Pages

Tuesday, July 30, 2013

Real watermelon cake





p/s selamat hari jadi adibah kek yang di ambil dr fb...he~

Happy Birthday!!!adibah...


Somebody up there Loves you
Somebody down here cares for you
Happy Birthday!!!adibah...



Monday, July 29, 2013

Sebak bila ingat kematian




Kehidupan alam dunia ini merupakan kehidupan yang sifatnya hanya sementara,maka setelah ajal yang telah dicatat malaikat sewaktu manusia diberi roh untuk hidup di alam dunia telah sampai,maka manusia mengalami kematian.Dan setelah mati inilah manusia akan menempuh alam yang lebih luas iaitu alam barzakh.




Wassalam.

Sunday, July 21, 2013

Iman soffea sudah 9 tahun


Iman: mama lagi dua hari harijadi iman 21.7...(masa ni saya tengah sibuk di dapur).
Saya:habis kenapa? apa yang istimewa sangat pasal harijadi iman ...?
Iman:kan harijadi iman jatuh pada bulan puasa..(muka sedikit mencuka sebab saya tak layan sangat).
Saya:habis iman nak apa...?bulan puasa mana ada nak sambut-sambut harijadi ni...mama sibuk..tak nampak mama tengah buat apa ni...
Iman:(terus pergi masuk bilik)
saya biarkan aje dengan rajuknya..pada hal nak mengusik je..

tak lama lepas tu..saya panggil iman..."ala mama gurau aje'..saja nak tengok iman tu...
diam mencuka,tak habis lagi rajuknya...

oklah mama buatkan kek...nanti lepas terawih bolehlah kita makan sama-sama..
kalau nak hadiah..nanti-nantilah ye...

sebenarnya iman sangat teruja pasal sambut-sambut harijadi ni...yang lain buat derk je..dialah yang rajin buat kad itu ini..saya dengan suami pulak suka menyakat dia...

 rajuk iman melepak dalam bilik

cheese cake chocolate blueberry

Jadilah anak yang solehah ye iman...
''Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! - Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia - Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! " - Al-Fajr

p/s tak sempat nak makan lepas terawih..akhirnya iman potong kek masa sahur... sebab perut dia dah penuh..he~

Friday, July 19, 2013

Rempeyek knor laris



Hari ni berehat sepenuhnya dari aktiviti mengoreng, tempahan mencecah puluhan balang dan keratusan, mampukah saya?nak dapat kualiti yang baik harus berehat sekejap....mungkin tempahan juga akan di tutup sementara,memandangkan bukan keluaran dari kilang,produk dari rumah aje,homemade....kita buat setakat yang termampu....

tanpa kacang juga mendapat sambutan

Thursday, July 18, 2013

Jubah haramain



jubah yang azhan pilih

terletak di Komplek Pkns Shah Alam...tingkat satu...bukan nak bagi publisiti pun...tapi memang kat sinilah beli baju raya tempoh hari...kain yang berkualiti  harga pun ok...

Wednesday, July 17, 2013

Jus epal asam boi dan kerabu epal


kegemaran azhan, jus epal asam boi...projek dia petang nanti...

kerabu epal...dah habis masuk perut semalam...
bahan-bahannya; udang kering
bawang besar (bombay)
cili padi
jus limau
kacang yang di goreng dan di tumbuk kasar
sos ikan
garam
gula

caranya sama macam kerabu manggo..di hiris halus...gaul semua bahan..udang digoreng tanpa minyak dan di tumbuk kasar.perah jus limau..gaulkan kesemua bahan...akhir sekali taburkan kacang..

sedap di makan begitu saja...tekak tak berapa selera...ini jadi pilihan menu berbuka...juadah hari ni...tengah memikiou...


Tuesday, July 16, 2013

90 % UMURKU TERTINGGAL

Hari ke-1,
Tahajudku tertinggal, dan aku begitu sibuk akan duniaku hingga dzuhurku, kuselesaikan saat ashar mulai memanggil. Dan ketika senja menjelangnya kulewati saja masjid yang mengumandangkan adzan magrib. Dengan niat kulakukan bersama isya itupun  setelah rancangan tv selesai
Hari ke-2,
Tahajudku tertinggal lagi. Dan hal yang sama aku lakukan sebagaimana hari pertama.
Hari ke-3,
Aku lalai lagi akan tahajudku Temanku memberi hadiah novel best seller yang lebih dari 200 hlmn, dalam waktu tidak 1 hari aku telah selesai membacanya, tapi enggan sekali aku membaca Al-qur'an walau cuma 1 juzz Al-qur'an yg 114 surat, hanya 1,2 surat yang kuhafal itupun dengan terbata-bata, tapi ketika temanku bertanya tentang novel tadi betapa mudah dan lancarnya aku menceritakan.
Hari ke-4,
kembali aku lalai lagi akan tahajudku
Petangnya aku datang ke tempat pengajian dengan niat mengaji, tapi kubiarkan ustazdku yang sedang mengajarkan kebaikan, ku biarkan ustadzku yang sedang mengajarkan lebih luas tentang agamaku,
Aku lebih suka bersembang dengan teman yg ada di kiri & kananku.
Padahal ba’da magrib tadi betapa sulitnya aku merangkai kata-kata untuk ku panjatkan saat berdoa.
Hari ke-5,
Kembali aku lupa akan tahajudku
Kupilih shaf paling belakang dan aku mengeluh saat imam sholat jum'at berlamaan bacaannya,
padahal betapa dekat jaraknya aku dengan tv dan betapa nikmat,
tak kala saat perpanjangan waktu bola sepak kegemaranku.
Hari ke-6,
Aku semakin lupa akan tahajudku
Kuhabiskan waktu di mall & bioskop bersama teman2ku
demi memuaskan nafsu mata & perutku sampai puluhan ribu tak terasa keluar
Aku lupa .. waktu diperempatan lampu merah tadi, saat wanita tua mengetuk kaca keretaku
hanya rm2 ku berikan itupun tanpa menoleh.
Hari ke-7,
Bukan hanya tahajudku tapi shubuh ku pun tertinggal
Aku bermalas-malasan di tempat tidurku menghabiskan waktu
Selang beberapa saat dihari ke-7 itu juga
Aku tersentak  mendengar khabar temanku kini telah terbungkus kain kafan
padahal baru  malam tadi aku bersamanya & ¾ malam tadi dia dengan misscall nya mengingatkan aku tentang tahajud.
Kematian!!!!!!!
Kenapa aku baru gementar mendengarnya?

¼ abad lebih aku lalai!!!
Dari hari ke hari, bulan dan tahun yang wajib jarang aku lakukan apalagi yang sunnah.
Kurang mensyukuri walaupun KAU tak pernah meminta
Berkata kuno akan nasihat ke-dua orang tuaku, padahal keringat & airmatanya telah terlanjur menitis demi aku.
Tuhan!!!!!

Andai ini merupakan satu titik hidayah,
walaupun iman ku belum seujung kuku hitam,
Aku hanya ingin detik ini hingga nafas ku yang saat nanti tersisa
Tahajud dan sholatku meninggalkan bekas saat aku melipat sajadah ku!!!Amin....

Bila di dunia ada syurga,
maka itulah kehidupan rumah tangga yang sakinah mawaddah wa rahmah.
Bila di dunia ada neraka, maka itulah kehidupan rumah tangga yang tak selaras & jauh dari agama.

Bahagialah mereka yang diamnya berfikir,
memandangnya mengambil pelajaran,
mendengarnya mengambil hikmah,
dan dalam tindakannya mengenal indahnya ajaran Islam.



Sunday, July 14, 2013

Sakit itu ujian dari Allah



Ketika ini masaalah batuk melanda, sudah hampir seminggu....batuk tanpa henti..
tiada angin tiada ribut..tup..tup tekak terasa perit...dan terus batuk berpanjangan...cari juga apa puncanya..nak kata sakit tiga serangkai juga tiada...susah sangat saya ni nak dapat sakit,tapi bila sakit,memang sakit sangatlah...bukan batuk biasa-biasa..tapi batuk di ikuti dengan sakit tekak..tapi gagahkan juga membuat rutin harian...


solat juga agak sukar, kerana ketika membaca kalimah Allah..tiba-tiba anak tekak terasa gatal,seterusnya batuk lagi...batuk dan batuk...saya redha dengan ujian Allah.mungkin Allah makbulkan doa saya,pernah saya cakap dalam hati,dan pernah juga menulis dalam n3 sebelum ini,ketika anak-anak sakit,saya berdoa pada Allah supaya sakit anak-anak tu berbalikkan kepada saya...kalau betullah,saya bersyukur sangat...semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya.



mood:dalam kerugian buat terawih dalam keadaan tersekat-sekat dengan batuk..

Thursday, July 11, 2013

Perniagaan yang berkat




Dari Hakim bin Hizam r.a dari Nabi s.a.w sabdanya: "Dua orang yang berjual beli, masing-masing mempunyai hak untuk memilih (untuk meneruskan jual beli atau tidak) selama kedua-duanya belum berpisah. Jika keduanya berlaku jujur dan berterus terang menjelaskan (keadaan barang yang dijual belikan), maka mereka diberi berkat dengan jual beli mereka; tetapi jika mereka berdusta dan menyembunyikan (kecacatan masing-masing), hilanglah berkat jual beli mereka.” (HR Imam Muslim)

Doa hari – 1
Yaa Allah! Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku … Wahai Tuhan sekalian alam!! Ampunilah aku, Wahai Pengampun para pembuat dosa.
Doa hari – 2
Yaa Allah! Dekatkanlah aku kepada kerinduanan-Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta alasan- Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih dari semua Pengasih!!

Doa hari – 3
Yaa Allah! Berikanlah aku rizki akal dan kewaspadaan. dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bagian untukku dari segala kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu, Wahai dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!

Sunday, July 7, 2013

Tempahan sudah mula diterima


Tempahan rempeyek kacang tanah sudah mula di buka,tempahan akan ditutup seminggu before raya.
Rm25 sebalang,sekiranya tempahan melebihi sepuluh balang harga akan dikurangkan kepada Rm22 sebalang.

so pm anytime from now....0192424688


Juga tempahan untuk Velvet fruits cake akan dibuka seminggu selepas raya.. collect anytime until a day after raya ye..

Pilihan warna-UP TO YOU :)



tempahan kek tidak diterima sepanjang bulan ramadhan.


So pm anytime after raya...

p/s Tagigik lidah talapeh kecek
Tasingguang hati alun ta ubek
Alah banyak salah nan lah ta buek
Khilaf nan lamo usah di ingek
Salah nan baru jan lah di upek
Dek bulan Ramadhan lah samakin dakek
Barilah maaf walaupun saketek....

Thursday, July 4, 2013

Gudang kurma

Hari-hari muhammad  membilang puasa,macam tak sabar sangat dah nak puasa...tahun lepas alhamdulillah penuh tiga puluh hari..harap-harap tahun ni juga berkemampuanlah dia hendaknya.."yeah lagi empat hari lagi nak puasa".macam tulah dia...terjerit-jerit mengira bila nak puasa...teruja sangat.

semalam saya dengan suami bawa muhammad datang sini,tak jauh pun belakang rumah saya je..kalau jalan mau patah kaki..jom kita tengok apa ada kat sini...

















Mesti dah nampakkan...tempat apa ni..
inilah gudang menjual kurma, macam-macam jenis ada.bila nak sambut puasa aje..datang sini..murah harga borong.
masuk Taman Bolton berhampiran dengan Sekolah Taman Seri Gombak..nak tahu lebih lanjut call aje..sedia membantu.













maaflah tak tahu nama kurma apa..tak sempat nak selidik..sekotak  berharga rm100 dalamnya ada 12 kotak.

kebanyakkan yang datang sini adalah peniaga,mereka beli secara borong.














 Rm 170 1 dozen

Rm100 1 dozen








































Terdapat juga halwa,madu,biskut,dan pitaschio butter.

















 coklat kurma pun ada..sedap lagi terbaik..

Coklat kurma rm15
kacang pitaschio..makanan yang terdapat di sini..semuanya untuk minda..

kacang pitaschio Rm 22
jus delima..memang pekat tiada campuran kimia...semuanya asli..pembeli tegar..saya akan tunjukan n3 akan datang tentang jus delima ni ye..

sekotak cuma Rm7.90
cordial  sebotol kecil cuma Rm 12
 pakcik ni seorang peniaga..apa lagi satu lori angkut...
masa untuk membayar..nanti kita datang lagi ye...belakang rumah je...
jus delima,biskut,kurma dan pati delima....
..larat ke tu..



















inilah kurma yang di beli...dalam perjalanan Muhammad tanya.."mama ini kurma kita ke."?

bukan.....!!

Wednesday, July 3, 2013

Bila lelaki di dapur


Fakta lelaki memasak (tidak termasuk golongan lelaki yg berkerja sebagai tukang masak)

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi meggi kari saja la.

• Lelaki kadang-kadang memang suka memasak….tapi amat malas nak
basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk…

masak kicap pun ok bang!!!



• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang rumah… bukan main bising lagi.

• Adalah kebiasaan lelaki memasak tanpa memakai baju…pastu,
sambil hisap rokok.

• Menu utama masakan lelaki adalah telur goreng, sardin, telur
goreng dan juga meggi. Tak ketinggalan jugak kicap masin…

• Jika seorang lelaki yang rajin memasak, anda akan dapati gas akan cepat habis,kerana lelaki memasak selalu mengunakan api yang kuat..cepat sikit masaknya.

• Keadaan dapur rumah orang lelaki yang bersepah sepah adalah satu pemandangan biasa yang mempunyai nilai artistiknya yang
tersendiri…
• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak
oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika
makanan itu di masak oleh wanita..

Antara sebab sebab lelaki memasak:
• Malas nak pegi kedai
• Hampir hampir pokai
• Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired
• Mental theraphy
• Konon konon nak practice…nanti boleh ambil hati pasangan
• Buang tabiat…

p/s setuju ke?...di ambil dari fb

Tuesday, July 2, 2013

Adik kesayangan Iman



Alhamdulillah tahun ni habis  alam tadika...dah boleh membaca dengan lancar...hari-hari baca komik..buka tv tengok kartun..tutup tv baca komik..lepas tu gelak sorang-sorang..

yang sangat rajin jadi guru kepada Muhamamd ialah Iman soffea.suka main cikgu-cikgu...







terharu dengan cerita semalam..nak di jadikan cerita dalam nak menunggu waktu asar saya terlelap..tapi masih sedar ..banyak kali Muhammad tanya dah masuk asar ke belum, macam nilah perangai Muhammad bila nak masuk waktu solat dia seolah-olah tahu waktu solat dah nak hampir...
Dalam keadaan mamai jawab jugalah.." belum lagi"...tak lama tu dia tanya lagi.."mama dah masuk asar ke belum"? lepas tu saya kata dalam mata masih pejam: "Muhammad bukalah astro oasis dah azan ke belum."lepas tu saya terus terlena..emm sedapnya tidur.sesekali dapat bantalkan...tiba-tiba muhammad kejutkan saya "mama dah masuk asar"bila saya sedar aje Muhammad siap bersongkok dan muka dia basah dengan air wudhuk..saya terus aje mengucap panjang...dalam hati kata,alhamdulillah sejuk hati tengok Muhamamd  dan terus doakan yang baik-baik untuk dia.saya terus peluk dia..lepas tu minta maaf  sebab saya buat endah tak endah pada pertanyaan dia...

Dalam kereta pula dia lebih suka dengar orang mengaji...pandai pulak dia buka radio Ikim.setiap kali ayahnya nak pergi kerja inilah pesanan Muhammad "ayah bawa kereta elok-elok, jangan langgar orang".

p/s sekadar berkongsi tidak ada niat lain...

Monday, July 1, 2013

Seekor semut apa kaitannya dengan Israk Mikraj....?


"Hai Abu Bakar,sesungguhnya kawanmu mendakwa bahawa dia telah diisrakkan di waktu malam ke Baitul Maqdis lalu dari Baitul Maqdis terus naik ke langit hanya dalam satu malam."

Jawab Abu Bakar: "Seandainya dia mengatakan seperti itu,maka benarlah dia."

Ada seorang dari golongan kafir Quraisy berkata sambil mengejek: "Ya Muhammad,berdirilah engkau!" Maka Nabi pun berdiri. Orang itu berkata lagi:"Angkatlah salah satu kakimu." Rasulullah mengangkat salah satu kakinya.Orang itu berkata lagi: 'Angkatlah kakimu yang satu lagi." Jawab Nabi:" Apabila saya angkat,maka saya akan jatuh."Kata orang kafir itu: "Kalau engkau tidak dapat mengangkatnya sejengkal sahaja,maka bagaimana mungkin engkau mengangkatnya ke langit, bahkan ke Sidratul Muntaha."

Akhirnya Nabi berkata kepada kafir Quraisy itu:" Pergilah engkau kepada Ali,dan ceritakan hal itu kepadanya,dialah yang akan menjawab pertanyaan kamu." Lelaki itu pun segera pergi menjumpai Ali dan mengulangi pertanyaan tadi kepada Ali.Sebagai jawapannya,Ali mencabut pedangnya dan memenggal kepala lelaki itu.
Ramailah yang menentang tindakan Ali membunuh lelaki itu. Ali menjawab:" Itulah jawapan terhadap orang yang menentang kebenaran.Bukannya Rasulullah tidak mampu menjawab,akan tetapi Baginda mengetahui bahawa lelaki kafir itu  tidak mahu menerima jawapan,sehingga baginda mengirimkan kepadaku untuk kubunuh."
Walau telah terbukti kebenaran dan ucapan Nabi SAW, mereka tetap menolak malah mereka mengatakan:"Ini adalah sihir semata-mata."

Berbalik cerita tentang seekor semut...apa kaitannya dengan Israk Mikraj....?




Al-kisah seorang ayah teringat kepada anaknya yang tinggal nun jauh di Mekah..suatu hari tergerak untuk menghantar sebungkus rambutan untuk si anak.
Lalu si ayah memanjat pokok rambutan yang ada di hadapan rumah di petik dengan tangkai dan daun-daunnya sekali...si ayah membungkus rambutan dengan tangkai-tangkainya dan dimasukkan kedalam plastik kemudian di sumbat ke dalam kotak.

Di Mekah dengan rasa girang si anak menikmati rambutan  dengan penuh syukur al-maklum lama tak menikmatinya.
Terlintas di hati si anak nak menghantar kurma buat si ayah pula, maka si anak pun mengunakan bekas rambutan tadi lalu di masukkan kurma yang hendak di kirim untuk ayahnya.

sampai aje kurma di tangan si ayah nak di jadikan cerita keluarlah seekor semut dari bekas kurma. semut itu pun berjumpa rakan-rakan semut  yang lain..sang semut pun berkata 'kau nak tahu tak aku baru aje balik dari Mekah"aku naik kapal besi (kapal terbang) kawan-kawan semut yang lain ketawa dan terus berkata "kau gila!,ingat senang nak pergi mekah..semua kawan-kawan semut  tidak percaya malah di katakan gila...
Nak di ceritakan di sini....
Seekor semut yang tak punya teknologi cuma seekor binatang yang kecil boleh mampu pergi ke Mekah dengan izin Allah.Inilah bukti kekuasaan Allah.Kalau Allah kata jadi maka jadilah.


 Firman Allah S. W. T. :

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1).


p/s Cerita semut ini di ceritakan oleh suami ketika tazkirah selepas maghrib malam tadi..tujuannya supaya anak-anak lebih faham dan mata diorang jadi bulat..kalau tak tu asyik menguap saja...
anak-anak saya faham cerita semut ini...rakan-rakan faham tak ?..
"Ikan di laut asam di darat bertemu juga di dalam kuali "...


Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)