Pages

Wednesday, October 28, 2015

"NAK TUMPANG..!!

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Khamis yg barakah..

Tengahari semalam masa hantar muhammad pergi sekolah hujan lebat..dlm perjalanan tu ternampaklah sorang perempuan dan dua orang budak,anak dialah tu agaknya..sorang pakai uniform sekolah,sorang lagi baju biasa.satu payung untuk tiga orang....dlm perjalanan nak hantar anak ke sekolah jugalah tu...agaknya.
Dari jauh perlahan kereta sambil perati,nak ajak tumpang ke idak ni...berbelah bagi sebenarnya...sampai jer kat diorang aku tengok,perempuan tu pun tengok juga..mungkin sebab kereta aku makin perlahan ..kut.
Tiba_tiba jer aku batalkan niat nak bagi dia tumpang...teringat pulak pesan suami,jgn sesekali tumpang orang,kenal atau tak kenal...
Masa tu ada muhammad,nanti dia kata apa pulak..pesan2 kat dia,sekali kita pulak ajak orang tumpang dgn kita...tak pasal2 nanti senang sangat dia nak tumpang orang..mungkin juga perempuan  tu dah pesan pada anak2 dia...jangan tumpang dgn orang yg tak kenal...disebabkn jenayah berleluasa kita tak boleh percaya dgn sapa2 pun...
Akhir zaman ni sedikit sangat orang yg jujur,walaupun kita memang betul jujur nak bantu..kita kena ada simpan banyak untuk tidak percaya tu...ada juga jujur nak bantu,tup..tup di kata nak culik pulak...alahai.
Bantu dgn tak bantu kita kena bijak menaganinya...
Tak peliklah zaman sekarang macam2 boleh jadi,kalau tak masakan jenayah boleh berlaku dlm rumah sendiri...inikan pulak diluar sana...


Kalau kita was2 nak bantu , bantulah dengan DOA
Doakan yg baik2 untuk diorang dan kita beristigfar....mohon ampun pd Allah.
itu jer yg mampu.




Tuesday, October 27, 2015

NEGATIVE LAGI

Assalamualaikum
Rabu yg barakah...

Kita nak sambung cerita negatif tu....ye aku pun setuju dgn kawan2..fikir luar kotak kata orang...

Kalau aku yg tanya pada muhammad mesti dia akan jawab ..bila2 masa boleh mati..kerja Allah katanya..aku pasti ini jawabannya..sebab mulut dia kecoh..tapi sebab hormat kat cikgu,dia pendam jer.aku tanya kenapa tak cakap macam tu..muhammad jawab,"diam tukan emas".....
Aku pulak yg macam ni..!!?????!!

Ini cerita iman pulak...cikgu yg sama..uolls fikirlah dia ni jenis yg macammana..

Satu hari ada pertandingan kuiz antara kelas dipadang perhimpunan..
Antara peserta adalah iman soffea..tak berapa minit berlalu,iman dah siap,terus bangun hantar..
Tiba2 cikgu tu cakap dgn iman.." ni hantar cepat2 ni boleh menang ker??..
Iman tak kisah,dia hantar juga..sebab dah siapkan...

Akhir pengumuman pemenang..
Johan keseluruhan adalah "Iman soffea..kekeke.
Tiba2 jer hilang malu iman masa cikgu tu tegur tadi...kui..kui..

Cerita ni iman cerita masa aduan muhammad kat aku....."iman pun cikgu tu pernah tegur"....

Baru2 ni Iman dpt penghargaan atas pencapaian sebagai Frog champion 2015...tahniah le...

suka2 cerita sebab kering idea....hihi


Sunday, October 25, 2015

NEGATIVE


Masa temuduga muhammad untuk jadi pengawas tahun hadapan..

Cikgu: Muhammad besar esok nak jadi apa?
Muhammad:Professor
Cikgu: Professor nak jadi apa?
Muhammad:cipta ubat
Cikgu:ubat apa?
Muhammad: genetic
Cikgu: nanti salah cipta ubat,semua orang mati macammana??..
Muhammad:!!????!!!??

Soalan untuk calon ke2

Cikgu:Awak pulak besar nanti nak jadi apa?
Kawan Muhammad: Pilot
Cikgu:kalau kapal terbang terhempas awak nak buat apa?
Kawan Muhammad:saya bertanggungjawab
Cikgu:zzzzzz !!!!?? .

inilah cerita muhammad bila balik dari sekolah...
akhirnya dia dan rakan berjaya..untk pegang jawatan pengawas tahun hadapan...ada syaratnya exam akhir tahun kena dapatkan no 10 ke bawah sekarang masih peringkat  pengawas percubaan...isunya disini nak cerita ialah awatlah negatif sangat..

Wednesday, October 21, 2015

DAPUR PUAN NOR BERASAP


Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Allahumma Shalli Alaa Sayyidina Muhammad Wa alihi Washahbihi Wasallim.

Hari ni banyak free so kita terus kepada objektif lurus bendul....
jangan risau bukan untuk bagi meleleh tapi nak bagi idea nak masak apa hari ni ..rata-rata ramai yg berpuasa hari ni dan esok,alhamdulillah.Ilmu rohani sudah masuk cantik dalam diri,Islam semakin berkembang..tarbiah dimana-mana.

yang dalam kesakitan,berperang, disakiti dan kelaparan maafkan kami,maafkan kami..senjata kita sebagai orang mukmin adalah doa.. Ayuh umat Islam sedunia, teruskan berdoa untuk saudara Islam kita di bumi Syria sana....

udang goreng bawang putih geli-geli
Bahannya;

udang sederhana besar suka hati banyak mana,ikut mulut.garam kunyitkan n di goreng ranggup
7 ulas bawang putih
halia
serbuk lada hitam kasar
1sdk gula
garam secukup rasa
daun sup

Caranya:
tumis bawang putih dan halia hingga garing masukkan udang masukan serbuk lada hitam letakkan garam dan gula..kacau rata..tutup api n siap...
hiaskan dengan daun sup itu...

Roti manis abang sado 

3 cwn tepung gandum
1 peket yis
4 sdb gula
sedikit garam
1 cwn susu pekat
1 bji telur
kismis suka hati banyak mana pun..

Caranya:
air suam(bukan yang sangat panas ye) larutkan gula,susu,n yis..kacau rata biarkan kembang sedikit...
buat lubang di tengah tepung yg dah di garam dan di kismiskan. curah aje yis tadi,n pecahkan telur gaul n adun sehingga menjadi doh yang comel dan cantik..dah siap tutup dgn kain lembab biarkan adunan kembang sekembang-kembangnya....lps tu pandai-pandailah ye..nak cantik lagi menarik sapukan dgn kuning telur..
dah masak sapukan dgn sedikit butter kasi kilat itu roti...

parmesan garlic bread sambal petai busukk

Adunan sama jer cuma tambahkan bawang putih dan herb sedikit dalam adunan tepung.kurangkan gula dan susu di dalam adunan.
sapukan adunan yang siap dibentukan dengan butter dan taburkan garlic cincang..bakar ikut suhu oven uolls..

sushi roti golek sendiri

Beberapa keping roti buang tepi (canai hingga nipis)
2 biji telur rebus
mayonis
gula
jus lemon
serbuk lada hitam
daun salad
karot
kepingan keju

Caranya:
hancurkan telur,masukkan mayonis,gula serbuk lada hitam,jus lemon n kacau rata...
potong karot,keju memanjang..susun aturkan ikut uollslah ye...

Puding roti pelangi nak kiamat

Roti dibuang tepi ( ikut suka banyak mana)
1 cwn susu pekat manis
setengah cwn gula
2 sdb butter
serbuk agar-agar (halal)
1 sdk esen vanilla
pewarna

Caranya:masak agar-agar dan gula hingga mendidih.
roti di campur susu dan sedikit air dikisar hingga halus...dah siap masukkan aje dalam agar2 tadi kacau rata ,masukkan butter dan esen.tutup api jika sudah mendidih.
asingkan kepada berapa bahagian dan warnakan...tuang ke dalam acuan secara berselang seli...
tunggu hingga sejuk dan masukan ke dalam peti ais...

Puding roti miloolah sangat

Ini pun sama juga cara memasaknya, cuma tambahkan milo..curahkan susu di atasnya...sebelum tambahkan milo tu,tinggalkan sedikit untuk resepi yang di bawah ni....curah aje agar2 putih dalam longkang betik..sejukan..

Puding roti betik longkang susu

SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWANKU




Tuesday, October 20, 2015

TEMPAHAN UNTUK SEMUA MAJLIS

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Kami menerima tempahan goodies rempeyek di dalam balang comel,Pelbagai majlis sama ada birthday party,cukur jambul(aqiqah),doa selamat,majlis perkahwinan dan apa jua majlis. Harga balang comel mengikut budget customers. Sebalang rempeyek comel serendah Rm3..musim orang kawin kian hampir... Balang comel dihias mengikut budget customer's....Whatsapp jika "MAHU"


Untuk pengetahuan semua kami ada juga membuka gerai comel di Uitm Shah Alam diurus oleh adibah dan rakannya ..suka-suka berniaga katanya..tidaklah sampai menganggu studynya..kolej kediaman memang ada menyediakan gerai untuk student berniaga.memandangkan kelasnya sebelah petang...dia ambil peluang itu untuk menampung mana yang kurang...bukanlah berniaga ni nak kaya tapi pengalaman itu sangat penting,walaupun adibah punya biasiswa dari JPA.
kaya dan banyak uwang itu satu bonus yang wajib di syukuri dan mungkin ada hak orang lain di situ mungkin Allah pilih kita untuk agih-agihkannya...In shaa Allah aminn..amin.
mungkin jualan ini tertumpu pada pelajar dan pendidik sahaja...maklum dalam kampus..kan.
selain kudapan rempeyek ada juga jualan sushi yg sangat enak n macam2 lagi dari rakan adibah...

Dibuka:Setiap Rabu 8am-2pm 28.10.2015
setiap sabtu dan ahad bermula pada 21.11.2015

P/s adibah tukang jualan jer,mama dia yg berpeluh....

Monday, October 19, 2015

JEREBU


Bila bumi berjerebu eloklah untuk anak-anak duduk diam di rumah...

Saat musibah menimpa,itu adalah saat yg tepat untuk menyepi dengan Allah.Tujuan dari ujian adalah agar kita lari menuju Allah.

Hari ni sebenarnya anak-anak menduduki exam akhir tahun..di tunda esoknya...harap esok bumi bersih dari jerebu...
"ala"..itulah ayat iman n muhammad bila kata cuti..teruja nak examlah tu...asyik ulang kaji sampai naik bosan...hihi takut esok lupa katanya..."takpe ulang kaji banyak kali kan bagus"...

kerisauan tetap ada..maklumlah anak-anak..kan berpenyakit memang alah dengan habuk,asap dan sebagainya....


Biarkan hari-hari itu melakukan apa saja,
Bertenanglah bila qada menjatuhkan hukuman,
Jangan tersentak dengan peristiwa duka malam hari,
Peristiwa di dunia ini sebenarnya tidak lama.
(Syair Imam Syafie)



Thursday, October 15, 2015

DOA SUAMI






Aku berezeki mungkin, In shaa Allah dari doa seorang suami..alhamdulillah.


Wednesday, October 14, 2015

CINNAMON "TIPU"


Pagi-pagi belek-belek bacaan guna hujung jari...dapat info yang sangat bagus dari Ahmad Fedtri yahya..tak sangka tertipu selama hari ini,atau sememangnya kita tak tahu langsung...pasal benda ni.
kita ingat dah betul dah berkhasiat sebagainya...meh kita sama-sama ambil tahu..
kita biasa masak letak kulit kayu manis walaupun jarang-jarang tapi kita tetap juga gunakan...kulit kayu manis ada dua jenis CINNAMON dan CASSIA nampak serupa tetapi berbeza dari sudut gulungan dan warna.kalau nak lebih tahu pergi check dapur sekarang kita beli CINNAMON atau CASSIA.
Cassia tidak elok untuk kesihatan sebab ada kandungan toksid yang biasa dibuat racun tikus.kulit kayu manis CASSIA dan CINNAMON rupa lebih kurang sama cuma CINNAMON lebih lembut dan agak berbulu dan CASSIA keras seperti kayu,dari segi bau juga agak sama,ada satu perbezaan iatu jumlah Coumarin(bahan kimia semulajadi) dalam kedua duanya...Coumarin pada CINNAMON atau kayu manis Sri langka lebih rendah dan selamat dimakan oleh manusia manakala Coumarin dalam CASSIA atau kayu manis Indonesia atau Borneo sangat tinggi dan beracun..kesan jangka panjang merosakkan hati dan buah pinggang.

berita kurang enak atau buruknya yang banyak dijual di kedai kedai kita adalah jenis CASSIA yang kita sangka selama hari ini adalah CINNAMON..tipah tertIpulah ni...adusss.
CINNAMON asli adalah rempah import yang boleh didapati di kedai-kedai tertentu saja.So berhati hatilah mulai sekarang....jangan asyik terkono jew...


P/s baru check dalam peti ais ADUSSS.... alhamdulillah bukan penguna tegar..nama BLOG ye..lah.
patutlah sekarang ramai penghidap sakit hati (hipertitis) dan sakit buah pinggang....


Tuesday, October 13, 2015

AYAK TANGAN HARI NI...


Tak cuti pun kena masak,cuti lagilah kena masak.....dapur tanpa sempadan..kita tengok gambar orang makan kat restoran macam kecur pulak ayak liuq..jadi kita aplikasikanlah dapur kita tu...bagi berasap sikit...
orang makan cokodok daging,kita pun nak.....nak makan luar kesian pulak kat anak-anak yang tak ada kat rumah...
memang perasaan-perasaan ni bermain2 kat dada...kita belajar buat,bila menjadi nanti kita buat lagi...cukupkan enam kepala...

pai epal dgn meatball sos lada hitam..ayak tangan .



kurangkan bercakap yang bukan2 banyakkan ingat Allah.mati bila-bila ingatan untuk diri sendiri.

Monday, October 12, 2015

"NAH HATIMU SUDAHKU CUCI BERSIH"


Mengecilkan hati orang adalah berdosa! Berkecil hati juga adalah berdosa! Tapi lebih besar dosanyanya jika kita berkecil hati?

Adakah ungkapan rungutan tanda kita tak bahagia..

Kalaulah hati tu boleh di cuci akan aku tolong cuci dgn sabun yang paling mahal , aku akan rendam dgn klorok dulu...selepas tu akan aku kembalikan.."nah hatimu sudah ku cuci bersih"..

Akan aku beri pesanan....

"Ingatlah Allah dan letakkan Allah terpaling atas kerana di situlah bermula segala kebaikkan tercipta.."


Gambar tiada kena mengena  dgn cerita di atas...jalan-jalan kaki dgn ayah......cari makan....

Sunday, October 11, 2015

CHICKEN PIE


Terus kepada misi..hari minggu kita di rumah tak merayau mana-mana pun.."tak suka"...
misi kenyangkan perut family yang penting....

kulit dan inti yang dah siap

inti yang dah siap di masak
Inti:
3biji kentang amareka (American potato)..nak kentang biasa pun boleh..ku suka kentang ni..sedap,lemak n gebu..mahai sikit jer..
basuh bersih,tak perlu buang kulit,terus parut jer...

2biji telur
beberapa keping keju kraft ( cari yang halal sebab kadang2 bungkusan sama tapi tipu) cheese monzarella senang sikit...cari halal Australia...antarabangsa ye...jangan beli cap ayam..nanti merana.
ayam yang di cincang
garam
gula
susu cair dalam setengah cawan
daun bawang(hiris halus)
jeruk buah zaitun (tak ada pun tak mengapa)
2 sdb rempah kurma daging
5 ulas bawang putih (cincang halus)
setengah biji bawang besar (hiris kiub)
sedikit butter untung mengoreng,tak ada butter minyak biasa pun boleh

Cara memasak inti:
Tumis segala mak nenek bawang hingga garing...dah garing masukkan serbuk kurma.dah cukup masak letakkan pula ayam...tumis hingga masak...
lepas tu masukkan kentang yang dah di parut,dan buah zaitun gaul rata..masukan garam,gula..kacau lagi...hingga masak..proses selepas masuk kentang cuma  lima minit saja..tak perlu lama2..
tutup api ..sejukkan..
bila dah sejuk pecahkan telur dan letak sedikit susu cair kacau rata..
boleh mula menguli tepung...pastikan tangan di basuh..hihi


Tart:
3 cawan tepung gandum
75 grm butter
sedikit air
1sdk gula
1 biji telur

campurkan tepung,gula dan butter kecuali air dan telur..buat adunan macam serbuk roti..dah jadi serbuk roti..pecahkan telur bahagian tengah n teruskan menguli...pandailah masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan pastri tu nampak lawa..bungkus doh dgn plastik sumbat sekejap dlm peti ais...tujuannya nanti bila masak kulit tart tu ranggup gitu...

Meh jamu mata....
lepas ni boleh buat..sedap hingga menjilat siku..tak reti buat boleh order..

 yang dah siap masukkan inti
susun kepingan keju diatas lagi banyak lagi sedap nak letak selang seli pun boleh..ikut suka..inti pun boleh masak cara anda..ikutlah letak apa-apa pun...

tinggalkan sedikit baki doh untuk jadi penutup..tekan dengan garpu dan sapukan dengan kuning telur dan mula membakar sebelum tu panaskan oven dulu ye...bakar dalam suhu 170c dalam masa 45 atau lebih minit bergantung pada oven memasing.

dah masak akhirnya...
 nampak lawa...nampak lawa..
 dah tinggal separuh...
saja tunjuk body kat belakang..

dah selamat masuk perut
#jugamenerimatempahan
#tartbuah 
#pieayam
#piedaging
#sandwichtuna
#sandwichsardin




Thursday, October 8, 2015

NAK HABAK LAGU MANA "REZEKI"

Assalamualaikum Ahli Jannah.

Bertemu kita di hari Jumaat yg penuh barakah. Kita sudah sampai ke hujung minggu. Esok dah cuti lagi..asyik cuti jer...kan..yg anak-anak nak exam PT3 tu semoga sehat sejahtera aman hendaknya berdepan dengan kertas2 soalan...tenang gitu.
Sebelum knor melalut entah apa2 meh knor nak habak mai...depa terkena, makan jer, teghruih berkenan nak order... ni cheqritha lepaih ghaya posa....haqrithu..ghaya haji pun terkena gakk..rezeki nak habak lagu mana....






 cair di mulut
 kasi lebih susu

 green tea cookies .

Gigih sungguh knor ye...."nak buat lagu mana,khaih pagi,makan pagi,khaih petang,makan petang....."lagu tu laaa..

p/s ambil tempahan cookies jika ada masa sahaja..fokus utama kek n peyek.

Wednesday, October 7, 2015

SENIPIS KULIT BAWANG



ehsan pak google


Nampak apa yang aku nampak....?
kalau tak kenal memanglah parah....tapi bukan nak cerita pasal bawang..nak cerita pasal kulit bawang..tengok kulit bawang tu sangat nipis..kan..
kalau nak tahu 'SENIPIS ITULAH IMANKU.



Tuesday, October 6, 2015

FAHAM


Biar mulut setajam pisau bila berbicara,asal ada kejujuran dalam kata....daripada mulut semanis madu tapi ada bangkai disebaliknya....



"Assalamualaikum semua"....

Bersabarlah dalam melalui perkembangan diri anak-anak, dari dia tidak faham apa-apa kepada semakin faham kemudian perasan lebih faham lalu beralih kepada menyangka dia sahaja yang faham..faham dan kita langsung tidak faham...hiiiihii..comellah si cilik arab ni...asyik tanya jer...mau pening mama ni....

Friday, October 2, 2015

BERBOLA AYAM BERKEJU


Assalamualaikum.
Selamat petang darling darling semua...ketinggalan ke apa ni?...petang-petang baru nak mengupdate...kita nak belanja resepi mudah...
feeling soo exited..meh kita nak tunjuk...tak sempat buat hari ni..esok pun boleh..hari minggu jangan malas-malas yokkk...

sebelum ini juga udah di kongsi resepinya..tapi yang mana belum tahu..ini resepinya...

dada ayam
daun bawang
lada hitam
kentang direbus
garam
gula
tepung jagung sedikit sahaja
semua ini campur n gaulkan sebati..ramas2 gitu...

Inti:keju
serbuk roti
telur

 abaikan jari-jari yang gemokk tu ye.....



simpan dalam peti ais esok boleh digoreng...enak seh...

selamat berhari minggu.....yang banyak ongkos tu ayuh ke restoran....lagi enak deh...

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)