Pages

Saturday, July 30, 2011

Ajal..

    Assalamualaikum,hari ni sejak bangun awal pagi tadi,urusan agama di dahulukan hingga kembali kita menutup mata.Namun urusan yg lain harus di teruskan,terkejut apabila terbaca dr blog rakan,yg baru saja kematian anak yg sembilan bulan di kandungnya,ternyata Allah lebih menyayanginya.Tabahkan  hati wahai sahabat yg aku kenali hya melalui alam siber ini..dan aku juga mahu berkongsi kesedihannya.
    Anas r.a berkata, "pernah Rasulullah s.a.w. mendatangi seorang wanita yg sedang menangisi kematian anaknya".Kemudian Rasulullah berkata,'bertakwalah kamu kepada Allah dan bersabarlah".
    Lalu wanita itu menjawab,"Kamu tidak merasakan musibah yg menimpaku ini."Setelah Rasulullah berlalu,wanita itu diberi tahu bahawa yg bercakap atau menasihatinya tadi adalah Rasulullah,maka wanita itu seperti mau mati,kemudian dia mendatangi Rasulullah s.a.w, Dan wanita itu tidak menjumpai para penjaga pintu di depan rumah Rasulullah.Lalu si wanita berkata,"Wahai Rasulullah,tadi aku tidak mengenalimu.'Ketika itu Rasulullah terus sahaja berkata,"Kita di tuntut bersabar ketika pertama kali di timpa musibah."{HR,Bukhari,Muslim,Tirmizi dan Abu Daud}

Thursday, July 28, 2011

PROMOSI PROTON 2011: PROMOSI PROTON 2011

PROMOSI PROTON 2011: PROMOSI PROTON 2011: "JAMAL 017 8800 300 Lokasi : Sentul Raya Boulevard email : jamal.autoworld@yahoo.com J A M A L 0 1 7 8 8 0 0 3 0 0 ..."

Solenia - herba untuk semua: SOLENIA - minuman herba untuk semua

Solenia - herba untuk semua: SOLENIA - minuman herba untuk semua: "Kenapa berjuta juta manusia jatuh sakit? Kenapa berjuta juta manusia jatuh sakit? Bukan juta malahan mencecah lebih satu billion penduduk..."

Monday, July 25, 2011

Azhan..oh.. Azhan

 Kita akan rasa terpegun takkala memandang langit biru.Tetapi pernahkah kita terfikir,kenapa langit tersebut berwarna biru.
 Pernah suatu hari ketika menghantar anak ku ke sekolah,ketika itu aku menaiki basikal,tiba-tiba anak lelaki ku Azhan bertanya,"mama kenapa langit biru?"ketika itu umurnya baru lapan tahun,
Pada aku itu adalah soalan yang sangat bijak,memandangkan umurnya  yg baru lapan tahun.
         Aku buat-buat tak dengar aje,sebab aku pun tak tahu,kenapa langit berwarna biru.
         Dan aku beri alasan,"balik nanti kita tanya ayah ye."
 Hingga sekarang kami selalu mengungkit kisah tu, kenapa langit biru?
Kenapa sekarang anak ku Azhan amat meminati mata pelajaran sains,dan suka membaca,menonton tentang bulan,bintang, dan segala macam planet..
Berbalik kenapa langit berwarna biru?mudah sahaja,warna biru pada langit terjadi apabila sebahagian cahaya matahari menembusi lapisan atmosfera melaui warna yg berfrekuensi tinggi.Warna yg berfrekuensi tinggi itu ialah warna hijau,biru atau ungu.Apabila ini berpadu di atmosfera,akan terhasilah warna biru yg menyinari langit..
 Oleh itu,kita hanya dapat melihat langit berwarna biru pada waktu siang hari sahaja.

  

Sunday, July 24, 2011

Amanah ku..

     Hari ni aku,masih bernyawa untuk meneruskan kehidupan yg serba mencabar,melalui segala kepayahan dalam hidup,melakukan tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada empat anak,syukur segala puji bagi Allah,dengan anak-anak yg mendengar kata,bijak,dan aku selalu berdoa supaya anak-anak ku menjadi anak yg soleh dan solehah,dan jika sebaliknya,aku anggap itu adalah ujian untuk aku dan suami.
                          Dan sebaik mungkin aku inginkan yg terbaik untuk anak-anakku,memang aku  dan suami amat tegas dalam mendidik mereka,aku tak nak diorang buang masa,kerana pada masa ini pelajaran dunia dan akhirat amat penting..aku dan suami tak nak mereka leka dengan dunia yg melalaikan.
                        Memang keliling anak-anak di penuhi dengan segala macam jenis hiburan,kawan yg kita tak tahu baik atau tidak.
                      Sekali aku dan suami tidak izinkan anak-anak ku keluar berjalan sesuka hati..tanpa ada perkara yg tidak berfaedah,biarlah anak-anak menangis sekarang dripada aku menangis suatu hari nanti..selagi aku hidup ,aku dan suami akan berdoa untuk anak-anak ku,kerana ia adalah amanah..

Thursday, July 21, 2011

Barbie..selamat hari jadi iman..


Hari ni sempena hari jadi anak yang ke tiga,Iman Soffea,baru je masuk tujuh tahun.
Nak cerita sikit tentang Iman Soffea ni,yg dia ni suka sangat warna pink,semua benda nak warna pink,kadang -kadang tolak juga,sebab dah tak larat dengan warna tu..dah lah kakak sulung dia masa kecik-kecik pun suka warna pink,sekarang tak suka dah, sebab dah anak dara pun,pandai pulak dia kata gedik sapa yg suka warna pink...
Ada satu lagi yg Iman soffea ni suka Barbie doll,ada la dua tiga kat rumah yang saya belikan,termasuklah pemberian orang..tapi patung tak boleh hias-hias dalam rumah,letak dalam almari ke,tak boleh,nanti malaikat rahmat tak masuk rumah..so anak-anak pandai,di simpannya dalam kotak aje,kalau nak main baru keluarkan,selalunya bergelimpangan lah..
Sebenarnya nak cerita sikit pasal sejarah Barbie doll ni,patung  ni ialah gadis jelita yang moden,bergaya mempunyai beribu-ribu koleksi pakaian yg cantik,teman lelaki yg tampan n macam-macam lagi.patung Barbie ni kelihatan sempurna tapi hakikatnya dia hanyalah anak patung! Nak tau tak sapa yg memperkenalkan anak patung ni kepada dunia?
Ruth Handler lah pengasasnya,Syarikat alat permainan terkemuka yg mengeluarkan patung Barbie.Nattle merupakan orang yang bertanggungjawap mencipta reka bentuk anak patung Barbie ni.
Sewaktu memperkenalkan kpd umum,Barbie merupakan anak patung yg berpakaian fesyen remaja,tapi kontroversi tercetus apabila ramai yang mempertikaikan ukuran badan Barbie iaitu 36,18,38 tak relevan langsung dgn ukuran manusia normal.
Macam mana pun patung Barbie tetap dapat sambutan dan akhirnya pd tahun 1969 buat pertama kalinya Barbie mempunyai sepasang kaki yang boleh di bengkokkan dan tangan yang boleh di gerakkan.
Nak tahu siapa yang bagi namanya?Pencipta anak patung ini,Natle mengambil nama Barbie sempena nama anak perempuannya iaitu Barbara.Nama "kekasih" kepada Barbie,iaitu Ken pula di ambil sempena nama anak lelaki Ruth.Kini setelah beberapa puluh tahun di perkenalkan dan menjadi 'kegilaan"di seluruh dunia.Anak patung Barbie ni sudah di jual dalam berbagai-bagai rupa,warna dan pilihan nama yg menarik,karakter patung Barbie juga di perkenalkan watak dalam filem,Antara yang anak-anak suka dan mendapat sambutan hebat ialah Princess Aurora.
Sebenarnya tak penting pun untuk kita,ambil tahu sejarah patung ni..yang kita perlu tahu ialah kerja keras mereka,berusaha mengeluarkan produk yg di minati  seluruh dunia.

SELAMAT HARI JADI IMAN,SEMOGA MENJADI ANAK YANG SOLEHAH..LOVE YOU FOREVER..

Wednesday, July 20, 2011

Mean...Love...

       Love is more important treasure in a family.The attitude of being caring,trusting and responsible must be inculcated in a family.In this way,the good relationship within a family can be maintained.
      The result will be a happy and blissful family...AMIN
The Holy Prophet said;None of you can be a perfect Believer,unless he loves me more than his parents,his children, and all the human beings."-{Bokhari and Muslim}

Monday, July 18, 2011

Tempat selalu di....

       Lama tak pergi kedai buku,so semalam aku n anak-anak sempat le meluangkan masa,Anak-anak kalau pergi kedai buku tersangat la excitednya,tambah-tambah anakku yg kecil lg comel tu..seronok sangat dia..sebenarnya sebulan sekali wajib pergi kedai buku,bukannya apa,nak cari buku latihan anak-anak..sebab anak-anak kat rumah ni semuanya tak pergi tusyen,belajar sendiri aje..
    Dalam dok cari buku anak,mama dengan ayahnya sangkut pulak dengan satu buku ni,kalau boleh semua buku nak beli,seronok sangat,pada hal buku yg lama pun tak habis baca lagi..tak pe suami kata,kalau pasal ilmu,beli aje..
      So,semua dah dapat buku,apa lagi,terbang le duit.
      Aku dengan buku koleksi terbaru INDEK PRESTASI NAFSU..saja nak beli buku ni,nak tengok,setakat mana jauhnya...

Tuesday, July 12, 2011

Bumi..

   Persoalan demi persoalan hinggap dlm fikiran aku..Mampukah aku menjadi khalifah yg bertanggungjawab di bumi ini?sudah cukup ke aku bersyukur dgn nikmat yg Allah kurniakan?Tidakkah mereka berfikir bahawa kerosakan yg mereka lakukan itu hanya akan menghancurkan bumi ini kelak?.Bumi yg menjadi tempat tinggal kita ini bukan hanya satu tempat untuk kita lakukan sesuka hati.Bukan tempat untuk nak tunjuk sapa yg lebih berkuasa,siapa betul,siapa salah,siapa masuk syurga, siapa masuk neraka,pandai-pandai nak bagi hukum...Ia sepatutnya disyukuri dan di hargai,
    Aku dan anak-anak ku akan terus tinggal di bumi sambil menghirup udara segar,bersih dan nyaman,jauh dari segala ancaman manusia yg konon melaungkan itu dan ini..
  

Thursday, July 7, 2011

Manusia biasa...

     Dengan firman ilahi,kebenaran akan datang menghinggapi kita,dan dengan ilmu pengetahuan,kita yg cuba mendaki akan menemui kebenaran.Agama dan ilmu adalah umpama dua sisi drp sekeping syiling yg sama.Agama dan ilmu itu berasal drp Allah yg maha benar,yg menurunkan firman dan ilmu pengetahuan,
      Tidak seperti aku,umur lebih kurang sembilan tahun sudah kehilangan kedua orang tua,kami di besarkan oleh abang ,yg juga mempunyai anak yg ramai,aku anak yg ke tujuh dr sembilan adik beradik.Susahnya hidup pada masa itu,kasihan dgn abang dan kakak ipar yg memelihara kami yg mempunyai berbagai ragam,nakal kami hanya mereka saja yg tahu,pada masa itu kakak yg sulung sudah mendirikan rumah tangga,abang yg kedua yg memelihara kami,yg ketiga,dan yg ke empat sudah berkerja,tinggallah kami,abang ku,aku dan dua orang adik ku dan anak-anak buah ku.
     Dan bermula lah episod miskin dalam sejarah kami,Dan paling aku kesalkan adalah miskinnya ilmu.Miskin ilmu dunia dan miskin ilmu akhirat.
     Sesungguhnya Allah itu maha kaya,Allah ada di sisi ku setiap masa,melihatku setiap detik,semoga aku memperolehi ke mantapan hati.Kesabaran mengharungi segala pergelutan hidup.

       Muhammmad hanya seorang manusia,
       Tetapi tidak seperti manusia lainnya,
       Beliau laksana permata,
       Manusia yang lainnya seperti batu...

Tuesday, July 5, 2011

Iblis ketawa..

      Asalamualaikum,kali ini akan aku ceritakan kisah Nabi Ayub as.untuk kita mencari dan menghayati,betapa kukuhnya iman Nabi Ayub as.
     Nabi Ayub as.adalah bangsa rom.Bapanya bernama 'Ish bin Ishak as.,dan ibunya adalah puteri Nabi Luth as.
     Nabi Ayub as adalah seorang pakar besi,bersih,sopan santun dan bijaksana.Sedangkan ayahnya seorang yang kaya raya,memiliki byk ternak,dan tidak seorang pun yg dpt menyainginya di negeri Syam dlm hal kekayaan.
    Ketika ayahnya meninggal dunia,maka kekayaannya diwariskan kpd Nabi Ayub as.Nabi Ayub bernikah dgn Siti Rahmah,iaitu anak kpd Afrayim bin Yusuf as.Allah SWT  telah mengurniakan mereka dgn 12 kali ke hamilan,yg tiap2 kali hamil melahirkan dua orang anak,seorang lelaki,dan seorang perempuan.
     Allah telah mengutus Nabi Ayub kepada kaumnya,iaitu penduduk Hauran Tiih.Allah telah membekalkan dgn budi pekerti yg baik,lemah lembut,dan menyeru kaumnya supaya beribadat kpd Allah.Nabi Ayub menyampaikan beberapa syariat dan membina beberapa rumah ibadah utk mereka.Nabi Ayub mempunyai meja makan yg khusus disediaknya untuk menjamu tamu2nya,terutama dr kalangan fakir miskin.
     Nabi Ayub amat penyantun terhadap anak yatim ibarat seorang ayah yg menyayangi anak-anaknya.Terhdp janda ia seperti seorang suami yg memberikan kasih sayang,dan terhdp orang2 lemah ia bagaikan raja yg melindungi mereka.
     Dengan semua itu,Nabi Ayub amat bersyukur kepada Allah,dan lidahnya tak henti-hentinya berzikir mengingati Tuhannya.
     Bagaimana pun iblis amat dengki kepadanya,iblis berkata "Sungguh Ayub telah berjaya di dunia dan di akhirat",dan iblis bercadang nak merosak salah satu atau ke dua-duanya,dunia dan akhiratnya.Lalu iblis terkutuk naik ke langit ke tujuh,dan mendengar firman Allah"Hai iblis terkutuk,bagaimana engkau melihat hambaku Ayub?Apakah engkau dpt mengambil drpnya manfaat walaupun sedikit?"
     Kata Iblis; Wahai Tuhanku,sesungguhnya ayub mahui menyembahMu kerana Engkau telah memberinya kelapangan hidup berupa harta kekayaan dan kesihatan.Kalaulah tidak hal itu, tentulah dia tidak menyembahMu".
    Firman Allah kpd Iblis;Engkau dusta,sesungguhnya Aku Maha Mengetahui,bahawa sesungguhnya dia menyembahKu dan bersyukur kepadaKu,walaupun dia walaupun dia di timpa kemiskinan di dunia ini.
    Kata Iblis;"Tuhanku,berilah aku kekuasaan untuk mengoda Ayub,maka perhatikanlah bagaimana aku akan berjaya membuat dia lupa utk mengingatiMu".
    Kerana permintaannya di kabulkan Allah,maka iblis terbang ke tepi laut dgn ketawa,lalu berseru dgn suara yg sangat keras,sehingga semua bangsa Jin berkumpul di sisinya seraya berkata."Apakah gerangan yg menimpa baginda?'Iblis menbjawap;"Sesungguhnya aku telah mendpt kesempatan yg belum pernah kuperolehi seperti ini,semenjak aku berjaya mengeluarkan Adam dr syurga. Oleh itu bantulah aku dlm memperdaya Nabi Ayub".
    Maka mereka semua bertebaran dan membakar serta merosak semua harta kekayaan Nabi Ayub,sedangkan Iblis pergi menjumpai Nabi Ayub yg sedang solat.
    Kata Iblis; "Apakah engkau tetap menyembah TuhanMu dlm keadaanmu yg gawat ini,sesungguhnya Tuhanmu telah menuangkan api dr langit yg memusnahkan semua harta kekayaanmu sehingga semua menjadi abu".
   Nabi Ayub tidak menjawapnya,hingga dia selesai menyempurnakan solatnya.Lalu katanya"Alhamdulillah,Dia yg telah memberikan kurnia kpd saya lalu,mengambilnya dr saya".Selepas berkata demikian,Nabi Ayub meneruskankan solatnya.
   Iblis kembali dgn hampa,merasa terhina dan menyesali kegagalannya.Namun bersama bala tenteranya Iblis terus mencari jalan untuk menggangu Nabi Ayub.
   Di rumah Nabi Ayub,semua anak-anaknya berkumpul.Mereka sedang makan,Maka syaitan mengelilingi rumah itu dan melempari anak-anak Nabi Ayub sehingga mereka mati semuanya.Iblis pun menjumpai dgn Nabi Ayub yg sedang solat.Kata Iblis "Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu,sedangkan anak-anakmu semua telah mati?"Nabi Ayub tidak menjawap sepatah kata pun hingga dia menyelesaikan solatnya.Lalu katanya;Hai Iblis,Alhamdulillah,Dia yg te;lah memberi dan mengambilnya pula dr saya,sehingga saya dapat bersabar lg tenang utk beribadah kpd Tuhan ku".
    Iblis kembali dgn hampa,merintih,menangis dan berlari tak tentu hala menyesali kegagalannya mengoda Nabi Ayub.Namun Iblis tidak berputus asa,kerana sememangnya sifat Iblis untuk terus menyesatkan manusia.Lalu Iblis kembali menjumpai Nabi Ayub yg sedang melakukan solat.Ketika Nabi Ayub sedang sujud,Iblis meniupkan nafasnya ke hidung dan mulut Nabi Ayub,sehingga berpeluh dan menderita sakit.
    Berkata isterinya Siti Rahmah,"Ini semua adalah sebab kesusahanmu terhadap harta yg telah musnah dan anak-anak yg telah mati,sedangkan engkau tetap beribadah di waktu malam dan berpuasa di siang hari tanpa henti-hentinya,dan engkau masih saja merasa tudak cukup dgn ibadatmu itu".
    Akibat dr hembusan Iblis tersebut,Nabi Ayub menderita penyakit kudis pada seluruh tuibuhnya,mulai dr kepala hingga ke kaki,bahkan mengalir dr tubuhnya darah bercampur nanah dan di sertai ulat-ulat yg banyak.Keadaan ini membuatkan kaum keluarga dan sahabat-sahabat menjauhi Nabi Ayub.
    Nabi Ayub mempunyai tiga orang isteri,Kerana penyakitnya yg semakin bertambah parah,Kedua-dua isterinya minta cerai.Kini hanya tinggal seorang saja isterinya yg setia mendampinginya,iaitu Siti Rahmah.
    Nabi Ayub hidup berjiran tetangga.Kerana keadaan penyakitnya semakin bertambah parah,mereka risau akan menjangkiti pd anak-anak mereka.Maka jiran-jirannya mengusir Nabi Ayub.Siti Rahmah membawa suaminya Nabi Ayub keluar dr lingkungan jiran itu,dgn mendukung suaminya seraya berkata,"Aduhai,berat betul penderitaan ini."
    Siti Rahmah mendukung Nabi Ayub sedangkan air mata membasahi pipinya.Ia terus berjalan dan meletakkan Nabi Ayub di sebuah rumah yg sudah rosak yg di jadikan tempat pembuangan sampah,kerana hanya itulah satu-satunya tempat yg masih boleh dijadikan tempat tinggal.Tetapi sungguh malang nasib Nabi Ayub,kerana di tempat itupun ia tidak di izinkan oleh masyarakat untuk tinggal.
 Mereka malahan mengugut,"Bawalah suamimu itu jauh-jauh dr kami,kalau tidak maka akn kami bawakan anjing-anjing kami,untuk memakannya."
    Sesaklah dada Siti Rahmah mendengar ugutan masyarakat itu.Dalam pada itu,tertawalah Iblis merayakan kejayaannya mengoda Nabi Ayub.
     Bagaimana pun Allah tidak membniarkan Nabi Ayub berterusan di bawah pengaruh iblis laknatullah.Setelah seluruh tubuh Nabi Ayub habis dimakn ulat,Allah berkenan menyembuhkan penyakit kudisnya,mengembalikan semula daging dan kesihatannya seperti sedia kala.
   

Monday, July 4, 2011

Tak miskin tapi tak kaya...?

Ada orang bertanya kepada seorang alim ;Mana yg paling di takuti iblis,orang fakir atau orang kaya?"orang itu lantas menjawap:Orang fakir itu lebih di takuti iblis drp orang kaya,sebab orang fakir tidak mempunyai harta yg boleh di jadikan alat oleh iblis untuk menjerumuskannya,sedangkan org kaya mempunyai harta yg bila-bila masa iblis dpt merosakkannya".
      Berkata Abu Laits;"Orang-orang fakir itu mempunyai lima kemuliaan;
 1.Sesungguhnya pahala amal orang-orang fakir itu lebih banyak drp amal orang-orang kaya di dlm solat,sedekah dan lain-lain.
 2.Sesungguhnya orang fakir apabila menginginkan sesuatu dan tidak terkabul,maka di catat baginya satu ganjaran pahala.
 3.Sesungguhnya orang fakir itu lebih dahulu masuk syurga.
 4.Sesungguhnya hisab orang-orang fakir itu lebih ringan(sedikit)
 5.Sesungguhnya penyesalan mereka itu lebih sedikit,kerana orang-orang kaya itu berangan2 atau menginginkan seandainya mereka dpt menjadi orang-orang fakir di akhirat kelak.
       Umar meriwayatkan;Pada suatu hari saya berkunjung dan masuk ke rumah Nabi.Saya dapati baginda sedang berbaring.Nampak pada waktu itu tidur membekas di lambung baginda.Saya melihat ke tempat gandumnya,saya lihat di dlm nya hanya ada satu sha' gandum yg kasar.Melihat keadaan itu saya menangis.Nabi menegur saya;apa yg menyebabkan engkau menangis,wahai Umar?"Jawab saya;"Kisra dan Kaisar,mereka tidur di atas peraduannya dgn beralaskan sutera,sedangkan engkau ya Rasulullah hanya sebagai orang fakir yg saya saksikan".Nabi bersabda;"Wahai Umar,tidakkah engkau rela,untuk kita akhirat dan untuk mereka dunia".

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)