Pages

Wednesday, October 31, 2012

Debaran Isnin


PM bagi pencil box untuk hari isnin ni.....berdebar omaknya....

semoga adibah dan rakan-rakan berjaya....

yesterday...tah'ni'ah..lah ye

Monday, October 29, 2012

Jiwa tenang sesejuk ais krim


Pagi selasa agak tenang sikit dalam rumah..iman sekolah pagi ada sambutan hari kanak-kanak.adibah dan muhammad seperti biasa sekolah pagi..azhan tengah sibuk ulang kaji paper math dan sivik.kalau tidak pagi-pagi rumah saya agak kelam kabut,riuh, sakat menyakat walau azhan dengan iman saja..siapa lagi kalau bukan azhan ketuanya.tempahan saya juga dah habis, lega rasanya.ada juga tempahan yang saya tolak oleh kerana keletihan sangat.pelanggan juga pelik-pelik perangainya order hari ni nak esok..."minta tolong sangat-sangat" katanya..saya kata minta tolong pun saya tak boleh tolong..memang tak boleh,bukannya nak menyombong.saya kena dahulukan pelanggan yang menempah dahulu.

tender setahun untuk buat kuih-muih basah juga dah lama saya tolak tak mampu saya buat.saya bukan jenis yang kuat berkerja.cukup apa saja yang saya ada sekarang ini.saya nak hidup serba sederhana,jiwa tenang dan bahagia.anak-anak juga rasa tidak tersisih.

saya bersyukur dengan apa saja yang Allah anugerahkan sekarang ini dan masa depan insyaALLAH.

Jom kita cuba buat ais krim goreng.

Sunday, October 28, 2012

Velvet cake mayonis



2 cawan tepung blue key
1 sudu kecil esen vanila
6 biji telur
1 cawan minyak jangung
1 cawan serbuk koko van hauten
pewarna merah (bright red)
1 cawan mayonis
1 cawan gula halus

cara-caranya;
campur semua bahan,pukul telur sehingga kembang.
bila adunan sudah ringan mulalah membakar.
pastikan oven di panaskan dahulu dalam suhu 180 celcius .

beginilah rupanya bila sudah masak

bila sudah sejuk bolehlah di terbalikkan untuk proses seterusnya dan potong kepada tiga bahagian.

setiap lapisan letakkan krim cheese.
cheese cream
whipping cream
susu
gula halus

velvet cake mayonis

kek tempahan pelangan pada hari raya korban

Thursday, October 25, 2012

Eid-al-Adha



sate ayam 

thank pada kawan adibah yang bagi idea makan sate, khas untuk raya korban..cuma tinggal nak bakar saja.
 
siap dengan kuah kacangnya..memang sedap.
pan fry sate...

Imam Ibn Rajab:

"Eid is not for the one who wears new clothes. Eid is for the one whose obedience rises. Eid is not for the one with beautiful clothes and fine means of transport, Eid is for the one whose sins are forgiven." ♥

(al-Lata´if p. 371)

Eid-al-Adha


Tuesday, October 23, 2012

Berlari sampai ke bintang




Tak adalah cerita menarik nak di ceritakan di sini..cumanya dalam dua tiga minggu  agak sibuk dengan tempahan,akhirnya selesai juga tempahan yang rumit-rumit..sekarang nak selesaikan tempahan yang tak berapa rumit sangat, tempahan kek. sempat lagi saya berblog,jangan hangit kek dalam oven sudah...kek yang saya tayang ni kek muhammad,dia kata "mama asyik buat orang punya aje".so saya buatkan aje coklat sponge.Bintang-bintang tu dialah yang lekat-lekat....

chocolate sponge


Monday, October 22, 2012

Bila Allah memberi


Alhamdulillah

...tak sempat masak makanlah biskut..teh pun tak jadi..cair semacam aje.
tak berkesempatan nak jalan-jalan.busy menyudahkan tempahan..tq yang sudi datang sini.

bungkus....

p/s saja nak kongsi tak apa..kan

Wednesday, October 17, 2012

Pais ikan tenggiri dengan ulaman


buzy juga ni...memasak tetap memasak..moh le kita

4 ketul ikan tengiri
sedikit daun selom,pegaga, dan ulam raja di hiris halus

5 biji cili padi
3 ulas bawang merah
sedikit halia
2 biji bawang putih
kelapa
2 batang serai
1 sudu sos ikan
garam
gula 
daun pisang untuk membungkus
2 biji limau kasturi (jus)
semua bahan di kisar

lebih kurang begini le caranya sebelum mengukus

campak-campak aje ye..

lebih kurang gini le selepas di bungkus,bungkuslah macam mana pun..udah tu di kukus,sebelum tu nak bagi tau,biarlah air kukusan tu mendidih dulu yea..

inilah ropenya bila udah masak...
cer try...

maaflah ye..gambar kurang memuaskan..soffealah ni..

Monday, October 15, 2012

KEESAAN (AHDIYYAT)




Hakikat perkataan ialah 'Alif, hakikat Alif ialah noktah, hakikat noktah ialah dakwat.Hakikat dakwat ialah cecair,hakikat cecair ialah debu-debuan (atom-atom). Debu-debuan ialah unsur dan hakikat unsur ialah Cahaya Allah.
Gelap ialah cahaya Zat,dalam gelap itu ialah "Air Kehidupan",jika anda lihat dakwat,huruf hilang,dan jika anda lihat huruf dakwat hilang.
Zat ternyata dengan dua kesempurnaanNya,iaitu zat ternampak pada anda dengan JamalNya (keindahanNya) dan JalalNya (keagunganNya).Jika ia tidak menampakkan diriNya pada anda, di mana lagi ia akan menampakkan diriNya?
Jika anda berkehendakkan bayanganNya,lihatlah muka manusia.
Lihat di situ Zat Allah dengan terang dalam senyumanNya.


Sunday, October 14, 2012

Kerabu kacang botol daun selom






 kacang botol dan daun selom

sedikit udang kering
2 ulas bawang merah
sedikit belacan
sedikit kelapa yang di goreng tanpa minyak
4 biji cili padi
2 biji limau kasturi
satu sudu kecil sos ikan
garam
gula
kacang botol
daun selom




Thursday, October 11, 2012

nak jadi "Bodoh" ke?


Anak-anak harus di ingatkan kita semua hamba Allah S.W.T. Allah saja yang boleh memberikan kita kejayaan atau kegagalan mengikut kehendak-Nya.Penting sangat-sangat anak tidak menghukum diri  dengan tanggapan negatif,jangan mengutuk diri sendiri,tak guna lah,bernasib malang lah atau takde masa depan lah.kita bagi  semangat pada mereka,tak akan gagal selamanya kalau kita berusaha.
Jangan mematahkan semangat anak-anak dengan kata-kata yang negatif,contoh"memang kau ni tak pandai."bodoh" ..jangan sesekali.kalau nak cakap juga, "kenapa dapat markah banyak ni je,nak jadi tak pandai,atau nak jadi bodoh.'
Kalau anak-anak berasa diri terlalu susah menghadapi kegagalan,lihatlah betapa kentalnya jiwa Rasulullah s.a.w,baginda selalu berdakwah tanpa henti samaada berjaya atau gagal.
Parent pula jangan pula asyik  mengungkit-ungkit pasal,penat cari duit lah,dan macam-macam bebelan lagi.
Bagilah keyakinan pada anak-anak bahawa Allah s.w.t sentiasa menjadi penolong,belajarlah dengan jujur untuk menjadi terbaik dan terimalah apa saja yang Allah takdirkan untuk kita.


kalau saya, anak-anak leka,saya akan sebut nama penuh anak-anak siap dengan bin atau binti:'you all dah pandai dah ke,boleh lulus?dah masuk dah semua dalam kepala.kalau dah pandai tak apalah...!semua anak-anak terus bangun masuk bilik cari buku termasuklah muhammad yang kecik tu..diorang dah tahu dah..itu tanda mama dah marahlah tu.

      .....semoga anak-anak cemerlang gemilang dan terbilang dunia dan akhirat.... 

Wednesday, October 10, 2012

Perkara yang kita tak tahu dan yang kita tahu


1. Jika kita cuba untuk mengira jumlah kesemua bintang yang ada di langit dengan kadar satu bintang sesaat,anda memerlukan masa 3000 tahun untuk mengira ke semuanya.

2. Lebih kurang 0.7 peratus penduduk dunia mabuk setiap detik.

3. Purata kita tidur 24 tahun dari keseluruhan hidup kita.

4. Purata setiap orang bermimpi 1,460 kali setahun.mimpi itu pula adalah dalam hitam putih dan bukan berwarna.

5. Sehari di planet pluto bersamaan seminggu di bumi.

6. Siput boleh tidur sehingga selama tiga tahun.

7. Lalat  bergerak kebelakang ketika mula-mula terbang.

8. Purata setiap manusia meludah sebanyak 2500 kali sepanjang hidupnya,boleh memenuhi dua buah kolam renang.

9. jika anda membahagikan tanah kepada semua manusia secara purata setiap manusia hanya mendapat 100 kaki persegi.


pada suatu hari turunnya ayat al-Quran memerintahkan semua wanita wajib menutup aurat,apabila dapat saja perintah dari Allah mereka akan menurutinya tanpa sebarang keraguan lagi.berita di sebarkan,semua wanita pada masa itu kelam kelibut mencari kain untuk menutupi seluruh tubuh badan.

pada masa itu terdapat seorang wanita  dengan selambanya telah pergi ke pasar dengan tidak menutup aurat (rambut).
semua orang di sekelilingnya berasa hairan,lalu bertanya 'kenapa kamu tidak menutup aurat,sedangkan telah turunnya ayat yang menyuruh semua kaum wanita wajib menutup aurat".Tiba-tiba perempuan itu terus menerpa dan merapatkan badannya ke dinding,lalu meminta pertolongan supaya mengambil apa-apa kain yang terdapat di rumahnya.dia tidak berganjak dari dinding tersebut sehingga kain itu sampai kepadanya.
sebenarnya berita tentang turunnya  ayat  al-Quran, Allah memerintahkan wanita wajib menutup aurat tidak sampai kepadanya.

semoga menjadi iktibar kepada semua.

hebatnya mereka..

Tuesday, October 9, 2012

Lauk zaman jepun



“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Surah Al-Baqarah ayat 168)

 
bayam rebus 

 ikan cencaru sumbat bawang putih dan sedikit cili..ini untuk orang yang tak  makan ikan keli...

sambal keli



Bermaksud: "Wahai orang yang beriman!, makanlah daripada benda-benda yang baik (yang halal) daripada apa yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar hanya beribadah kepada-Nya".


Monday, October 8, 2012

Makan pisang boleh elak kanser dan menguatkan ingatan



 
sebiji pisang....

Kaum wanita di nasihati memakan sebiji pisang sehari di awal pagi
untuk mencegah kanser, Dan ubat yang paling mujarab ialah meminum air suam sebaik sahaja bangun dari tidur. Kos perubatan yang dapat
dijimatkan

Sebiji pisang (20sen) x 30hari = RM6.00 sebulan.
Kos makan pisang setahun RM6.00 x 12 bulan= RM 72.00
Kos makan pisang sepanjang hayat umur 60 tahun = RM 72.00 x 60
tahun = RM 4320.00 saja

Kos perubatan Kimoterapi yang dapat dijimatkan sekali rawatan x
8 Cycle =RM 40,000. 00 kos paling murah. Satu cycle je RM 5000.00 .
cancer menyerang semula jika kita tidak menjaga pemakanan dan
kesihatan kita.

untuk anak-anak yang nak exam,elok sangatlah ambil sebiji pisang untuk sarapan. kerana ia menguatkan ingatan.

Pesanan adibah:"Don't worry 97s, PMR is not as hard as you think, it'll be a joke for you when you're in the upper form soon. Just pray hard.


Sunday, October 7, 2012

Zuhud

assalamualaikum

Nabi SAW bersabda: "Tuhanku telah menawarkan kepadaku untuk menjadikan bukit-bukit di Mekah ini sebagai emas.Aku telah menjawab, "Ya Allah,aku lebih suka sekiranya aku dapat makan pada suatu hari dan aku berlapar keesokannya supaya apabila aku berlapar aku akan merayu dan mengingatiMu dan apabila kenyang aku dapat bersyukur dan memujimu."(Tirmizi)

Inilah peribadi suci Baginda Saw yang kita berbangga kerana menjadi pengikut Baginda Saw dan bermegah-megah menjadi umat Baginda Saw.Sememangnya setiap amalan Baginda Saw patut kita ikuti.

Nabi Saw bersabda:"Kezuhudan ialah hadiah kepada seorang mukmin"

untuk menjaga hati antaranya;
a) jangan tengok tv yang berbentuk hiburan.lawak-lawak tu tok sahlah tengok,itu namanya ketawa ahli dunia.ketawa yang melalaikan.

b) makan-makanan yang halal,jangan tangkap muat status halal ni..kadang-kadang tulisan halal,besar makna halal ni ye,yang ini orang kita selalu alpa,asal ada halal..ok je.

c) jangan baca buku yang tak mendatangkan sebarang faedah tolak terus dunia hiburan.

d)kalau boleh makan dengan masakan air tangan kita.

e)selalu bersedekah dan cintai orang miskin.

.....kisah benar tinggal berhampiran...ada seorang hamba Allah tidurnya sedikit pada waktu malam ,almarinya juga usang,dia cuma ada sehelai jubah yang di gantung di biliknya.


vitamin



Vitamin C terdapat pada pati buah, isi dan kulit. Sebanyak ¼ bahagian daripada kandungan keseluruhan vitamin C pada buah limau terdapat di dalam pati buahnya.

 Mangga pun merupakan sumber beta-karotena dan vitamin C

Yoghurt sebagai sumber bakteri probiotik yang baik bagi usus,kecantikan kulit,kuatkan tulang dan 
jauh dari cancer.


bila anak-anak sibuk nak menghadapi peperiksaan...

Friday, October 5, 2012

Spaggetti carbonara





Hari ni saya tak berapa sehat,batuk dan selsema so adibah yang mengambil alih sebagai tukang masak.untuk masakan di atas  isi ayam yang di campur dengan bawang besar,lada hitam,lada sulah,gula,dan garam ikut sukatan sendiri ye..bulat-bulatkan dan goreng dengan sedikit butter.

untuk tengahari adibah menhidangkan spaggetti carbonara ala adibah.

spaggetti dengan krim cendawan dan ayam

tumis bawang putih,bawang besar di potong dadu
masukan krim kimball,spaggetti di gaul rata,sebelum tu masak spaggetti dengan air yang mendidih dengan sedikit minyak
ketulan ayam di hidang dengan spaggetti

tahniah kepada adibah dengan bantuan saya juga...hehe

Thursday, October 4, 2012

Masjid-masjid indah di pelusuk dunia

Afghanistan,Mazar E Sharif Blue Mosque

Egypt Cairo Mosque Of Muhammad Ali Pasha

Egypt Cairo Othman Mosque

Jerusalem al Aqsa

 Morocco Cassa Blanca Hassan II

 Iraq Karbala Imam Abbas

Lebanon Beirut Mohammed al Amin

 Pakistan Islam abad Faisal

Russia Kazan Qolsharif

 Thailand Pattani Mosque

 Tunisia Tunis-Zitouna

 Turkey Istanbul Sultan Ahmet

 UAE Abu Dhabi Syeikh Zayid

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)