Pages

Monday, January 29, 2018

"LEBIH BAIK"


Seorang Guru membuat garis sepanjang 100cm di papan tulis, lalu berkata :
“Anak2, cuba pendekkan garisan ini!”

Anak pertama maju ke depan,
dia padamkan 20 cm dari garisan itu menjadi 80 cm.

Anak ke 2 melakukan hal yang sama,
sekarang garisannya tinggal 60 cm.

Anak ke 3 & ke 4 pun maju ke depan melakukan hal yang sama, hingga garisan itu tinggal 20 cm.

Terakhir,

seorang anak yang bijak maju ke depan. Dia tidak memadam garisan yang sudah tinggal 20 cm, tetapi membuat garisan baru sepanjang 120 cm, lebih panjang dari garisan yang asal...

Guru itu menepuk bahunya. "Kamu memang bijak, untuk membuat garisan itu menjadi pendek, kita tidak perlu memadamkan sebahagiannya, cukup dengan membuat garisan lain yg lebih panjang, maka garisan asal akan menjadi lebih pendek dengan sendirinya."

*Moral of the story*... Untuk menjadi yang terbaik tidak perlu *menjatuhkan, menyingkirkan atau memperlekehkan* pihak lain.
Cukup lakukan sesuatu yang *lebih baik* secara konsisten.

Biarkan *waktu yang akan membuktikan* kebaikan kita.

"Orang lain yang memang sudah baik akan tetap bersinar meskipun terpendam dalam lumpur yang gelap pekat."

*Majulah tanpa menyingkirkan...*

*Naiklah tanpa menjatuhkan...*

*Jadilah baik tanpa harus memperlekehkan*..

*Jadilah benar tanpa harus menyalahkan...*

Friday, January 26, 2018

FRESH GRADUATES MEMILIH KERJA


"FRESH GRADUATES ZAMAN SEKARANG MEMILIH KERJA, DEMAND GAJI, BUAT KERJA TAK RETI"

Sejak kebelakangan ni memang banyak isu tentang fresh graduates pilih kerjalah, demand gaji lah, nak kerja office hour lah, nak cuti sabtu ahadlah, dapat gaji perabis kat iphone la, tak pandai buat kerjalah, dan yang paling baru demand gaji sampai enam ribu lima ratus ringgit.

Pertama sekali nak kata demand gaji sampai RM 6500 memang agak tak logiklah nak dapat. Tapi nak kata bukan semua fresh grads pun mintak sampai rm6500. Ada yang nak mintak RM 1500 pun rasa malu.

Antara masalah utama fresh grads sekarang adalah takde pengalaman kerja. Almaklumlah, baru habis belajar, nak cekau kat mana pengalaman kerja? Mungkin adalah kerja kejap2 time cuti sem. Fresh grads nak mintak kerja over2 pun tak boleh sebab mereka SEDAR DIRI takde pengalaman.

Jadi mereka pun mintalah kerja yang tidak memerlukan pengalaman bertahun-tahun tu. Mintak kerja biasa2. Kelayakan SPM. Dengan harapan dapatlah kerja sebabnya memang berniat nak cari pengalaman dan mula dari BAWAH DULU. Tapi tu pun tak dapat sebabnya kata sesetengah majikan mereka ni terlebih layak. Nanti mereka ni DEMAND GAJI TINGGI.

Ramai je fresh grads yang tak kisah kerja dari bawah sbb mereka faham kena ada pengalaman dulu. Tapi bila tak diberi peluang, mana nak timba pengalaman.

Pasal demand gaji ni pulak, tak semua ye fresh grads ni dapat gaji tu guna untuk keperluan diri. Ramai yang kata mereka nak beli iphone/baju baru/makan mewah/. Memang ada golongan macam gini tapi tak semua ye. Tapi kalau nak beli baju sehelai dua, belanja family makan luar sekali sekala apa salahnya. Self reward kot. Asyik kerja serious je hidup hari hari pun tak syok jugak.

Pastu ada dengar cerita yang fresh grads ni tak reti buat kerja. Dah tu memanglah, baru masuk kerja kan apa salahnya tolong ajar. Memang orang dulu masuk kerja terus boleh bina sebijik klcc sorang2 ke apa?

Sebagai fresh grads pula, kita kena sentiasa menerima dan meminta orang untuk ajar kita. Jangan tunjuk ego, jangan terlampau rasa pandai sangat. Apa yang majikan ajar untuk kerja, kita ikut. Mana yang tak betul jangan ikut. Rasa diri dibuli, bersuara. Jangan diam. Kita masih dalam proses belajar, kita rasa dengan degree yang kita ada kita tau segala-galanya. Tapi kita silap. Belajarlah sampai bila-bila pun. Kumpul pengalaman sebanyak mana yang boleh.

Pasal gaji pulak, kadang-kadang mereka ni bukan nak demand sangat. Tapi zaman sekarang tak sama dgn dulu. Barang keperluan sekarang mahal. Ramai yang kerja nak tolong ibu bapa tapi gaji tu tak mampu nak cover sampai sebulan pun. Ada yang duduk jauh kerja tempat jauh, duduk rumah sewa. Kena bayar sewa lagi. Gaji sekarang sama je macam dulu. Tu yang kekadang mereka ni merungut. Jangan asyik nak salahkan mereka. Cuba faham situasi masa kini, bandingkan dengan masa dulu.


Yang muda hormat yang tua, yang tua pun kena hormat jugak yang muda. Dua-dua perlu saling menerima pandangan masing-masing. Buang ego kat tepi.

Bebelan anakanda dibah...mak kopi pes jerk...

Bertabahlah dibah.

Sunday, January 7, 2018

NAK REUNION TAPI...!



Assalamualaikum uollsss.

Kabare..morning biru ke?..
Jgn ye?,..meh kita bakar semangat utk kehidupan seterusnya..bak kata kalau esok nak kiamat hari ni kita pakat2 tanam sayur ke apa ke..?..ok.
Meh knor nak bagitau apa yg knor n family buat selama hari ni..
Anak2 dh besar yg kecik dh darjah lima dah pun semakin gemok dn bijak..hihi

Masing2 ada hobi memasing..

Ni salah satunya..



Team bowling persatuan ibu2 tunggal wahh mcm nilah bersemangat jer..


Korang rimas ke pakai baju sama jer setiap hari or korang rasa mcm borea jer pakai baju sama..

Atau korang jeles org lain pakai baju lebih style dri korang atau tak tahu mana nak cari tshirt yg cantik murah dan terkini kat mana....?

Ok jom nak bagitau...korang nak buat sesi beramah mesra dgn family dgn kawan2 lama korang,program sek atau nak adakan majlis,party atau sebagainya jenuh fikir nak buat tshirt sedondon..knor cadangkan sini #theteesfactorycompany gempak2 dgn design2 terkini..

Boleh hubungi no ni..0178800300 En jamal.

Friday, January 5, 2018

FAKTOR UMUR


Ingatkan takde sapa yg ingat kita dahh...happy tau kawan2 masih ingat knor..
Masih kekok lagi ni apa nak buat sebenarnya..hahhah sabar jerlah faktor tua gamaknya ni...eehhh org lama lahh..

Ada juga perasan kwn2 yg rapat2 dulu dh takde dah...sedihhhnya mana diorg ye..faktor dah berumur juga ke ni...??

Knor masih muda anak2 jer dah besar dah habis belajar pun...(yg sulung) kalau jln2 tu org ingat adik beradik jer..(perasan)๐Ÿ˜‚..





 Team sedondon..kami design kami prints....

Thursday, January 4, 2018

BILA JARI MEMBENGKAK


Assalamualaikum

Tak tau apa knor buat dlm masa tak muncul dlm dunia blogger..nak kata sibuk dgn bisnes tak juga mungkin jari2 knor semakin membengkak payah naw nak menaip hhahaha maklum hp kecik jer tu yg mematahkan semangat mak cik ni...i fedupp u.

Knor masih org yg sama jual peyek jual kek dan terbaru print tshirt sendiri..knor pernah bt entry dulu pasal nak buat bisnes tshirt..bukan knor yg buat tapi en suami knor bantu2 apa yg patut..



Bisnes peyek taklah serancak dulu jika ada tempahan baru knor buat..so berminat nak tempah di alu alukan..

Setakat ni dulu permulaan berbicara ..salam jumaat

Tuesday, January 2, 2018

ELAK NYANYUKK


Assalamualaikum

Nak awali dgn salam rindu buat sahabat2 semua...nak mula dri arah mana pun tak tau.. feeling teruk ๐Ÿ˜•guna waselah supaya tak sesat rabak...

Nak kembali menulis dn membaca gamaknya ni..takut nanti nyanyokkk plk...



#iamback




Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)