Pages

Wednesday, July 30, 2014

TERRORISME


Salah seorang wartawan bertanya kepada pendakwah terkemuka German iaitu Pierre Vogel atau nama Islam nya Abu Hamza tentang kaitan antara keganasan dan Islam,beliau dengan lantang dan berani menjawab :

" Siapa yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ? adakah orang Islam?

Siapa yang mencetuskan Perang Dunia kedua? Adakah orang Islam ?

Siapa pula yang telah membunuh 20 juta nyawa suku kaum Aborigine Australia?! Adakah orang Islam ?

Siapakah yang menghantar bom untuk menghancurkan Hiroshima dan Nagasaki ? Adakah
orang Islam ?.

Siapa pula yang membunuh lebih 100 juta orang Indian Amerika Utara ? adakah orang Islam ?

Dan siapa yang membunuh 50 juta orang Indian di Selatan Amerika ? Adakah orang Islam ?

siapa pula yang menjadikan seramai 180 juta orang-orang Afrika sebagai hamba dan 88% dari hamba-hamba itu mati di buang di lautan Atlantik !! adakah orang islam yang melakukan nya ??

TIDAK ADA DI ANTARA KALANGAN PELAKU-PELAKU ITU ADALAH ORANG-ORANG ISLAM !!

Sebelum itu,hendaklah anda ketahui maksud ''terrorisme'' dengan baik.Kalau non muslim lakukan apa-apa kesalahan seperti diatas mereka akan di sebut sebagai penjenayah,tapi jika orang muslim yang kesalahan seumpama nya,di sifatkan sebagai pengamal terrorisme,pengganas,pemberontak !!
oleh itu anda hendaklah membuat 2 kali timbangan,anda akan tahu dan mengerti siapakah yang sebenarnya PENGGANAS / TERRORIST !''

- pendakwah Pierre Vogel-

Wednesday, July 23, 2014

TART EPAL BLUEBERRY DAN BALIK KAMPUNG

Assalmualaikum sahabat maya.

 TART EPAL BLUEBERRY

mesti semua sibuk tengah memgemas baju..nak balik kampunglah katakan..
aku terus terang tak berapa gemar balik kampung,tambah anak yatim piatu lagilah..aku lebih suka raya dirumah sendiri..makan dan makan..tengok tv  dan tv tengok aku....jangan ikut cara aku ni..tak elok.sangat...banyak benda aku tak suka kemana-mana..pertamanya nak kemas baju,jalan jam,baju mesti berlonggok punyalah nak kena cuci,balik kampung mandi kena beratur,anak-anak pula asyik jengket-jengket kaki jer..
nak buang air besar sanggup tunggu balik rumah sendiri,kiranya hampas tu masing-masing hujung tanduk..

in shaa Allah jalan dekat dekat boleh..berziarah saudara di kl ni..ibu mertua juga..

lupakan ajelah ,siapa yang nak balik kampung tu berhati-hati di jalan raya pandu cermat jiwa selamat..

you all baliklah ye,aku nak mengetart hari ni...fresh from the oven lagi..

 esok nak ke Seremban jemput azhan fikry..malasnya nak mengharung jam..lepas tu nak ke Nilai 3...



Tuesday, July 22, 2014

DESSERT THAI,THAB THIM GROB

Assalamualaikum sahabat soleh dan solehah.
Ramadhan semakin kepenghujungnya..terus terang aku tidak puas  dan rasa sangat sekejapnnya waktu berlalu..

alhamdulillah tempahan raya dah selesai penghantaran juga tinggal sedikit lagi..rempeyek sold out,syukur...masih ada yang nak menempah,tapi ku tolak dengan berhemah,ada antara pelangan yang berduit minta tolong sangat kita buatkan,"nanti saya bayar berapa pun"..katanya.."boleh, tapi lepas raya"..

semalam aku baru mula memasak manisan untuk anak-anak..dan buat durian crepe untuk adik adik dan abang.aku agihkan juga pada pelangan yang baru juga lama..

Desert Thai thab thim grob nama diberi..sesiapa yang biasa makan taulah dengan desert ni..memang popular dekat Thai.

misi berjalan selepas zohor..paginya ke pasar mencari bahan-bahan..
water chestnut atau sengkuang cina di kupas kulit dan di potong kiub seperti foto di bawah..


sengkuang cina yang di potong kiub dibersihkan dan di toskan..mula mewarna..ni bab kasi pada anak-anak..
masukkan tepung pulut dan gaul rata sambil mengayak ,jadikan seperti foto di bawah..

masak air hingga mendidih dan masukkan water chestnut yang disalut tepung pulut,biarkan sehingga ia naik kepermukaan dan kelihatan seperti lut sinar bak mutiara..seperti foto dibawah..
angkat dan tos..ketepikan.




langkah seterusnya,masak air gula dan masukkan  ketulan mutiara seperti foto di atas..
masakkan juga santan bersama sesudu garam..
berbuka dengan menikmati manisan bersama santan dan ketulan ais serta keranggupan water chestnut..

Dikala petang menjelang aku agihkan durian crepe pula..


kita mula besarkan Allah.
kita menangis bersungguh-sungguh
kita taubat bersungguh-sungguh
minta maaf pada keluarga,suami dan anak-anak.
dekat orang yang kita sakiti
moga Allah terima taubat kita
moga baki umur yang sedikit ni buat kita tersenyum masa menghadap Allah
mana tau satu benih kita tanam, berkat taubat kita sungguh-sungguh jadi pohon raksasa, bawak kita ke syurga.
Maaf‬ segala salah bicara .
aku berlindung kepada Allah dari ilmu yang tidak saya ketahui.

Monday, July 21, 2014

Berikan masa anda 1minit untuk aminkan doa untuk Mesir, Syria, Palestin, Iraq, Afganistan dan negara-negara Islam..

Ya Rabb. Semoga di Syurga nanti mereka perolehi makanan yang terbaik. Amin.. 
Ini saja juadah mereka..

Ayuh menderma ke Ramadhan Emergency Relief di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li

Menitis airmataku..

Ya Allah! Ya Qahhar ! Ya Jabbar ! Ya Muntaqim ! Ya Dzal Jalali wal ikram! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! bantulah saudara-saudara kami Di Gaza dan Ikhwanul Muslimin di Mesir dan di semua tempat.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau membantu musuh melawan mereka.

Ya Allah! bantulah mereka dan janganlah Engkau menolong musuh melawan mereka.

Ya Allah! berilah mereka kepakaran membuat senjata untuk menghadapi musuh-musuhMu.

Ya Allah! tepatkanlah tembakan Senjata mereka dan kukuhkanlah kaki-kaki mereka serta berilah taufiq-Mu pada setiap langkah mereka.

Ya Allah! satukanlah barisan mereka dan kumpulkanlah segala upaya mereka.

Ya Allah! jadikanlah jihad mereka di jalan-Mu dan janganlah haramkan pahala jihad mereka atas kami.

Ya Allah! tolonglah kaum muslimin yang terzhalimi di Mesir , Pelastine, Syria dan semua tempat.

Ya Allah! tolonglah Ikwanul Muslimin dan perbaikilah hubungan mereka.

Ya Allah! binasakanlah Para Munafiqin Yg Bersongkol dengan Zionis Israel+ Syiah dan Mustakbirin Amerika goncangkanlah dan hancurkan mereka.

Ya Allah! cerai beraikan barisan mereka dan luluh lantakkan kalimat mereka.

Ya Allah! janganlah Engkau memberikan kedudukan yang baik bagi mereka di muka bumi ini.

Ya Allah! lemparkanlah rasa takut dalam hati-hati mereka.

Ya Allah! hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka dan jangan sisakan seorang pun dari mereka Ya Allah!

Kasihanilah saudara-saudara kami Ya Allah! Perkenankanlah Permintaan Kami, Aamiin Aamiin Aamiin Allahumma Aamiin.

Sunday, July 20, 2014

TERIMA KASIH

Allah itu Maha Adil. Jadi jangan takut bagi yang sedang bersedih, bagi yang sedang kecewa, pasti Allah akan balas dengan kebahagiaan..

sanah helwah untuk anakanda iman soffea,adibah dan anak-anak buah yang lahir Julai...beruntung kerana masih di beri kebahagiaan menyambutnya di banding dengan anak-anak yang sedang menderita nun di SANA..



Dalam sibuk seharian aku sempatkan juga membakar sebiji velvet..khas buat anak-anak..

siap mendeco sesimple boleh..alhamdulillah beriftar di rumah adik sambil potong kek..





















beriftar dirumah adik..masing-masing membawa lauk pauk,jadi tuan rumah taklah pening kepala..

semalam juga seharian menghantar tempahan..dan alhamdulillah dapat bertemu dengan sahabat maya Ummiross..
kecil molek dan manis orangnya..sangat peramah..tqvm.

Terima kasih kepada yang menempah rempeyek kacang tanah..kepada blogger Anies
anies adalah pelangan tetap yang setia..baik hati dan pemurah..sentiasa membawa buah tangan unuk aku setiap kali balik dari bercuti..tqvm.

kepada blogger  - Queen Of Butterfly -
juga terima kasih kerana menempah..tqvm.
dan kepada pelangan-pelangan.yang Islam dan bukan Islam,tqvm.

Dari Rafi bin Khadij, Ya Rasulullah, apakah nafkah yang paling baik?"Beliau berkata: "Orang yg bekerja dengan tangannya,dan setiap usaha yg jujur". (HR.Ahmad)-146

selalu merujuk kepada sabda Rasulullah SAW.

 

Thursday, July 17, 2014

MALAYSIA AIRLINER CRASHES IN UKRAINE

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'oun atas berita sangat mengejutkan dan menyayat hati.

Islam berduka. Malaysia berduka. Hentikan riang ria. ‪#‎PrayForGaza‬ ‪#‎prayforMH17‬


35 pesawat di sekitar ruang udara yang sama. Namun MH17 jadi sasaran. 

Wednesday, July 16, 2014

SAMBAL PENGERANG


Kenapa ia Pengerang,sempena nama Pengerang Johor..sudah tentu resepinya dari orang jati Pengerang...


bahan-bahan;hati ayam,pedal ayam,dan jantung ayam..di goreng garing
cili kering
bawang putih
bawang besar
bawang kecil
garam
gula
semua bahan-bahan di atas dalam kuantiti yang sangat banyak..anggaran sekilo dua kilo atau tiga kilo..lauk kenduri gitu..kalau ikut resepi sini semangkuk aje..
semua bahan-bahan ini di hiris halus dan di goreng kemudian  kisar.ikut resepi asal tak di kisar..tapi aku ni terlebih pandai...ikutkan tumis sahaja hingga garing dalam kuantiti yang sangat banyak..

caranya; tumis hingga naik minyak kemudian masukkan segala isi perut ayam yang telah di goreng,garam gula dan asam jawa...masak sehingga kering..

sesuai di makan ketika berbuka dan sahur...

Thursday, July 10, 2014

HARAP MAKLUM


Nak tahu?
Buah ini antara produk Israel yang dibawa masuk ke Malaysia melalui Singapura..harap maklum..

Wednesday, July 9, 2014

SAHUR DI DUNIA BERBUKA DI JANNAH

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
let's think about what happened in gaza and palestine right now!

Ya Allah sebak dadaku...
seorang wanita tua sedang menunggu waktu maghrib untuk berbuka tetapi dibunuh oleh pengebom Israel

 Hanya doa yang mampu aku buat...

Orang Arab aktif waktu malam kerana siang cuaca panas. Israel buat serangan masuknya waktu dhuha - waktu rehat orang Islam yang letih ibadah/muamalah pada malam hari..

Tuesday, July 8, 2014

RECIPE CRUNCHY CARAMEL ALMOND

Crunchy caramel almond memang sangat sedap..kalau beli balang kecil harganya lebih kurang rm25..untuk jimat dan puas hati meh kita buat sendiri...tak susah senang aje..nak buka order takut tak bermenang tangan..
tempahan rempeyek pun masih banyak..lagi..pelan-pelan kayuh..dah tutup pun masih ada yang nak menempah..in shaa Allah tempahan akan dapat seminggu sebelum raya..doakan aku ni sehat-sehat sahaja...

di teruskan dengan misinya...rasanya lebih mudah buat cruncy almond  dari rempeyek kerana ianya tak perlu berpanas dan berminyak..


200g tepung florenta
200g badam keping
100g kuaci
100g biji labu
20g bijan hitam

 Tepung florenta halal google..tengok pada harga rm19,tapi di tempat knor cuma rm15

 1.badam dan kuaci dibakar sebentar atau di sangai dlm kuali tanpa minyak hingga keperangan..biarkan sejuk.
2.sediakan loyang alaskan kertas minyak atau baking paper pastikan betul-betul kertas minyak takut nanti melekat dan boleh rosak aduanan..
3. panaskan oven pd suhu 160·c

4.satukan kesemua bahan di dalam bekas gaul rata hingga semuanya bersatu dengan tepung

5.tuangkan adunan dalam loyang dan ratakan nipis
(nak lagi cantik taburkan bijan hitam selepas adunan di nipiskan)
bakar selama 10minit

6.setelah masak keluarkan loyang dari oven dan terus potong mnjadi kepingan mengikut size yang di kehendakj

**jangan biarkan adunan sejuk nanti tak dapat potong dengan cantik dan akan patah**potong masa panas-panas bila adunan sejuk kepakkan je mengikut garisan yang di buat,.

selamat mencuba untuk juadah di pagi raya..tak sempat pagi raya..dah selesai dah pun..

AKU MOHON KEAMPUNAN DARIMU

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Meski rezeki setiap manusia sudah ditentukan Allah, usaha perlu dikerah, berserah jalan terindah.....


"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak kamu, mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untuk kamu.”
(Surah Nuh ayat, ayat 10-12)

Monday, July 7, 2014

BOLEH PERCAYA KE,DENGAN RESEPI YANG BERLAMBAK DI BLOG...?

Assalamualaikum.
sudah tengahari... rupanya..

Kesian dengan sahabat kita ni...jangan marah ye soo aunty nukilkan di sini... gara-gara mengikut resepi aku..aku salah atau soo yang salah..

  • June 28
  • Nor Ahmad
    Nor Ahmad

    tak tau la soo..klu kek gini..bancuhan sikit jer sebb dia naikkan..
    jadi ke tunjuk le yg udah di bake..
    rasanya aunty dpt dlm 20 biji gitulah..tak ingat le soo..byk sgt asyik membakar jer..heheh
  • June 28
  • Soo Kin Wah
    Soo Kin Wah

    Aunty, soo jd
    Tp kan, tgk ni ya starting cntk n gemuk je lps keluar dah kecut

Sunday, July 6, 2014

KARIPAP DAGING BERMAYONIS

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Anak bujang balik terr..rajin pula memasak...


misi membuat karipap daging bermayonis...sangat sedap dan di sukai ramai..siap tapau bawa balik asrama..
alhamdulillah semua anak-anak dah dapat keputusan peperiksaan..syukur kerana Allah mengurniakan anak-anak yang bijak,soleh dan solehah..amin...bunyi macam riak ajekan...itu doa untuk mereka..Allah tahu apa yang kita mahu..jadi sentiasalah berkata baik-baik saja..

perkara pertama nak membuat karipap mestilah fokus kepada intinya kemudian kulitnya..kalau kulit cantik isi tidak sedap..tiada siapa nak makan...begitu juga dengan manusia ada rupa parasnya cantik,tapi budi perkerti buruk..tiada siapa juga berkenan..keduanya perlu seimbang baik di dalam cantik di luar...sedap di dalam,sedap juga di luar..."merepek apa kau ni nor,nak buat karipap aje pun....!!


bahan untuk inti karipap:
3 biji kentang
setengah kg daging batang pinang anggaran sahaja,ikut suka anda..guna ayam juga boleh..ikut suka anda.
4 sdb mayonis
2 sdb gula
4 biji bawang putih
setengah biji bawang besar
sedikit halia
lada sulah
lada hitam
daun bawang (hiris)

Caranya:
tumis segala bawang dan halia hingga garing,kemudian masukkan daging,kentang dan sedikit air..masukkan garam,gula,lada hitam dan lada sulah...biarkan hingga empok dan kering,masukkan hirisan daun bawang....angkat dan biarkan ia sejuk seketika..

bila sudah sejuk,masukkan mayonis dan gaul rata..ketepikan...

Untuk kulit karipap:
5 cawan tepung gandum
1 sdb gula
250 gm butter
1 biji telur
air

Caranya:
campurkan tepung,gula,butter dan telur ..mula mengadun dan tambahkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
Dan mulalah memintal...

Walau pakaian Ibu kadang sederhana, dengan cinta dan senyumannya; tetap menjadikan dia cantik mempesona...

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)