Pages

Sunday, April 28, 2013

Sambal tempe


2 sudu cili sos
2 sudu sos tiram
1 sudu kicap manis
2 biji cili hidup
3 biji bawang merah/putih sedikit belacan (kisar)
sedikit garam
sedikit gula
serbuk ayam knor
goreng bahan utama.tumis bahan kisar sehingga naik minyak,masukan semua jenis sos.garam,gula dan sebagainya.
masukan bahan utama dan gaul rata.taburkan dengan bawang goreng yang sendiri bikin...
boleh le di hidang..makan macam tu pun ok..

p/s memandangkan badan tak berapa ok...demam....cari bantal dululah.

Friday, April 26, 2013

COKLAT ANGGUR



 senang aje nak buat coklat anggur ni.

1bar coklat berperisa anggur
3 sudu besar cream hazel
kacang hazel
1/2 bar coklat putih
caranya;
panaskan coklat/coklat putih secara double boiling sehingga coklat cair lepas tu masukan cream hazel.sediakan acuan.
masukkan coklat separuh dalam acuan kemudian masukan kacang hazel dan masukan coklat hingga hingga penuh acuan.dah siap masuk le dalam peti ais dah keras keluarkan dari acuan..senang aje terbalikkan dan ketuk acuan..maka akan keluarlah coklat tadi...senangkan...cubalah.

Nak lagi cantik hiaslah dengan coklat putih.


p/s orang sibuk berkempen sana sini...saya nak duduk diam-diam aje ni..sampai masa pergi aje mengundi..nak bawa bekal coklat...pening juga ni...matrik..ke upu..adibah..adibah...

Thursday, April 25, 2013

TETAPKAN IMAN



Orang beriman selalu punya cara sendiri untuk menata hatinya.. meskipun berlawanan dengan apa yang dia terima dalam kehidupannya.. saat mendapat musibah airmatanya menitis.. tetapi hatinya terilham untuk meyakini bahawa apa yang diberikan ALLAH pasti yang terbaik untuknya.. fizikalnya mungkin lelah.. fikirannya mungkin penat.. tetapi tidak dengan hatinya yang terus yakin apabila diuji ALLAH.

ada aje dapat panggilan atau pesanan ringkas dari seseorang katanya lepas satu, satu musibah menimpa,saya kata itu ujian, sabar dan redha aje..mungkin kita ada tersilap,atau terlupa atau leka cuba kita renung balik..kan kita manusia memang selalu buat silap.

berbalik pula bahagian saya hari-hari tak henti menerima pangilan atau pesanan ringkas untuk membuat tempahan itu dan ini...selalu menerima pujian sedaplah kak..sedaplah kak.cuma saya kata terima kasih..terima kasih..dalam hati inilah ujian aku..saya jadi takut dengan pujian-pujian tu..Ya Allah jauhkanlah aku dari bersifat bongkak,riak,dan lupa diri.janganlah dalam aku sibuk membuat tempahan aku lupa akan Engkau Ya Allah.Cuma yang saya selalu minta Allah beri kesihatan yang baik,dan tetapkan iman supaya jangan goyah.

p/s nak hidup serba sederhana

Wednesday, April 24, 2013

Monday, April 22, 2013

Bubur caca bernangka






600 gm tepung pulut
(Utk Bancuhan Air + sedikit Garam )

1 biji kelapa muda - diparut(ambil santannya)
3 cawan air
1 keping gula melaka (atau gula merah)
3 cawan gula pasir
2 helai daun pandan
warna suka hati
nangka madu penambah selera

Cara Masak
masukkan 3 cawan air ke dalam periuk, campurkan gula melaka dan gula pasir, daun
pandan, masak hingga gula hancur. Angkat dan tapis. Masak semula air
gula yang telah ditapis hingga mendidih, masukkan santan kelapa. Kacau
selalu, selepas itu masukkan adunan yang telah buat tadi. Kacau lagi
sehingga adunan itu timbul dan bolehlah diangkat.

p/s yang habis nangka, yang berwarna tu siapa pun tak makan..kalau tau buat bubur nangka lagi bagus...



Sunday, April 21, 2013

BUTA




Ibubapa zaman ini lebih mementingkan kejayaan akademik....anak-anak yang berjaya di sebut-sebut,manakala anak-anak yang kurang berjaya tidak di pandang langsung..pada hal anak-anak yang di depan mata itulah yang datang menjenguk dan bertanya khabar.....yang sentiasa berdoa kesejahteraannya.sentiasa sujud kepada Allah,yang sentiasa mencari redha Allah.


Inilah yang di katakan cetek ilmu dan buta...kesian.

 "Seandainya semua orang masuk syurga, kecuali satu orang, aku khuatir yang satu orang itu adalah aku." - Umar Al-Khattab.

p/s mengingati diri ini juga supaya tidak buta




Saturday, April 20, 2013

Agar-agar tembikai




 Dah lama tak buat.....


Bahan-bahan
1 serbuk agar-agar
3 gelas air
3 cawan gula (kalau nak kurangkan manis, 2 setengah cawan je)
3 putih telur
pewarna merah
pewarna hijau
sedikit esen vanilla

Cara-cara
1. Air + gula + agar (rebus sampai pekat sikit).

2. Pukul/mesin telur putih sampai naik gebunya.

3. Tuangkan agar-agar yang dah pekat sedikit tu ke dalam bekas telur putih. (tapis)

4. Kacau sampai pekat sikit dan masukkan esen vanilla.

5. Bila dah hampir-hampir pekat tu, tuangkan ke dalam bekas bulat...sambil-sambil tu kacau...agak-agak dah sebati, ambil pewarna merah.

6. Bila dah siap letakan pewarna ...biarkan agar-agar itu keras...sama ada nak letak ldaam peti sejuk atau biarkan kat luar pun okey je...

7. Bila dah keras, terbalikkan agar-agar itu, dan sapukan pewarna hijau..

8.agar-agar tembikai,sedap dimakan ketika sejuk.




Thursday, April 18, 2013

Pokok-pokok yang sudah meninggalkan saya

Rindu pada mereka semua...bela aje tahu tapi nama pokok pun tak tahu..








 p/s semangat masih ada untuk berkebun bunga di dalam rumah..


Wednesday, April 17, 2013

Pemerintah adalah Pemimpin dan dia perlu bertanggungjawab



Sabda Nabi Muhammad Saw:

"Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua perlu bertanggujawab.Pemerintah adalah pemimpin dan dia perlu bertanggungjawab.Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia perlu bertanggungjawab.Seorang wanita adalah seorang pemimpin di rumah suaminya dan dia perlu bertanggungjawab.Seorang hamba adalah pemimpin harta tuannya dan dia perlu bertanggungjawab.Ketahuilah,kamu semua pemimpin dan kamu semua perlu bertanggungjawab". (Al-Bukhari)


Di akhirat kelak,ketika dihisab,setiap orang dipersoal perihal orang yang dipimpinnya.

Tuesday, April 16, 2013

KEK ULANG TAHUN





terima kasih sudi menjenguk sini..maaf tak dapat nak jalan-jalan hari ni..dan semalam.tempahan yang banyak untuk di selesaikan.in shaa Allah saya akan berkunjung nanti.

sibuk seharian sempat juga saya membuat kek ulang tahun perkhawinan 16.4 yang ke 18 tahun.alhamdulillah.kek pun belum sempat nak di sembelih.


Sunday, April 14, 2013

Sambal belacan goreng



 Goreng kesemua bahan pilih sama ada nak guna lesung batu atau pengisar.saya guna pengisar sebab nak cepat.perahkan dengan limau nipis dan sos ikan...

Cukuplah untuk isi perut


Peribahasa melayu
biar menyelodok ke bawah rumah, asal mendapat telur ayam - biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok (merangkak).

Friday, April 12, 2013

UFUK









"Kami akan memperlihat kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di seluruh ufuk dan pada diri mereka sendiri,sehingga jelaslah bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar". (Fusilat :53)

Tuesday, April 9, 2013

BUSUK HATI


Sinonim dengan orang melayu dengan busuk hati...
Sekiranya busuk hati ini wujud pada seseorang, akan menyebabkan orang itu tidak suka sesuatu kebaikan diperoleh oleh hamba Allah yang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah mendengarkannya. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.



Bersama-samalah kita menjauhi perbuatan hasad dengki ini. Ayuhlah kita suburkan persaingan yang bersifat sihat yang digalakkan di dalam Islam. Sesungguhnya sifat hasad dengki ini hanyalah akan merugikan umat semata-mata.

Wassalam.

Sunday, April 7, 2013

Tempahlah lagi


Assalamualaikum
ikutkan tak berupaya tapi Allah dah bagi buat sedaya upaya..dalam sibuk membuat tempahan peyek's ada juga tempahan kek coklat lembab dalam tu terselit juga tempahan durian crepe....cari jugalah durian yang tak berapa nak ada...

menayang ajelah, resepinya tak ada..hari ni saya bercuti...bercutilah sangat!
p/s pakar internet kata kalau nak berbisnes online kena tunjuk muka tuannya....


Tuesday, April 2, 2013

JAGA ADAB BERTUNANG

Assalamualaikum.

Terlanjur asyik tayang gambar-gambar hantaran di sini ingin saya beritahu tentang adab-adab orang yang sudah bertunang..tak kira sesiapa pun dia adik beradik,saudara mara,anak-anak buah, atau rakan taulan...bukanlah bijak sangat bab agama tapi sedikit sebanyak yang kita tahu wajib berkongsi. Pada sesiapa yang berkenaan harap maklum kalau nak terasa pun tak mengapa saya tak kisah...




Setiap pasangan yang bertunang wajib menjaga adab dan akhlak pertunangan dari awal lagi kerana jika tidak dipelihara perkahwinan tidak diberkati Allah SWT.Walaupun pasangan itu diikat dengan tali pertunangan, mereka perlu ingat bahawa mereka seperti orang lain iaitu bukan mahram.

"Kerana itu mereka tidak boleh berdua-duaan dan ke mana saja mereka hendak pergi perlu ada peneman, termasuklah tidak boleh naik motor ataupun kereta bersama-sama,"  setiap pasangan yang bertunang hendaklah dipercepatkan ijab kabulnya. "Sememangnya tak elok dan manis jika lama bertunang, lagi pun ia dapat menjaga perkara yang dilarang agama. "Contohnya bila lama sangat bertunang kemungkinan berlaku sentuh-menyentuh antara satu dengan lain sedangkan perkara itu adalah haram dalam Islam," Dalam Islam memang ada adat merisik sebagai tanda jadi bagi pasangan yang mahu berkahwin.

Baginda bersabda: 'Jangan kamu meminang di atas peminangan orang'. "Maksudnya orang lain tak boleh kacau dan dalam tempoh tersebut jika berlaku peminangan hukumnya haram," katanya.

Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-
1.Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.
2.Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )
3.Awas fitnah masyarakat sekeliling.
4.Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan
5.Haram melihat kepada aurat masing-masing.
6.Awas daripada bertukar gambar.
7. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

contohilah sahabat saya ini semasa dalam proses bertunang berhubung hanya melalui ibubapa perempuan.jumpa-jumpa memang taklah.katanya baru 4 hari bercinta selepas nikah.

 http://bulansyurgafirdausi.blogspot.com/2013/04/lafaz-sakinah.html


p/s jangan sampai orang sekeliling muak dan jemu rasanya lebih baik sepikan diri dalam proses bertunang.carilah ilmu dengan membaca dan menelaah  tentang alam rumah tangga.jika belum bertudung bertudunglah..kalau tak malu dengan keluarga malulah dengan ALLAH..buatlah kerana ALLAH.

hamba memang suka berterus terang...lebih jelas "sound direct"






Hantaran gubahan sirih junjung dan gubahan coklat


kita intai-intai lagi gubahan sirih junjung dan gubahan coklat..gubahan yang kelima..dan keenam.


suka-suka aje..

Monday, April 1, 2013

Hantaran gubahan RM dan cincin



assalamualaikum

gubahan saya yang ketiga dan keempat...harap tak jemulah ye...free sangatlah ni..



Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)