Pages

Monday, November 30, 2015

SUJUD SYUKUR


Bergelar ibu atau ayah punya anak2 yg nak menduduki exam besar..rasa terbeban..boleh ke?...sehat ke?..tak payah tipulah..kn...perasaan2 tu akan muncul juga.....anak2 pak iman ke,ulama ke,ustazah ke....tetap ada kerisauan...Inikan kita orang kebanyakkan...walaupun ini dunia saje...

Akhirnya selesai SPM 2015 semalam..bagi yg ambil aliran sains..bila tanya azhan macam mna last paper subject bio...oiii dia kta sangat2 susah luar jangkauan..menurut cerita dr azhan..sekolah luar ada yg sampai menangis2..bila tanya, azhan mcm mna pulak..dia kta hantam2 jer jawabbb....ha ambik kau...Hari ahad lps aku dan suami dah angkut semua barang dia..ikutkan hari ni baliklah selepas jamuan majlis berpisah dgn guru n kawan2...
Azhan setakat ini dah selesai seksa..nanti perit lain pula..lepas SPM hadap dunia luar pula..In shaa Allah....bila tanya dia,rasa lega ke lps SPM...?Dia kata biasa2 jer...tak rasa apa..katanya...risaulah nak ambil result nanti...tu lagi seksa katanya....

Azhan dah plan awal2 nak pergi bercuti hari ni dgn kawan2nya...habis majlis terus bertolak ke destinasi...
oklah dik...penat belajar ye...pergilah.


Anak dara ni bz dgn lambakkan assignment, duduk kat library sampai tengah malam..untuk final exam...pening dgn kerja group ni...kepala masing2..tak sama...mama yg pening dengar keluhan2..sabar jelah dibah..

mama pun pening juga ni.....nak masak apa..
nanti knor ziarah rumah kawan2 ye...


Sunday, November 29, 2015

TERIMA KASIH


"Allah tidak akan memberikan kesedihan, melainkan Dia telah menyiapkan kebahagiaan."....

tqvm sahabat alam maya "iryanty ahamad


Ukhuwah Fillah
Ukhuwah Islamiah
Abadan abada...
Lillahita'ala

Tuesday, November 24, 2015

MUSIM BERKHATAN


Kisah sahabat baik...berkhatan muhammad dan firdaus mifzan

Day 1
Masa dibilik menunggu di Gombak Medical Centre.
Tengok ajelah tu..muhammad nampak tenang dalam hati dup..dap..dup dapp.firdaus pulak nangis tanpa bunyi,sendu sendan..ingat ayah katanya (ayahnya kat luar negara, hanya ditemani ibu)dengan ibunya sekali menangis...terharu sebab suami tak ada di sisi.jadi adik lelaki knor tolong teman kat dlm bilik berkhatan nanti,ibunya (adikku) tak sanggup..n penakut.


Sebahagiannya...tunggu giliran dup dap dup dap.
Selepas berkhatan tengok keadaan muhammad pening dan nak muntah..dah selesai keduanya,tak sakit pun n tak menangis..
Yang baju hijau tu  anak saudara sesi kedua..tunggu giliran...berumur sedikit dari muhammad n firdaus..kali pertama berkhatan lari,tak nak...jenuh maknya pujuk tak jalan...ini kali kedua...lari juga tak taulah...sebab malu kut dgn muhammad n firdaus akhirnya berkhatan juga..tapi menangis sepanjang masa lepas berkhatan.....menurut cerita maknyalah..."biar dia menangis janji dah lepas..lega"..

Day 2
Tap komik..tap komik...

Day 3
masih takut n fobia asyik baring tak nak duduk..
aku bercuti sementara jaga keduanya..tempahan yg ada In shaa Allah esok lusa mula operasi.yg menempah tu harap boleh bagi sedikit masa ye..sayang korang.

Cepat baik ye anak2 semua..




Saturday, November 21, 2015

NASI LEMAK SEKOLAH


As salam
Happy weekend semua...
Nak catat seseuatu hari ni...baru balik dari pasar beli stok seminggu...oh budak2 cuti, stok 2/3 hari jer kut..

pagi ni tak sarapan kat luar....tahan sikit nafsu nak pekena teh tarik mamak tu...jadi dari malam planing nak masak nasi lemak...semua orang pandai masak nasi lemak...sedap nasi lemak terletak pada nasi dan sambalnya....baru2 ni makan nasi lemak sekolah...punyalah sedap nasi n sambalnya sampai teringat2...iman n muhammad kata memang sedap pun nasi lemak sekolah...."tu sebab  Iman selalu beli" katanya.aku bagi 5 bintang sekaligus...memang tak dapat nak tanding nasi lemak yg berlambak jual kat gombak ni....

hari ni aku buat sebiji macam nasi lemak sekolah..
Macam mana iman n muhammad ok tak? Sama tak macam nasi lemak sekolah?..

"Sama mama...! Sedapppp"
Tanya suami pulak..."sedappp.."


Catatan hari ahad....tak merepek...kan.

Wednesday, November 18, 2015

NAK HADIAH KE!!


Maaf ye mak2 bapak2 sekalian...

Jemput makan nasi karot dgn ayam merah...sapa yg puasa sunat/ganti maaf ye..tayang2 pulak...ini jer yg mampu bagi hadiah untuk anak2 walau ngetop resultnya.
masak lauk kegemaran Iman dan Muhammad....sure makan bertambah....

Mamanya bz nak menyudahkan tempahan so makan dulu yokkk...makan tanggung....

esok di UITM aneka kek dijual di karnival usahawan di handle adibah...macam2 ada,peyek n cocktail buah2an...paling win cocktail ayak tangan adibah..resepi by me le....buah segar2 belaka...


Ok nak pick up Iman soffea...Muhammad ponteng today....




Tuesday, November 17, 2015

RAHSIA YANG BUKAN RAHSIA LAGI


Hari ni hari rabu!!....oh cepatnya masa berlalu..semakin membongkok badanku..kedutku bertambah,mata rabun,cuma uban belum ada lagi...

Lengan bertambah besar,sado gitu...tau kenapa yg lenganku sado sangat....meh nak bagi tau...."bergusti dengan tepung"

Resepi roti manis sama yg di bawah,cuma tambahkan quaker oat...n tepung gandum biasa..

4 1/2  cawan tepung roti.
1 1/2 cawan tepung mil penuh.( wholemeal flour)
1 1/2 cawan air.
1 1/3 cawan butter.
1/3 cawan madu.
11 gm yis segera.
2 biji telur.
2 tsp garam.

Bahan untuk sapu.

1 biji telur.*
3 tbsp susu segar.*
**Campur hingga sebati.

Bahan tabur.
Sedikit quaker oat.

Cara-caranya:

Satukan semua bahan-bahan di atas kecuali butter ke dalam mangkuk pengadun.Uli sehingga sebati .Masukkan butter dan uli sehingga kenyal/elastik.Keluarkan doh ke atas papan pencanai dan uli lagi dengan tangan.Jika terlalu lembut tambahkan sedikit tepung agar ianya tidak melekat di tangan.Biarkan doh naik .Bahagikan doh kepada 8 bahagian.Bulat-bulatkan.Gelek leper dan gulung doh agar menjadi bentuk lonjong.Aturkan di atas dulang yang disapukan dengan sedikit butter.Sapukan dengan campuran telur dan susu segar.Taburkan dengan quaker oat dan biarkan doh naik baru di bakar .


Cicah2 rendang pun sedap juga,kari daging ker..wow....melting. .melting..
Roti sandwich Ala knor...

Inti:
1 tin kecil tuna in water
Sedikit  butter.

1/2 biji timun jepun.-hiris nipis
2 biji buah tomato.-hiris nipis.
Daun salad.

Cheese keping secukupnya.
Sos cili
Mayonis.
Thousand island

Cara-caranya:

Roti di belah dua.Sapukan dengan sedikit butter,Isikan dengan tuna dan cheese keping.Masukkan dalam oven sekejap sehingga cheese cair.Keluarkan roti.Isikan dengan sayur-sayuran ,Letakkan sos.mayonis..

Roti burger,roti manis berinti n cinnamon roll bread...


Burger bayam plus ayam...nampak hijau tu....hasil garapan bayam..


P/s nanti knor ronda2 ye....

Monday, November 16, 2015

SELIT MENYELIT


Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Menemankan anak-anak Iman soffea dan Muhammad merangkul anugerah kecemerlangan, harus gembira dgn kejayaan mereka..kan..tak gitu mak2 bapak2 sekalian....sekaligus nak jadi penonton mak2 yg anak2nya nak ambil result UPSR juga..
mesti ada yg sedih, gembira, melompat girang..



p/s la masih ada kat rumah ..belum gerak ke sekolah lagi..kes malas nak dengar ucapan2 VVIP..
jangan ikut perangai gini ye...pangkat2 mak2 ni bz memanjang....

Thursday, November 5, 2015

SUAMI UZUR


As salam
Selamat pagi,semoga hari ni Allah temukan dgn orang2 yg baik, perkara baik2.Ya Allah jadikanlah kami orang2 yg tenang lagi menyenangkan...

Dalam menunggu en suami potong rambut,aku duduk dalam kereta,tak sanggup rasa nak cium bau2an ..sambil tunggu tu,terpandang sepasang warga emas bukan Islam,nampak uzur betul suami,sambil dipimpin isteri..isteri nampak tua juga, tapi segar dan sehat...baiknya isteri rangkul tangan suami,gerak perlahan,ikut rentak uzur suami..

Terpandang lagi sepasang warga emas Islam, nampak si isteri pimpin tangan,gerak perlahan juga..sambil si isteri buka pintu kereta untuk suaminya masuk,isteri nampak tua, juga bertenaga..duduk sebelah pemandu,start enjin kereta,terus jalan..
Sepanjang aku menunggu suami potong rambut, ramai pulak warga tua berurusan di situ..semuanya lelaki yg uzur,tapi perempuan nampak kuat dan bersemangat walau banyak garisan kedut kat muka..

Dah siap suami potong rambut,aku pun tanyalah.."kenapa lelaki bila dah tua,tak kuat lagi,bini tua juga,tapi masih bertenaga..kenapa ye?

"Sebab lelaki masa muda kuat kerja,bila dah pencen,tak tahu apa nak buat,mereput jer, tak campur masyarakat,atau buat hal sendiri. kalau yg aktif  tu,takpelah..contohnya berniaga ke,kaki masjid ker,bersukan ker,buat kerja2 harian"

Aku pun sambunglah.."tengok orang perempuan sampai tua berkhidmat untuk suaminya..maknnya orang perempuan tak ada istilah rehat dalam hidupnya..
Beranak lelaki tak dapat rasa sakitnya..itu sakit yg paling dasyhatlah...kalau setakat selsema, demam biasa,larat lagi bangun untuk buat kerja2 rumah..

Bayangkan kalau lelaki demam...!!!

Ibrahnya disini PEREMPUAN MEMANG KUAT itu hakikat.

Sunday, November 1, 2015

DOA MAMA AYAH


Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."

"Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."

Salah satu yg kurang bila azhan mula tinggal di asrama ialah aku tak dapat nak pegang ubun2 sambil doakan dia tiap kali lepas solat jemaah dan keluar rumah...minggu lepas,itulah yg terakhir sebelum exam hari ni...bila hantar dia balik mmg rutin usap kepala sambil doa..

bila dia call berbakullah suruh dia baca doa itu,doa ini...
"kalau adik rasa susah soalan tu,adik pegang belakang leher dan selawat".ok ma katanya.
"adik dah buat solat sunat taubat.."dah ma baru tadi katanya.
"hajat dah buat" dah ma katanya.

Pas pulak phone kat ayah dia.."adik tenang jer ye,buat yg terbaik, mama dgn ayah sentiasa doakan adik..ok ayah katanya.

"ok ayah kirim salam semua,doakan adik ye"
"Maafkan adik,halalkan makan minum adik...."

P/s tumpah juga airmata dikala jejari menaip.
sahabat soleh dan solehah tolong juga titipkan doa untuk azhan dan semua calon SPM tak kira dimana pun.tolong doakan dlm setiap sujud mu sahabat.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)