Pages

Thursday, January 31, 2013

Martabak pisang berkeju



8 biji pisang emas
gula
keju 
potong pisang nipis-nipis campurkan dengan gula dan parutan keju

untuk kulit
500 gm tepung gandum
secubit garam
air secukupnya

campurakan tepung,garam.uli sedikit demi sedikit dengan air sehingga menjadi doh.bulat-bulatkan adunan doh dah siap sapukan majerin.biar seketika...buatlah macam menebar roti canai dan letakan inti pisang dan parutan keju ..lipatlah seperti  di bawah seterusnya proses mengoreng.sapukan sedikit minyak pada kuali leper..


p/s hari ni tak ada lunch..makan martabak ajelah..tangan dah penat buat tempahan...inilah penyakit saya bila buat tempahan pelangan, masak-masak tak ada..ini pun sebab pisang dah ranum.

Takut anak kecil



Ada seorang syeikh sedang berjalan-jalan di tepian sebuah sungai, ia melihat seorang anak kecil yang belum mencapai usia baligh, sedang berwudhu sambil menangis. Hal itu menarik perhatiannya, maka ia bertanya, “Wahai anak kecil, apa yang membuatmu menangis??”
Anak itu berkata, “Wahai Tuan, aku sedang membaca Al Quran, hingga sampai pada firman Allah (yakni Surah at Tahrim ayat 6, yang ertinya) : "Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.
Para penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya (kepada mereka).
Wahai Tuan, setelah membaca ayat ini, aku sangat ketakutan kalau-kalau Allah akan memasukkan aku ke dalam neraka!!”
     
Sang syeikh tersenyum bijak, dan berkata, “Wahai anak kecil, engkau seorang anak yang terjaga, maka janganlah kamu takut, engkau tidak patut masuk neraka!!”
     
Tentu saja jawabannya itu didasari kenyataan yang dilihatnya, bahawa anak sekecil itu sedang berwudhu, membaca Al Qur’an, bahkan  menangis ketika membaca makna ayat-ayat Al Quran.

Tetapi mendengar jawaban sang syeikh, anak itu memandang dengan kehairanan, dan berkata, “Wahai Tuan, bukankah engkau orang yang berakal sehat? Tidakkah engkau tahu, ketika manusia akan menyalakan api, ia akan memgunakan kayu-kayu yang lebih kecil terlebih dahulu, baru kemudian kayu-kayu yang lebih besar!!”

Jawaban dari logik anak kecil, yang mungkin belum banyak memperoleh pengajaran tentang ilmu-ilmu keIslaman. Tetapi hal itu sangat menyentuh sang syeikh, ia menangis lebih keras daripada tangisan anak kecil itu, dan berkata, “Anak sekecil ini lebih takut kepada neraka, bagaimana dengan keadaan kami??”

Buah Naga ubat batuk dan asma




Saya beli di pasar 1  biji cuma rm 6.saya suka pada warna  buah naga sangat unik.

Antara khasiat buah naga:

Kandungan vitamin c yang tinggi dalam buah naga. sangat berguna untuk meningkatkan kekebalan tubuh hingga membantu menyembuhkan luka. Kandungan vitamin B2 dan B1 dalam buah naga sangat baik untuk meningkatkan metabolisme dan memulihkan nafsu makan. Selain itu buah naga juga dapat mengurangi kadar kolestrol kerana buah ini mengandung vitamin B3. Buah naga juga dapat mengatasi tekanan darah tinggi hingga menyembuhkan penyakit batuk dan asma.




saya tempekan buah naga atas pavlova

Tuesday, January 29, 2013

Magicake



setiap lapisan kek ditaburi dengan mix fruits

macam inilah pemandangannya sungguh tak sempurna..

semua lapisan di tutup dengan cream

 beginilah rupa parasnya atas pinggan aje..saya buat untuk tetamu, nak jamu adik beradik.

sebelum adik sampai suami dah potong dulu dah nak masuk maghrib tergesa-gesa nak ke masjid nak isilah perut sikit..dia kata tak apa ke?saya kata potong aje..

alas perut suami

inilah rupanya sebelum di bakar di lapisi dengan 4 warna,saya hentam-hentam aje.


inilah rupa kek setelah di bakar warna merah menguasai keseluruhan kek cuma di bahagian luar dan apabila di potong warna hijau memainkan peranan.

Hukuman dari Allah






“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran.
Membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di
dalam Ka’bah.
Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat
sehingga terlewat waktu,kemudian ia mengqadanya,
maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah lapan puluh
tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya
adalah seribu tahun di dunia.”

Monday, January 28, 2013

Bila sakit

Badan panas,kepala pening,selera makan juga tak ada bila makan aje muntah..
bila azhan demam semua aktiviti dia terhenti..jarang sekali dia sakit tapi kalau selsema boleh kata setiap pagi pantang sejuk dan berhabuk.

 mc hari ni...
dia hanya buat solat duduk katanya kepala berpusing-pusing macam piring terbang.kebiasaan setiap hari dia akan buat solat sunat sebelum dan selepas.sunat dhuha juga dia tak larat nak buat..saya kata tak apa,dah sakit sunat-sunat tak payahlah buat. menghafaz al-Quran juga berhenti seketika..
yang penting sekali rumah sunyi dari sepakkan bola...kejar mengejar..


Doa untuk orang sakit:

"Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insya Allah.

'Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau".

"Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu." At-Tarmizi & Abu Daud.


Gemok sebab Yis





semlam  saya dikunjungi adik ..dia pun spontan aje cakap yang saya ni dah gemok..saya senyum aje.lepas tu anak dia cakap panggilan untuk saya ialah angah..'angah selalu buat roti ke?saya kata "jarang sangat".."kenapa?orang kata yis tak elok kalau guna banyak-banyak..kalau tak makan pun boleh naik badan dengan mendadak.bila kita adun tepung dengan yis sekali pun kesan terhadap badan ialah gemok..sama ada ianya betul atau tidak.saya malas nak google..yang saya tahu ialah yis sejenis kulat yang digunakan sebagai bahan penaik (leavening agent) dalam menghasilkan roti. Tanpa yis,roti tidak akan naik.
mungkin ada benarnya.saya cuba google, lain yang saya cari lain pula yang saya dapat..fakta tentang roti di pasaran sangat menakutkan..

p/s pengunaan yis dalam donut saya sangat sedikit cuma separuh sahaja.itu sebab saya suka buat sendiri..anak buah tu bekerja di kedai kek sangat banyaklah pengunaan yis dalam roti..tak sampai dua bulan berkerja badan dia yg kurus dah jadi macam donut..heheh
saya gemok bukan sebab yis..tapi sebab cium bau makanan hari-hari..

Friday, January 25, 2013

KHALL



Khall yang di google. Saya  baru sahaja kehabisan Khall ..harga rm15
inilah vitamin yang saya amalkan sentiasa.kalau tak ada cuka kurma, cuka epal pun jadi.boleh juga di letakan di dalam masakan.amalkan waktu pagi dan malam.boleh di tambah air masak jika tak tahan dengan kemasamannya.sukatan penutup botol khall kalau nak lebih pun tak mengapa...

KHALL merupakan istilah dalam Bahasa Arab yang bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar ( kurma ), epal, anggur, dan tin ( fig ) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu. Ia bertukar dalam beberapa bentuk seperti:

Khall Dates Cider yang dihasilkan oleh MB Global Marketing ini diperbuat daripada buah tamar muda. Ia merupakan satu bentuk minuman kesihatan badan yang dicampur dengan habbatus sauda', kismis , madu dan minyak kelapa dara di mana ia penting bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum.

KENAPA KHALL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?
KHALL dapat memotong lemak, kolestrol, asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan (menstabilkan asid di dalam badan ), garam yang berlebihan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya. Ia juga kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, E, B1, B6, beta-karotena dan vitamin P ( bioflavonoid ).

PENJAGAAN BADAN SECARA SEMULAJADI
KHALL dapat membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan ( obesiti ). Di samping itu, ia dapat mempercepatkan proses awet muda, badan yang cantik, keremajaan kulit di muka, melambatkan proses penuaan dan membuang lemak di perut. Ia juga membuatkan kulit kelihatan sihat, melegakan kulit yang kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam di kulit muka.

Selain itu, KHALL juga dapat membantu membuangkan kolestrol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung dan buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang dan lemak yang berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.



Bersabda Rasulullah S.A.W.,
” Sebaik-baik hidangan makanan ialah KHALL. Ya Allah berkatilah pada KHALL, sesungguhnya KHALL adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan
terputus KHALL dalam suatu rumah.”


(Hadis Riwayat Muslim & Ibnu Majah)

Thursday, January 24, 2013

Resepi Lala dan ikan

Dua hidangan untuk makan tengahari..

Bahannya:
1 kilo lala
4 biji cili hidup
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1 biji bawang besar
di kisar semua bahan di atas.
sos cili
sos tomato
sos tiram
garam
gula
dua helai daun kunyit
2 batang serai

tumis bahan yang di kisar sehingga naik minyak masukan segala sos dan serai.bila dah naik minyak masukan garam dan gula seterusnya masukan lala.bila dah terbuka kulit lala  masukan  daun kunyit yang di hiris halus.biarkan sebentar.bila rasa dah masak angkat ajelah..

Bahannya:
1 ekor ikan siakap
1 ikat daun selom
santan agak-agaklah ye
5 biji cili padi
2 batang serai
sedikit kunyit hidup
1 biji limau nipis
garam
gula

tumbuk cili padi dan kunyit
masukan santan,serai  dan bahan yang di tumbuk tadi..buka api sederhana perlahan.
sudah mendidih masukan ikan siakap.biarkan mendidih.jangan sampai pecah minyak ye.. masukan gula dan garam.dah masak tutup api.masukan daun selom yang di hiris halus dan perahkan limau nipis.siap untuk makan tengahari.


Wednesday, January 23, 2013

WASIAT PEJUANG..



”Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.
Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.
Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu....” (Abu al-A’la al-Maududi)

 

     
عيد ميلاد سعيد
 selamat hari jadi
buat anakanda Muhammad


 p/s 23.1.2013 hb

Tuesday, January 22, 2013

Kerana Seratus Ringgit


''Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda.Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah.''-Al-Imamus Syahid Hassan Al-Banna


Allah itu sangat dekat, melihat, mendengar, mengabulkan permohonan kita.

Rasa berat kaki nak melangkah ke sekolah hanya untuk mengambil duit seratus ringgit kalau tidak memandangkan duit itu duit anak mungkin saya tidak mengambilnya.Tapi bagi ibubapa yang amat memerlukan seratus ringgit mereka akan berusaha dan sanggup memohon cuti hanya semata-mata kerana seratus ringgit.Bukan nak kata saya orang senang, kita tidak berada di tempat mereka.sebenarnya ramai penduduk miskin di Malaysia.Antaranya kisah yang akan saya ceritakan di sini adalah kisah benar yang berlaku sekarang ini.cerita ini di sampaikan oleh seorang guru yang dah berbelas tahun menjadi seorang guru.

Kisah 1
seorang anak murid dalam tingkatan lima selalu di marahi guru, gara-gara setiap hari pulang awal dari sekolah.dia tak kisah  dimarahi atau didenda yang dia tahu 12.30  mesti sudah ada di rumah.pihak sekolah mula menyiasat.
Rupanya murid ini ada tanggungjawab yang sangat besar.dia nak pastikan adik-adiknya bersiap  untuk ke sekolah di sebelah petang.dan dia ada adik yang masih kecil untuk di jaga, ibubapanya berkerja maka tanggungjawab terletak atas bahu .besarnya pengorbanan anak ini sanggup di maki,di hina,di cerca dan di katakan degil hanya kerana nak memastikan adik-adiknya siap untuk ke sekolah.

Rasa tak tertelan makanan yang ada di dalam mulut saya ketika mendengar kisah sedih ini.

Kisah 2
setelah di siasat tentang seorang murid perempuan yang uniform sekolah  sangat jarang dan lusuh. cikgu selalu memarahi dan menegurnya. rupa-rupanya murid ini tak pernah berganti baju.cuma ada sehelai, singlet dalam juga dia tak mampu nak membelinya inikan baju.cuba tanya pada diri kita bagaimana kita, selalukah berganti baju sekolah anak..?


Sunday, January 20, 2013

Ke Kem PLKN Gambang


“Ya Allah, nikmat yang kuterima atau diterima oleh seseorang di antara makhluk-Mu di pagi ini adalah dari-Mu. Maha Esa Engkau, tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala puji dan kepada-Mu panjatan syukur (dari seluruh makhluk-Mu)”.


isi ayam yang di ambil isinya saja bahagian dada.
rebus isi ayam angkat dan tapis.
masukan minyak zaitun,lada hitam,gula,cili sos,dan cheese.gaul ke semuanya dan buat macam di atas.

 onion dan chive wraps


 burger daging


birthday boy nak bawa kek

 duduk di bawah dangau ada kelawar sedang di buai mimpi..kami tumpang duduk aje..tak kacau pun..

 jiran sebelah..

 birthday boy ni demam pula..sudahnya potong kek aje..makan tak pun..


Jumpa budak nilah..dia pilih makan nasi berlauk ayam masak merah..

Bolehlah melawat anak-anak yang  di tempatkan di Gambang Kuantan dekat dengan Resort Sungai Semuji.waktu melawat hari ahad sahaja dari pagi hingga pukul 5 petang.perjalanan mengambil masa tiga jam, di tolak berhenti makan,tandas dan solat.boleh tahan jugalah jauhnya, jumpa pun adalah dalam satu jam..oklah tu.



Friday, January 18, 2013

Kudapan tart

 memandangkan tak ada kerja nak buat..

bahannya:whipping cream dan
cheese pukul kedua-duanya,sudah memutih buatlah macam di atas.letaklah apa-apa buah pun..kelongsong tart tu memang ada di jual di pasaraya..atau di kedai yang menjual bahan-bahan mentah untuk membuat kuih,kek dan sebagainya..



muhammad pula asyik nak makan je..sedap tak?

ni semua muhammad punya tau...

Thursday, January 17, 2013

Tertamu datang dengan rezekinya sendiri....



Rasulullah bersabda : Jika tamu mengunjungi sebuah kaum, maka ia datang dengan disertai rezekinya sendiri. Dan jika ia keluar, maka keluar dengan disertai dengan pengampunan terhadap mereka (kaum). (Riwayat Ad Dailami, dihasankan oleh Al Hafidz As Sakhawi)

Al Munawi menyampaikan bahawa ketika sebuah kaum melayani tertamu mereka, maka Allah mengampuni mereka, kerana memuliakan tertamu (Faidh Al Qadir, 1/436).

Walau, hidangan yang dimakan oleh tertamu di rumah kita hakikatnya adalah rezeki tertamu itu sendiri, yang dimakan di rumah kita.  Allah memberi balasan kepada kita ketika berkhidmat kepada tertamu dengan ampunan. Bahkan tertamu berterima kasih kepada kita, meski yang dimakan hakikatnya adalah rezekinya sendiri. Jadinya, tidak ada alasan untuk tidak menghormati tertamu.

p/s ada juga yang tak suka tertamu datang rumah dia..kerap sangat katanya..sampaikan menyusahkan dia..nak berhari minggu pun tak boleh katanya..."ini kes lain ye.memang patut pun kita rasa susah dengan tetamu ini..??

Wednesday, January 16, 2013

Lembaga putih



Sodakah..sodakah dari jauh jelas terdengar suara ni..datang dekat dengan suami, saya cuma pandang dari jauh aje..kopiah putih,berjambang,baju putih dan seluar putih.

google

tiba-tiba  mereka hilang macam tu aje..saya tanya:"kenapa? minta derma..kata suami.."tapi macam paksa-paksa pula" saya tanya lagi "abang bagi ke? tak"selamba aje suami cakap.saya tanya "kenapa tak bagi? entahlah was-was katanya.tapi suami rasa menyesal pula bila tak bagi..kami pun carilah lembaga putih tadi tu..pusing punya pusing..emm ternampaklah mereka. kami berhenti dan suruh azhan anak lelaki saya turun bagi sodakah tu..lembaga senyum.

ok habis dekat situ.
saya dengan suami selalu bersarapan pagi di restoran mamak, memang nak kena teh tarik selalu.suamilah, saya tak..
tiba-tiba suami pun cakap dengan saya..:"tengok tu" selalu minta sedekah kat sini dan banyak kali juga abang bagi"..boleh kata pantang tengok muka suami sayalah.tak lama lepas tu dah boleh di jangka dah,dia datang lagi..kali ni saya bagi tahu pada suami bagi makanan aje.suami pun bagi le nasi lemak bungkus,dia ambil terus masukkan dalam bag dia..lepas tu dia minta roti..roti..roti...roti dia nak roti, ha ah baru ingat pak pakistan ni mana makan nasi lemak..

dia cari meja yang agak jauh dari kami,tapi saya boleh nampak lagi kelibatnya..suami suruh pelayan layan aje apa yang dia minta nanti suami bayar.kebetulan kami dah nak beredar dia pun sama nak beredar..basuh tangan..dah siap dia basuh tangan,,perut dah kenyang..tiba-tiba dia minta sedekah dengan orang lain pula..dalam hati saya ni mulalah nak berkata-kata..(tak baik ni)

dah selesai makan kami pun nak bayarlah.dua keping roti ,teh tarik,dan sebungkus nasi lemak...lepas tu saya bagi tahu pada suami.."sampai dua keping dia makan roti.??suami kata itulah rezeki dia..mana pak pakistan ni makan sikit-sikit..diorang kan makan banyak..sekeping tu celah gigi dia aje"..saya angguk faham.

memandangkan saya dan suami kerap bersarapan di restoran tu maka selalulah ternampak lembaga putih.dan seterusnya saya dan suami tak bagi lagi dah.tapi dia datang juga meminta.

saya cakap dengan suami pertama badan dia sehat,tinggi ,tegap,tak ada cacat cela cukup kaki tangan dan waras..dah lama dah dia minta duit dekat orang kenapa tak ada usaha dengan hasil duit yang dia dapat selama ni untuk berniaga atau bekerja.saya tanya pada suami dia tak rasa malu ke meminta-minta dekat orang..suami jawab.."orang macam ni mana ada perasaan malu lagi.."lepas tu saya sambung kalau Rasulullah saw ada dah tentu dia tak suka dengan orang macam ni.."suami pun angguk setuju.

Nasihat AS-Syafie



Imam Syafie pernah berkata: Aku tak pernah merasa kenyang semenjak enam belas tahun lalu kerana ia :

1-menambah berat badan
2-mengeraskan hati
3-menghilangkan kecerdikan
4-menyebabkan rasa mengantuk dan tidur
5-dan menyebabkan tuan punya badan lemah untuk bangun beribadah

(Dipetik kata-kata ini dalam kitab Arraudul Faiq fi Al Mawaaiz wa Raqaiq)

Tuesday, January 15, 2013

ULAT


Nabi Daud AS terkenal dengan suaranya yang merdu. Kalau beliau sedang berzikir atau sedang melantunkan Zabur, terkadang burung-burung dan gunung-gunung ikut berzikIr pula bersama beliau. Suatu ketika beliau sedang duduk di masjid sambil menelaah Zabur, tiba-tiba terlihat seekor ulat merah melintas di tanah. Nabi Daud berkata kepada dirinya sendiri, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”


ulat mulong google

Ternyata Allah memberikan “kepandaian” kepada ulat tersebut  berbicara dengan bahasa manusia, untuk menerangkan keadaannya kepada Nabi Daud. Ulat tersebut berkata, “Wahai Nabiyallah, apabila siang datang, Allah mengilhamkan kepadaku untuk membaca : Subhanallah wal hamdulillah wa laa ilaaha illallah wallahu akbar, sebanyak seribu kali. Dan jika malam mendatang, Allah mengilhamkan kepadaku untuk membaca : Allahumma shalli ‘alaa Muhammad an nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wa salam, sebanyak seribu kali…”

Nabi Daud terkejut dengan ucapan ulat tersebut. Sang ulat berkata lagi, “Lalu engkau, ya Nabiyallah, apa yang akan engkau katakan agar aku memperoleh faedah darimu!!”

Nabi Daud menyesal telah meremehkan ulat tersebut, kemudian menangis penuh rasa takut kepada Allah, bertaubat dan berserah diri kepada Allah.

Monday, January 14, 2013

KETIKA ROH BERPISAH DENGAN JASAD



 Panjang, kalau sudi bacalah sehingga habis saya dapat pahala anda juga dapat pahala.

Suatu ketika Nabi SAW mendatangi rumah isteri kesayangan beliau, al Khumaira, Aisyah RA. Melihat kedatangan beliau, Aisyah yang sedang duduk bersila ingin bangkit menyambut, tetapi Rasulullah SAW bersabda, “Duduklah saja pada tempatmu, wahai Ummul Mukminin, tidak perlu engkau berdiri!!”

Nabi SAW menghampiri Aisyah dan kemudian berbaring terlentang dengan berbantalkan pangkuannya, tampak sekali kemanjaan dan kasih sayang beliau kepadanya. Sepertinya pada hari itu Rasulullah SAW sangat lelah sehingga tidak lama berselang beliau telah tertidur. Aisyah memandangi wajah beliau dengan kasih sayang dan kekaguman. Tanpa disedari jari jemarinya mengurai janggut Rasulullah SAW, dan Aisyah menemukan sembilan belas helai janggut yang telah memutih (beruban). Tiba-tiba saja tersirat dalam hatinya, “Sesungguhnya beliau akan keluar dari dunia (meninggal) sebelum aku, dan tinggallah umat Islam dalam keadaan tanpa nabi!!”

Merasakan kenyataan seperti itu, Aisyah jadi bersedih dan menangis, air matanya mengalir ke pipi dan menitis jatuh mengenai wajah Rasulullah SAW sehingga beliau terbangun. Dengan hairan beliau bersabda, “Apa yang membuatmu menangis, wahai Ummul Mukminin!!”

Aisyah menceritakan perasaan sedih yang menghantui dirinya, dan Nabi SAW hanya tersenyum mendengarnya. Beliau bersabda, “Wahai Aisyah, keadaan apakah yang sangat menyusahkan bagi seseorang (yakni bagi rohnya) ketika ia menjadi mayat?”

Aisyah berkata, “Katakanlah padaku, ya Rasulullah!!”

Beliau berkata, “Engkau saja yang mengatakannya dahulu!!”

Aisyah sejenak berfikir, kemudian ia berkata, “Tidak ada yang menyusahkan atas diri mayat kecuali ketika ia diusung ke luar rumah menuju kuburnya, anak-anak yang ditinggalkannya akan berduka dan berkata : Wahai ayah, wahai ibu!! Begitu juga orang tuanya akan berkata : Wahai anakku, wahai anakku!!”

Nabi SAW bersabda, “Hal itu memang terasa akan pedih, tetapi ada yang lebih pedih daripada itu!!”

Aisyah berkata lagi, “Tidak ada yang lebih berat bagi mayat kecuali ketika ia dimasukkan ke dalam liang lahad dan ia di dalam bawah tanah, anak dan orang tuanya, kerabat dan kekasihnya akan meninggalkannya pulang. Mereka membiarkannya sendirian beserta amal perbuatannya, menyerahkan urusannya kepada Allah. Kemudian setelah itu datanglah malaikat Munkar dan Nakir ke dalam kuburnya!!”

Beliau bersabda lagi, “Apa lagi yang lebih berat dari apa yang engkau katakan itu?”

Akhirnya Aisyah menjawab, “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui!!”

Maka Nabi SAW bersabda, “Hai Aisyah, sesungguhnya saat yang paling berat (paling menyedihkan) bagi mayat adalah ketika tukang memandikan masuk ke dalam rumahnya untuk memandikan mayatnya….”

Kemudian beliau menjelaskan lebih lanjut, bahwa ketika tukang memandikan itu melepas cincin (atau perhiasan lainnya) dari tubuhnya, melepas pakaian pengantin (atau pakaian lainnya) dari badannya, melepaskan sorban para syaikh dan fuqoha dari kepalanya, ketika itulah sang ruh berseru saat melihat tubuhnya yang telanjang, seruan yang didengarkan oleh seluruh mahluk kecuali jin dan manusia, “Wahai tukang memandikan, demi Allah aku memohon kepadamu, agar engkau melepaskan pakaianku (dan lain-lainnya) dengan perlahan lahan, kerana sesungguhnya saat ini aku tengah beristirehat dari sakitnya dikeluarkannya nyawaku oleh malaikat maut!!”

Ketika tukang memandikan menuangkan air ke mayatnya, sang ruh berteriak keras dengan teriakan yang didengar oleh semua mahkluk, kecuali jin dan manusia, “Hai tukang memandikan, demi Allah, janganlah engkau menuangkan air yang panas, jangan pula engkau tuangkan air yang terlalu dingin, sesungguhnya jasadku telah terbakar saat dicabutnya nyawaku!!”

Ketika tukang memandikan mulai menggosok tubuhnya, lagi-lagi sang ruh berteriak, “Wahai tukang memandikan, demi Allah, janganlah memegang tubuhku terlalu keras, sungguh jasadku telah terluka sebab keluarnya nyawaku!!”

Ketika selesai memandikan dan jasadnya diletakkan pada kain kafan, dan mulai diikat di bawah kakinya, sang ruh berseru lagi, “Demi Allah wahai tukang memandikan, janganlah engkau ikat terlalu erat pada kepalaku, agar masih terlihat wajah-wajah keluargaku, anak-anakku, dan kerabat-kerabatku lainnya. Kerana saat ini terakhir aku melihat mereka, aku tidak akan melihatnya lagi hingga hari kiamat tiba!!”

Ketika dikeluarkan dari rumahnya dan diletakkan di dalam keranda, sang ruh berseru lagi, “Demi Allah, wahai para pengantarku, janganlah tergesa-gesa membawaku pergi sehingga aku berpesan kepada rumahku, keluargaku, kerabatku, dan harta-hartaku. Aku tinggalkan istriku menjadi janda, anak-anakku menjadi yatim, kerana itu janganlah kalian menyakiti mereka. Biarkanlah aku sesaat untuk mendengarkan suara keluargaku, anak-anakku, dan kerabat-kerabatku, kerana aku akan berpisah hingga saat kiamat tiba….!”

Ketika kerandanya dipikul dan keluar tiga langkah dari rumahnya, lagi-lagi sang ruh berseru, “Hai para kekasihku, saudara-saudaraku dan anak-anakku, janganlah kalian terpujuk oleh dunia sebagaimana dunia telah memperdaya aku!! Janganlah kalian dipermainkan oleh iblis sebagaimana ia telah mempermainkan aku!! Ambillah ibarat (hikmah) dariku!! Sesungguhnya aku meninggalkan untuk ahli warisku apa yang aku kumpulkan, dan aku tidak membawa (manfaat) apapun dari dunia (harta) yang kutinggalkan, bahkan Allah akan menghisabku. Engkau bersenang-senang dengannya (harta peninggalanku itu) dan kalian tidak mendoakan aku!!”

Sungguh nasihat yang sangat berharga. Sayangnya, semua seruan dan teriakan ruh tersebut yang didengar oleh seluruh mahkluk, ternyata jin dan manusia tidak mendengarnya. Padahal dua jenis mahkluk itu yang sebenarnya memperoleh banyak manfaat dan pengajaran jika mendengar dan memahami seruan sang ruh.

Ketika jenazahnya disolatkan dan sebahagian orang lainnya meninggalkan masjid atau surau, sang ruh berseru lagi, “Demi Allah, wahai saudara-saudaraku, aku tahu bahwa orang mati akan dilupakan oleh orang-orang yang masih hidup, akan tetapi janganlah kalian cepat-cepat pulang sebelum kalian melihat tempat tinggalku. Sesungguhnya aku tahu bahwa wajah mayat itu lebih dingin daripada air yang sangat dingin bagi orang-orang yang masih hidup, tetapi janganlah kalian terlalu cepat pulang meninggalkan aku sendirian!!”

Ketika jenazahnya diletakkan di sisi kuburnya, dan kemudian diturunkan ke liang lahad, sang ruh berseru untuk terakhir kalinya, “Demi Allah, wahai saudara-saudaraku dan para pengantarku, sesungguhnya aku mendoakan kalian semua tetapi mengapa kalian tidak mahu mendoakan aku? Wahai ahli warisku, tidaklah aku kumpulkan harta dunia kecuali aku tinggalkan untuk kalian, maka ingatlah kalian kepadaku dan berbuatlah kebaikan. Setelah aku mengajarkan kalian membaca al Quran dan tata karma (adab), hendaklah kalian jangan lupa mendoakan aku!!”

Sunday, January 13, 2013

HUTANG



Suatu ketika Nabi SAW sedang berada di masjid bersama beberapa orang sahabat. Tiba-tiba datang serombongan orang membawa jenazah ke masjid, maka Nabi SAW bersabda, “Apakah ia (jenazah tersebut) meninggalkan hutang?” Salah seorang dari mereka berkata, “Tidak, ya Rasulullah!!” Maka Nabi SAW mengimami solat jenazah tersebut

Pada kesempatan lain ketika beliau sedang berada di masjid juga, beberapa orang membawa jenazah untuk disolatkan, maka Nabi SAW bersabda, “Apakah ia (jenazah tersebut) meninggalkan hutang?”

Salah seorang dari mereka berkata, “Benar, ya Rasulullah!!”

Beliau bersabda lagi, “Apakah ia meninggalkan sesuatu (untuk membayar hutangnya) ?” “Ada, ya Rasulullah, tiga dinar!!” Kata salah seorang dari mereka. Maka Nabi SAW mengimami shalat jenazah tersebut. Pada kesempatan lain lagi ketika beliau sedang berada di masjid juga, beberapa orang membawa jenazah untuk disolatkan, maka Nabi SAW bersabda, “Apakah ia (jenazah tersebut) meninggalkan hutang?” “Benar, ya Rasulullah!!” Kata salah seorang dari mereka.

Beliau bersabda lagi, “Apakah ia meninggalkan sesuatu (untuk membayar hutangnya) ?”

“Tidak, ya Rasulullah!!”

Maka Nabi SAW bersabda kepada para sahabat, “Solatkanlah kawanmu ini!!”

Tetapi beliau sendiri tidak ikut solat jenazahnya. Dalam riwayat lainnya disebutkan, ketika Nabi SAW memerintahkan para sahabat mensolatkan tanpa beliau mengikutinya, Ali bin Abi Thalib berkata, “Wahai Rasulullah, biarlah hutang jenazah tersebut saya yang menanggungnya!!”

Maka Nabi SAW mengimami solat jenazahnya.

p/s hutang rumah bila nak selesai ni..

Saturday, January 12, 2013

Hukum memotong salur peranakan




Soalan:

Apa hukumnya isteri yang memotong saluran peranakan oleh kerana tidak mahu mengandung lagi walaupun diberi keizinan oleh suami? Adakah ia satu dosa besar?

Jawapan:

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam Fatawa Mu’asyirahnya (jil. 2) apabila ditanya berkenaan hukum mengikat saluran peranakan, beliau menjawab: “Perbuatan tersebut tidak harus kerana mengandungi tindakan mengubah ciptaan Allah SWT. Ia adalah perbuatan yang dipengaruhi oleh Syaitan dan dihiasi oleh Syaitan. Dikecualikan jika terdapat darurat yang kemuncak, seperti kelahiran anak akan mendatangkan bahaya kepada Ibu dan tidak ada jalan lain lagi untuk menghalang kelahiran melainkan dengan cara tersebut (yakni mengikat saluran peranakan itu). Hukum darurat tersebut hanya bersifat individu dan merupakan kes terpencil yang dilakukan mengikut kadar perlu. Tidak harus hukum darurat tersebut diambil menjadi satu prinsip umum untuk semua keadaan”. (hlm. 680)

Ulasan:

1. Berdasarkan fatwa di atas dapat kita simpulkan bahawa; mengikat saluran peranakan –apatah lagi memotongnya- hukum asalnya ialah haram kerana ia mengubah ciptaan Allah SWT iaitu merosakkan fungsi anggota tubuh yang dijadikan Allah SWT. Hukum asal ini tidak berubah kecuali jika ada suatu darurat yang tidak dapat dielakkan.

2. Perbuatan yang dipengaruhi oleh Syaitan dan dihiasi oleh Syaitan yang disebut oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam fatwanya di atas adalah merujuk kepada firman Allah yang bermaksud: “(Syaitan derhaka) yang telah dilaknat oleh Allah dan ia (yakni syaitan itu) berkata: ‘Demi sesungguhnya aku akan mengambil dari hamba-hambaMu sebahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku), dan aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak); lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu, dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah’. Dan (ingatlah) sesiapa mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang-nyata”.
- (Surah an-Nisa’, ayat 118-119)

Wallahu a’lam.

Thursday, January 10, 2013

Binatang pun beriman




Suatu hari, Rasulullah SAW bertemu dengan seorang Arab Badwi dan mengajaknya untuk memeluk Islam

“Islamlah kamu wahai Badwi,”


Lelaki itu, mempermainkan Rasulullah SAW dengan berkata: “Buat apa aku hendak beriman dengan engkau? Kalau kau tanya pada Dhob ini pun, belum tentu dia hendak beriman” Sambil menunjuk kepada seekor Dhob yang berada berdekatan dengan mereka. Dhob adalah binatang yang kelihatan seperti biawak.

Rasulullah SAW memandang Dhob itu dan berkata: “Wahai dhob, siapakah aku?”

Dhob itu terus bersuara: “Kau adalah utusan Allah”

Lelaki Badwi tadi terkejut.Terus hatinya terbuka untuk memeluk Islam..





“ Hai gunung-ganang, ulang-ulangilah mengucap tasbih bersama-sama Nabi Daud, wahai burung-burung (bertasbihlah bersama-sama dengannya)!” – Surah Saba’ ayat 10.

Wednesday, January 9, 2013

Tak apa..


kek ni saya buat untuk muhammad di awalkan hari jadinya sebab nak sambut dengan kak adibah katanya.tarikh sebenar 23.1..tak mengapa.Muhammad nak buat kek tu tema pelangi ada awan.so saya buatkanlah..hentam-hentam aje...ikut lukisan Muhammad.


Ini kek kedua saya buat untuk muhammad.kebetulan hari tu free sangat-sangat sampai dua biji kek saya buat..


p/s dulu-dulu nak makan kek sepotong jangan harap..nak tengok kek sepotong pun susah inikan nak tengok sebiji..baru tengok aje tu..makan dah tentu-tentu tak.


Kenapa kakak menangis?



Baru aje nak terlelap tiba-tiba ada call masuk dalam keadaan mamai tengok no phone,no yang tak kenal terus aje bagi pada suami.."abang jawablah" tak sempat nak jawab talian putus..tiba-tiba talifon suami pula yang berbunyi cepat-cepatlah suami angkat..dalam mamai-mamai saya terdengar juga apa yang di bualkan..antaranya "ha kenapa kak"kenapa menangis ni".."kenapa sayang..'kenapa sayang"tiba-tiba aje hilang mengantuk saya dan terus segar bugar..saya tanya siapa ?kakak ke? suami anggukkan kepala,apa pula ni..ok ' cakap dengan mama".."kakak kenapa? dia jawab tak ada apa-apa,saya tanya kenapa menangis kalau tak ada apa-apa..lepas tu dia cakap tak ada apa-apa..nanti dia cerita..."oklah mama nak masuk dorm dah ni..terputus.sudahnya saya dengan suami tak boleh nak tidur memikirkan kenapa  dengan adibah ni?.saya memang tak boleh nak hubungi dia selama enam hari cuma hari ahad saja di benarkan.macam-macam andaian yang kami buat...bayangkan ye..risau betul.

esoknya pukul dua adibah call..terus saya tanya..kenapa? dia kata tak ada apa-apa,cuma rindu, dan letih...menangis tu sebab puplic phone orang beratur nak guna, panjang sangat masa sangat suntuk..bila masa dia nak buat panggilan dapat cakap terus aje hiba tu datang..tu yang sedih tu..lega saya dan suami.

menurut adibah  pengambilan peringkat pertama ramai budak-budak dari asrama boleh kata semua bijak-bijak,baik-baik,dan berdisplin.
ramai juga yang pengsan masa berkawad...semoga adibah sehat  dan dibawah lindungan Allah sentiasa.

p/s saya  sentiasa berdoa dan risau tu sentiasa muncul..

Tuesday, January 8, 2013

Kerabu


Sukanya...

kerabu kacang botol

kerabu mangga

ketika makan di rumah adik tempoh hari masak sama-sama makan sama-sama macam kerabu tulah..ibarat kami adik beradik bersatu hati.tak segan-segan nak bagi tau di sini..semua masakan tu sayalah... "tunjuk ajarku sifu...

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)