Pages

Tuesday, February 28, 2012

Latihan hidup.

Assalamualaikum.


Seseorang yang meninggalkan solat ia akan rugi,kerana ia latihan hidup yang teratur,membentuk sikap dan sahsiah seseorang yang akan hidup teratur dan sistematik.Dan jika kita mengikut sistem yang di gariskan,maka ia akan memberi pengajaran latihan terus menerus kepada manusia agar hidup teratur dan sistematik yang sulit menjadi mudah dan dari yang berat menjadi ringan.

p/s Sembahyanglah kamu,kemudian bertebaran.

Wassalam.

Sunday, February 26, 2012

Yang mana satu??

Assalamualaikum.

Apa sarapan kita hari ini ye..?nak pilih yang sehat atau sebaliknya..pilihan atas kita.
Biasa makan roti biji matahari? Sesuai sangat pada sesiapa yang mengamalkan diet.


Pengambilan nasi sebagai makanan ruji boleh diganti dengan roti gandum kerana roti mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Selain kaya dengan vitamin B kompleks, roti gandum yang dihasilkan daripada bijian penuh  yang belum diproses juga kaya dengan serat, vitamin E, zat besi, zink, asid folat dan anti oksidan.
Kandungan karbohidrat kompleks di dalam roti mampu memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

Adakah pilihan kita nasi lemak?

 Makan nasi lemak berlauk sambal udang,atau sambal sotong,memerlukan kita bersenam atau berjalan selama dua jam setengah untuk membakar kalorinya.

Adakah pilihan kita sup,yang biasa di makan masyarakat Cina,bila bersarapan.
Sup ayam di anggap menu mujarab untuk menyejukan badan,mempunyai nutrien dan vitamin yang mampu memperlahankan aktiviti sel darah putih.
Sayuran seperti sawi atau cendawan mampu meminimakan risiko obesiti,penyakit hati,diabetis,tekanan darah tinggi dan kanser.

Nota;Makan untuk hidup atau hidup untuk makan??

Wassalam.

Thursday, February 23, 2012

Kesum

Assalamualaikum.

Pantang saja nampak daun kesum.Pasti saya akan beli,nak tanam,segenggam tanah pun tak ada.
Boleh kata semua masakkan saya akan masukan daun kesum.Sampai naik muntah anak-anak.

Nasi ayam daun kesum boleh ke?

Dari segi saintifiknya kesum dikenali dengan nama Polygonum minus huds dan berasal dari keluarga Polygonaceae. Ia mudah ditanam, khususnya di kawasan-kawasan lembap yang berair. Daunnya digunakan sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan tempatan seperti laksa ,  asam pedas,masak lemak cili api,nasi ulam,nasi kerabu n macam-macam lagi.Nak buat jus pun boleh,campurkan dengan timun,lepas tu letak satu sudu kecil madu.

Selain digunakan di dalam ramuan masakan daun kesum juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Ia mujarab untuk mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah kelemumur. Untuk melegakan masalah perut tidak hadam. Daun kesum direbus kemudian airnya diminum. Untuk merawat masalah kelemumur pula, daun kesum ditumbuk kemudian diperah. Air perahan itu dicampur dengan sedikit air sebelum digosok kekulit kepala. Biarkan 3-5 minit kemudian bilas dengan air bersih.

 Daun kesum google
 Masak lemak cili api siakap daun kesum

Nota;Nak beli tanah sepasu ada jual tak..?


Wassalam.

Wednesday, February 22, 2012

Hinaan.

Assalamualaikum.

Pada suatu hari ada seorang pemuda Yahudi yang selalu menghina-hina Islam,dan ketika itu lalulah Sayidina Ali bin Abi Thalib,Tidak tahan mendengar hinaan Yahudi tersebut,maka di serang habisan-habisan hingga dia rebah ke tanah,pemuda Yahudi tersebut tidak berdaya menangkis libasan pedang dan pukulan demi pukulan yang di lepaskan oleh panglima Islam itu.

Kini peluang sudah terbuka luas.Saiyidina Ali hanya tinggal hendak menusuk pedangnya saja ke perut pemuda Yahudi tersebut,maka akan tamatlah riwayatnya.
"Puiiihhh!! pemuda Yahudi yang sedang terkapar-kapar itu tiba-tiba meludah tepat ke muka Sayidina Ali.

Daripada hendak menikam pemuda Yahudi tersebut,Syaidina Ali membatalkannya.Dia hanya merenung pemuda tersebut menyebabkan pemuda Yahudi tersebut kehairanan.
"Tadi engkau beria-ia sangat mahu membunuhku dan aku tahu,aku pasti mati di tanganmu.Aku ludah mukamu sebab aku dah tahu cara apa lagi untuk menyelamatkan diri,patutnya engkau jadi lebih marah ,tapi kenapa engkau berdiam diri?" 

Jawab Ali, "Memang tadi aku hendak membunuhmu kerana menghina-hina Allah.Aku lakukannya kerana Allah.Tapi bila engkau meludah mukaku,jika aku membunuhmu bukanlah kerana Allah lagi,tapi kerana marah."


Nota:Sebaik baik zaman.
 Zaman Rasulullah SAW.

Wassalam .

Tuesday, February 21, 2012

Serabut.

Assalamualaikum.


 Tengok aje kek serabut saya ni.
Dengan di bantu oleh anak-anak beginilah jadinya.
Masing-masing nak cuba.


 Boleh sesat di buatnya.

Dah hilang separuh..

Nota:Tak ada siapa lagi yang deco kek macam ni.

Wassalam.

Saturday, February 18, 2012

Lunch hari ini...

Assalamualaikum.

Entri hari sabtu,ingatkan boleh luruskan kaki atau bersandar di kerusi buruk.Rupanya..?
Anak-anak masing-masing ada aktiviti ,terpaksalah saya ke hulur hilir.
Adakah kehidupan ini semakin sibuk atau semakin sempit atau juga semakin lapang.Setiap hari adakah kita rasa gembira atau sebaliknya.

"Ya Allah,kami memohon daripada-Mu ilmu yang bermanfaat,rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit.'

 

"Sesungguhnya seseorang itu di ciptakan dalam perut ibunya selama empat puluh hari dalam bentuk nutfah,empat puluh hari menjadi segumpal darah dan empat puluh hari menjadi segumpal daging.Kemudian Allah mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan menuliskan empat ketentuan,iaitu tentang rezekinya,ajalnya,amal perbuatannya,dan (jalan hidupnya) sengsara atau bahagia." {Riwayat al-Bukhari dan Muslim}

Nota:Bersyukur dengan apa yang ada.Terima kasih Allah.

Wassalam

Thursday, February 16, 2012

Kematian.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.segala puji bagi Allah.

Hari-hari ada saja kematian,entah berapa ramai dalam satu hari manusia pergi meninggalkan dunia yang bersifat sementara ini,dan menuju ketempat yang kekal abadi.
Masing-masing berbeza menghadapi kematian,itu adalah cara kematian hakikat sebenar ajalnya sudah sampai.

Kita yang hidup ini perlu membiasakan diri dengan mengingati kematian.

1.Mengosongkan hati daripada segala yang berkaitan dengan dunia dan mengantikannya dengan berfikir tentang akhirat.

2.Tidak gembira dengan dunia atau nikmat yang diperoleh dan tidak bersedih dengan masaalah atau musibah yang di hadapi.

Firman Allah:
"(Kamu di beritahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira(sombong dan bangga) dengan apa yang di berikan kepada kamu." {Surah al-Hadid,ayat 23}.

3.Mengingati orang lain yang sudah meninggal dunia,dan orang yang lebih kuat,lebih berilmu,lebih mulia dan lebih kaya daripadanya,yang akhirnya terbaring (juga) di bawah tanah.

4.Renungkan bagaimana mereka yang terdahulu yang pernah berjaya ketika hidupnya.Mereka mati dan bercerai berai menjadai tanah di dalam kuburnya.Semua yang pernah dimiliki tidak lagi membawa apa-apa makna.

5.Renungkan keadaan orang yang kaya harta benda ketika mereka mati.Mereka tidak membawa harta benda yang mereka miliki,selain pahala amal jariahnya.

'Ertinya:"Jika manusia meninggal dunia,amalnya terputus kecuali tiga perkara;sedekah jariah,ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya."[Riwayat at-Tirmizi}

Nota;Tak tahu bila ajal  datang menjemput.
Ampunkan dosa-dosaku terhadap suamiku,dosa-dosaku terhadap kedua ibubapaku, yang telah pergi meninggalkan aku,dosa-dosaku terhadap zuriat-zuriatku,ampunkan dosa-dosa yang aku sembunyikan dan dosa yang aku nampakkan,dosaku yang dahulu dan dosaku yang sekarang ini..Aminn.

Wassalam.

Tuesday, February 14, 2012

Monday, February 13, 2012

Masih ingat lagi..

Assalamualaikum.

Entri kali ni nak mengimbau kenangan lama.Ketika masih hingusan lagi.

Kenangan di kampung yang tak mungkin saya lupakan,dan selalu jadi bahan cerita untuk anak-anak.Saya datang dari keluarga yang miskin,Pada masa tu rezeki kami  hanya bersawah padi,selain kerja-kerja kampung.
Inilah jamban (tempat melepaskan hajat)

Seorang budak yang sangat comot (saya la tu ),balik dari sekolah aje,terus terjun dalam parit,lepas tu berkubang dengan jiran-jiran sebaya.(belum baligh lagi)
Masih ingat lagi,makcik-makcik kat kampung masa tu berkemban bila mandi,bukan makcik-makcik aje,anak-anak dara pun sama,bayangkan mandi air parit aje,cuma ada pangkin aje..tutup pun tak.Dulu-dulu airnya putih bersih..walaupun di kelilingi kiambang.
Bayangkam masa tu aurat tak di jaga ,mana taknya mandi di tempat yang terbuka.

Itulah antara dulu dan sekarang,dulu yang nak menyampaikan ilmu tak banyak dan tak sampai pun dekat kampung.Di bandingkan dengan sekarang,sudah banyak penceramah-penceramah yang hebat-hebat. Media massa juga memainkan peranan.Masjid masjid juga tak sunyi,Hari-hari ada saja kuliah dan ceramah.
Kiambang bertaut

Masih ingat lagi ketika nak menonton  tv,kenalah pergi ke rumah jiran.
 Jiran tu siap letakkan tin di tepi tangga,bukan free tau tengok tv, kena bayar sepuluh sen.Bila iklan aje,jiran tu tutup tv,yang terlebih sangat tu,masa Azan berkumandang pun dia tutup,tak nak dengar Azan atau nak jimat..?di banding dengan sekarang,anak-anak di suruh diam bila mendengar azan.'Bezanya dulu dan sekarang.'
 Masa tu mana ada letrik macam sekarang,guna bateri aje.

Masih ingat lagi ketika itu suka main guli dan getah,bila tak ada guli, kulit kerang pun jadi.Tak habis dengan itu aje,main baling selipar,saya la selalunya juara,memang ganas.Anak-anak sekarang, main mengadap pc dengan kawan yang berada di luar negara.
Kalau di ceritakan pada anak-anak,ternganga semua.."eee,betul ke mama macam tu."

Nota;Selalu beritahu dekat anak-anak cintailah orang miskin.Bersyukurlah dengan apa yang ada.kalau sesiapa yang komplen pasal makan,mula la saya berhujah dengan anak-anak,Rasulullah makan tak pernah kenyang,dan tak pernah makan roti yang lembut.

Wassalam.

Sunday, February 12, 2012

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

 
Assalamualaikum.

Memandangkan dah lama tak buat mana-mana segmen.Inilah kali pertama tahun 2012 saya ikut nak buat segmen.Dengan blogger yang hebat ini.

Pada sesiapa yang nak ikut dengan segmen ni,klik aje link kat atas.

Boleh juga datang ke blog saya,entri yang santai,dan bersahaja.
Entri saya juga tulus dari hati.

Nama blog saya cinnamon(pohon kayu manis) yang saya ambil dari kisah Nabi Adam as.menangis selama tiga ratus tahun di bumi,dan tidak pernah mengangkat kepalanya ke langit kerana malu kepada Allah SWT.

Nabi Adam bersujud di atas gunung Himalaya di India selama seratus tahun,maka dia menangis lagi hingga airmatanya mengalir ke lembah Sarandip.Maka Allah menumbuhkan pohon-pohon kayu manis dan pohon-pohon cengkeh di lembah itu dengan bersumberkan airmata Nabi Adam.

Antaranya.

Orang Melayu Suka Benda Busuk
assalamualaikum
"Welcome".. tu tak ada.


 cepat join segmen En.Ben ni segmen ditutup pada pukul 10 malam

Wassalam.


Friday, February 10, 2012

Sekadar...

Assalmualaikum.

Setiap Muslim perlu berilmu dan terus segar mencari ilmu.
Teringat kata-kata suami malam tadi:"kalau kita nak sampaikan ilmu,kita kena betulkan diri sendiri dulu,barulah sampai ilmu itu."

Meriahnya sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini,sana sini mengadakan ceramah mengenai Rasulullah s.a.w..Ada juga yang mengadakan konsert sempena Maulidur Rasul.
Adakah sekadar halwa telinga..?
Emosi yang tidak terkawal sehingga manusia hidup dalam suasana yang tidak tenteram,keluarga porak peranda,tidak harmoni,bunuh sana, bunuh sini,rompak sana rompak sini,manusia saling mengeji,hasad,pemimpin dan rakyat saling menjatuhkan antara satu sama lain.Akhirnya memecahbelahkan ukhuwah Islamiah.

Pesanan Rasulullah s.a.w.kepada para sahabat.Rasulullah s.a.w. bersabda:"Dengarlah para sahabatku,aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang,dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua'dua penasihat'yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja.Yang pandai bicara itu ialah al-Quran dan yang diam itu ialah maut.
Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit timbul antara kamu,hendaklah kamu semua kembali kepada al-Quran dan hadisku.Sekiranya hati kamu itu keras,maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran daripada mati."

Nota:Terima kasih ,kerana selalu mengingatkan.Ilmu dari masjid yang disampaikan suami kepada kami di rumah.

Wassalam.


Wednesday, February 8, 2012

Spontaneous Thursday #13

Assalamualaikum.

The Holy Prophet said:
"There are two codes to remember God,which are very easy to speak,very dear to Allah,and very heavy in the scale on the Day of Judgment.
They are as follows:
1.God is free from all evils,and I am thankful to Him for His boons.
2.God is free from all evils,and He is Great,Sublime,Glorified. {Bokhari and Muslim}

Note;The purpose of life is worship.

 Wassalam.

Wordless Wednesday #18




Nota: Hari-hari ayam goreng.
sehat ke?

Sunday, February 5, 2012

Sedih Si pemberi..

Assalamualaikum.

Tidak mengungkit-ungkit sedekahnya sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang yang beriman,janganlah kamu menghilangkan{pahala} sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti{perasaan si penerima}." (Surah al-Baqarah 2:264)
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.:Rasulullah SAW bersabda,"Wahai perempuan-perempuan Muslimah,janganlah kalian meremehkan pemberian tetanggamu,walau hanya berupa kuku kambing."{3:93-S.M.}

Nota: Si penerima tak suka dengan sedekah itu..contohnya..Si pemberi memberikan lempeng yang manis,kemudian si penerima berkata depan si pemberi:"eee.tengok pun dah terasa manis."

Wassalam.


Friday, February 3, 2012

Muhammad.

Assalamualaikum.

Terasa perkongsian,lahir dari hati yang tulus dan menyayangi.Makan kek yang manis adalah harus.Kebaikannya,kek boleh mengembirakan seseorang pada hari istimewa kerana rasanya sedap.Keburukannya,risiko untuk dapat penyakit kencing manis atau kegemukan.

Janji tetap janji,termeterailah janji saya nak buatkan kek sempena harijadi Muhammad,agak lewat sebenarnya.Harijadi jatuh pada 23.1.Tak mengapa,Muhammad tak kisah.
Sebelum di hias,coklat muffin
Dah minat sangat kartun,buatkan aje kartun.
Tak pasal-pasal jadi mangsa Muhammad.
Happy birthday Muhammad

Nota:Memahami,"Semua orang sebut nama Muhammad dekat sekolah",sempena Maulidur Rasul,kawan-kawan Muhammad,berselawat beramai-ramai, itu antara aktiviti di sekolah.
Suka sangat la dia..orang asyik sebut nama dia.

Wassalam.

Perniagaan cinnamon part 2.

Assalamualaikum.

Entri bersambung,tak apa ke ni?
Jangan marah ye..
Bunga rampai
Set dompet
Sepasang kasut
Persalinan baju
Tuala
Sirih junjung
Ini adalah sebahagian tempahan..masih banyak,malas pula nak cari pic yang lama-lama..warna ikut tema pelangan,design juga pelbagai.
Nota:Sesiapa nak berumah tangga tu..boleh intai-intai kat sini.
Harga ikut bajet sendiri.

Wassalam.

Thursday, February 2, 2012

Perniagaan cinnamon..

Assalamualaikum.

Dah agak lama juga berblog tapi tak pernah iklan barang sendiri kat sini..

Inilah kerja saya di rumah mengambil tempahan membuat kek,muffin untuk majlis harijadi,bertunang ,perkahwinan ada juga yang suka-suka nak makan.
Selain kek,saya juga membuat tempahan membuat rempeyek,biskut,Dan juga mengubah hantaran pengantin.
Setakat ini tempahan sentiasa ada.
Alhamdulillah.

Masa lapang saya.

Nota: Nak, cari aje saya..

Wassalam.


Wednesday, February 1, 2012

Perkara yang baik.."apa salahnya..kongsi."

Assalamualaikum.

Akal merupakan satu anugerah Allah S.W.T. yang terpenting kepada manusia.Dengan akal Allah S.W.T. mentaklifkan{pertanggungjawabkan} kepada kita tentang semua syariatnya.

Kecerdasan otak bersumberkan daripada:
1.Al-Quran
2.Sunnah Nabi
3.Pendapat ulama perubatan Islam.

Hebatnya ulama-ulama terdahulu,mempunyai akal yang cerdas,kuat ingatan,kuat hafalan serta pintar.Dapat menghafal al-Quran,mengingati beribu-ribu hadis.Nabi S.A.W. pelbagai ilmu sejak dari kecil,dapat berijtihad,menyelesaikan masaalah umat,dapat mengekalkan kesihatan akal serta tidak lupa atau nyayuk di sepanjang kehidupan mereka.

Tiada siapa yang mengetahui keunikan otak ciptaan Allah.Empat nasihat Imam Shafie r.h. untuk menambah kecerdasan akal:

1.Meninggalkan cakap-cakap kosong.
2.sentiasa mengosok gigi,orang dulu-dulu bersiwak{kayu sugi}.
3.Duduk bersama majlis orang-orang soleh.
4.Duduk bersama majlis ulama.


Maksudnya:"Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warna.Di dalamnya terdapat ubat yang boleh menyembuhkan penyakit manusia."{Surah Al-Nahl:68-69}

Nota:Hingga ke hari ini anak-anak mengambil kismis minda dan juga madu,berdisplin,jaga solat,hafaz al-Quran,dan doa kami sebagai orang tua mereka.

Wassalam.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)