Pages

Monday, May 30, 2016

BIRU MATA HITAMKU


Balik jenjalan hari tu knor beli doyan...nanti bulan posa tak dapek den nak nolong takut tak tertunai semua permintaan...nak kata musim idak juga..doyan siam belambaklah, doyan cocok botox tu,..doyan ludah2 pun minta simpang le..aden gemor beli doyan yg baru jatuh,yg udah kopek2 tu pun tak mo...tangan dia garuk2,tak cuci..ada kobon sodap le ye dakk..




Makan sikit buat kuih sikit(durian crepe )...sumbat doyan banyak2 baru melampau namanya...

Bila ada benda baru semangat memasak pun apa lagi....moh le memuding bulan posa nanti rerajinlah memuding...tak pyh beli kat pasar mlm....buek sendiri yo...



Otak kena dijana selalu ..buek yo ,makannya idak...anak suka,kita pun suka...

Sunday, May 29, 2016

BAWA BAWA BEREHAT


Hari hari lap peluh kat dahi...tak boleh jadi ni kena luruskan kaki tangan semua..bawa2 tenang rehatkan diri,tarik napas panjang2...syukur masih hidup untuk sedut udara segar...
Dah tak lama jer lagi tinggal baki beberapa hari lagi kita nak sambut ramadhan..masing2 tak sabar. .tak sabar posa ke,tak sabar nak raya ni...apa2 jerlah..semoga kita berada di dlm rahmat Allah sentiasa...berkesempatan ni knor nak mohon ampun dan maaf buat teman2 alam maya kut ada yg berkecil hati,atau tersinggung dgn nukilan cinnamon.com..maaf segala kekilafan hamba...😭😭😭.
Berehat di suatu tempat bersama keluarga tercintalahhhh. ....





Berada kat mana pun rutin harian jgn ditinggal...udah biasa,sekejap jer nak jumpa anak2 ni,tak lama tu berpisah lagi sebentar....

Sunday, May 22, 2016

AYAK TANGAN


Assalamualaikum everyone

Bagi sapa2 yg berpuasa sunat dan ganti selamat berpuasa.ceriakan hari2mu walau kadang tak berdaya...semua sendi dh minta rehat ni...tapi apakan daya ku atur langkah dgn rentak perlahan..ikut irama upaya..ce wahhh....kalah fitry yahya..

Pagi aku sibuk dgn tempahan petang pula sibuk dgn memasak utk family tercintalahhhh...jika bicara soal juara didapur tentu ibu selalunya juara...kok gitu uolls.

Γ€ku buka mukadimah dgn juadah berbuka semalam..ku gigihkan diri buat rojak...mamakkkk..




Kuih kasturi aku buat 3 hari lepas memang sedap berbaloi baloi ayak tangan sis nor...ranggup diluar lembut didalam...kuih paling mudah didunia...
 Kek lapis masam manis kukus 


Kek pisang marble

Martabak ayam cicah kari ikan tenggiri 
πŸ‘‡
πŸ‘‡
πŸ‘‡
πŸ‘‡
πŸ‘‡


Dan ini jer makan kat luar wong solo section 9 s.alam terbaik dari ladang sumatera

Wednesday, May 18, 2016

BERSAUNA SETIAP PAGI


Aku dah mula bersauna setiap pagi...nak bakar lelemak....Alhamdulillah musim hujan menyelamatkan sedikit keadaan. ..badan pun semakin kurus nampaknya....kuruslah sangat....

Untuk pengetahuan semua tempahan dah tutup awal bulan lalu  yg lambat tu lepas2 rayalah ye..boleh tempah 2 minggu selepas puas beraya....hokey.

Tengok pun tau ranggup n sedappp kannn...biar dia bergolek2  atas tilam....πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚




Monday, May 16, 2016

CORETAN MAMA


Ada sesetengah org bila anak2 cuti lama tak betah tinggal dirumah..suruh anak2 tu cari pengalaman contohnya bekerja, kerjalah apa pun boleh tambah duit poket kut2 dapat sambung mana2 ipta nanti...atau cari pengalaman dunia luar  senang bila berkerja nanti..ayat pertama bila jumpa saudara mara buat apa sekarang ? Tak kerja ke? Kerja boleh timba pengalaman!"buatlah part time apa ke?!!..
 Tak minta 7 eleven,pasaraya ke,jadi promoter ke,..apa2 ke?...
Bukan apa senang bila kerja nanti...dah biasa hadap orang. ..!"

Betullah pada yg nak berkerja tu boleh tampung mna yg kurang...ye dakkk..dapat pengalaman semua..

Tapi berlainan pula dgn anak mama sorang ni iaitu adik azhan fikry...dah lama duk rumah ni...lepas habis spm hari tu...mama dgn ayah tak kisah pun..adik duk rumah banyak tolong mama,lipat kain,potong sayur,kemas bilik tidur mama,petang2 adik ajak mama buat kuih untuk minum petang,angkat tong gas kalau india tu bz tak boleh nak hantar,teman mama pgi pasar,tolong angkat barang2 dapur,barang2 tempahan,tolong teman mama hantar tempahan,tolong basuh atau lap balang2 tempahan..tolong ajar adik2 belajar kat rumah,teman ayah setiap pagi pergi masjid,dgr ceramah sana sini ,jadi imam mama dgn ayah,bangun solat tengah malam tak kala anak teruna sedang lena dibuai mimpi,mula2  adik agak liat tak habis2 menguap tapi lama2 adik dah biasa dan dah tiga kali khatam al quran sepanjang cuti ni...tqvm adik mama sangat2 terharu dan bangga dgn adik...adik tak kerja tapi adik kerja untuk mama dgn ayah..adik pun bukan kaki jalan,adik suka duk rumah main game klu ada masa adik baca buku ilmiah,buku komik muhammad ,main futsal dgn kawan2 sesekali adik tengok wayang  mama dgn ayah izinkan sebab adik banyak buat benda2 baik tak sampai hati kalau mama dgn ayah tak izinkan..sesekali apa salahnya kan..dikkk..tapi rasanya dah berkali2 adik keluar dgn kawan2 adik kannn...kwn2 adik semua mama kenal...takpelah pergilah dikkk...masa nilah pun adik nak suka2 lepas ni adik nak kena pulun study...dah hbis  study kerjalah puas2..masa tu adik dah lain mungkin ada tanggungjawab yg besar...mama dgn ayah pesan bila dah berkerja,dah senang bantulah orang2 islam yg dalam kesusahan,kepayahan serta yg sedang ditindas...berkerja bukan untuk duit semata tapi berkerja kerana Allah untuk melaksanakan amanah dn tanggungjawab.

Setiap kebaikan itu ada ganjarannya doa mama sentiasa ada untuk semua anak2 mama..
Allah bagi rezeki pada adik sampai adik tak tau nak buat keputusan yg mana adik nak pilih ..ayah kata  buatlah solat istiqarah,adik dah buat pun,mama juga buat untk adik...alhamdulilah..temuduga untuk scolarship tempoh hari dh pun selesai dah dpt pun jawapannya keputusannya tahniah adik antara penerima biasiswa maknanya adik belajar di bawah tajaan ..alhamdulillah  syukur kepada Allah. Adik tolak matrikulasi,adik tolak ipta yg keputusannya keluar semalam,akhirnya adik terima yg pertama tu...nikmat mana nak kau dustakan" ar Rahman

Banyaknya nikmat Allah bagi,tempahan raya mama mengunung tinggi sampai mama tolak banyak tempahan ...terima kasih Ya Allah terima kasih Ya Rabb.

Ampunkan aku Ya Allah tidak ada daya dan kekuatan melainkan dgn kekuatan Mu Ya Allah.

Adik anak lelaki,anak lelaki adalah pemimpin itu tanggungjawab mama dgn ayah..harap bila adik berada dlm zon luar jagalah adab dan batasan seorang muslim yg bertakwa.
Ingat pesan mama dgn ayah jgn lebih keduniaan,jangan dunia sangat....😚😚😚😚😚

NilΓ h hobi adik suka baring atas riba mama lepas solat..mengalahkan muhammad. ..

Adik ingat tk masa adik ajar muhammad matematik  ,masa tu adik serius,sambil marah2 ajar muhammad, adik ajar sekejap jer muhammad dah faham ..lepas tu adik minta maaf n peluk muhammad,apa lagi muhammad  terus menangis sambil maafkn adik n terus peluk adik juga, lepas tu gelak2....tau tak perangai adik mcm sapa??..mcm mamalah lahir pun bulan yg samakann..akhir kalam love you adik..




Ok adik puas hatiii..

Sunday, May 8, 2016

COK KERIA COK KERIA

Assalamualaikum
Have an awesome monday...!
Azhan n me are making kuih keria...cerita semalam..sebab Kecantikan warnanya ku abadikan disini..




Sira dgn gula kabung sekali hadap selesai sepinggan...

Thursday, May 5, 2016

ADA APA DENGAN HANDPHONE

Salam Sayyidul Ayyam

Semoga dibuka pintu pintu kebaikkan untuk kita dihari ini dn selagi hayat..Amin

Benda apa yang mengikat kita dengan dosa ?
Benda yang kita pegang sekarang ni.
Handphone


Kadang dengan handphone, Hubungan kawan jadi rengang,
Kadang dengan handphone,
Fitnah berleluasa. πŸ—£
Kadang dengan handphone,
Mulut mendapat dosa.
Pandangan tidak terjaga.
Hati jatuh cinta.

Banyak bukan ? πŸ€”

Mari saya bagi contoh. Dan ini adalah rata2 daripada kita yang selalu buat terutamanya anak muda kita.

SOLAT
Kerana handphone, ibadat kita terganggu.
Kadang solat pun, kita nak cepat2 kan. Padahal tengah menghadap Allah ni, dengar handphone berbunyi.. fikiran dah melayang tempat lain.. Hilang kekhusyukannya, mana nilai solat kita ? Kita nak Allah makbulkan doa kita, macam2, tapi menghadap Allah pun macam nak tak nak, solat low kualti. Habis cacat tempang sana sini.

KOMEN
Kerana handphone,saham dosa meningkat.
Kita ni kalau tak setuju dengan satu statement di media sosial, tak setuju dengan PM itu, dengan menteri ini, kita punya komen hentam habis penuh dengan kata caci maki. Kita kutuk kerajaan tu, kita hina pemimpin ini, kita cemuh artis ni,
Allahurabbi ! Mana adab kalian dalam teguran ?
Awak sedar tak ?! Tangan yang menaip, akan jadi saksi di akhirat sana kelak.
Sekalipun kita tidak setuju dengan statement sekan sekian, komenlah dengan cara yang berhemah. Tak kisahlah jika berbeza pendapat &  pandangan dari segi agama, politik, hiburan & sebagainya.

PANDANGAN MATA
Kerana handphone sahaja, encik encik yang lelaki ni senang lenang je cuci mata. cuma taip hashtag #niqabis.. pung pang pung pang.. bersepah sepah keluar di media sosial. Yang pose menghadap laut ada, pose dari belakang pun ada, dan disulami pula dengan caption2 islamik gitu..

πŸ—£
Tak cukup dengan tu,  klik pulak gambar2 yang tak sepatutnya, sehingga menaikkan nafsu syahwat.. Belum masuk lagi hat yang tengok gambar artis yang hot2 gitu, perempuan yang free hair.

Fikir fikir fikirlahh.
Berapa banyak dah mata buat maksiat ? hanya dengan sebuah handphone.

πŸ—£
Yang spesis kak bedah ni plak, 🏼Upload gambar free hair, bagi lelaki tengok, seronok agaknya gambar ditatap lelaki ajnabi. Aurat terbukak sana sini, walaupun cuma di media sosial semata. Allah.. dah berapa banyak dosa dah..

πŸ—£πŸ—£πŸ—£πŸ—£πŸ—£
Belum sentuh lagi isu bagaimana pergaulan wanita & lelaki zaman ini. Ikhtilat tunggang langgang, trlanggar tiang, belum sentuh lagi isu couple,bila c bf mintak gmbr free hair pd gf, eh senang2 je gf dy bagi. Dosa tetap dosa walau hanya sekeping gambar semata.
Allah Allah Allah.
Hanya kerana handphone, habis 1 lautan dosa kita hangkut. Benda ni nampak kecil sebab kita ambil ringan. Allahu.

πŸ€”πŸ€”πŸ€”
Cuba one day, jangan pegang handphone. Boleh tak ? Kalau boleh tu alhamdulillah. Tapi klau sebaliknya ? bermaksud hati kita telah terikat dengan nafsu. Mampu jaminkah satu  hari boleh hidup tanpa phone?

Kadang kadang dari celik je mata, sampai ke malam, sampai ke esok tu tangan dengan handphone 24 jam. Agaknya kalau handphone boleh bawak solat, ramai dah buat kan

πŸ—£
Bangun pagi tgk phone.
Prg class hadap phone.
Time makan pgg phone.
nak tgk tv pun, boleh hadap phone.
Kalau dah sayang sangat phone tu, esok dah sampai masa nak mati, kau bawak masuk sekali phone tu dalam kubur tu.

πŸ—£
Handphone tak salah. Tapi yang salah adalah kita.  Bagaimana kita mengawalnya. Bagaimana kita mencorakkanya.
Manfaatkan ia dengan sebaiknya.

Kredit kepada penulis ini ngak tau siapa deh...ehsan fb

Tuesday, May 3, 2016

JURUTERA MEKANIKAL


Assalamualaikum  sahabat semua awali hari dgn puji pujian....
Kalau namanya lelaki...selain dri bermain atau bermain terusan meh paksa diri utk asah minda tu jgn bagi ia tumpul ya anak2 semua..
Mari kita lihat kereta ciptaan azhan asalnya ini kerja sekolah iman soffea markah 60 peratus akan diberi...

Pengambil alihan kuasa oleh abang"
Sebenarnya aku lebih suka kalau iman,kawan2 dan guru buat di sekolah. .bukan apa lebih telus gitu..kalau bawa balik dah tentu parents yg buat ye dak..nak tak nak kena tolong buat juga..bahagian iman adalah gergaji papan tu..dibantu aku.
Bab sambung wayar ayahnya lah  n body bagi kat azhan..kira parenting  supportlah ni..satu family bersatu untuk hasilkan sebiji kereta...mainan...πŸ˜‚πŸ˜‚tugas azhan lagi berat fasa akhir agak rumit.
Aku yakin iman soffea tak mampu nak buat..ikutkan masa azhan sekolah form 2 or 3 adalah buat almari mini,tabung, dan mini rak...tapi la zaman iman soffea lebih inovatif sikitlah..baru nak maju,kalau orang putih tu macam2 diorg buat...kita agak ketinggalan sikit bab2 menjana minda  melalui rekacipta..dri peringkat awal sekolah rendah.Inilah kut namanya berfikir aras tinggi (KBAT)..macam mana pun aku lebih suka kalau benda ni buat di sekolah  hingga habis..buat berperingkat peringkat..fasa mula hingga fasa tamat..cikgulah kena guide. ..


Siap sepenuhnya ciptaan azhan akhirnya berjaya juga tanpa sebarang kesilapan,laju,lancar yg penting lampu menyala...sehari suntuk menyudahkan kerja2 rumit ni...rumitlah sangat...

Tq abang!!!!

Jom tengok usaha anak..







Jika engkau tepuk dada tanya Selera,nanti kau yg akan berduka lara.Jika engkau tepuk dada tanya Iman,pasti engkau hidup Aman....

You can do it...

Kalau cikgu tanya sapa buat.."cakap jer abang buat"😒😒😒

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)