Pages

Tuesday, March 31, 2015

LIAT BANGUN PAGI


Macammana korang kejutkan anak dari tidur..?cara aku sembur dengan air,tak bangun juga alamat basah lencunlah tilam..ini yang aku buat setiap pagi...agak sukar bila kejutkan Iman soffea yang lain semua ok.. aku dah cuba cara Rasulullah tapi tak jalan juga...dari tarik-tarik ibu jari kaki terentap pula kaki..maklum angin tak sabar datang hihi...

cara renjis-renjis air juga termasuk dalam sunah Rasulullah sambil sebut namanya...


 inilah alat sembur air kat muka selain nak iron baju...


Cara Rasulullah membangunkan anak kesayangannya dari lena yang panjang.....

Yang bermaksud, Daripada Fatimah binti Muhammad saw r.a berkata: Rasulullah selalu datang menghampiriku pada waktu subuh sedang aku nyenyak tidur maka Baginda menggerakkan aku supaya bangun dengan lbu jari kakinya sambil Baginda bersabda: Wahai anakku Fatimah, hendaklah anakanda bangun segera lihat rezeki daripada Tuhan anakanda dan janganlah anakanda menjadi orang yang pemalas. Hendaklah anakanda mengetahui Tuhan telah menetap pemberian rezekiNya kepada seluruh umat manusia di antara terbit fajar sehingga terbit matahari

Monday, March 30, 2015

TRANFORMASI SELIPAR JEPUN

Bismillah

Azhan dengan suami nak buat bisnes Printing Tshirt Islamik tapi tunggu azhan habis SPM dululah, suami memang ada pengalaman pun...In shaa Allah.
Aku pun nak buka bisnes baru juga...tranfomasi selipar jepun...mai kita tengok ni....

Sebelum tu....
Solat dhuha bukanlah untuk kita ingat duit,kaya, nasib baik tapi untuk kita ingat Allah Yang Memberi Rezeki.







Sunday, March 29, 2015

MEE UDANG SUPER POWER


Bismillah
Jumpa lagi hari Isnin yang mulia ini....
Semalam aku siapkan juadah mee udang untuk makan tengahari  last makan mee udang di Kuala sepetang sebelum tu ada juga makan di Kuala selangor dua-dua nampak gah...ramai pengunjungnya...tapi keduanya ..biasa-biasanya jer...taklah seddddpppp sangat.

Hari ni aku nak kongsi resepi mee udang ala aku....
mula-mula cari barang kat pasar....
beli udang sederhana dalam Rm10
sayur kailan satu ikat
ubi keledek oren dalam 3biji
fish cake
telur ayam
mee kuning basah



Siapkan bahan tumis..

1 biji bawang besar
segenggam cili kering,
3 biji bawang putih
sedikit halia
gula
gula kabung
sedikit belacan tak nak letak pun tak apa
tumis hingga garing dan naik minyak...masa menumis masukkan juga gula dan gula kabung secukup rasa...


Bahan untuk kuah
rebus keledek hingga empuk kemudian kisar...
air rebusan keledek tadi jangan buang masa ni kita rebus udang pula suku masak...
angkat udang ketepikan....

Masukkan tumisan cili,ubi yang sudah di kisar kedalam air rebusan udang biarkan hingga mendidih letakkan sedikit garam ..kemudian masukkan hirisan fish cake dan udang...tutup api...

celur mee dan sayur  dengan air panas


selamat mencuba resepi mudah  lagi segar dari pasar dengan kuah yang likat lagi pekat....



Thursday, March 26, 2015

PUDING ROTI SOYA JAGUNG DAN PULUT MANGGA

Bismillah
Hari  ni udah jumaat rasanya baru semalam jer hantar anak-anak balik.....letih pun tak hilang lagi....memang cepat masa berlalu...


Rezeki hak Allah.
Allah yang bagi.

Walaupun kita mendapat dugaan yang hebat sebelum diberi rezeki itu, percayalah kalau Allah sudah tetapkan kita adalah penerima yang sahih rezeki tersebut maka walaupun kita terpisah ke gunung yang tinggi atau laut yang dalam, Allah Maha Pengatur tetap akan memberi kita rezeki yang memang tentu hak kita walaupun sebutir nasi.
Tetapi kalau itu bukan rezeki kita, cubalah apa saja juga, takkan sampai di tangan kita...

Yang penting kita redha segala apa yang Allah bagi...

- Dewi Moon -


Bahan-bahan:
1 cawan  atau lebih soya jagung
roti suka hati
rasberry kering
kismis
pisang tak nak letak pun tak apa
2 biji telur

Caranya:
koyakkan roti campak jer dalam dulang tu...sebelum tu sapu dengan butter dulu permukaan dulang supaya tak lekat...
kisar telur bersama soya jagung..lepas tu curah jer atas roti tadi taburkan manisan kering dan pisang..
bakar selama 30 minit suhu 150c ikut oven memasing....
dah masak taburkan cheese ....

Topping:
susu cair
1 sdb gula
75g butter
masak atas api yang perlahan kacau hingga butter mencair n angkat..
selamat mencuba resepi mudah tutup mata pun boleh buat.....


Mangga beli kat pasar malam Rm5 sekilo  manis bab madu...
Pulut Rm3 sekilo masak cuma suku...kukus dengan sedikit santan dan garam kukus lebih kurang 20 minit sebelum itu pulut di rendam selama 1 jam...

Untuk sos santan di masak dengan sedikit gula dan garam

Kos semua ni tak sampai Rm30

Wednesday, March 25, 2015

JIMAT HANYA DENGAN MINUM JUS

Bismillah

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.”

(Surah Al-Israk: Ayat 27)


Ramai orang suka melepak di kedai kopi, berapa kali korang minum di kedai atau restoran dan sebagainya dalam sehari?sekurang-kurangnya 3 kali sehari betul? atau lebih? Tanya diri,tidak perlu keseluruhannya mengharamkan minum diluar, tetapi skip sedikit untuk luangkan masa minum dirumah sahaja.....

Makan nasi sehari sekali agak-agak boleh tak?..kita akan melalui fasa sukar sekarang ni oleh itu moh kita berjimat...

Begitu juga dengan nasi,untuk mengelakkan makan nasi banyak kali aku sarankan makan sehari sekali dengan mengambil jus segar dari dapur kita sendiri....minumlah jus tengahari atau sebelum tidur kenyang hingga esok pagi....

Oleh kerana poket ku sentiasa nipis jadi aku sentiasa terhalang untuk makan dan minum di Restoran....

lassi pisang
sebiji Rm 1.20
Hari-hari makan pisang suka lassi buat sendiri so kat sini susah nak agak
dalam 2 gelas sehari atau seminggu 2 kali aje minum

1biji pisang
susu segar
1sdb yogurt
kisar
Jus oren
10 biji Rm 7 biasa beli 20 biji
minum satu family untuk 4/5 hari

2 biji oren
sedikit air
kisar
Jus tembikai
suku tembikai Rm2/Rm3
minum satu family untuk 2 hari

tembikai
kisar
 Soya jagung
sekotak soya jagung Rm2.80
coco de nata Rm 5
minum satu family untuk 3 hari

soya jagung
coco de nata
Jus epal
sebiji epal berharga rm1
10 biji x10jus
Jus di restoran sekarang lebih kurang Rm4
1 biji epal
sedikit air
sdk madu 

“Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah berat.”

(Surah Ibrahim: Ayat 7)


Jangan membeli makanan yang mahal selalu dan jangan terikut-ikut lepak di kafe atau restoran mahal hanya untuk mengambil gambar dan menunjukkannya di laman sosial. Tidak salah jika mahu merasakan sesuatu makanan mahal untuk memberi ganjaran ke atas diri sendiri, namun jangan jadikannya alasan dan amalan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33484#sthash.AgDWSa2I.dpuf
Jangan membeli makanan yang mahal selalu dan jangan terikut-ikut lepak di kafe atau restoran mahal hanya untuk mengambil gambar dan menunjukkannya di laman sosial. Tidak salah jika mahu merasakan sesuatu makanan mahal untuk memberi ganjaran ke atas diri sendiri, namun jangan jadikannya alasan dan amalan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33484#sthash.AgDWSa2I.dpuf
Jangan membeli makanan yang mahal selalu dan jangan terikut-ikut lepak di kafe atau restoran mahal hanya untuk mengambil gambar dan menunjukkannya di laman sosial. Tidak salah jika mahu merasakan sesuatu makanan mahal untuk memberi ganjaran ke atas diri sendiri, namun jangan jadikannya alasan dan amalan. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33484#sthash.AgDWSa2I.dpuf

Tuesday, March 24, 2015

LAMA DAH TAK MANDI...!

Bismillah

Kasi mandi ini benda dah macam kambing lama dah tak mandi..satu-satu perkhidmatan servis cuci-cuci terbaik dan terpantas di Sentul raya...nak cuci kat sini memang beraturlah kereta...sebab diorang cuci penuh kesungguhan memang tak cari tempat lain dah....

 yang bestnya kita duk dalam sejuk jer....

Dah siap...
Inilah satu-satunya hadiah dari en somi buat aku....banyak jasanya dah.

Monday, March 23, 2015

AKTIVITI

Bismillah
Assalamualaikum

Dalam al Quran, Allah tak kata : "Dimasukkan dalam Neraka."
Ayatnya : "Dicampak ke dalam Neraka."
Cuba ambil sampah, campak dalam tong.
Bayangkan....terasa hina...


Allah

Aktiviti cuti budak-budak ..hafaz Al-Quran baca buku,kalau cuti panjang selepas subuh,selepas asar dan selepas maghrib..game juga wajib,latihan tubi juga wajib....aku akan tanda berapa banyak latihan tubi yang anak-anak kena buat...disini aku fokus pada iman dan muhammad...azhan dah boleh belajar sendiri cuma aku kena pantau samaada dia belajar atau tidur..sebab kat telinga dia terpasang ears phone...kalau aku sibuk kat dapur pun dua tiga kali aku mengendap bilik dia, tak pun orang suruhan aku muhammad yang akan mengendap dan tukang adu.....

Buku yang aku belikan buat muhammad terdapat kisah-kisah Nabi, khusyuk sungguh dia baca tak sampai tiga hari dah  habis lepas tu asyik cerita pasal Nabi sajer....semua yang dia baca semua dia ingat tanyalah kisah nabi apa pun....ada 317 mukasurat sangat enjoy,aku pun baca tau...isi sangat ringkas dan padat...
Banyak kali juga muhammad ulang-ulang baca.....
Cumanya dalam buku ni tak ada kisah Nabi muhammad..
inilah ayat yang dia ulang-ulang 'buku ni tak ada kisah Nabi Muhammad'...
last aku suruh baca buku Biografi Nabi Muhammad yang tebal lagi sukar nak faham....hihi nanti kita cari ye....yang mudah muhammad faham.


Buku kat bawah ni memang dah ada lama dalam simpanan tak habis baca pun lagi...satu hari muhammad nak tahu sangat kisah para nabi jadi aku suruh bacalah buku kat bawah ni...tapi tak sesuai sangat untuk dia terlalu berat dan susah nak faham kesimpulannya buku kat atas tulah sesuai untuk di baca umur peringkat muhammad.tunggu muhammad dah besar sikit ye...kadang-kadang di beleknya juga....


Perkara yang buat aku tak suka....

Merasa sangat senang lenang sampai rasa lapang sangat boring tak tahu nak buat apa. Rasa senang sangat nak melepak-lepak, enjoy sana-sini, tengok wayang every single week. But, masjid tak pula lapang nak singgah....??

Melawan kata orang tua. Tak melawan dengan kata-kata, tapi melawan dengan masuk bilik and kunci. Melawan dengan muka masam. Melawan dengan ignoring mereka buat macam mereka tak wujud.





Sunday, March 22, 2015

NASI ARAB

Assalmualaikum
Kembali bertemu hari isnin..
tak sedar lagi masih nak tayang juadah tengahari semalam...
semalam ke seremban hantar anak-anak lepas tu melencong ke shah alam...
sebelum tu mai kita masak-masak apa yang patut dulu.....hari tu teringin sangat nak makan nasi arab...kan
ambik kau...buat sendiri ala-ala kitalah...nak makan kat restoran masih tak mampu lagi....bak kata OKje....
dua balang peyek dah boleh makan dah nasi arab...hihi...betullah tu...tapi kita suka masak nak buat lagu mana....aku tak hala kat sapa-sapa ini umum sebab aku pun lebih kuranglah juga...suka tayang-tayang...
kalau berribu-ribu lemon  orang macam aku ni alamat bankruplah tokeh-tokeh restoran....tambah sekarang di kenakan cas apa-apa ntahhh...lagilah.

Makan berempat setalam/sedulang en suami dengan azhan pergi kenduri...

berlauk ayam merah massala

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam n tos)
1ekor ayam
2 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
10 bunga cengkih
1 peket rempah briani/nasi arab
1 serbuk bunjut adabi
3 bawang besar – potong dadu
5 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
½ cawan susu cair
Saffron atau pewarna kuning
kacang gajus
daun pandan
daun sup
daun ketumbar
daun kari
daun limau purut
minyak sapi
kismis

Tumis semua bahan masuk semua dedaun dah garing masukkan beras tumis sebentar beras tersebut kemudian masukkan susu cair agak-agaklah ye kat sini,ikut banyak mana sukatan beras...
dah masak taburkan kekacang dn kismis...ku guna rice cooker senang sikit..


"cukup berdosa orang yang jika diingatkan agar bertakwa kepada Allah dia marah." HR.Ath-Thabrani


Thursday, March 19, 2015

SIAPALAH KITA

Bismillah
Dah tengahari anak-anak dah pun pergi masjid aku juga dah siap masak hidangan tengahari...aduss maafkan aku sebab tayang lauk pauk kat sini...teringat ceramah ustaz tu jangan kamu tunjuk-tunjuk makanan kamu dalam media sosial fb,blog dll...kesian pada orang yang tak mampu atau ada yang tak ada makanan langsung untuk di jamah...tapi aku rasa sahabat-sahabat aku mampu..apalah sangat lauk pauk kampung asam pedas aku ni....
apa kurangnya ustaz-ustaz tu..banyak kali pergi mekah berselpi depan kaabah..aku sedih dan cemburu tengok sebab aku belum ada rezeki nak pijakkan kaki kat sana lagi..tapi aku percaya rezeki dan izin Allah.aku juga bersangka baik pada ustaz-ustaz tu mungkin diorang nak ajak umat Islam pergi ke sana menunaikan rukun ke lima tu..sesekali aku menangis melihat keberuntungan diorang....aku pasrah belum ada rezeki.
dan aku juga melihat selpi hidangan diorang makan nasi arab...beruntungkan..aku tak mampu nak makan nasi arab in shaa Allah aku mampu masakkan untuk anak-anak nasi arab tapi taklah sehebat nasi arab di restoran hebat diluar sana...
siapalah kita dibanding dengan mereka diluar sana..mereka adalah contoh terbaik kita..kalau ustaz diluar sana suka tayang-tayang siapalah kitakan....

Azhan tanya..:"mama boleh tak kita doa jadi kaya .."?
aku kata "boleh..tapi adik doalah.."Ya Allah jadikanlah aku kaya seperti mana orang-orang yang soleh..'
bila kaya kita banyakkan sedekah,bantu umat Islam yang ditindas,orang susah,bina masjid,surau, hantar orang yang tak mampu nak pergi haji...dan macam-macam seribu kebaikkan lagi...
Jangan berkias-kias dengan Allah kalau nak jadi kaya minta kaya terus...Allah Maha Mengetahui.



Hari ni dapat masak sepenuhnya kesian kat azhan dah nak balik asrama dah hari-hari makan lauk bungkus,aku sempat masak nasi jer..mana taknya aku sibuk dengan tempahan itu ini..azhan memang suka makan ulam-ulaman bila aku kata bagus adik pandai makan ulam sehat tubuh badan..tiba-tiba jer Iman dengan Muhammad ikut makan juga....tapi petai tak makanlah...
sebenarnya belum makan lagi ni...tunggu diorang balik masjid.

"kita makan sama-sama ye...anak-anak.hari ni mama free...nak makan apa cakap jer..."


Monday, March 16, 2015

TAZKIRAH SAMBIL MAKAN KEK

Bismillah



Kekadang kita bercadang nak bangun pukul 5.00 pagi untuk bertahajud. Namun Allah kejutkan kita pada pukul 2.00 pagi.
Kita tengok jam masa tu baru pukul 2.00 pagi dan terdetik didalam hati kita, "Masih awal ni.. baik tidur dulu. Pukul 5.00 pagi nanti, baru bangun.."
Namun bila pukul 5.00 pagi, kita liat juga.. Nak tahu sebab apa?
Sebabnya kita merasakan perancangan kita lebih baik, walhal jika kita bersangka baik dengan Allah, walaupun Allah kejutkan kita pukul 2.00 pagi, mungkin masa itulah sebenarnya waktu yang paling mustajab dan doa kita dimakbulkanNya..
Sebaik-baiknya, sebelum tidur.. Berdoalah..
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kejutkanlah diriku dikala do'a yang mustajab untukku.."
Sesungguhnya tahajjud itu mengangkat darjat hamba disisi Penciptanya.. Allahu'alam..

Buat kek untuk anak-anak makan...creamy toffee chocolate cake pitaschio..



Sunday, March 15, 2015

TIP NAK KEKAL DALAM PERNIAGAAN

Bismillah

Saja jer teropong inti karipap ni...rasanya oklah kutkan sesuailah dengan karipap yang cinonet....
sesekali datang angin malas apa salahnya membelikan...tapi memang selalunya hampalah..tak sedap tu memang lazimmm..
tapi karipap yang cinonet ni memang aku kerap beli sebab sedap..kalau puasa sebulan bermakna sebulanlah aku membeli karipap ni...rasanya sama jer masa mula-mula beli.semua ahli keluarga sangatlah sukanya....so aku tak payah beli kat tempat lain dah....
sehingga satu hari aku berebut dengan sorang nyonya...berebut yang sangat sopanlah...hihi..
dah aku datang dulu itu aku punyalah..dia lambat sikit jer..kebetulan itulah karipap jualan yang akhir sebelum tutup kedai...
moralnya disini tak rugi masak sedap-sedap bagi bagi pembeli makan...pasti pembeli akan datang dan datang lagi...
macammana kita masak sedap di rumah macam tu jugalah bila kita berjual..
tak ada sorang pelangan pun nak beli makanan yang tak sedap, semua nak beli tu nak yang sedap-sedap belaka.

tak salah kalau kita berlebih modal sikit untuk kualiti makanan tu..
contoh kalau kita buat karipap untuk makan sendiri mesti kita nak buat yang terbaikkan,letak ayam lebihlah atau letak daging, sumbat pulak inti banyak-banyak bak kata memang terbaiklah karipap kita...keluarga pun suka asyik minta buat lagi jer...
tak salahkan kalau kita buat karipap yang sama untuk jualan mesti laku tu berpanjangan pelangan tak pergi cari kedai lain dah...
tak salahkan kita masak sedap untuk makan sendiri dengan nak berjualan tu sama jer rasa...
Ada juga yang berfikir begini tak payah letak ayam semua, buat inti gitu-gitu jer,letak ubi kentang sudah.....rugi jer dia minta letak ayam baru kita buat inti letak ayam...
ramai kut peniaga macam ni..aku kompom tak lama memang tutup kedailah kalau ada sikap peniaga macam ni....nak untung tapi tak nak jaga kualiti.
Nasihat aku yang tak berapa pandai ni kalau nak berniaga harus jujur,ikhlas buang sifat nak cepat kaya tu..
buang sifat suka cincai-cincai tu ye....

Rezeki yang di takdirkan Allah kepada kita telah disusun aturkan oleh Allah dengan sangat teliti...
umpama seekor burung, pokok manakah rezekinya terdapat atau ulat manakah menjadi santapan keluarganya pada hari itu.
yang penting setiap pagi dia mengepakkan sayapnya hinggap dari satu pohon kesatu pohon yang lain untuk mencari rezeki..


REZEKI SECUPAK TAK AKAN JADI SEGANTANG



PIZZA PISANG DAN NANAS

Bismillah

Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, seperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dll. Juga jahukan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung - donut,kuih-kuih,ice krim ,coklat dsb.Jauhkan minuman soft drink,jus dan kordial dalam botol atau kotak.
Tapi benda ni semua boleh ke dielak dari masuk perut.??..biasanya bila sakit baru tak makan semua tu..kan...

aku dengan gigihnya suka masak sendiri dari makan luar masaklah apa pun jauh dari segala bahan yang boleh mudarat diri sendiri...dan keluarga....Tapi dah terkena penyakit tak boleh buek gapo-gapo doh..!
resepi kat bawah ni memang aku olah sendiri..bukanlah pandai sangat pun tapi idea dah kering kontang.

wraps perisa garlic
pisang restali,
keju,
kepingan nanas

bakar dalam oven selama 10 minit siap boleh dah makan....ringkas,sehat dan sedap....makan dikala masih panas sangatlah enaknya...
pisang mengandungi tiga kandungan gula semulajadi sukrosa,fruktosa dan glukosa sesuai untuk anak-anak  yang nak membesar...
buah pisang dan tembikai dua benda penting yang sentiasa ada dirumahku...tu sebab pisang ni sentiasa jadi mangsa resepi.
creamy toffee banana cake pitaschio


Thursday, March 12, 2015

SUARA SYURGA


Bismillah
Menitis airmata... kebaikkan apakah yang ibunya lakukan sehingga punya anak begini...Allahuakhbar.
menyentuh qalbu..
ibunya malu untuk berdamping dengan anaknya yang luar biasa dan sheikh Ali telah mencium tangannya tanda hormat beliau kepada budak luar biasa itu.
Rasyed ini mampu meniru gaya bacaan beberapa imam besar , menghafal beberapa juz al Quran dan berkebolehan berbahasa arab tanpa berguru atau diajar oleh mana-mana guru.

Subhanallah

kenapa kita masih leka dengan dunia....???


Wednesday, March 11, 2015

YUK BUNUH CICAK!!


Bismillah
Rumah korang ada ke cicak..?mustahil kalau tak adakan...
cicak kat rumah ni gemok-gemok mentang-mentang aku tak hirau..depan tak berani keluar,bila kat belakang kita tup..tup jer dia melintas...teerrrperanjat dibuatnya..
kalau ada kat bilik air sapa-sapa yang masuk tu bertembung dengan cicak compom tak jadi mandi..menjerit macam nampak hantu...aku sendiri pun geli nak bunuh cicak...cicak tersepit celah pintu pun tak sanggup nak bersihkan....
kalau di kampung dulu-dulu akulah paling terorr melastik cicak..tak ada peluang cicak nak mengandung/bertelur punah keturunan...hihi...
bila keluar cerita cicak teringat balik pada kisah cicak....


Bila fikir balik ada betulnya...




Di antara kejahatannya dalam sejarah adalah kisah Nabi Ibrahim ‘alaihissalam dilemparkan oleh kaumnya ke dalam api, di mana haiwan-haiwan yang ada semua sedaya upaya cuba untuk memadamkan api itu, kecuali cicak yang mengapi-apikan lagi api yang digunakan untuk membakar Nabi Ibrahim ‘alaihissalam. Kisah ini disebutkan di dalam riwayat dari Ummu Syarik radhiyallahu ‘anha,


“Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk membunuh cicak dan Baginda bersabda: “Dahulu cicak meniup api (untuk mengobarkan api yang membakar) Ibrahim ‘alaihissalam.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Menunjukkan betapa buruknya cicak ini dari segi sejarahnya dan juga dari segi perangainya yang membuang najisnya merata-rata. Walaupun ianya tidak dikira sebagai najis kerana ia adalah haiwan yang berkeliaran di keliling manusia, seperti mana apabila ditanya kepada Rasulullah tentang kucing, Baginda bersabda,


“Sesungguhnya ia tidak najis, sesungguhnya ia termasuk haiwan yang berkeliaran di kalangan kamu.” (Sahih. Riwayat Abu Dawud, At-Tirmidzi, Ibnu Majah)

Ini kerana kalau kita hendak menjaga dan mengelak dari najis haiwan-haiwan ini jelas akan bersifat menyusah-nyusahkan. Kerana itu Syarak memberikan kita kemudahan dengan menganggap bahawa najis itu dimaafkan. Walau bagaimanapun ini tidak menafikan bahawa ia mengotorkan, kerana itu antara sebab mengapa dituntut untuk kita membunuh cicak itu.

Sumber dari: ustazidrissulaiman.wordpress.com

SEJARAH KELUARGA YANG HEBAT

Bismillah

Semoga kisah keluarga ini boleh menjadi inpirasi buat kita-kita ni...tak banyak dapat sikit pun jadilah yang penting istiqomah...
Jika kita sibuk dengan kebaikan kita tak akan sempat lakukan keburukan.....

 ketua keluarga ialah si ayah,ayahlah yang menentukan bagaimana sesebuah keluarga terbentuk
gambar diatas hiasan semata

Al Hafiz Luqmanul Hakim diiktiraf pelajar terbaik SPM baru-baru ini. Siapa dia?. Datuknya merupakan bekas Senator iaitu Ibrahim b Abdullah. Dlm keluarga ini sebenarnya mereka mempunyai adik beradik yg agak ramai tetapi semuanya berjaya ke menara gading. Ramai antara mereka adalah peguam dan ahli politik.
Antara nama yg mungkin dikenali ialah Datuk Kamelia Ibrahim ( Bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Malaysia ) ibu saudara Luqman. Bapa saudaranya Datuk Radhi Manan ( Pengerusi Lima Langkawi & mantan Exco Perak ), Norlie ( Exco Pelancongan Perak skg ) pula adalah adik beradik saudaranya. Keluarga ini hebatnya bukan sahaja dididik dgn ilmu dunia yg baik malah ilmu akhirat yg baik.
Kini rumah banglo 3 tingkat yg mempunyai kolam renang di Padang Rengas selepas pemergian Senator Ibrahim ( Datuk pelajar ini ) telah diwakafkan menjadi pusat tahfiz. Ia adalah pusat tahfiz yg moden, canggih dan selesa. Begitu sekali pengorbanan anak2 utk membantu ayah mereka di akhirat...
Dlm keluarga besar ini mereka mempunyai pelbagai fahaman politik. Yg berkerjaya hebat pula mereka mengamalkan Islam yg sgt baik. Ada yg menyertai Tabligh dan sebagainya. Malah ibu Luqmanul sanggup berhenti kerja dlm kerjayanya sebagai seorang hakim utk mendidik anak2 nya. Bacalah profile rasmi Luqman di bawah. Biodata yg saya berikan adalah berdasarkan pengetahuan saya sebagai ahli keluarga sepupu Luqman. Mudah mudahan ia boleh dicontohi oleh kita bersama.

Inspirasi dari kisah Al-Hafiz Luqman
Assalamualaikum wrt wbt,
Secebis perkongsian dari latar belakang kehidupan Pelajar Terbaik SPM 2014 Sek.Men.Keb.Taman Keramat.
Al-Hafiz Muhammad Luqmanul Hakim bin Haji Abd.Latif
Nama: Muhammad Luqmanul Hakim bin Abdul Latif
Penghafaz 30 Juz Al-Qur'an
Keputusan SPM 2014:6A+, 3A
A+(Pendidikan Islam, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia dan Biologi)
A( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Fizik)
Ibunya Hajjah Nurul Jannah binti Ibrahim: Seorang suri rumah semenjak usia 32 tahun( bekas Hakim Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur)
Ayahnya Haji Abd.Latif bin Ishak: pesara pada usia 43 tahun ( bekas Manager Malaysian Helicopter Services MHS Aviation Sdn Bhd)
Sekolah:
Tahun 1: Sek.Ren.ISLAM Al-Amin(SRIAA)
Tahun 2-4: Pusat Tahfiz Darul Hafizin
Tahun 4 September: Mengikut keluarga ke Mesir mengambil Kursus Asas Bahasa Arab di Markaz Nil Kaherah, Mesir
Tahun 5:SRIAA
Tahun 6:Mengikut keluarga ke Yaman dan bersekolah di sana beberapa bulan
Tahun 6 : Menyambung persekolahan di SRIAA
*Persekolahannya tidak tetap dan sering tidak ke sekolah.Namun, beliau berterusan menghafaz di rumah sehingga tamat 30 Juz Al-Qur'an pada usia 12 tahun
Ting.1: Bersekolah di Sek.Men.Islam Al-Amin untuk beberapa bulan kemudian berhenti sekolah bagi memberi tumpuan kepada hafazan di rumah
Ting.2-3: Hafazan di rumah
Ting.3: Mengambil tuisyen di Maths Clinic
*Beliau tidak menduduki peperiksaan UPSR dan PMR
Ting. 4-5:Sek.Men.Keb.Taman Keramat.

Pencapaian:
Memperolehi Syahadah 30 Juz dari Us.Ghazali di Madrasah Alyamani di Kampung Baru
Menerima elaun Skim Galakan Hafazan Baitulmal MAWIP sejak tahun 2011
Menyertai dan memenangi Pertandingan Hafazan di sekitar Taman Keramat
Menjadi Imam Solat Tarawih di surau berhampiran rumahnya Mendapat tempat no.1-3 setiap kali menduduki peperiksaan sama ada di sekolah rendah mahupun menengah
Tingkatan 4 dan 5 banyak memperolehi anugerah Pelajar Terbaik Mata Pelajaran
Amalannya:
Solat berjemaah di rumah bersama keluarga( menjadi imam sekiranya ayah dan abangnya tiada di rumah)
Rajin Solat Berjemaah di surau berhampiran
Sentiasa mengulangi hafazannya pada setiap malam sebelum tidur
Hobinya di waktu petang: Study group/ bermain bola sepak bersama rakan sekolahnya
Mengambil kelas tuisyen di malam hari
Membuat tugasannya di rumah( tidak mempunyai pembantu rumah)
Latar belakang keluarga:
Merupakan anak ke-8 dari 10 orang adik- beradik
Ibu dan ayahnya mengutamakan hafazan Al-Qur'an sejak mereka masih kecil di samping kesemua adik-beradiknya telah pandai membaca al-Qur'an dan khatam al- Qur'an sejak di usia awal persekolahan
Ayahnya melazimi mentasmik hafazan beliau dan adik- beradik selepas Solat Maghrib di mana seorang demi seorang dipanggil untuk ditasmik mengikut tahap hafazan masing- masing
Keluarganya amat mengambil kira soal pemakanan agar tidak memakan makanan yg haram dan syubhah di samping mengamalkan tamar dan kismis pada waktu pagi.
Menutup televisyen sejak 10 tahun yang lalu bagi mengelakkan kelalaian dan maksiat yang terdapat padanya
Melazimi solat berjemaah sekeluarga untuk setiap waktu solat
Ibu bapanya sentiasa memantau perkembangan pelajaran dan hafazan anak-anak selain sentiasa menyemarakkan amalan membaca dan cintakan ilmu dalam kehidupan
 Ibu bapanya telah menubuhkan HIFZ, kelas hafazan dan bahasa Arab untuk kanak-kanak berusia 4-10 tahun pada tahun 2011 di rumah mereka.Kini, HIFZ mempunyai 100 orang pelajar dan dibantu 6 orang guru
Adik-beradiknya:
Kakaknya Nurul Hidayah ( lulusan Degree Mechanical Engineering,UTP), bekerja di JIMAH Power Plant kini sedang menguruskan perancangan home tuition Al-Qur'an yang diusahakan bersama suaminya Mohd.Fadzil bin Ramli
Kakaknya, Ustzh.Nurul Hayati (lulusan Degree Syariah Law and Jurisprudence, KUIS) kini membuka Tahfiz dan Akademik Madrasah Nizhomulhayah dan pengurus di syarikat home office Maktabah Nizam bersama suaminya, Us.Nizamuddin bin Isemaail
Kakaknya Us.Nurul Hazirah ( lulusan ACCA B.Sc.Applied Accounting(Oxford Brooke's Univ.Kini,merupakan tenaga pengajar di HIFZ bersama suaminya Us.Mohd.Taufik bin Bakeri di samping menyambung pengajian Islam di Uni.Malaya
Kakaknya Dr.Nurul Hasanah ( lulusan Medicine Uni.Cairo Mesir) kini bertugas di Hospital Taiping dan merancang untuk memberi tumpuan kepada dakwah dan bisnes bersama suaminya Us.Emran bin Ahmad di Syarikat Urwatun Wusqo Enterprise milik mereka
Kakaknya, Nurul Hakimah kini sedang menyambung pengajian di tahun 4 Medicine di Uni.Al-Azhar, Mesir dan merancang untuk menyambung pengajian dalam Alternative Medicines.Beliau telah menghafaz 5 Juz Al-Qur'an dan sedang masih meneruskan hafazannya
Abangnya, Abdul Hafizul Haq kini sedang menyambung pengajian dalam Political Science and International Relations di Bursa Orhangazi Univ (BOU) di Turki.Beliau telah menghafaz 30 Juz Al-Qur'an dan sering menjadi Imam solat Tarawih di surau berhampiran rumah mereka
Kakaknya, Nurul Hamizah kini sedang menyambung pengajian dalam bidang Medicine di Cyberjaya Univ.College of Medical Sciences.Beliau merupakan Pelajar Terbaik SPM 2013 Sek.Men.Keb.Puteri Wilayah dengan memperolehi 11A(8A+, 1A, 2A-).Beliau juga telah menghafaz sebanyak 20 Juz Al-Qur'an
Adiknya, Ahmad Khairul Haaziq kini sedang berada di Ting.3 Sek.Men.Islam Al-Amin setelah berhenti sekolah untuk memberi tumpuan pada hafazan di rumah.Beliau telah menghafaz 10 Juz Al-Qur'an
Adik bongsunya, Nurul Hanisah adalah Pelajar Cemerlang 2014 UPSR 5A dan PEKERTI 8A dari SRIAA dan kini tidak bersekolah untuk memberi tumpuan kepada hafazan Al-Qur'annya di rumah.
Demikian secebis kisah yang mungkin boleh dicontohi oleh para ibu bapa dan menjadi inspirasi buat huffaz.

N3 diatas adalah copy paste dari fb sahabat....

Tuesday, March 10, 2015

KEK BUAH GEBUS

Bismillah

Awali dengan Bismillah...
Iringi dengan senyuman dan doa...
Insyaallah...hari ini akan lebih baik
Selamat pagi dan selamat beraktifitas...
bila en suami teringin nak makan kek buah...ku turutkan jua....
punyalah sedap tak terkata gebus menjilat jari.mulalah teringat kat anak-anak yang jauh di mata tu....

Setiap orang punya rasa rindu,rindu anak kepada orang tua,orang tua ke anak dan sebaliknya.Maha suci Allah yang telah menciptakan rasa rindu....


Secubit rasa


Bahan A :
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat (bahan A di campur dan diayak.)
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telur
250g mentega 
300g mix fruits (ambil sedikit bahan A dan gaul rata pada mix fruits dan coklat chips untuk mengelakkan buah mendap kebawah)
chocolate chips
1 cawan susu cair
setengah cawan gula kastor (boleh juga guna brown sugar)
Caranya:
Pukul gula dengan telur hingga kembang kemudian masukkan bahan A dan gaul rata...
masukkan susu,mix fruits dan gaul .
masukkan ke dalam acuan yang sudah di lengser dengan butter taburkan lebihan buah.
bakar selama 45 minit atau sehingga masak dengan suhu 160-170C..ikut oven memasinglah ye...

Bahan-bahannya: 300 gram tepung gandum 60 gram gula halus 3 biji telur A 200 gram mentega 250 gram buah-buahan campuran 50 gram Almond Flake 50 gram isi biji kuaci 1 sudu teh bicarbonate of soda 1 sudu teh cream of tartar 1 sudu teh esen vanilla sedikit pewarna coklat 1 cawan gula & 1/4 cwn air, untuk dibuat gula hangus kertas aluminium foil

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Bahan-bahannya: 300 gram tepung gandum 60 gram gula halus 3 biji telur A 200 gram mentega 250 gram buah-buahan campuran 50 gram Almond Flake 50 gram isi biji kuaci 1 sudu teh bicarbonate of soda 1 sudu teh cream of tartar 1 sudu teh esen vanilla sedikit pewarna coklat 1 cawan gula & 1/4 cwn air, untuk dibuat gula hangus kertas aluminium foil

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Monday, March 9, 2015

TITISAN EMAS

Bismillah
Tiada apa yang boleh menandingi susu ibu....

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap Iaitu bagi orang Yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…” (Al-Baqarah : 233)


Ini adalah gambar susu ibu bila dilihat dari bawah microscope... susu yang mata kasar kita tengok putih.. bila tengok bawah microscope, inilah rupanya.. titisan emas.



Sunday, March 8, 2015

FITNAH

Bismillah

'Allah telah berkata yang benar : 'Sesungguhnya harta kamu dan anak-anak kamu merupakan fitnah (cubaan).....' -[al-Taghaabun 64:15]". 

Kasih ayah

Friday, March 6, 2015

JUS KESIHATAN

Bismillah


Banyak khasiatnya,yang aku tahu boleh turunkan kadar tekanan darah dan nyah toksin....setiap pagi ambil jus ni dulu....kalau badan bulat juga boleh jadi slim kalau amalkan selalu...tak payah nak membazir beli produk itu ini....


Batang saderi+madu+epal

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)