Pages

Tuesday, September 30, 2014

IKLAN KEREPEK ISI KETAM

Bismillah

Tumpang lalu..tumpang lalu...
Blog picisan ni nak promosi kudapan anak buah...knor dah beli dah memang sedap sangat..maklum isi ketam...katanya sesuai makan dengan nasi,tengok ajelah muhammad makan ikan rebus pindang,kicap dengan isi ketam...nyam..nyam...


 BOLEH HUBUNGI TERUS TUAN EMPUNYA YE...

Crispy crab/kerepek ketam.. Rangup sedap .. Boleh makan dengan nasi ,bubur dan mee sup... Makan macam tu pun boleh.. Berminat whatsapp / SMS 0176687449..ANIE...

Rm18 sahaja...

Monday, September 29, 2014

HARI HARI YANG GANJIL

Bismillah

Demi masa.....
Baginda Nabi Shallallahu alaihi wa sallam bersabda :
Akan tiba masanya atas ummat ku di mana ke khusyu'kan dalam solat akan hilang.
Akan tiba masanya atas ummat ku banyaknya kematian secara mengejut.
Akan Tiba masanya atas ummat ku banyaknya gempa bumi.
Akan tiba masanya atas ummatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenal sahaja.
Akan tiba masanya atas ummat ku banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri.
Akan tiba masanya atas ummat ku manusia saling berbangga-bangga dengan perbuatan maksiat mereka.
Para sahabat bertanya " Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah ?
Rasulullah saw menjawab " Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan hari kiamat.
Hampir semua yg disebut itu berlaku di zaman kita.

Adalah Hari-hari yang sangat Ganjil.

Ibu-ibu dan bapa-bapa hanya mementingkan makanan yang sedap dan pakaian yang cantik-cantik sahaja terhadap anak-anak mereka.
Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kepada anak-anakmereka.

Hari-hari yang ganjil.

Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yg diberi tidak berpatutan / sedikit. Namun mereka lupa sesungguh nya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkah dari rezeki yang haram.

 Hari-hari yang ganjil

Pemuda dan pemudi berjam-jam menghabiskan waktu mereka jalan-jalan dan berpeleseran di Mall atau
di Pasaraya. Namun mereka merasa letih dan berat utk mengerjakan solat walau hanya satu rakaat.

 Hari-hari Ganjil.

Pemuda dan pemudi asyik mendengar lagu-lagu dengan hati yang girang gembira. Namun jika utk mendengar firman-firman Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah-olah mereka hendak naik ke langit sedang mereka tidak tahu bahwa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram.

Hari-hari sangat ganjil.

Kita bersungguh2 berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yg enak-enak dan yang bagus-bagus, murah atau mahal, kita sanggup membayar nya walaupun dengan berapa harga sekalipun, namun ketika kita ingin menderma kedlm tabung masjid, kita akan memilih wang kita yg paling kecil sekali utk dimasukkan kedlm tabung derma.

Hari-hari yang ganjil.

Kita set alarm sblm tidur takut terlambat bangun utk pergi kerja. Namun kita lupa utk setkan alarm utk bangun menghadap Allah ketika solat subuh.

Hari-hari sangat ganjil

Kita saling caci dan membicarakan keburukan makhluk-makhluk Allah, Namun kita lupa akan firman Allah "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di datangi malaikat pengawas yang selalu hadir" .
Hari-Hari yang ganjil.

Kita mengeluh dari banyaknya musibah dan bencana, namun kita lupa akan firman Allah " Maha Suci Allah yang telah menggerakkan kendaraan ini untuk kami padahal kami tiada kuasa menggerakkannya".

Hari-hari yang ganjil.

Ibu-ibu bapa-bapa membiarkan saja isteri dan anak perempuan mereka memakai pakaian dengan menampakkan aurat bahkan menimbulkan fitnah kepada orang lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak berani untuk mencegahnya dengan alasan itu adalah hak asasi manusia, kubur masing-masing....

 P/S PERINGATAN DIRI SENDIRI....

Sunday, September 28, 2014

"NAK MENUNJUK LE TU...'

Bismillah
minta lalu pepagi ni...demi masa.
 
“Allahumma inni as`aluka khairaha wa khaira ma jabaltaha ‘alaihi wa
a’udzu bika min syarriha wa min syarri ma jabaltaha ‘alaihi.

Ya Allah, aku memohon kebaikannya dan kebaikan tabiat yang
ia bawa. Dan aku berlindung dari keburukkan dan keburukkan tabiat yang ia bawa.”



aku sangat tertarik dengan foto ni yang aku ambil dari muka buku, dah tentu bukan dari malaysia.kalaulah begini penduduk malaysia terasa sejuk aje,benda biasa akan jadi perkara biasa,tak adalah mulut-mulut longkang akan berkata nak menunjuklah tu,atau pun riak..
orang malaysia ni kalau bawa tasbih sambil zikir pun dikata menunjuk-nunjuk atau nak bagi tahu semua orang yang dia saja warak...sudah-sudahlah bersangka buruk,kalau asyik bersangka buruk bila masanya..takkan nak sorok-sorok bila buat kebaikan...asing sungguh orang malaysia dengan perkara-perkara yang mulia ni...
aku tertarik dengan satu video di dalam bas juga,bukan dari malaysia...mereka berlawan-lawan baca al-Quran,maksudnya orang ni baca ayat pertama dan di sambung ayat kedua oleh orang lain...meriah dan sangat sedap bacaannya dengan bertaranum...subhanallah.
aku juga ada seorang sahabat,sentiasa baca al-Quran dalam kereta ketika menunggu anak...dan ada kawan seorang ustazah yang lembut budi bicaranya...di sini sudah bagi pelajaran buat aku...
dan suami bila dalam kereta sentiasa suruh kami baca al Fatihah,suami nak tengok bacaan memasing..lepas tu mesti buat tafsir...tak pun belajar bahasa arab,habis-habis kami akan lagukan nama-nama Allah.
susah sangat nak sembang merapu dengan suami...habis-habis kami gelak antara kami...yang suka sembang merapu mamanyalah...taklah bosan jadinya nanti.

"bahawa sesungguhnya semua manusia itu berada dalam keadaan kerugian kecuali dia termasuk mereka yang selalu beramal soleh, saling menasihati dalam kebenaran dan kesabaran".Surah Al'Asr -103.


Thursday, September 25, 2014

SANAH HELWAH YA AZHAN FIKRY

Bismillah

Nasihat Lukmanul Hakim:

"Wahai anakku, aku akan berwasiat kepadamu dengan beberapa hal, jagalah wasiat-wasiat tersebut nescaya engkau selamat...
Jangan engkau bergabung dengan pencemburu buta, jangan tinggal dengan pendengki, jangan bertetangga dengan orang bodoh, jangan bersaudara dengan orang yang riya' dan jangan bersahabat dengan orang yang kedekut."


Wednesday, September 24, 2014

BURGER KING KONG HOMEMADE

Bismillah
 
Bila tinggal sorang-sorang di rumah..tiba masa untuk buat makanan kesukaan anak-anak..bila balik sekolah aje teruja sangat nak makan...burger king kong homemade mama....




Untuk mendapatkan roti yang lembut,haruslah belasah,tumbuk,baling dalam mangkuk adunan tepung hingga lunyai..biarkan hingga dua jam..hingga adunan naik,dan tumbuk semula,biarkan dia naik semula dan belasah kembali ulang hingga anda naik lembik..heheh.dapatkan resepi roti DI SINI
Daging cincang Ramli
1 biji telur
1 sdb lada hitam
1 sdb lada sulah
garam
gula
sedikit daun bawang
1 biji bawang besar ( potong dadu)
1 sdb tepung jagung

caranya:
gaul rata semua bahan kemudian bentukkan bulat dan simpan di dalam peti ais..
kemudian keluarkan dan mula mengoreng dengan sedikit butter.


KUFUR

Bismillah

tumpang lalu petang-petang gini...

Di dunia hari ni ada 7 bilion manusia di seluruh alam,dan daripada 7 bilion,5.5 bilion seluruh alam  adalah kufur kepada Allah SWT.tidak pernah sujud kepada Allah.tidak kenal Allah.kalaulah hari ni Allah buat keputusan  didatangkan kiamat maka 5.5 bilion pada hari ini masuk neraka Allah SWT.hanya kerana mereka tiada iman langsung kepada Allah.
Mereka Ramasamy,mereka Ah chong,mereka John,mereka-mereka tidak sujud kepada Allah.
Dari kalangan orang-orang yang beriman berapa pula  yang tidak datang beramal,bagaimana keadaan mereka di akhirat dan mereka kekal dalam keaadaan itu.hari ini mereka tidak solat,tidak puasa,ambil riba,serta tidak sempat bertaubat...

tak perlulah kita tengok jauh-jauh,kita tengok ahli keluarga,sanak saudara berapa kerat yang benar-benar beriman,sujud kepada Allah.

ramai yang mengaku Islam,tapi tak tahu apa itu Islam...
masih ada peluang,carilah ilmu,berkawanlah dengan orang yang berilmu,jadikan masjid rumah mu...jangan dibenci pada orang yang memberi ilmu...

jangan sentap......pula ye,peringatan untuk diri sendiri juga....

Monday, September 22, 2014

AMANAH DAN JUJUR DALAM BERNIAGA

 Bismillah.

Jujurlah dalam berniaga sebab kita tak ada modal yang lebih utama dari amanah dan jujur...Jika ada yang merendahkan kita, tinggalkan. Bersahabatlah dengan orang-orang yang selalu mendukung kita. Keluarga dan sahabat sejati.....

 antara sebahagian dari kek yang aku buat....masih banyak tapi tak larat nak save dah...

 Man Jadda Wa Jada adalah berasal daripada pepatah Arab untuk membangkitkan motivasi diri, yang bermaksud :

"Siapa yang bersungguh-sungguh, pasti berhasil."


Sunday, September 21, 2014

MENYANTUNI ANAK-ANAK DENGAN MEMASAK DONUT BIG PINEAPPLE

Bismillah

menyantuni anak-anak...

"Doakanlah yang baik-baik untuk keluarga dan sahabatmu sehingga malaikat pun berkata "Doa itu, juga untukmu"
Aamiin.
selamat pagi sahabat...

Bahan-bahan :-
700gm Tepung gandum / 3 cawan
3/4 Susu cair
1 paket Yis
2 bijiTelur
3 sdb butter
Gula Kastor 4 sudu besar

Cara Menyediakan Doh :-

campurkan susu cair suam bersama telur dan yis,kacau rata dan biarkan ianya berbuih anggaran 10 minit...
buat lubang ditengah-tengah tepung,masukkan bancuhan yis bersama butter dan mula uli dengan cara sopan ye...
uli sehingga menjadi doh, dah siap doh tersebut biar kan doh tadi dalam 30-40minit dan tutup menggunakan kain lembab, biarkan doh tersebut mengembang 2x ganda dari saiz asal.
siap proses kat atas tu bolehlah canai doh tersebut dan terapkan mengikut saiz bulatan yang korang nak.

aku guna cawan aje...



Goreng menggunakan api panas sederhana
dah siap goreng angkat dan toskan, biarkan sejuk dahulu...


Hidangkanlah donut dengan sapuan chocolate syrup,cream cheese, jem strawberry, segala macam peanut, peanut butter atau aiskrim. atau apa saja yang diingini dengan citarasa anda..ini lebih kepada projek menghabiskan stok dalam peti ais...

Thursday, September 18, 2014

MENANG KERANA KELAB PENCINTA LIPAS

Bismillah

Apa kisahnya...Iman soffea pemenang pertama ..kalahkan kakak-kakak ye...setahu mama iman penakut lipas...

 Nama Kelab » Kelab Pencinta Lipas

Aktiviti »

*Setiap ahli perlu memelihara 15 ekor lipas.
*Menjual sate lipas,lipas bakar dan lipas goreng.
*Setiap ahli perlu membawa seekor lipas semasa perjumpaan , denda 99 sen jika tidak bawa .
*Pandai melukis wajah lipas.
*Perlu membuat novel bekaitan dengan lipas.
*Selfie bersama lipas
*Permainan mencari telur lipas.
*Mencari barang peninggalan nenek moyang lipas.

Sekian, terima kasih.
🐜
Logik ke?



PEMENANG HARI KHAMIS | 18 SEPTEMBER

Ya Allah! Tersedak-sedak Kak Ain membaca nama-nama kelab yang dicadangkan. Tersangat lucu dan kreatif semuanya! Paling tidak tahan, ada kelab pencinta lipas? Alamak! Ngeri! Geli! Benci!
Sekarang ini, juri telah pun sepakat memilih nama pemenang. Blinkers yang bakal memenangi nomik Lawak Sekolah: Belajar Bersukan adalah...

..... Iman Soffea Jamal, 10 tahun~!!~!!

3 pemenang saguhati (1 novel comel):
- Siti Zulaikha Abdul Ran,14 tahun.
- Insyirah Ardini Rosli, 14 tahun.
- Nur Alia Nabila binti Mustafa Kamal,13 tahun
Tahniah kepada pemenang!

Wednesday, September 17, 2014

SAMBAL TOTOK JAWA

Bismillah

Siapa orang jawa harus mengaku..orang jawa bijak-bijak semuanya....
Ni sambal jawa paling meletop!!! Anak jawa WAJIB pandai buat sambal ni baru boleh jadi menantu..



Bahan-bahannya:

Segenggam ikan bilis
10-15 tangkai cili padi kampung -potong 2 (takut meletup-letup)
3 biji cili merah-di potong-potong sebelum digoreng(takut meletup2)
1 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
1 inci belacan
Minyak untuk menggoreng
Garam dan sedikit gula
Limau kasturi -ikut suka

Caranya:
1. Mula-mula, goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat  dan toskan.
2. Goreng seketika bawang merah dan putih bersama belacan, angkat.
3. Kemudian goreng cili padi tadi. Pastikan anda menutup kuali, kalau tidak cili padi akan meletup-letup.
4. Tumbuk kesemuanya. Tapi kalau mahu ikan bilis yang terasa rangup ketika di makan, tumbuk kasar ikan bilis kemudian sekali.
5. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda.

selamat bersambal..

Tuesday, September 16, 2014

Sunday, September 14, 2014

"SEMASIN AIR DI LAUT,IKAN TETAP RASA TAWAR"...





Ramai insan terjebak terpengaruh terhadap perkara negatif dengan orang sekeliling,sedangkan Allah bagi akal untuk fikir yang mana membawa keuntungan dunia dan akhirat,yang mana memberi kerugian dunia dan akhirat..

p/s dunianya..!!

Thursday, September 11, 2014

UPSR,BAI ROTI MACAM-MACAM ADA....

Bismillah
Assalamualaikum sahabat
pagi jumaat penuh barakah...mulakan hari ni dengan amalan yang soleh dan di berkati..jadilah isteri yang solehah..

p/s bertabahlah anak-anak UPSR dan GURU. Seolah-olahnya ummah ini sedang dilanda KRISIS INTEGRITI...
Lantas
Apakah yang hendak kita wariskan kepada anak-anak generasi akan datang?
jangan bersedih, ibu-ibu  harus kuat beri sokongan..aku sendiri rasa nak menangis terharu sangat..kalaulah anak-anakku..???


Imbas suatu ketika seorang Bai roti setiap petang lalu depan rumah, dari jauh lagi dah dengar bunyi pon..pon..tak dapat beli roti,kejar pun jadilah..
nak beli roti pun susah waktu tu, kalau dapat beli sekali hadap je selesai. itu pun berebut..biasanya makan roti banggali cicah kari...ada juga sesekali kak ipar buat,bakar guna sabut..punyalah tak sedap, keras pulak tu...lapar dan tak cukup makan punya pasal...akhirnya ke perut juga...
tapi itu dulu.....
ini gambar aku google,mana sempat nak tangkap gambar, rumah atas you...walaupun sekarang masih ada bai jual roti,aku macam tak sanggup nak beli pulak..ragu-ragu ...terlebih sangat..soal selidik,takut pula bai tu sentapp...lebih baik aku buat sendiri..en suami dah lama sangat suruh aku buat roti..aku je buat tak faham bzz memanjang..dia lebih suka roti homemade..
maka aku buatlah semalam..inilah ceritanya...





Resepi roti paun manis lembut dan gebus
Bahan bahan
5 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan susu suam
3/4 cawan gula
11g yis
2 biji telur
1/4 cawan butter
bijan
kismis

Cara-cara
Dalam satu bekas besar campurkan yis dan 1/2 cawan susu suam. Biarkan sepuluh minit atau sehingga keluar buih buih. Masukkan baki 1 cawan susu, gula dan telur. Kacau perlahan sampai gula agak larut. Masukkan mentega dan 2 cawan tepung. Gaul sebati. Masukkan baki tiga cawan tepung dan uli sampai tak melekat di tangan. Kalau masih melekit, tambah tepung secukupnya.

Sapu sedikit minyak pada mangkuk dan masukkan adunan ke dalam tu. Letak, lepas tu terbalikkan supaya kedua belah permukaan kena minyak. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama sejam atau sehingga adunan naik 2 kali ganda.

Bila dah naik. Tumbuk tumbuk. Lepas tu bentukkan. Masukkan ke dalam bekas yang nak bakar tu. Biarkan sampai naik lagi. Gris dengan campuran susu+telur ke atas doh dan bakar dalam oven yang dah dipanaskan pada suhu 200 darjah selama 20-30 minit.

Keluarkan dan sapu mentega cair kalau nak effect permukaan berkilat. Nak kilat sapu jer butter..

NOTE PENTING:teringat masa anak-anak ambil exam besar memang bocor sokmo..tapi tidak seteruk ini..alhamdulillah anak-anak tak ikut rentak orang-orang suka bocor tu..takut berdosa dan tak berkat...akhirnya adibah dan azhan keduanya dapat 5A dengan usaha mereka sendiri.pentingnya iman di hati sentiasa takut nak berbuat dosa..


Wednesday, September 10, 2014

TIP KENDUR JADI TEGANG

Bismillah
Assalamualaikum sahabat

rutin setiap pagi sebelum subuh dalam pukul 4am mandi...nak sihat dan cergas kena mandi pagi...tip pertama..
dah siap semua urusan...mulakan senaman kempiskan perut,mudah aje..tahan kaki tak kira anak pegang ke,atau sangkut aje kaki bawah sofa,naikkan posisi badan kaedah push up..bangkit and baring balik buatlah dalam 15 kali..memang sakit perut,abaikan aje sakit tu,itu tanda pecah lemak...dah biasa nanti tak rasa sakit tu lagi..


seterusnya..menegangkan payu dara..senang buat dalam bilik air,masa mandi.. kaedah urut kumpul lemak tepi kiri kanan,atas bawah..buat setiap pagi..guna minyak kelapa dara atau sabun mandi pun boleh...

kaedah lain untuk menegangkan payu dara ialah sapukan sirih dengan minyak zaitun and layurkan kemudian tampalkan pada payu dara ,seeloknya buat waktu malam,biarkan hingga pagi...atau gunakan putih telur ayam kampung..sapu sebelum tidur and biarkan hingga ke pagi...buatlah seminggu dua kali pun ok...

seterusnya menengangkan kulit muka,melicinkan kulit muka dan nak dagu runcing..nganga mulut besar-besar,keluarkan lidah dan bulatkan mata buat dalam 15 saat..jangan buat depan anak-anak,nanti lari bertempiaran pulak....

nak melicinkan muka sapukan muka setiap pagi dengan  buah tomato atau belimbing buluh,sambil urut dari dagu hingga ke atas dahi urut secara ke atas...
nak menegangkan kulit muka kaedahnya putih telur di sapu pada muka sebelum tidur hingga ke pagi..bilas dengan air suam..

nak hilangkan daki dan melicinkan kulit..gunakan hampas teh...

moralnya tak perlu ke SPA bagai....murah dan asli...

sarapan hari ni mudah dan ringkas...sendawa!!!..tiga orang aje pun,...lauk tengahari juga dah siap..masak secara pukal...berkecah dapur pun sekali aje..


Tuesday, September 9, 2014

RESEPI UNTUK ORANG-ORANG YANG DI SAYANGI


Bismillah

Jadikanlah dirimu sebagai yang paling terbaik untuk keluarga....

Bahan-bahannya:

250 g Daya usaha
100 g kesabaran
100 g keimanan
190 g keinsafan
150 g pengorbanan
150 g campuran akhlak mulia(boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
8 susu rasa tanggungjawab
200 g senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya
pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.masukkan usaha dan kesabaran,gaul hingga sebati.Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit.biarkan adunan menjadi lembut.
setelah itu campurkan keimanan,rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia .ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba.masukkan adunan tersebut kedalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur.hiaslah dengan senyuman menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam in sha Allah.aminn

p/s untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok,jauhilah ia dari airmata putus asa walaupun setitik.oleh kerana kek kejayaan ini sangat sukar untuk di buat,syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik

Monday, September 8, 2014

SATE GORENG DAUN KARI BERCILI PADI

Bismillah

sate goreng siap, sesuai untuk bekal anak-anak yang tinggal di asrama..resepi ni aku dapat ketika beropen house di rumah adik..minta resepi dari mak mertua adik,yang jadi orang tengah adik ipar le(isteri adik)..tapi aku ubah menjadi resepi aku..

 kalau di ikut resepi asal cuma bahan-bahan perapan saja..yang lain-lain aku dengan segajanya menokok tambah dan memandai mandai..hasilnya sangat lumayan..

bahan perapan:
ketumbar
jintan manis halus
jintan manis kasar
halia
lengkuas
kunyit
semua bahan di atas di tumbuk halus
gula
garam

daging batang pinang anggaran sekilo...perap daging dengan bahan-bahan tadi selama 1jam atau suka hati..setengah jam pun boleh...


bahan tumisan
cili padi
cili padi merah
daun kari
bawang putih
bawang besar
semua bahan di hiris dadu
tumis semua bahan diatas sehingga garing..tip top..
dah garing masukkan daging yang di perap tadi,masak hingga kering masukkan gula dan garam secukup rasa...

selamat mencuba...

Sunday, September 7, 2014

KELEDEK UNGGU DAN PISANG GORENG


Bismillah

Sedikit tentang khasiat keledek unggu...

1kg Rm6.50.

Khasiat ubi keledek atau nama saintifiknya Ipomoea batatas tergolong dalam keluarga Convolvulaceae. Ia bukan saja kaya dengan vitamin B, C dan E, tetapi mengandungi banyak zat mineral, beta kerotin, protein serta kanji.
Kandungan anthocyanin di dalam keledek itu juga mempunyai kelebihan termasuk melindungi kerosakan asid deoksiribonukleik (DNA), membantu mengurangkan perkembangan sel kanser, menstabilkan penyakit kencing manis serta meningkatkan daya ingatan...bagus untuk anak-anak yang nak exam...selamat berUpsr ye anak-anak...

sambil goreng yang di atas goreng juga yang di bawah ini..hasil pemberian sahabat suami...santai petang sambil minum teh tarik homemade...lepas tu hantar adibah ke Uitm...cantik biliknya...

PRODUK HOMEMADE

Bismillah
Ya Allah. terima kasih atas rezeki-Mu. Jadikanlah kami sebagai orang yang pandai bersyukur dan selalu cukup dengan apa yang kami miliki.


setuju,begitu juga dengan rempeyek kacang tanah..buatannya nipis,ranggup dan sedap...pembetulan mengenai harga kek..kek knor sangat murah dan sedap...sentiasa lebih gramnya..menjual sambil bersedekah...

p/s berniaga bukan nak kaya raya,harta bukan boleh bawa mati pun...

Wednesday, September 3, 2014

MANJAKAN ANAK HINGGA BERSIFAT KURANG AJAR

Bismillah

Blog ni ada kalanya jadi tempat meluahkan perasan pulak...kekadang tu ada juga tergelincir dari landasan...
Selalu ingat. Apa pun yang kita lakukan hari ini, akan menentukan esok hari. Maka, lakukan yang baik-baik jika ingin mendapatkan yang baik.

yang aku nak cerita kat sini adalah sikap ibubapa yang terlalu manjakan anak-anak..semua orang pun sayang anak tapi jangan terlalu di manjakan akhirnya bersifat kurang ajar dan tak reti nak menghormati ibubapanya apatah lagi orang lain..

ada juga ibubapa yang sanggup memohon maaf untuk anak-anaknya..sampai sanggup nak melutut..ibunya hanya berdiam diri,dengar sebelah pihak tak berani nak buka mulut..bertambahlah kurang ajar anak-anak itu.
bila terjadi depan mata si anak memaksa ayahnya memakai pakaian sedondon..si ayah banyak kali menolak,tak nak, disuruhnya lagi seolah-olah memaksa..akhirnya si ayah ikut cakap si anak...nampak kecilkan..tapi impaknya akan jadi lebih besar nanti...

lebih malang lagi si anak-anak ini tidurnya hingga tengahari sedangkan dari sebelum subuh ayah sudah ke masjid..ibu pula bertumgkus lumus di dapur,bangun terus buka tudung saji,inilah namanya haiwan bangun terus cari makan...
bila sudah terbiasa bangun lambat, tak kisah ada tetamu atau orang lain di rumah...tetamu cuma mampu geleng kepala..

itu dengan ibubapanya...setakat ini ibubapanya masih sayangkan anak-anaknya dan tak pernah nampak kesalahan anak-anaknya..walaupun anak-anaknya melampaui batas kepada saudara mara...
kalau ada orang cuba sakitkan hati ibubapanya maka dibenci oleh anak-anaknya..ingat juga saudara mara punya anak-anak yang tak mahu ibubapanya di sakiti...
apa perasan kalau pergi majlis kenduri,pangkat-pangkat mak saudara tak di sapa ,tak di tegur apatah lagi nak bersalaman...
jahatkah bila mak-mak saudara datang kenduri di rumah kakak kandung ...tujuannya untuk tidak ikut perangai bodoh sombong ...kalau tak pergi samalah berperangai seperti mereka.kalau anak-anak itu berhati mulia,baik,dia saja yang bagus,kenapa nak tunjuk kebodohan itu...rasanya akan ok jika pihak anak-anak itu memohon maaf dengan keterlanjuran kurang ajarnya...inilah jika ada sifat,bongkak,tiada ilmu dan bodoh sombong.

apa perasan anda jika di tuduh apa yang di beri selama hari ini pada anak-anak itu di tuduh mengungkit..mak saudara ini tak pernah sekali pun jumpa dia selepas kawin,bila masa mengungkit,jumpa pun tak pernah...kalau mak saudara lain mengungkit bagi pihak mak saudara yang di tuduh ini mungkin di sebabkan dia juga sakit hati dengan anak-anak ini...sebab kurang ajar dengan dia juga....yang nyatanya mak saudara ini tak tahu menahu langsung tentang ungkit mengungkit itu..

boleh pula anak-anak ini bertanya pada abang kandung,apa yang mak saudara dia ni cakap pasal dia....anak-anak buah apa ni?
mak dia kakak kandung!
pak saudara abang kandung!
dia tu pula baru nak merangkak jadi bini-bini orang...kesian...

kalau mak saudara ini masih bertenang menerima semuanya tapi bukan pada mak saudara yang satu lagi,adik ipar,anak-anak buah yang lain semua sepakat tak akan ada lagi anak-anak buah seperti mereka...di benci akhirnya.sebab semua sudah semacam terkena dengan perangainya.
mak saudara ini redha satu hari nanti mereka akan tahu juga....mak saudara ini saja yang berani dan lantang bersuara,call mak dia,sebelum tel di block oleh anak-anaknya(sekarang semua talifon telah di block oleh anak-anaknya)maknanya mereka yang nak putus silaturrahim....
mak dia cuma mampu minta maaf bagi pihak anak-anaknya dan ayahnya nak melutut minta maaf..bukan itu yang mak mak saudara dia nak.

tegurlah,dan nasihat anak-anak itu ..belajar menghormati orang yang lebih tua dan jaga mulut..jangan sembarang menuduh itu dan ini..dan jangan menjawab bila orang tua bercakap..padah akibatnya...

apabila anak -anak sudah terbiasa dan tak ada perasaan takut pada ibubapa ini bermakna ibubapa gagal mendidik..
anak-anak jadi begini sebab ibubapanya sangat lemah lembut..tak pandai marah-marah dan tak tegas langsung...simpati juga..

p/s jangan di sangka orang yang nampak lembut.sopan santun dan pendiam itu hatinya sangat pendendam ,pemarah dan kurang ajar...


Tuesday, September 2, 2014

ORANG LAMA

Assalamualaikum
sahabat soleh dan solehah

Bukan nak mereka cerita,ini benar -benar punya cerita..ianya sesuai kepada para-para ibu yang punya anak-anak yang belajar atau yang sudah bekerja...
ketika aku dan adibah berurusan di kaunter bank..biasalah duk tengah menunggu sembanglah dengan seorang mak cik ni..urusan dia hampir sama dengan kami..urusan anak-anak..

mak cik ni punya empat anak,berniaga barang plastik di pasar malam di Tanjung Malim,datang K.lumpur semata nak urusakan hal anak.terbuka pemikiran mak cik ni,pada pandangan akulah.
Tiga dari anak-anaknya jurutera baik lelaki atau perempuan,seorang daripadanya yang bongsu minat seni..semua kakak dan abang membantah tentang minat adiknya,tapi mak cik dan suaminya tak kisah,dia minat, makcik dan pak cik ikut je...asal masuk universiti katanya..(masih kuat amalan dulu-dulunya...)mak cik doa yang terbaik buat dia..katanya..

kalau dulu-dulu menurut mak cik asal masuk universiti dah cukup,bidang apa pun tak kisah,lagi-lagi kalau duduk di kampung..punyalah bangga..satu kampung kecoh meraikannya..
kalau jadi askar pun kecoh juga satu kampung tambah kalau jadi cikgu...

Berbalik zaman sekarang anak-anak dah maju,boleh pilih bidang apa nak,ibubapa tak boleh campur tangan...
itu anak-anak yang berada di menara gading..
mak cik ni sambung lagi bila anak-anak dah bekerja...setiap bulan katanya semua anak-anaknya tak pernah tak bagi duit,mak cik ambil dan tak pernah menolak..anaknya bagi berapa pun mak cik ambil..pernah satu hari anak-anaknya tanya..'mesti mak banyak duit yang kami bagi..kan'..lepas tu mak cik ni cakap pada anaknya..'taklah, duit yang engkau orang bagi mak gunakan.mak simpan duit mak sendiri,hasil jualan barang plastik kat pasar malam tu.'

mak cik ni siap bagi pesanan dan tip'katanya kalau anak bagi duit ambil je,jangan tolak-tolak,nanti katanya anak-anak ambil mudah dan terbiasa dengan tak bagi duit..
betul juga kata mak cik ni . kata mak cik ni lagi mak cik bukan mata duitan...saja nak bagi anak-anak ni belajar bertanggungjawab sikit..

aku banyak mengiakan kata-kata mak cik tu..ada benarnya juga..jangan bagi muka sangat pada anak-anak nanti dia naik lemak...

Orang tua sudah banyak memberikan apa yang mereka punya. Bagian kita, ialah memberi kebahagiaan untuk mereka.


LOGIK AKAL


Generasi yang membangun......!!

perkongsian sumber fb...

Monday, September 1, 2014

MAHASISWI


Assalamualaikum.. selamat bekerja semula pada yang bercuti sakan 3 hari (it's me!!) ..
bercuti dari memasak...le.
semalam bermulalah episod baru buat adibah menjadi mahasiswi...gapailah cita-citamu ye nak..!
asyik berorentasi ajelah kerjanya...dua tawaran ke universiti diterima,pilih yang dekat-dekat dan bidang yang dia suka..syukur nikmat..



biar aku bercerita dari mula ye...untuk tidak membuang masa kami sampai lebih kurang jam 8 pagi..ramainya orang, tak terkiralah campur yang menghantar sekali..jam jiddan nak masuk ke univesiti tu..altternatifnya pihak universiti menyediakan banyak bas..memudahkan ibubapa berulang alik ke penginapan anak masing-masing..daftar juga sepantas kilat tak sampai lima minit...tak silap hampir empat kali naik bas mengelilingi kampus..seronoklah pada yang tak pernah naik bas terutamanya iman dan muhammad..ada jer barang yang tertinggal dalam kereta...tu yang ulang alik sampai empat kali..pada hal pusing-pusing dalam kampus..betapa besarnya kawasan universiti tu...


seminggu adibah menumpang bilik di sediakan sekarang,lepas tu dia akan kembali kepenginapan yang telah disedia ada..pindah randah le gamaknya..apa nak buat..semuanya berhimpun satu tempat..lepas tu akan dilepaskan ke fakulti masing-masing...
muka masa nak pergi hantar malas plus ...!!!plus..!!

kebaikan matrikulasi setahun belajar terus buat ijazah di universiti..tapi kena cekallah ..sebab setahun di matrik ibarat tiga tahun di universiti..semua kena cepat sepantas kilat,belajar dari pagi hingga petang..so anak-anak yang masuk matrik tu bertabahlah ye..memang kurang rehatnya..belajar bersungguh-sungguh supaya tak ditendang keluar..masa di matrik adibah sekali dua saja balik rumah ,tak sempat nak balik-balik bagai..lupalkanlah sementara nak berseronok ronok tu ye..gunakan peluang yang ada..kesian ibubapa...

ucapan selamat tinggal, dekat aje pun boleh balik setiap minggu..kan..kan
ramai sahabat lama satu universiti tapi bidang lain-lain..

Kalau anda Ada Sejuta Kawan itu tidak mencukupi tetapi kalau Anda ada satu musuh itu adalah terlalu banyak...fikir-fikirkan..

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)