Pages

Thursday, May 31, 2012

Tema purple

Assalamualaikum.

Oh dah petang rupanya,baru aje nak update entri.Tengok aje apa yang saya pamerkan kat sini ye.Inilah kerja saya hari ni,Hari ni order,hari ni nak,so agak kelam kabut sikit.Maaf ye kawan-kawan tak dapat nak jalan-jalan hari ni.

Cheese cake
Ini untuk bakal pengantin,tema purple, ke Melaka
Harap pengantin suka lah ye.

Wassalam



Tuesday, May 29, 2012

Ayam goroka

Assalamualaikum.

Ayam goroka ni selalunya di masak oleh orang Thai.Ranggup sangat,di tambah dengan wangi bijan.
 
Resepinya;Ayam.
4 ulas bawang putih,dikisar
sedikit halia juga dikisar
sebungkus bijan
sedikit jintan manis(serbuk)
sedikit rempah kari
garam
gula

Caranya;Ayam digaul dengan semua bahan di atas,perap selama 20 minit di atas
Kemudian di goreng.

 Ayam goroka, sayur kacang,n sambal belacan
Mudah n ringkas,lepas ni boleh buat kerja yang lebih berat..ada tempahan untuk pengantin
Wassalam.

Monday, May 28, 2012

Goji Berreis

Assalamualaikum.

Nak kongsi sikit tentang mata pagi ni,sibuk saya dengan suami minum jus lobak.Mata  oh mata,makin rabun nampaknya.Bila anak-anak tanya mengenai kerja sekolah,saya tak akan jawap kalau tak ada cermin mata.Begitu juga dengan suami.
Nak cuba la pulak makan atau minum benda ni.
 Goji Berries

 Google

Sejak berkurun lamanya khasiat buah Goji Berries sangat dipopular di China. Khasiatnya sangat berkesan dalam memperbaiki kemampuan untuk melihat. Saintis moden Cina mendapati buah Goji sememangnya berkesan untuk memulihkan penglihatan dalam masa yang singkat. Bahan antioksidannya iaitu 'Carotenoids' turut melindungi masalah Degenerasi Makular dan Katarak.

Nak dapat di mana,pergi aje kedai-kedai perubatan cina.Buah yang di atas ,masih segar lagi.Selalunya orang-orang cina jual buah yang sudah di keringkan.Cara makannya,macam kita makan kismis,atau tamar.Rebus aje airnya juga boleh,lepas tu,di kisar.Goji dikatakan mempunyai bahan antioksida yang tinggi berbanding buah-buahan atau sayur-sayuran lain seperti strawberi, oren, rasberi dan lobak.

Goji yang sudah di keringkan

Ia juga boleh merawat untuk pelbagai penyakit.

Wassalam

Sunday, May 27, 2012

Nasi goreng ayam.

Assalamualaikum.



Nasi goreng ayam
 Biar aje, ayam lebih dari nasi
 Jemput makan anak-anak


Bahan-bahannya: Nasi
Ayam yang telah di goreng.kemudian di potong sepuluh,agak-agaklah ye.(saiz kecik aje,ayam dara)

Untuk mengoreng.
4 ulas bawang putih (hiris)
5 tangkai cili padi,cuma di hiris
sedikit sos tiram
garam
sedikit kiub pati ayam knor 

Wassalam


Saturday, May 26, 2012

Tema merah putih..

Assalamualaikum.

Jangan marah saya ye..Tak habis lagi dengan kek.Minggu pertama cuti sekolah,sana sini ada kenduri kawin.Saya juga turut  menerima tempahan,biasa-biasa aje,boleh berblog lagi.

Velvet cupcake,tempahan pertama musim cuti.

Tema merah putih

Siap untuk di hantar ke klang,harap diorang sukalah.

Wassalam

Thursday, May 24, 2012

Sepak-sana,sepak sini,bila nak masuk tahan-tahan pulak..

Assalamualaikum

Selamat tengahari jumaat.Siapa yang tak minat pada permainan bola sepak,semua oarng suka ..kan. Sangat fanatik dengan bola,asyik-asyik bola,tambah kalau musim bola,berlainan dengan saya, saya tak suka dengan permainan bola sepak ,ini sayalah, orang suka,dia punya sukalah,termasuklah anak lelaki saya,suka sangat dengan bola sepak.
Bayangkan berebut hanya sebiji bola,lepas tu sepak sana,sepak sini,bila nak masukan gol tahan-tahan pulak.
Pada yang suka main bola sepak,dan tak tahu pun asal bola sepak .Jom nak kongsi sikit.

Menurut Bill Muray, pakar sejarah bola sepak, dalam bukunya The World Game: A History of Soccer, bola sepak sudah dimainkan sejak awal Masehi. Saat itu, orang-orang di era Mesir Kuno sudah mengenal permainan membawa dan menendang bola yang dibuat dari buntalan kain linen. Sejarah Yunani Purba juga mencatat ada sebuah permainan yang disebut episcuro, permainan menggunakan bola. Bukti itu tergambar pada relief-relief di dinding museum yang melukiskan anak muda memegang bola bulat dan memainkannya dengan paha.

Bola sepak juga disebut-sebut berasal dari daratan Cina. Pada masa pemerintahan Dinasti Tsin dan Han, orang-orang sudah bermain permainan bola yang disebut tsu chu. Tsu mempunyai maksud "menerajang bola dengan kaki". Sedangkan chu, bererti "bola dari kulit dan ada isinya". Mereka bermain bola yang diperbuat dari kulit binatang dengan cara menendang dan mengheretnya ke sebuah jaring yang dibentangkan pada dua tiang.

Menurut orang-orang Jepun Sejak abad ke-8, konon masyarakatnya sudah kenal permainan ini. Mereka menyebutnya sebagai Kemari. Bolanya diperbuat dari kulit kijang berisi udara.

Yang menarik, ada legenda pada abad pertengahan. Konon saat itu, seluruh desa mengikuti satu permainan bola. Bola yang dibuat dari tengkorak, ditendang satu diantara warga ke arah orang-orang kampung. Kemudian,  si penerima bola di kampung itu,  diteruskan ditendang ke kampung lain.

Ada fakta yang mengatakan sejarah bola sepak bermula dari pembunuhan cucu Nabi saw Hassan dan Hussein..yang dipenggal kepalanya kemudian dijadikan sebagai bola dan di tendang  sana -sini di dalam pasar.
Ini lagi satu,Azhan tengah main dalam sangkar..


Bermainlah dengan anak-anakmu sewaktu mereka tujuh tahun ke bawah,tanamkanlah akhlak yg mulia pada mereka bila mereka berumur 8-15 dan bersahabatlah dengan mereka apabila mereka berumur 16 th ke atas. Jom kita contohi Nabi saw bermain dengn anak-anak,bahagikan masa untuk anak-anak kita di samping kerjaya & social serta deen responsibilities..aurat juga wajib di tutup.
Sorrylah Azhan mama dengan ayah tak minat bola.Main batu seremban boleh..?


Wassalam

Wednesday, May 23, 2012

Donut mangga

Assalamualaikum.

Nampaknya saya akan penuhkan blog saya dengan resepi ajelah,bukanlah pandai masak sangat pun,tapi saya tak ada kerja lain selain daripada masak.Dah saya surirumah tangga sepenuh masa. Donut mangga ni,dah lama saya buat.
Baru harini nak kongsi-kongsi.Rasanya semua orang pun bijak untuk buat donut .

2 cawan tepung gandum berprotien tinggi, sebungkus yis,sebiji telur ,setengah cawan susu tepung dan minyak sayuran.

Caranya:Campurkan tepung dengan susu, masukan kedalam bekas,buat lubang di tengah-tengah tepung,masukan telur,masukan yis yang dah di bancuh dengan air suam,lepas tu masukan minyak sayuran dan adun mengikut putaran jam,sehingga menjadi doh yang agak-agak lembut.Biarkan selama 20 minit.
 Lepas tu,bolehlah di buat bentuk begini,dan goreng dengan api yang perlahan

 Hiaskan dengan coklat berperisa mangga,kacang dan apa-apa aje yang ada di dapur

Selamat mencuba.

Wassalam

Tiramisu velvet blueberry....

Assalamualaikum

Buat untuk makan sendiri

Buat untuk cikgu,masa hari guru tempoh hari,inilah hadiah dari anak-anak velvet cupcake

Ini untuk kawan-kawan sekolah anak, Tiramisu velvet blueberry

Ini untuk diri sendiri

Yang ini pula,nak bagi pada abang,untuk anak-anaknya,masih ada dalam peti ais,entah bila lah nak ambil.Mungkin sibuk sangat,nak ikutkan, dia lalu lalang aje depan rumah.

Yang ini pelangan punya,masa hari ibu hari tu..kira kek dah basilah ni..

Wassalam.

Tuesday, May 22, 2012

Bijak matematik.

Assalamualaikum.

Pagi selepas menghantar Muhammad ke sekolah,sepanjang perjalanan saya terpandang bunga seri pagi yang sangat cantik, segar tumbuh menumpang di pokok lain,indahnya.'Kalaulah aku jadi bunga tu,sudah tentu aku sentiasa bertasbih.'Mulalah saya mengarut,Alhamdulillah sebelum subuh,saya bangun,menjalankan segala perintah Allah,aku puas melakukan ibadah itu.Mudah-mudahan Allah menerima dan redha.Ampunkan aku, Ya Allah kerana meluahkannya di sini.
Saya nak kongsi mengenai cinta, saya tak pandai,nak cerita mengenai politik,takut nanti orang saman saya,cerita dengan suami bolehlah,masa-masa santai, kami banyak berbual mengenai politik dunia.Ada -ada sahaja.Tak habis-habis dengan isu semasa,naik letih,ye lah siapa kita,Saya ini di ibaratkan sebutir pasir yang jauh tertanam di dalam  dasar yang paling dalam.Who's care?

Bergusti dengan abang
 Antara buku yang Muhammad belajar di rumah

Siapa yang suka n tak suka mengira?apa kena mengena pic di atas?Itulah Muhammad kerjanya asyik mengira saja,dia selalu bermain dengan nombor,tambah,tolak bahagi,bila dalam kereta pulak asyik tengok no plat kereta orang.Tak kira dalam bilik air ke,dalam kereta ke,tengah makan ke,sementara nak tidur tu,asyik menyoal kami tentang matematik,bukan setakat kira satu ,seratus,atau seribu,malah trillion."Ma, berapa 10 bilion tambah sejuta bilion,soalan budak lima tahun..Bila dia balik sekolah nanti,buka pintu aje,dia tengah mengira.Ambil papan putih,terus mengira..

Salah satu aktiviti membuat nombor dengan pemainan lego,tak ada pula cara-cara membuat nombor.Idea sendiri lah agaknya.Saya biarkan aje,tapi naik letih menjawab soalan-soalan dia.Kalau kita tanya dia soalan,dia akan cakap satu nombor di otak,satu no lagi di tangan.Kalau soalan yang agak susah,habis kaki tangan kita di kiranya.Harap-harap dia bijak matematik,pernah saya terbaca satu artikal yang mengatakan,kalau bijak dalam matematik maka akan bijaklah semua yang lain.

Senaman yang selalu Muhammad buat,termasuk berlari, melompat  dan bergaduh.Letih tengok..mulalah saya menjerit..
Semua aktiviti yang Muhammad buat boleh merangsang otak. Memandangkan senaman ala-ala gusti membuatkan aliran darah serta oksigen ke otak berjalan lancar.Yang penting jangan buat anak orang di sekolah,sudah..ye.Muhammad gaduh dengan abang dia aje.
Faktanya, seseorang tidak mungkin boleh bergerak jika otaknya tidak aktif. Kalau nak aktif, oksigen diperlukan sekali gus menjadikan kedua-dua aktiviti dan oksigen saling berkait.

p/s moralnya di sini kalau anak gaduh,panjat sana panjat sini,biarkan aje.Bila lebih-lebih tarik aje telinganya.

Wassalam.

Monday, May 21, 2012

Bersabarlah..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.Kesyukuran tidak dapat di samakan dengan harta kekayaan.Sekiranya hati saya kotor,pasti hidup saya akan jadi kucar-kacir,Allah dah bagi beribu-ribu nikmat kurniaan,sampai tak terhitung jumlahnya.Terima kasih Allah.

Hari ni anak daraku pergi sekolah pukul lapan pagi,kalau nak ikutkan masuk pukul 7:20..nak sekolah ke tak nak..asyik muntah aje.kesian mama tengok,macam mana ni,hari ni paper bio,n fizik.Nak tak nak, bersusah payahnya dia pergi juga.Sebelum pergi tadi,saya peluk,pegang ubun-ubun dia,dan doakan dia semoga semua berjalan dengan lancar dan di permudahkan.
Bersabarlah wahai Adibah.

Pesanan saya tadi,mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar ,dan selawat ke atas Nabi.

Firman Allah:

"Sekarang Allah memberi keringanan kepadamu dan dia mengetahui padamu ada kelemahan.Maka sekiranya ada antara kamu seratus orang yang sabar,nescaya mereka dapat mengalahkan  dua ratus,dan jika antara kamu ada seribu orang yang sabar,nescaya mereka dapat mengalahkan dua ribu orang dengan izin Allah.Allah bersama dengan orang-orang yang sabar (al-Anfal -66)

Wassalam.

Sunday, May 20, 2012

Isteri juga mama...

Assalamualaikum.


Minggu-minggu yang sakit,selera makan keluarga juga tiada.Sesiapa sahaja yang berbuat baik pasti ada pahalanya kerana perkara itu adalah kebiasaan antara Allah dan manusia yang tidak pernah lenyap.
Saya siapkan tandori goreng, spageti juga lassi nanas.
Resepi tandori;Ayam,yogurt,garam,sedikit gula,serbuk cili,serbuk jintan manis.Gaulkan semua n perap selama satu jam,nak bakar juga boleh.
Resepi spageti:Celur spageti dalam air panas,letakkan sedikit minyak,supaya tidak melekat.
 5 ulas bawang putih
Sedikit halia
daging hancur.
4 cili hijau n merah
Sup cendawan (dlm tin)
Goreng bawang putih,halia hingga garing,masukan daging,bila dah agak masak,masukkan sedikit air,kemudian masukan sup cendawan.masukan spageti yang telah di tos,gaul rata n angkat .
Lassi nenas:sebiji nanas,yogurt,gula,susu cair dan kiub ais.
Yogurt kaya dalam kandungan protein, vitamin B12, kalsium, Pantothenic Acid, Potasium, Seng, Riboflavin dan fosfor. Yogurt juga adalah makanan yang sangat rendah lemak dan kolesterol.

Khasiat terbaik yogurt ?
Selain banyak mengandung vitamin dan mineral yang penting bagi tubuh, yogurt juga diam-diam merupakan komponen pengobatan yang mujarab.
Pastikan nanas di kisar terlebih dahulu,tapis,ambil airnya sahaja,kemudian kisar lagi sekali,dan masukan kesemua bahan di atas.Proses untuk buat lassi carot juga sama
Nabi bersabda,"Tidur dalam keadaan berilmu,lebih baik daripada solat dalam keadaan bodoh." Nabi bersabda lagi,"Ilmu itu diilhamkan kepada orang-orang yang bahagia,dan tidak diberikan kepada orang-orang yang celaka."
Wassalam.

Friday, May 18, 2012

'Kalau kita tak redha"

Assalamualaikum

Sabar ajelah mama,semua ada hikmah di sebalik semua yang berlaku.Petang semalam balik  dari menjemput Iman dan Azhan balik dari sekolah,saya dan suami singgah lagi klinik buat kali ke lima,masa tu dah hampir masuk maghrib pun,kesian dengan suami,dah sembuh,tapi sakitnya datang balik,masih terasa tak sedap badan.Dah masuk maghrib,tapi masih tak dapat jumpa doktor,tanya  nurse: "lambat lagi ke? kejap kak doktor ada patient."Tengok di kaunter ambil ubat,tengok nurse dah letakkan ubat,maknanya pesakit di dalam tu dah siaplah buat pemeriksaan,kenapa tak keluar lagi.'
Saya dan suami ambil keputusan balik ,"dalam hati buang masa aje.Nak tahu apa doktor buat  dalam tu,itulah orang melayu ada pangkat ke,tak ada pangkat ke, sama aje.Berborak!,bukan dia tak tahu ada pesakit lain dekat luar,tambah-tambah waktu maghrib yang sangat singkat.Kalau nak ramah pun tengok ajelah pada tempatnya.
Dan pagi ni,suami dah beransur pulih.Alhamdulillah.Mudah-mudahan.
Saya tak suka orang main-main kalau saya serius.Itu prinsip saya.Apalah motif saya cerita ni,agaknya marah tak habis lagi kut."Tak,' saya dah ok.Itulah,suami kata kalau kita tak redha.Banyak kali suami ulang dekat saya."Ya lah saya redha.'

Pagi-pagi buat donut dengan iman


Wassalam



Thursday, May 17, 2012

Tanpa dihisab


Assalamualaikum.


Sabda Nabi:"Pada hari kiamat apabila Allah swt mengumpulkan seluruh manusia di satu tempat maka di seru, "Dimanakah mereka yang sentiasa memuji Allah swt samaada dalam keadaan gembira atau dukacita?"Satu kumpulan kecil akan bangun dan masuk syurga tanpa dihisab.

Kemudian akan di seru lagi, 'Di manakah mereka yang pada waktu malam berada jauh dari tempat tidur dan mereka mengingati Tuhan mereka dengan perasaan takut dan harap?"Maka satu kumpulan kecil bangun dan masuk syurga tanpa di hisab.

Kemudian akan di seru lagi, "Dimanakah mereka yang perniagaan dan jual beli tidak menghalang mereka daripada mengingati Allah swt"? Lalu satu kumpulan kecil akan bangun dan masuk syurga tanpa dihisab.Selepas itu barulah hisab akan di mulakan untuk orang lain.{Durrul-Manthur}

Foto dr fb

Firman Allah: "Laki-laki yang tidak di lalaikan oleh perniagaan dan jual beli daripada mengingati Allah dan mendirikan solah."(an-Nur ayat 37)

p/s amal jariah hari jumaat yang di berkati.

Wassalam.

Wednesday, May 16, 2012

Misteri kentut...

Assalamualaikum.

Normalkan manusia kentut.rasanya binatang juga kentut,tapi belum pernah dengar lagi.Ada tak sesiapa yang tahu mengenai bagaimana kentut terjadi..,itu lah asyik kentut aje.mari kita selongkar misteri kentut.

Ketika kita sibuk menikmati makanan,buka,dan tutup mulut udara juga masuk ke dalam badan dan terus kebahagian pencernaan seperti makanan.Tetapi udara ini akan berkumpul di bahagian usus dahulu,kemudian barulah di bebaskan melalui dubur.Proses ini tidak dapat di kawal atau berlaku secara tidak di ingini.Kalau nak di hitung seseorang akan kentut 14 hingga 25 kali sehari bersamaan 200 mililiter gas di bebaskan.

Itu bab kentut,belum bau lagikan..jangan anggap ini perkara kotor ye.Ini bukan cerita donggeng ye..
Sebenarnya kentut mengandungi 20 hingga 90 peratus gas nitrogen,10 hingga 30 peratus karbon dioksida,0 hingga 50 peratus gas hidrogen dan metana serta 0 hingga 10 peratus oksigen.
Mengapa kentut busuk ye?sebab usus kita terdapat banyak kuman.Fungsi kuman adalah menguraikan atau hancurkan makanan yang tidak tercerna dalam usus kecil.Ketika ini kuman menghasilkan gas hidrogen,karbon dioksida lalu menjadi mentana.Ia juga menyebabkan protein yang di uraikan menjadi sulfida.Makanya,kalau terlalu banyak pengambilan makanan berprotein,tahu-tahu ajelah,kentut yang di bebaskan terlalu sangat busuknya.

 Pilihlah,lepas ni boleh lepaskan gas

Kalau kentut banyak sangat, kita sehat ke?Ooo jawapan tidak sehat.Kentut yang banyak bermakna diet kita  tidak seimbang dan sistem penghadaman tidak elok.

Rasulullah pernah mengajarkan kepada bapa saudaranya Abbas satu doa untuk meraih kebahagian dunia dan akhirat.
"Ya Allah,sesungguhnya aku memohon kepadaMu keampunan dan kesihatan.'

Wassalam

Sambal keli.

Assalamualaikum.

  3 ekor keli yang siap di goreng.
 Kisar semua bahan di bawah
10 biji cili padi kampung
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
sedikit belacan.
1 biji limau nipis
garam dan gula (ikut citarasa sendiri)

Caranya:Tumis semua bahan sehingga garing,masukan garam dan gula,apabila sudah masak masukan jus limau dan angkat.Curah atas ikan yang dah siap di goreng tadi.

 Tips : Kalau nak tahu ikan keli tu makan dari sumber yang halal atau tidak macan ni caranya, ikan keli yang makan makanan halal kepala dia berbentuk seakan-akan U tapi jika sebaliknya berbentuk V. Perut ikan keli yang makan sumber yg bersih ok je tapi sebaliknya perutnya kuning..eee yucks....so beware!

Wassalam



Tuesday, May 15, 2012

Qailulah



Assalamualaikum.

Sejumlah penyelidik Amerika Syarikat melakukan eksperimen dengan mengurung sekumpulan sukarelawan di dalam ruangan yang tertutup,hinggakan malam dan siang tidak dapat di bezakan.Namun begitu,beberapa orang yang terlibat dalam ujikaji itu cenderung untuk tidur pada dua waktu dalam sehari.Yang pertama adalah waktu malam;mereka cenderung tidur buat masa yang sangat lama.Kedua mereka cenderung untuk tidur sebentar pada waktu tengahari,setelah di teliti,ternyata tidur sebentar di siang hari menjadikan seseorang lebih segar dan bersemangat.Penyelidik Yunani pula menyimpulkan bahawa tidur di siang hari dapat mengurangkan bahaya darah tersumbat sehingga tiga puluh peratus.

Tidak tidur terlalu lama di siang hari
Tidak melihat perkara yang mengharamkan
Tidak berbohong,memfitnah dan bergurau senda yang keterlaluan.

Sabda Rasulullah:"Sesungguhnya Allah sangat membenci orang yang berkerja terlalu berat,orang yang banyak makan,orang yang sering membuat kekacauan di pasar,bangkai pada malam hari,keldai pada siang hari,dan orang yang menguasai urusan dunia,tetapi tidak mengenali akhirat."(Ibnu Hibban,dan al-Baihaqi)

p/s selamat hari guru,suami dan para ulama

Wassalam

Monday, May 14, 2012

Bila sakit...



Assalamualaikum.

Rasanya dalam bulan ni saja dah tiga kali saya ke klinik.Mula -mula suami sakit,agak lama juga,hampir dua minggu,demam,selsema,seterusnya  batuk,lepas tu di ikuti Iman anak ketiga,selepas tu Muhammad,dan sekarang anak sulung Adibah.Dan bila ahli keluarga sakit  saya tak dapat nak melelapkan mata,asyik bangun dan tuam anak.Suami juga saya buat begitu,maklum bila dah berumur sakit,semua badan sakit-sakit dan saya juga tukang urutnya.
Dan sekarang ini anak-anak tengah sibuk dengan exam.Alhamdulillah mereka ini kuat semangat dan gagahkan juga ke sekolah,walaupun masih dalam keadaan yang kurang sehat.Buat masa ini saya larang anak-anak ambil ubat kecuali Muhammad.Takut-takut nanti daripada kesan ubat itu,hilang tumpuan pula pada kertas exam.Cuma yang saya boleh buat,buatkan bubur ,sup dan lassi buah.

Lassi mangga
2 biji mangga harum manis
3 sudu besar yogurt
1 cawan susu cair
1 sudu kecil gula
masukan mangga yang telah di kupas ke dalam blender
yogurt, susu cair , gula dan sedikit  cube ais,kalau orang sakit tak perlu ais.
Siap untuk di minum.

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit,Allah akan utuskan empat malaikat.

Malaikat Pertama akan mengambil selera makannya.
Malaikat Kedua akan mengambil rezekinya
Malaikat Ketiga akan mengambil kecantikan wajahnya (pucat)
Malaikat Keempat akan mengambil dosanya

Apabila telah sampai waktu yang di tetapkan untuk hambaNya kembali sehat,Allah akan menyuruh Malaikat Pertama,Malaikat Kedua,dan Malaikat Ketiga supaya memberi balik apa yang telah diambil oleh mereka.Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat memberi balik dosa hambaNya tersebut.Subhanallah,betapa Mulia dan Baik Hatinya Allah terhadap kita.Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit,bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya.Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

p/s semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya.

Wassalam.





Sunday, May 13, 2012

Tip bijak membaca


Assalamualaikum.

Saya nak kongsi dengan rakan-rakan,mengenai perihal tip cara betul bila membaca,bukan pandai sangat pun,jomlah kita..."


1.Membacalah dengan posisi duduk tegak,jangan baring comfrm tertidur.Tapi anak saya kalau belajar menonggeng,terutamanya anak lelaki saya iaitu Azhan.Tapi jangan ikutlah cara dia,banyak kali tegur,dia tetap menonggeng.

2.Ruangan cukup terang,kalau boleh lampu biar jauh sikit, supaya tak terbentuk bayang-bayang.Kalau baca dalam suasana yang kurang cahaya,sure kena marah.

3.Jarak baca 40 cm dari mata dengan sudut 40-70 dari  permukaan meja.Harus kosongkan meja,jangan ada makanan atau bau-bauan aroma makanan.

4.Ketika mata sudah letih,berehatlah,berjalan-jalan sambil melihat objek-objek dan pemandangan hijau.Cara yang ni,memang berkesan,terutama anak saya Azhan ,dia kalau baca buku memang tak duduk diam,setiap sepuluh minit,sepak bola,kaki mesti goyang-goyang,tangan jangan nak katalah,pen tu jadi mainan dialah,repair pen tu dah perkara biasa walaupun tak rosak.Nampak macam tak fokus pada buku yang dia belajar tu.Tapi bila exam selalu mengatasi kakaknya.Mengikut fakta,belajar sambil gerak-gerakan jari,boleh merangsangkan otak,dan boleh menghilangkan rasa mengantuk.Dan sangat bijak dalam matematik.

Aktiviti Sekolah,masak-masak lagi,ini pun hampir-hampir nak menonggeng.

5.Makanlah makanan yang berkhasiat,bervitamin A ,seperti buah-buahan dan sayuran hijau.Ini memang saya ambil berat sangat.Senang aje,'siapa nak pandai, makan sayur."Ayat power saya.

6.Membaca sedikit- sedikit setiap hari,tetapi kerap,tentu lebih baik daripada membaca buku semalam.Yang ini sesuai untuk Azhan,dia memang sukalah baca sikit-sikit ni, dan dia lebihkan banyak main.


p/s sekadar berkongsi..

Wassalam

Friday, May 11, 2012

Tapioca

Assalamualaikum



 Sarapan ubi kayu goreng aje.
Potong memanjang n goreng
sos:
3 sudu besar mayonis
2 sudu besar cili sos
sedikit susu cair n kacau rata


Sepotong kek mangga coklat

Wassalam




Tuesday, May 8, 2012

Jom,menjala.."


Assalamualaikum

 
 Jala hijau
Tak suka hijau, kuning pun ada.
Kari daging
Untuk saya cukup dua


Resepi:
2 cawan tepung gandum
1 cawan jus pandan
1 biji telur
1 cawan susu cair
secubit garam

Caranya:Kisar kesemuanya. senang dan selesai
yang penting cepat,kemudian tapiskan.Adunan seperti pan cake.Lepas tu menjalalah sendiri ye.
Haruman daripada daun pandan sangat menyelerakan di tambah dengan kari daging mamak yang pekat."eemmm yummy"

Wassalam


Monday, May 7, 2012

Api


Assalamualaikum

Nak kongsi mengenai Api.Maklum asyik masak aje..so ada kena mengena dengan api.Jangan main-main dengan api.Semalam tengah lena tidur,tiba-tiba terdengar bunyi siren bomba,terasa bau hangit rumah,buka lampu sana sini takut-takut rumah saya yang terbakar,jenguk  ke tingkap,sah ada kebakaran.cepat-cepat tutup tingkap,risau sangat.Masuk asap sikit aje dah panik,mana taknya ada empat orang penghidap asthma.Masa kejadian adibah sibuk menelaah,dia juga sudah terhidu asap.Alhamdulillah semua ok.
Jom kita selongkar kisah asal api

Setelah Nabi Adam di hantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma…
Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…

Zabaniah:kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar zarah sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.


 Dengan api,terhidang lengkap.
pulut kuning dengan rendang ayam.

Cuba bayangkan api neraka.Ada mengatakan  api dunia hanya sekecil biji sawi.

Wassalam.

Thursday, May 3, 2012

Moringa Oleifera



Assalamualaikum.

 Hari ini,saya nak ajak rakan-rakan mengenali sejenis buah.

Buah/sayur murunggai(google)


orang Penang panggil: buah munggai
orang Johor panggil: buah kelo
orang India panggil: murunggai
ada yang panggil: drumstick
nama saintifiknya: Moringa Oleifera

Buahnya panjang,selepas di potong beginilah rupanya.
 
Apapun panggillannya,buah,daun dan bunga murunggai atau moringa oleifera adalah satu pokok yang di katakan sangat berkhasiat .Yang paling penting,kalau di masak kari bersama udang,memang terangkat.

Wassalam


Wednesday, May 2, 2012

Pohon-pohon kayu manis




Assalamualikum.

Bagaimana mahu beramal sekiranya tanpa ilmu,kebahagiaan dunia dan akhirat perlu di capai dengan ilmu.Adakah kita puas hati dengan kehidupan sekarang ini mengikut membuta tuli?
Apa yang pasti,ilmu agama yang di gali bersumberkan al-Quran dan hadis.


Oklah kita lupakan sebentar mengenai yang di atas.

Saya nak menjawab soalan dari pada rakan blog saya,seorang guru,saya suka baca blog dia,kerana kematangan dia dalam penulisan.
Blogger mat som
Sampai sekarang saya tertanya-tanya nama Cinnamon ni, boleh tulis entri asal-usul nama itu?

 
Sebelum itu saya nak cerita sedikit tentang mencari nama blog.Saya ada empat orang anak,mereka ini memang suka di puji dan dapat ganjaran dari saya.Saya beritahu dengan anak-anak,cari nama blog, setiap seorang lima nama blog.Anak-anak memang suka sangatlah.Macam-macam nama blog  anak-anak bagi,saya tak ingat,kertas itu juga dah hilang.Banyak tau, empat kalikan dengan lima.Lepas itu saya pilih yang terbaik dan menepati citarasa saya.Saya pilih lima.Daripada lima jadilah satu.dan akhirnya satu pun saya tak pilih.
Kesian anak-anak.Tahu kenapa saya tak pilih satu pun?,saya beritahu pada mereka:"Kenapa saya patut pilih nama blog kamu,masing-masing  kena berhujah.Bila hujah mereka merepek,Faham-faham ajelahkan.Saya cuma bagi nama blog yang terbaik sahaja.
Ending semua merajuk.

Saya tertarik dengan pohon kayu manis dan  namakan blog saya Cinnamon.Majoritinya semua anak-anak suka dengan nama tu,termasuklah suami.
Sesuai sangatlah dengan namanya.Saya boleh buat entri mengenai masakan,agama,keluarga,dan sebagainya.Nak letak kayu manis pun boleh juga.Tapi saya orang putihkan,dan jadilah cinnamon.com.

Yang lebih manis lagi,boleh dapat pengajaran daripada kisah Nabi Adam as.
Tangisan pertama di muka bumi adalah di lakukan oleh Nabi Adam as.Kerana rasa sedihnya ketika di keluarkan dari syurga dan mendapat kemurkaan Allah SWT.
Diriwayatkan bahawa Nabi Adam as.menangis selama tiga ratus tahun di bumi,dan tidak pernah mengangkat kepalanya kelangit kerana malu kepada Allah SWT.Nabi Adam bersujud di atas gunung Himalaya di India selama seratus tahun,maka dia menangis lagi hingga airmatanya mengalir ke lembah Sarandip.Maka Allah menumbuhkan pohon-pohon kayu manis dan pohon-pohon cengkih di lembah itu dengan bersumberkan airmata Nabi Adam.
Tumbuh-tumbuhan,burung-burung juga menikmati airmata Nabi Adam.Burung-burung berkata; 'Kami belum pernah meminum air yang lebih lazat daripada air ini.'
Nabi Adam mengira burung-burung itu mengejek dan mempersendakanya,kerana perbuatan derhakanya kepada Allah.Maka Allah SWT memberi wahyu kepadanya: "Hai Adam,sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat lagi lebih hebat daripada airmata orang yang taubat dari derhakanya."

Dari situ sebaik taubat Nabi Adam di terima,maka berteriaklah Iblis terkutuk sekuat-kuatnya dengan kata-kata "celaka",sehingga berkumpullah seluruh bala tenteranya dari berbagai penjuru,baik dari darat,udara mahupun laut,dan bertanya,"Mengapa tuan kami?"Iblis menjelaskan kepada bala tenteranya mengenai di terimanya taubat Nabi Adam,sambil bersumpah untuk menjerumuskan Nabi Adam serta anak keturunannya.

Rasulullah SAW bersabda;"Iblis berkata Ya Tuhanku,demi keperkasaan Engkau aku akan selalu menyesatkan anak keturunan Adam selama jiwa mereka masih berada di dalam jasad.'Maka Allah berfirman,'Demi keperkasaanKu dan demi kemuliaan Ku,hai laknatullah,Akupun selalu mengampuni mereka selama mereka meminta ampun."

Manalah tahu dengan entri-entri islamik saya,boleh menginsafkan sesiapa sahaja.Saya bukan sesiapa,tapi hamba Allah yang hendakkan keredhaanNya.

p/s If the blind lead the blind,both will fall into the ditch.

Wassalam.




Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)