Pages

Monday, October 31, 2011

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking

Assalamulaikum.
kali ni nak ikut lagi segmen Lulu Caldina..
Klik aje link di bawah utk join.
  • Tarikh Tutup jumaat 2 petang 04/11/2011 ..

Cerita Cinnamon..

Assalamualaikum.

Dah petang pun cepatnya masa berlalu,Tengahari tadi saya ada tetamu,tetamu tu abang, isteri dan anak-anaknya,dia memang suka datang mengejut-mengejut ni.Belum masuk rumah lagi,dia dah tercium bau nasi beriani.
Saya memang masak awal,sebab anak-anak ada yang bersekolah petang,wajib masak untuk anak-anak makan, sebelum ke sekolah,nak dapat berkat mamanya..
Saya jemput abang duduk,tapi dia tak nak duduk,terus ke dapur,buka semua periuk,sampaikan rice cooker pun dia buka,nak tengok nasi beriani yg harum semerbak tadi..
Lepas tu dia buka peti ais pula,cari apa yang boleh di makan,nasib baik adik beradik..kalau orang lain,mau saya lari.
Isteri abang jeling-jeling je suaminya..malu la kut..
Saya terus hidangkan nasi beriani tadi,dengan ayam rendang massala...
Emm,berseleranya abang n anaknya makan,isterinya tak nak makan,sebab dia kata awal lagi..memang awal pun baru pukul sebelas setengah..
Lepas makan,n sembang sikit-sikit,abang minta izin nak balik..

Rezeki abang saya hari ni..orang kata rezeki depan mata jangan di tolak.
Abang saya adalah tetamu saya.

Nabi bersabda;
"Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian hendaklah berbuat baik kepada tetangganya.Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari K emudian hendaklah menghormati tetamunya.Dan barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian berkata baik atau diam saja."{Abu Syuraih Al-Khuza'i}

Dari Imarah binti Ka'ab,katanya Rasulullah SAW pada suatu hari datang ke rumahnya kemudian dia menghidangkan makanan untuknya.Rasulullah SAW berkata, "makanlah."Wanita itu berkata, "Saya sedang berpuasa." Rasulullah SAW berkata, "Sesungguhnya orang yang berpuasa,lalu makanan yang di milikinya di makan oleh orang yang tidak berpuasa,maka malaikat akan berselawat untuknya sampai mereka selesai makan. {HR.Tirmizi}

Wassalam.

Friday, October 28, 2011

Tak habis-habis nak berseronok ....

Assalamualaikum.


Hari ni tergerak hati nak buat entri mengenai hujan.
Di Thailand mengalami banjir yang sangat teruk, banjir setinggi lapan belas tingkat rumah,bayangkan kalau Kuala Lumpur mengalami banjir setinggi itu.


Apa perasaan kita bila hari hujan,rata-rata mengatakan seronok kan,sejuk la,tarik selimut best la,tidur la,minum kopi panas,kena pulak makan dengan pisang goreng panas..huh,terangkat."Hai nikmatnya bila hujan.'


Itulah fitrah manusia kan,tak habis-habis nak berseronok.
Aishah r.anha meriwayatkan bahawa apabila berlaku ribut dan taufan,akan zahir perubahan pada wajah Nabi SAW.Wajah Baginda S.A.W akan menjadi pucat . Baginda S.A.W akan berjalan keluar masuk sambil membaca doa ini , 

"Ya Allah, aku memohon daripadaMu kebaikan angin ini dan kebaikan yang ada dalamnya dan kebaikan yang Engkau kirim dengannya dan aku berlindung denganMu daripada keburukan angin ini dan keburukan yang ada di dalamnya dan keburukan yang ada  dalamnya dan keburukan yang Engkau kirim denganNya. "

Apabila hujan mulai turun, kegembiraan mula kelihatan pada wajah Nabi S.A.W . Saya bertanya, "Wahai Rasul Allah, apabila melihat awan, semua orang akan gembira kerana awan ialah tanda akan turun hujan, sebaliknya tuan kelihatan gelisah. "
Baginda S.A.W bersabda, "Wahai Aisyah. adakah aku boleh berasa yakin bahawa tidak ada azab bersama-sama angin itu?Kaum "Ad telah diazab dengan perantaraan angin . Apabila mereka melihat awan, mereka bergembira lalu berkata, "Awan itu akan membawa hujan untuk kami. "Sedangkan dalam amgin itu ada azab. "(Durrul Manthur)

Ingatlah wahai  kita yang bergelar hamba . 
Wassalam .

Thursday, October 27, 2011

Profil Musuh Kita ....

Assalamualaikum
Iblis google
Nama : Iblis
Tempat Kediaman :Hati yang lalai, tempat maksiat, tempat yang kotor .
Keluarga : Jin, syaitan dan taqhut.
Tempat kembali : Neraka jahannam
Pangkat : Fasik kelas pertama.
Agama: Kufur.
Tugas : Professor dan pengarah bagi golongan yang menyesatkan hamba Allah .
Kerja : Menyuruh kepada kemungkaran dan maksiat serta mencegah kebaikan .
Tempoh khidmat : Hingga hari kiamat .
Modal : Angan-angan .
Majlis : Pasar-pasar .
Tema kerja : Munafik penghulu akhlak .
Keuntungan : Sia-sia seperti debu yang berterbangan .
Pakaian: Pakaian yang tidak menutup aurat .
Pasangan hidup : Orang yang berpakaian tetapi bertelanjang .
Sahabat : Munafik .
Sumber rezeki : Harta yang haram.
Janji : Menjanjikan kefakiran dan kemiskinan .
Cita-cita : Mengkafirkan semua manusia .
Makanan : Daging bangkai (mengumpat) .
Benda yang menyedihkan baginya : Banyak sujud kepada Allah .

Inilah sebahagian besar biodata syaitan kerana syaitan adalah penolong kepada Iblis .

Wassalam .  

Wednesday, October 26, 2011

Mana nak datangnya berkat itu..

Assalamualikum.

Apabila kita menghitung nikmat Allah,tentu tak terhitung banyaknya kan.Allah hanya menuntut supaya manusia mensyukuri nikmat itu.
Tapi adakah manusia mensyukuri nikmat itu,saya bagi yang paling mudah, contoh hidung kita bernafas,adakah kita sedar yg kita ni masih hidup untuk menyedup udara segar...berapa ramai bila kita bagun dari tidur mengucapkan "Alhamdulillah".

Pada hari minggu biasanya sarapan pagi,kita makan di luar ,dah lah malas nak masak,bila keluar je dari rumah,suami pakai seluar pendek,isteri pakai tudung tapi berbaju ketat,atau tak bertudung pun,atau bertudung tapi menampakkan lengan,Mana perginya "Allahuakbar',mana pergi Iyyaaka Na'budu Wa Iyayaakanas Ta'iin. "Mana nak datangnya berkat".

Ada pulak jenis manusia yang bila pergi kenduri,main langgar je waktu solat,contohnya perjalanan dari gombak ke Klang,mengambil masa yang agak panjang,kata lah mula perjalanan pukul 12:30,masa dalam perjalanan dah pun masuk solat Zohor,sampai rumah pengantin terus makan,perut tengah lapar ni,bila perut dah penuh ,apa jadi ,ada yang ingat solat Zohor tadi, Alhamdulillah,pada yang tak ingat ni, "nak kata apa",mana perginya "Allahuakbar".Perjalanan balik  pun sama mengambil masa yang panjang,terlepas lagi solat Asar..konon nak rapatkan silaturrahim.
"Mana datangnya berkat".

Ada lagi jenis manusia,bila bertandang ke rumah saudara yang kaki solat,elok bertudung,masuk waktu solat,terus solat,ini manusia yang takutkan Allah ke,atau takutkan tuan rumah.Ada juga yang tak solat langsung,ini lagi teruk.Tapi bila berjalan bersama keluarga,contoh bawa anak-anak makan angin,buka tudung,baju jangan nak kata lah,dah macam sarung nangka.Solat tak tahu lah. buat ke tak buat.Ini jenis sekejap pakai tudung sekejap buka tudung,nak main-main dengan Allah pula ye.Mana "Allahuakbar'."Mana datangnya berkat."
Fabi aii a'laa irabbikumaa tukazziban {nikmat Allah mana yang kamu nafikan}, Sebanyak tiga puluh dua kali ayat ini dalam surah Al-Rahman.

Allah berfirman:
Adakah kamu melihat orang yang menjadikan nafsu sebagai tuhan?Allah membiarkannya sesat kerana Allah mengetahui(kejahatan hatinya),menutup pendengaran,hati dan penglihatannya.Oleh itu, siapa yang memberi pertunjuk melainkan Allah?Mengapa kamu tidak mengambil pengajaran?"{Surah al-Jasiyah ayat ke- 23}

Terpulang lah kepada sesiapa yang nak terasa..

Wassalam.

Wordless Wednesday #11

Cari pasal ke ni?

Tuesday, October 25, 2011

CONTEST BLOGKU MENAWAN KALBU BY ASKAR PINK & AMALINA.

 

Assalamualaikum ,

Kali ni nak menyahut seruan CikHOneyBee
untuk menyertai contest blogku menawan kalbu by AMALINA HO dan ASKAR PINK .

CINNAMON nak tag :
CONTEST INI BERMULA DARI 24 OKTOBER 2011 HINGGA 1 DISEMBER 2011. RALAT TARIKH SEBENAR SEHINGGA 24 NOVEMBER 2011.


Wassalam.


Monday, October 24, 2011

Suami...Ayah..

Assalamualaikum.

Segala puji dan syukur hanya milik Allah Swt,Tuhan semesta alam, kedamaian semoga sentiasa di limpahkan kepada Nabi Muhammad Saw.dan seluruh keluarganya.

Kepada rakan-rakan yang saya hormati,sudilah kiranya membaca entry saya yang tak seberapa ini..hanya untuk di kongsi,tidak ada timbul riak atau menunjuk-nunjuk.

Tuhan menjadikan semua mahkluk lain untuk manusia dan tuhan menjadikan manusia bagi mentaati Allah.
Kebiasaan seminggu dua kali,saya dan keluarga,selepas maghrib berkumpul untuk mendengar tazkirah dari suami..membaca al-Quran,hadis dan makna sekali..dengan cara itulah anak-anak akan bertanya itu dan ini.Dan ini akan timbul rasa takut dalam diri anak-anak.Suami saya bukanlah ustaz,atau pun pelajar dari Mesir,hanya orang biasa.Inilah tanggungjawab suami saya kepada anak-anaknya.Dan saya sebagai isteri sangat bersyukur.Hampir setiap masa saya dengan suami,hal agamalah yang kami bualkan,terutama sekali kisah-kisah Rasulullah Saw ,bila bercakap dengan anak-anak pun kami akan selitkan dan akan bacakan hadis.Anak-anak akan terdiam dan angguk faham..

Dengan dunia yang serba serbi mudah inilah yang melekakan anak-anak.Saya mempunyai empat orang anak yang semakin membesar,dan kehidupan pada masa depan  masih samar.

"Sesungguhnya setiap amalan itu di sertai dengan niat.Dan sesungguhnya setiap orang di nilai dari apa yang di niatkan.Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya itu adalah di nilai kerana Allah dan Rasul-Nya.Dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang di idamkan atau perempuan yang ingin di kahwininya,maka hijrahnya di nilai kerana itulah."{Bukhari}

Wassalam.

Sunday, October 23, 2011

Segmen Kancil8349 : Kartun Animasi Yang Paling Korang Suka...


Assalamualaikum.

Kali ni nak ikut lagi segmen kancil mengenai kartun animasi.Masih ingat tak lagi buku cerita kartun bersambung-sambung,cerita pendekar,antara koleksinya,pendekar mata satu,si bongkok, harimau berantai,n macam-macam lagi la,selalunya cerita nya semua, gaduh-gaduh ala-ala pendekar gitu. Suka sebab,hero selalunya rambut panjang,dan the end mesti menang dapat heroin cun lagi.Memandangkan ceritanya sambung-sambung,saya akan beli hingga episod akhir..memang banyak la koleksi buku pendekar tu..tak silap saya masa tu saya dalam darjah 4 hingga menengah..siap pinjam-pinjam lagi..Sekarang ni masih ada lagi terjual,tapi tak sama macam yang dulu..tapi dah tak minat nak baca,dah veteran pun..
Sekarang ini,Doraemon,jadi koleksi anak saya...punya la banyak,setengah lori saya buang,"surat khabar lama."Pada sesiapa nak join,klik je pada banner di atas ,sama-sama kita memeriahkannya ye..
Wassalam.

Saturday, October 22, 2011

Segmen : Jom kenal kenal !

Wanita......

Assalamualaikum.

Wujud tak dalam diri wanita ke ikhlasan dan semangat ke agamaan...
 Zaman sekarang ini sejak awal-awal lagi anak-anak di besarkan dalam suasana yang bertentangan dengan keagamaan atau paling kurang pun suasana yang tidak mengendahkan agama..Bayangkan macam mana la jadinya kan..

Mari kita baca kisah ini,semoga ianya akan menjadi pengajaran kepada saya,keluarga dan rakan-rakan.
 Fatimah r.anha iaitu puteri Rasulullah SAW paling disayangi?' "Fatimah r.anha biasanya mengunakan tangannya untuk mengisar bijian yang menyebabkan tangannya menjadi kasar.Fatimah r.anha juga mengisi air ke dalam bekas yang di buat daripada kulit dan membawa bekas itu ke rumah sehingga meninggalkan kesan di dadanya, akibat daripada tali bekas tersebut.Fatimah r.anha sendiri menguruskan rumahnya,menyapu dan sebagainya sehingga menyebabkan pakaiannya selalu kotor.Pada suatu ketika beberapa orang hamba perempuan telah di bawa kepada Nabi SAW.Hazrat 'Ali menyuruh Fatimah r.anha, "Kamu pergilah kepada Rasulullah SAW dan minta seorang pembantu agar kamu mendapat bantuan daripadanya.'

Fatimah r.anha kemudian berjumpa Nabi SAW tetapi beliau mendapati ramai orang berada di situ.Fatimah r.anha adalah seorang yang sangat pemalu.Lantaran sifat pemalunya,Fatimah r.anha tidak mahu meminta kepada bapanya di hadapan orang ramai walaupun itu merupakan bapanya sendiri,maka Fatimah r.anha pun pulang.
Pada keesokan harinya,Rasulullah SAW datang sendiri dan bersabda, "Fatimah,untuk tujuan apakah engkau pergi kesana?"
Oleh kerana perasaan malu,Fatimah r.anha mendiamkan diri sahaja.Hazrat Ali pun berkata,"Ya Rasulullah,kesan daripada batu pengisar,tangannya menjadi kasar.Kesan daripada tali bekas air,dadanya telah berparut.Sementara urusan rumahtangga yang lain menyebabkan pakaiannya selalu dalam keadaan kotor.Semalam saya memberitahunya mengenai hamba-hamba yang telah sampai kepada tuan,supaya pun dia dapat meminta seorang hamba.Oleh kerana itulah dia telah pergi kepada tuan."
Dalam sesetengah riwayat yang lain Hazrat Fatimah r.anha memberitahu "Ya Rasulullah,saya dan Ali hanya mempunyai satu alas tidur,itu pun daripada kulit domba.Pada malam hari kami membentangkan alas itu dan kami tidur di atasnya dan pada waktu siang kami tabur rumput dan bijian di atasnya untuk memberi makan unta."

Rasulullah SAW bersabda,"Wahai anakku,bersabarlah.Nabi Musa a.s. dan isterinya memiliki hanya satu alas tidur sahaja sehingga sepuluh tahun. Itupun hanya jubah Nabi Musa a.s. Itulah yang di bentangkan dan mereka tidur di atasnya.Takutlah kepada Allah SWT hasilkanlah sifat takwa dan tunaikanlah tugas dan ke wajipanmu terhadap Allah SWT dan sempurnakanlah tugas-tugas rumahtanggamu.Apabila kamu hendak tidur maka bacalah Subhanallah tiga puluh tiga kali,Alhamdulillah tiga puluh tiga kali dan Allahuakbar tiga puluh empat kali.Amalan ini lebih baik bagi kamu daripada hamba."
Hazrat Fatimah r.anha pun berkata,"saya redha dengan Allah SWT dan rasulNya."{Abu Daud}

Lihatlah, beginilah ke hidupan puteri ketua segala rasul.Sekiranya di kalangan kita hari ini terdapat seorang yang mendapat yang lebih sedikit,isterinya bukan setakat tidak melakukan urusan rumahtangga malah urusan dirinya sendiri pun tidak akan di lakukan.Untuk ke tandas pun perlu ada orang yang berkhidmat kepadanya.....
 Wassalam.


Friday, October 21, 2011

Kubur..

Assalamualaikum.
Kiranya sudilah membaca kisah ini...
 Suatu hari ketika Rasulullah SAW dalam perjalanan untuk menunaikan solat lalu Baginda SAW ternampak satu kumpulan orang yang sedang ketawa berdekah-dekah sehingga menampakkan gigi.Rasulullah SAW bersabda,"sekiranya kamu banyak mengingati maut pasti tidak akan berlaku keadaan yang saya lihat ini.'
 Oleh itu,perbanyakkanlah mengingati maut.Tiada suatu hari pun berlalu tanpa kubur berkata, "Aku ialah rumah kesunyian,rumah keseorangan,rumah debu dan rumah ulat-ulat."

Apabila seseorang mukmin di masukkan kedalam kubur maka kubur akan berkata,"Kedatangan mu di alu-alukan,tersangat baik kerana kamu telah datang kepadaku.Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi,engkaulah yang paling aku sukai.Hari ini engkau telah datang kepadaku,engkau akan melihat sebaik-baik layanan daripadaku."

Selepas itu kubur akan meluas sejauh mata memandang.Kemudian akan terbuka satu pintu yang melalui pintu itu akan masuk bayu dan wangi-wangian dari syurga secara berterusan.

 Hiasan google
Apabila orang yang berdosa di masukkan,kubur akan berkata,"Tiada kata-kata aluan untuk kedatangan mu.Sangat jelek kedatanganmu.Daripada kalangan manusia yang berjalan di atas muka bumi engkaulah yang paling aku benci.Hari ini engkau telah di serahkan kepadaku,engkau akan melihat layanan daripadaku."
Selepas itu kubur akan menghimpitnya sehingga tulang-tulang rusuk akan berceragah antara satu sama lain.Kemudian tujuh puluh ekor ular akan di lepaskan ke atasnya.Sekiranya seekor sahaja daripada ular itu menghamburkan bisa keatas bumi,maka sehelai rumput pun tidak akan tinggal.Ular itu akan terus mematuk orang tersebut hingga hari kiamat.Selepas itu Rasulullah SAW bersabda,"Kubur merupakan satu kebun daripada kebun-kebun syurga atau pun satu lembah daripada lembah-lembah neraka."{Misykat}

Takutkan Allah SWT ialah perkara yang sangat-sangat perlu lagi penting.Perkara inilah yang menyebabkan Rasulullah SAW sering duduk termenung.Mengingati maut akan menambahkan sifat takut kepada Allah SWT.Oleh sebab itulah,Rasulullah SAW menyarankan supaya kita sering mengingati maut kerana amalan ini penting lagi pula memberi manfaat.

Peringatan untuk diri sendiri dan keluarga...
Wassalam.

Thursday, October 20, 2011

Lelaki...

Assalamualaikum.
Dah tengah hari pun..baru ada kesempatan nak buat entry baru,selepas selesainya urusan rumah tangga.Suami dan anak lelaki baru saja keluar untuk solat jumaat,dan selepas itu terus suami menghantar anak ke sekolah,begitulah setiap hari jumaat,suami mesti balik ke rumah untuk menjemput anak lelaki sama-sama melaksanakan solat jumaat.
Maklum lah anak sudah meningkat remaja,kalau tidak kita,siapa lagi kan...
Memandangkankan hari ini anak masuk pukul dua,giliran saya pula nak menghantar anak perempuan,dalam perjalanan  saya terpandanglah para-para lelaki yg senang-senang melepak makan minum,tengah berurusan dengan hal-hal dunia dan macam-macam lagi lah..bukan ke masa ni para-para lelaki di rumah Allah..atau adakah saya yang tersilap..?pertanyaan mula timbul,kenapa tak pergi solat jumaat,tak takut ke diorang ni?Bukan sekali ni saja saya nampak,dah banyak kali,bukan orang yang sama atau bukan orang yg tak sama..tetapi manusia yang bergelar "lelaki"....
Tolong lah jangan kait kan saya dengan isu menunjuk-nunjuk atau jauh sekali nak riak.
Saya hanya nak menyampaikan apa yang di depan mata saya..dan inilah yang berlaku pada masa sekarang..
Ya Allah ampunkan aku dan keluarga ku dan saudara sesama Islamku...

Wassalam.

Wednesday, October 19, 2011

Spontaneous Thursday #12

Baik pada dasar fitrah tidak bererti baik iman dan takwa.Baik atas dasar fitrah ini tidak dapat di banggakan kerana mudah rosak.Baik fitrah ini rosak apabila ada cabaran ataupun menghadapi risiko dan mudah berubah apabila ada ke pentingan dan godaan...

Sama saja...

Assalamualaikum.
 Hari ni  tergerak hati nak buat dua/tiga entry saja suka-suka.
Bila kita serius sangat dalam penulisan tentang fakta,ke islamikan, artis, lawak jenaka,n merapu meraban,mestilah orang suka baca yg merapu-merapu..yang syok sendiri pun ada..yang baik-baik semua dia lah...
   Bagi saya semua sama saja,dah masuk dunia blogging ni,pandai-pandai la bawa diri.
  Kita nak cerita pasal ugama pun nanti orang kata kita riak,ujub lah,n macam-macam perkara  yang pelik lagi.
Allah memerintahkan manusia supaya mencintai Allah.
Apabila manusia mencintai atau mengasihi,  
 Allah secara automatiknya manusia berkasih sayang sesama manusia.Dengan adanya kasih sayang,manusia mempunyai ikatan hati antara satu sama lain hingga terbina masyarakat.
 1.Saling menghiburkan
 2.tidak menyinggung perasaan orang lain
 3.menutup aib orang
 4.saling bela membela
 Tak perlu nak panjang-panjangkan...daripada satu orang,jadi dua orang,daripada dua orang jadi beratus orang atau ribuan..

 Wassalam.



Tuesday, October 18, 2011

Wordless Wednesday #9

Assalamualaikum.

Suka makan pegaga..
Tahukah anda dekat  Malaysia ni terdapat empat jenis pegaga,tetapi sebenarnya di dunia mempunyai 16 spesies pegaga.Jenis spesies pegaga di Malaysia,pegaga biasa,pegaga salad,pegaga nyonya dan pegaga hitam.Ia mengandungi sejenis enzim bernilai tinggi yang di kenali sebagai 'tetripenoids' yang menjadi bahan asas untuk rawatan kulit serta agen antisel kanser.

Disamping itu,pegaga juga baik sebagai agen antipenuaan,meningkatkan kecekapan otak bagi lelaki dan wanita pertengahan usia,membantu membuang toksin pada buah pinggang dan mengurangkan kandungan gula dalam darah.Pegaga juga mempunyai banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria,antiinflamasi,hipotensi dan insektisid.
Hebatkan pegaga..



Monday, October 17, 2011

Bila mama marah..

Assalamualaikum.



Melayan kerenah anak-anak adakalanya meletihkan,tambah-tambah anak-anak sedang menghadapi peperiksaan,kita yang lebih gabra dari diorang.kadang-kadang pertanyaan diorang jadi bingung untuk di jawap secara sepontan.Anak-anak yang besar-besar tu klik saja dekat internet,dapat la apa yg di cari,tapi kalau add math..pening juga kepala si anak...nak tak nak,belajarlah secara serius,sejak dari awal tahun lagi..
Kalau boleh saya nak jadi seorang yang positif dalam semua perkara,tak marah-marah,senyum pada waktu pagi dan sebelum tidur.Hargai masaalah yang datang dengan tenang,lepas tu menjadi manusia yang baru dalam waktu yang singkat..
Sebenarnya berusaha untuk berubah dalam masa yang singkat kena amalkan puluhan tip secara serentak,amatlah tidak tepat,kita sebaliknya perlu mengambil satu,atau dua tahun.Percayalah,akan sampai masanya nanti tip-tip itu akan menjadi darah daging dan kita akan mengamalkannya secara sepontan.
Selalunya ibubapa marah hanya untuk kebaikan anak-anak.Orang kata mendidik anak jangan gelojoh atau gopoh.Biarkan anak mencari jalan sendiri,,dan kita sebagai rujukan pertama diorang.
"Selagi engkau masih hidup,teruslah belajar bagaimana untuk hidup."
Dan yakin dengan apa yang di tetapkan oleh Allah dan tidak kesal atau resah dengan apa yang di perolehi.
Berpuas hati dengan rezeki Allah.
Tunggu,tengok result you all ye..nak hadiah tak..hafaz satu surah lagi..
Wassalam.

Friday, October 14, 2011

Gula...

Assalamualaikum..

Pagi -pagi sabtu ni nak bercerita la sikit dengan pembaca.
Tahukah rakan-rakan bahawa satu sudu kecil gula membekalkan 20 kilo kalori.Berat satu sudu kecil gula adalah lima  gram.Oleh itu,satu kilogram gula bersamaan dengan 200 sudu kecil gula.

Untuk membakar 140 kilo kalori daripada tujuh sudu kecil gula, seseorang itu perlu berjoging atau berjalan menaiki bukit selama selama 20 minit,senamrobik selama 30 minit,berbasikal selama 40 minit atau melakukan kerja-kerja rumah yang biasa seperti menyapu sampah,membasuh,memasak dan mengemas selama satu jam.



Bayangankan kalau sebiji kek.
Berat kek  satu kilogram,berat gula bersamaan 250 gram,itu pun belum masuk krim lagi..
Aduh, cinnamon selalu buat kek..suka buat je,lepas tu bagi orang makan..

Wassalam.

Thursday, October 13, 2011

SEGMEN NASZ : KUMPUL DAN SERANG

http://mohdnaser.blogspot.com/2011/10/segmen-nasz-kumpul-dan-serang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+mohdnaser+%28MOHD+NASER.com%29
Assalamualaikum.
Petang-petang jumaat yang mulia ni ,teringin jugak nak bertempur di medan perang..
mana la tahu boleh tawan musuh..ehh bukan musuh,kawan...make friends,no war..who dare wins.
so kawan-kawan apa lg,jom le turun bertempur..

Wednesday, October 12, 2011

Sakit..

Assalamualaikum,kepada pembaca yg budiman.
Hari ni rasanya tak spontan kut,dari hati  saya  terus ke otak,n terus ke laman sesawang ni.
Baru-baru ini saya ada menonton buletin tentang derita seorang artis ,dari satu musibah ke satu musibah,dan ia sangat terkesan kepada saya,begitu juga rasanya dengan rakan-rakan.Dari di timpa sakit,hinggalah kepada kisah anak kesayangannya.Dan ia sangat memberi pengajaran kepada kita hamba Allah yang sangat lemah ini.
 


Kita tidak seharusnya menyalahkan keadaan ini,kerana setiap keadaan adalah peluang untuk menambah baikan diri kita.Sakit adalah jalan bagi Allah mengangkat darjat manusia,sekali pun tertusuk duri.Ini kerana Allah menetapkan kedudukan yang tinggi di syurga bagi sebahagian manusia,sekiranya orang itu malas berbuat kebaikan,Allah menimpakan sakit kepadanya supaya dia memperoleh kedudukan yang Allah sudah tentukan kepadanya.Sakit adalah salah satu bentuk kasih sayang Allah kepada kita,dengan sakit itu menunjukkan Allah menegur kita,menunjukkan yang kita ini hamba yang lemah,yang tidak layak untuk melakukan perkara sesuka hati dan berlebih-lebih atau melampaui apa yang di perintahkan.

Manusia tertipu dengan kesihatan dan masa lapang yg di miliki,tidak tahu mengunakan kelebihan masa sihat dan lapang dengan melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri  kepada Allah.

Di hadapan Allah,orang yang sakit bukanlah orang yang hina,bahkan, memiliki tempat yang mulia di sisinya.

Sakit adalah penghapus dosa bagi orang Islam seperti pokok mengugurkan daunnya pada masa-masa tertentu.

Sabda Nabi SAW: "Tidaklah seorang Muslim di timpa derita daripada penyakit atau perkara lain kecuali Allah menghapuskan dengannya keburukkan-keburukannya(dosa-dosanya) sebagaimana pokok mengugurkan daunnya."{Muslim}

Wassalam.

Tuesday, October 11, 2011

Wordless Wednesday #8

Seekor lembu kentut sebanyak 200 kali lebih banyak berbanding manusia...

Pilihan atas kita..

Assalamualaikum,
perkongsian hari ini,amat menakutkan..

1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Kawan-kawan syirik ini jangan buat main-main, dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya.

2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak, bukan hanya berduaan ditempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tak tutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi kawan-kawan tak pernah tutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih "huh" Kalau rakan-rakan nak tahu bagaimana rasa 1/70 bahang (kalau tak silap) api neraka rakan-rakan cubalah cucuh hujung jari rakan-rakan dengan api, macam mana rasanya? Boleh tahan tak?

3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.

4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak contohnya. Antaranya mencuri... harta yang haram. Merompak... harta haram. Melesapkan duit kawan... harta yang haram.

5. Mayat yang kukunya mengcengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.

6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba'.

7. Mayat yang wajahnya tersenyum Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Kiranya  tak dapat di sangkal lagi,bahawa kematian itu adalah hak,yakni benar-benar akan di alami dan di rasakan oleh setiap mahkluk yang berjiwa.
Alangkah baiknya jika kita mahu berfikir dan merenung,bagaimana nanti ke sulitan-kesulitan yang akan kita temui di saat datangnya maut.

Wassalam,

Monday, October 10, 2011

Ramainya..

Assalamualaikum,
Selamat petang kepada rakan-rakan alam maya..walaupun tak kenal tapi dekat di hati.Tambah-tambah lah saya ni baru nak bertunas,baru nak jadi daun,entah-entah,tak cukup baja ,mati.
Ini alam maya,macam mana pulak dengan alam dunia,dengan keadaan manusia berbangsa-bangsa,bersuku-suku dan berlain kulit dan bahasanya.Manusia di alam dunia ni ada yang fakir,miskin,kaya,berpangkat,cerdik pandai,bodoh,mulia dan hina.Ada yang menjadi siswa,mahasiswa,ustaz,pensyarah, guru,doktor,dan peguam.Ada yang menjadi penghulu,gabenor,menteri,jeneral dan perdana menteri.Ada pula yg menjadi kapten,kolonel,brigjen,letjen.Juga Ada yang menjadi usahawan,pedagang,petani,pegawai,pejabat dan notaris.Ada juga yang menjadi nelayan,abang beca,pilot dan pengemis.Dan ada juga yang menjadi ustazah,kyai,ulama,siak,Waliyullah,mutahid dan imam,seterusnya itulah manusia-manusia di alam dunia.Dan akidah manusia itu ada yang kafir,musyrik,murtad,munafik,fasik,dan ada pula yang muslim dan mu'min.

Menurut penilaian dan kaca mata Allah,identiti-identiti manusia yang berbeza-beza itu adalah sama.

Dan yang paling mulia menurut Allah hanyalah orang yang paling bertakwa.

 Allah berfirman:

 Ertinya:"Hai manusia,sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu."{Al-Hujuraat:13}

Jadi bekalan yang paling baik ialah TAKWA..

wassalam.

Friday, October 7, 2011

Menangis...

Assalamualaikum.
Pada suatu hari si anak  lelaki turun dari gunung,pergi ke jurang mengambil sayur-sayuran untuk berbuka puasa.Ketika dia turun dari gunung,datanglah Malaikat maut kepada ibunya seraya mengucapkan salam: "Assalamualaiki ya Maryam,yang patuh berpuasa dan solat di malam hari."

Jawap Maryam:Siapakah engkau?Sesungguhnya badanku gementar kerana takut dengan suaramu,hilang kesedaran ku sebab kewibawaanmu."

Kata Malaikat:Saya adalah Malaikat  yang tidak mengenali rasa kasihan kepada yang kecil,dan tidak memuliakan orang yang dewasa dan tua kerana ketuaannya,dan saya adalah yang bertugas mencabut nyawa."
Kata Maryam: "Ya Malaikat,untuk berkunjungkah engkau atau untuk mencabut nyawaku?"Jawab Malaikat:"Bersiap sedialah engkau untuk mati."

Kata Maryam:"Apakah engkau tidak memberi izin kepadaku supaya menunggu anak kesayanganku yang menjadi buah hatiku serta penawar kegelisahan hatiku?"
Jawap Malaikat:Saya tidak di perintah untuk itu,dan saya hanya hamba yang di perintah.Demi Allah saya tidak mampu mencabut nyawa seekor nyamuk pun melainkan dengan izin Allah,maka saya di perintah supaya tidak mensia-siakan sesaat pun untuk mencabut nyawamu di tempat ini.
Kata Maryam;"Ya Malaikat maut,engkau telah menerima perintah dari Allah Ta'ala,maka laksanakanlah perintah itu."

Malaikat maut mendekati Maryam dan mencabut rohnya secara perlahan-lahan.

Si anak terlewat kembali hingga masuk waktu solat Isyak.Ketika ia naik gunung dengan membawa sayur,dia melihat ibunya berdiam diri di tempat solatnya,Maka si anak menyangka ibunya sedang menunaikan solat,lalu si anak meletakkan sayur yang di bawanya dan berdiri menghadap kiblat.

Kemudian si anak melihat ibunya lagi dan memanggilnya dengan suara lemah lembut,yang timbul dalam hatinya yang taat dan khusyuk: "Wahai ummi,sesungguhnya telah masuk waktu malam dan telah berbuka orang yang berpuasa serta telah tegak orang yang beribadah,mengapa ummi tidak berdiri beribadah kepada Allah yang Maha Pengasih?"Namun kerana umminya tidak menjawap,maka si anak berkata: "Sesungguhnya di dalam tidur itu terdapat kenikmatan."Lalu si anak menghadap ketempat ibadahnya serta tidak makan sedikit pun sehingga berlalu pula dua pertiga malam.Bermaksud pada si anak adalah untuk berbuat baik kepada ibunya,untuk berbuka puasa bersama-sama.

Masih dalam keadaan berdiri,dia menyeru lagi dengan suara yang di iringi sedikit kegelisahan bercampur hati yang sedih.Lalu si anak kembali menghadap ke tempat ibadahnya,sehingga terbit pula fajar.Lalu si anak letakkan pipinya bersentuhan pipi ibunya dan mendekatkan mulutnya ke mulut ibunya seraya berkata dengan di iringi tangisan yang kuat: "Wahai ummi,sesungguhnya malam telah berlalu dan datanglah siang.Ini adalah waktu menunaikan kewajipan kepada Allah yang Maha Pengasih."

Maka menangislah para Malaikat di langit dan demikian juga para jin yang berada di sekitarnya,dan bergoncanglah gunung di bawahnya.Lalu Allah memberikan wahyu kepada Malaikat sedangkan Allah Maha Mengetahui: "Apakah yang menyebabkan kamu menangis?"Mereka menjawap: "Allah Maha Mengetahui."Allah memberi wahyu lagi: Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui dan Aku Maha Kasih Sayang."

Tiba-tiba di saat itu ada suara berseru: "angkatlah wajahmu,sesungguhnya ibumu telah meninggal dunia,dan Allah telah melipat gandakan pahalamu."

Mendengar itu menangislah si anak tadi,turut pula menangis para Malaikat dan jin yang ada di sekitar itu.


"Sesungguhnya dunia ini adalah kampung yang akan musnah,sedangkan akhirat itu adalah kampung yang kekal.Maka marilah ibuku tercinta kita beribadah kepada Allah."

Itulah kata-kata Nabi Isa kepada ibunya Maryam yang di temui pada sebahagian kitab di riwayatkan dari Wahab bin Munabih..

Si anak tadi adalah Nabi Isa,yang berangkat ke gunung Lebnon bersama umminya Maryam.di gunung itu mereka berpuasa di siang hari dan solat di malam hari.Mereka hanya makan dari daun-daun pohon serta meminum air hujan.

Wassalam,

Thursday, October 6, 2011

Kereta dan biskut..

Assalamualaikum,kepada semua pembaca..
Tengahari yang panas-panas redup,saya menjalankan tugas seperti biasa menghantar anak ke sekolah,dan lepas tu menjemput anak yang bersekolah menengah,kebetulan sekolah cuti,tapi anak saya tak bercuti,ada cikgu yang tak habis lg mengajar bab yg terakhir,so cikgu kena la bertungkus lumus untuk habiskannya,maklum la,dah nak dekat exam..kesian cikgu..

Dah menjemput anak tadi,saya melencong ke tempat lain,pergi kedai febret saya la,kedai menjual barang-barang kek n biskut..dalam kepala nak buat kek tiramisu,so bahan-bahan dah ada dalam kepala.

Dah selesai membeli-belah,saya pun nak baliklah,hidupkan enjin,sudah! kereta buat hal,tak boleh nak start ..banyak kali saya cuba,masih tak boleh..

Lepas tu suruh anak perempuan saya messages ayahnya."Ayah kereta tak boleh start,mama dkt kedai kek"tak sampai 2 saat suami call..ayat yg mula-mula keluar,suami kata "ha tu la nak pergi kedai kek tak minta izin dulu."saya pun cakap," ala."tak tau nak cakap apa dah,memang tak minta izin pun tadi,terlupa..Sebenarnya saya tak risaukan pasal kereta tu,dalam kepala saya hanya teringat pasal biskut tiramisu yang saya beli tadi,sama ada halal ke tak,sedangkan saya dah pun beli,belek sana,belek sini,tak jumpa tanda halal pun.
Dalam menunggu suami datang,saya pergi balik kedai kek tadi,tanya dekat jurujual tu,lps tu dia suruh tanya dekat nyonya pulak,mesti la dia cakap halal..kebetulan ada seorang makcik,dia terdengar pertanyaan saya tadi,"ni halal  ni,kat Mekah pun ada jual jenama ni."oh lega saya,ada juga hamba yang  Allah hantar untuk saya, Mekah pula tu.Alhamdulillah.
Saya memang risaukan tentang halal,haram ni,bukan apa,suami saya ni sensetif sangat dengan isu ni,dia akan belek-belek,lepas tu dia cakap,halal ke ni,beli kat mana n macam-macam lagi lah,kalau beli jajan yang jual kat luar sekolah pun dia,tak bagi,jangan harap la.Saya pun macam tu juga..hehe

Tak lama selepas tu,suami datang dengan abang saya dan adik ipar.
Suami pun hidupkan enjin kereta,dengan mudahnya enjin kereta boleh di hidupkan..
Rupa-rupanya gear dekat reverse (R), mana boleh start..aduh,kenapa la boleh tak pandang kat situ tadi,ni la gara-gara,kepala melayang-layang,n tak minta izin bila nak merayau ke tempat lain,orang suruh hantar,n jemput anak,hantar n jemput je la..sudahnya saya kena gelakkan dengan diorang,siap kena sindir lagi."berapa tahun bawa kereta ni."

Sebenarnya saya tak risau pun pasal kereta tu,saya lebih risaukan pasal biskut tu aje.
Sebab nak jadi darah daging keluarga saya.


Kereta pun dah ok,biskut pun halal,start kereta jalan,sampai rumah minta maaf dekat suami sebab tak minta izin.
Suami ok je,cuma dia nak kita tahu  supaya jangan pandang ringan perkara ni..walaupun dia tak kisah,kita wajib minta izin dulu..

Masa tu, hampir masuk zohor ,sempat saya buat solat taubat..minta ampun pada Allah.

Sekadar berkongsi..

Wednesday, October 5, 2011

Spontaneous Thursday #6

Assalamualaikum,

Orang yang hanya  memberi tumpuan kepada fizikal semata-mata adalah ibarat kereta yang mempunyai rangka,cat dan kusyen tetapi tiada enjin.Kereta yang tiada enjin adalah kereta yang tiada fungsi dan menjadi hiasan semata-mata.Walaupun kereta itu buruk, apabila mempunyai enjin,kereta buruk itu tetap dapat berfungsi...


Monday, October 3, 2011

Sayang kamu.

Assalamualaikum.
Hari ini baru ada sedikit kelapangan untuk update entry,oleh sebab sibuk dengan anak-anak yg akan menduduki final exam.Mentelaah buku,mengajar anak mengaji,masak sedap-sedap untuk suami,boleh kata kerja tak pernah habis lah...kalau saya sibuk menghadap pc,apa pula kata anak-anak yang besar besar tu, comfirm kena perli,mamanya..malu ah!

Alhamdulillah,anak-anak semua bertanggungjawap dengan pelajaran..
 Semua kejayaan yang anak-anak dapat selama hari ini semua atas usaha mereka dengan izin Allah.
Seorang pun saya tak pernah menghantar anak-anak mengikuti kelas tusyen.Lebih baik duit tusyen tu untuk perkara lain.



Saya dan suami mengalakkan anak-anak bangun solat tahajud dan hafaz al-quran.
Alhamdulillah dah banyak surah yang anak-anak dah hafaz..
Kejayaan dalam hendak mendidik anak,bermula dengan pembersihan jiwa,sekaligus mempraktikannya pada kita sebagai orang tuanya, hingga menjadi teladan yang baik.

Entry ini berkaitan saya dan keluarga,sekadar berkongsi,tidak ada niat lain..








Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)