Pages

Friday, August 31, 2012

BERTAUBATLAH KAMU WAHAI ISTERI



HADIS-HADIS NABI BERKENAAN HUKUM DAN HUKUMAN ISTERI CURANG
 
Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A: "Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?" Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah S.A.W ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)

Berikut saya sertakan beberapa hadis berkenaan isteri berlaku biadab dan suka menyakiti hati suami. Semoga hadis-hadis ini dapat menjadi panduan buat Suami Curiga.

1.Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk
 
Sabda Rasulullah S.A.W: ” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.” (Riwayat Ibnu Majah)

2.Puasa sunat tanpa keizinan suami
 
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3.Keluar rumah tanpa izin suami
 
“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

4.Meminta cerai daripada suami
 
Sabda Rasulallah S.A.W: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

5.Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
 
Sabda Rasulullah S.A.W: “Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kepada Suami Curiga, hendaklah anda bersegera mengajar isteri anda tentang hadis-hadis di atas supaya isteri anda tidak mengulanginya lagi.

Thursday, August 30, 2012

Janji mesti di tepati..

assalamualaikum.
alhamdulillah

nampaknya belum selesai-selesai lagi tempahan saya,janji mesti di tepati pelangan mesti di utamakan.tangan dah mula terasa sakit ,aduh bayangkan tempahan mencecah seratus balang,dan selepas raya lebih lagi,hanya saya seorang bertarung di dapur..habis hp saya berminyak dik kerana menjawap sambil mengoreng...dah tak larat nak masak, tetamu juga saya,hidang dengan hidangan tapau...maaf ye kawan-kawan tak dapat nak jalan-jalan lagi,hari ini saya siapkan kuih-kuih lama,sebab esok kakak ipar dari sweeden nak beraya,dan mengidam nak makan macam-macam,dah bertahun tak balik.

jomlah kita layan air jambu dengan asam boi...


jemputan makan juga berderet tiga hari ni...

Sunday, August 26, 2012

candid raya pertama

assalamualaikum


 perjalanan 

ke masjid,

balik dari masjid,kami nak ke rumah atuk pulak..lambat sampai,atuk siap call lagi.pic kat atas tu,maknanya dah sampailah tu.mak saudara sebelah suami,anak-anak panggil atok dan opah.
terkejut ayah..apa kak buat ni..hehe macam tak ngam je.

 melayan kartun


apam masam,kurma kambing,hidangan wajib atuk.lepas makan,kami nak berangkat ke rumah lain pula.hampir nak masuk solat zohor,kami beriktikaf di masjid untuk solat .

dah sampai pun di rumah makcik sebelah saya pula,rumah nilah saya bertunang dan di ijab kabul,banyak jasanya,harus di kunjungi,patuh dan hormat.kami dijamu dengan nasi arab,anak tunggal mak cik yg masak...memang lazat. lama juga kami habiskan masa di sini,adik,abang semua beraya di sini.hampir nak masuk solat asar,kami minta diri untuk iktikaf di masjid untuk solat berjemaah.

 sampai di rumah sendiri,saya buat macaroni bakar.hai tak kenyang-kenyang lagi ke?



makan malam kami,lepas ni nak zzzzz...




Thursday, August 23, 2012

harta pusaka arwah,menjadi tanda tanya????

assalamualaikum.

seronok malam tadi sembang-sembang dengan adik-adik beraya dengan penuh sederhana.
ada juga menyentuh perihal kisah-kisah kampung masa silam..kesian abang khir membesarkan kami dengan tulang empat kerat dengan hasil tanah bendang yang sekangkang kera,dia dan isterinya jamilah yg membesarkan kami,hingga kami ke sekolah menengah,selepas tu pindah ke felda sungkai..apa jadi dgn tanah itu,masih menjadi tanda tanya? harta pusaka arwah.warisnya masih ramai..masih juga menjadi tanda tanya?

sesiapa yang tahu mengenai tanah itu,tolonglah bagi kerja sama,dan kita berbincang,siapa yang lebih berhak ke atas tanah itu..?setakat mana amanah yang di galas.terlalu besar dosanya jika kita tersilap membuat percaturan tentang ketidakadilan mengenai harta pusaka anak-anak yatim.tiada seorang pun yang berani untuk buka mulut ,bercakap mengenai tanah ini,kerana ingin menjaga hati,sehinggalah baru-baru ini,adik tahu serba sedikit mengenai perihal tanah ini,melalui seseorang.dan kakak juga sudah dua kali menceritakan mengenai ini.bermakna ada sesuatu yang tidak kena.

 Allah swt berfirman, "Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka hanya menelan api ke dalam perut mereka, dan mereka pula akan masuk ke dalam api neraka yang menyala-nyala."

~ Surah An-Nisak, ayat 10 ~

Allah swt berfirman, " Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik iaitu bagi mengawal dan mengembangkannya."

~ Surah Al-An'am, ayat 152 ~



p/s kami  cuma nak tahu....


Tuesday, August 21, 2012

Alhamdulillah

assalamualaikum

raya tahun ni,di rumah sendiri,seronok bersama keluarga...alhamdulillah.sambut raya pernuh kesederhanaan.


suami,saya,adibah,azhan,iman dan muhammad


Sunday, August 19, 2012

SELAMAT HARI RAYA


assalamualaikum

selamat hari raya buat rakan-rakan semua.
maaf saya pohon,untuk semua.



maaf zahir dan batin



Thursday, August 16, 2012

layakkah saya beraya?

assalamualaikum


" Manusia tertidur , saat matilah mereka baru sedar .. "
- Ali bin Abi Thalib-


Hari Raya Fitrah adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah.
Aidilfitri juga puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsunya, kerana puasa adalah keupayaan manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada pelanggaran ajaran Islam.

layakkah saya beraya?

Wednesday, August 8, 2012

MENINGGAL DUNIA

assalamualaikum

Barang kelengkapan dan 'perhiasan' kita kelak :)

- Kapan, Tikar, Syampu, sabun, kapur barus, kapas, cotton buds, air mawar, celak, minyak attar, powder puff, celak mata dan lain-lain lagi :)

Sama-sama kita mengingati mati~ 
 
 

Friday, August 3, 2012

KLIK CINNAMON,MENADAH TANGAN DAN BACA DOA

assalamualaikum
doa harian dalam bulan ramadan,maaflah baru aje nak update doa-doa ni,klik aje blog saya untuk panduan kita.sambil menyelam,sambil minum air,taklah kita berada dalam lalai sentiasa.ingat cinnamon,ingat doa.boleh mula baca doa hari yang pertama,hinggalah hari yang ke 15.

Ya ALLAH, ya tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan ibu bapa kami, serta kasihanilah ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil..aminnn

Doa hari – 1
Yaa Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku … Wahai Tuhan sekalian alam!! Ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.
Doa hari – 2
Yaa Allah! Dekatkanlah aku kepada kerinduanan-Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta alasan- Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih dari semua Pengasih!!

Doa hari – 3
Yaa Allah! Berikanlah aku rizki akal dan kewaspadaan. dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bagian untukku dari segala kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu, Wahai dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!
Doa hari – 4
Yaa Allah! Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-MU, dan berilah aku manisnya berdzikir mengingat-Mu. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-Mu, dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu, Wahai dzat Yang Maha Melihat.
Doa hari – 5
Yaa Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon ampunan, dan jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang sholeh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya’-Mu yang dekat disisi-Mu, dengan kelembutan-Mu, Wahai dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.
Doa hari – 6
Yaa Allah! Janganlah Engkau hinakan aku karena perbuatan maksiat terhadap-Mu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-Mu. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-Mu, dengan anugerah dan bantuan-Mu, Wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan!
Doa hari – 7
Yaa Allah! Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku dzikir berupa dzikir mengingat-Mu secara berkesinambungan, dengan Taufiq-Mu, Wahai Pemberi Petunjuk orang-orang yang sesat.
Doa hari – 8
Yaa Allah! Berilah aku rizki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-Mu, Wahai tempat berlindung bagi orang-orang yang berharap.
Doa hari – 9
Yaa Allah! Sediakanlah untukku sebagian dari rahmat-Mu yang luas, dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran- ajaran-Mu yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu, Wahai harapan orang-orang yang rindu.
Doa hari – 10
Yaa Allah! Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, dan jadikanlah aku diantara orang- orang yang menang disisi-Mu, dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-Mu dengan ihsan-Mu, Wahai Tujuan orang-orang yang memohon.
Doa hari – 11
Yaa Allah! Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-Mu dan api neraka dengan pertolongan-Mu, Wahai Penolong orang-orang yang meminta pertolongan.
Doa hari – 12
Yaa Allah! Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian qana’ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-Mu, Wahai penjaga orang-orang yang takut.
Doa hari – 13
Yaa Allah! Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-Mu, Wahai Dambaan orang-orang miskin.
Doa hari – 14
Yaa Allah! Janganlah Engkau hukum aku, karena kekeliruan yang kulakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala’ dan malapetaka dengan kemualian-Mu, Wahai Kemulian kaum Muslimin.
Doa hari – 15
Yaa Allah! Berilah aku rizki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu’. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-Mu, Wahai Keamanan untuk orang-orang yang takut.
Doa hari – 16
Yaa Allah! Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan rahmat-Mu hingga sampai kepada alam akhirat. Demi ketuhanan-Mu Wahai Tuhan seru sekalian alam.
Doa hari – 17
Yaa Allah! Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita-ku. Wahai Yang Maha Mengetahui keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam. Shalawat atas Muhammad dan keluarganya yang suci.
Doa hari – 18
Yaa Allah! Sadarkanlah aku akan berkah-berkah yang terdapat di saat saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-ajarannya, Demi cahaya-Mu Wahai Penerang hati para arifin.
Doa hari – 19
Yaa Allah! Penuhilah bagianku dengan berkah-berkahnya, dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari keterimaan kebaikan-kebaikannya, Wahai Pemberi petunjuk kepada kebenaran yang terang.
Doa hari – 20
Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu surga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca AI-Quran Wahai Penurun ketenangan di dalam hati orang-orang Mu’min.
Doa hari – 21
Yaa Allah! berilah aku petunjuk menuju kepada keridloan-Mu. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada setan untuk menguasaiku. Jadikanlah surga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh keperluan orang- orang yang meminta.
Doa hari – 22
Yaa Allah! Bukakanlah bagiku pintu-pintu karunia-Mu, turunkan untukku berkah-berkahMu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keridloan-Mu, dan tempatkanlah aku di dalam surga-Mu yang luas, Wahai Penjawab doa orang-orang yang dalam kesempitan.
Doa hari – 23
Yaa Allah! Sucikanlah aku dari dosa-dosa, dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus kesalahan orang-orang yang berdosa.
Doa hari – 24
Yaa Allah! Aku memohon kepada-Mu hal-hal yang mendatangkan keridloan-Mu, dan aku berlindung dengan-Mu dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-Mu, dan aku memohon kepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan tenhadap-Mu, Wahai Pemberi para peminta.
Doa hari – 25
Yaa Allah! Jadikanlah aku orang-.orang yang mencintai Auliya-Mu dan memusuhi musuh-musuh Mu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga hati para Nabi.
Doa hari – 26
Yaa Allah! Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, dan dosa-dosaku diampuni, amal perbuatanku diterima, dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar dan semua yang mendengar.
Doa hari – 27
Yaa Allah! Rizkikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang terhadap hamba- hambanya yang sholeh.
Doa hari – 28
Yaa Allah! Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semua permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-Mu diantara semua perantara, Wahai Yang tidak tersibukkan oleh permintaan orang-orang yang meminta.
Doa hari – 29
Yaa Allah! Liputilah aku dengan rahmat dan berikanlah kepadaku Taufiq dan penjagaan. Sucikanlah hatiku dan noda-noda fitnah wahai pengasih terhadap hamba-hamba-Nya yang Mu’min.
Doa hari – 30
Yaa Allah! Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keridloan-Mu dan keridloan Rasul. Cabang-cabangnya kokoh dan kuat berkat pokok-pokoknya, Demi kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, dan segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Thursday, August 2, 2012

TERLARIS DI PELUSUK NEGERI

assalamualaikum.
tengok pada tajuk nampak gah lah sangat,macamlah ada kilang..
beberapa hari yang sibuk,menyiapkan tempahan juga satu ibadah,wajib menunaikan janji.





sebahagian kecil yang baru di siapkan,masih banyak lagi,mudah-mudahan siap seminggu sebelum raya.mudah-mudahan sehatlah hendaknya.

p/s rempeyek nor terlaris di pelusuk negeri..dan berbilang bangsa di sukai ramai...heheh


Wednesday, August 1, 2012

ALLAH SENTIASA MELIHAT KITA..

Assalamualaikum

Untuk renungan semua,insaflah semoga kita sentiasa berada di bawah lindungan Allah.



Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)