Pages

Sunday, December 30, 2012

RIAK DI INTERNET


Perbetulkan niat..berdakwah kerana Allah.

sumber fb

Friday, December 28, 2012

Mum...


She works 24 hours a day
She's a Mum
She's an Alarm clock
A Cook
A Maid
A Teacher
A Nanny
A Nurse
A Driver
A Handyman
A Security Officer
A Photografer
A Counselor
A Comforter

She dosen't get holiday,sick pay or days off.
She work through the day and night
and get paid in hugs and kiss

Thursday, December 27, 2012

"Nak kawin lagi...!!


Dah berkorban macam-macam,semua ikut kata suami kalau suami kata itu tak boleh kita ikut je,tak membantah pun,kalau membantah pun mungkin dalam hati..bukan takut tapi malas nak gaduh depan anak-anak.

masak ikut kegemaran suami,nak beli baju ikut suami,semua boleh kata biar suami bahagialah.kita merana tak apa merana dalam hati juga,simpan sampai berkarat.

bila anak jatuh sikit suami marah  sebab tak pandai jaga anak...
bila kita  nak bersalin bukan main susah ada tu siap bedah lagi..setiap kali nak melahirkan anak kena bedah doktor toreh sana, toreh sini tuhan saja yang tahu alangkah sakitnya.

bila suami tak ada duit kita faham sangat-sangat beri semangat untuk bangkit semula. belum bab bila suami sakit lagi,punyalah kita risau,kita jaga bagai nak rak dia..bila kita sakit kita diam aje,kerja tetap jalan..makan tetap makan.

tup-tup suami nak kawin lagi..aduh sampainya hati,tak nampak ke segala pengorbanan,ke susahan,kesakitan,pedih, boleh kata yang buruk-buruk semua dapatlah.

sampai hati suami,dalam Islam boleh kawin hingga empat tapi Allah tidak mengalakan takut berlaku tidak adil.tapi percaya ke orang sekarang kawin ikut sunnah bukan ikut nafsu ke?rasanya ikut nafsu.kalau kawin dengan janda yang susah anak ramai itu saya percaya.tapi kalau kawin dengan perempuan cantik,seksi itu nafsu...

p/s so pada lelaki sebelum nak kawin lagi satu renung kebaikan isteri dan segala macam pengorbanan.cerita di atas bukan ada kena mengena dengan saya pun tapi dengan orang yang saya kenali, bermakna ini kisah benarlah ni...
saya bersembang dengan suami di restoran mamak mengenai topik inilah..

Tuesday, December 25, 2012

Stew daging daun selasih


Jom memasak...


bahan-bahannya;

setengah kilo daging batang pinang
seikat daun selasih
3 biji cili hijau
3 biji cili merah
3 biji bawang putih
sedikit halia
1 biji bawang besar
3 biji ubi kentang
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar tomato puri
1 sudu kecil serbuk jintan manis


kisar bawang putih,halia.
tumiskan sehingga garing,masukkan segala sos sehingga naik minyak,masukan serbuk jintan manis, masukan daging, gaul rata dan tutup sebentar.lepas tu bolehlah di masukan bawang besar,cili hijau dan merah di ikuti daun selasih.
untuk tidak terlupa kentang tadi di goreng dahulu untuk memudahkan kita jugakan..akhir sekali masukan kentang.siap untuk di hidang.boleh juga makan dengan roti..

Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan




Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada pemuda dan pemudi

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.

Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap Allah swt dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kamu bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kamu untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kamu agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kamu. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

 

Monday, December 24, 2012

Kebarangkalian


Subhanallah, alhamdulillah allahuakbar. Segala puji bagi Allah selawat dan salam buat Rasul junjungan Nabi Muhammad saw.

Tidak pernah rasanya saya menulis sesuatu berkaitan dengan diri sendiri untuk blog sendiri.selalunya mengenai keluarga,resepi,agama, dan keadaan sekeliling. Menulis perihal diri sendiri seperti menulis peristiwa ke dalam diari peribadi. Melihat kembali sejarah yang telah dilakukan dan membuat penilaian terhadap diri ini.

Adakah saya telah menjadi lebih baik dari sebelum ini?????

Akhir-akhir ini banyak perkara yang tidak ada kepastian untuk saya berpegang. Cuma yang ada tindakan diatas sebuah kebarangkalian yang mempunyai kebarangkalian kepastian yang tinggi bagi saya untuk terus ' survival ' bagi memenuhi tuntutan duniawi.

Alhamdulillah rezeki tidak pernah putus.anak-anak yang baik dan bijak,suami yang bertanggungjawab....masa hadapan Allah jua yang mengetahui.

Berusaha dan bertawakal.

Sunday, December 23, 2012

Gedik.... plus konon..



Di sebuah restoran mahal..

Seorang gadis bertudung makan seorang diri...

tiba-tiba datang sekumpulan remaja duduk di meja sebelah..

Seorang gadis dari kumpulan itu berkata :

"gadis kampung mana pulak datang restoran mahal camni pastu makan guna tangan pulak tu...ni mesti tak reti nak pakai sudu dan garfu kan.."

Seorang anak muda pulak menyampuk:

"ish...muka cantik..tapi makan sampai licin pinggan..malu doh kalau aku jadi bf dia..kalau awek aku makan x sampai separuh pinggan..diet katakan..nak jaga badan...."

Seorang lagi berkata :

"eww..tengok tu...sampai menjilat jari dowh..geli aku...pengotor rupanya awek ni..."..

Kemudian datang seorang lelaki yang tidak dikenali ke arah kumpulan remaja tu...

Lelaki tu berkata:

Gadis bertudung itu makan guna tangan kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w. bukan kerana dia gadis kampung.

Gadis bertudung itu makan sampai licin kerana dia tak ikut nafsu untuk membazir, bukan kerana dia tidak malu.

Gadis bertudung itu makan sampai menjilat jari kerana ikut sunnah Rasulullah s.a.w, bukan kerana dia pengotor.

 Rasulullah saw. bersabda yg bermaksud : “Sesiapa yg menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya ia telah mencintaiku, dan sesiapa yg mencintaiku, nescaya ia bersama-samaku di dalam syurga.. (Riwayat Anas ra.)

Friday, December 21, 2012

Adibah dan kek...


Anak-anakku,jangan berputus asa melihat hidup.Yang pahit,yang manis,yang kelat,yang masam dan sebagainya itu harus di nikmati.Tidak ada orang yang sanggup menelan gula berkilo-kilo,atau garam bertan-tan atau keju bertimbun-timbun...
tetapi apabila dicampur atau diadun gula, garam, dan keju...anak-anak bakal menikmati kek yang sangat lazat...

Tersenyumlah untuk hidupmu walau setelah tidak terhitung banyaknya engkau menangis...


 ingatkan cuti ni boleh rehat-rehat rupanya banyak benda nak kena buat..alhamdulillah mama banyak bantukan..




 p/s tinggal nak shopping lagikan..ujian berkomputer juga dah lulus..akan bersambung lepas plkn..urusan bank juga dah selesai,..segala macam borang dah di isi..
ramai kawan adibah dah dapat tawaran ke Korea dan Australia...selamat berjuang wahai anak-anak....

Wednesday, December 19, 2012

Bersepah.....


 tepi dinding,bawah katil tepi katil, rak buku,dan dalam almari buku, bersepah pun ada...cantik betul dinding saya..tu

tepi tv pun jadi..buku-buku saya dan suami tak muat letak aje mana-mana..

di lantai pun boleh..nak buang sayang pula katanya...

Pilih buku nak bagi anak saudara pula..kaki siapa pula tu..cantiknya lah sangat...

recyle

stok baru...pilih iman...



Tuesday, December 18, 2012

Strawberry





di entri lepas ada resepinya..penambahan cuma strawberry paste

strawberry pavlova

Sunday, December 16, 2012

Jika itu jodohmu


Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT  Tuhan semesta alam. lepas ni banyak perkara yang nak di uruskan...dari satu ke satu semoga Allah permudahkan..Tak ada apa pun nak di kongsikan di sini cuma ini buat renungan...




Tak perlu mencari teman secantik Balqis,andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusuf jika kasih tak setulus Zulaika.
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sehebat Siti Hajar dan mengapa di dambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sempurna Rasulullah SAW.
Bimbinglah dirinya, dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan,carilah kebaikan pada dirinya,dan bersyukurlah kerana di pertemukan dengannya.
Tetaplah berdoa pada Tuhan agar dia akan terus jadi milikmu.


Dalam hati ada taman...


Thursday, December 13, 2012

"keadaanku"



Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji, tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, "Berapa banyak orang-orang yang berhaji pada tahun ini?" Jawab yang lain, "Enam ratus ribu." Lalu ia bertanya lagi, "Berapa banyak yang diterima ?" Jawabnya, "Tidak seorang pun yang diterima, hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq."

Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu, maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya. Jawab orang itu, "Muwaffaq." Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya, "Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang sedemikian itu?" Jawab Muwaffaq, "Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada tahun ini sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.

Jawab jiranku, "Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu." Ketika aku mendengar jawapan itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu. "Sebenarnya hajiku adalah di depan pintu rumahku." Kata Muwaffaq lagi.

Rasulullah s.a.w. ada ditanya, "Ya Rasululah tunjukkan padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga." Jawab Rasulullah s.a.w., "Jadilah kamu orang yang baik." Orang itu bertanya lagi, "Ya Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka engkau sebenarnya jahat."

Wednesday, December 12, 2012

Orang jual mahal..saya jual murah je...


 saya kurangkan gula taklah manis sangat lembut dan tak pecah-pecah..ni untuk kami makan.

tempahan teman  rm65 sahaja kalau kenalan rapat lagi le murah..rm 50 sahaja
tempahan juga

resepi sangat senang cuma 5 biji putih telur
3/4 gula
1 sudu cuka
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu vanilla esen
pukul putih telur sehingga kembang memutih dan ringan
masukan gula sedikit demi sedikit
pukul lagi sehingga ringgan .
masukan cuka dan pukul lagi
selepas itu masukan tepung jagung dan esen vanila dan kaup balikan.
dulang berlapikan kertas minyak dan masukan adunan tadi
siap untuk di bakar pandai-pandailah kat sini ye..

untuk topping:
whipping cream
susu tepung
cheese cream
pukul whip dah pekat masukan susu dan cheese
buah-buah pilihan anda

p/s  saya pelik orang jual pavlova sangat mahal..hingga Rm120 ke Rm150  ni mencekik darah namanya...tak baik macam tu..ada di kalangan anda ni..

Monday, December 10, 2012

Bersyukur


Di suatu hari, ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan, datang seorang pengemis yang lusuh serta lapar meminta makanan:

“Tolonglah tuan, sejak semalam saya tidak menjamah apa-apa”. Dengan muka yang bengis si suami menghalau dan menengking si pengemis itu.

Si suami berkata dalam hati ” Aku membina kekayaan bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku”. Si isteri ingin bersedek
ah tetapi tidak dapat berbuat demikian melihatkan sikap suaminya.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia menceraikan isterinya keranan tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian isterinya yang masih cantik itu berkahwin dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suaminya mengadap makanan, datang seorang pengemis mengetuk sambil meminta belas kasihan. mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menerkup muka sambil menangis dan berkata si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulunya pernah menengking seorang pengemis.

Suaminya yang baru itu menjawab dengan tenang “Demi Allah, akulah sebenarnya pengemis yang dihalau dan ditengking dulu.”

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.

Bersyukur dengan apa yang kita ada dan jangan lupa pada insan yang tiada apa-apa. moga Allah redha.

Sunday, December 9, 2012

Panjang-panjangkan sedekah

orang kata kalau ada rezeki tak ke manakan.semalam rumah saya di penuhi dengan buah-buahan tempatan durian,manggis, langsat,dan rambutan tak payah saya susah-susah panjat pokok apatah lagi nak tanam.seorang hamba Allah yang sangat pemurah ,melalui adik saya sampailah buah-buahan tu ke rumah saya.menurut kata adik ayahnya dah buat wasiat jangan jual walau sebiji buah pun,punyalah luas kebunnya,tak payah berdiri untuk petik manggis,dengan hanya mencangkung pun boleh petik manggis,baring pun boleh...

bukan setakat buah-buahan  malah ikan talapia dan patin yang gemok-gemok dan besar.maaf tak sempat saya nak ambil gambar..rumah semak sangat.
saya hanya ambil sedikit manggis,langsat 2/3 biji durian juga sedikit rambutan.yang lain-lain saya sudah masukkan dalam plastik dan nak agih-agihkan kepada jiran tak kira melayu atau india saya akan panjang-panjangkan sedekah yang di amanahkan oleh orang yang pemurah tadi..semoga di sana dia di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.kepada adik,abang adik ipar,kakak ipar terima kasih banyak-banyak ye...

malam tadi saya hidangkan makan malam yang tak seberapa.."maaf ye lauk tak cukup..kata perut dah penuh makan buah"...rupanya nak nasi juga..
kakak dari Pulau pinang juga ada di rumah saya semalam berkampunglah kami dengan buah-buahan.

minum petang saya jamu dengan kek yang masih panas siap buat demo depan kakak.nak tengok cara saya buat kek..katanya'

ini saje yang sempat saya ambil gambar masa ni buah tak sampai lagi..

green tea cake plus strawberry...yummy... 

nanti saya bagi resepi ye..tak sempat nak menaip ni hah..

Thursday, December 6, 2012

Suatu hari minggu...


ke One utama

Iman suka dengan beg ni..

Muhammad suka dengan beg ni

azhan suka botol air ni..eh..eh mahal tu letak balik ye..

tengah tengok kasut sekolah..iskh budak ni nak makan pula..lapar..lapar ok nanti kita makan..tu merajuklah tu..

 budak ni rilex je tahun ni tak payah nak beli apa-apa..
kelas memandu pula..
tengah pening cari bag azhan

nilah bag yang azhan suka..gambar ni keesokkan harinya..siap pakai baju sekolah lagi..tak sabar ke?

cari baju sekolah pula..letih sikit kat sini...

 sebelum balik, solat dulu
perut pun dah berbunyi-bunyi..

ke sekolah kita..







In Shaa ALLAH







Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: "Barang siapa yang meninggalkan solat Jumaat tanpa ada keuzuran atau bahaya maka ia menjadi orang munafik dalam sebuah catatan yang tidak akan dihapuskan dan tidak akan ditukar."(HR. Abu Daud dan Nasai)

Tuesday, December 4, 2012

Euphorbia nerrifolia



"Mama pokok sesudu itik tu macam mana?"tiba-tiba  aje iman soffea tanya dengan saya..spontan aje saya jawab tak pernah dengar pun, pokok apa tu? saya tanya  balik..???saya berhenti kejap buat kerja dan terus google..la pokok ni rupanya".saya pun bukalah cerita masa di kampung punyalah berlambak pokok ni..memang ada masak tumis-tumis air..masa tu tak tau pun apa namanya..rupanya iman nak selesaikan jawapan latihan sains...malam tadi pun dia tanya wakaf tu apa?saya terus kata wakaf tu berhenti.lepas tu ayahnya bagi penerangan yang panjang tentang wakaf dah semua orang kena bagi tumpuan...dengar...dengar.

saya suka memancing di celah-celah pokok sesudu itik ni..nama saintifiknya Euphorbia nerrifolia

bolehlah iman rujuk  di sini ye...
 


Kegunaan: 

Sakit telinga,mata, tumor, bisul, bengkak, asma, malaria, buasir, gusi gigi .
Kaedah.
Bagi kegunaan sakit telinga dan bisul, daunnya diramas hingga lembut dan perah airnya ke dalam telinga atau tampal tempat yang sakit serta ulang sehingga rasa lega.

Habitat : Pokok ini boleh didapati di kawasan pinggir hutan.

Kaedah Pembiakan : Pembiakannya secara biji benih

p/s kalau iman tak tanya sampai bila pun saya tak tau pokok apa ni..dapat ilmu gara-gara iman soffea

Monday, December 3, 2012

Motivasi


gambar iman soffea dan rakan masa hari kecermerlangan tempoh hari..macam dah basi ajekan..motivasi juga untuk anak-anak tengok sebelum saya tutup mata.sekurang-kurangnya saya suka tengok kejayaan anak-anak dan catat sesuatu di sini dan menghargai kejayaan mereka.bila anak-anak tengok mesti mereka suka dan bersemangat lagi  untuk belajar bersungguh-sungguh..salah satu cara sayalah..




inilah hadiah yang saya bagi...sedap tak iman!

Sunday, December 2, 2012

Halal,bersih dan murah


green velvet ke tanjung karang..nak bertunang..banyak tempahan kek akhir-akhir ini.

rindu nak makan kek saya katanya..order lagi.


tiba-tiba ada pelangan nak makan durian crepe..boleh buat tak?saya kata tak pernah buat..ok saya cubalah..inilah hasilnya..ada musang king di dalam..saya buat besar-besar puas makan..

pavlova..buat untuk anak-anak je..

lembut di dalam keras di luar..

di entri lalu ada saya tinggalkan resepi ..

respon pelangan katanya kek saya macam kek yang di jual di Resepi Rahsia..
sejujurnya sekali pun saya tak pernah masuk apatah lagi nak makan.bukan saya kata ye..pelangan yang bagi komen...masih ada tempahan..yang harus di selesaikan..alhamdulillah

p/s kebersihan,status halal dan murah itu yang saya utamakan.




Thursday, November 29, 2012

Buah cinta berasas takwa

p/s cuti -cuti sekolah ni carilah sedikit masa untuk berbual dan bercerita dengan anak-anak yang sedang meningkat remaja untuk memiliki cinta berasas takwa..tapi dengan saya  anak-anak jangan harap nak bercinta-cintun ye..buat masa ni adibah dengan azhan geli pula dengar pasal cintan-cintun ni..cerita dan jadikan tauladan ok aje.."Ingat couple dalam Islam adalah Haram."
Di sini saya hidangkan dengan hidangan santapan rohani semoga kita sentiasa  memperbaharui kehidupan dengan perkara yang baik lagi murni...

Inilah kisah indah percintaan seorang tabi’in mulia. Namanya Mubarak.

Dulu, Mubarak itu seorang hamba. Tuannya memerdekakannya kerana keluhuran pekerti dan kejujurannya. Setelah merdeka ia bekerja pada seorang kaya raya yang memiliki kebun delima yang cukup luas. Ia bekerja sebagai penjaga kebun itu. Keramahan dan kehalusan tutur sapanya, membuatnya disenangi semua temannya dan penduduk di sekitar kebun.Suatu hari pemilik kebun itu memanggilnya dan berkata: “Mubarak, tolong petikkan buah delima yang manis dan masak!”Mubarak seketika itu bergegas ke kebun. Ia memetikkan beberapa buah dan membawanya padaTuannya. Ia menyerahkan pada Tuannya. Majikannya mencuba delima itu dengan penuh semangat. Namun apa yang terjadi, ternyata delima yang dipetik Mubarak rasanya masam dan belum masak.

Ia mencuba satu persatu dan semuanya tidak ada yang manis dan masak..Pemilik kebun itu gusar dan berkata: ”Apakah kau tidak dapat membedakan mana yang masak dan yang belum masak? Mana yang manis dan mana yang masam?”“Maafkan saya Tuan, saya sama sekali belum pernah merasakan delima. Bagaimana saya boleh merasakan yang manis dan yang kecut,” jawab Mubarak.“Apa? Kamu sudah sekian tahun bekerja di weesini dan menjaga kebun delima yang luas yang telah berpuluh kali berbuah dan kau katakan belum merasakan delima. Kau berani berkata seperti itu!”Pemilik kebun itu marah merasa dipermainkan.“Demi Allah Tuan, saya tidak pernah memetik satu butir buah delima pun. Bukankah anda hanya memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi izin pada saya untuk memakannya?” .Mendengar ucapan itu pemilik kebun itu tersentak. Namun ia tidak langsung percaya begitu saja. Ia lalu pergi bertanya kepada teman-teman Mubarak dan tetangga disekitarnya tentang kebenaran ucapanMubarak. Teman-temannya mengakui tidak pernah melihat Mubarak makan buah delima. Juga tetangganya.Seorang temannya bersaksi: “Ia seorang yang jujur, selama ini tidak pernah berbohong. Jika ia tidak pernah makan satu buah pun sejak bekerja disini bererti itu benar.”***Kejadian itu benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun. Diam-diam ia kagum dengan kejujuran pekerjanya itu.Untuk lebih meyakinkan dirinya, ia kembali memanggil Mubarak:“Mubarak, sekali lagi, apakah benar kau tidak makan satu buah pun selama menjaga kebun ini?”“Benar Tuan.”“Berilah aku alasan yang boleh aku terima



“Aku tidak tahu apakah Tuan akan menerima penjelasanku apa tidak. Saat aku pertama kali datang untuk bekerja menjaga kebun ini, Tuan mengatakan tugas saya hanya menjaga. Itu aqadnya. Tuan tidak mengatakan aku boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama ini aku menjaga agar perutku tidak dimasuki makanan yang syubhat apalagi haram. Bagiku kerana tidak ada izin yang jelas dari Tuan, maka aku tidak boleh memakannya.”“Meskipun itu delima yang jatuh di tanah, Mubarak?”“Ya, meskipun delima yang jatuh ditanah. Sebab itu bukan milikku, tidak halal bagiku. Kecuali jika pemiliknya mengizinkan aku boleh memakannya.”Kedua mata pemilik kebun itu berkaca-kaca. Ia sangat tersentuh dan terharu. Ia mengusap air matanya dengan sapu tangan dan berkata, “Hai Mubarak, aku hanya memiliki seorang anak perempuan.Menurutmu aku mengahwinkannya dengan siapa?”Mubarak menjawab: “Orang-orang Yahudi mengahwinkan anaknya dengan seseorang kerana harta.Orang Nasrani mengahwinkan kerana keindahan. Dan orang Arab mengahwinkan kerana nasab dan keturunannya. Sedangkan orang Muslim mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat iman dan taqwanya. Anda tinggal memilih, mahu masuk golongan yang mana? Dan kahwinkanlah puterimu dengan orang yang kau anggap satu golongan denganmu.”Pemilik kebun berkata: ”Aku rasa tak ada orang yang lebih bertakwa darimu.”Akhirnya pemilik kebun itu mengahwinkan puterinya dengan Mubarak. Puteri pemilik kebun itu ternyata gadis cantik yang solehah dan cerdas. Ia hafal kitab Allah dan mengerti sunnah NabiNya.Dengan kejujuran dan ketaqwaan, Mubarak memperoleh nikmat yang agung dari Allah SWT. Ia hidup dalam syurga cinta. Dari percintaan pasangan mulia itu lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama“Abdullah”. Setelah dewasa anak ini dikenal dengan sebutan “Imam Abdullah bin Mubarak” atau“Ibnu Mubarak”, seorang ulama di kalangan tabi’in yang sangat terkenal. Selain dikenali sebagai ahli hadis, Imam Abdullah bin Mubarak juga dikenali sebagai ahli zuhud. Kedalaman ilmu dan ketaqwaannya banyak diakui ulama pada zamannya.Inilah Buah cinta yang Berasaskan Ketaqwaan, semoga kita dianugerahkan cinta yang disertai ketaqwaan.





Wednesday, November 28, 2012

Ok ke PLKN ni...?




p/s boleh tak kongsi pengalaman atau pendapat tentang kebaikan atau keburukan..saja nak tanya..manalah tahu rakan-rakan atau anak rakan-rakan sudah melaluinya..:)

Tuesday, November 27, 2012

Mak cik tu dengan saya tak ada bezanya...


Tergesa-gesa turun tangga  nak pergi ke parking,ternampaklah ada seorang mak cik ni tengah borak-borak dengan seseorang..tiba-tiba dia datang ke arah saya macam mengejar saya je.saya cepat-cepat masuk dalam kereta,tiba-tiba mak cik terus menegur 'adik nak beli keropok,' gaya percakapan macam orang Terengganu, "takpelah mak cik saya nak cepat ni"mak cik tu pujuk-pujuk saya,banyak kali juga saya menolaknya..lepas tu saya tanya "berapa satu makcik.."satu 12 ringgit kalau adik beli dua 24 ringgit..emmm dalam hati tak payah cakap pun tak apa kalau dua 20 ringgit oklah juga..oleh kerana kesian dengan makcik tu oklah saya ambil satu.memang tak nak beli sebenarnya sebab memang bukan pengemar keropok dan tak berapa nak bagi anak makan keropok,makan keropok pun bila bertandang rumah orang,  takkan tak makan pula bila orang hidangkan..

saya anggap bersedekah aje kat mak cik tu..dalam hati kata..:"tak kaya pun saya dengan 12 ringgit tu..ok mak cik terima kasih banyak..berpeluh-peluh mak cik tu,susah payahnya dia mencari rezeki.

 bilalah saya nak goreng keropok ni...

saya pun jual keropok juga bezanya ia adalah rempeyek tak perlu jalan-jalan hanya tunggu call masuk atau dari mulut ke mulut . tak perlu iklan sana sini orang datang mencari saya.tapi susah payahnya saya di sini ialah mengoreng rempeyek.kalau tak cukup mental dan fizikal lupakan aje..macam adik saya..kononnya nak buat jugalah, saya bagi resepi,dia cubalah buat..dia kata satu balang satu hari..amboi lamanya..macam-macam komplen..sudahnya beli aje dari saya..kalau satu hari satu balang kalau orang tempah 3 balang mau seminggu..mak cik tadi mungkin susah payahnya menjual merata tempat..

p/s memperbanyakkan doa kepada Allah semoga di permudahkan usaha dalam mujahadah.tiada satu yang mudah kecuali Allah mempermudahkan..

Monday, November 26, 2012

Macam-macam minta



hai macam-macam adibah minta,nak makan durianlah nak makan pavlovalah,nak makan maggilah,nak minum air berkarbonatlah,nak makan sambal belacanlah,nak tidur puas-puaslah,nak tengok tv suka hati dialah, nak baca novel,nak berchatting macam orang mengidam pula..

maklum saja bertungkus lumus sebelum ni menelaah,sampai tak keluar bilik,tak keluar rumah,keluar rumah hanya untuk kesekolah aje..nak makan di luar pun tak nak ikut,pergi jalan-jalan rumah saudara pun tak nak ikut.masa itu emas katanya...rugi..rugi inilah yang menentukan masa depan katanya,"

hari ni paper biologi subjek yang dia sangat minat..juga tamat pada hari ini.semoga dia beroleh kejayaan dalam semua mata pelajaran yang di ambil.


p/s sebelum ni semua yang dia teringin tu di larang makan..jemput dia nanti nak singgah beli durian..makan puas-puas ye adibah..

Sunday, November 25, 2012

Go..go..go.. Azhan




p/s ..dapat tahu hanya melalui online...30.11 baru ambil slip keputusan di sekolah,hmmmm anak orang lain hebat lagi agaknya...tahun hadapan PMR ..go..go...go azhan.

Saturday, November 24, 2012

Masak apa hari ni....?


selamat berhari minggu..hari ni update n3 memandangkan senang dan tidak le sibuk...
suami biasalah ada kelas bahasa arab..

memasak dah jadi rutin..nak jalan-jalan belum tiba masanya lagi anak tak habis exam lagi..

sup bebola ayammas tak pedas anak-anak suka...

kangkung sos tiram

ikan bawal putih hanya di goreng dan sambal belacan..kegemaran saya dengan adibah

tak ada resepi hari ni..hidangan tak ada yang istimewa sangat pun..rasanya semua pun boleh masak..kan..nak bagi idea tu yelah kut..

Friday, November 23, 2012

Main sambil belajar


inilah kerja iman soffea tak habis dengan mengunting, melukis, mengadun dan macam-macam lagi ...
buat lubang dan masukan jari...lepas tu boleh gerak-gerakan lukisan tu..

 iman dan muhammad

ini gelang yang iman buat...banyak tasbih mama yang putus..di jadikan gelang

nak jual katanya...

sahibba


Nabi Saw amat menyukai kanak-kanak..Bahkan kanak-kanak juga sangat menyenangi Nabi SAw..Nabi selalu mendahului mengucap salam kepada mereka, mengusap pipi dan kepala mereka, bergurau senda bermain bersama, bertanyakan soalan teka teki kepada mereka, memanggil mereka dengan panggilan 'wahai anakku'....



ini lukisan muhammad si gunung dan si pelangi

 ini pula lukisan iman soffea sinaran matahari

 ini pula lukisan abang lamborghini

p/s aktiviti cuti-cuti ni...lepas ni saya akan bagi markah..untuk semua lukisan tu..tak sabar dah anak-anak...!!

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)