Pages

Monday, September 30, 2013

Godek-godek


Dua tiga hari ni malas masak, malas buat apa-apa pun..oleh kerana perut kosong,godek-godek peti ais dapatlah dua biji kiwi dan sedikit yogurt...

susu cair
yogurt
gula
kiub ais
kisar
 begini le rupenya...
khasiat,sendiri googlelah ye..yang paling penting bakteria baik akan lawan dengan bakteria jahat...
lassi manggo,godek-godek peti ais juga..akhirnya dapat dua biji mempelam harum manis..yang sangat-sangat manis..sebelum ia membusuk..kan.

 boleh le di minum...


godek-godek peti ais dapat le dua biji jambu..apa lagi..nyum..nyum
ada sebiji berbaki,buat jus jambulah pulak..

sebiji jambu
gula
air
kiub ais
pisang ni beli untuk azhan..esok kan nak exam PMR..tak payah sarapan bagai..ambil sebiji pisang,madu,coklat minda dan kismis..cukuplah untuk dia bersarapan dengan  dimulakan dengan bismillah disudahi dengan alhamdulillah..di iringi doa...sapu sikit ubun-ubunnya disertai doa dan berselawat..

doakan ye rakan-rakan..

"Orang yang paling bahagia ialah orang yang suka melihat orang lain bahagia" - Profesor Dr. Muhaya

Teruna dan gadis bunga


semalam menghabiskan masa seharian menyudahkan  gaun flower girls ..siap tiga helai dengan tema putih,purple..


pengantin hendakkan ciri-ciri gadis bunga Islamik dengan gaun berlengan panjang(inner) dan bertudung..untuk lelaki bunga pulak berjubah lengkap bersongkok...
separuh jahit separuh tampal pakai gam uhu je.....senang boleh tukar-tukar tema nanti..

nak sewa pun boleh..di alu-alukan..tak adalah berlaku pembaziran...

gaun ni dah digayakan lebih dari 10x..berjasa betul gaun ni...

bakul,crown..semua tersedia..

cantik bergaya mengalahkan si mempelai..pasti tetamu tak tengok pengantin..tertumpu pada anak-anak comel ini aje..teruna bunga siap membawa tasbih dan berselawat..


tengok kaki siapa tu?..iman soffea dah mengayakannya..

Thursday, September 26, 2013

Pelita

Dalam hidup seharian kita perlukan penerang untuk melihat jalan supaya tidak tersembam atau tersesat.


  "Bukan dari golongan kami orang yang tidak menyayangi orang yang lebih kecil,dan tidak tahu menghormati orang yang lebih besar". (HR.Abu Dawud dan Tirmidzi-158)



















"Kembalilah kepada keluargamu dan didiklah mereka". (HR.Bukhari-160)



















"Buatlah segala sesuatu menjadi mudah,dan jangan mempersulit,dan berilah khabar gembira jangan membuat mereka lari".(HR.Bukhari-161)



















Dari 'Aisyah berkata,telah datang seorang Arab kepada Rasullulah saw dan berkata: "Apakah engkau mencium anak-anak? Kami tidak pernah mencium mereka".Berkata Nabi saw:'Apa yang dapat aku perbuat kepadamu jika Allah mencabut rasa sayang dari hatimu". (HR.Bukhari dan Muslim-162)

















Dari Abu Hurairah ra,katanya:Rasulullah saw mencium Hasan bin 'Ali.Ketika itu disampingnya duduk Aqra' bin Habis At-Tamimi.Al-Aqra' berkata:"Saya mempunyai sepuluh orang anak.Tidak seorang pun dari mereka yang pernah saya cium".Rasulullah saw memandang kepadanya,kemudian berkata;"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi".(HR.Bukhari-163)



"Bukan dari golonganku,orang yang tidak menyayangi yang kecil dan menghormati yang tua dan menyuruh yang ma'aruf dan mencegah yang mungkar".(HR.Tirmidzi-166)

p/s muhammad tak sedar ketika gambarnya diambil tengah khusyuk membaca..yang bagusnya iman, meletakkan tiga biji bantal untuk keselesaan adiknya..

Wednesday, September 25, 2013

Sanah helwah Azhan



selamat hari lahir anak terunaku 26.9...lagi berapa hari berbaki untuk Pmr semoga cermerlang  ya anakku...ibumu ini sentiasa mendokan yang baik-baik buatmu.
ibumu terlalu bz enggak bisa  membuat walau sebiji kek...

p/s Hari ini di Masjid Al-Khairiah Gombak akan mengadakan solat hajat buat anak-anak yang akan menduduki PMR dan SPM.

Makanan paling sedap di dunia


 ini aje yang sempat saya masak untuk hari ni....tapi inilah makanan yang paling sedap di dunia...bak kata Muhammad....'nak lagi ma'..



Tuesday, September 24, 2013

bersyukur kita...

setiap pagi selepas dhuha saya akan memasak hingga tak hinggat dunia...rumah sempit mana nak  letak rempeyek yang banyak ni...atas katil adibah pun boleh,...mentang-mentang tuan dia tak ada,rempeyek tumpang tidur ye...nak solat jemaah terpaksa tolak-tolak perabut buruk yang ada ni...nak buat macammana rumahnya sempit sangat...alhamdulillah ada rumah..kang tidur bawah jambatan, nak ke?
al-kisahnya.

elok-elok rumah teres kat gombak,ada hati nak beli rumah atas bukit puncak alam,teringin nak duduk atas bukit nak menengok pemandangan katanya..moh le kita pindah bang...oklah, jomlah pindah...dah duduk kat puncak alam setahun,ishk ..risau la pulak takut runtuh..jomlah bang kita pindah kat tepi laut...teringin nak tengok laut sambil menikmati angin sepoi-sepoi bahasa..moh le kita pindah..
dah duduk setahun kat tepi laut..ishk risau tsunami melanda..jomlah bang kita balik duduk rumah teres kat gombak...balik..pi mai..pi mai tang tu jugak...manusiakan..tak pernahnya nak bersyukur..

Untuk berada di tempat paling tinggi, letakkan diri di kedudukan paling rendah... jadi hamba Allah..

Kita hanya hamba... terimalah takdir segalanya, terimalah semua manusia seadanya. Jangan memburu yang sempurna... kerana pada yang 'tidak sempurna' itulah terletaknya kesempurnaan kita..

Sunday, September 22, 2013

Durian crepe ala azhan


assalamualaikum sahabat yang di kasihi sama ada kenal atau tidak kenal..semoga semua di bawah lindungan Allah.

ramai yang dah tahu macam mana nak buat durian crepe..kan. ini nak tunjuk pada yang tak tahulah...terutama adik dan kakak saya le..suka makan tapi tak tahu nak buat..sebenarnya ramai yang menempah..tapi saya tolak sebab tak bermenang tangan, maaf ye..yang ini pun saya buat atas permintaan azhan..



whipping cream yang dipukul oleh azhan termasuk durian dia juga yang tolong asingkan isi durian...









kulit saya yang buat azhan cuma choose warna..sesenduk tepung gandum
sebiji telur
sedikit minyak
garam
santan atau susu
esen vanila
setengah cawan air

caranya di blender kesemua
bancuhan agak cair sedikit.

cream+durian+cream+lipat













simpan dalam peti ais...memandangkan takut kebocoran gas,bungkus aje kedap-kedap..nanti ramai yang komplen...tambah bila dalam penghawa dingin di hidupkan..heh..pening kepala bos...



makan puas-puas ye azhan...



Kekurangan sesorang itu membezakan dia dengan orang lain, tapi kadangkala kekurangan itu menyebabkan ia mempunyai satu kelebihan berbanding orang lain... Namun sedar akan kekurangan itu lebih baik daripada bangga akan kelebihan kan?

Thursday, September 19, 2013

Tak sanggup nak tengok pun



Sujud lah sebagaimana kau mahu mengadap ke mana kau suka !

Lihatlah amalan puak syiah yang menunjukkan kesesatan & mempermainkan ibadah pada Allah !

Ada tak yg lebih sesat ?
Lihat photo cara sujud syiah !!




Firman Allah swt dlm surah al An'am ayat 70, mafhumnya , “Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main & senda-gurau, & mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al Qur'an itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri. Tidak akan ada baginya pelindung & tidak (pula) pemberi syafa`at selain daripada Allah.Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan pun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan ke dalam neraka, disebabkan perbuatan mereka sendiri. Bagi mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih & adzab yang pedih disebabkan kekafiran mereka dahulu.”

Dalam surah al hijr ayat 11, pula Allah Swt berfirman, “Dan tidak datang seorang rasul pun kepada mereka, melainkan mereka selalu memperolok-olokkannya.”



sumber fb :Ustaz Zahazan Mohamed

Ya ALLLAH, berilah kefahaman kepada kami tentang agama mu supaya dapat kami amalkan sebagaimana yg telah kau utuskan oleh kekasihmu Rasulullah saw. Ameen

Berniaga



Sejak dua menjak ni asyik tunjuk gambar makanan je..dah surirumah,selagi orang menempah kita buatlah...selagi tenaga masih ada..banyak juga orang menuntut ilmu dari saya..kita bagi je..siap buat demo depan mata lagi..

nak berniaga katanya, dah tak lalu nak makan gaji..seronok juga bila kita ni dijadikan contoh..bangga pun ada..'bangga terharu la'..siap menyanyi lagu aku kaya lagi..

tapi, nak berniaga kena ada minat,tekun dan rajin...rumah tangga jangan di abai,kepada Pencipta lagilah...sibuk atau penat macam mana pun kita kena dulukan Allah. barulah berkat.bangun seawal pagi di ikuti solat dhuha..in sha Allah rezeki tidak akan putus..selalu buat solat taubat..hari-hari kalau boleh...

tip kejayaan adalah mulut zip..kalau penat jangan sesekali membebel dengan family...rumah sentiasa bersih..dulukan solat..





Antara zikir yang bagus ialah "hasbiallahu laaa ilaa ha illa huwa 'alaihi tawakkaltu wa hu wa rabbul 'arsyil 'adzim" -"cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepadaNya aku bertawakkal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki arasy yang agung"
Dibaca 7 kali antara kelebihannya: Allah akan mencukupkan apa yang diinginkannya akan perkara dunia dan akhirat. Kita akan selalu merasa cukup dan tidak meminta-minta yang memudaratkan kesanggupan diri untuk mendapatkannya....


surirumah adalah pekerjaan yang setiap hari akan melakukan pelaburan. Pelaburan ini tidak terhad kepada pelaburan di dunia tetapi di akhirat juga.
inilah hasil muffin tempahan,sedap di dalam cantik di luar..begitu juga dengan perniagaan..hati kena bersih
selalu memberi jika tidak membeli...




masih banyak tempahan masih sempat berblog...."hobi"

Tuesday, September 17, 2013

Lauk kampung


 ikan masin

 ayam masak merah

 kari ikan

masak lemak putih labu dengan kubis
pucuk ubi rebus *sambal belacan.



Kita semua hamba yang lemah



Dosa kita dengan orang..
Hutang kita dengan orang..
Kejahatan kita dengan orang..
Keburukan kita dengan orang..

Bukan satu halangan untuk kita buat kebaikan.
Bukan satu halangan untuk kita berdakwah.
Bukan satu halangan untuk kita menyampaikan kebenaran.
Bukan satu halangan untuk kita memberi pesanan.

Tetapi itulah hakikat bahawa kita merupakan hamba Allah yang lemah.

Baik di sini, buruk di sana.
Buruk di sini, baik di sana.

Kita tidak sempurna. Perlu bergantung kepada Allah.

Namun dengan usaha yang berterusan, InsyaAllah kita akan dikeluarkan dari belenggu kejahatan.

Tiada siapa mahu berbuat jahat kepada orang lain melainkan mereka memang ingin menghuni neraka.

Mereka ada silap dengan kita, kita pula ada silap dengan orang lain.

Jika Allah berikan peluang kepada kita, kenapa kita tidak berikan peluang kepada orang lain?

"semalam"


Dikelilingi insan yang hebat...

Wednesday, September 11, 2013

Jack fruit


Bercadang nak beli nangka tiga bungkus..tapi dapat sebiji..berapa sebiji ye?...rm20 je...
ikutkan lebih..tapi dia pemurah hati...alhamdulillah

biar betul,siapa nak makan banyak ni...
oklah..boleh sedekah pada jiran...suami dan anak-anak di larang makan sama sekali.


selamat dibedah nangka ni .. bab ni bagi pada azhan.
 "ma nak sikit boleh"?
"boleh, makan seulas aje ye"...nanti semput mama yang susah...!!







apa yang nak di buat dengan nangka yang banyak ni..?

martabak nangka..
yang lain tengok aje saya makan....

kembung perut dah...!!












yang bertuala putih tu le yang menjual nangka kat saya..fasih berbahasa jepun...kalau dia fasih berbahasa jepun..saya pula boleh berbahasa cina..tapi kantonis le..kasar sikit bunyinya dibanding mandrin..kalau sebelum ini dia ulang alik setiap kali 3 bulan ke jepun..sekarang tak lagi..dah buka bisnes sendiri..jual nangka ni part time dia..sesiapa nak nangka...boleh hubungi terus knor...atau pergi aje ke taman rekreasi metropolitan kepong..

ni le abang saya...

hari ni bz sedikit,tak sempat nak merayau rayau...nanti saya merayau ye...

Tuesday, September 10, 2013

Masak bersama chef Ismail


Selama hari ni masak sorang-sorang aje..bertuah sungguh saya bila mana kali ini masak bersama Chef terkenal siapa lagi kalau bukan chef Ismail...pertama kali tau...
Resepi mee ayam pedas shitake..



p/s sesekali ye...bila datang penyakit M

Monday, September 9, 2013

Ice Cream Sundae

Tempoh hari anakanda adibah balik,so macam-macam permintaan...nak bawa ke baskin robbins tak mampu..mahalnya tak masuk di akal..kosnya tak mahal bila buat sendiri...kalau nak sedap, ais krim beli yang agak mahal sedikit, lepas tu yakin dengan kehalalannya..yang mahal selalunya tak manis sangat...

dapatlah seorang semangkuk...

1 biji pisang rastali
2 biji strawberry
kepingan coklat
coklat rice
ais krim

mangkuk ni pun koleksi percuma ubat gigi...kebanyakkan pinggan mangkuk saya semua koleksi percuma...pinggan pun saya tak mampu nak beli...


Kadangkala ada suatu masalah yang Allah takdir dalam hidup ini bukan untuk diselesaikan, tetapi untuk kita 'hidup bersamanya'. Itulah saluran kita merintih dan berdoa kepadaNya... sentiasa..


Sunday, September 8, 2013

'"Nak mati sama-sama".


Kata Prof Muhaya kita kena selalu puji anak..melalui kata-kata atau tulisan yang baik-baik..memang saya hari-hari panggil anak-anak dengan perkatan sayang,anak mama,comel,manja,baik hati,bijak,pandai, anak yang soleh,solehah..bangun tidur aje.."assalamualikum anak mama"..

'ok mama' ayat yang anak-anak selalu guna bila di suruh..kalau kita nak baring belum suruh ambil bantal,anak-anak dah ambilkan terutama muhammad dengan iman..perihatin sungguh..siap bagi selimut lagi..padahal nak baring sekejap-sekejap je..

setiap kali solat jemaah muhammad qamat,..lepas habis solat muhammad akan bagi setiap seorang tasbih,muhammad dah  hafaz al fatihah,kursi,dia akan baca kuat sebelum berdoa diikuti zikir subhanallah,alhamdulillah allahuakhbar..dalam diam-diam dia juga dah hafaz surah dhuha...bila habis dia akan kutip balik tasbih tu..lepas tu dia akan lipat sejadah..tugas ni selalu bagi pada azhan..kecik-kecik muhammad dah jadi muazzin..dia juga dah tahu kisah Bilal bin Rabah...Muhammad al-Fatih...tambah-tambah Nabi Muhammad saw.

tak sabar nak dengar dia azan pula...tengah mengajar...



lepas solat mesti muhammad tanya..mama hari ni mengaji tak..?'mengaji sayang'..kalau tak mengaji dia akan tanya "mama period ye' sebenarnya dia tak nak orang lain ajar..
cerita baik-baik...tak salahkan...maaflah kalau ada unsur-unsur nak membanggakan anak..

saya bersyukur dianugerahkan dengan anak-anak yang baik..saya tak kaya,anak-anak adalah harta saya,merekalah yang akan mendoakan saya nanti,bila saya dan suami tak ada...

selalu tanya pada anak-anak bila kami tak ada nanti macammana ye?tiba-tiba semua muka anak-anak tunduk sedih 'semua akan cakap "nak mati sama-sama".


Ya Allah, moga Kau kekalkan kami semua hambaMu ini dengan cinta kpd Rasulullah agar dapat menuju tujuan cinta "Lailaha illah"..

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)