Pages

Sunday, August 28, 2011

Sayu....nya, Allahuakbar

     Sayunya hati ini di kala meninggalkan Ramadhan,masih adakah aku pada ramadhan akan datang..adakah ini yg terakhir.............

Thursday, August 18, 2011

Rehat :)

Assalamualaikum , cinnamon berehat seketika untuk menyiapkan tempahan pelanggan :) ada kelapangan , saya akan berkunjung ke blog rakan-rakan . insyaAllah .Wsalam .

Monday, August 15, 2011

Hari Raya....

 Hari ini sudah hari kelima belas kita berpuasa,syukur alhamdulillah,semoga tahun hadapan kita dapat berkumpul bersama keluarga tersayang.Hampir dua minggu lg kita akan menyambut syawal,InsyaAllah...

  Nabi SAW bersabda mengenai hari raya;Bersungguh-sungguhlah kamu di hari raya Idul Fitri dengan banyak menderma dan amalan-amalan lainnya,mengerjakan solat dan membayar zakat,serta memperbanyakanlah tasbih dan tahlil.Kerana hari itu adalah hari di saat mana Allah Ta'ala mengampuni dosa-dosa kamu semua,menerima doa kamu,serta memperhatikan kamu dengan kasih sayang dan ampunan.
      Kata Wahab bin Munabbih;Tiap-tiap hari raya,iblis merasa susah,menangis dan bala tenteranya yg lain bersama-sama datang mengerumbuninya sambil bertanya; "Tuan kami,siapakah yg telah menjadikan tuan marah dan bersedih hati,maka kami sanggup menghancurkannya."Jawab iblis; "Tidak ada,akan tetapi Allah telah mengampuni umat ini pada hari raya ini,,maka seharusnya kamu sekalian menyibukkan umat ini dengan segala macam kelazatan yg terlarang,dan minum khamar sehingga mereka di murkai oleh Allah.

         sumber:dr buku ilmiah..ketawa dan tangis iblis

Friday, August 12, 2011

Ketawa....

             Assalamualaikum,hari ni ada waktu yg terluang untuk update entry,saya banyak membaca entry rakan-rakan yg berbagai ragam,lucu,sedih,insaf,gembira,dan macam-macam lagi...saya melihat ragam manusia hanya melalui skrin laptop,dan jari memainkan peranannya.
             Kita akan ketawa kerana gembira kerana ada sesuatu yg menghibur jiwa,makna ketawa bererti melahirkan rasa gembira,puas,lucu yg bersifat hiburan bg jiwa dan minda.
            Ketawa kerana mengejek adalah perbuatan orang yg bermoral rendah dan hina.Ketawa jenis ini adalah warisan iblis yg mengejek dan cuba untuk memporak-perandakan kebenaran.
           Ketawa kerana mengejek hanya layak di lakukan oleh golongan ahli maksiat yg sememangnya tidak menyukai kebenaran dan malah mengejek kebenaran bila di sampaikan kepadanya.
          Termasuk ketawa kerana mengejek adalah ketawa orang-orang kafir dan musyrik yg merendah-rendahkan serta menghina orang-orang Islam.
Sombong ,angkuh,nafsu,dan hati yg mati merupakan cita-cita iblis untuk menghancurkan fitrah manusia.Iblis akan meraikan kemenangannya selepas berjaya menyesatkan manusia dgn berkumpul beramai-ramai dan tertawa terbahak-bahak.Perangai iblis ini byak di contohi sebahagian orang sehingga mereka diselimuti kelalaian dr menbingati Allah.
      Jiwa yg merindui kebenaran dan sentiasa dlm naungan redha Allah,menyebabkan iblis menangis dan hampa harapannya....

Tuesday, August 9, 2011

Wordless Wednesday #1

                             
                                  The poor are always shoved...

Saturday, August 6, 2011

Hai..hai

                                                 Anak yang kecil..Muhammad

                                                          Anak yang ketiga Iman soffea

Selipar..

     Assalamualikum,tergerak hari ini ,saya nak buat entry pasal selipar.
 Semalam anak lelaki saya balik berkaki ayam selepas solat tarawih,rasanya baru sebulan dia pakai selipar tu,masih baru.Saya katakan pada anak, kasut tu bukan rezeki adik (panggilan di rumah) redhakan saja.
    Sebenarnya pasal ke hilangan kasut ni bukan pertama kali,kalau tak silap saya sudah berkali-kali ia berlaku,semuanya masjid yg berlainan.
 Suami memang susah nak beli kasut,melainkan kasut tu dah teruk sangat,bila dah tertanggal tapaknya,dah tak boleh nak pakai,barulah dia nak beli yang baru,bukannya apa,suami lebih dahulukan anak-anak..macam tu la bila dah berumahtangga.
    Bila beli kasut baru,tentulah harganya agak mahal sikit untuk lebih tahan lama.Sebab bukan selalu beli kasut pun..
   Nak di jadikan cerita suami pergi ke masjid berhampiran di tempat kerja,menumpang kawan,kebetulan selipar pun tak ada,apa jadi seterusnya,faham-faham le..Ayat yg sama juga aku guna, "bukan rezeki kita"redhakan aje.
    Seminggu selepas tu,suami beli lagi kasut,kali ni kurang sikit le harganya,bajet kasut dah lari.
Seperti biasa nak jadikan cerita kasut tu hilang juga,di masjid,tak sampai dua minggu suami pakai..
 Inilah sikap segelintir orang,rumah Allah pun ada pasang niat nak mencuri..tak hairanlah sekeliling kita ni,kita tak tahu hati budi orang,rambut sama hitam hati lain-lain..
 Bila dah berturut-turut ke jadian hilang kasut,saya dan suami rasa inilah ujian Allah yg sekecil-kecilnya,saya dan suami redha dan sedekahkan pada yg mengambil kasut tu,semoga Allah ampunkan orang tu,dan di beri hidayah.
      Sampai ke hari ini suami pakai kasut yg lama,hanya ganti tapaknya saja..agaknya inilah rezeki suami.

Wednesday, August 3, 2011

Buku panduan Allah.

 Assalamualikum,rakan-rakan pernah membeli benda baru,contohnya kereta atau motorsikal,atau barangan elektronik,sekurang-kurangnya saudara atau saudari tentu di beri petunjuk dan peraturan mengenai cara pemakaian atau pengunaannya.Orang yg membeli motosikal baru misalnya,biasanya di beri tiga buku panduan.Pertama,buku panduan tentang petunjuk cara pemakaian dan penjagaan motosikal.Kedua,buku servis dan jaminan yg menceritakan cara-cara mengunakan pelbagai servis.Ketiga,buku pertunjuk perkara penting yg perlu diketahui oleh si pemakai motosikal.Jadi,bagaimana dgn manusia?
Oleh kerana Allah menciptakan manusia,maka dia yg paling mengetahui mengenai manusia.Berkenaan buku panduan,Allah memberikan dua panduan kpd manusia yg menjamin keselamatan di dunia dan akhirat iaitu al-Quran dan sunnah.Sesiapa sahaja berpegang kpd ke duanya pasti selamat dan tidak sesat.Allah lebih mengetahui perkara yg bermanfaat bg kita manusia dan perkara yg mengandungi keburukan.Kedua-duanya sudah tertulis dlm ajaran Allah.Setiap perintah agama mempunyai kebaikan,setiap larangan pasti mengandungi keburukan.
Solat contohnya,tidak mungkin Allah mengajarkan perkara yg mendatangkan ke burukan kpd hambanya.Sebaliknya memberi kebaikan drp segi jasmani mahupun rohani.Allah berfirman:
                              " Apakah Allah menciptakan itu tidak mengetahui yg kamu zahirkan atau rahsiakan',dan dia maha halus lagi maha mengetahui?"{Surah al-Mulk,ayat14}

Monday, August 1, 2011

Tidur..

 Assalamualaikum,Selawat dan salam buat baginda Rasulullah SAW,insan yg menyampaikan kepda kita agama yg menyelamatkan manusia drp bencana jahiliah.
                         Bagi umat Islam,tidur adalah satu nikmat yg Allah berikan kepada kita sebagai hambaNya,Dah penat sepanjang hari,untuk mencari nafkah supaya hidup dapat barakah dan mulia.Namun begitu,kita juga perlu sedar bahawa tubuh kita memiliki hak untuk istirehat,dan bukan untuk di perah dalam mengejar dunia semata.Bahkan,memeras tenaga secara berlebihan bagi ibadah juga di larang oleh Rasulullah SAW.Jadinya tidur itu adalah rahmat Allah SWT yang mesti kita syukuri.Bayangkan kalau kita tidak memiliki rasa mengantuk.Allah SWT berfirman,
            Dan kerana dengan rahmatnya,Dia jadikan untukmu malam dan siang,supaya kamu beristirehat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian daripada kurniaNya {pada siang hari} dan agar kamu bersyukur kepadaNya."(Surah al-Qasar ayat 73)

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)