Pages

Monday, July 30, 2012

Jadi orang cerdik

assalamualaikum

untuk anak-anak...



” Yang pertama, jangan bercita-cita nak jadi doktor, peguam , jurutera dan sebagainya. Ini adalah cita-cita nak makan gaji. Tapi tanamlah azam untuk jadi orang cerdik. Kalau kita cerdik, insyaAllah kerja akan datang sendiri pada kita”

'belajar untuk "tahu" bukan belajar hanya untuk nak lulus periksa."

Saturday, July 28, 2012

Terima kasih

assalamualaikum

belum ada kesempatan lagi untuk saya membalas kunjungan,insyaAllah.
terima kasih kesudian datang ke sini.terima kasih sekali lagi,kata-kata anda adalah doa untuk anak saya muhammad(n3 lalu) terima kasih.
menunggu saat berbuka...

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencela sama sekali pada sesuatu makanan. Jika baginda ingin pada makanan itu baginda memakannya dan jika baginda tidak menyukainya, maka ditinggalkan tanpa mengucapkan celaan padanya.”

Thursday, July 26, 2012

Kurniaan Allah

assalamualaikum.


ayah dan mama, bangga punya anak kecil,seperti Muhammad.begitu juga kakak-kakak dan abang juga bangga punya adik kecil seperti Muhammad.
hari ke tujuh berpuasa tanpa ada rungutan dari anak sekecil ini,alhamdulillah.
bukan saja puasa malah solat juga tak pernah tinggal,walau belum tahu sangat tentang tertib solat.berapa minit lagi azan berkumandang,sudah berlari mengambil sejadah untuk di bentang,bukan satu tapi sejadah untuk semua orang.

p/s  Ya Allah,berilah kesihatan yang baik kepada kami,dan semua umat Islam  untuk menjalani segala ibadah.

Tuesday, July 24, 2012

Monday, July 23, 2012

puasa dulu-dulu


assalamualaikum

masa dulu-dulu bila bulan puasa , petang-petang akan ada orang jual air batu keliling kampung dengan basikal. air batu diletak dalam tong kayu.lepas tu dilumur dengan  hampas padi bila kita nak beli, penjual akan potong dengan gergaji.bila penjual lalu aje belum sampai rumah kita,berkejar ke rumah sebelah,yalah takut habis..


Bila kita dah beli, takut cair, kita akan lumur air batu dengan hampas padi dan balut dengan kertas surat khabar . Terpaksa beli awal-awal kalau tidak tak dapat.boleh kata satu kampung pakat beli ais batu..maklum saja dulu-dulu mana ada peti sejuk.tapi sekarang saya berbuka dengan air masak dan tiga biji kurma,bila berbuka tak minum ais,boleh lemah lutut di buatnya.
Bayangkan betapa susah nya orang dulu-dulu nak berbuka dengan air batu.

satu lagi kalau nak cari lauk,pakat-pakat menjala,selalunya pagi-pagi dah menjala,masa tu ikan pun tidur lagi.

 google
 ikan sepat, lauk yang mesti ada,baru-baru ini ada juga saya merasa hasil buah tangan mak pcl...tapi ikan yang di keringkan,ikan sepat masin.
bila nak kukur kelapa,nak kena guna benda ni...aduh tak pandai saya.

p/s betapa susahnya orang dulu-dulu


Sunday, July 22, 2012

sedap dan jimat...

assalamualaikum

nak buat tempahan masih awal lagi,walaupun list tempahan dah panjang,insyaallah minggu depan bermulalah projek saya.

sesiapa yang tak ada benda atau kerja nak buat,jom kita tengok gambar-gambar ni,yang saya ambil dari fb seseorang,harap-harap bermanfaat untuk semua.

hari ni,saya bercadang nak buat coklat kiwi,bahan-bahan dah ada,senang aje..nak bagi anak-anak makan .kalau tak ada kiwi,pisang juga boleh,tak ada pisang, strawbery juga boleh.

kalau kat rumah tu banyak sangat botol plastik,jangan di buang,buat aje macam dalam pic ni..bolehlah sapu halaman,bilik air atau sawang kat siling tu..jimat.

Saturday, July 21, 2012

Thursday, July 19, 2012

SEKALIGUS

Assalamualaikum

Jatuh bulan puasa kali ni,semua anak-anak buah dan anak sendiri juga adik,yang di lahirkan  bulan Julai ,selalunya sambutan harijadi buat di rumah saya,memang meriah.InsyaAllah,kali ini juga,bezanya kali ini dalam bulan puasa.Nanti kita himpun ramai-ramai ye.Gambar-gambar ni semua di celok di fb.Nampaknya saya kena buat dua tiga kali majlis berbukalah,sebab tak boleh campur dengan family suami saya,sebab rumah saya sempit,memang tak muat,nanti nak ambil lauk berhimpit-himpit pulak.Saya pernah buat sebulan tiga kali masjlis berbuka,family suami,family saya dan kawan-kawan suami,kalau serentak memang tak muat.

Farzana Ismail anak buah lahir pada 16.7 bersamaan 26 syaaban,anak yatim,mak dah tak ada iaitu kakak saya yang sakit kanser,dah di jemput Ilahi.sebaya dengan adibah juga spm tahun ni,good luck..
Iman Soffea  anak saya pada 21.7 bersamaan 1 ramadhan,hah budak ni tak sabar-sabar nak suruh buatkan kek dia...tunggu!
Hairul Redzuan,anak saudara,anak buah PCL pada 22.7 bersamaan 2 ramadhan,kalau jemput makan-makan ayahnya selalu tak dapat datang,sebab bebanan kerja.sebaya dengan adibah,spm juga tahun ni..good luck
Nazira yang bercermin mata,anak buah pada 25.7 bersamaan 5 ramadhan,kena buat masa dia dapat cuti,kalau tak, mak dia perabiskan kek.
Farhana,anak buah pada 25.7 bersamaan 5 ramadhan,ini pun sama juga duduk di asrama.
Suhaimi,paksu adik saya pada 29.7 bersamaan 9 ramadhan,dah kawin dah..tapi anak belum ada,paksulah jadi mangsa anak-anak buah kutip hadiah..heheh kesian dia.
Adibah,anak saya pada 30.7 bersamaan 10 ramadhan,dia kata masa dia best sekali, masa semua orang dapat gaji..so dapatlah hadiah...hey,jangan lupa diri ye spm..tuh!

P/S SEMUA ANAK-ANAK BUAH,ANAK SAUDARA,PAKSU RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN.

Wednesday, July 18, 2012

TERTIPU...?

Assalamualaikum


Kebijaksanaan Yahudi Menipu Kita!

Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW. Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.

Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam... Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah: "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"

Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.


Secara kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua. HATI-HATI kawan!

P/S Sesetengahnya bangga bila makan makanan ala-ala barat ni...kalau nak tahu mereka juga tidak merokok.Mereka makan kismis,kurma habatussauda,madu,buah-buahan,kita makan buah selepas,tapi mereka makan sebelum,beginilah cara nabi makan,mereka ikut.KITA???PELIK....

Utama selera anak-anak..


assalamualaikum.

nak bagi idea nak masak apa?,nasi ayam pun ok jugakan...selera anak-anak.


dalam sebulan berpuasa,inilah juadah anak-anak yang wajib di sedikan..


Coklat daim!!

Tuesday, July 17, 2012

Ikan seperti daun kering


Assalamualaikum




Ikan daun dari hutan amazon.. subhanallah

HARGA SEGELAS SUSU


ASSALAMUALAIKUM

Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

“Kakak, boleh berikan saya segelas air?”

Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.
 

“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.

“Tak perlu bayar.”

“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”

“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan ‘alhamdulillah’ dan terima kasih.”

“Okey, Alhamdulillah. Terima kasih kakak” Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di Bandar tersebut., dengan kelolaan doctor pakar.

Rupa-rupanya doctor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doctor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah berusia.

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.

“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”

Pengajaran ::
Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang berada berdekatan kita.

Dari Majalah Solusi Keluaran Isu 41

Belajar goreng telur..









p/s home is not home without "MOM'




Monday, July 16, 2012

"Tolong ye'

Assalamualaikum.

Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan - jika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan.


AHAD cari ISNIN, nak tanya nampak tak SELASA agar ingatkan RABU beritahu KHAMIS supaya jangan lupa message JUMAAT yang SABTU dah puasa :)




P/S SAJA NAK TUNJUK SARAPAN...

Mayat Terdampar di atas Kubah Hijau Masjid Nabawi

Assalamualaikum


Sama ada mempercayai atau tidak terpulanglah pada setiap individu. Ianya tidak menjejaskan akidah kita. Sejarah Islam mencatatkan bagaimana jasad nabi cuba dicuri oleh seorang Yahudi yang menyamar sebagai seorang muslim. Artikel ini hanya sekadar satu renungan semata-mata hanya Allah yang Maha mengetahui...

Baru hari ini saya tahu  ada benda diatas kubah masjid Nabawi di Madinah itu. Rasanya ramai orang yang mengunjungi dan beribadat di masjid tersebut tidak tahu ada benda ini !
SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencuba memanjat kubah tersebut untuk  menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menyambarnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahawa seorang yang soleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahawa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahawa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

SUMBER fb
tak tahu betul ke tidak..wallua'lam

Wassalam

Sunday, July 15, 2012

Selepas ini berehat...

Assalamualaikum

Mungkin ini agaknya hidangan yang terakhir sebelum munculnya ramadhan.Santai-santai dan minum-minum petang,selepas ini nak berehat dari membaking.

Kek vanila coklat & strawberry,saja-saja buat untuk santapan petang.



Sebelum membaking kek coklat,sempat lagi buat tempahan cheese cake,harga  cuma rm15,ambil modal beli cheese aje..


Sama aje rasa kek di atas,cuma ini kiwi dengan strawberry,kek di atas manggo dengan resberry.

Tengok macam manis,tapi sebenarnya tak manis,rasanya sikit manis,lebih sikit masam.Masam-masam manis kek.

p/s teringat kata-kata kak ipar yang duduk di luar negara(sweden)"nor asyik buat kek tapi badan tak naik-naik"memanglah,saya suka buat aje,makan tak pun..

Thursday, July 12, 2012

AL-KISAHNYA SI KHINZIR

Assalamualaikum

Apakah sebenarnya hikmah di sebalik larangan memakan daging haiwan yang bernama khinzir ini?tidak ada seekor haiwan pun yang mampu menandingi khinzir dalam soal kerakusan dalam memakan apa sahaja yang di hidang termasuk kotorannya sendiri.
Tak ada seekor binatang pun yang boleh menandingi kemalasan haiwan ini.

Amalan seks bebas dalam kalangan haiwan khinzir adalah yang paling ekstrem dan liberal berbanding dunia haiwan lain.kadar kolestrolnya jangan cakaplah,khinzir satu-satunya haiwan yang mampu menghidap sakit jantung.

Cacing adalah antara bakteria dan parasit yang banyak ditemui dalam daging khinzir.Cacing jenis taenia saginata,cacing trichinella spiralis dan salmonella,kalau nak tahu rupanya cuba google,saya sendiri pun tak tahu dan tak nak tahu...

Cacing pita, taenia soleum juga ada di temui pada haiwan lain seperti lembu.kalau nak masak daging lembu,kenalah masak berjam-jam lamanya,So lepas ini janganlahlah pula geli nak makan daging lembu ye..sebab cacing jenis ini tak bahaya.

jenis cacing yang ada pada khinzir sangat bahaya,memang cacing itu kekal dalam dagingnya.


"menghalalkan bagi mereka yang baik-baik dan mengharamkan yang buruk."
{Surah al-A'raf,ayat 145)

Wednesday, July 11, 2012

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

Assalamualaikum


1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam,minum mengunakkan sudu plastik,jangan sesekali mengunakkan  sudu besi.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU /oren
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.


p/s Alhamdulillah,terima kasih Allah.

Rahsia jari...




Assalamualaikum.


1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat-kuat angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.


2. Straight kan jari ke depan dalam keadaan terbuka & Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solat lima waktu jangan kita abaikan.

3. Put your hand on the table, perhatikan. Start dari jari kelinking yang kecil , kerdil, macam manusia & apa benda pun akan start dari kecil then membesar & terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Whatever we do semua start dari kecil. Kegagalan mendidik pada usia muda akan beri impact/kesan yg besar padd masa depan.

4. Then tengk jari kedua, jari manis. Macam tu jugak  dengan usia remaja..semuanya sweet.. manis macam jari manis. Masa remaja kita selalu di duga dengan cabaran & dugaan. Hanyan iman & takwa akan tunjukkan jalan kebenaran.






5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantu ibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punya status & ekonomi & career yg stabil but kita kena careful sebab masa ni la banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu jealous dan macam-macam hantu lagi. Kalau gagal kawal emosi khuatir kita masuk ke perangkap nafsu dan syaitan. So kita kena la lipat gandakan ibadat.

6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satu dan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggam kesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnya telunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh & tauladan pada jari-jari sebelum ni. Macam tu jugak dgn kita perlu jadi role model to the new generation.. jadi pembimbing yang kaya dgn idea bernas & a great mind.

7. Lastly renung  ibu jari.. besar,gemuk & pendek compare to the others but it shows kematangan & kehebatan yang membanggakan. Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapi bayangkan kalau tak ada ibu jari... nak gengam,pegang something cukup susah.. nak pegang sudu pun susah. To young generation, nak buat apa-apa rujuk dekat orang tua yang berpengalaman . Kalau kita patuh pada petunjuk mereka, then boleh lah kita say "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsia kejayaan kita


Tuesday, July 10, 2012

Cermin diri dengan krisis kehidupan Rasullulah

Assalamualaikum.

Islam mengajar penganutnya supaya optimis dan berfikiran positif.Perasaan lemah,putus asa,melankolik,sedih berpanjangan,bermuram durja,berasa terasing,depresi,tekanan perasaan dan rasa mahu bunuh diri adalah bentuk-bentuk emosi negatif yang bertentangan walaupun berlainan daripada perasaan marah,tetapi keduanya sama-sama tercela di dalam Islam.
hidup Rasulullah SAW di warnai dengan berbagai tekanan dan ujian.Rasulullah lebih lapar perutnya dari sesiapa pun.Muhammad yang di jamin masuk syurga pun berperilaku seolah-olah seperti hamba yang banyak melakukan kesalahan.Sehinggakan setiap hari beliau beristiqfar meminta ampun ribuan kali.Bertahajud  di malam yang sunyi,sehingga membengkak kaki beliau dan bersujud lebih lama dari sesiapa pun.

Orang Islam yang kuat lebih baik dan lebih di cintai Allah daripada yang lemah[Muslim}

p/s hidup ini bergantung kepada cara kita memandangnya..


Monday, July 9, 2012

Ke laut semalam...

Assalamualaikum


Menu petang semalam  cempedak goreng..untuk anak-anak.

Menu makan malam,mood untuk masak nasi tak ada semalam,so masak simple-simple aje.

Cili api ni semua untuk saya..anak-anak semua tolak ke tepi...ke tepi.

Jangan celik mata terus cari makan. Itu bagaikan haiwan.
Bangun pagi, kita harus ada fitrah Islam – celik mata sahaja ingat pada Allah.
Orang beriman celik mata, sembah Allah dulu.
Sebab apa? Sebab 8 jam tidur kita, kita tak pernah ingat pada Allah.
Jadi bila celik mata, kita mesti ingat pada Allah semula dengan ambil wuduk dan sembahyang.
Serahkan segalanya pada Allah – dan ingat Allah selalu.

Senyum.

Wassalam



Sunday, July 8, 2012

HARTA PUSAKA...

Assalamualaikum

Rasulullah saw tidak meninggalkan kepada umatnya wang ringgit, gedung-gedung perniagaan, emas dan perak, tanah, ladang dan estet.... apakah yang ditinggalkan oleh Baginda s.a.w.?

"Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa pada satu hari, beliau berlalu di pasar Madinah, beliau telah berhenti di pasar, dan berseru kepada ahli-ahli pasar, dengan katanya: Wahai ahli-ahli pasar, apakah yang melemahkan kamu? Mereka berkata: Apakah maksudmu wahai Abu Hurairah? Beliau berkata: "Harta pusaka Baginda Rasulullah s.a.w sedang dibahagi-bahagi, sedangkan kamu masih berada di sini!... Tidakkah kamu ingin pergi mendapatkan bahagianmu? Mereka bertanya: Dimana dia? Jawab Abu Hurairah: "Di masjid".

Maka keluarlah orang ramai dengan segera ke masjid... sedang Abu Hurairah tetap menunggu di situ, sehingga mereka kembali... Abu Hurairah bertanya: Apakah yang kamu dapati? Mereka menjawab: "Kami telah pergi ke masjid, dan masuk ke dalamnya... namun tiada suatu pun harta pusaka baginda yang dibahagi-bahagikan"... Abu Hurairah bertanya: "Tidakkah kamu nampak seseorang di dalamnya? Mereka menjawab: "Ya, kami nampak sebahagian mereka sedang bersembahyang, sebahagiannya membaca Al Quran, dan sebahagian sedang membincangkan perkara halal dan haram... Maka Abu Hurairah berkata: Alangkah kecewanya kamu... "Bukankah itu harta pusaka peninggalan Nabi s.a.w.?" (HR Thobrani)



p/s  ketika kita di masjid,sedang mendengar kuliah atau ceramah,dan membaca al-Quran malaikat membentangkan sayapnya,dan kita duduk di atas sayap malaikat.Alangkah seronoknya,ketika itu kita berada dalam kelompok itu.

Saturday, July 7, 2012

Biskut beras

Assalamualaikum.

Rasa-rasa pernah tengok tak? saya beli semasa perjalanan balik dari Melaka. Seingat saya masa di kampung dulu,warnanya hanya putih,tapi sekarang di modenkan dengan pelbagai warna.Rasanya masih sama dan sedap.Tak silap namanya biskut beras.

Harganya cuma tiga bungkus rm10

kuih beras google

P/S MANIS SANGAT-SANGAT









Wednesday, July 4, 2012

Seorang ayah...

Assalamualaikum.


Selamat berpuasa kepada sesiapa sahaja yang berpuasa,alhamdulillah.

Apa yang kita tidak tahu mengenai seorang ayah.


Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
 

Semasa kecil, ibulah yg lebih sering mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian
 

Saat kita sakit demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
 

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
 

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya... Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
 

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya.. Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
 

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..
 

Apa kita tahu, bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
 

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia.. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik.. Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..
 

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk.. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.SUMBER

P/S YANG NYATA SAYA TIDAK PUNYA AYAH LAGI,SEDARI KECIL..TAPI ANAK-ANAK PUNYA AYAH,SAYANGILAH AYAH KAMU.


WASSALAM



Tuesday, July 3, 2012

JUS PINTAR


ASSALAMUALAIKUM


 JUS TOMATO YANG SUDAH DI CAMPUR MADU FAKEH,DAN KISMIS(di blend) UNTUK LUNCH IMAN DAN AZHAN

Monday, July 2, 2012

GAMBARAN RUMAH RASULULLAH SAW

Assalamualaikum.

Gambar di bawah adalah antara bahan pameran yang dipamerkan di Jeddah, Arab Saudi.  Ia merupakan replika dalaman rumah Rasulullah SAW. Model rumah Baginda SAW dibina bagi memberikan gambaran kehidupan yang sangat sederhana yang dialami oleh seorang hamba ALLAH, yang juga pesuruh ALLAH dan pemimpin agung ummat manusia.
Semoga ia dapat memberikan kita keinsafan.
Replika dalaman rumah Rasulullah saw
Saya petik gambar di atas dari sini.
Menurut sumber yang dipetik, model tersebut dibina berdasarkan hadith-hadith sahih yang telah diriwayatkan.  W'alm

Untuk melihat gambar tersebut dengan lebih jelas dan merasa seolah-olah kita berada di dalam blik tersebut, bolehlah lihatnya dalam bentuk spherical panorama (360 darjah), sila klik:  sini (mesti klik!)

wassalam

SUPERMAK...



Sunday, July 1, 2012

Epal+pineapple crumble

Assalamualaikum.

Kalau tak tahu nak buat apa dengan epal,jomlah kita buat apple + pineapple crumble,tapi cara sayalah,orang lain saya tak tahu..saya punya mudah sangat,tak payah pening-pening nak buatnya,asal ada epal dan nenas dalam tin cukup.

Epal yang saya beli di pasar malam,epal Cameron Highland yang sangat segar dan manis.Terlupa pula nak ambil gambar nenas dalam tin.

Caranya:

Epal dan nanas di potong kiub.
Satu cawan gula
150 gm butter
3 biji telur
1 cawan susu cair
2 cawan tepung(blue key)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 tin nanas
1 sudu kecil serbuk kayu manis


Caranya:
A)Pukul gula dan butter sehingga kembang,lepas itu masukan telur dan pukul lagi masukan,esen vanila.
B)Ayak tepung,soda bikarbonat,serbuk penaik dan kayu manis.
Kemudian masukan campuran B  ke dalam bahagian A,di ikuti epal dan nanas yang siap di potong kiub.Kacau rata dan kaub balikkan.Masukan kedalam dulang yang telah di sapu dengan sedikit butter.Bakar dalam suhu 180 c,selama 45-50 minit.

Hiaskan dengan ais krim dan epal karamel.

p/s minum petang semalam.

Wassalam

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)