Pages

Friday, May 30, 2014

CARA MENGETAHUI KEK YANG MENGANDUNGI ARAK

Assalamualaikum..

Sedikit info yang aku dapat dari FB..sama ada ianya benar atau tidak sama-sama kita ambil sebagai panduan untuk kebaikan bersama..terus terang aku dah lama tak menikmati kek kedai...
seingat aku kat rumah orang ada kut...tak pasti diorang beli di mana...takkan nak bertanya pula kan...
makan sekadar merasa...maklum taukeh kek..hehe..

 throwback..."WALAUPUN" rupa paras kekku huduh...


Thursday, May 29, 2014

ANA AASIFA


Assalamualaikum sahabat soleh dan solehah...

Mudah ke nak jadi baik? Bagaimana nak jadi baik?
Secara ringkasnya nak jadi baik,dengar baik-baik,fikir baik-baik
InsyaAllah hasilnya BAIK...
Duduklah,bersamalah, dengan orang yang baik-baik, InsyaAllah.


p/s ana aasifa bermaksud saya minta maaf..

Wednesday, May 28, 2014

PORCINE


Assalamualaikum as-solehah

Untuk saudara-saudaraku semuslim

Mungkin ramai daripada Umat Islam tidak tahu bahawa label label yang bertulis "This product contain substance from Porcine."
Sebenarnya bermaksud, "Produk ini mengandungi bahan daripada Babi".
Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah "The source of this gelatin capsule is Porcine", yang bermaksud, "Kapsul gelatin ini diperbuat daripada Babi."


 Logo-logo Halal Antarabangsa Yang Di Sahkan Jakim

Berikut antara istilah Sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi bahan-bahan dari Babi:
 

1. Pork: Istilah yang digunakan untuk daging Babi di dalam masakan.
2. Swine: Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis Babi.
3. Hog: Istilah untuk Babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar: Babi hutan/liar.
5. Lard: Lemak Babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon: Daging haiwan yang disalai, termasuk Babi.
7. Ham: Daging pada bahagian peha Babi.
8. Sow: Istilah untuk Babi betina dewasa. (Jarang2 digunakan).
9. Sow Milk: Susu Babi.
10. Pig: Istilah umum untuk seekor Babi atau sebenarnya bermaksud Babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11. Porcine: Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada Babi.


Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada Babi.

Tuesday, May 27, 2014

BILAMANA MAK BAPA BUTA IT,ANAK-ANAK CELIK IT

Assalamualaikum sahabat yang soleh dan solehah..
Sambil menayang gambar kek tempahan yang aku buat malam tadi,biar aku membebel sebentar ye...


Alangkah sedihnya jika ibubapa pada zaman ini masih buta IT,sedangkan anak-anak semakin pintar,jika tidak tahu,ambillah tahu,wahai ibu bapa...

Anak -anak sekarang sesuka hati  dan dengan beraninya memasukkan gambar-gambar dalam FB, TWITTER INSTAGRAM dan macam-macam lagi..yang sangat menyedihkan dan meloyakan..
yang ada kekasih,yang ada tunang berpeluk sakan dan tak segan silu hampir nak bercium...sedih,kalau mak bapak diorang tengok...

Aku berani katakan mak bapa diorang tak ada semua benda tu...tak ada FB,TWITTER bagai,jika yang mak bapak diorang tak buta IT,ITU NO KOMEN......
maka berjayalah penghasut yang bernama YAHUDI..halusnya kerja mereka,memporak perandakan umat Islam...
kalau di tegur punyalah terasa..."agaknya orang melayu ni PANTANG ditegur..


kita lebih pentingkan dunia dari akhirat
kita lebih pentingkan arahan manusia dari perintah Allah
layakkah kita bergelar mukmin??

Ketika tanganku banyak menulis tentang kebajikan, sementara Amalku
masih jauh dari kebajikan, Ampuni aku ya Rabb...



Tiga orang  bergelar bapa meraikan harijadi ..hasil dari kutipan dana rakan-rakan pejabat...nak cari kek halal,carilah knor...


Monday, May 26, 2014

RECIPE HOKKAIDO CAKE CHIFFON MANGGO


Assalamualaikum sahabat yang bijak lagi comel...

 Kaifa asbahtum?...

Mini kek untuk berbuka petang semalam,aku kongsikan resepi di sini ye..tak tahu masak tak apa, janji rajin memasak macam UmmuAidan-Arissa

5 biji telur
30 gm gula castor
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar paste mangga
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar cuka

mangga segar dan  manis semestinya...
gula aising untuk di tabur-tabur..

Cara aku:

Campur semua bahan dan pukul dengan kelajuan maksima...cara aku senang sangat...tak perlu risau-risau kek tak naik ye,mesti cantik naik dan gebus...tak perlu step by step kerana ianya buang masa....

untuk krim cara aku:

whipping cream
cheese cream
creamer (susu tepung)
manggo paste

pukullah ia sekuat hati...heheh

Isra' Mikraj
Betapa malunya Rasulullah berjumpa Allah SWT berulang kali hanya kerana utk mengurangkan Solat demi Umatnya.

Salam Isra' Mikraj



Sunday, May 25, 2014

WAHAI WANITA


Assalamualaikum...

Orang yang belajar dengan kehidupan mendapat pengalaman
Orang yang belajar dengan buku dan guru mendapat ilmu...

 Note from adibah...

sebaya adibah,dan kawan adibah,sudah ada dua orang anak...alhamdulillah..
wanita 14 lelaki 1. fakta..kalau lelaki kawin 4 sekali pun nisbah wanita yang tinggal 10
akhir zaman...

p/s en suami akan bergelut dengan exam hujung minggu ini...semoga beroleh kejayaan...

Saturday, May 24, 2014

AYAM PERCIK KELANTAN BERMANGGA


Assalamualaikum..

ada yang unfollow aku ..kenapa agaknya...?
kalau ada yang follow dan aku tak follow balik..maknanya aku tak perasan...maaf ye..
hari ni aku nak masak...dan nak kongsi resepi....


bahan-bahan:

santan
sesudu jintan manis
4 biji cili padi
sebiji bawang besar
sedikit halia
sedikit kunyit
sedikit kerisik
sedikit lada hitam

semua bahan di atas di kisar

daun kunyit
serai

masukkan semua bahan kisar.
masak seperti gambar di bawah,biarkan ayam empuk dan meresap..masukkan garam dan gula..biarkan ayam mendidih separa masak..
angkat ayam sahaja...dan toskan..
kuah dibiarkan mendidih sehingga memekat...


bakar ayam sehingga kekuningan...jika ada maqic pan lagi bagus..aku guna manual aje...tak mampu nak beli kuali ajaib tu...
masak seperti gambar dibawah...



Thursday, May 22, 2014

Homemade chocolate truffle


Lemon slices,walnut,hazelnut, and caramel...

Oleh:Adibah
Jurufoto:Adibah
Lokasi:Dapur kecilku
Impian Adibah:Menghasilkan coklat pelbagai rasa dan gaya



Wednesday, May 21, 2014

CINTA SEORANG ISTERI


Assalamualaikum sahabat yang cantik lagi luhur...

Sesibuk manapun seorang isteri,dia tak akan lupa untuk memikirkan serta mengingat orang yang ia sayangi...
Sesungguhnya yang mendatangkan rasa cinta ini, yang mendatangkan rasa kagum ini, yang memekarkan hati ini adalah dari-Nya.

 “Innaa lillaahi wa-innaa ilaihi raa-ji’uuna. Allaahummaajirni fii mushiibatii wakhluf lii khairam minhaa”

 Menyediakan jus setiap pagi untuk penghidap darah tinggi...membakar salmon untuk juadah tengahari....



carot+batang sadri+epal hijau minum setiap pagi sebelum sarapan..dan
salmon bakar lada hitam..

Tuesday, May 20, 2014

HALAL INTERNATIONAL(OAT BAR WHITE CHOCOLATE)TIRUAN


Assalamualaikum sahabat soleh dan solehah..





sekadar nak bertanya tentang kekeliruan....memandangkan ramai yang makan benda ni,aku teringin juga nak membeli,tapi hingga kini belum buka untuk di makan lagi...
bila sampai ketangan suami...jadi panjang ceritanya,sebab belum tahu status halal tu..kalau satus Halal Jakim  dah lama di ngapp...memang aku tak perasan masa membeli....
Sudah di google,tapi tak jumpa...takut-takut ini adalah tiruan...
tolong ye teman-teman yang baik hati lagi luhur....



P/S TIPAH TERTIPU...rasanya kawan-kawan makan oat choco..ada perbezaan dr segi bungkusan.

Monday, May 19, 2014

BERSOLEK


Assalamualaikum wanita cantik di luar sana...

Aku suka warna hitam dan warna emas... kalau jumpa aku berpuluh kali pun ..pakaianku pasti hitam...

Ukhuwah Fillah
Ukhuwah Islamiah
Abadan abada...
Lillahita'ala

Al-Ashmai' melaporkan,beliau pernah melihat seorang wanita di padang pasir memegang tasbih di tangan.Wanita itu berhenti bersolek,dan bercelak.Beliau berkata kepada wanita itu,"Dimanakah ini(tasbih) dan siapakah ini (bersolek)?" Al-Ashmai' tidak mahu wanita itu satu ketika berzikir dan satu ketika yang lain bersolek.

Lalu,wanita itu menjawab dalam bentuk syair:

"Untuk Allah satu bahagian yang aku tidak sia-siakan,
Dan untuk aku keasyikan dan kekosongan(aku tidak akan sia-siakan)."

A-Ashanai'berkata,"Barulah aku faham.Dia seorang wanita solehah yang mempunyai seorang suami dan dia bersolek untuk suaminya."

Sunday, May 18, 2014

SEUMUR MUHAMMAD SERIUS DENGAN IBADAHNYA..

Assalamualaikum

Sekadar perkongsian....terpulang dengan semua anggapan..

Suatu senja kebiasaan jika suami tak ke masjid kami solat berjemaah...biasanya sebelum azan kami dah bentang sejadah dan masing-masing sudah berwuduk....
iqamah dilaungkan oleh anakanda Muhammad...selesai, kami solat seperti biasa...
tiba rakaat yang kedua,tiba-tiba anakanda Muhammad keluar dari solatnya...biasalah walau kita tengah solat,mesti kita perasan punya...sampailah dia masuk kebilik air,siap semua memang kita perasan walau tengah solat...sabar ajelah masa ni...memang dugaan betul...

Masuk rakaat ketiga,muhammad masuk balik solat (masbuq)Masbuq maknanya solat jemaah yang tertinggal beberapa rakaat daripada imam...

Kami selesai solat...manakala Muhammad sambung solatnya yang tertinggal tadi...subhanallah.kami berpandangan sesama kami, bayangkan semua perlakuan  anakanda Muhammad sangat tertib dan betul cara solatnya seperti orang yang sangat tahu....

Selesai solatnya,suami terus peluk dan ucap tahniah dan sangat bangga dengan dia...
soalanku:"Macammana Muhammad tahu pasal solat masbuq ni...?"..katanya bersahaja:"ayah ajar'...
menurut suami,pernah cakap solat masbuq ni pada dia,tapi dah lama sangat...
yang suami bangga tu,sebab ingatannya sangat kuat....pada hal masa bagi tahu mengenai solat masbuq tu ..taklah serius sangat..santai-santai aje...rupanya-rupanya dia merakam, terus masuk dalam otaknya....


Rahsia Didikan Ibu Imam Shafiee
Ditanyakan kepada ibu Imam Syafiee, ” Wahai Ummu Habibah al Uzdiyyah, apa rahsia kamu mendidik anakmu hingga begitu luar biasa ingatannya?” tanya jiran tetangga yang berasa kagum dengan kebolehan Imam Syafiee.
Dijawab oleh ibunya,
” saya sentiasa mendoakan kebaikKan untuknya,
makan dan minumnya saya pastikan daripada sumber rezeki yang halal,
saya tidak pernah memarahinya apatah lagi mengucapkan kata-kata yang tidak baik padanya. kerana kata-kata seorang ibu itu adalah doa!
Sekiranya dia melakukan kesalahan, saya didik dia dengan nasihat dan tunjuk ajar.”
Mama bangga dengan seumur Muhammad..buah hati mama..

Saturday, May 17, 2014

LEMPENG PISANG TOK KADUK

Assalamualaikum.
berpagi-pagi ahad...

Kuih yamg kerap di makan suatu waktu dulu...sampai naik bosan...setiap petang kakak ipar...pergi kerumah jiran untuk menumbuk beras untuk di jadikan tepung...sangat rumit kaedahnya...dari proses menampi beras merendam beras,menumbuk,mengayak dan hingga menjadi tepung...
keliling rumah penuh dengan pokok pisang...so tak hairanlah, asyik buat kuih berasaskan pisang...sampai muntah pun muntah pisang...

inilah kali pertama anak-anak makan..ku guna pisang emas...semua bahan perlu dibeli termasuk daun pisang...kalau dulu main tarah je...atau tebang terus pokok pisang tu...
kebanyakkan pokok pisang "awak"...
pisang apa?
pisang awak...
awak apa?
awak bodoh..

inilah lagu-lagu rakyat kampung...hah..masihkah kau ingat...



Sebahagian manusia tidak mempunyai sesuatu pun untuk dibuat modal dalam kehidupannya.....
Dr Abu Anas Madani

Friday, May 16, 2014

GURU DAN BLOGGER UMMIROSS

Assalamualaikum..sahabat soleh dan solehah..

kepada guru...

Didiklah anak bangsa secara ikhlas, semoga mendapat ganjaran di dunia dan di akhirat...
dan janganlah berAKU,ENGKAU dengan anak murid...guna bahasa yang indah-indah...


Selamat hari guru,saya budak baik....terima kasih pada aunty Ummiross..
sebab bagi hadiah kat mama..yang teramatlah berharganya...tqvm..


 Jazakumullah wahai murabbi ummah.. selamat hari guru..

Wednesday, May 14, 2014

MAK CIK DENGAN KAIN BATIK DAN SELIPARNYA


Assalamualaikum sahabat soleh dan solehah..

terus kepada topik...
rutin harian menjemput dan menghantar anak-anak ke sekolah...sambil mendengar radio ikim,kalau asyik iklan aje..sesekali layan juga lagu-lagu klasik ...youtube,politik,ceramah...ada juga sesekali menghafaz...berdebat dengan en suami pun ada,jika dia adalah...


dah lama aku perhatikan mak cik ni...kalau aku ada dia mesti ada,mestilah sebab dia pemandu van sekolah..ada tanda P,maknanya faham-faham ajelahkan...ada permit?,belum selidik...
nak fokus kat sini ialah,kain batik dan selipar.
betapa rapatnya mak cik ni dengan busana dia... bahaya tu mak cik...buatnya terlondeh atau tersangkut...bukan ke mengundang bahaya...ramai anak-anak orang kat dalam van tu...
mak cik ni boleh rilek je bila anak-anak tumpangan dia melintas....macam  gambar di bawah tulah gayanya...apa macam rilek tak mak cik tu...
aku tau mak cik ni baik,sebab selalu senyum kat aku,tapi aku tak sempat nak bertegur sapa...asyik sibuk melayan hp...

jauh betul menungan mak cik ni...ingat kampung ke...?


mak cik ni baik sangat,sampai budak-budak main longkang pun dia tak kisah...aku pulak yang risau diorang terjerumus dalam longkang tu...

p/s harap satu hari nanti nak tengok mak cik pakai seluar dan berkasut...untuk keselamatan anak-anak...

Tuesday, May 13, 2014

TEMBIKAI DAN MANGGA

"Semua orang berhak berkongsi kebaikan dalam fb atau blog sekali pun dia baru nak merangkak di jalan membaiki diri.usah pedulikan kata orang,kalau ada hadith atau kata-kata nasihat atau artikel yang berfaedah,post sahaja..malaikat akan mencatat pahala anda."UAI

doakan aku....wahai sahabat... LA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA
bila sakit buah-buahan ubatnya...terima kasih Ya Allah.

Di riwayatkan daripada Aisyah r.ha.,beliau menceritakan:Sesungguhnya Nabi SAW pernah makan buah tembikai bersama ruthob."
Tembikai bersifat sejuk manakala ruthob( tamar ranum) sifatnya panas maka terhasillah keseimbangan..




jus mangga juga sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penghidratan atau kekurangan cecair dalam tubuh badan...tak sempat nak buat jus...

Saturday, May 10, 2014

SYURGAKAN KATA-KATAMU IBU


Assalamualaikum wahai sahabat soleh dan solehah..

Ibubapa yang hebat adalah ibubapa yang terdidik agamanya... Syurgakan kata-katamu...
Sememangnya doa ibu bukan sekadar kata-kata biasa tetapi kata-kata yang menjiwai..


 #Red velvet fruit cake#pitaschio nut#hawaiin coconut#selbourne butterscotch#

adik-adik  datang bertandang kerumah malam tadi..adik lelaki yang bakal jadi ayah tak lama lagi hadiahkan coklat buat kami ibu-ibu...
hari-hari adalah hari ibu kena faham tu...

Anak-anak adalah aset terbesar masa depan buat ibu bapa dan negara.
Di fasa awal keibubapaan :- South Circular Road, Dublin.

Friday, May 9, 2014

ABANG JURURAWAT DENGAN PESAKIT..


BACALAH JIKA SUDI...

Pesakit: "Abang jururawat, best bekerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"
Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.
 

Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.

Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata. 

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting." 

Pesakit: "Hm. Apa dia?"
Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.
 

Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...
   

dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...
 

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.
 
Hampir 9 dari 10 pesakit yang beragama islam yang berada di katil hospital lazimnya memaparkan wajah penuh kesalan serta menyesal, menyesal dan menyesal tak ambil peluang untuk membaca Quran ketika sihat dan berpeluang?
 

Wajah-wajah gerun dan seram bila ambang maut mendekati?

Thursday, May 8, 2014

MP3 STORE AL-QURAN


Assalamualaikum..
teman-teman soleh dan solehah..

Mp3 buat anakanda azhan..mencarilah si ayah untuk anak tercinta...
pertanyaan kami pada azhan,"adik sempat tak buat hafazan dan baca al Quran  masa tinggal di asrama..
katanya:'setiap lepas subuh tak sempat,tapi lepas maghrib setiap hari baca Yassin..usrah dan sebagainya...

Selain dari mendengar lagu-lagu yang dia minat..tak lupa juga masukkan banyak surah-surah Al-Quran( permintaan dia)..masa nak tidur dapatlah menghafaz...
tak lah sampai mengongkong anak-anak nak mendengar muzik ...selagi tidak melampau..ok je..

Anak-anak senang aje.."mama dah belikan Mp3 untuk adik terpulanglah nak dengar apa..lagu atau bacaan al-Quran...sesungguhnya Allah Maha Melihat lagi Maha Mendengar pilihan atas adik.." simple aje dia jawab 'ok ma".


p/s tinggal di asrama ni faham-faham ajelah,tak boleh beli yang mahal-mahal...rambut sama hitam,hati lain-lain..husnuszon

MENU SALMON BAKAR HIRISAN DAUN KUNYIT


Assalamualaikum sahabat soleh dan solehah...

Resepi penghidap darah tinggi...darah rendah pun boleh...yang sihat lagilah boleh...
ianya juga sesuai untuk menjaga kulit dan sangat baik untuk ibu hamil..

Salmon adalah ikan yang kaya dengan lemak tak tepu Omega 3 yang dapat mengurangkan pengeluaran partikel penyebab randang dalam tubuh yang boleh merosakkan kulit...

Resepi:

ikan salmon
lada sulah
minyak zaitun
hirisan daun kunyit
sehelai daun pisang


Tuesday, May 6, 2014

BERILMU SEBELUM BERAMAL

Bismillaah ArRahman ArRahim...



Setiap 1 huruf Al Quran yang dipelajari, pahalanya sama seperti 60 orang yang mati syahid. Sedangkan orang yang mati syahid  memberi syafaat bagi 70 orang ahli keluarganya yang ahli neraka.

Allohummarzuqnii syahaadatan fii sabiilika (doa supaya diberi mati syahid).

ANTARA PWTC DAN PUSTAKA RAKYAT GOMBAK PRIMA


Bismillaah ArRahman ArRahim...

Kalau baru-baru ini orang sibuk ke PWTC saya sebaliknya..shopping buku berhampiran rumah di Pustaka Rakyat Gombak Prima..malas nak bersesak-sesak di station LRT..malas nak merata cari parking..malas nak bersesak-sesak dengan  manusia..malas nak masuk KL.

sudahlah rambang mata,satu buku pun tak dapat di tangan...banyak sangat pilihan..sampai tak terbeli..

penyumbang utama buku-buku untuk usrati (keluarga)..guna baucer buku..penyumbang sangat pemurah.
terima kasih daun keladi,esok-esok nak lagi..tuan tanah beli dua buah buku aje..yang lain imfak pada adik-adik..

isi kandungan dalam buku Kenali Rasul Kita Muhammad sangat ringan dan mudah untuk faham,penuh dengan gambar-gambar berwarna..antaranya yang tak pernah tahu tentang asal usul Za'faran terdapat di sini..dll
 
rambut Rasulullah

 bacalah buku ini.. semoga kalian juga mendapat ibrahnya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)