Pages

Wednesday, December 31, 2014

Usik-usik Hati Untuk Menyentuh Iman Demi Mengenali Hakikat Kehidupan

Bismillah
sebelum jejari ni menekan papan kekunci aku mohon ampun dan maaf jika ada bicaraku nanti mengusik jiwa.. apalah sangat aku, cuma hamba,insan biasa bukan sesiapa pun.. surirumah yang hanya betah duduk didapur.....

tak tahu nak mula dari mana... tapi khas buat perempuan. bila musibah melanda... dan tak melanda
ramainya perempuan  tak menjaga aurat dari mangsa, penderma, sukarelawan... orang awam.. sesiapa pun....
patutlah Rasulullah  menangis bila ramai wanita  diseksa di neraka.

wassalam
mohon maaf dan ampun

Tuesday, December 30, 2014

Resepi Kek Marble Cheese

Bismillah
Kasihnya Allah kepada kita tiada bertepi.Pintu rahmatNya tiada noktahnya.
Tiada masalah yang tiada penyelesaiannya.Cuma kembalikan diri pada puncanya.
Siapa lagi kalau bukan Dia.
Nak hantar kat anak dara kat UITM tu...bukan seketul ye.berketul-ketul.kongsi makan dengan kawan-kawan...gigih juga menyediakan nasi dan lauk pauk..
dia juga gigih untuk minggu final exam.."Allah yuftah alaikum."
 "Semoga Allah membuka jalan kepada kamu"
memandangkan adibah tak balik masa study week, aku berlapang dadalah nak antar sikit makanan  buat dia juga rakan-rakan. katanya nak stay dalam bilik  n study, kalau balik rumah macam-macam  pulak nanti.. ada antara sahabatnya terkandas sebab  banjir, tak daptlah nak menduduki exam, pihak Uitm beri satu tarikh yang lain, semoga mereka redha  dan tabah. 
Bahan A
1 cwn minyak atau 75g butter
1/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung naik sendiri
4 biji telur

*1/3 cawan susu cair

 Tuangkan adunan koko adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser dengan butter.tutup adunan koko meliputi adunan cheese

Bahan B
250gm cream cheese
1/2 cwn gula halus
1/4 cwn fresh milk
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila

Untuk topping:
cooking chocolate
whipping cream

Cara-cara:

Cairkan butter,masukkan serbuk koko dan kacau sebati. Biarkan sejuk.
Pukul gula dengan bancuhan butter dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati, masukkan tepung dan gaulkan. Ketepikan dulu.
Dalam bekas lain, pukul cheese dengan gula dan esen hingga sebati.
Kemudian masukkan telur dan fresh milk, sebatikan.
Tuangkan adunan koko adunan cheese ke dalam acuan yg telah dilengser dengan butter.
Bakar hingga masak.dah sejuk masukkan ke dalam peti ais sebentar,lepas tu bolehlah sediakan untuk toppingnya pulak..cuma cairkan cara double boiling n curah atas kek tadi..
hasilnya yummyy...

Monday, December 29, 2014

Nur Iman

Bismillah
Al-Quran ialah jalan keluar bagi segala masalah. Jadikanlah ia teman sejati kita semua.

Jika engkau perlukan hiburan ,
Cukuplah Al-Quran itu sebagai Hiburan.
Jika engkau perlukan nasihat ,
Cukuplah Mati itu sebagai Nasihat ..

alhamdulillah muhammad semakin lancar membaca Al-Quran

Sunday, December 28, 2014

Matahari Bangkitlah

Hanya DIA sebaik-baik pengurus bagi segala urusan hidup kita semua dan seluruh cakerawala.........

Hujan datang lagi
Dengan sejuta rahmat tak terlihat

Thursday, December 25, 2014

Titik Gravity

Assalamualaikum
Nak kongsi apa yang berlaku sekarang rasanya macam tak sanggup dan idea nak tulis macam kosong jer..pada hal dalam hati macam-macam nak sampaikan perasaan ni...hanya mampu berdoa..dan berdoa.

 hasil tangan muhammad temui titik gravity

N3 yang aku copy paste....buat renungan bersama....

Malam tadi saya dijemput untuk memberi kuliah maghrib di sebuah kampung yang saya rahsiakan namanya.
Masjid yang dijadikan Penempatan Banjir itu meriah sekali dengan ibu bapa dan anak-anak.
Hampir 50 keluarga ditempatkan di sini. Musibah banjir yang menimpa mereka begitu menyedihkan.
Namun hati saya lebih hiba bila azan maghrib berkemundang boleh dikira dengan jari mangsa banjir yang turut serta menunaikan solat maghrib berjamaah. Begitu juga dengan solat isyak. Masing-masing sekadar bersembang kosong dan bergelak ketawa di luar masjid.
Saya termenung sendirian. Bukankah mereka mangsa banjir ini adalah tetamu Allah swt? Bukankah mereka sedang menumpang di Rumah Allah? Apakah ini sikap seorang tetamu? Tidakkah mereka merasa malu kepada Allah swt?
Apa yang kita miliki adalah cuma pinjaman dariNya. Rumah, kereta anak isteri malah tubuh badan kita adalah pinjaman darinya. Bukan milik kita. Itu mungkin nikmat pinjaman yang kita sudah lupa.
Tetapi Masjid yang jelas-jelas Rumah Allah yang kita diberi peluang untuk tumpang teduh pun kita masih tidak ada rasa malu meninggalkan solat.
Bala bagaimana lagi yang mereka ingin terima supaya dapat menginsafi diri mereka?
Masa makan mereka berpusu-pusu berebut-rebut. Masa azan mereka wat do no je...
Siapa yang bagi rezeki nasi, ikan sardin dan ikan kering itu? Siapa?
Mengapa kita lupa siapa Pemberi rezeki itu? Sehingga solat yang cuma 5 minit itu, kita tak sudi bersama para jamaah untuk menunaikannya.
Masa senang kita lupa Allah. Dan masa susah pun kita masih lupa Allah...
Apa pun sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah swt memberi hidayah dan taufik kepada kita semua. Amin...


Jika rakyat negara ini BERIMAN dan BERTAQWA pasti Allah swt membuka pintu RAHMAT.
Usaha yang bersungguh untuk melahirkan rakyat yang beriman dan bertaqwa itu sewajarnya didahulukan.
Kita mudah terpedaya dengan cara berfikir orang barat yang hanya melihat kemajuan di sudut kebendaan dan berpendapatan tinggi.
Kita lupa faktor BARAKAH dan RAHMAT yang difirman Allah swt. Allah swt jelas menyatakan rakyat yang BERIMAN dan BERTAQWA adalah faktor utama rahmat dan barakah sesebuah negara.
Kita masih tidak mengambil formula Al Quran dalam membina kemajuan negara tetapi kita guna otak kita yang serba dhaif ini.
Elok benar musibah yang berlaku ini menyedarkan kita bahawa ada elemen ghaib yang sangat perlu diambil kira dalam pembinaan kemajuan sesebuah negara.
Cukuplah pintu bala dan musibah yang turun dari langit dan keluar dari bumi akibat dosa-dosa yang kita lakukan.
Kembalilah ke pangkuan Pencipta langit dan bumi.......

Jika dikaitkan dengan kehidupan,titik gravity adalah Iman dan Takwa maka tertegaklah Islam. 

Tuesday, December 23, 2014

Two Layers Cake

Bismillah
Saja-saja berkarya bila masa terluang...
tak perlu bakar sumbat jer dalam peti ais...ada dua resepi cake batik dan crackers cheese cake.. cuma gabungkan keduanya dalam satu acuan.. hasilnya marvelous.. so yummmy.. tau

Lapisan atas
Bahan-Bahan
250gm krim keju
125ml whipping cream  - di pukul hingga kental
2 sudu besar susu pekat manis
160gm biskut crackersayuran
1/2 cawan susu segar

Cara-cara :
Pukul krim keju,whipping cream dan susu pekat manis . Putar hingga sebati. Kemudian kaup balikkan  hingga rata.
Atur memenuhi dasar loyang.
Ratakan adunan krim keju di atasnya.
Ulangi menyusun dan melapis sehingga habis.Taburkan topping coklat di atasnya kemudian sejukkan.

Simpan di dalam peti sejuk semalaman.
Loyang loose base tin

Lapisan bawah
Bahan-bahan;
1 cwn serbuk coklat
1 cwn susu cair

75gm butter
serbuk koko (dlm 1 sudu besar)
1 1/2 packet biskut marie
kekacang ku guna biji matahari sebab itu jer yang ada.

untuk topping tabur jer serbuk coklat yang di campur sedikit gula halus.


Cara-cara;
masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie)
cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yang kecil .kacau bahan-bahan tu smpai pekat (dlm 15 min) ,bila dah pekat, tutup api dan masukkan biskut marie n kekacang pastu terus angkat .
masukkan ke dalam loyang mampatkan, seterusnya buat lapisan atas.

Semoga saudara-saudaraku Yang Terlibat dalam musibah banjir  Tabah menerima ujian dari ALLAH.. doaku agar ada kemanisan yang menanti dihadapan..
in shaa Allah .
ALLAHHUAKBAR.


Monday, December 22, 2014

Masak Dari Hati With Iman

Assalamualaikum

Bismillah
Menurut Rasulullah SAW kita dikira kaya jika:
pelihara amanah
berkata jujur
baik akhlak
dapat mengawal diri dari makan terlalu lahap.

kalau boleh elak dari makan luar,kita elakkan..bila cuti-cuti ni banyak juga ragam yang nak di layan sorang nak makan itu dan sorang nak makan ini..kalau nak makan luar ada enam kepala..sesekali takpe juga kalau dah berkali-kali mau botak juga,orang kaya pun boleh muflis...ala anak-anak tak biasa pun makan-mewah-mewah setakat roti canai dengan nasi goreng pataya tu bolehlah...
sorang nak makan martabak sardin,sorang lagi nak makan martabak pisang,..martabak sardin sekeping kat sini rm6 tu pun res mamak,kalau empat keping dah berapakan...oiii mahal tak mampu, ditambah air lagi...itu baru martabak sardin...kang belum masuk komplin tak sedap itu ini...dari dapat air tangan mamak,lebih baik air tangan mama....
aku pun bukan pandai masak pun...cuma nak dapat air tangan ibu jer...

belanja ikut kemampuan bukan ikut nafsu...
tak pandai masak tak apa, tapi jangan malas ke dapur...

si ayah nak makan roti dengan tuna...ok..ok..




Sunday, December 21, 2014

Ovalette Pastikan Ianya Halal



PERHATIAN : Kepada anda yang menggunakan Ovalette sebagai bahan ramuan di dalam produk/masakan anda!
OVALETTE adalah bahan dalam Kategori SYUBHAH/MASYBUH kerana mengandungi bahan Mono and Diglycerides@ E471 - pengemulsi, yang boleh jadi datang dari sumber haiwan yang haram, haiwan yang tidak disembelih atau tumbuhan yang halal.
Nama lain yg digunakan ialah Sponge Gel/Quick 75/Cake Stabilizer dan sebagainya...
Berkenaan kandungan bahan Mono and diglycerides (E471), rujuk diruangan Notes tentang E Code bagi yang belum jelas. Apa yang pasti pengeluar kini tidak menggunakan label E471 tetapi kadang kala hanya diletakkan 'bahan pengemulsi'.
Bahan lain dalam ovalatte iailah Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine dan air.
PASTIKAN OVALATTE YG ANDA BELI MEMPUNYAI STATUS HALAL YG SAH DAN DIIKTIRAF.
JIKA BAHAN TERSEBUT DALAM BENTUK REPACKAGING TANPA MAKLUMAT PENGELUAR, MINTA BUNGKUSAN ASALNYA SERTA SALINAN SIJIL HALAL. PASTIKAN NAMA SYARIKAT DI SIJIL HALAL DAN DIBUNGKUSAN ADALAH SAMA!
Antara produk yg selalu diadun menggunakan ovalatte ialah (BUKAN bermaksud produk-produk ini haram- cuma perlu berhati2) :
1. Sponge cake
2. Muffin
3. Akok/Bahulu
4. Apam/apom
5. Cup cake
6. Kek Lapis
7. Aiskrim
Apakah gunanya ovallete dalam adunan kek?
Ovalette akan memberikan tekstur yang halus pada kek terutama kek span yang menggunakan cecair (air atau jus buah-buahan atau susu cair). Antara jenama lain yang biasa bagi menggantikannya ialah Quick 75 dan jilk (yang lebih kuat dari segi reaksi dengan bahan-bahan kek yang lain).
Apakah bahan yang boleh menggantikan ovalette apabila membuat kek supaya lebih gebu?
Jika tidak mahu menggunakan ovalette, pastikan anda memukul telur dan gula hingga kembang dan ringan (bila membuat kek span). Untuk kek yg memerlukan anda memukul mentega dan gula, tidak perlu memasukkan ovalette, sebenarnya.
Anda boleh cuba cara ini:
asingkan kuning dan putih telur. Masukkan kuning ke dalam adunan (seperti biasa). Manakala putih telur dipukul dengan sedikit garam @ setengah sudu jus limau nipis(menggantikan krim tartar) hingga kental. Kemudian kaupbalikkan perlahan-lahan ke dalam adunan mentega sebelum dibakar.

sumber fb

Thursday, December 18, 2014

Aku Pakai Tudung Labuh


Tiada istilah 'Aku pakai tudung labuh , aku dah jadi baik. Aku pakai purdah , aku dah jadi baik. Aku pakai kopiah , aku dah jadi baik. sesiapa pun boleh jadi baik malah lebih baik ... Allah bukan menilai dari pakaian tetapi dari amal dan takwa .. Tapi ingat , itulah sebaik-baik pakaian yang diredhai Allah SWT ..

Tapi imansoffea tak rela pun pakai tudung macam yang di atas,dia pakai pun atas arahan aku,nak bagi contoh..
dulu aku ke sawah guna kain batik lilit kat kepala sebiji macam yuna pakai ...macam nilah..ni macam punjab pun ada...alahai makin pelik pesyen tudung sekarang ni...

yang penting senyum imansoffea manis..
"Tabassumu fi akhika shadaqoh'
Senyum untuk saudaramu adalah sedekah

Tuesday, December 16, 2014

Sahabat

Bismillah
Alhamdulillah berbaki sedikit lagi tempahan...untuk tahun ni dah tutup dah kita sambung tahun depan pula ye....mesin pun berenti jugakan, inikan manusia....baru je tadi dapat msg nak 30 balang,aku tolak sebab takut tak sempat nak siapkan..kalau nak, tahun depanlah ye..
dalam sibuk sempat juga layan tetamu anak dara,dari Penang,Kedah, Melaka Perak dan N sembilan...kumpul dapat duduk semeja bulat...Aku sangat berbesar hati nak jamu anak-anak ini...anak-anak baru yang adibah kenali tahun ini...bila dah belajar sana sini semakin ramai sahabat merata jeruk rantau..

Kita berkenalan secara tak sengaja, adalah perancangan Allah.
Kita berkawan begitu lama bertahan pun, Allah yang rancang.
Kita dikurniakan rasa suka antara satu lama lain, juga Allah yang beri.
Kita masih bersama walau banyak dugaan menimpa, Allah yang aturkan.
Dan kini, kita dikurniakan kesedaran dan keinsafan juga, kerana Allah sayang pada kita.
Lalu, kita berjauhan untuk mencapai redhaNya.Kita berdoa untuk kebahagiaan masing-masing....


inilah kawan-kawan sekelas adibah,sambil menyelam sambil minum air..sebenarnya diorang ni baru balik dari taman berdekatan dengan rumah knor..Taman Metropolitan ada tugasan kat sana,kena siapkan asignment akhir..
my fev baby kailan.rebus sebentar sayur dengan air panas dengan sedikit garam,angkat dan toskan..tumis bawang putih,halia, cili padi dan bawang besar hingga garing,masukkan sos tiram dan gula serta sedikit garam.last sekali masukkan sedikit minyak bijan..siap,bolehlah dicurah atas sayur itu...

sirap lemon super sedappp..puji diri sendiri..masak sweet sour ikan siakap,ayam goreng berempah,sambal tempoyak sayuran ikan bilis...n sambal belacan...

ini jer yang mampu buat sebiji kek dan pavlova,pavlova dapat rasa sorang sikit sebab muhammad dah masuk mulut dia dulu....

Malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahkan-Nya. Sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya.


Monday, December 15, 2014

Kelahirannya Kami Tunggu

Assalamualaikum  sahabat.
dah petang baru berkesempatan nak update blog.. bz tak habis lagi ni...

Bila Allah nak bagi, Allah akan bagi.. bila? dimana? dan bagaimana. itu rahsia Allah. cuma kita sebagai manusia harus bersabar dalam apa jua pun.. Allah perancang yang Maha Hebat..
kehadirannya kami semua tunggu dan sangat teruja.. apatah  lagi semua anak- anak semakin membesar...
kalau dulu anak- anak buah diulit oleh paksu tapi sekarang ni paksu ulit anaknya sendiri.... tak ada makna dah nak mengada- mengada dengan paksu...
lama sungguh  paksu nak pegang, sentuh dan belai anak sendiri.. akhirnya Allah makbulkan, semalam 14 Dec ..jam 6:20pm lahirlah seorang baby girl yang sangat comel dan gebus macam donat...
alhamdulillah,airmata turun juga semalam menangis  kegembiraan.. gembira sebab paksu adikku akhirnya  ada anak sendiri... masa nilah ingat kat arwah mak, kalau arwah mak ada tentu dia pun turut happy..

Beruntung adik sebab punyai mak mertua yang cukup baik dan kami pun anggap mak mertua adik macam mak kandung kami, kemana adik pergi, kenduri kendara mesti adik bawa mertua dia, jadi secara tak langsung kami adik beradik rapat...
masa proses  melahirkan,mertua adiklah yang menghadap isteri dia bersalin memandangkan adik penakut dan tak boleh tengok darah ..
dia mengendap sebalik pintu aje, kesian adik tak habis dengan penakutnya..
jom kita layan gambar baby...
Muhammad sangat teruja...

Mereka yang datang dan pergi dari kehidupanmu adalah DUGAAN dari ALLAH. Namun, mereka yang datang dan tak pernah meninggalkanmu adalah 'PILIHAN ALLAH'.
12 tahun jangka masa yang panjang...akhirnya.
pesanan aku pada adik jika nak anak yang soleh atau solehah harus ibubapanya dulu soleh dan solehah..


Wednesday, December 10, 2014

Masa Senggangku


Ye aku memang suka masak,sibuk macammana pun aku tetap akan masak..tak hairanlah blog aku di kunjungi oleh orang-orang yang kelaparan terutama adibah dan rakan-rakannya....maklum asyik makan lauk tapau mak cik kantin jer..mana lalunya...
sungguh semua aku masak buat anak-anak je..aku tak makan pun,kalau makan main rasa-rasa jer..tapi hairan yang kuat makan badan kurus-kurus,mamanya pulak naik bulat....
ye, betul kata suami jangan makan malam tapi aku degil makan malam juga...hah ambik kau...macammana tak makan malam,siang penat sampai tak ada selera nak makan...malam rasa tenang je,tu yang perut minta makan je...
sibuklah macammana pun, kerja tempahan akan setel sebelum zohor...maka jadilah makanan yang kat bawah ini antaranya...
kuih cucur badak dan karipap frozen pelbagai inti...karipap sardin,karipap daging lada hitam,karipap ayam mayonis,karipap ayam cheese dan karipap kari ubi keledek udang kering
nak makan keluarkan sebentar dan goreng...

karipap dalam peti ajaib tu tempahan orang....100 biji...saja nak makan petang katanya.masa senggang aku...
bahan-bahan inti:
4 biji cili padi
3 biji bawang putih
sedikit halia
1 sdb udang kering
2 biji bawang merah
1 btg serai
kelapa putih sebelah sahaja
garam
gula
cara; kisar semua dan goreng tanpa minyak...

ubi keledek oren di rebus
tepung gandum
garam



Tuesday, December 9, 2014

Udah Tengahari Rupenya...


Memang aku sibuk betul dua tiga minggu ni...plan nak bawa anak jalan-jalan pun macam tak ada dalam minda je..diorang pun nampak rilek je...macam dah biasa...
tak pernah nak rancang-rancang macam orang lain,kita main terjah jer...rancang nanti tak jadi banyak pula yang kuciwa...ku biarkan angin berlalu sementelah aku sibuk dengan tempahan,suami sibuk dengan kerja....azhan sibuk dengan tugasan sekolah...buat animation video,logo Badar dan macam-macam lagi...
alhamdulillah tempahan aku dah masuk ke kawasan elit,hihi ..sahabat yang kenal dan tak kenal..tempahan untuk event-event banyak aku tolak ,aku tahu kemampuan aku...lagi pun aku tak nak orang beli secara borong...tak mampu weii....maafkan aku ye..
lagi satu nak jaga kualiti rempeyek...nanti banyak sangat tempahan boleh hilang ranggupnya...
kalau cookies raya hanya untuk hari raya,tapi rempeyek aku sepanjang tahun...laku sokmo..terima kasih Allah.dah tak tahu nak kata apa dah....
semalam dah delever rempeyek,otw nak balik wasapp pulak berbunyi.."knor nak tempah untul next week friday boleh tak?'baca kuat-kuat depan suami, hahah.."suami gelak..baru cadang nak luruskan kaki ..berapa balang dik? 21 balang kak nor"..tu dia...alhamdulillah.hari ni aku sendiri cuti,stok peti ajaib dah habis...pepagi ke pasar.....minggu lepas beli ayam dua ekor rm25..tadi beli dua ekor rm31..ni mesti ayam besar-besar..mentang-mentang aku tak tengok..sebab sementara dia potong ayam aku terus cari barang lain...
aku suka beli ayam yang sederhana je,kalau boleh yang kecil,besar aku elakkan..ayam suntik memang gemok-gemok...
sengget bahu aku angkat barang...en somi melayan hp dalam kereta...kalau suami ikut, barang apa aku tak tahu nak beli...tiba-tiba jer hilang ingatan...salah aku juga...

moh memasak bersama knor...

teringin nak makan asam rebus keladi,tanya kat mak cik pasar macammana nak uruskan keladi ni..
akhirnya bisa menyiang sambil tergaru-garu...terima kasih mak cik...

 siap asam pedas rebus keladi

 goreng ikan kerisi,abaikan kualiku nan comel itu


GST TAMBAHKAN PENDAPATAN KERAJAAN KURANGKAN PENDAPATAN RAKYAT
bagus..tahniah..!!!

Monday, December 8, 2014

Sangka Baik



Yang mana lebih tinggi cinta dalam hati mu. Pada yang diciptakan atau yang menciptakan?

Sunday, December 7, 2014

Roti Cicah Kari Daging Pun Sodapp..

Rezeki yang Allah bagi hari ni janganlah dibanding dengan hari sebelumnya,syukur, jangan banyak komplen....
makan roti cicah kari daging pun sodapp apa...homemade lagi...

Alhamdullaahi ladzii ath'amanaa wa saqaanaa wa ja'alanaa muslimin'.


"Sesungguhnya seseorang itu di ciptakan dalam perut ibunya selama empat puluh hari dalam bentuk nutfah,empat puluh hari menjadi segumpal darah dan empat puluh hari menjadi segumpal daging.Kemudian Allah mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan menuliskan empat ketentuan,iaitu tentang rezekinya,ajalnya,amal perbuatannya,dan (jalan hidupnya) sengsara atau bahagia." {Riwayat al-Bukhari dan Muslim}


p/s sibuk buat tempahan.nanti knor jalan-jalan.

Thursday, December 4, 2014

Sebelum Sarapan Pagi Kita Bagi Sarapan Minda Dulu


Assalamu'alaikum...selamat pagi dan salam Jumaat yang penuh barakah. .selawat dan salam pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW...semoga hidup kita semua diberkati ALLAH aamiin....

Bila kita serius sangat dalam penulisan tentang fakta,keislamikan,artis,lawak jenaka,n merapu meraban.
Bagi saya semua sama saja,dah masuk dunia blogging ni,pandai-pandai la bawa diri.semua pun aku baca.
Manusiakan Allah cipta pelbagai perangai..
Allah memerintahkan manusia supaya mencintai Allah.
Apabila manusia mencintai atau mengasihi Allah secara automatiknya manusia berkasih sayang sesama manusia.Dengan adanya kasih sayang,manusia mempunyai ikatan hati antara satu sama lain hingga terbina masyarakat.
-Saling menghiburkan
-tidak menyinggung perasaan orang lain
-menutup aib orang
-saling bela membela
Tak perlu nak panjang-panjangkan...daripada satu orang,jadi dua orang,daripada dua orang jadi beratus orang atau ribuan..
insaf....

Memburu cinta Allah yang pertama lepas tu cinta kedua...ketiga dan seterusnya akan datang sendiri pada kita...tapi itulah mudahnya pada kata-kata, nak kasih pada Yang Esa tu perlukan mujahadah yang tinggi. namun memang itulah yang patut kita sedari dan lakukan. Ni meluahkan atas dasar pengajaran dan pengalaman..Bak kata Prof Dr Muhaya."Bukan bajet bagus.." Sekadar berkongsi rasa..
 Jemput makan semua anak-anak....

Wednesday, December 3, 2014

Congo Bar Caraku Caramu


Permintaan anak bujang nak makan itu nak makan ini... jomlah ke dapur.. nak buat n3 lain nan hador idea.. kejap lagi nak hantar anak bujang ni merendek dengan sahabat-sahabat lama dia.. nak ke wangsa walk.. nak tengok wayanglah nak main bowlinglah.. sesekali takpe pergilah nak oiii.. 
lagi satu  aku memang galakkan jer anak - anak berkawan dengan semua bangsa.. 
bila ngomong tu, ngomong bahasa owang putih.. gitew..selamat  bersuka ria ye dikkk... 


mai nak bagi resepi.....walau dah berlambak resepi ni kat blog orang lain.. caraku caramu..

Bahan-bahan :
2/3 cawan butter
200g gula perang (kurangkan le manisnya ye)
3 biji telur
1 tsp esen vanilla
2 3/4 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder*
2 cawan choc chip (pink choc chip dark choc chip)
150g kuaci or almond nib atau apa2 jenis kacang


Cara-cara:
Pukul butter dan gula sampai sebati Kemudian masukkan telur satu persatu dan whisk lagi .Masukkan vanilla. Kemudian masukkan choc chip & kekacang.Lastly, masukkan bahan kering (tepung,baking powder) dan gaul sehingga sebati.Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dengan butter. Hiaskan dengan choc chip & kacang.Bakar adunan dengan suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak

Monday, December 1, 2014

Model Jubah Dan Tudung

Dah petang baru berN3.....
..adibah dengan aku sama jer sebenar dari dulu pakai jubah..ingat lagi masa tu tak macam sekarang dah berlambak-lambak jubah bermacam-macam fesyen ..baguslahkan mengalakan orang tutup sepenuhnya..lagi pun senang main sarung jer...
ramai juga kawan-kawan dari tak ada jubah dah ada jubah,dari sehelai dah berhelai-helai..
yang tak ada jubah pinjam dari adibah...banyak juga jubah aku yang tak muat adibah ambil....bukan tak muat sebenarnya..muat...anak dara tu pantang dioffer...
asyik-asyik hitam..kenapa hitam?
pertamanya tak payah iron
keduanya menawan
ketiganya tak nampak kotor...(bersih sebenarnya..contoh saja)
yang paling penting boleh terus solat tak payah bertelekung bagai...
ada juga yang kata tak panas ke?,stokin lagi,sarung tangan lagi...jawabannya mudah saja..'NERAKA lagi panas.
adibah n friend

Tudung banyak sangat dalam laci,tapi yang peliknya asyik pakai tudung yang sama jer....kenapa ye..korang macam tu juga ke?..sampai suami pun kata, bila kita lipat tudung depan dia.."ha banyak tudung tu,kata tak ada tudung"...gelak ajelah yang mampu...
lepas tu pantang jumpa tudung mesti nak beli...anak dara tulah...
tapi sebelum beli kena tanya mama ...minta izin ye adibah..


Tinggallah hari semalam yang telah berlalu, Meninggalkan kenangan pahit manis di situ, Menutup pintu silam menguak pintu baru, Semoga lelah semalam memberi petunjuk arah tuju, Agar esok memberi kemenangan yang diburu.

Prof.Ir.Dr.Sahol

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)