Pages

Tuesday, January 28, 2014

Anak lelaki

Suami lebih teruja nak menghantar  ke SBP,aku biasa-biasa aje..anak lelaki katanya..harus keluar berjihad mencari ilmu..semua urusan sudah selesai tunggu hari nak pergi aje lagi...siapa nak tolong lipat kain,pukul telur nak buat kek,basuh kasut sek muhammad,hidang nasi,imam kat rumah,teman pergi kedai, angkat tong gas...siapa...siapa...??

saat sekolah rendah  4 tahun menjadi ketua darjah,pindah ipoh setahun,di lantik menjadi pengawas.balik semula, di lantik menjadi ketua..pi mai pi mai tang tu...bermakna setahun aje tak jadi ketua...



 curi foto-foto ni difb dia...di sek men tiga tahun menjadi ketua darjah termasuk juga baru-baru ini masih di lantik menjadi ketua..nampaknya sempat sebulan ajelah,kena cari penganti dia...
Hari ini adalah hari terakhir azhan fikry,justin anthony,dan shah riez bersekolah di smk hillcreast.mereka adalah sahabat baik dan akan bersekolah yang sama selepas ini.. 

 



Monday, January 27, 2014

Si buta huruf


Suatu ketika dulu, ada seorang lelaki yang buta huruf bekerja sebagai tukang kebun disebuah sekolah. Dia sudah bekerja lebih kurang 15 tahun disana.

Suatu hari pengetua sekolah itu ditukarkan dan pengetua yang baru membuat arahan baru. Semua pekerja mesti pandai membaca dan menulis. Maka tukang kebun yang buta huruf itu, terpaksa berhenti.

Awalnya, dia sangat sedih. Dia tidak berani langsung pulang ke rumah dan memberitahu isterinya. Ketika duduk ditepi jalan memikirkan masalah yang baru dihadapinya, muncul idea untuk membuka gerai makanan segera. Tidak disangka, usahanya berjaya!

Dia telah dinasihatkan untuk membuka akaun bank sekiranya ingin membesarkan perniagaannya. Suatu hari, ketika di bank, kerana buta huruf, dia tidak pandai mengisi borang dan meminta kakitangan bank membantunya.

Kakitangan bank berkata, “Wah, walaupun Pak Cik seorang yang buta huruf tapi boleh menjadi peniaga yang berjaya, apalagi kalau pandai membaca dan menulis, pasti lebih kaya lagi.”

Dengan tersenyum dia berkata, “Kalau saya boleh membaca dan menulis, saya pasti masih lagi menjadi tukang kebun sekolah!”
 

Disebalik suatu masalah kadang tersembunyi suatu berkat yang menanti. Kita harus bersabar terhadap segala sesuatu yang menimpa kita dan terus berusaha tika menanti ketetapan Tuhan. Dan semuanya akan berakhir dengan indah.Kerana segala sesuatu yang baik akan selalu mengarah pada kebaikan. Kekecewaan dan penderitaan akan dapat mengubah orang biasa menjadi orang luar biasa.

Mungkin Tuhan meletakkan kita dihujung anak panah. Menarik jauh-jauh ke belakang, agar di saat kita dilepaskan, kita memiliki semangat yang kuat untuk mencapai sasaran tinggi, bahkan jauh lebih tinggi daripada sebelumnya. Insya Allah

Friday, January 24, 2014

Berselawat atau mengingati Nabi bukan bermusim


Biasalah kalau mamanya pembuat kek...kalau ramai surirumah pandai buat kek alamat lingkuplah kedai-kedai kek...

Semalam bila menjemput Muhammad balik dari sekolah,aku ternampak banyak duit dalam poket baju melayu dia,aku tanya: "mana dapat duit banyak ni?
 "ustaz bagi".kenapa ustaz bagi?
sebab ustaz tanya siapa nama Muhammad?(sempena nama nabi) "Muhammad angkat tanganlah,lepas tu ustaz bagilah hadiah duit"
Sebenarnya semalam ada sambutan sempena  Maulidur rasul di sekolah muhammad. Ada ceramah tentang sirah Nabi dan sesi soal jawab,balik rumah semua dia cerita tentang apa yang dia tahu tentang Nabi,sahabat-sahabat Nabi,pekerjaan Nabi,siapa isteri Nabi,dan banyak ilmu tentang nabi yang dia dapat..dia kata banyak kali dia angkat tangan untuk jawab,tapi cikgu tak nampak dia,asyik bagi orang lain aje..muhammad kata: "sebenarnya muhammad tau semua jawapan tu"..dia agak kecewa sedikit...kecik-kecik dah pandai kecewa-kecewa..
Tapi yang pentingnya dia sangat bangga dengan namaya Muhammad,tiap tahun ada sambutan  yang hampir sama dengan hari lahirnya..semua orang meraikan..
Yang lucunya dia nak ikut sunnah Nabi cara makan guna tiga jari..aku kata cukup tiga kali,lepas tu makanlah macam biasa..kat sini dah macam-macam pertanyaan dari dia.. tak perlulah aku cerita nanti bosan pula orang asyik cerita pasal anak dia saja..

sebelum ke sekolah solat zohor dulu..
brownies chocolate kesukaan muhammad, sempena hari lahir 23.1


Thursday, January 23, 2014

Siakap kerabu mangga


 Ternyata hainom OKje..... tersilap,tak buat entri kek hari ni,tapi knor rajin sikit nak bagi resepi super sedap.memang knor pakar buat kek bak kata kak zakie,
bukan aku yang kata tau..aku cuma aminkan saja,kata-kata itu satu doa...kan.

Bahan untuk kerabu mangga
Mangga harum manis  yang sedang-sedang masak anggaran dua biji
7 biji cili padi kampung,pedas merepek sungguh tapi super sedap
1 biji limau nipis (jus)
1/2 biji bawang besar ( hiris nipis)
sos nampla (sos ikan)
garam
gula
cashewnut (kacang mete)
udang kering (kedua bahan ini di goreng tanpa minyak dan di tumbuk kasar)

pilih le ikan apa nak,yang kat atas tu ikan siakap di belah belakang..tak reti suruh aje apek tu tolong siangkan..basuh bersih letak garam dan tepung jagung.di goreng dalam kuali yang panas...barulah garing dan ranggup..
kerabu mangga yang digaul kesemua bahan campak-campak aje atas ikan goreng tadi...makanlah dengan nasi panas berkuah green curry fish head...nanti hamba bagi resepinya ye..

masam masin manis ditambah dengan keranggupan ikan..kruk..krakk..bunyi gigitan kacang..memang super sedap..




Wednesday, January 22, 2014

Selamat hari lahir anakanda Muhammad


Soalan dari entri semalam: Muhammad lahir pukul berapa "ESOK"?
Jawapan:Muhammad lahir 23.1. pukul 03:45 pm di hospital selayang...
ketika Muhammad selamat lahir,aku terus melihat langit biru yang sangat cantik,bersih dengan kelompok awan berarak tenang,kebetulan ketika itu katil di tepi tingkap yang luas seolah berbumbungkan langit biru..subhanalah.
Dalam kepala ketika itu asyik ingat Nabi Muhammad saw.

Doa setiap hari selepas dia mengaji:'Ya Allah.terangkan hatiku,merdukan suaraku,untuk aku membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat penghulu kami Nabi Muhammad saw.AMIN

Dah seminggu dia ingatkan semua orang tentang harijadi dia..hari ni..

Tuesday, January 21, 2014

Jika soalan tiada pilihan jawapan, ia tidak menjadi soalan.


 ulama kecil nak solat

Muhammad: Semalamkan mama, ada budak tu (rakan sekolah) panggil nama Muhammad "Mat"
Aku: habis Muhammad cakap apa dengan budak tu?
Muhammad; Muhammad cakaplah "nama saya Muhammad bukan  "Mat'
Mama: budak tu cakap apa  pulak?
Muhammad:lepas tu dia minta maaflah kat Muhammad
Aku: senyum....

Makin banyak soalan-soalan dari Muhammad kadang sampai tak terjawab..jawapan pula kena sesuai dengan umurnya...
hadas tu apa?taubat tu apa?haid tu apa?demokrasi tu apa?hudud tu apa?kenapa hp perlu kena cas?kenapa orang cina bela anjing?makruh tu apa?planet apa yang paling jauh? berapa lama nak pergi sana?angkasa tu jauh tak?kiamat tu macammana?hijrah tu apa?dakwah tu apa?
boleh tak Muhammad mati dulu sebelum kiamat?

Bukan saja  soalan-soalan tu di tuju pada aku,malah suami juga...hari-hari ada saja soalan dari dia..
baru tadi dia tanya; "mama, Muhammad lahir pukul berapa "ESOK"?

soalan dari Atheis

"mengapa tuhan menciptakan berbilang bilang agama? kenapa tidak satu agama?"

jawapan logik : seorang guru yang menggubal kertas peperiksaan soalan bersifat "pelbagai pilihan", untuk apa? untuk menjadi UJIAN buat pelajar yang menjawab soalan, adakah mereka ini orang yang mengaji (belajar) dan mengkaji.

jika soalan tiada pilihan jawapan, ia tidak menjadi soalan.




Monday, January 20, 2014

Resepi kek Span Vanilla


Aku selalu menayang kek,tapi jarang berserta resepi,tapi kali ini tersangatlah rajinnya..semalam pelangan dari Johor nak menempah,untuk sahabatnya yang duduk di Tanjung karang,maaf ye adik,sekitar kuala lumpur sahaja,rasanya pakai skynet juga tak boleh...

120 gula halus
sesudu ovallete
7 biji telur, aku guna gred B
2 cawan tepung gandum diayak bersama baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
setengah cawan air
secawan minyak jagung
buah-buahan dalam tin
aku tak biasa guna gram gram ni,selalu main agak-agak je..kaedah campak selalunya..

Cara-caranya.
Putar gula dan ovallate hingga sebati. Masukkan telur, tepung yang telah diayak dan putar hingga bersatu. Tuang air dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu.
Masukkan esen vanila dan putar rata. Tuang minyak jagung dan gaul dengan spatula dengan kaedah kaup balik, hingga rata.bab pukul-pukul aku serah pada azhan...tapi bukan kaedah seduk ye...sampai bila pun tak naik..
Tuang dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit minyak,  Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga masak.sejukkan kek,dah sejuk masukkan dalam peti ais dalam 2 jam,Sejukkan dan hias ikut gaya apa yang anda mahu kan.sealaunya kek buah segar menjadi pilihan pelangan.Kek di belah dua dan di lapisi buah-buahan bersama kekacang..ikut suka hati..

untuk cream aku guna fresh cream anggaran setengah kotak ikut besar kek
cheese cream
susu tepung (ikut suka)
oreo powder (ikut anda tak nak oreo juga tak apa)





inilah kerja yang menunggu aku sekarang ini....bila nak siap..!!


Sunday, January 19, 2014

Bebola daging berkeju ranggup


Asal resepi dari adik Siti Kektus cuma aku ubah suai sedikit .
rebus kentang tanpa dikupas kulitnya,untuk mengekalkan zat dan rasa manisnya, kemudian dilenyek,masukkan daging cincang,sedikit tepung gandum, bawang besar yang di potong dadu,lada sulah,lada hitam garam dan gula.jadikan bentuk bulat,sambil sumbat kepingan cheese.
pukul telur untuk jadi ejen pelekat.golek-golekan di atas serbuk roti berperisa kari.goreng di atas api yang perlahan.

Rahsia Didikan Ibu Imam Shafiee

Ditanyakan kepada ibu Imam Syafiee, ” Wahai Ummu Habibah al Uzdiyyah, apa rahsia kamu mendidik anakmu hingga begitu luar biasa ingatannya?” tanya jiran tetangga yang berasa kagum dengan kebolehan Imam Syafiee.

Dijawab oleh ibunya,

” saya sentiasa mendoakan kebaikKan untuknya,

makan dan minumnya saya pastikan daripada sumber rezeki yang halal,

saya tidak pernah memarahinya apatah lagi mengucapkan kata-kata yang tidak baik padanya. kerana kata-kata seorang ibu itu adalah doa!

Sekiranya dia melakukan kesalahan, saya didik dia dengan nasihat dan tunjuk ajar.”


Thursday, January 16, 2014

Memang aku menyindir pun..!!


Seandainya kaedah sindir yang hanya mampu digunakan, maka sindirlah ke arah agama dan kebaikan, sebagaimana Al Quran menyindir orang munafik, kafir dan orang yang beriman, kerana ia mampu mencelikkan hati yang hampir dalam kebutaan, jangan dan usahlah menyindir demi keduniaan dan kehidupan yang penuh khayalan, kerana sindiran yang tajam itu mampu menikam sesebuah kebahagian dan persahabatan, ia membawa kesan yang panjang, dosa yang menggelapkan perasaan, bahkan dendam itu menjadi tak berkesudahan.. baikilah corak percakapan dan perbuatan..

Muslim yang baik hanya menyampaikan dan berlalu pergi tanpa dicampuri emosi kerana tugasnya telah pun selesai.

Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil".

[al-Qashash: 55]

Wednesday, January 15, 2014

Selepas entri semalam

bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Beberapa minit selepas n3
semalam
sms di terima dan semak online...terkejut sebab azhan tidak memohon..



 


Tuesday, January 14, 2014

Aku sedang persiapkan benteng untuk mereka..

Ramai yang bertanya azhan ada memohon mana-mana asrama ke? aku katakan "tidak ada" soalan biasa "kenapa tak mohon rugilah macam tu"
jawapan dari aku ringkas "rumah pun dah macam asrama"lebih ketat lagi dari mana-mana asrama".
satu hari nanti azhan akan keluar juga dari rumah...
ada juga saudara mara kata kami kolot ..bila suami menegur anak berlari -lari di dalam masjid,mereka berkata: "biarlah budak-budak"
pada suami pula masa kecillah kita perlu menegur yang mana boleh dan yang mana tidak boleh..
ada juga yang menegur  kami terlalu mengongkong anak..pada hal anak-anak dah terbiasa dengan disiplin di rumah..




Pendapat mereka.

1. Memberikan mereka pelajaran pertama untuk berdikari.. Walaupun tidak pernah ke sekolah asrama, tapi melalui pemerhatian, penceritaan didapati pelajar yang bersekolah di asrama lebih mudah untuk berdikari..
2. Pembelajaran lebih tersusun. Melalui penekanan dan jadual waktu pembelajaran, mereka memiliki tempoh pembelajaran yang lebih teratur dan seimbang..Dengan kegiatan riadah yang dilakukan memberikan keseimbangan diantara kecerdasan minda dan kecergasan fizikal.
3. Lebih berdisiplin. Melalui jadual waktu yang ditetapkan pelajar-pelajar akan lebih menghargai waktu dan mampu mendisiplinkan diri mengikut tempoh ditetapkan.
4. Kurang ‘kejutan budaya’ ketika melangkah ke alam universiti. Melalui pengalaman di sekolah asrama, kebanyakan dari mereka tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di IPT.
5. Ibu bapa dapat menjimatkan kos..Melalui asrama, ibu bapa dapat mengurangkan kos ‘duit saku’,'duit pengangkutan’ dan sebagainya..
6. Lebih cemerlang dalam pembelajaran..Walaupun tetap ada yang tercicir namun peratusan kecil.. Malahan kebanyakan pelajar asrama mendapat keputusan yang lebih baik dari sekolah biasa..

Pendapat aku dan suami.

Menjadi manusia cemerlang idaman semua orang. Seorang pekerja mahu menjadi pekerja cemerlang, dikagumi dan dihormati. Pelajar juga tentu selalu bercita-cita atau paling kurang berangan-angan menjadi pelajar cemerlang.

Ibu bapa juga selalu berharap dapat menggalas tanggungjawab dengan cemerlang, begitu juga suami isteri tentu mahu menjadi pasangan cemerlang untuk pasangannya.
Namun apa itu cemerlang? Apakah seseorang itu dianggap cemerlang apabila telah melepasi piawaian yang ditetapkan seperti pelajar yang mendapat semua A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Benar ini adalah kecemerlangan yang mesti diusahakan semua pelajar juga semua orang, namun ada lagi kecemerlangan hakiki yang jangan sekali-kali terlepas iaitu kecemerlangan sebagai seorang hamba Allah yang dapat mendiami syurga di alam akhirat. Kecemerlangan bermula dari dalam diri. Keimanan dan ketakwaan dapat mengubah diri malah mampu mengubah dunia.

Allah berfirman dalam surah at-Talaq, ayat 2-3 bermaksud: “Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Dia (Allah) akan mengadakan baginya jalan keluar dan Allah akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”

Bagaimana mahu menjadi seorang yang bertakwa? Soalan ini pernah ditanya Umar bin al-Khattab kepada sahabat, Ubai bin Kaab.

Ubai berkata: Pernahkah kamu berjalan di sebatang jalan yang dipenuhi onak dan duri? Jawab Umar: Ya, pernah.Ubai bertanya lagi: Apakah yang kamu lakukan ketika itu?Umar berkata: Aku berhati-hati dan bersungguh-sungguh.
Ubai berkata: Itulah takwa.

Abdullah bin Mas’ud mentafsirkan takwa sebagai melaksanakan ketaatan, tidak melakukan maksiat, sentiasa mengingati Allah, tidak lalai, sentiasa bersyukur dan tidak kufur.
Islam tidak memandang kecil kecemerlangan di dunia. Malah, kecemerlangan di dunia dapat menjadi alat untuk mencapai kecemerlangan di akhirat. Orang bertakwa yang cemerlang di dunia akan cemerlang di akhirat. Seorang yang mahu cemerlang di dunia akhirat boleh menjadikan tip ini sebagai panduan.

-Laburkan masa untuk merancang hidup

 -Tentukan matlamat kerana matlamat yang jelas memudahkan perjalanan hidup agar tidak menjadi seperti kapal tanpa nakhoda yang hanyut dipukul ombak.

-Tentukan keutamaan dalam hidup anda, letakkan kehendak Allah di depan.
-Lakukanlah perkara yang betul dan buat betul-betul. Jangan membazir masa dengan melakukan benda sia-sia.

-Utamakan kerja yang penting daripada yang kurang penting. Jangan melengah-lengahkan kerja yang penting kerana ia boleh menjadi kerja yang sukar nanti.

-Jangan berazam mahu menjadi sangat sempurna, kerana hanya Allah Yang Maha Sempurna. Jika kita tidak mahu mencuba kerana takut gagal, kita takkan ke mana-mana. Jangan buang masa dengan perasaan : -

-Buangkan sikap suka menangguhkan kerja, umpama orang yang diamanahkan membawa beras seguni sehari tetapi menangguhkan hingga sepuluh hari, akhirnya tidak mampu dia hendak memikul sepuluh guni beras sekali gus.

-Belajar untuk berkata tidak pada perkara yang tidak penting dan sia-sia. Jadilah seorang yang tegas pada diri sendiri.

-Hargailah diri anda sendiri, buat yang terbaik untuk diri anda agar dapat mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.akhirat.


Allhamdulillah setakat ini tiada seorang pun anak-anak yang tinggal di asrama  sehingga dia perlu tinggal di asrama((anakanda adibah)...aku sedang persiapkan benteng untuk mereka..yang lainnya berserah kepada Allah swt.

 "Seseorang mukmin dengan mukmin yang lain laksana rumah batu, yang satu menguatkan yang lain ".

Sunday, January 12, 2014

Sukarnya....


Ramai manusia yang tahu agama tapi tidak faham agama..hormat orang,bukan salam cium tangan,tapi cukup sekadar senyum dan sedikit tunduk tanda hormat..ini selalu jumpa bila berkenduri kendara..yang bukan muhrim bersentuhan..suka-suka diorang aje..

cara suami saya mengelak dari bersalaman..
maaf saya ada air
sembahyang” (walaupun takde wudhu’,
bantai je cakap, lebih baik tipu demi
menjaga kesucian kita)

aku, orang tak berani salam pulak..kalau ada yang nak salam juga aku cakap..'takpe..takpe..maaf ye.."

Dakwah yang paling sukar ialah dakwah kepada ahli keluarga dan saudara mara. Rasulullah sendiri menghadapinya....
sampai ada yang benci pada kita.."Nauzubillah min zalik"


Thursday, January 9, 2014

Makan berjemaah

Rasulullah saw bersabda:

“Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”


Iftar anakanda adibah semalam yang dikirim melalu whatsapp inilah kerjanya asyik post gambar makanan dia je...makan setalam katanya..
apalah motifnya aku buat n3 ni..motifnya ikut sunnah Nabi le..ikut sunnah dapat pahala...
Makan secara berjemaah, akan mengurangkan sikap individualistik..

Wednesday, January 8, 2014

January

Awal januari aku memang padat dengan tempahan kek,rempeyek,gubahan,dan macam-macam sesi pertanyaan macam pakar motivasi pulak syukur nikmat...
rempeyek masih harga yang sama tak akan naik,walau harga bahan naik...kek juga begitu yang termurah di pasaran...aku punya ramai pelangan tetap, tempahan beranak ranak dari merekalah...
begitu juga dengan segala macam gubahan tunang dan pengantin...minggu depan aku sibuk dengan gubahan pengantin...
aku juga mengalakan para-para suri  berniaga macam aku..man jadda wa jadda.
 kekku yang di capture oleh jurugambar Asyril Ismail...

Delicious homemade kiwi cake with Cream Cheese Frosting...


Kuat yang lima waktu itu, akan kuat ranting-ranting hidup yang lain....

Monday, January 6, 2014

Cinta Islamik???

Mesti baca...mana tahu terkena batang hidung...

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah. beberapa tahun berlalu...

Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walau bagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple.

"COUPLE ISLAMIC"

Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap . Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi.
Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu. Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC.
Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya,
"Have you married?".
"No.", jawab Safura.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad.
"Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq.
Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.
"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu.
Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar.
Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun.
Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipun untuk mengHALALkannya..wallahualam

Sunday, January 5, 2014

Royal fruits cake

Masa lapang tidak kekal lapang untuk selamanya-lamanya...
yang kecil menjadi dewasa dan tua binasa
silih berganti pagi dan petang,
malam melanjutkan usianya,
pergilah selepas itu hari muda"




Ramai yang mengadu tak sempat rasa.... 


Thursday, January 2, 2014

"Ok dah terupdate"

Aku boleh mencatatkan apa apa saja di dalam blog picisan cinnamon, resepi,keluarga,nasihat,dan isu-isu semasa...tapi aku di larang sama sekali untuk mencatatkan yang menunjukkan rasa bangga diri,kekayaan,makan di tempat-tempat orang berduit,atau melancong.kadang-kadang aku terlepas juga oleh kerana nafsu..susahnya nak menjaga hati..kadang bila sudah terupdate rasa menyesal pula..ada terbit rasa menyesal bila kongsi kejayaan anak-anak,pandai masak kononya,tapi itulah kita, blogger.

Tapi aku tak menyesal kalau buat n3 mengenai agama,aku rasa puas sangat-sangat..walau aku bukan ustazah..aku hanya surirumah macam saidatina fatimah az-zahra walau aku bukan saidatina fatimah az-zahra.
aku ibarat bila berada di tengah orang ramai,orang tak akan perasan pun akan adanya aku...kalau aku kehabisan gas,seolah-olah akulah yang mengangkat gas tu hingga ke dapur,kalau singki rumah bocor seolah-olah akulah yang membaikinya,aku akan khabarkan pada suami aku dah buat itu ini dengan rasa happy sebab suami tak perlu susah-susah lagi...


aku wajib ikut perintah suami...bila dia kata..'tak payahlah'..!

tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau mati..semua kerana "AKU"
"tak suka jangan komen.. abaikan saja..

-Jadikan blog sebagai tempat untuk menyebarkan ilmu dan sesuatu yang bermanfaat yang bukan hanya kepada individu tetapi juga kepada masyarakat. Ilmu yang disebarkan bukan hanya bermanfaat kepada diri sendiri tetapi juga kepada komuniti.

-Tidak menipu dalam penulisan di blog.

 -Elakkan daripada menulis sesuatu yang membawa kepada kemaksiatan. Kalau boleh, tulis mengenai sesuatu yang mendekatkan diri kita kepada Maha Pencipta.









Wednesday, January 1, 2014

Masa

Masa hanyalah ada dua keadaan
Merenungi masa lampau dan memikirkan masa yang masih ada.


Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)