya apabila mereka mengetahui. " ( Surah ak-Ankabut ayat 64)

Sabda Rasullah SAW:

"Jadilah engkau di dunia ini seolah-olah engkau orang asing atau sebagai pelintas jalan. "(AL-Bukhari)

Mencintai dunia adalah antara punca segala kejahatan. Apabila hati manusia sudah terpedaya dengan manusia, maka tumbuhlah daripada jiwanya bermacam-macam sifat keji, tamak, dengki, sombong, dan sebagainya menjadikan manusia itu hamba kepada nafsunya.

Akhirnya sia-sia siang dan malam digunakan hanya untuk dunia sehingga lalai urusan akhirat. Nafsu memandang dunia bagaikan syurga, sedangkan iman memandangnya bagaikan penjara.

"Dunia itu adalah penjara orang mukmin dan syurga orang kafir. " ( Muslim )

Nota: Tidak kelihatan sesuatu pun daripada mereka yang memperoleh dunia, wahai dunia kau membawa malapetaka bagi penduduk dunia.
"Ya Allah kau tundukkan anak-anakku hanya untuk mencari ilmu."


Wassalam.


Monday, December 12, 2011

Tin kosong..

Assalamualaikum.
Pada rakan-rakan saya nak ucapkan terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog cinnamon,maaflah kerana tidak dapat membalas kunjungan kalian.Saya ada di sekitar bumi Malaysia ni.
 Pinjam google

Melembutkan hati melalui kata-kata eemm betul ke ni?Setiap hari kita bercakap dengan suami,anak-anak,kawan-kawan,sanak saudara dan jiran.Update blog cerita tentang apa pun,kena gaya ke dengan diri kita ni,eemm tak tahu lah..
Jangan-jangan,selama ini kita bijak saja berkata-kata tanpa mengambil kira,kita ni macammana.Jangan-jangan pula,kita seperti tin kosong yang bunyi aje yang lebih,tapi habuk pun tak ada.

Nota;Saya akan sayang pada diri saya dahulu..


Wassalam.

Thursday, December 8, 2011

Detik ini..




"Seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut menjadi tinta,ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sudah kering,nescaya tidak cukup buat menulis kalimat Allah.Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."(Surah Luqman,ayat 27).

Allah menceritakan dengan baik melalui ayat ini,oleh itu berhenti menghitung nikmat Allah.Sebaliknya,kita hitung amal yang sudah kita persiapkan sebagai bekalan bertemu dengan Allah.

Mulai detik ini,minit ini,hari ini,mari kita bersihkan hati ini...


Wednesday, December 7, 2011

Smell..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dengan setiap nikmat yang Allah berikan.
Rupa-rupanya sudah banyak ayat atau pun kata-kata Nabi Muhammad yang saya persembahkan melalui blog Cinnamon kepada rakan-rakan,Alhamdulillah dapat berkongsi ilmu dengan kalian.
Terima kasih kepada suami yang sentiasa memberikan galakan,Kata suami "orang suka atau tak suka  post je."

"Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah saw bersabda, 'Perfume bagi lelaki adalah yang tercium wanginya sedang warnanya tidak nampak.Dan perfume bagi wanita adalah yang nampak warnanya sedangkan wanginya tidak tercium.'{HR.Tirmizi dan Nasa'i}

Ramai wanita,perempuan,anak-anak remaja perempuan yang keluar rumah,untuk urusan masing-masing,Ramai jugalah para-para lelaki yang akan mereka lalui akan tercium bau-bauan wangi yang berbagai.

Ramai wanita atau para gadis yang melakukannya walaupun ada larangan keras dari Rasulullah SAW.Rasulullah bersabda;
Mana -mana wanita yang memakai wangi-wangian kemudian dia pergi melalui satu kaum supaya mereka merasakan wanginya,maka dia di anggap berzina.:{HR.Ahmad}

Mereka kaum wanita yang memandang mudah perkara ini,memakai minyak wangi ketika ingin ke pejabat,ketika membuka perniagaan dan sebagainya.Wanita tidak boleh memakai wangi-wangian kalau dia ingin keluar rumah,walaupun dia ingin ke masjid.Bahkan orang yang ingin pergi ke masjid di suruh mandi terlebih dahulu seperti mandi junud kalau dia memakai wangi-wangian.

Rasulullah bersabda: "Mana-mana perempuan yang memakai minyak wangi kemudian dia keluar ke masjid supaya di cium orang wanginya,maka tidak diterima solatnya sehingga dia mandi seperti mandi junud."{HR.Ahmad}

Ramai juga wanita yang memakai minyak wangi ke majlis perkahwinan,ke pasar,mesyuarat dan macam-macam lagi.Maksudnya di sini,memang tak boleh memakai minyak wangi,takut-takut di cium oleh kaum lelaki,

Nota;Saya dalam cerita di atas tidak memakai wangi-wangian  kecuali untuk suami...

Wassalam.

Tuesday, December 6, 2011

Wordless Wednesday #15

Assalamualaikum.


Orang miskin..

Assalamualaikum.





Dari Anas,dalam satu riwayat hadis yang panjang,yang bertaraf Marfu," dalam ucapan Rasulullah kepada Aisyah, "Wahai Aisyah, janganlah engkau mengusir orang miskin walaupun hanya dengan memberikan sebelah kurma.'Wahai Aisyah,kasihanilah orang-orang miskin dan dekatilah mereka supaya Allah SWT dekat kepadamu pada hari kiamat." {HR.Tirmizi}

Kalau orang miskin meminta sedekah janganlah di hampakan tetapi hendaklah di berikan walaupun sedikit,Rasulullah menyuruh kita supaya berkawan dan juga dekat dengan orang-orang miskin supaya Allah dekat dengan kita pada hari kiamat nanti.


Nota:Pernah dan selalu jumpa orang miskin datang meminta sedekah? Allah yang menghantar mereka kepada kita,Allah yang mengerakan hati mereka untuk datang kepada kita,namun untuk kita mencari mereka untuk di berikan sedekah jauh sekali..
Kenapa Allah memilih kita?Adakah Allah mahu menguji kita?Adakah kita orang yang terpilih?


Wassalam.

Monday, December 5, 2011

Mengumpat..

Assalamualaikum.

Kepada rakan-rakan yang sentiasa sudi membaca setiap entri-entri saya,syukur yang tiada hentinya,memberi saya motivasi supaya terus menaip,terima kasih sekali lagi,supaya kita sama-sama dapat manfaat.Saya bukan sesiapa,tapi hamba Allah yang sentiasa mahu belajar dan belajar,dan mahu mendapat redha Allah.

Alhamdulillah,walaupun pun blog picisan,ada juga yang sudi membacanya.

"Dari Aisyah,katanya beliau berkata,"Wahai Rasulullah, berhati-hatilah terhadap Shafiyah."
Mendengar yang demikian Rasulullah berkata,'Wahai Aisyah,engkau telah mengatakan satu perkataan yang seandainya lautan dapat melarutkannya,maka ia akan larut seluas lautan itu."Kata Aisyah lagi,"Dan saya juga telah menceritakan perkara ini kepada orang lain."Kemudian Rasulullah bersabda, "Rasanya aku tidak pernah sekalipun menceritakan kepada seseorang bahawa akau punya itu dan ini." (HR.Abu Daud dan Tirmizi)

Ghibah adalah membicarakan,mencela dan menyebut-nyebut kekurangan orang lain serta segala sesuatu yang tidak di sukainya jika ada pada diri mereka.

Nota; Ulama,orang alim,warak,kuat ugama,guru agama,ustazah,ustaz,dan orang yang bila bercakap, asyik cakap pasal agama saja ialah bilamana orang tidak suka kepada mereka,Ini adalah  salah satu tanda-tanda hampirnya kiamat.

Wassalam.

Sunday, December 4, 2011

Hijab

Assalamualaikum.
Ya Allah,aku tak nak mensia-siakan sepuluh jari yang Engkau berikan.Aku tak nak fikiranku entah apa-apa,aku mahu terus mengupdate entri-entri.Aku tahu anugerahMu tidak ada satu pun yang sia-sia.

Adakah wanita bertudung nampak kolot,nampak miskin,atau tak cantik,hodoh,buruk, atau ketinggalan zaman?.Islam ni menindas wanita ke,sorokkan muka  di sebalik hijab? macammana pulak memakai baju labuh menutupi seluruh badan, macam kelambu berjalan ke?

Selalunya hijab hanya di fokus kepada wanita,Tapi di dalam al-Quran Allah terlebih dahulu menyebut tentang hijab untuk lelaki sebelum hijab untuk wanita.

Katakanlah kepada lelaki beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya,yang demikian adalah lebih suci bagi mereka,sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang mereka lakukan."(Surah an-Nur,ayat 30)

Hijab mengajar wanita supaya menjaga ke hormatan dan menutup aurat.


Katakanlah kepada wanita beriman:"Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya,dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,kecuali yang lazim nampak daripadanya.Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya,dan janganlah menampakkan perhiasannya,kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka,atau putera-putera mereka.(surah an- Nur,ayat 31)

Hijab di sertai dengan hijab mata,hijab hati,hijab pemikiran dan hijab niat termasuk seseorang berjalan,bertutur,kelakuan,dan sebagainya.

Nota: Sedang saya dan keluaga berjalan di One utama damansara,saya di pandang seolah-olah Alien,orang asing yang entah daripada mana.

Wassalam.

Saturday, December 3, 2011

Di sebalik buah..

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,adik  sanggup datang hantar durian dengan rambutan.
Datang nak minta nasihat dekat kakak n abangnya.Lepas ni buatlah yang terbaik.Ada hikmah atas semua yang berlaku.

Layan durian dengan rambutan ,terima kasih adik..
Wassalam.

Friday, December 2, 2011

Seketul daging..

Assalamualaikum.

'Niat orang mukmin lebih baik daripada amalannya' (al-Baihaqi dan Ar-Rabik).

Apabila seseorang pemimpin mempunyai roh yang rosak maka kepimpinannya tidak adil, kejam, dan pentingkan diri.Boleh digelarkan sebagai perosak bangsa, agama, dan negara.

Apabila anggota batin yang rosak berada dalam diri orang kaya, maka orang kaya itu bersikap kedekut, tamak, sombong, lintah darat dan membazir.

Apabila hati ulama sudah rosak, maka ulama itu menjadi penjahat iaitu ulama suk.Dia menggunakan ilmu bagi membeli kepentingan dunia iaitu menggunakan ilmu Allah untuk mendapat pangkat, nama dan duit semata-mata.

Apabila seorang pemuda dihuni oleh roh yang rosak, maka pemuda itu banyak menghabiskan masa dengan berfoya-foya, berangan-angan , melepak-lepak, berhibur yang melampau dan berseronok-seronok. Tenaga sasa disia-siakan tanpa memberi faedah khidmat pada masyarakat.Ada sesetengahnya seperti sampah masyarakat sampaikan orang lain terpaksa menguruskan mereka .Banyak sudah wang dibelanjakan untuk mengatasi masalah mereka seperti masalah dadah, budak-budak liar, mat rempit dan sebagainya.

Apabila roh hati yang jahat ada pada orang miskin, maka orang miskin itu berkeluh kesah, gelisah, rusuh, kusut dan malu kepada orang yang lebih daripadanya.Mereka merasa dengki dan berdendam dengan orang kaya. Mereka tidak sabar dan tidak redha dengan kemiskinan yang menimpa dirinya.

Apabila roh yang jahat berada dalam diri pada gadis remaja dan kaum wanita, maka mereka berlawa-lawa, bersolek-solek dan bergaya bagi menarik perhatian orang terutamanya lelaki supaya tergoda. Sesetengahnya pula sanggup menjual diri untuk mendapatkan nikmat dunia.

"Ada seketul daging dalam diri anak adam. Apabila daging itu baik, maka lahirlah manusia yang baik.Apabila daging itu rosak, maka lahir manusia yang rosak.Daging itu adalah roh atau hati"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

nota: Apabila hati mahu, semuanya menjadi. Apabila hati tidak mahu, semuanya tidak menjadi.

Wassalam.

Thursday, December 1, 2011

Makan makan makan .....

Assalamualaikum.

Orang yang lemah seumpama kita untuk menanggung kesusahan dan kepayahan dalam menyampaikan ilmu agama sebagaimana yang telah ditanggung oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Malah berniat untuknya pun adalah susah .Malah kita tida ingin pun bersusah payah untuk mengambil tahu tentang kisah-kisah tersebut.

Dari riwayat Aisyah r.a. berkata, "Rasulullah SAW melihatku makan dua kali dalam sehari.Dan ketika beliau berkata, "Wahai Aisyah, apakah kamu tidak ada kesibukan yang kamu sukai selain daripada mengurusi perutmu ? Makan dua kali dalam sehari adalah sikap berlebih-lebihan dan Allah tidak menyukai orang-orang yang suka berlebih-lebihan."(HR.Al-Baihaqi)

Dalam riwayat lainnya Rasulullah bersabda, "Wahai Aisyah, kamu telah menjadikan dunia untuk urusan perutmu dan makan lebih dari satu kali dalam sehari adalah sikap berlebih-lebihan dan Allah tidak suka dengan orang yang suka berlebih-lebihan."

Nota:Teringat Somalia, Afrika,Vietnam, Bangladesh, Malawi, Comoros, Indonesia, Congo antara negara termiskin di dunia. 


Wassalam..

Wednesday, November 30, 2011

Kami sangat rapat..

Assalamualaikum.

Di mana kan ku cari ganti,serupa denganmu... tak sanggupku berpisah,dan berhati patah,hidup gelisah..."Mendengar lagu nyayian allahyarham P.Ramlee  di radio,tanpa di sedari bercucuran airmata saya.Entah kenapa,hati saya tiba-tiba tersentuh.Tiba-tiba saya teringatkan arwah kakak.Saya sangat rapat dengan kakak,teringat semasa saya masih bujang,saya selalu menjenguk kakak,yang semasa itu kakak sudah berkahwin dan punya dua orang anak,setiap minggu saya akan datang ke rumah kakak dengan membawa sebiji kek yang saya beli di Pudu Raya,Saya mesti bawa sesuatu untuk kakak dan anak-anaknya.Kalau saya tak datang ke rumahnya,kakak mesti telefon,"hari ni tak datang ke."


Ini anak sulung dan juga anak bongsu kakak. Yang berbaju oren tu sudah mendirikan rumah tangga .Yang bertudung pink masih bersekolah di tingkatan 4 .Rupa kedua-duanya seiras kakak.


Semua masalah kakak ada dalam tangan saya,dekat saya lah kakak selalu mengadu dari hal kecil hinggalah hal yang besar.
Macam tu jugalah dengan kakak,masalah saya masalah kakak juga.
Hinggalah urusan perkahwinan saya,kakak dengan abang yang bertungkus lumus daripada A hinggalah ke Z.
Sampaikan rumah sewa pun kakak yang tolong carikan,masih ingat lagi pesanan kakak,"Kalau duduk dekat-dekat senang nak tengok kalau sakit"Pada masa tu suami agak teruk sakit asthmanya.
Pada masa saya melahirkan anak pertama, kakak juga yang menjaga saya,walaupun pada masa itu kakak juga dalam pantang.Kakak menjaga saya seperti seorang ibu kandung yang menjaga anaknya."Terima kasih kakak."

Yang ini pula anak kedua kakak. Baru tamat belajar di UITM Shah Alam.


Setelah empat tahun berlalu, saya melahirkan anak kedua.Pun begitu,satu lagi dugaan datang tanpa di duga,Kakak telah didiagnosis menghidap kanser payu dara.Sayalah orang pertama yang kakak beitahu.Saya terus menasihatkan kakak supaya menjalani pembedahan,kakak setuju,Nampak kegelisahan di wajah kakak,mungkin dia mengenangkan anak-anaknya yang masih kecil,atau apa seterusnya yang bakal terjadi.
Minggu berikutnya kakak menjalani rawatan.Saat menharukan apabila kakak menjalani kemoterapi.Banyak helaian rambut kakak mulai gugur,kakak menangis dan menangis.Saya faham sangat maksud airmata kakak itu,penuh rasa hiba dan sedih.
Menyingkap tentang kakak ialah,kakak seorang yang sangat baik tak kira dengan adik-adik,kawan-kawan atau pun jiran tetangga.kakak seorang yang pendiam tapi senang ketawa ,tak suka mengata,atau mengumpat orang,kakak juga kuat solat.
Kakak pandai masak,kalau saya minta masakkan itu ini kakak akan sedaya upaya masakan.

Dua tahun berlalu,setelah penat berulang alik ke hospital,mata kakak mulai rabun,dan banyak ke tumbuhan di badan kakak,kakak sering sakit kepala,pening,kerap loya, muntah dan sebagainya.Badan kakak mulai lemah,kurus berdiri juga sudah tidak mampu.Sel-sel kanser kakak sudah merebak.Kakak sudah pun menjalani pembedahan sebelah payu dara kakak,Namun itulah hakikat yang harus kakak terima.

Saya dengan adik beradik yang lain bergilir-gilir menjaga kakak,memandikan kakak,mengambilkan kakak wuduk,menyuapkan bubur ke mulut kakak,mengurut kakak dan membaca surah-surah Al-Quran untuk kakak.Kakak tidak berdaya untuk memalingkan badan sekalipun.

Ajal maut di tangan Tuhan,Allah lebih sayangkan kakak dari kami menyayangi kakak.Kakak pergi buat selama-lamanya,Kakak pergi ketika saya tiada di sisi kakak.Saya balik ke rumah hanya sebentar,kakak sudah tingalkan saya..Inilah agaknya ke tentuan Allah,kakak pergi  bukan ketika saya ada,Saya redha.
Ketika saya datang untuk membuka kain yang menutupi kakak,tidak sedikit pun airmata saya keluar.Sudah terlalu banyak airmata kami adik beradik keluar sebelum ini  sampai sudah tidak ada airmata lagi untuk di keluarkan pada masa itu.
Mungkin Allah makbulkan permintaan saya,dan sesungguhnya saya tidak sanggup lagi melihat penderitaan kakak.

Al-Fatihah untuk kakak.

Nota;Ketika ini saya sangat merindui kakak.

Wassalam.

Tuesday, November 29, 2011

wordless wednesday


Assalamualaikum.


Sifat belangkas


Sifat beruk ke ni ?


Apa pulak ni ?


Wassalam

Monday, November 28, 2011

Minimumnya akal perempuan..

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,di sini saya lagi..
Baru hari ini berkesempatan untuk mengupdate entri,macam-macam yang telah berlaku dalam masa empat hari ini,semua perjalanan hidup ini sudah di atur oleh Allah SWT.
 "Ibnu Umar berkata, 'Rasulullah saw bersabda, "Aku tidak melihat orang yang kurang akal dan agama dapat mengalahkan orang berakal dan bijak {lelaki},selain daripada kamu,"Kemudian seorang wanita yang bersuara lantang berkata,"Mengapa kaum wanita di katakan kurang akal dan agamanya ya Rasulullah?"
Rasulullah saw menjawab, "Wanita di katakan kurang akal,sebab kesaksian dua orang wanita sama dengan kesaksian satu orang lelaki.Sedangkan kurangnya agama kaum wanita,kaum wanita tidak berpuasa pada sebahagian hari bulan Ramadan dan setiap bulan mereka tidak solat dalam beberapa hari."(HR.Abu Daud).

Wanita di anggap kurang akal kerana kesaksian dua orang wanita sama dengan kesaksian satu orang lelaki.Wanita di anggap kurang agamanya kerana sering uzur,wanita  tidak solat dan tidak berpuasa,ketika haid dan nifas.
Walaupun wanita kurang akal dan agama,tetapi sanggup mengalahkan lelaki yang bijak dan kuat agamanya.Ingat! para isteri termasuk saya juga jangan nak mengatur atau memerintah suami,Minimumnya akal wanita.

Nota;Awal maal hijrah...Allah mengatur segalanya.

Wassalam

Thursday, November 24, 2011

Selepas saya tiada....

Assalamualaikum.
Kepada rakan-rakan cinnamon.
Alangkah baiknya jika kita mahu berfikir dan merenungkan,bagaimana nanti kesulitan-kesulitan yang akan kita temui di saat datangnya maut,macammana nanti agaknya menghadapi kesukaran-kesukaran sakaratul mautnya.
Maafkan saya kerana selalu mengupdate entri yang berunsurkan ilmiah,saya bukan ustazah,ataupun pakar motivasi,atau nak menunjuk yang saya hebat dalam beragama,atau bajet bagus bak kata ustaz,saya manusia biasa yang punya empat anak,suami yang baik, bertanggungjawap,dan menjalani hidup yang sederhana.
Sebenarnya setiap entri-entri saya, di persetujui oleh suami,ada juga diantaranya daripada suami selepas menghadiri ceramah-ceramah di masjid serta buku-buku koleksi saya sendiri.
Maaflah kalau entri-entri saya  menakutkan kalian,kadang-kadang ada juga kena mengena dengan orang lain,juga ahli keluarga memang saya berniat pun.Tujuan saya hanya satu untuk menyedarkan mereka.
Memang pendakwah memiliki ke sempurnaan juga ahklak dan ilmunya,tapi penghormatan juga untuk individu lainnya,sesiapa saja boleh menyampaikan ilmu,walaupun sedikit.

Setiap hari kita melakukan solat lima waktu dan sebanyak 17 kali surah al-Fatihah kita baca,belum masuk lagi solat-solat sunat yang kita buat,hari-hari kita memuji Allah,tunjukkan aku ke jalan yang lurus,tunjukkan aku kejalan yang lurus sebagaimana  orang-orang terdahulu yang engkau beri nikmat.Sempurnalah solat itu jika kita baca al-Fatihah dengan tajwid yang betul dan sepenuhnya jiwa kita tertumpu kepada Allah.Dan semoga saya sendiri  dapat jalan yang lurus itu dan Allah beri hidayah kepada sesiapa yang membaca entri-entri saya dan menyampaikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga,daripada seratus orang seorang pun Alhamdulillah.

Persoalan tentang mati tadi,memang satu hari nanti kita pasti mati.Saya nak anak-anak saya atau pun rakan-rakan dapat manfaat dari entri saya.

Nota:Kehidupan alam dunia ini merupakan ke hidupan yang sifatnya hanya sementara,maka setelah ajal yang telah di catat malaikat sewaktu manusia diberi ruh untuk hidup di alam dunia telah sampai,maka manusia mengalami ke matian.Dan setelah mati inilah manusia akan menempuh alam yang lebih luas iaitu alam barzakh.

Wassalam.

Wednesday, November 23, 2011

Keadaan bumi..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah,syukur di sini saya lagi.
"Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh kepada ke jahatan,kecuali nafsu yang di beri rahmat oleh Tuhanku."{Surah Yusuf,ayat 53}

"Bahawasanya bumi setiap harinya memanggil dengan sepuluh kalimat.
Bumi berkata:
1.Wahai anak cucu Adam,kamu berjalan di atas punggungku,tapi tempat kembalimu di dalam perutku.
2.Kamu melakukan maksiat di atas punggungku dan kamu di siksa dalam perutku.
3.Kamu bergurau di atas lambungku,tapi kamu menangis dalam perutku.
4.Kamu makan barang haram di atas punggungku,tapi seluruh cacing akan memakan kamu di dalam perutku.
5.Kamu bergembira ria di atas punggungku,tapi kami akan merasa susah dalam perutku.
6.Kamu mengumpulkan barang haram di atas punggungku,tapi kamu hancur di dalam perutku.
7.Kamu sombong di atas punggungku,tapi kamu menjadi hina dan remeh di dalam perutku.
8.Kamu berjalan dengan bersukaria di atas punggungku,tapi kamu jatuh kesedihan dalam perutku.
9.Kamu berjalan dalam cahaya di atas punggungku,tapi kamu akan duduk dalam kegelapan yang gelap gelita dalam perutku.
10.Kamu berjalan untuk berjemaah di atas punggungku,tapi kamu duduk sendirian dalam perutku.
{Imam Anas bin Malik r.a.}

Nota;Ketawa ahli dunia adalah yang di lakonkan dalam cerita-cerita lucu atau pun rancangan tv berunsur hiburan  yang kononnya menghibur minda,pada hal ketawa kerana itu membuat lalai dari mengingat Allah.Ini termasuklah ketawa orang-orang yang meminum arak,ahli maksiat,penzina,penjudi,dan seumpamanya.Ketawa yang mengheretnya ke neraka.

Wassalam.

Tuesday, November 22, 2011

Wanita berpakaian tetapi bogel .

Assalamualaikum.

Boleh ke ni?
Boleh juga ke ni?

Rasulullah SAW bersabda: "Dua kelompok penghuni neraka yang belum pernah aku lihat , iaitu (kelompok pertama)orang yang membawa cambuk(tali) seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia,(kelompok kedua)adalah perempuan-perempuan yang mengenakan pakaian namun seperti orang telanjang, yang berjalan berlenggang- lenggok , kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka tidak masuk syurga sama sekali dan tidak mencium baunya, sedangkan baunya (aromanya) sudah terasa dari jarak sekian dan sekian."

Begini .
Wassalam.

Monday, November 21, 2011

Jawapan pertanyaan Munkar dan Nakir

Assalamualaikum.
Selamat pagi,Alhamdulillah di sini saya lagi.....

Disebutkan dalam Hadis, tatkala mayat diletakkan dalam kubur, maka datanglah dua malaikat yang hiram-hitam dan sama melirikkan kedua matanya, suaranya seperti guruh, penglihatannya seperti petir yang menyambar yang dapat membakar bumi, keduanya bersiung dan mendatangi mayat di sekitar kepalanya.

Maka berkatalah solat,"Janganlah engkau berdua mendatangi mayat di sekitarku sebab solat yang dilakukannya setiap siang dan malam kerana takut dari tempat ini. Kemudian kedua malaikat mendatangi mayat di sekitar kedua kakinya. Kedua kaki itu berkata : " Janganlah kamu berdua mendatangi mayat di sekitar kami, sebab ia beserta kami berjalan untuk berjemaah kerana takut dari tempat ini.Lalu keduanya mendatangi di sebelah kanannya sambil berkata, shadaqah jangan engkau datangkan kepadanya di sekitarnya kepadaku, "Seseungguhnya ia bersedekah kerana takut dari tempat ini. Lantas keduanya mendatangi mayat di sebelah kirinya, Puasanya mengatakan : "Janganlah kamu berdua mendatangkan kepadanya di sekitarku, sebab ia letih dan dahaga kerana takut dari tempat ini.

Kemudian Mayat bangun seperti bangunnya orang dari tidur, sambil berkata: " Hendak apa engkau berdua datang kepdaku?" .Lalu mayat mengucapkan :"ASYHADU ANLAA ILAAHA ILLALLAAH"=Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah". Kedua malaikat bertanya : " Bagaimana kamu mengucapkan hak Muhammad SAW". Maka mayat mengucapkan :WAASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASUULULLAAH=Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah. Kemudian dua malaikat mengatakan : "Engkau hidup mu'min dan mati mu'min pula".

Nota:Ketahuilah apabila seorang mayat itu telah kuburkan dan telah ditinggal pulang para manusia yang sama mengusung dan mengiringkan, maka datanglah kepadanya dua orang malaikat munkar dan nakir.  Jadi pada prinsipnya semua manusia yang mati pasti di tanya atau disoal setelah matinya .Apabila mayat itu seorang mukmin, maka solatnya ada di samping kepalanya, puasa ada di sebelah kanannya, zakat ada di sebelah kirinya dan kelakuan-kelakuan seperti sedekah, silaturrahim dan kebajikan ada di dekat kedua kakinya.

Wassalam.

Sunday, November 20, 2011

"Celaka"..

Assalamualaikum.
Bangun seawal pagi,urusan agama di dahulukan,namun tidak mengabaikan urusan kehidupan yang lain.Perubahan bermula dengan kesedaran.Tidak ada sesiapa pun boleh mengubah kita,kecuali diri sendiri yang mahu berubah.

Sebaik saja taubat Nabi Adam as. di terima oleh Allah SWT, iblis terkutuk berteriak sekuat-kuatnya dengan kata-kata "celaka', sehingga berkumpullah seluruh bala tenteranya dari berbagai penjuru,baik dari darat, udara mahupun laut,dan bertanya, "Mengapa tuan kami?" Iblis pun menjelaskan kepada bala tenteranya mengenai diterimanya taubat Nabi Adam,sambil bersumpah untuk terus menjerumuskan Nabi Adam serta keturunnannya.

Nabi SAW:"Hendaklah kamu sekalian membaca "Laa ilaaha illallah",beristighfar,dan perbanyaklah membaca kedua-duanya,kerana iblis laknatullah berkata, "Aku {iblis} hancurkan manusia dengan dosa-dosa dan dengan bermacam-macam perbuatan derhaka,serta mereka {manusia} hancurkan aku dengan "Laa illaha illallah"dan beristighfar.Aku akan hancurkan mereka dengan hawa nafsu,sehingga mereka merasa bahawa dirinya mendapat petunjuk,padahal mereka sesat."

Rasulullah SAW bersabda:"Iblis berkata, Ya tuhanku,demi keperkasaan Engkau aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama jiwa mereka masih berada di dalam jasad."Maka Allah berfirman, "Demi keperkasaanKu dan demi kemuliaanKu,hai laknatullah,Akupun selalu mengampuni mereka selama mereka meminta Ampun."

Tsabit al-Bannani berkata:Saya mendengar bahawa iblis laknatullah menangis sekuat-kuatnya ketika Allah SWT menurunkan 135 daripada surah Ali Imran yang bermaksud: "Dan {juga} orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri,mereka ingat kepada Allah,lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."

Nota;Orang yang baru berniat baik sahaja sudah di beri pahala oleh Allah sedangkan niat yang jahat tidak di kira berdosa sehingga orang itu benar-benar membuat kejahatan itu.

Wassalam.

Friday, November 18, 2011

"Perempuan....perempuan!"

Assalamualaikum...

Kawan-kawan cinnamon di alam maya, mohon ampun sekaligus memohon perlindungan dari Allah SWT.

Rasulullah bersabda, "Pada malam Isyraq dan Mikraj aku berdiri di depan pintu syurga dan aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah orang-orang miskin. Dan orang-orang yang bernasib baik masih berkurung, akan tetapi para penghuni neraka telah diperintahkan untuk memasuki neraka.Lalu aku juga berdiri didepan pintu neraka dan ternyata kebanyakan yang masuk ke dalam adalah kaum wanita. " (HR.Bukhari dan Muslim)

Wanita lebih lancar bercakap dari lelaki. Disebabkan lancar bercakap banyaklah mengumpat dan menceritakan keburukan orang. Dengan lancar bercakap, banyak salah dan mungkin banyak yang menyakitkan hati orang. Wanita juga lebih banyak merepek, menengking dan sebagainya. Kalau ada lelaki yang banyak bercakap orang kata macam mulut perempuan. Maksudnya disini maksiat lisan(lidah),dosa wanita lebih banyak berbanding lelaki dan itu pula menyebabkan mereka lebih mudah masuk neraka.

 Wanita ramai masuk neraka kerana tidak berterima kasih kepada suami. Walaupun suaminya sudah banyak memberikan kemudahan, nafkah, hadiah dan macam-macam lagi pada si isteri tetapi tidak berterima kasih.Suami juga sudah banyak berkorban, banyak memberikan harta benda tetapi oleh kerana membuat sedikit kesilapan atau kesalahan, maka kesalahan yang sikit itu diingatnya.
.

Orang yang tidak berterima kasih pada suaminya, apa lagi  dia merasakan kesalahannya saja yang ada, sudah pasti dia selalu marah-marah kepada suaminya. mungkin tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri. Itu semua menimbulkan dosa dan dosa itu membawa ke jurang neraka.

Nota:Itu adalah sebahagian drpnya,masih banyak lagi yg boleh menjerumuskan wanita ke dalam sana...Subhanallah.

Wassalam.

Thursday, November 17, 2011

"Aku hairan."

Assalamualaikum.
Salam jumaat kepada rakan-rakan di alam maya ini..semoga kalian sentiasa dibawah lindungan Allah SWT.
Memang penting supaya sesuatu amalan tidak di lakukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk,demi untuk menyebarluaskan ilmu,pedulikan segala kata nista .

1:Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya maut tetapi dia masih lagi ketawa.
 2:Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa suatu hari dunia ini akan binasa tetapi dia masih terpesona kepada dunia.
3:Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut ketetapan Allah SWT tetapi masih berdukacita di atas kehilangan sesuatu.
4:Aku hairan terhadap sikap orang yang yakin bahawa dia akan di hisab di akhirat nanti tetapi dia masih mengumpul harta kekayaan.
5:Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui bahawa adanya api neraka tetapi dia masih melakukan maksiat.
6:Aku hairan terhadap sikap orang yang kenal Allah SWT tetapi dia masih mengingati selainNya.
7:Aku hairan terhadap sikap orang yang mengetahui adanya syurga tetapi masih mencari keseronokan dengan kemewahan dunia.
Tambahan "Aku hairan terhadap sikap orang yang menganggap syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya."{Hafiz Ibnu Hajar rah. menulis dalam kitabnya  al-Munabbihat riwayat daripada Uthman r.a}

Wassalam.

Wednesday, November 16, 2011

Semangkuk patin masak tempoyak sempena soalan PCL...

Assalamualaikum.
 Nasib baik soalan PCL ni tak berat , tidak terbongkar semuanya , bak kata MAT SOM
1. Mai/singgah blog PCL ni sengaja ke tak sengaja ?
 Sengaja dan tak sengaja ...
2. Boleh share kat kawan2 lain tak kalau baca entri yang memang bermanafaat/berguna?
Boleh je, yang bermanfaat dan berguna ok aje.
3. Bila sakit hati kat seseorang kena kongsi/share ke?
Sakit hati kat orang tak ada lagi, orang sakit hati kat cinnamon ada la.
4. Kat mana nak kongsi tu?
Bila PCL jemput datang rumah makan-makan,
5. Blogger paling friendly ?
 Semua yang dah jadi followers cinnamon.
6. Follower paling sporting?
Semua yang datang komen.Hehehe,
7. Dah pernah join mana2 perjumpaan antara blogger ke?
Dah , dgn PCL je . 
 8. Kaki segmen kah anda?
Asal segmen je , anak yang buat....
9. Giveaway , pernah dapat hadiah?
Tak pernah dapat pun . Saja suka-suka je.
10. Suka follow blog blogger Lelaki?
Suka duka . hehehe
11. susah ke nak tinggalkan komen pada entri blog yang dikunjungi?
Ada susah ada senang . 
Ni semangkuk patin masak tempoyak untuk PCL , makan jangan tak makan.

Wassalam.

Monday, November 14, 2011

Soalan kancil dah dijawab cinnamon...

Assalamualaikum,
Nak jawap soalan dari kancil ni saya agak keberatan sebenarnya saya seorang yang pemalu ,tak pandai pun nak menjawap soalan-soalan daripada Kancil heheh...

 Tapi saya cubalah ye...

 1. Kereta idaman anda?
2. Kalau datang ke Semporna, pulau mana yang nak pergi?
3. Berikan nama penuh sekolah rendah anda bersertakan tahun sekali?
4. Cinta pertama anda ketika usia berapa tahun?
5. Blog yang anda cemburukan?
6. Follower anda yang paling cool?
7. Apa universiti impian anda?
8. Tempat pelancongan yang mana paling menarik anda pernah pergi?
9. Nama guru yang masih kamu ingat dalam ingatan kamu? (max 5 orang)
10. Beg sekolah kamu bertahan berapa tahun?
11.Sejak bila anda mengenali blog Kancil 8349?

Jawapan 1:Kereta idaman tak ada pun, yg ada ni  pun syukur Alhamdulillah...
Jawapan 2;Setakat ini belum ada cadangan langsung nak ke sana,tak tahulah esok-esok Pulau Sipadan kot .
Jawapan 3:Sekolah Rendah Parit Tok Ngah,tahun 1977..
Jawapan 4:Masa tu umur 24 tahun dengan suami sekarang la..dulu-dulu tak pernah bercinta pun..saya budak baik..hehe..
Jawapan 5:Tak ada cemburu-cemburu..
Jawapan 6:P@kcikLie,dia anak buah saya,dia memang cool,sama ada di dalam tabir atau di luar tabir..dialah followers saya yang pertama..
Jawapan 7:Sekarang saya tak ada cita-cita untuk ke universiti lagi,tapi untuk anak-anak saya ye..kena tanya anak-anak dulu la,yang sulung minat biologi,yg kedua minat reka cipta,ketiga doktor dan ke empat usuluddin..
Jawapan 8:Pernah pergi ke Singapura..paling jauh la..ok-ok je.
Jawapan 9:Saya hanya ingat cikgu b.i-Aznah memang garang,sebab kegarangan dialah saya masih ingat lagi...yang lain-lain lupus dari ingatan..
Jawapan 10:Tak ingat,yang pasti satu bag selama enam tahun..hehe..boleh caya ke ni..
Jawapan 11:Dari blog imbobo,kancil buat segmen kenangan masa upsr..kalau tak silap la..


Sempena pada soalan dari kancil saya nak hadiahkan sebiji coklat kek....

Wassalam.

Friday, November 11, 2011

Senyum.....

Assalamualaikum.
Alhamdulillah,dengan izin Allah saya masih dapat mengupdate entri,masih dapat menghirup udara segar di pagi sabtu ni,dapat melakukan kerja-kerja seperti biasa,Alhamdulillah.
Senyum dan bergurau senda dengan suami juga anak-anak,bersarapan bersama-sama,Alhamdulillah.

Dapat bersyukur dengan nikmat Allah,Alhamdulillah.
Senyum Nabi Adam a.s. mengiringi pertemuannya dengan isterinya Siti Hawa.Senyum yang sukar di gambarkan,yang di saksikan oleh seluruh alam,di iringi oleh angin yang bertiup lembut dan suara-suara haiwan yang seolah-olah menyambut pertemuan dua insan berlainan jenis.

Nabi Adam dan Siti Hawa tidak dapat menembunyikan rasa syukur dan gembiranya.Ia terus mendatangi Siti Hawa dengan senyum,memberi salam penghormatan, bertanyakan keadaan khabar isterinya setelah sekian lama berpisah.Begitu juga Siti Hawa,segera menjawab salam Nabi Adam dengan senyum,menceritakan khabar dirinya dan suka duka selama dalam pengembaraan.

Ketika saling bertanyakan khabar dan bertukar pengalaman itu,kadang-kala ada beberapa kejadian yang di alami oleh Nabi Adam dan Siti Hawa yang cukup mencuit hati atau yang di anggap geli dan lucu,yang akhirnya membuat mereka berdua tertawa.Tetapi ketawa Nabi Adam lebih kuat berbanding ketawa Siti Hawa.Suara wanita itu termasuk bahagian dari hak yang harus di jaga dari lelaki yang bukan muhrim.

nota : Sentiasa merasa bimbang dan cemas tentang untung nasib di sisi Allah.Ini kerana setiap diri dalam genggaman,sukatan dan ketentuan Allah.

Hari ini ada gotong royong perdana di kawasan apartmen saya....

Thursday, November 10, 2011

Suka-suka hati...

Assalamualaikum.
Alhamdulillah dengan limpah kurnia dari Allah Swt.dan junjungan Rasulullah Saw.
Untungnya mendapat ke bahagiaan dunia dan syurga di akhirat.Rugi di dunia adalah hidup seperti haiwan dan syaitan,hidup porak peranda dan menderita.Rugi di akhirat adalah kerugian yg besar,iaitu masuk neraka dengan azab sengsara dan seksa yang dahsyat.

Pernah tak anda yang mempunyai kawan,saudara,adik,atau abang yang malas nak solat,atau ibu bapa sendiri pun tak solat atau diri sendiri pun tak solat.Saya akui saya banyak terjumpa,atau berjumpa orang-orang yang tak pernah solat langsung,orang yang kadang-kadang solat,orang yang jarang-jarang solat,orang yang zohor dia solat,asar dia tak solat,maghrib dia solat,isyak dia tak solat ,dan ada yang solat macam lipas kudung...laju macam kereta api.

Perlukah kita menasihati mereka?kerana mereka sudah besar-besar,bekerjaya,belajar tinggi ada ke dudukan,yang hidup sederhana pun ada,yang miskin pun ada,yang baik sangat pun ada tapi solat tak jaga,dan berbagai ragam lagi.Apa jadi kalau kita menengur mereka?
Macam alim sangat?  
kubur masing-masing!
Atau tak nak jumpa kita dah.
Macam bagus je?
Alah tau lah,tak yah bagitau,
Aku uzur lah...[memanjang uzur]

Allah bersumpah dengan masa adalah penting dengan alasan perlu di ambil perhatian,Allah mengiringinya dengan amaran,iaitu manusia berada dalam kerugian.Apabila tidak mahu tergolong dalam golongan yang rugi,maka ia perlu beriman dan beramal soleh,saling berpesan kepada ke benaran,supaya menjadikan sabar dan solat sebagai penolong.

Bukan nak tunjuk alim,tapi inilah hakikat orang-orang yang mengaku Islam .Hanya islam pada nama.
Wassalam.


Wednesday, November 9, 2011

Tangisan pertama di bumi .

Assalamualaikum...

Selamat petang kepada rakan-rakan .




Tangisan pertama di muka bumi adalah dilakukan oleh Nabi Adam as. kerana rasa sedihnya ketika dikeluarkan dari syurga dan mendapat kemurkaan Allah SWT .

Diriwayatkan bahawa Nabi Adam as.menangis selama tiga ratus tahun di bumi, dan tidak pernah mengangkat kepalanya kelangit kerana malu kepada Allah SWT .

Nabi Adam bersujud di atas gunung Himalaya di India selama seratus tahun , maka dia menangis lagi hingga air matanya mengalir ke lembah Sarandip. Maka Allah menumbuhkan pohon-pohon kayu manis dan pohon- pohon cengkih di lembah itu dengan bersumberkan airmata Nabi Adam.

Di samping tumbuh-tumbuhan , burung-burung juga menikmati airmata Nabi Adam. Burung-burung itu berkata : " Kami belum pernah meminum air yang lebih lazat daripada air ini . "

Nabi Adam itu mengira burung itu mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah . Maka Allah SWT memberi wahyu kepadanya : " Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat lagi lebih hebat daripada airmata orang yang taubat dari kederhakaannya ."

Perkongsian kali ini diharapkan memberi manfaat bersama .

Wassalam .

10 perkara yang disembunyikan Yahudi

 Assalamualaikum.

Tahukah rakan-rakan sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom cinnamon nak dedahkan 10 daripadanya!


1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!


Wassalam.

Tuesday, November 8, 2011

Wordless Wednesday #13..

A good book is a good friend.

Masjid..

Assalamualaikum

Diriwayatkan dari 'Abu Salamah bin Abd Al-Rahman r.a.. 'Abd Al Rahman bin Abi Said Al-Khudri r.a pernah bertemu dengan saya.Saya bertanya kepadanya,Bagaimanakah kamu mendengar ayahmu menyebut-nyebut masjid yang didirikan atas dasar takwa?"Dia menjawap,"Ayahku berkata,Aku pernah mendatangi Rasulullah Saw.di rumah salah satu isteri beliau.Saya bertanya,"Wahai Rasulullah,Masjid yang manakah yang didirikan atas dasar takwa?"Lalu beliau mengambil segenggam kerikil.Beliau memukulkannya ke tanah dan bersabda,'Masjid kamu inilah yang di dirikan atas dasar takwa{Masjid Nabawi}."Kemudian saya berkata, Aku bersaksi bahawa aku mendengar ayahmu seperti itu juga menyebutkannya." (4:126_S.M.)

Adakah masjid-masjid di sini di dirikan atas dasar takwa?" 

Wassalam.

"Ieyza Afieyna 1st Giveaway"

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)