Bismillah
Petang semalam masa jemput muhammad balik dari sekolah.."dari jauh dah senyum terpanggil-panggil "mama..mama..
"mama muhammad dah jumpa buku teks muhammad.'
alhamdulillah jumpa kat mana sayang"..kawan muhammad terambil..tadi masa cikgu tanya sorang-sorang ada sapa terambil buku muhammad..tak sempat cikgu tanya kawan muhammad yang ambil buku tu...dia terus angkat tangan.."saya terambil, lupa nak bagi tahu,saya tertinggal kat rumah"..
"esok bawa" kata cikgu.
akhirnya...
Terima kasih pada semua sahabat yang sudi nak membantu SalbiahM,Acik Erna,Mayang ABDUL RAZAK,dan cadangan dari Kakzakie.dan juga sahabat-sahabat lain..sangat sangat aku hargai...
Sehari selepas hilang buku,muhammad bertanya masa dalam perjalanan nak hantar dia ke sekolah..'muhammad setiap hari baca..doa Nabi Yunus
"Laa ilaha illa anta. Subhanaka innii kuntum minazhaalimiin"
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau,
sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”(Q.S.Al-Anbiya
: 87)
"kenapa Allah uji muhammad?..aku jawablah "Allah uji muhammad,itu tanda Allah sayang muhammad'..Allah ujilah..nanti kalau Allah tak uji, muhammad leka..'ni dah di uji muhammad nak baca doa tu lagi tak.?."nak..nak" sambil hangguk kepala.
setiap hari doa inilah yang dia baca sepanjang perjalanan dalam kereta hingga sampai sekolah dah jadi rutin dia. aku pernah cakap dengan dia..muhammad baca doa ni setiap masa,setiap hari in shaaAllah. Allah lindungi kita, mudah segala urusan.
bila jadi perkara hilang buku ni dia persoalkan balik....kenapa itu,kenapa ini..akhirnya dia faham dan makin semangat...
"kalau ada rezeki adalah,kalau tak ada takpe,nanti kita beli yang baru."
Moral of the story
Jangan pandang remeh masaalah anak-anak..pentingnya menjaga barang atau apa saja yang bukan hak milik kita,berdisiplin,tenang menghadapi situasi dan redha.
p/s pesan dengan muhammad ucap terima kasih pada kawan muhammad bila dia dah bagi buku..lepas tu jangan sebut-sebut lagi pasal buku hilang tu kat dia..kesian dia.dia tak sengaja terambil..."ok mama"
Alhamdulillah..senang hati muhammad dan maknya jugak
ReplyDeletealhamdulillah...ha ah senang hati mama dan anak..hihi
DeleteKakak jadi terharu. Berkat doa, usaha dan cekal akhirnya dipertemukan
ReplyDeleteAllah buka hati anak yg terambil tu utk memulangkan juga. Kita tolak tepilah pasal dia sebenarnya sengaja atau tak. Yg pasti doa anakanda Muhammad dan mama dah diterima Allah. Alhamdulillah...
yelah kak..alhamdulillah
Deletealhamdulillah ya terharu kaknoor membaca..
ReplyDeletealhamdulillah
Deletealhamdullilah kak nor..
ReplyDeletealhamdulillah
Deletealhamdulilah jumpa juga....dengar kata anak soleh muhamad ni...
ReplyDeletealhamdulillah
DeleteBetullah Knor masa kerja dulu, pernah cari fail tak jumpa tp lepas baca doa ni boleh terjumpa pulak.... Mmg alhamdulilah sangat sangatlah masa tu...
ReplyDeleteLega dahlah Muhammad tu ye....dah jumpa buku dia
alhamdulillah lega hainum
Deletealhamdulillah...dah selesai masalah kehilangan buku Muhamad , dulu hanis pon sama.. dan kes lain plak hari tu masa dlm perjalanan balik dari kampung yg ada prob kereta tu Diana kata dia dok baca doa Nabi Yunus ...syukur alhandulillah segala urusan menjadi mudah dengan izin Allah SWT.
ReplyDeleteApa2 pun kita kembali kepada Allah SWT..kn pcl.
Deletetak lama lagi dptlah kereta baru tu..
Terharu baca entri ni. Kena latih anak mcm ni jugak klw brg hilang atau setiap kali ada masalah. Lega dh muhammad ye.
ReplyDelete