Pages

Monday, December 30, 2013

Khalifah kecil

Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan

ENTRI ULANGAN UNTUK TAHUN 2014...minda wajib sedar.

Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada pemuda dan pemudi

Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada Allah swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kamu. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.


Aku menyeru kamu wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.

Wahai para pemuda, aku ingin kamu menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kamu untuk menghadap Allah swt dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kamu. Aku menyeru kamu supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

Aku ingin kamu tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kamu tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.

Wahai puteriku, aku ingin kamu berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kamu berjanji kepada ALLAH bahawa kamu akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kamu, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kamu. Haram hukumnya bagi kamu untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.

Kepada semua, aku ingin kamu bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kamu untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.

Biasakan diri kamu agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kamu. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.

Sunday, December 29, 2013

Ada jalan Insya Allah

bismillah ar-Rahman ar-Rahim

pejam celik pejam celik dah nak buka sekolah..aku pula yang jadi malas.masa akan banyak atas jalan raya..ke hulu hilir jadi pemandu..letihnya..
sabtu lepas muhammad sudah lepas suai kenal untuk kemasukkan tahun satu di sekolah biasa,(DITEMPAT IMAN SOFFEA BELAJAR SEKARANG)sebenarnya aku sudah lama mendaftarkan muhammad ke sekolah biasa untuk persediaan kalau jadi perkara seperti di bawah...
kalau sebelum ini muhammad akan aku masukkan ke sekolah tahfiz dalam n3 lepas..biar aku ceritakan di sini,
dua minggu lepas aku dan suami telah membatalkan kemasukkan muhammad ke sekolah tahfiz kerana ada sebab-sebab tertentu..kerana ada sedikit unsur ragu dalam pamplet yang diedarkan,dalam pamplet harga sangat berpatutan dan kami mampu.tapi apabila hendak membuat pembayaran keseluruhan tidak sama pada yang tertera di pamplet,di sini sudah mengelirukan dan rasa tertipu..

sebenar aku telah membayar yuran pendaftaran sebanyak rm300 dan muhammad telah lulus temuduga dan layak untuk masuk ke sekolah tersebut.hampir 3k untuk pembayaran pertama, dan dalam kiraan saya setahun sebanyak 6k.
aku datang kepejabat sekolah tersebut untuk membatalkan dan mengambil yuran  pendaftaran yang sudah di lunaskan..hampa, yuran tersebut tidak boleh dikembalikan dengan alasan anak puan sudah lulus temuduga,dan jika tidak lulus baru duit itu akan di pulangkan..setahu aku masa dalam pamplet tak tercatat pun,malah masa mendaftar juga tak di beritahu yang duit tidak akan dikembalikan.suami agak panas juga masa tu..hanya tertera pada resit pembayaran..bayangkan siapa nak tengok,dah bayar kita lipatlah resit tu dan terus simpan.aku ibaratkan mereka tidak ada kesungguhan dalam semua perkara tangkap muat dan tidak jujur.
yang merisaukan aku lagi ialah tahfiz program hanya untuk 2 tahun dapat tahu dari mak pelajar lain...mana nak letak muhammad selepas tu,cancel sekolah biasa lepas tu nak masuk balik,memang parah..dahlah sekolah biasa ni berlumba orang nak masukkan anak masing-masing,maklum sekolah terbaik di gombak..

kata-kata marah suami pada mereka..'telanlah duit tu"
berapa banyak sangat kos muhammad ditemuduga sampai nak menganiaya orang...
kita lupakanlah perkara itu...muhammad dan iman soffea akan aku hantar juga menghafaz al-Quran di masjid negara seminggu sekali in sha Allah.

"mama, Muhammad tak jadi ke, sekolah yang asyik-asyik mengaji yang asyik-asyik solat tu?
mahal ke mama?
ayah tak mampu ye?
mampu, tapi jangan sampai kita rasa tersepit sebab agama tidak menyuruh begitu ..nak bagi muhammad faham aku bagi contoh,muhammad rajin solat wajib dan solat sunat sebelum dan selepas dan sunat-sunat yang lain tapi muhammad mengeluh sebab sakit sakit badan, disebabkan mengeluh, nanti tak berkat pula....Allah tak suka orang yang mengeluh..

mengeluh tu apa?
merungut?
merungut tu apa?
sampai bila nak habis ni....


Jangan biarkan satu hari berlalu tanpa doa untuk anak-anak kerana doa ibubapa sangat hampir akan dimakbulkan:-

“Tiga jenis doa mustajab yang tidak diragukan keajaibannya adalah doa orang tua untuk anaknya, doa orang musafir dan doa orang yang dizalimi,” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

“Doa orang tua untuk anaknya bagaikan doa nabi untuk umatnya,” (Hadis riwayat ad-Dailimi).



Thursday, December 26, 2013

Atok

 Bismillah!

Sahaja aku memasang pukat pagi ini kerana Allah Taala.

Jadikanlah rezeki yang aku perolehi ini rezeki yang berkat dan menjadikan kami sekeluarga hambamu yang beriman dan bertaqwa.


Pagi-pagi dapat cll dari wan nyah (mak saudara sebelah suami),dia kata kenapa lama tak datang rumah?,pada hal dekat aje, 10 minit jalan tak jam, sampailah kampung changkat gombak..
alasan sibuk kerja dah tak boleh pakai,sebelum atok merajuk...heheh
selepas ke pasar dan minum teh tarik mamak,kami pun pergilah...

dah sampai...terus pergi belakang rumah atok terasa sejuk dan nyaman...suami bagi salam,aku tengah meninjau-ninjau kebun...
tumbang pula pulasan di tiup ribut...buah masih banyak...
tak ada siapa nak panjat,rezeki burung,kelawar dan monyet...agaknya..
rumah kambing

Duku langsat, di sebalik daun ,lebat dengan buahnya...capture dari dalam rumah atok..
walau indah pemandangan,di sebalik tu penuh dengan nyamuk...musim denggi sekarang ni...
semua buah ada di kebun atok( anak-anak panggil) ciku,belimbing buluh,jambu,terung,cili cempedak nangka,langsat,pisang,durian,serai dam bermacam-macam jenis ulam...kami tak pandai nak kait-kait apa yang atok bagi,itulah yang kami ambil...alhamdulillah..aku balik rumah,suami ketempat kerja,dah lewat katanya..lama tak jumpa meleret-leretlah sembangnya...

Rezeki Allah itu sangat luas. 
Allah berjanji dalam surah Ibrahim (14) ayat 7 : “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.”


Tuesday, December 24, 2013

Simple tiramisu

This silky,smooth,delicious chocolate cake tastes just like tiramisu n it's so easy to make....

Tiramisu is one of my very favorite dessert
Tiramisu is one of my very favorite desserts.
Tiramisu is one of my very favorite desserts.
Tiramisu is one of my very favorite desserts.


cream cheese
susu cair
Whipping cream
chocolate cake(kek gulung yg di beli)
berry or any fruits
chocolate ganache
coco powder

cream cheese,susu cair,whipping cream di pukul...(whipping cream di pukul dahulu sehingga adunan kental,baru diikuti susu n cream cheese.
susun kek n tuang cream, nak campak cara sopan pun boleh.. masukkan dalam peti ais selama 20 minit..ambil masa 15 minit saja untuk membuatnya..sangat mudah...azhan pun boleh buat..so easy..


Tiramisu is one of my very favorite desserts.

Sunday, December 22, 2013

Engagement cake

Bismillaah ArRahman ArRahim...




 rainbow cupcakes
 fondant cupcakes
 Berehat di Hotel Equatorial Penang..
cuti-cuti pun kena tazkirah..

Wednesday, December 18, 2013

SYUKUR


Bismillaah ArRahman ArRahim...

Terima kasih kerana berkunjung ke sini..

Alhamdulillah sibuk dengan tempahan rempeyek..inilah rezeki yang Allah limpahkan kepada hambanya..tuntutan duniawi...untuk mencari sesuap nasi..berbaki menyudahkan tempahan kek pertunangan..akan aku bereskan jua...
mendapat 5A dalam upsr
mendapat tawaran ke asrama Sains Selangor,tapi azhan menolak kerana tidak sanggup berjauhan..aku juga berat hati untuk melepaskannya biarlah dia membesar di depan mata..
belajar tanpa mengikuti mana-mana pusat tuisyen,seorang hafiz juga, dipantau oleh aku dan suami.
berjaya menghafaz surah Yassin dalam masa 2 minggu pernah menerima anugerah hafazan di masjid berhampiran..sehingga kini masih menghafaz al-Quran.Taat pada perintah Allah di senangi guru dan rakan-rakan..
Hari ini dengan berkat usaha dan doa mendapat 8A dalam PMR..Tajuk diatas memotivasikan aku dan anak, kerana latar belakang bukan penghalang kepada kejayaan.

terharu seorang ayah

Sunday, December 15, 2013

Sejarah

Bismillaah ArRahman ArRahim...

Semasa masih kecil lagi, bilik tidur Muhammad Al fateh, (yang pada dewasanya ketika berumur 23 tahun, adalah penakluk kota konstantinopal yang termasyur dalam sejarah Islam ) telah dilukiskan peta konstantinopal atas arahan ibu ayahnya. Ini merangsangkan daya keinginan, menguatkan objektif, fokus dan semangat anaknya dalam tempoh ia membesar.

Bagaimana pula ibu ayah zaman sekarang? Kita selalu lupa akan objektif kita membesarkan anak dan selalu kalah dengan permintaan mereka.. Atau mungkin juga kita tidak tahu besarnya impak dan kesannya jika impian itu ditanam sejak anak itu masih kecil. Akhirnya bilik mereka penuh dengan angry bird, ben10,ultraman,superman,barbie,hello kitty,batman,ironman dan princess yang tidak kemana..

Kenapa taksub sangat dengan patung-patung agenda yahudi.

Rasulullah bersabda:
"Memberi ilmu ketika masih kecil, laksana melukis di atas batu!" (Riwayat Baihaqi dan Thabrani).

"Pelajari peraturan Allah ke atas kehidupan ini.Sejarah silam akan menghubungkan kita dengan masa hadapan."(Ibnu Khaldun).

sedikit tentang Al-Fateh
satu ketika, dalam perjalanan menuju ke Constantinople, tentera al Fateh melalui sebuah ladang anggur yg besar yang sedang masak ranum. namun, sebelum melalui ladang tersebut, al Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu walau sebiji. perjalanan diteruskan hingga di suatu tempat mereka berehat. setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al fateh keluar dari khemah al Fateh dengan wajah yang sugul serta memanggil semua tentera berkumpul. Dikatakan  al Fateh telah jatuh gering. maka setelah diteliti oleh doktor, ubat yg diperlukan adalah sebiji anggur. maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin al fateh akan terus gering dan mangkat. malang, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. lalu tahulah al fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat fizikal, malah rohani mereka jua. benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. maka keluarlah al Fateh dari khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepada mereka akan maksud sebenar..

gambar di bawah tiada kena mengena... cuma bagaimana harus menjana otak..kreatif berdaya saing.sesuai dengan zaman sekarang...cita-cita anak-anak juga berubah-ubah,bila tanya Azhan nak jadi apa,dia jawab,nak jadi jurutera,bila tanya kenapa nak jadi jurutera?,dengan bersahaja dia jawab nak buat senjata untuk orang Islam,tanya pula Muhammad nak jadi apa bila besar?",sebelum ni dia jawab nak jadi ulama,lepas tu dengan cikgu sekolah,nak jadi saintis,baru baru ni bila tanya Muhammad nak jadi apa?",dia jawab Muhammad nak jadi pejuang Hamas"...hairan bin ajaib mana dia tahu pejuang Hamas..rupa-rupanya dia dengar apa yang aku bualkan dengan suami..tajam sungguh ingatan Muhammad..Aku juga rajin bercerita mengenai siapa Muhammad al-Fateh.

Bila kenang balik zaman sekolah,aku pernah masuk pertandingan berpidato,dan pertandingan kuiz antara sekolah,sejarah mata pelajaran terbaik...memang aku suka subjek sejarah...dapat tempat kedua..tau hadiah apa aku dapat.."di bungkus dengan kertas minyak..'tupperware" jadilah..penat aku berlatih malam-malam pakai pelita je..menjerit macam orang gila..NI TOPIK SELALU CERITA PADA ANAK-ANAK..

Rekabentuk hotel ciptaan iman soffea dan pingat gangsa hasil ciptaan kereta solar adibah baru-baru ini..

Friday, December 13, 2013

"Jangan menerakakan orang'


Malam tadi aku ambil kesempatan menonton tv,rancangan apa pun boleh,tidak dilarang sama sekali,sebab encik suami setiap malam jumaat selepas maghrib ada kelas tajwid dan kuliah.Masa ni aku akan menjadi jahat sikit, on tv bila semua selesai urusan dengan Allah.Mula-mula aku tengok astro 104,Cik Ta dengan En Zin tu nikah,bukan main mewah lagi mereka..aku tak nak komen apa-apa..tak mahu nak menerakakan orang,cuma aku nak belajar dari apa yang aku lihat,sebab kita pun ada anak-anak yang semakin membesar,dan tak tahu pun masa depan mereka.aku menonton dari sudut yang berbeza,iaitu setiap paparan menjadi pengajaran.

Bila habis rancangan Cik Ta dengan En Zin,aku ubah untuk lihat primadona.tajuk, kalau tak silap kawin campur.Ahli panel Puan Ning Baizura dengan Puan Nurul Wahab,diacarakan Puan Raja Azura,Cik Ta,dan Puan Erra Fazera,ini pun aku tak nak komen apa-apa,dan tak mahu menerakakan orang,cuma bila melihat pakaian pengacara aku jadi kesian,cuma aku hairan mereka tak ada kuasa ke untuk berkata "aku tak nak pakai pakaian ni,sangat berwarna warni dan menjolok mata",sedangkan mereka menjemput ahli panel seperti Pendakwah terkenal,aku menonton pun jadi tersangat malu,mereka tak ada perasaan malu ke?
Yang sedihnya,malam tadi bila ahli panel bercakap dan memberi pendapat tentang kawin campur,terutama  Puan Nurul dan Puan Ning,sangat menyedihkan..bila Ustaz Abdullah Tee pula memberi pendapat sangat terharu penuh pengisian ilmu.Ini pun aku jadikan pengajaran.

Habis rancangan primadona,aku menonton pula drama,kisah rumahtangga,kawin cerai,juga jadikan pengajaran,drama yang bermesej..
Dalam pukul 12 malam suami sampai,"tak tidur lagi ke" kata suami..lantas aku jawab:"tak"..
Malam tadi aku,azhan,suami dan anak buah sempat melanggan astro first 'Ustaz mu tunggu aku datang"
lihat separuh,aku dan suami terlelap tinggal Azhan dan anak buah saja yang menontonnya..
aku dan suami sempat komen yang separuh tu,'ini ke film?,dubbing suara punyalah teruk..sedih sungguh..drama swasta lagi elok..dah bertahun-tahun takat ni ajelah film malaysia..kenapa orang suka menonton film luar,inilah jawabannya.aku akan sambung hari ni untuk menonton,bukan sebab apa,cuma nak lihat mesej Ustaz Azhar Idrus yang nak di sampaikan..dan juga dah bayar rm15.

Sempat bercerita dengan suami mengenai apa yang aku tonton...kata suami:"lain kali jangan tengok buang masa je".

kami cuma menonton rancangan yang memberi faedah dan pengajaran, hiburan di larang sangat..yang dia atas tu aku curi-curi tengok..akhir kata aku senyum sendiri..


Thursday, December 12, 2013

Welcome...??

"Bila tengok gambar-gambar zaman dulu-dulu..
Zaman jahiliah..
Baru tahu kita pernah bodoh..
Buta mata hati..
Kerana dulu tak pernah nampak..

Jalan menuju Ilahi..
Allahu..
Ya Allah..
Terima kasih untuk sekarang.
Untuk Hati yang menangisi dosa-dosa lalu."
 "Setiap kali kita menarik nafas,pada hakikatnya semakin dekat kita ke alam kubur."

 bacalah buku ini..carilah.
semoga kalian juga mendapat ibrahnya.

Tuesday, December 10, 2013

Akhirnya....


Bismillaah ArRahman ArRahim...
Salam kasih buat semua sahabat...terima kasih sudi berkunjung ke teratak ini...


Semalam adalah satu hari yang menyesakkan dada,menunggu dan menunggu dan akhirnya..
bayangkan undang-undang semua kolej matrikulasi,jika target point yang mereka kehendaki tidak mencapai sasaran akan ditendang keluar atau turun kepada program dua tahun.Tidak boleh tidur malam,,tak lalu makan dan tak lena tidur itulah yang dialami anakanda adibah,aku dan suami hanya mampu memberi kata-kata semangat,redha dengan apa saja ketentuan.seminggu message berbau motivasi, dorongan dan segala macam firman dan hadith.
satu hari aku dengan adibah bermessage...termasuk suami,..nak call juga tidak boleh sebab dia ada sessi belajar,katanya pensyarah ada didepan mengajar,jasad aje ada di situ,tapi hatinya bercelaru dan gelisah.

Message yang senang hati membaca antaranya,"dari kelas sains tidak ada yang di hantar balik,cuma dari kelas account"fuhh lega terus buat sujud syukur.
49 orang pelajar turun  program dua tahun dan tempat ketiga kolej matrikulasi terbaik ..

mengubah cara kita memandang dan mentafsir kehidupan  dengan mengubah apa yang ada dalam diri berkaitan iman dan kepercayaan  dan dengan itu memahami tujuan sebenar hidup kita -- adalah seperti menginginkan diri sendiri nampak cantik di dalam cermin dengan memakaikan solekkan kepada bayangan kita sendiri di dalam cermin!

Untuk sampai kepada apa yang diimpikan, kita jangan jemu untuk belajar dan terus belajar.

Bertanyalah kepada Ahli Zikir jika kamu tidak ada pengetahuan tentang hal itu.” (An-Nahl:43) .

Akhir kata anakanda adibah telah lulus dengan cermerlang dan akan meneruskan perjuangnya memburu ilmu.

p/s di sebabkan masaalah infrastruktur Kolej Matrikulasi kelantan masih belum boleh beroperasi dan akan dijangka beroperasi pada tahun hadapan dengan pengambilan pelajar baru..so dengan erti kata lainnya...adibah dan yang lainnya tak perlu ke Kelantan..





Sunday, December 8, 2013

Homemade cakes


Chocolate/oreo fruits cake
By: Me
Location: Dapur kecilku
Price: Rm75

Impressive to look at as homemade cakes and also wonderful to eat..

"Thinking,hesitation,and delay is quite good and useful in worldly affairs,but is not advisable for the deeds concerning the world hereafter."(Abu Daud)


Friday, December 6, 2013

Disebalik pokok epal..

  Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.
Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar
pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik
serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat
lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut
begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai
budak tersebut.
Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang
remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di
sekitar pokok epal tersebut.

Namun begitu, suatu hari dia datang
kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan
engkau," jawab budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah
budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang
ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat
membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu
dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal
itu merasa sedih.

Masa berlalu...
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal
itu merasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk
mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat
perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak
itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong

dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya. "
Pokok epal itu memberikan cadangan.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok
epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang
gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak
kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah
usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang
pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau.
Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat
rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan
akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk
memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk
memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk
belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua
itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan
berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.



 Pokok bunga ni tak ada kena mengena dengan pokok epal ye..saja nak tayang bunga segar di balkoni...milikku...


Thursday, December 5, 2013

Memerah otak


 Hasil kajian pakar kejayaan seseorang ditentukan oleh aspek otak kanannya,jika otak kanan aktif dan dominan dibanding dgn otak kirinya,maka peluang kejayaan semakin tinggi..caranya berfikir dgn lebih,menyusun lego menjadi sebuah bentuk,berjalan-jalan,berenang dan sebagainya.otak kanan berfungsi mengembangkan EQ emotional quotient.cara lain mengembangkan otak kanan ialah dengan solat.

 hadiah azhan masa percubaan PMR.,,







Monday, December 2, 2013

"Aktifkan otak kanan dengan solat"

Buku ini aku beli dua minggu lepas,oleh kerana kesibukan,aku biarkan saja di atas rak.tapi bila ada masa akan aku belek-belek.
SubhanAllah.. apa yang buatkan aku terkedu ialah intipati yang terdapat dari pembacaan,yang buatkan aku tak henti bergetar jantung sampai sekarang.

Seberapa banyak solat yang telah kita lakukan?Dan,berapa banyak pula kita gagal hadirkan hati dalam setiap rakaat solat kita??


bacalah buku ini..carilah.
semoga kalian juga mendapat ibrahnya.

"Aktifkan otak kanan dengan solat" 


“Saat Allah swt mencintai seseorang, tempat pertama sentuhan cinta itu ialah hati mereka. disitulah Allah melenyapkan segala rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan yang bersih. hati kita seolah berbisik,”

Jangan berputus asa untuk berubah ...


Sunday, December 1, 2013

Berrezeki dengan limpah kurniaanMU

Ya Allah,
Jauhkanlah diriku dari sifat
'ujub, riak dan takabbur
tatkala aku menumpang dibumiMU
berlangitkan kekuasaanMU
bernafas dengan izinMU
serta berrezeki dengan limpah kurniaanMU

Ya Allah,
Sesungguhnya tiada daya dan kuasa melainkan
dariMU jua.


Pagi-pagi minggu semalam aku dah message adik,"salam dik hari ni kek siap,nanti petang sikit datang ambil ye".
Jawab adik "waalaikumsalam,ok nanti petang adik ambil,sekarang ni adik kt kelantan ada kerja kat sini."
lantas aku balas balik message adik:"oo ye ke, bolehlah bawa ole-ole".
adik tanya nak ole-ole apa,"budu dengan taik itik" kataku..aku bergurau.adik jawab balik "budu nanti adik belikan,taik itik mana ada,taik orang adalah..heheh"."Adalah!kalau taik orang kat rumah ni pun banyak..heheh".Dalam pukul 7 petang sampailah ole-ole itu..adik sempat singgah kuantan ,lalu karak singgah rumah kecilku.
 aku cuma ambil tiga botol budu,dua suami bagi kawan opis,satu cukuplah untuk aku...aku aje yang makan..petai dua tiga papan,keropok tiga bungkus yang lain-lainnya bagi pada adik dan abang.
durian makan sama-sama

Aku terus call adik  yang tinggal di subang,kalau kau nak bla..bla..mai datang ambil..kebetulan adik dalam perjalanan  balik dari bangi..Aku juga call abang,suruh datang ambil,tapi tak ada jawapan..tak apa,boleh kirim pada adik nanti, sebab diorang tinggal berdekatan.
Dalam pukul 9 malam adik sampai,ketika tu suami belum  balik dari masjid...
sementara menunggu suami balik,aku bersiap untuk makan malam.Kata adik: "kami dah makan pizza tadi".
"Yelah tu pizza,kenyang ke?"jangan nak pizza sangatlah..kau tak nak sambal petai udang dengan masak lemak ikan cili api ni"?.suami balik kami makan sama-sama,lepas tu makan durian,kek pun ada ,adik dan anak-anaknya tak larat nak makan kek,tapi adik minta nak tapau balik..dalam sembang sembang,cerita pulak pasal kereta adik yang kering minyak hitam...alhamdulillah ada lebih minyak hitam,"ambillah".
Dalam pukul 12 malam adik balik.sebelum balik sempat saya bergurau dengan adik
"sampai minyak hitam pun kau tapau ye"..kami semua pakat ketawa..."


 Orang memberi kita memberi juga...alhamdulillah




Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)