Pages

Friday, June 24, 2011

Ehhh..mana kasut lg sebelah ni..

     Manusia memang pelupa,selalu terlupa kat mana letak barang,terlupa ada temu janji,terlupa pasal  isi-isi penting pelajaran sampai tak mampu nak jawap dgn tepat dlm exam dan sebab itulah manusia perlukan organizer dan reminder.
      Tak apa,manusia memang sering lupa itu dan ini.Dah manusia di namakan manusia kerana sifatnya yg pelupa.Tapi jangan sesekali kita terlupa bahawa kita pernah beraku janji dengan pemilik timur dan barat serta pencipta langit dan bumi.Kita pernah "menandatangani" satu kontrak dgn pencipta kita.Itulah kesaksian tauhid.
      Jika kita selalu ingat"aku janji dan kontrak yang pernah ditandatangani dulu,hendaklah perjalanan kita mencari redha Allah pasti tidak akan tersasar walau iman ada naik turunnya.
       Kekallah fokus demi memenuhi aku janji yg pernah dimeterai dulu dengan sentiasa mengikut majlis ilmu dan mengamalkan ilmu yang ada,bergaul dengan orang soleh dan selalu muhasabah.
      Allah berfirman yang bermaksud;'Dan(ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka(seraya berfirman);'Bukankah Aku ini Tuhanmu?'
    
      "Mereka menjawab;Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi'.(Kami lakukan yang demikian itu) agar pada hari kiamat kamu tidak mengatakan; "Sesungguhnya kami (bani Adam) ialah orang yang lengah terhadap ini(keesaan Tuhan)".{Surah al-'Araf 7:172}

Wednesday, June 22, 2011

Keutamaan azan

       Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a;Rasulullah saw. pernah bersabda,"Ketika azan di kumandangkan,setan lari tercirit-birit sambil kentut sehingga dia tidak mendengar suara azan.Ketika azan telah selesai di perdengarkan ia muncul lagi dan pada saat iqamah di perdengarkan ia kembali lari tercirit-birit dan setelah iqamah selesai ia muncul lagi dan membisikkan sesuatu ke dalam hati manusia (untuk mencegah manusia khusuk dalam shalatnya) dan membuatnya teringat segala sesuatu apa yang tidak dia ingat ketika belum mengerjakan shalat dan menyebabkan ia lupa berapa banyak(rakaat) shalatnya.{1;582-S.A}

Basuhlah hati..

Sesungguhnya hati yg ada dlm hati kita boleh dilatih supaya menjadi kuat dan gagah,latihlah hati kita agar banyak memaafkan,bertolak ansur dalam banyak perkara,tidak terlalu mengikut perasaan dan cuba memberi kasih sayang.
      Sekiranya kita mampu untuk menyayangi seluruh mahkluk Allah,jadi jangan biarkan hati ini merasa sempit kerananya,sesungguhnya hati itu luas dan cukup untuk setiap orang mendpt tempat.
 Pada setiap malam sebelum tidur,latihlah hati kita untuk memberi kemaafan.
   

Monday, June 20, 2011

Tak tunjuk pandai...kehidupan akn berjln terus,mesti pun kita cuba menolak dan melawannya..

Menuntut ilmu dgn ikhlas ialah suatu ibadah yg Allah suka.Alangkah ruginya jika kita hya mmpu menuntut ilmu kala usia sudah lanjut,tetapi tidak memanfaatkan usia muda ketika masih bertenaga dan tajam minda.Masa hidup ni kita gunakan untuk belajar dan belajar untuk memimpin diri sendiri,keluarga dan sahabat handai,ingat mengingati itu adalah lebih baik,jika kita tidak tahu pada hari ini ,tak kan kita tak nak tahu selamanya.Kita perlukan panduan agama untuk memimpin diri.
       Jangan rasa tersindir apabila ada orang menghebahkannya.Jangan sampai rasa malu apabila anak sendiri atau saudara sendiri yg menegur,bukan nak tunjuk pandai,atau nak tunjuk hebat dlm menyampaikan ilmu Allah,.Bayangkan jika sepanjang hidup kita sentiasa dilimpahi dgn kebaikan dan rahmat Allah.Rasulullah s.a.w. memaklumkan kpd kita mafhumnya;
 "Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan pada dirinya,pasti Allah menganugerahinya pemahamman dlm agama".(Riwayat al-Bukhari)
Kaedah berbeza,matlamat sama,berdasarkan pengalaman,nisbah yg berminat dan mempunyai kesedaran terhadap islam adalah sgt kecil berbanding yg tidak berminat,peratusan kecil yg menyukai mesej santai lebih besar drp mesej yg berat dan berdalil.Bilangan yg suka pada dakwah secara santai itu,yg lebih gemarkan hiburan berbanding membaca atau mendengar..Berintergriti (jujur) dlm menyampaikan,

Friday, June 17, 2011

Kalau gagal juga macam mana..

Anak2 harus di ingatkan kita semua hamba Allah s.w.t. Allah saja yg boleh memberikan kita kejayaan atau kegagalan mengikut kehendak-Nya.Penting sgt2 anak tidak menghukum diri diorg dgn tanggpan negatif,jgn mengutuk diri sendiri,tak guna la,bernasib malang la atau takde masa depan la.kita bg la semangat kat di org,biar gagal sekarang,jgn gagal kemudian hari.
 Jangan mematahkan semangat anak2 dgn kata2 yg negatif,contoh"mmg kau ni tak pandai",bodoh ..jgn sesekali.kalau nak ckp jugak cakap mcm ni,"kenapa dpt markah byk ni je,nak jadi tak pandai,atau nak jadi bodoh,
          Kalau anak2 berasa diri terlalu susah menhadapi ke gagalan,lihatlah betapa kentalnya jiwa Rasulullah s.a.w,baginda selalu berdakwah tanpa henti samaada berjya atau gagal.Parentnya pulak jgn la nak ungkit2 pasal,penat cari duit la,n mcm2 bebelan lg.Bagilah keyakinan pd anak2 bahawa Allah s.w.t sentiasa menjadi penolong,belajarlah dgn jujur untuk menjadi terbaik n terimalah apa2 je yg Allah takdirkan untuk kita.
        Alhamdulillah baru2 ni anak2 baru je habis exam mid year,tahniah Adibah,Azhan,n Iman, dgn keputusan yg cemerlang,tapi tak secemerlang result Iman Soffea..

Wednesday, June 15, 2011

Agak susah nak pandai ye...

  Sambungan seterusnya,no berapa ye.....??ok
 11.pastikan anak2 bangun untuk solat taubat,tahajud,hajat,witir pd setiap malam,anak2 kat rumah ni selalunya buat bila dua tiga bulan lg nak exam,lebih kerap bila hampir2 nak periksa,dan setiap malam.Habis exam biasanya lupa sekejap,kita la tolong remind kat di org,"Jangan bila nak exam je,nak bangun tgh2 malm bersolat."ni ayat yg selalu kami guna,bila anak2 dah mula lupa..tapi jgn anak2 je bangun tgh malam utk bersolat,ayah dgn mama wajib bangun..biasanya  si mama lah yg bangun mengejutkan anak2,senang je nak kejutkan diorg ni,spray je muka anak2 dgn air,mmg dah ada kat rmh,ianya sebenarnya untuk iron baju..dua dlm satu..la katakan.
 12.Puasa sunat isnin dan khamis,selalunya Adibah rajin la buat,azhan jarang2 la,takpe janji dia ada buat.
 Eh bila dah buat semua tu bila pulak di org nak belajarkan..
 1.Anak2 ada yg sekolah sessi pagi dn petang,ok anak yg sekolah pagi,biasanya bangun awal ,biasanya bangun pukul 4.30pg masa ni,siap solat,baca yassin,baru lah si anak mula belajar dpt belajar 45 minit pun jadilah,
 Balik dr sekolah mandi,solat,makan dan tidur selama satu jam,kadang2 adibah tak tidur pun,tambah2 bila nak exam..selalunya  si mama akan paksa dia tidur,tak masuk pun kalau mengantuk..
 Sebenarnya ada waktu2 yg sesuai untuk belajar,pelajaran apa,dan waktu yg sesuai..contoh matematik sesuai sgt kalau belajar waktu petang,sbb masa ni otak kita sedang aktif.
Sejarah,geografi,ugama islam,chemistry,fizik,sesuai pd tgh malam,subuh dan pagi,masa ni otak sedang menerima oksigen,masuknya waktu subuh,buka la tingkap kerana ia menyegarkan.
 Sekurang2nya satu hari dua jam waktu untuk belajar(belajar yg betul2 berkualiti lah) biar belajar tu berkualiti bknnya berkuantiti, maksudnya biar belajar tu sikit tapi berkualiti,jgn nampak byak belajar tapi,habuk pun tak ada,mcm tin kosong,bunyi je lebih,tapi isi tak ada.

Susah la nak jadi pandai..

Assalamualaikum,lama sudah aku tak menaip apa2 kat blog aku ni..malas benor nak mengupdate..tapi kali ni aku nak le kongsi tip macammana nak bg anak2 kita ni sentiasa cemerlang dunia akhirat,Pertama sekali anak2 kena ada semangat nak pandai dan sentiasa nak buat yg terbaik.Kalau kwn2 diorg pandai,anak2 kita kena la lebih pandai,kalau kawan2 diorg boleh,kenapa kita tak boleh..Bukan la nak meletakkan harapan yg tinggi pada anak,tapi bila diorg dah ada semangat nak belajar dan nak pandai,anak2 akan berusaha sendiri untuk mendptkan yg terbaik.
               
Ok,kita sebagai ibubapalah yg memainkan peranan,macam mana nak mendisiplinkan anak2.
1.Mama dgn ayah kena bagi contoh yg baik
2.Jaga solat,biasakan anak ambil wuduk,5 minit sebelum masuknya waktu solat,
3.Dalam sehari ambillah dua waktu untuk solat berjemaah.
4.Lepas solat ashar,baca Al quran.
5.lepas solat maghrib buat hafazan,pilih lah surah mana2 pun.
6.Buat hafazan setiap hari,tak kira la waktu bila,biasanya lepas solat fardu.
7.Dalam seminggu si ayah buat tazkirah,ambillah masa 2 kali dlm seminggu.
 waktu ni tugas si
 ayah,membaca tafsir,hadis,dan buku2 ilmiah.

Nampak macam tak terikutkan,mesti boring.
ok kita sambung no seterusnya.

8.setiap hari selepas solat subuh baca surah yassin.
9.sarapan setiap pagi wajib,n makan tujuh biji kismis,kadang-kadang budak2 lupa,so kita sebagai parent's kena la rajin,ambil tujuh biji kismis bacakan Al fatihah sekali dan selawat tiga kali pastu suapkan kat mulut anak,yg besar2 tu baca sendiri la,yg pasti kismis tu sentiasa ada atas meja.
10.Pastikan dua minggu sebelum anak nak exam,kita sebagai mama kena masak masakan yg berkhasiat,contoh masak rebus2 terutamanya ikan.jgn sesekali masak yg pedas2..takut nnti masa anak nak exam perut pulak buat hal,pastikan anak makan sayur,cari sayur yg dimakan ulat.Dan nasi pulak nasi yg baru,jgn bagi anak makan nasi semalam,yg semalam biar mama dia makan sbb mama diorg dah luput tarikh...

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)