Pages

Friday, October 31, 2014

HEBAT KIASAN ULAMA

Assalamualaikum
pagi-pagi sabtu yang indah ni kita kongsi-kongsi ilmu..korang rajin-rajikanlah baca ye.
walaupun ianya panjang tapi sangat bermanfaat...ilmu kena cari tau,bukan datang bergolek pun..boleh cerita pada anak-anak nanti...

Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu.
Pak Kiyai : Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?
Pemuda : Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.
Pak Kiyai : Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?
Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.
Pemuda : Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut : “ Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah al-Sakandari, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain”
Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “ Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”

Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,
Pak Kiyai : Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?
Pemuda : Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.
Pak Kiyai : Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?
Pemuda : Benar sekali Pak Kiyai .
Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.
Pak Kiyai : Silakan minum Abdullah.
Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.
Pak Kiyai terus bertanya : Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?
Pemuda : Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.

Pak Kiyai : Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.
Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?
Pemuda : Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.
Pak Kiyai : Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.
Pak Kiyai : Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?
Pemuda : Sudah tentu Pak Kiyai.
Pak Kiyai : Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?
Pemuda : Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.
Pak Kiyai : Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.
Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketikamana beliau sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?
Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : “ Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “ Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?” al-Imam al-Syafiee menjawab : “ Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”
Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?
Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.
Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “ Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”
Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : “ Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”

Maka kata al-Imam Malik : “ Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya”
Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.
Pemuda : MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .
Pak Kiyai : Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar InsyaAllah.

Semoga bermanfaat..

perkongsian dari fb

Thursday, October 30, 2014

Asam Pedas Ikan Baung

Assalamualaikum sahabat..
Selamat tengahari jumaat yang barakah.

Kata adik Vee Sandi dalam komen N3 semalam"Asyik-Asyik"...
 'dah kita ni perempuan masak ajelah' ... ha ah dik memang betul pun... kok belajar tinggi mana pun akhirnya ke dapur juga, tapi nak tengok dia belajar tinggi ke tak tengok pula dapur dia....
itu jer yang membezakan.....

korang kenal ke ikan baung?... mai nak tunjuk.. dulu kakak suka sangat masak asam pedas ikan baung sebab suami dia orang Melaka... sikit-sikit asam pedas... sampai aku pun terlajak suka... tapi kakak dah meninggal dunia... al Fatihah
inilah rupa perut ikan baung aku suka bahagian perut isi yang padat,nak tunjuk sekor tak adalah pulak korang googlelah ye...
bahan penting 

emmm tak sabar nak makan....
jangan lupa ikan masin ye...ini ikan masin yang tak masin dah lama terperap dalam ais box jauh datang dari sabah..selamat soruuu...bismillah.
10 tangkai cili kering
3 biji bawang
2 biji bawang putih
sedikit halia
1 batang serai
sedikit belacan melaka( any belacan pun boleh)
cuka kurma
1 biji limau nipis(asam jawa pun boleh, teman tak ada asam jawa)
sedikit daun kesum
timun
bendi
garam
gula

cara-caranya:
kisar cili,segala bawang,halia dan belacan.
tumis hingga naik minyak, masa ni aku masukkan gula...  sedikit air tunggu hingga mendidih lepas itu bolehlah masukkan ikan baung,serai,timun bendi dan daun kesum. bila hampir masak masukkan cuka dan perahan limau nipis akhir sekali garam.... dan angkat. aku letak garam masa akhir tu, sebab aku ni tak suka masin nanti meresap semua bahan semulajadi tu..letak masa nak angkat kuranglah kadar resapan itu....lagi pun tip untuk bagi makanan tu enak...
resepi  ni khas buat yang tak tahu masak asam pedas... yang tahu tu... telan air liur sudah...



Wednesday, October 29, 2014

"Asyik-Asyik"...


Asyik-asyik buat n3 pasal makan..makan..makan dah tak ada perkara lain ke Nor?nampak sangat fikir pasal makan jer ye...pagi petang makan..ingat sikit Nor ada orang yang tak makan dua tiga hari tau....

aku masak,ingat aku kuat makan ke...!!!
akulah orang paling sedikit makan,paling banyak masak....boleh percaya ke?

 
inilah kerja setiap hari ajar anak mengaji....dengar hafazan iman..perhati solat dia..ajar budak bawah ni juga,kartun tetap di hati dia...baca walau dimana pun....

en abang tak mau kalah juga sibuk study nak exam sabtu ni sem dua..in sha Allah abang boleh..

p/s  untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.en suami rajin cuci bilik air.

Tuesday, October 28, 2014

Tak Ada Istilah Rehat-Rehat


...kalau ikutkan tak nak masak nak rehat-rehat je..tapi mengenangkan muhammad n iman terbantutlah istilah nak rehat-rehat tu...
sebelum makan macaroni,kita makan putu bambo pandan dulu..benda yang kita tak reti buat,kita beli je..
kebetulan masa jemput iman tadi ternampaklah satu gerai jual putu bambo ni....punyalah sedap,lembut dan halus beraroma pandan lagi.....



carilah resepi yang mudah-mudah untuk anak-anak yang semakin membesar dan kuat makan ni...lagi pun semua anak-anak yang bersekolah tengah exam...kesian pada azhan masa exam kertas add mate sampai stress,pening dan muntah semua exam dia di luar jangkauan punyalah susah katanya..sistem KBAT.silibus baru..pemikir aras tertinggi...entahlah...
apa-apalah wahai Kementerian....
aku katakan pada azhan buat setakat yang termampu...jangan stress sangat.."fokus.Minta pada Allah.Allahkan ada.Allah tahu bila kita ikhlas.

Terbebel panjanglah pula...nak bagi resepi macaroni hawaiian sebenarnya.
butter untuk menumis
1 cawan macaroni
dada ayam potong kiub
1 biji kentang
nanas dalam tin
kepingan cheese (single kraf logo halal Australia diiktiraf jakim)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar purple
sedikit halia
garam
gula
sup krim ayam bancuh dengan sedikit air suam
serbuk lada hitam

bahan yang ada kat dalam kuali ni ialah:
tumis bawang putih,merah dan sedikit halia.dah garing masukkan tiga sudu besar rempah daging masak hingga naik minyak...
lepas tu masukkan dada ayam yang dah di potong kecil,biarkan hingga masak.
sementara tu rebus macaroni dah setengah masak,rebus kentang sekali...dah masak toskan.
bila ayam tadi dah masak,masukkan pula macaroni dan kentang,cendawan butang dan sup krim ayam..lepas tu masukkan nanas kiub(tin) dah kering angkat..jangan lupa letakkan garam dan sedikit gula.
sejukkan..
sapukan dulang dengan sedikit butter,dan mula buat lapisan pertama.selang selikan dengan kepingan cheese.
sapukan dengan kuning telur dan taburkan lada hitam..bakar dalam kepanasan 160"c selama 45 minit..bolehlah nak rehat-rehat ke...nak nonton ker..nak baca al-Quran ke....

selamat mencuba sahabat.....rasa macam pizza hawaiian...sedap jiddan

"Always say Alhamdulillah"



Surah Al-kahfi

Bismillah

Kebanyakkan pengikut Dajal adalah kaum wanita.

Kaum wanita kalah dengan fitnah Dajjal bukan kerana untuk kepentingan diri mereka tetapi demi anak-anak mereka yang menangis, merintih, merayu kelaparan. Hati ibu itu hanya boleh dilindungi dengan surah Al-kahfi

Monday, October 27, 2014

Food Style

Assalamualaikum semua......
Tempoh hari tengok sahabat buat epok-epok gergasi,siapa lagi kalau bukan  OKje
Nak cuba jugalah,kita alih bahasakan sikit le..kalau okje guna inti karipap,aku pula guna coklat n pisang....saja buat untuk minum petang...
roti pratha dah beli ,coklat juga dah ada...pisang memang ada sokmo...



bahannya:
roti pratha
pisang montel
coklat masakan
kuning telur
gula halus

roti pratha berbentuk bulat jadi aku potong  ikut saiz empat segi tepat..tak adalah tepat mana pun...
isilah kat dalam tu pisang n kepingan coklat n tutup dengan lapisan yang kedua..lepas tu tekapkan dengan garpu....macam cikgu okje ajar tu...lepas tu sapukan dengan kuning telur guna berus pun boleh,kalau tak nak guna berus guna sudu pun boleh, macam cikgu kita tu ajar..

ini kepingan coklat tau,bukan belacan ye...belacan next n3...


makan cicah kari pun sedappp....
 

Sunday, October 26, 2014

Hampir Kesemua AKU Buat

Assalamualaikum semua......
Saya copy kerana saya pernah buat..
Hehee..kenangan ni tau..
Korang macamana? Pernah..?

agak-agak yang mana satu kalian pernah buat...hampir kesemua AKU..buat.
KECUALI no4, no10, no11 dan no15.....

01: Buka kipas, lepas tu cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
02: Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
03: Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
04: Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.
05: Lukis burung guna huruf 'm'.
06: Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
07: Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡
08: Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
09: Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air.
10: Fikir dunia kartun memang wujud.
11: Makan singgam. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
12: Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
13: Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
14: Susun kusyen dan buat seni binaan.
15: Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
16: Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
17: Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
18: Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.
19: Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.
20: Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.
21: Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
22: Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
23: Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
24: Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda '+' atau '-'. Orang cakap kalau tanda '-', tak boleh minum. Pastu terus buang. Hahaa..
25: Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
26: Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.
27: Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

Thursday, October 23, 2014

Biasakan Yang Betul,Betulkan Yang Biasa

Bismillah

80 % muslim...bila berjumpa.

"Wei, Ali kirim salam..."

Abu yang dikirim salam Akan dijawab:

"Iyee ke? WA'ALAIKUMUSSALAM....."

Okay... nampak macam tak ada masalah kan? Ya. Memang ada masalah.

apa masalahnya? Hahhhh

Apabila salam itu disampaikan melalui posmen (orang tengah) maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam tu

BUKAN WAALAIKUMMUSSALAM TAPI

"Wa'alaika wa'alaihissalam."

Sebab apa?

maksud Wa'alaikumussalam ialah Selamat sejahtera ke atas KAMU.

so salam Abu(dikirim salam) kepada Ali(pengirim salam) tak terjawab kan?

kerana Abu(dikirim salam) doakan salam tu kepada

POSMEN SEDANGKAN POSMEN TU ORANG TENGAH

Manakala:-

Wa'alaika wa'alaihissalam = Dan juga kepada KAMU (Posmen) dan juga kepada DIA (Ali pengirim salam)


perkongsian dari PU Rahmat Ikhsan

Wednesday, October 22, 2014

DAPUR KECILKU

Bismillah
"Wahai anak Adam, hendaklah kamu luangkan waktumu untuk beribadah kepadaku. Aku akan penuhi dadamu dengan kecukupan, aku akan tutup kefakiranmu. Kalau kamu tidak lakukan, aku akan penuhi kedua tanganmu dengan kesibukan dan aku tidak akan tutupi kefakiranmu”. Hadith sahih : Ibnu Majah, Tirmidzi, Ibnu Hibban

 "Allah tidak akan memberikan kesedihan, melainkan Dia telah menyiapkan kebahagiaan."

Semalam orang lain enak-enak bercuti,semalam aku pula sepenuhnya menguasai dapur...

pagi aku menyudahkan tempahan cruncy,( pelanggan yang paling cerewet) selepas itu tempahan rempeyek ikab bilis,lepas itu kerepek bayam (permintaan anakanda adibah),lepas tu mengadun roti,dibiarkan tunggu hingga kembang sebelah petang baru nak bake (permintaan anakanda iman n muhammad) lepas tu siapkan untuk makan tengahari...(makan lauk semalam..)

mai nak tunjuk kerja satu hari semalam.....

roti buat minum petang....berketul-ketul iman n muhammad makan.roti tuna dengan hot meat chicken

kerepek bayam sesuai di makan bersama nasi beriani dan nasi seangkatan dengannya...ini bekalan adibah tempoh hari rata-rata kawan-kawan dia pun suka sangat...minta buat lagi...kawan-kawan tak pernah makan katanya....


Tuesday, October 21, 2014

Kempen Campak,Curah,Dan Tabur

Bismillah

Enakku therinjavungga theriyaathavungga ellorukkum ennudaiya Deepavali Vaalthukal' (Selamat Hari Deepavali kepada semua orang yang mengenali saya dan yang tidak kenal pun....

kempen jom memasak...

Teman-teman moh le buat resepi mudah ni... simpan dalam peti ais,bila-bila nak, ambil jer....bahan-bahannya ikut tuan puanlah...kaedahnya campak,curah dan tabur....

sungguh enak di makan begitu saja.....

biskut jejari
kek coklat
mix fruits
kopi suam no sugar (untuk celup biskut jejari,ini Asian Food Channel yang ajar)

bahan krim:
cheese philadelphia
whipping cream
susu pekat manis

Monday, October 20, 2014

Pintu Taubat

Bismillah

lately banyak sungguh anjing...
semakin pendek waktu semakin merepek orang, semoga Allah beri petunjuk.



apabila golongan liberal bersuara...
Islam semakin terhakis, tanda-tanda akhir zaman sudah semakin jelas...

Sunday, October 19, 2014

Mengatasi Ketakutan

Bismillah

Takut adalah wajar dan sangat manusiawi. Jika berada di tempat tinggi, wajar jika manusia merasa takut akan terjatuh. Jika memegang benda tajam, wajar jika seseorang takut akan terluka..

untuk buang rasa takut..meh ini caranya...anak-anak ku memang takut semua binatang..lalu aku paksa mereka..akhirnya berjaya kuda di tunggangi..."aku katakan pada Muhammad, "Rasulullah pun tunggang kuda sambil memanah."


Setakat ular Albino apalah sangat,rabun macam tuan blog juga....Iman dan Muhammad tak berjaya mengatasi ketakuatan walau dipujuk banyak kali..sentuh pun tak nak,inikan pegang...tak ada pula aku bagi gambaran tentang ular...kalau ada pun lagi menakutkan adalah...

Thursday, October 16, 2014

IBU ITU MEMANG BIDADARI


Saat sedih pun dia tetap tersenyum.  
Saat anaknya marah kepadanya pun dia tetap mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya.
Saat lapar pun dia kata kenyang, asal anaknya kenyang dan tidur nyenyak.
Saat tidak ada duit anaknya minta pun dia tetap kata "nanti ibu kasikan duit"
Saat tidak ada apa-apa di dapur untuk dimasak, ia tetap akan berusaha untuk memasak. Dan ketika anaknya buka tudung saji, lauk-pauk tersedia.
Dan saat ia sakit, ia tetap mengatakan "Ibu sehat-sehat saja"


tambah lagi sahabat....

PANDA HIDUP SENANG

Bismillah

Akhirnya tempahan Deepavali dah siap bolehlah goyang kaki lepas ni, entah boleh tahan berapa hari...paling mencabar tengah mengoreng terima msg..knor nak order peyek 5 balang...10 balang..30 balang...nak pitam rasa..
mesti kome kata rezeki alhamdulillah..ha ah memang itulah jawabannya..kena usaha kuat zaman la,bukan macam panda...


semua pelangan macam ketagih jer...ada seorang kawan knor tu,siap cakap mengidam nak makan peyek knor..tempah hari ni,nak ambil hari ni juga...yang mana mengidam tu knor ok jer...
semalam jumpa dengan pelanggan terbaru,ita namanya. ita ni silent readers blog knor..tq sudi baca sambil intai-intai kek...dan menempah..
aku asyik tersilap jer dengan ita ni..mula ingat kawan..siap tulis kat msg..ooo ita main-mainkan knor ye...rupanya ita lain...kebetulan nama sama..
lepas tu lagi sekali silap,hantar msg kat suami,terhantar kat ita..'mama pergi Tc cari barang,nanti bayar balik ye..."masa sent tu baru sedar...alamak..terus msg ita...tersilap sent..
lepas tu ita balas balik..'bocor rahsia"...
sebenarnya knor gurau dengan suami..duit knor duit knorlah,duit suami duit knor juga...heheh

kerepek daun bayam..sedap makan dengan nasi beriani..ganti papadom..ini aku saja saja buat...



Tuesday, October 14, 2014

BUSUK JAUH DARI HARUM


Bismillah

Jika ada yang GEMBIRA setelah menulis kata kesat, carut dan mengutuk di media sosial. Itulah dirinya sebenar dan nilai sebenar iman dalam hati. Hati itu dekat dengan yang 'busuk' maka PASTINYA jauh dari apa sahaja yang 'harum'.

Ruang komen dan status di Facebook BUKANLAH tempat mencaci maki dan mengutuk sesuka hati. Ia adalah sama seperti alam realiti yang sentiasa dicatat Malaikat bagi setiap yang baik dan buruknya.
Jangan kerananya kelak, seseorang terhalang dari rahmat dan syurga Allah swt.


Dr.Zaharudin

p/s sibuk membuat tempahan deepavali..

Thursday, October 9, 2014

Bekalan Anak Dara Kampus

Bismillah
assalamualaikum

beruntung adibah dibanding dengan anak ini...ibu mana nak tengok anak-anaknya susah,begitu juga dengan mama..maka kejarlah ilmu dunia dan akhirat,bila kamu berjaya bantulah mereka-mereka yang susah,bantulah umat sejagat...

bagi yang mampu beli ajelah kan..yang tak mampu atau nak jimat berbekallah jawabnya..terbaca kisah seorang pelajar bawa nasi goreng guna bekas sabun axion,sedihnya..tapi aku pun biasa guna bekas ais krim dan bekas-bekas lain jimat dan tak membazir..

"bersih apa, guna bekas sabun!"...kesusahan adik tu buat aku insaf,aku susah,rupanya ada lagi yang susah....


tak tahulah sama ada ianya betul atau tak,tak kisahlah semoga jadi iktibar buat kita semua

adibah pun bawa bekal kalau sesekali balik...kalau ikutkan baru baru ni cuti raya haji selama seminggu,tapi di sebabkan dia nak pergi kem kerohanian,adibah bercuti tiga hari saja...banyak pengisian katanya...


Sebahagian dari kita sedang berenang-renang dalam ujian Allah....
Dikala ujian datang tidak diduga, bagaimanakah untuk redha?
Dikala apa yang sedang dinikmati hilang tiba-tiba, bagaimanakah untuk redha?
Dikala apa yang dirancang semuanya tidak menjadi, bagaimanakah untuk redha?
Dikala hilang tempat bergantung dan berkasih-sayang,bagaimanakah untuk redha?
Allah, Allah, Allah.....sungguh ia tidak mudah, semudah mengeluarkan kata-kata.




Wednesday, October 8, 2014

Taat beribadah, tapi belum mahu menutup aurat

Bismillah
Assalamualaikum.

sahabat yang di sayangi....

Ada seorang wanita yang dikenal taat beribadah.Ia kadang menjalankan ibadah sunnah. Hanya satu kekurangannya, Ia tak mau berjilbab. Menutup auratnya. Setiap kali ditanya ia hanya tersenyum dan menjawab”Insya Allah yang penting hati dulu yang berjilbab. ”Sudah banyak orang menanyakan maupun menasehatinya. Tapi jawabannya tetap sama.

Hingga di suatu malam.Ia bermimpi sedang di sebuah taman yang sangat indah. Rumputnya sangat hijau, berbagai macam bunga bermekaran. Ia bahkan bisamerasakan segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih hingga dasarnya kelihatan, melintas dipinggir taman.Sehingga angin pun ia rasakan di sela-sela jarinya.

Ia tidak bersendirian. Ada beberapa wanita disitu yang terlihat juga menikmati keindahan taman. Ia pun menghampiri salah satu wanita. Wajahnya sangat bersih seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut.

“Assalamu’alaikum,saudariku….”

“Wa’alaikum salam. Selamat datang saudariku”

“Terima kasih. Apakah ini surga?”

Wanita itu tersenyum. “Tentu saja bukan, saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum ke surga ”

“Benarkah? Tak bisa kubayangkan sepertiapa indahnya surga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini. ”

Wanita itu tersenyum lagi ”Amalan apa yang bisa membuatmu kemari, saudariku ?”

“Aku selalu menjaga waktu shalat dan aku menambahnya dengan ibadah sunnah. ”

“Alhamdulillah..”

Tiba-tiba jauh di ujung taman ia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka. Dan ia melihat beberapa wanita yang berada di Taman mulai memasukinya satu-persatu.

“Ayoh kita ikuti mereka” kata wanita itu setengah berlari.

“ Apa di balik pintu itu?” Katanya sambil mengikuti wanita itu

“ Tentu saja surga saudariku” larinya semakin cepat

“ Tunggu..tunggu aku..”

dia berlari namun tetap tertinggal. Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenyum kepadanya. Ia tetap tak mampu mengejarnya meski ia sudah berlari. Ia lalu berteriak

“Amalan apa yang telah kau lakukan hingga engkau begitu ringan ?”

“Sama dengan engkau saudariku.” jawab wanita itu sambil tersenyum

Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, ia berteriak pada wanita itu.

“ Amalan apalagi yang kau lakukan yang tidak kulakukan ?”

Wanita itu menatapnya dan tersenyum. Lalu berkata

“Apakah kau tak memperhatikan dirimu, apa yang membezakan dengan diriku ?”

Ia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab.

“ Apakah kau mengira Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke Surga-NYa tanpa jilbab menutup auratmu ?”

Tubuh wanita itu telah melewati pintu, tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar, memandangnya dan berkata

”Sungguh sangat disayangkan amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki surga ini untuk dirimu. Cukuplah surga hanya sampai hatimu karena niatmu adalah menghijabi hati.”

Ia tertegun..lalu terbangun..beristighfar lalu mengambil air wudhu. Ia tunaikan shalat malam. Menangis dan menyesali perkataanya dulu.. berjanji pada Allah sejak saat itu ia akan menutup auratnya.

Tuesday, October 7, 2014

Cream puff yang tak menjadi dengan pink bugger

Bismillah

walau tak berapa menjadi,tetap selamat masuk perut..

cream kastard yang super sedap...

termissing satu part lagi iaitu pukul tepung dengan telur,oleh kerana nak cepat dan tak sabar terus masuk dalam pipping bag..ingat dah ok dah,bila bakar tak naik-naik....

seronok pula buat burger homemade ni, resepi yg sama,, tapi bermain dengan warna pulak.."pink buger...



Monday, October 6, 2014

Beraya dengan rasa syukur...

Bismillah


تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ


Beraya dengan rasa syukur...

Balik solat sunat raya,kami singgah kedai mamak,pekena teh tarik dulu..memasing perut kosongkan sebelum tu..
lepas makan pakat sendawa semuanya...selamatlah mama tak yah buat teh tarik..


bila anak-anak balik rumah,bertimbunlah baju nak kena basuh..cuaca pulak redup,faham-faham ajelah.pagi hingga tengahari mendobi ajelah kerjanya...sampailah kak ipar watsapp bila nak datang rumah,sudahnya lepas zohor kami beraya...
lepas solat asar berjemaah di rumah kak ipar,kami balik,aku bersilat di dapur untuk masak makan malam,sekali meraikan harijadi azhan ...
ramailah tetamu belah suami yang datang..meriah jadinya...rumah yang sempit jadi bertambah sempit...




menu makan malam:
nasi briani
ayam massala
sambal petai ikan bilis
kari kepala ikan
salad timun
kek coklat


tetamu ramai segan nak ambil gambar....ditambah dengan tuan rumah yang buzy dan jerit pekik anak anak buah....lama tak dengar baby menangis,riuh rendah jadinya....
apa pun bahagia dan lauk pauk serta nasi habis licin..alhamdulillah.

Thursday, October 2, 2014

TIRAMISU

Bismillah
yummy kek coklat hitam tiramisu ....



masuk dalam peti ais,lepas tu bolehlah buat juadah berbuka puasa ..

 Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan serbuk koko hitam
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak mazola
semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut.

Rehatkan sekejap bila dah sebati....


3 cawan tepung gandum
1sdk soda bikarbonat
1 sdk baking powder
semua bahan di atas diayak

4 biji telur - diblender

Caranya:
Satukan semua bahan ke dalam bahan kering  secara berselang seli dan gaul dengan senduk aje. Bila dah sebati masukkan ke dalam loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.jangan asyik mengendap aje ye..nanti kek bantat pula...selamat mencuba...


bahan krim:
cheese philadelphia
whipping cream
susu pekat manis

p/s puasa pada hari ‘Arafah penghapus dosa setahun lalu dan setelahnya ini bagi dosa-dosa kecil saja. Untuk dosa besar akan gugur khusus dengan taubat....

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)