Pages

Friday, November 29, 2013

Nasi minyak stew ayam

Gagal lagi untuk aku bangun awal,pukul enam pagi dah terlalu lewat...apalah nak jadi, tahajud entah kemana..kejut semua orang dalam rumah,suami bagi isyarat solat jemaah,sementara giliran suami berwudhu,aku dan azhan buat sunat subuh.iman memang ambil masa untuk bangun,iktiar akhir, aku renjis dengan air...

Lepas solat subuh,masing-masing ambil al-Quran..kemestian untuk kami baca ayat-ayat syifa,kemudian surah yassin dan surah-surah lainnya.
lepas solat dhuha suami ajak pergi minum teh tarik mamak...agak pekat sikit teh hari ni,memang sembelitlah jawabnya..
selak helai demi helaian suratkhabar..adus semua cerita yang merosakkan mood pagi..sedih,gembira dan terkejut semua reaksi pun ada.

ok jom,jom,suami ajak balik.."nak pergi kerja ni,lauk ada lagikan"kata suami."ada lagi bang,rasa macam nak cuti masak je hari ni"kataku selamba.suami senyum.

Makan lauk semalamlah jawabnya.


Nasi minyak

beras basmathi
kismis
tomato
bawang besar anggaran sebiji(hiris)
4 ulas bawang putih (hiris)
sedikit halia(hiris)
daun ketumbar(hiris)
jintan manis (yang halus,tak perlu di tumbuk)
kiub ayam knor
garam
gula

Tumis semua bahan hingga garing,masukan beras yang sudah di cuci,tumis beras sekejap,kemudian masukan air agak-agaklah ye,gula dan garam..guna rice cooker mudah dan cepat..

sementara tunggu nasi masak..

Stew ayam

Ayam anggaran seekor (di goreng separuh masak)
1 sudu kecil jintan manis
10 tangkai cili kering
4 ulas bawang putih
2 biji bawang  besar
sedikit halia
kisar semua bahan di atas
sos cili
sos tiram
kicap manis
1 sudu besar gula
sedikit garam
kentang( di goreng tanpa membuang kulit)
karrot
1 cawan santan atau susu cair

Tumis semua bahan kisar,hingga naik minyak,masukan gula,semua jenis sos,masukan santan atau susu,kacau rata kemudian masukkan ayam,tunggu hingga mendidih lepas tu bolehlah masukkan kentang dan karrot..akhir sekali masukkan garam, selesai.
 Salad timun bersantan

1 biji timun
1 biji tomato
4 tangkai cili padi
1 biji cili merah
1 biji bawang besar
sedikit santan ( di masak sekejap)
1 biji limau nipis
garam
gula

Semua bahan di potong kiub,kecuali cili,cuma di hiris nipis.masukkan santan,gula, garam dan perahkan limau nipis..selesai...sumbat dalam peti ais.
lepas tu goreng le papadom...

Ada lebih lagi untuk hari ni..."Jangan membazir...









Thursday, November 28, 2013

Bisikan Syaitan


Rasa macam nak sent aje message ni..dah dua kali cuba nak tekan button sent..sudahnya ke draft juga..
takut nanti berkecil hati pula,sedangkan aku dengan dia punyalah rapat..aku tahu dia tak berkecil hati,.paling tidak dia akan balas "ok".
Ok" dia tu tak menjadi pun..sekadar dibibir saja.

"Wahai orang yang beriman,jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu." (Surah al-Baqarah:ayat 153)

Tak payahlah kau susah-susah nor...iblis pun berbisik kat telinga aku ni hah..

Tuesday, November 26, 2013

Aman


Kek coklat kicauan burung

Oleh: Aku
Jurufoto: Iman soffea
Lokasi: Dapur kecilku
Situasi sekarang: Aman



 Kenapa kicauan burung?...sebab jadualku berubah 100% kerana kicauan burung itu..

Monday, November 25, 2013

Setitis air wudhu

Pada suatu petang sebelum malam menjelang,aku lihat suami sibuk menulis sesuatu diatas sekeping kertas yang keras.Sudah dua tiga hari dia menghabiskan tulisannya.Ketika itu aku melintas dihadapan suami dengan perut yang membuyut anak sulung,bergegas menuju ke bilik air,untuk mengambil wuduk,kerana waktu itu aku belum menunaikan solat asar.

Tiba-tiba aku terdengar suami memanggil aku.."kejap bang" kataku...suami menunjukan hasil tulisannya, aku suakan mukaku yang basah dengan air wudhu untuk melihat.."emm cantik,pandai abang"tiba-tiba setitis air wudhu telah membasahi hasil tulisannya..lantas terus saja aku memohon maaf.."sorry bang tak sengaja" suami mengelap dengan perlahan..aku rasa bersalah dan sedikit takut dimarahi.."tak pe..takpe".itu aje yang keluar dari mulutnya..




Telah berlalu kisah ini 18 tahun lalu ketika adibah masih berada di alam kandungan.masih terpahat kenangan ini hingga sekarang,setiap kali anak-anak bertanya tentang tanda hitam itu,kami akan ceritakan al kisahnya.Tulisan khat suami itu masih tergantung hingga kini..

Sunday, November 24, 2013

Aku orang yang bagaimana?


Ketika mana aku solat,aku selalu mendoakan untuk orang lain,aku selalu lupa untuk mendoakan  diriku sendiri,tapi aku tak pernah lupa berdoa untuk diri untuk memohon keampunan, ampunkan aku Ya Allah.Ampunkan aku Ya Allah..ini saja yang terkeluar dari mulutku,aku tak pernah meminta selain dari keampunan.lalu orang bagaimanakah aku di sisiMu Ya Allah.

Aku mahu orang sekelilingku bahagia,diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki,terhindar dari malapetaka,dan pintar di dalam ilmu dunia dan akhirat.
kerana doa-doa inilah yang membuatkan aku bahagia Ya Allah.sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.
Cukuplah aku jadi orang yang setia dengan doa "Ampunkan aku Ya Allah".
Kerana aku orang yang banyak dosa lampau,dulu,saat ini,yang tersembunyi,yang nampak,dan masa akan datang.Ampunkan aku Ya Allah.

Aku ialah saya,saya ialah knor....




Thursday, November 21, 2013

Walau tidak mengenali Ammar

Walau saya tidak mengenali Ammar,tetapi saya sangat dambakan anak- anak seperti Ammar.Ammar memberi inpirasi kepada saya,moga anak-anak mampu dibesarkan seperti beliau.
Orang beriman selalu punya cara sendiri untuk menata hatinya.. meskipun berlawanan dengan apa yang dia terima dalam kehidupannya.. saat mendapat musibah airmatanya menitis.. tetapi hatinya terilham untuk meyakini bahawa apa yang diberikan ALLAH pasti yang terbaik untuknya.. fizikalnya mungkin lelah.. fikirannya mungkin penat.. tetapi tidak dengan hatinya yang terus yakin apabila diuji ALLAH.

anakanda Muhammad
Antara wasiat terakhir Ahmad Ammar (anak soleh dambaan semua ibubapa)
Jika engkau mahukan teman,cukuplah Allah sebagai teman..
Jika engkau mahukan musuh,cukuplah nafsu sebagai seteru..
Jika engkau mahukan hiburan,cukuplah Al-Quran sebagai bacaan..
Jika engkau mahukan nasihat,cukuplah mati sebagai penasihat..

Nampaknya saya masih lagi gagal menahan perasaan drpd berhenti menulis mengenai Ammar.

Ramai sekali yang masih hairan dengan fenomena Ammar. Saat selepas kematiannya sangat luar biasa sehinggalah saat akhir pemakaman jenazahnya. Luar biasa bagi seorang yang berumur 20 tahun, yang belum habis mengenali dunia dan di saat dunia juga tidak mengenalinya.

Kali ini saya menulis mengenai pembentukan Ammar di Madrasah Hayrat Vakfı, kerana kami di Turki sama2 di bawah penjagaan Hayrat. Pelajar Madrasah Hayrat ada trademark tersendiri. Kalian boleh lihat di dalam video, mereka memakai kopiah hijau, dan berserban putih.

Ada dua kunci yang boleh di ambil iktibar untuk kita semua, agar turut disayangi penduduk langit dan bumi, iaitu:

1) Menjaga hubungan dengan Allah
2) Menjaga hubungan dengan manusia.

Pelajar2 Malaysia di Turki di bawah penjagaan Hayrat tidak tinggal di asrama2 kerajaan, walaupun pelajar tersebut mendapat biasiswa kerajaan Turki. Namun ramai juga memilih tinggal di asrama kerajaan atas alasan kebebasan. Kami di Hayrat tinggal di madrasah-madrasah mereka. Oleh itu penjagaan di bawah Hayrat lebih rapi dan sempurna daripada aspek pengisian ruhani, jasmani dan aqli, di samping persediaan akademik di Universiti.

Di Madrasah, kami pelajar Malaysia dan İndonesia lebih disayangi dan dihormati berbanding pelajar dari negara lain, mungkin faktor kelembutan watak ketimuran, dan kami tidak banyak melawan atau memberontak. Ammar lebih disayangi kerana dia yang paling tidak melawan. Seburuk2 perangai orang Arab tetap menghormati Ammar. Pernah ada seorang Arab yang kasar dan kurang disukai, kaki gaduh yang keperibadiannya baru hendak dibentuk oleh Hayrat, satu-satunya orang yg dia senang ialah Ammar. Menakjubkan. Vakif2 drpd Hayrat kalau nak cari pelajar Malaysia pun mereka tetap cari Ammar, dan jarang sekali mencari pelajar2 lain terlebih dahulu.

Di Madrasah, ada rutin-rutin yang tidak didapati di asrama2 kerajaan. Waktu siang semua sibuk di Universiti masing2 dan aktiviti2 lain. Waktu malam akan ada pengajian risalah an-Nur, solat berjamaah, dan rutin2 lain ialah menulis Risalah an-Nur di dalam tulisan Uthmaniah. Antara rutin2 yang baik lagi ialah solat sunat qobliah dan ba'diah sudah seperti menjadi rutin tetap seperti solat fardhu. Begitu juga solat2 tahajjud seperti sudah menjadi seperti solat fardu. Di madrasah ini hubungan dengan Allah dititikberatkan lebih daripada segalanya. Alangkah bahagia saat akhir kematian di dalam suasana ini.

Semua ciri2 pembentukan al-Fateh ada di sini, dan Ammar adalah batch pertama yang melalui proses pembentukan ini. Ammar dihantar di sini bukan secara kebetulan tetapi penuh perancangan rapi bagi mempersiapkan dirinya untuk ummat. Namun Allah lebih mengetahui hikmah di sebaliknya.

Terdapat dua watak pada dirinya, iaitu watak al-Fateh dan watak Abu Ayyub. Barangkali Ammarlah Al-Fateh (pembuka) yang akan membuka dan menghidupkan jiwa2 yang lain, dan watak Abu Ayyub sebagai perintis kepada laluan tersebut. 

Tenanglah kau di sana bersama bidadari syurga.

sumber dari muka buku...

Wednesday, November 20, 2013

Resepi dari dapur kecilku

Roti mentega kacang bersama pisang
Oleh:Adibah
Lokasi:Dapur kecilku

antara bahannya;
roti
beberapa biji pisang
peanut butter
butter







*Cari barang dapur*
Me: "Mama, mana barang tu? Takde pun"
Mama: "Kalau mama cari ada macam mana?"
Me: "Dah cari. Takde"
Mama: "Ini apa?"hrgh!".

Sunday, November 17, 2013

Mimpi

Belum siap mengemas dah duduk depan pc..takpe abaikan aje dulu,nanti saya akan selesaikan ala-ala robot gitu...
teringat mimpi malam tadi...seram sungguh..orang kata tak boleh cerita dan kongsi,takpe buat aje sebagai pengajaran.

cuti adibah dah nak habis,nak bercuti jauh-jauh tak sempat rasanya..cadang nak pergi ke Teluk Batik..tengok jadual sendiri dan suami tersangatlah padatnya..mujur semalam suami tak ada kelas bahasa arab,dapatlah luangkan masa jalan-jalan,dekat-dekat rumah aje..tak sampai sepuluh minit sampailah..


ke angkasa lepas

dah separuh berjalan sana sini kami sedia untuk solat..singgah di surau yang di sediakan...saya bercuti semalam,teman anak-anak bersolat,dalam tengah melayan hp,sambil asyik tengok orang solat terpandang seorang hamba Allah ni, sedang dia solat dari mula hingga akhir ,kakinya terjulur keluar,masa sujud kaki agak terkangkang,macam tak manis je tengok...dalam hati nak betulkan kainnya,tapi sebab tak kenal,saya biarkan aje..padahal sama-sama dalam surau..patutnya saya betulkan,mungkin dia tak perasan kain telekungnya tersingkap.dalam hati kata biarlah,hinggalah dia selesai solat.

nak tahu,orang yang solat kain tersingkap tu,muncul dalam mimpi saya malam tadi..tengah saya solat,tiba-tiba orang tu datang kacau saya masa saya tengah sujud,masih jelas dia kata,'kak norihan saya nak balik dah ni'..masa tu saya tengah solat,mana boleh cakap,lepas tu dia cakap lagi sambil menjerit.."kak norihan saya dah nak balik ni''lepas tu dia terus cekik saya...lepas tu saya menjeritlah..sampai keluar di alam nyata..ooo mimpi rupanya..mengucap panjang saya pagi tadi...padan muka saya..

lain kali betulkanlah kainnya..ampunkan saya  Ya Allah.kerana membiarkan auratnya terdedah semasa dia menghadapMu Ya Allah...berdosakah aku.

p/s jangan lupa like page saya..tu sebelah tu aje...




Thursday, November 14, 2013

Ganjaran Isteri Memasak Untuk Suami Dan Anak - Anak


Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:

"Wahai Fatimah.. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi..."
- (Abu Hurairah r.a)


 butter prawn


dengan ilmu hidup menjadi lebih mudah
dengan seni hidup menjadi lebih indah
dengan iman hidup menjadi lebih terarah..

salam jumaat

Wednesday, November 13, 2013

Guru masakan

'Berharga atau tidaknya hidup kita bergantung pada bagaimana kita memanfaatkan masa dan usia.Untuk tidak mensia-siakan waktu yang ada....daripada mengisi masa melakukan perkara yang tidak berfaedah,mari kita renungkan dan muhasabah bersama-sama.Kemanakah malam-malam kita?Untuk apakah umur-umur kita? Apa yang kita buat antara Zohor dan Asar,Maghrib dan Isya?.Kenduri-kendara,majlis itu ini,pasar-pasar, restoran dan warung?.

Semoga kami tetap mengingatiMu Ya Allah.

ambil masa sedikit untuk mengajar anak-anak memasak 

ais krim milo hasil tangan anakanda adibah


  anakanda adibah,azhan,iman soffea dan muhammad gotong royong. 
 hasil tangan anakanda azhan untuk berbuka puasa..bijak-bijak...dialah paling banyak makan..
kalau anak malas,kita tolong jangan bagi malas...

Tuesday, November 12, 2013

Mak cik jajan


kisah di waktu senja..balik aje iman dari sekolah..masing-masing persiapkan diri untuk solat maghrib berjemaah,cuma tunggu iman saja lagi yang belum selesai mandi..tengah membelek rak terjumpalah jajan yang di atas tu...'spontan aje menjerit "ni siapa beli benda-benda haram ni'? semua pakat pandang saya sambil gelak,terutama adibah dengan azhan.tiba-tiba iman keluar dari bilik air.."'kawan iman bagi,iman tak nak,tapi dia bagi juga.'terus sambung kata-kata dia..."iman tak nak makan pun,iman bawa balik,iman nak buanglah..."iman tau tak halal.."

tanya pada suami...'bang halal ke benda ni?..lepas maghrib suami suruh azhan google kat jakim tentang status halal...sampai sekarang tak jumpa-jumpa dari jakim sotong panggang ni..memang ada tanda halal,tapi tak tahu halal tu dari jakim ke?..kalau ada dari jakim...senang cerita...dah lama masuk perut iman..

memang sotong tu halal dimakan,tapi masalahnya cara ia di buat...
kawan-kawan pernah makan ke?...saya ragu-ragu..so elak dari makan..

pesanan pada makcik-makcik jajan di sekolah yang menjual makanan di luar sekolah..walau di larang pihak sekolah tapi masih berdegil tu...kalau nak jual juga carilah makanan yang sehat dan halal statusnya..ini tak jual jajan yang somborono saja..asal jual..kesian dengan budak-budak..setiap petang berebut-rebut budak beli jajan yang entah dari mana asal makanan tu..saya pernah mengintai-intai..dari cina,siam pun ada..Ya Allah..rakusnya orang, punyalah nak berniaga...

pada ibubapa yang perihatin memang laranglah anaknya membeli...pada yang somborono jadilah macam mak cik jajan tu..
iman tak reti nak beli jajan-jajan di luar sekolah ni..saya melarang keras... dapat tahu dari iman sotong tu ayah kawan dia yang jual...ehhe..."selamba je dia makan ma".."takpelah nak'...
 

Monday, November 11, 2013

Rahsia Tersembunyi Dibalik Nama Muhammad




- Kata Muhammad jika digabungkan huruf-hurufnya maka akan berbentuk manusia yang sedang sujud dalam solat. dalam gerakan SUJUD dalam Solat merupakan inti dari semua rukun-rukunnya, kerana pada saat sujud, manusia menundukkan 8 bahagian tubuhnya di bumi bukti taat dan akurnya seorang hamba kepada sang pencipta.







Sunday, November 10, 2013

Rentetan anakanda Muhammad

Kepuasan...

Seperkara yang memberikan kepuasan hati saya sebagaimana ibu bapa yang lain adalah apabila berjaya memuaskan hati anak-anak kecil. Namun kita harus sentiasa berhati-hati agar tidak berlebihan dalam memenuhi permintaan anak-anak yang membesar kerana berbuat demikian akan menyebabkan keperibadian dan masa depan mereka juga boleh terkesan.

Kita tidak seharusnya membiarkan pembesaran anak-anak berlaku tanpa perancangan sehingga melahirkan generasi anak-anak kijang yang terlalu jinak dan manja sehingga membahayakan diri sendiri dan komuniti sekeliling.

 
ketika hari sukan...
ketika lawatan ke kid zania..
Berlangsung sabtu lepas konsert mini konvo menjadi waki pelajar membacakan ikrar...
masalah teknikal gambar tak sempat nak ambil,rakaman video juga hilang entah kemana lesap macam tu aje..tapi yang bestnya tepukan gemuruh dari penonton...terharu pun ada..dengan selambanya Muhammad naik pentas seorang diri tanpa diiringi gurunya dan sangat bersemangat ketika membaca ikrar.


selepas berlangsungnya persembahan dari anak-anak tadika termasuk muhammad dan rakan-rakannya,ada acara yang semua ibubapa tunggu-tunggu iaitu tokoh murid yang cemerlang yang dipilih cikgu dan pengetua.ikutkan saya dah nak balik selepas tarian dan hadiah yang muhammad dapat..nak kejar masa..lepas tu cikgu muhammad kata ,muhammad tak boleh balik lagi kerana dia akan dapat tokoh murid..maknanya saya perlu naik ke pentas untuk sematkan selendang untuk muhammad...malunya..kali kedua, sebelumnya iman soffea...dup..dap...jantung saya,suami tak ikut sama sebab bekerja..nak tak hendak kena naik juga...

tokoh murid dari dua gabungan tadika diiringi paluan kompang..
ketika menyematkan selendang...masa ni lagu kasih ibu berkumandang...sayu aje bunyinya..bila mc sebut cita-cita muhammad,terkejut juga saya, sebab nak jadi saintis,kalau saya tanya,dia nak jadi ulama,seorang pejuang Islam seperti Muhammad Al-Fatih.
apa saja, doa yang baik-baik dari mama dan ayah sentiasa.

 ibu-ibu cemerlang...heheh

Tahun hadapan ke darjah satu..Maahad Tahfiz Sains Fatimah Az-Zahrah

Thursday, November 7, 2013

Teringat kata-kata ustaz


Jika kita buat baik dengan orang, orang itu mungkin tidak berbuat baik pada kita. jika kita tolong orang, orang itu mungkin tidak tolong kita. tapi yakin dan percayalah suatu hari dan suatu masa, Allah akan hantar orang lain yang tidak disangka-sangka yang akan berbuat baik dan menolong kita...





"Rabbighfirli" - Tuhanku, ampuni aku
"Warhamni" - sayangi aku
"Wajburnii" -tutuplah aib-aibku
"Warfa'nii" - angkatlah darjatku
"Warzuqnii" - berilah aku rezeki
"Wahdinii" - berilah aku petunjuk
"Wa'Aafinii" - sehatkan aku
"Wa'fuannii' -maafkan aku

Wednesday, November 6, 2013

Lauk ada nasi tak ada


 maaf ye sahabat-sahabat bz sungguh saya..tq datang sini, berkesempatan saya akan berkunjung jua...

tak sempat nak menanak nasi...masak lauk je..rendang udang...

Friday, November 1, 2013

Acara puan Nor


 lepas makan gula-gula kat dalam tu..jangan di buang kotaknya...boleh letak macam-macam kat dalam tu...jangan membazir ye tuan,puan, dato,datin dan anak-anak.

tidak ada apa yang diceritakan di sini..biasalah saya sibuk dengan urusan rumahtangga..pagi-pagi lagi suami dan azhan pergi ke ipoh perak untuk menjemput adibah kerana bercuti selama tiga minggu..semua anak-anak sudah selesai exam,pmr sudah, akhir tahun juga sudah, cuma sekarang ini menunggu keputusan peperiksaan masing-masing...

saya juga sudah selesai dengan tempahan untuk minggu ini...musim kawin..bz sesaja...hingga hujung tahun ni penuh jadual saya...minggu hadapan saya akan menyiapkan tempahan dari seorang pelangan berbangsa cina.fuhh..semoga saya saya sehat sejahtera.


tempahan untuk setiap meja pengantin di shah Alam esok..malam nanti nak buat penghantaran.terlanjur ada blog, promosi ajelah terus..sesiapa yang berminat nak mencantikan meja pengantin dengan kudapan rempeyek saya,bolehlah hubungi terus atau email saja..carilah no hp saya, sudah sedia tertera.dah makan rempeyek saya ni gerenti lauk kenduri tak habis dan tetamu pun tak nak berganjak.selagi tak habis sebalang...huh..

dalam pukul 9:00 saya ke sekolah muhammad ambil report kad,alhamdulillah,cikgu muhammad selalu cakap muhammad tak ada masaalah semua ok,adalah dua tiga minit aje saya bercakap dengan gurunya,dan saya tak faham pula dengan ibubapa yang berlama-lama tu....tunggu minggu depan konsertnya pula,menjadi wakil pelajar untuk membaca ikrar.
manakala iman pula sibuk dengan bola jaringnya...juara sesaja..ini acara lepas exam ...hari ni bola baling pula...suruh ponteng pun tak nak...sebab mamanya malas nak hantar...

lauk tengahari..dah lama tak makan dengan adibah...ringkas-ringkas sudah...pinggan pun lain-lain..ini menujukkan betapa bznya saya...heheh hantam sajalah..

p/s tertanya-tanya,subhanallah inilah rupanya kerjaya saya...yang suatu masa dulu tak tahu apa-apa...terima kasih Ya Rabb.



Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)