Pages

Sunday, November 30, 2014

Crackers Cheese Cake

Assalamualiakum sohabat soleh dan solehah...
"Life was like a box of chocolates. You never know what you're gonna get". ~ Forest Gump.

Bahan-Bahan
250gm krim keju
125ml whipping cream  - di pukul hingga kental
2 sudu besar susu pekat manis
160gm biskut cracker Julie"s
 1/2 cawan susu segar
biskut gula atau biskut butang (nostalgia sungguh)

Cara-cara :
Pukul krim keju,whipping cream dan susu pekat manis . Putar hingga sebati. Kemudian kaup balikkan  hingga rata.
Atur memenuhi dasar loyang.
Ratakan adunan krim keju di atasnya.
Ulangi menyusun dan melapis sehingga habis. Hias dengan biskut butang  di atasnya.
Simpan di dalam peti sejuk semalaman.

Loyang loose base tin

Thursday, November 27, 2014

PENGHAYATAN TEORI BERSYUKUR DAN YAKIN


Assalamu'alaikum...selamat tengahari dan salam Jumaat yang penuh barakah. .selawat dan salam pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW...semoga hidup kita semua diberkati ALLAH aamiin....
ambil masa sebentar untuk menghadap pc...lepas solat jumaat nak delivery rempeyek ke Bangunan malaysian re, damansara heights, kuala lumpur....nanti ada masa knor jalan-jalan ye...tq sapa-sapa yang sudi bertandang sini n tinggalkan komen kanda sangat menghargainya...

Teori syukur dan yakin

Seorang ibu yang tidak bersyukur maka tidak yakin kepada anaknya;
Mengapalah anak-anak aku ni asyik-asyik bergaduh adik beradik. Tak tahu ke nak berbaik-baik. Tak macam anak-anak Kak Ipah tu. Ni baka keturunan apa ni...mesti ikut sebelah bapak mereka! Atau ke aku ni mak yang tak pandai didik anak! (Berasa sedih dan hampa terhadap diri dan anak serta marah kepada nasib).

Seorang ibu yang bersyukur;
Oh nampaknya anak-anak ni banyak bergaduh sekarang ni. Apa agaknya puncanya? Tentu ada yang mereka kurang faham atau kurang puas hati. Ok, saya akan cuba fahami kenapa mereka jadi begini dan bantu selesaikan.( Dalam hati berasa yakin anak-anaknya boleh bergaul dengan baik dan sayang menyayangi satu sama lain dan yakin dapat menyelesaikan kesusutan kerana yakin akan hidayah Allah yang akan datang melalui berbagai cara).


buku WHY kedua muhammad,sangatlah sukanya...tapi sehari je dah habis baca....sangat menarik padat dengan isi..azhan pun baca...

Buku imansoffea latih anak bijak BI..bagus sangat, mukasurat pertama kenalkan watak kartun dan perangai..menarik, mudah untuk di fahami...

kempen jangan buang masa....





Tuesday, November 25, 2014

"Sampai Rindu-rindu Asyik Teringat-ingat Sajerr..


Assalamualaikum.
Hari rabu yang penuh barakah. Sekejap je dah nak masuk akhir tahun kan.kerja hari-hari,tup-tup nak bulan doblas dah. Kanda malas nak citer banyak, ni rempeyek promo untuk December ye. Wassap je 0132955849 untuk booking.
Harga asal Rm25 sebalang,delivery minimum 3 balang..
Pastu ade certain date yang dah penuh...musim orang tunang,nikah Cepat-cepat la ..
tq adik kakak abangg sahabat tercinta..
regular cust dah beratus order, sahabat yang asyik menjamu mata ni bila lagi...rasa sekali pasti nak lagi....
"peliklah orang tak jemu-jemu makan rempeyek kanda..."sampai rindu-rindu asyik teringat-ingat sajerr.."

 atas tilam pun jadi
 ini aje gambar kenduri yang ada dalam simpanan..
Jangan kita memandang sinis dan negatif terhadap usaha seseorang. Ada niat di sebaliknya yang tidak kita ketahui.Mungkin usaha yang kecil itulah diredhai Allah kerana keikhlasannya.
~~ Kebaikan tetap akan mengatasi keburukan.

Wassalam

Sunday, November 23, 2014

JOM GI KULIAH


Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik.Ada 10 pesanannya,tapi aku nak kongsikan satu antaranya...

Hak kepada ALLAH
iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.
 

 "Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah."



nikmatnya tidur kat rumah..kan dik..kalau kat asrama tak ada maknalah macam nikan...kat rumah lepas mengaji boleh tidur.."jangan berangan ye,kat rumah lagi teruk peraturannya dari asrama...azhan bangunnnn... !!

Wednesday, November 19, 2014

Sejuk


Ais krim sejuk dengan sejuk perut ibu sama tak...?


La kanza anfa'u minal 'ilm , la maala arbahu minal hilm.
Tiada harta karun yang lebih manfaat dari ilmu
Dan tiada harta yang menguntungkan melainkan kesabaran.

Sunday, November 16, 2014

Makanan Tradisi Orang Malanau.

Assalamualaikum

ni le makanan tradisi orang malanau.
nak buatnya senang aje.ikan tengiri atau ikan parang,bawang putih dan bawang merah,limau nipis,cili padi atau cili merah sedikit garam dan gula.

caranya ambil isi ikan,campur semua bahan dan perahkan limau nipis
"haa hari ni kitak makan masakan orang miri"nak sedap lagi makan dengan linut atau ambuyat. malanaulah sangat..mana nak cari...?

ada sesiapa berani makan ulat mulong..eee

gambar google semuanya ye.aku tak pernah bikin lagi...mungkin si mulong ni aku tak bikin,tapi aku pernah lihat ulat sagu ini masa dulu-dulu...memang gemok-gemok..




Saturday, November 15, 2014

Saya Sayang Ayah


Dah tengah malam.

Abah ketuk pintu bilik anak gadisnya.

Anaknya buka pintu. Belum tidur.

Abah: "Buat apa je belum tidur lagi?"

Anak: "Tengah..." (Sambil menunjukkan fonnya)

Abahnya mengangguk faham. Tengah berinternet.

Abah: "Abah nak cakap sikit boleh?"

Anaknya tidak mengangguk, tidak menggeleng. Tadah telinga.

Abah: "Sekarang, kamu umur 20 tahun, kan?"

Anaknya mengangguk.

Abah: "Baiklah. Dengar baik-baik ni. Abah bukan nak berleter. Cuma nak ajak kamu berfikir.

Dalam sehari, ada 24 jam. Ini kira-kira umum abah. Tak exact pun. Orang bekerja habiskan 8 hingga 12 jam sehari kerja. Orang yang belajar macam kamu pula habiskan 6 hingga 7 jam sehari ke kelas. Orang yang sedang berkasih sibuk fikir soal hati pula habiskan lebih 6 jam fikir tentang jodoh dan layan perasaan. Orang yang sibuk dengan internet dan dunia media sosialnya habiskan purata lebih 5 jam sehari untuk scroll, update dan melayan kawan-kawan.

Tolak campur makan, tidur, letih semua, barulah sedar, kita tak peruntukkan masa pun untuk sesuatu yang lebih penting."

Abah menunjukkan jarinya pada senaskhah Al-Quran yang berada di atas almari. Nampak berhabuk sikit. Anaknya berkerut kening.

Abah: "Kalau untuk soal hati dan media sosial boleh kita luang masa dekat 2 jam contohnya, kenapa tidak boleh kita ambil masa 2 jam juga untuk tengok Al-Quran?"

Anak: "Tapi, abah..baca sekejap, mengantuk."

Abah: "Baiklah. Kurangkan lagi. Jadi sejam."

Anak: "Sejam? Lamanya. Seraklah tekak nak baca sampai sejam."

Abah: "Baiklah, setengah jam."

Anak: "15 minit bolehlah."

Abah tersenyum mendengar jawapan anaknya.

Abah: "Suatu hari, bila kamu tersepit dalam hidup, kamu akan mengerti 23 jam 45 minit yang kamu sayang tu, tolak solat 5 waktu, sangat-sangat bergantung kepada 15 minit yang kamu spend untuk Al-Quran tu."

Anak: "Tak faham."

Abah: "Kerja cari rezeki, kena bergantung pada Al-Quran. Belajar, perlu Al-Quran. Jodoh, perlu pada Al-Quran. Berjaya, perlu Al-Quran. Akarnya pada Al-Quran."

Anak: "Hm.."

Abah: "Rosak akarnya, jangan harap batang, dahan, ranting, daun, dan buahnya akan baik. Misalnya, kamu minat soal jodoh sekarang. Andai kamu seorang yang cinta kepada Al-Quran, insya-Allah kamu juga akan jumpa yang persis cinta Al-Quran. Yang baik-baik. Jika kamu jenis tak pentingkan Al-Quran, kamu juga akan jumpa yang sejenis dengan kamu. Kata nak jodoh yang baik-baik. Orang baik, orang yang utamakan Al-Quran."

Anak: "Adoilah."

Abah: "15 minit sehari untuk hafal sepotong ayat Al-Quran. Setahun dapat 365 ayat. 20 tahun lagi dapat? 7300 ayat. Dah boleh jadi hafizah."

Anak: "Kenapa abah cakap ni semua?"

Abah: "Sebab abah tak mampu untuk hidup selama-lamanya nak jaga dan nasihatkan anak yang abah sayang ni. Dulu abah jahil tak kejar Al-Quran. Abah taknak anak abah ikut jejak langkah yang sama."

Anak gadisnya sebak. Peluk ayahnya. Minta maaf.

Sungguhlah. Lelaki selain ayah sendiri hanya mampu berkata-kata manis, berjanji setia. Namun, ayah berkata-kata untuk lihat anaknya di Syurga.
Saya sayang ayah!!

p/s wassup yg di hantar anakanda Adibah.. katanya sama macam ayah buat pada dia dan adik-adik..."jangan tinggal al-Quran, hafaz al-Quran dan fahami al-Quran. "

"Anak adalah  amanah Adibah... "

Wednesday, November 12, 2014

Cuci Tandas Awam Elak Sombong

Bismillah

Assalamualaikum  sahabat soleh dan solehah

Selama hari ini aku dengan suami selalu prasangka baik dengan hamba Allah seorang ni, kami pula selalu perhati sikap hamba ni dari jauh, dia akan hulur salam pada sesiapa jer yang hampir dengan dia, jika terjumpa di restoran  atau di mana saja, pasti dia dulu datang hulur tangan untuk bersalam dengan suami.. dia seorang yang sangat berhemah n baik tutur kata,  bukan dengan suami saja dengan aku pun, jumpa aku mesti senyum, sambil hangguk kepala tanda hormat, aku pun macam tu senang dengan sikap hamba ini...
dia selalu ada, sebelum kami ada, sampai naik hairanlah, tak kerja ke dia? bisnesman ke?atau dia ni bos ke? kereta mewah,selalu suami berbual dengan dia, tapi jangan haraplah suami nak tanya dia kerja apa...
suami atau orang lelaki tak macam tu... lainlah perempuan semua  nak di tanya, tapi bukan aku ye..

tadi suami terserempak dengan dia, macam biasa murah dengan senyuman.. kali ini suami terpandang name tag dia.. rupa-rupanya dia seorang Doctor, lectures di Uia.
selesailah teka teki kami selama  hari ini...

sebenarnya anak dia kawan baik dengan iman soffea

p/s teringat kisah seorang doktor
setiap hari selepas  bertugas akan ke tandas masjid  untuk di cuci..
untuk menjauhi sikap sombong dan angkuh dalam diri,  begitu juga dengan YB TGNA sentiasa membersihkan kolah masjid, tandas dll. Allahuakbar.

Tuesday, November 11, 2014

Rezeki Muhammad Berjumpa Dengan Ayahanda Ahmad Ammar

Bismillah

Ukhuwah Fillah
Ukhuwah Islamiah
Abadan abada...
Lillahita'ala

Baru sebentar tadi anakanda Muhammad berjumpa dengan ayahanda Ahmad Azam iaitu ayahanda arwah Ahmad Ammar alhamdulillah berbual serba sedikit tentang arwah Ammar,beliau juga siap mendoakan anakanda Muhamamd..terujalah muhammad jumpa pak cik azam...beliau akan berangkat malam ni ke Istanbul kerana ada sesuatu yang istimewa buat arwah anaknya...sempena ulang tahun perginya ammar pada awal muharram...orang sana sangat menyayangi ammar,sambutan di stadium Istanbul katanya....dari riak muka en azam ada rasa terharu dan gembira... Awal Muharam menjadi lebih mendalam maknanya kepada en azam sekeluarga...Al-Fatihah.
"masih banyak masa dan masih jauh perjalanan Muhammad antara kata-katanya buat muhammad"sambil mengusap ubun-ubun muhammad dan mendoakan sesuatu.....

Terima kasih kerana En Azam sudi berbual dengan kami..peramah dan berhemah
wassalam


Monday, November 10, 2014

Rupanya Isteri Hanya MEMBANTU

Semalam sembang dengan suami..abang nak tau rupa-rupanya suami kena buat semua kerja, isteri hanya MEMBANTU..suami spontan jawab 'tau".."habis kenapa tak buat semua tu?...sebelum dia jawab aku terus cakap..'tapikan bang kalau isteri buat semua tu banyak dapat pahala"..terus suami angguk..laju je..
sebenarnya aku tau,dia tak tahu nak cakap apa..sebelum suami termalu..kan aku coverlah...

Mengikut hukum Islam,

tugas-tugas seperti berikut terletak di bahu suami:
Menjaga anak
Menyediakan makan-minum isteri
Mengurus segala keperluan rumahtangga
Mendidik anak-anak dengan memastikan mereka mendapat pendidikan yang sempurna
Menyelenggara hal rumahtangga seperti memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagainya
Isteri hanya bertanggungjawab MEMBANTU.
 

Dalam kata lain, isteri akan membantu jika pihak si suami tidak mampu dan tiada masa untuk melakukan perkara-perkara tersebut oleh kerana tuntutan kerja di pejabat.

Akan tetapi, isteri yang melakukan perkara-perkara seperti di atas tadi, mereka akan dikurniakan dengan ganjaran pahala yang banyak dan besar oleh Allah.

Untuk mengelakkan berlakunya ketidak-adilan dalam rumahtangga dan perbalahan, maka suami perlulah juga libatkan diri dalam hal-hal pengurusan rumahtangga jika mempunyai walaupun sedikit kelapangan.
Jangan serahkan 100% tanggungjawab rumahtangga kepada isteri.
Dengan itu, isteri anda akan lebih menghormati anda sebagai ketua keluarga dan tidak berani untuk engkar atau melakukan perkara-perkara maksiat semasa ketiadaan anda di sisinya.
Anda sebagai suami, boleh buat kerja-kerja rumah ketika isteri anda sakit atau tidak larat.

Berkhidmat lah juga kepada isteri anda seperti memasak, mengemas rumah, menyediakan dia minuman sekali-sekala, picit kepala ketika dia pening serta bagi lah dia makan ubat ketika dia sedang sakit.


memang kekadang aku malas nak buat itu dan ini...makanya hari ini aku tapau mee kari udang...

Wahai Pelajar! Jangan Takut Gagal

Bismillah

Kisah ini sangat baik buat pelajar lelaki mahupun perempuan,yang sangat takutkan kegagalan dalam pelajran

"Nurul Atiqah"

"Siti Aisyah"

Satu-persatu nama dipanggil. Sekali imbas ainul melihat markah yang tertera pada kertas rakannya.
41/50. "Subhanallah, bijak!"
49/50. "Hebat!"

Tangan Ainul semakin menggigil. Berpeluh. Takut lain
macam. Mana tidaknya, usrah bersama adik-adik
terpaksa dia tangguhkan kerana ingin membuat
persediaan. Meeting dengan ahli persatuan terpaksa dia
'skip' untuk belajar 'killer subject' ni

"Nur Ainul"

Kakinya berat hendak melangkah ke hadapan. Terus
melihat markah pada kertasnya.
27/50.

"Aku dah agak".

hatinya berkata-kata.
Air mata seperti ingin jatuh dari takungan. Cepat-cepat
Ainul kesat sebelum rakannya nampak.
Ini bukan kali pertama Ainul dapat markah sebegitu.
Dah berkali-kali. Cuma kali ini dia rasa sedih yang teramat sangat.

"Dan syaitan akan sentiasa menakut-nakutkan kamu
dan membayangkan kegagalan yang sangat mengecutkan perut kamu.
Sehingga kamu lebih yakin pada usahamu berbanding
rahmat Allah dan pertolongan dari Allah. Sehingga kamu tidak yakin ketentuan yang Allah telah
berikan dan tetapkan pada kamu.
Sehingga kamu merasai dunia kelam dan hancur hanya
kerana kamu gagal menjawab
pada sebuah kertas peperiksaan.
Sehingga kamu tidak menyedari, kamu takut akan sesuatu perkara yang telah Allah telah tetapkan buat
kamu, dan seharusnya tidak perlu kamu takuti."
Kata-kata ini terngiang-ngiang dalam fikirannya.

"Ya Allah, mudahnya air mata ku jatuh hanya kerana
markah peperiksaan ku tak sebagus orang lain"

"Pernahkah sebelum ini aku menangis jika aku mengabaikanmu?"

"Pernahkah sebelum ini air mata ku jatuh kerana amalanku yang sedikit?"

"Pernahkah sebelum ini aku menangis mengenangkan
dosa-dosa lepas?"

"Mudahnya air mataku tumpah kerana dunia. Allahurabbi"

"Ya Allah, jika cemerlangnya aku dalam pelajaran menjadi asbab aku jauh dariMu, jangan sesekali kau
berikan kecemerlangan itu."

Jika aku diberi satu pilihan, sama ada ingin cemerlang
di dunia atau di syurga? Sudah tentu aku ingin cemerlang di syurga.
Kerana kehidupan di dunia ini, ia tidaklah panjang, menjadikan diri hanya ibarat pengembara yang sedang menyeberangi jalan sahaja..
Di akhirat jualah kehidupan yang abadi..

Sunday, November 9, 2014

Hotdogs Mushrooms Pillow

Bismillah
Sebelum kepada misi memasak....
Hidup dalam fitnah akhir zaman,jalan ke neraka "lebih lurus" berbanding jalan ke syurga...


1 paket instant yeast
1 cawan air suam
1/2 cawan susu suam
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 cawan tepung gandum
4 sudu besar butter - suhu bilik

Cara-caranya:
Campur yeast bersama gula, air suam n susu suam. Biarkan hingga berbuih.
Campurkan kesemua bahan n gaul hingga menjadi dough...dah naik macam di atas tumbuk untuk keluarkan angin...

Inti
hotdog cheese mashrooms (rebus sebentar n potong kecil-kecil)
mayonis
sos cili
campurkan semua n gaul rata..
selamat mencuba.sedap sangat tak terkata...

.

Black Velvet Cake

Bismillah.

it’s really really black ….. !





Kalau hidup ini pahit Allah lah gulanya...

Thursday, November 6, 2014

Candle Light Dinner


Apa yang baru kita hajatkan sekarang, sebenarnya Allah sudah lama tahu. Sifat Allah bukan 'baru tahu'. Kun faya kun. Jadi, bermohonlah selalu...

siapa yang dinner bercandle light ni....



ooo kome rupanya....mama kena tunggu ayah balik dari masjidlah nampaknya......

Wednesday, November 5, 2014

Uniknya Pokok ini...

Bismillah

Nama pokok: Tak tahu, siapa yang tahu habak mailah ye....
Foto:Jamal K. Ahmad
Lokasi:Taman SMS Tuanku Munawir




Tuesday, November 4, 2014

Hang Nadim



Bismillah



Ini lalai ke apa ni?.. "Iman  baca separuh je,terus jawab...tak baca pun KECUALI tu"...
"ha..kan dah salah satu....."

Monday, November 3, 2014

WHY?


Tajuk : Alam semesta
Kepunyaan: Muhammad
Harga: Rm28.90
Penerbit:Orbit Buku Sdn.Bhd
Tak silap ada 16 tajuk, ini adalah koleksi pertama muhammad..teruja sangat untuk dapatkan semua...sabar ye muhammad kita beli satu-satu..
satu hari dia boleh habiskan dengan jumlah 159 m/s siap hafal semua planet..hafal semua yang ada dalam buku tu...baca,tanya dan soal...alhamdulillah ayahnya minat semua ni...bolehlah jawab...selagi tak beli tajuk baru dia akan ulang-ulang baca sampai bosan...

'Ma planet mana yang hampir dengan bumi"?soalan muhammad...korang tahu tak ?

Misteri alam semesta ini dapat kita bongkar bermula dengan rasa ingin tahu...
IImu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan dari akal yang suka berfikir..Tak salah malas dan tak salah bosan tapi malas dan bosan adalah mencari silap orang lain...


Sunday, November 2, 2014

Donut Krim Kastard Donut Sardin

Bismillah.
kata nak hidup dalam redha Allah tapi kenapa banyak sangat MERUNGUT.
meh...try ni... hahaaaaa
semalam..semalam..semalam..
berbuat sesuatu mengikut mood yang sedikit rajin...maaf,bukan niat nak kecurkan air liur sahabat cuma nak bagi idea juadah berbuka petang nanti...alhamdulillah rata-rata ramai yang berpuasa semalam dan hari ini...



 bila anak-anak buat beginilah jadinya penuh dengan gula..

semua pun pandai buat donut..kan
buat bentuk bulat,goreng,belah bahagian tengah n sumbatkan kastard

Resepi kastard:
2 sudu besar kastard
1 cawan susu cair
1 sudu kecil vanila esen
sedikit garam
2 sudu besar gula atau lebih terpulang nak manis mana...

Caranya:campurkan semua bahan sebatikan..
mula mengacau dengan api perlahan sehingga memekat.


Sambal sardin

sardin ( ayam brand)
5 tangkai cili 
sedikit belacan
1bawang besar
1biji bawang putih
1 biji tomato
garam 
gula 

Caranya:
kisar cili,segala bawang dan belacan.
tumis hingga naik minyak,masukkan sardin tomato garam dan gula.
kacau rata dan angkat. sejukan.

Untuk adik-adik SPM.
Banyakkan doa serta jaga solat 5 waktu.
Tenangkan hati dengan zikrullah.Tawakkal kepada Allah ye.




Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)