Pages

Saturday, August 30, 2014

REZEKI NELAYAN


Fishermen in Gaza went fishing after war. They found fish that was never seen before in Gaza; in huge quantities.

And who is better than God to suffice them?


segar bugar..sedapnya kalau masak asam pedas,kari,goreng pun sedap....ni..alhamdulillah.nak pergi pasar kuala selangor nak cari ikan segar-segar nampaknya...

sumber dari fb..tumpang gembira dengan rezeki kurniaan Allah swt kepada penduduk Gaza.

"Untuk mengubah satu dunia, ia mestilah bermula dengan diri kita. Untuk berdakwah kepada orang lain, mulakan dengan berdakwah terhadap diri sendiri terlebih dahulu."

Merdeka

Thursday, August 28, 2014

WASIAT SYEIKH SYA'RAWI

Bismillah

Sekadar berkongsi.. sudah menonton video ini banyak kali. Namun entah mengapa,tidak pernah bosan, malah begitu tersentak melihat keberanian Almarhum Syeikh Mutawalli Sya'rawi tatkala berdepan dengan Hosni Mobarak disaksikan pula oleh para ulama' Al-Azhar yang lain.
Teguran terhadap pemimpin...terus terang & penuh kewibawaan.

LIHAT DAN DENGAR SEGALA BUTIRAN KATA-KATANYA....
terjemaahan dalam bahasa melayu...

Sesungguhnya aku wahai Tuan Presiden,aku berdiri atas keletihan duniaku untuk menerima pahala dari Allah.
Aku tidak mahu menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan sifat-sifat munafik.
Aku tidak akan mempamerkan diri aku ini dengan perkara-perkara yang menipu.
tapi aku ingin memberitahu satu perkara kepada umat semuanya,
samaada dari pihak kerajaan atau parti pembangkang ataupun penyokong dan pendokong
dan kepada semua rakyat,aku meminta maaf jika aku ucapkan sesuatu yang kamu semua tidak suka
Aku ingin semuanya tahu bahawa kekuasaan itu di tangan Allah.Allah memberi kekuasaan kepada siapa yang dia suka.
maka janganlah ada komplot untuk mendapatkan kekuasaan itu
dan janganlah ada tipu helah(penipuan) untuk sampai kepadanya(kekuasaan)
sesungguhnya Allah swt telah menceritakan dialog antara Namrud dan Nabi Ibrahim,apa yang Allah taala kata?
tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang berhujah membantah tentang Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya sedangkan dia di dalam kekafiran kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan Namrud.
Maka kekuasaan itu Allah beri kepada sesiapa yang dia mahu.maka jangan kamu melakukan tipu helah kepada Allah
dan jangan kamu membuat komplot (penipuan) terhadap Allah.
kerana seseorang itu tidak mendapat kekuasaan di dalam kerajaan Allah kecuali dengan kehendak Allah
kalau dia seorang yang adil maka manusia akan dapat manfaat dengan keadilannya.
dan sekiranya dia seorang yang jahat lagi zalim maka rakyatlah yang zalim,maka dia menjadi hodoh dengan kezalimannya dan Allah akn menjadikannya buruk di dada-dada manusia.
maka di sebabkan Allah menjadikan dia buruk di dada manusia,rakyat akan membenci setiap orang yang zalim walupun dia tidak terlintas membenci pemerintah itu.

oleh kerana yang demikian ,aku berkata kepada kamu sekelian sesungguhnya kita Alhamdulillah telah jelas kebenaran pada kata-kata Tuhan  berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa yang telah terjadi.
siapa yang terlintas dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah aku nasihatkan supaya dia jangan meminta-minta.
bagaimana kita hendal mentafsirkan kata-kata Allah.
dan mereka merancang perkara yang jahat dan Allah juga turut merancang.
dan bagaimana kita hendak mentafsirkan kata-kata Allah
sesungguhnya mereka membuat tipu daya dan Allah membuat tipu daya juga
maka aku nasihatkan siapa yang terlintas dalam kepalanya untuk menjadi pemerintah aku nasihatkan dia supaya dia jangan meminta-minta.
akan tetapi menjadi kewajibannya menjadi pemerintah ketika mana dia di lantik.
sabda Rasulullah saw siapa yang di lantik untuk sesuatu perkara ,maka dia akan ditolong oleh Allah.dan sesiapa yang meminta-minta sesuatu perkara, maka perkara itu akan memjadi beban kepadanya."
wahai tuan presiden aku ingin katakan sesuatu kepada engkau,mungkin ini adalah pertemuan terakhir aku dengan engkau.'jika nasib kami bergantung kepada engkau,moga Allah memberi taufik(menunjukkan kamu kejalan yang benar)dan jika nasib kamu bergantung kepada kami,moga-moga Allah menolong kamu untuk menanggung beban( untuk menghadapi kami)

Wednesday, August 27, 2014

DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA

Baca dan fahami...
Amat Benar Segala Firman Allah.

Lahirlah kerosakkan di daratan dan di lautan oleh kerana usaha manusia sendiri sehingga Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (azab perbuatan mereka agar mereka kembali kejalan yang benar".-Rum ayat 41

'Bahawasanya mereka,usaha mereka telah tersesat di dunia ini sedang mereka menyangka telah berbuat kebaikan."Al kahfi ayat 54

“Tidaklah kamu akan mendapati kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat itu melanggar batasan had Allah dan rasul-Nya” (Al-Mujadalah : 22).

“Apakah mereka belum mengetahui bahawa barangsiapa yang melanggar batasan ketentuan Allah dan rasul-Nya maka baginya neraka jahannam dan dia kekal di dalamnya” (At-taubah : 63).

Sabda baginda rasulullah : “ Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka bersyahadah bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad sebagai Rasulullah.” (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no. 25 & Muslim no.22).

“Katakanlah kepada orang yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka” (An-Nur : 30).

“Katakanlah perempuan yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka” (An-Nur : 31).

“Dan tetaplah kamu (perempuan yang beriman) dalam rumah kamu dan janganlah berhias seperti hiasan jahiliyyah” (Al-Ahzab : 33).

“Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).

“Dan tidaklah lelaki itu seperti perempuan” (Ali-Imran : 36).

“Dan kepada lelaki itu diberikan kelebihan yang tidak ada pada perempuan dan Allah itu Maha perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Baqarah : 228).

“Wahai nabi katakanlah kepada kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan kepada perempuan mukminah supaya mereka menutup (melabuhkan) jubah mereka ke seluruh tubuh badan mereka” (Al-Ahzab : 59).

“Dan hendaklah mereka menutup kepala mereka sehingga ke leher mereka” (An-Nur : 31).

“Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)" (Surah Al-A‘raf, ayat 157).

“Maka hukumlah di antara manusia dengan keadilan dan janganlah engkau menurut hawa nafsu” (Shaad : 26).

“Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada mereka yang berhak dan apabila kamu menghukum di antara manusia hendaklah berlaku adil” (An-Nisa : 58).

“Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba..” (Al-Baqarah : 275).

“Wahai orang-orang yang beriman hendaklah kamu takut kepada Allah dan meninggalkan bekas dan kesan riba itu jika kamu benar-benar takut kepada Allah” (Al-Baqarah : 278).

“Barangsiapa yang tidak mendatangkan saksi maka sesungguhnya mereka di sisi Allah ialah golongan yang berdusta” (An-Nur : 13).

Dari Abdullah ibn Abi Aufa ra bahawa bagind rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya Allah menyukai qadhi (pemimpin) selagi dirinya tidak zalim dan apabila dia berlaku zalim maka Allah meninggalkannya dan syaitan akan mendampinginya” (hadith hasan riwayat tirmidzi no. 1330).

Juga baginda rasulullah pernah bersabda : “Sesungguhnya bukti dan hujah keterangan itu mestilah diberikan oleh mereka yang mendakwa dan sumpah itu bagi mereka yang didakwa” (hadith sahih riwayat tirmidzi no. 1341).

p/s merdeka bagaimanakah kita?

"Asyik buat orang punya je"...


Assalamualaikum
selamat petang sahabat...
Cinta itu perhatian. Seperti marahnya Ibu hanya semata untuk kebaikan anak-anaknya...ayuh ke dapur..
  
"Bicara masakan, tak lain, Ibu selalu juara..."


cerita hari ini...dari lepas subuh aku masak dan masak hingga hingga jam dua belas tengahari..
atas permintaan en suami nak makan crunchy caramel almond,katanya selama ini asyik buat orang punya aje..ambil sikit aku ketuk jari suami,begitu juga dengan jari anak-anak...yang rentung aje aku bagi..heheh
so hari ni dengan rajinnya aku bikin...khas untuk suami..sambil kunyah,sambil nonton..senangnya dalam hati...
dapatlah empat balang buat kudapan keluarga...jam 10:00 pagi siap..sementara oven masih panas,aku siap barang-barang nak buat kek coklat atas permintaan adibah,katanya sebelum nak masuk ke IPTA teringin nak makan kek coklat mama,'asyik buat orang punya je"..

sementara kek dalam oven aku mula menanak nasi,lauk dan salad....nasi briyani,telur rebus,salad timun dan ayam hitam kashmir..

resepi nasi briyani:

bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2biji bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk

caranya: tumis semua bahan kecuali beras...
letak garam dan gula,masukkan air atau susu cair..akhir sekali masukan beras..biarkan ianya masak..ku guna rice cooker...


1.ekor ayam di goreng separa masak
1 paket rempah masak hitam kashmir
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar cili kisar
6 ~ 7 sudu besar kicap manis
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 keping asam gelugur
minyak untuk menumis
garam dan gula

Caranya:
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan rempah dlm paket rempah masak hitam kashmir, rempah  dan cili kisar(buat sendiri). Biarkan hingga naik minyak.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan air secukupnya Biarkan hingga ayam empuk.
3. Masukkan asam keping, garam, perasa dan kicap. Biar secukup rasa.
4. Biarkan agak kering sebelum boleh dihidang dengan nasi berianiatau nasi putih..pun boleh..

aku berkorban buat kalian..Tuhan, terima kasih atas nikmat hari ini. Bimbinglah kami menuju jalan kebaikan dan menjauhkan sifat sombong agar kami tetap rendah hati.

Aamiin

Monday, August 25, 2014

BUKAN NAK JAJA CERITA ANAK

Assalamualaikum.

Jika ada orang yang tak pernah memikirkan kita, untuk apa mengeluarkan air mata ketika memikirkannya. Jangan lakukan hal yang sia-sia.
nak cerita pasal anak,bukan nak jaja anak kitalah paling bagus,anak kitalah paling baik...anak kitalah paling comel..bukan ye..husnuzon.
baru-baru ni azhan balik banyak cerita yang dia kongsikan...selalunya dalam talifon cakap sekejap-sekejap je..antaranya dia dah jadi ahli Badar,dan exco multimedia..banyak benda baru yang dia belajar..antara cara-cara sembelih ayam,tazkirah,muat naik turun video sekolah,cipta logo dan azan..katanya dah dua kali dia azan,azan pertama mengeletar satu badan,masuk kali kedua dah ok..dia kata "adik azan macam azan Imam Mekah"..hehe "perasan"..respon kawan-kawannya..sedap suara azhan...lagilah perasan.tunggu giliran jadi Imam pula,dan kafan serta mandi jenazah.

Di pilih pertandingan hafazan baru-baru ini,tapi di tolaknya..tak nak masuk katanya..bila aku tanya "kenapa tak nak masuk,nanti menang dapat hadiah "..ini jawabannya..'adik tak nak pengiktirafan manusia,adik nak redha Allah je"..sambil gelak..tiru ayat-ayat mama dialah tu...ikut yang baik-baik takpe..

ulasan guru
Kehidupan ini hanya memiliki dua sisi; positif dan negatif.
ketika kehidupan kita tidak disibukkan dengan hal yang positif, maka sudah pasti kehidupan kita akan disibukkan dengan hal yang negatif.....


SURIRUMAH ITU LUAR BIASA

Assalamualaikum.
Selamat bekerja pada yang bekerja..terajin pula harini...

Berubah daripada seorang suri rumah biasa-biasa kepada suri rumah luar biasa. Apa yang biasa apa yang luar biasa. Perubahan boleh dibuat dalam pelbagai aspek iaitu ibadah, pengurusan masa, meningkatkan nilai diri atau timba ilmu, motivasi dan juga penampilan...(pakai baju kelawar je bila di rumah)
selain meyediakan menu-menu sehat dan kurang sehat...

Meja bulat yang sentiasa berkhidmat untuk keluarga...abaikan tanganku yang putih itu..

Nak bagi resepi nak ke?...

untuk dapatkan ayam panggang yang gebus,kenyal,ranggup,berkilat dan moist ..sapukan dengan madu...
ayam direbus separa masak,keluarkan  dan di rendam di dalam ais batu seketika..keluarkan dan di toskan..
lumurkan dengan bahan perapan seperti sos cili,sos tiram,kicap, bawang putih( kisar) sedikit halia(kisar) garam,dan madu.

Membiasakan diri dengan Dhuha, mudah-mudahan rezeki itu pun datang dengan luar biasa...

Sunday, August 24, 2014

SO YUMMY

Assalamualaikum sahabat..

so sedappp... it's red dragon fruits delight. It's very refreshing.All you need to do - just blend the fruits with some lemon and honey...susu pun boleh...

dragon fruit and strawberry chips pavlova.. cinta on top...


ini pula Chocolate Ganache Smarties Cake  tempahan kawan...untuk harijadi ulama kecilnya...

 Jom kita tengok komantarnya...tentang kek ini...

Julie Marlina terima kasih pada kak Nor Ahmad buatkan kek harijadi Alif yg cantik,kreatif dan sedap sgt....ada org puji rasa mcm kek secret recipe tau hehe.... next time nak tempah lagi yer huhu...

Friday, August 22, 2014

KISAH AKU DAN PENJUAL LANGSAT


Assalamualaikum.

cerita di hujung minggu..taklah menarik sangat, tapi terkesan besarnya nikmat Allah.

hari-hari bila lalu atau kat mana saja ternampak orang jual duku langsat,langsat,rambutan dan sebagainya...teringin sangat nak beli,tapi tak berkesempatan singgah untuk membeli..asyik nantilah..nantilah..
memang hantu buah sebenarnya..pantang tengok,mesti nak beli...tapi kali ni buzy sangat sampai tak sempat nak singgah beli....kalau nak beli aje teringat pada azhan..tak sampai hati rasanya nak beli dan makan tanpa azhan...walau boleh beli bila-bila masa aje sebenarnya...

alhamdulillah malam tadi masa makan di restoran mamak ada dua orang hamba Allah ni, anak beranak agaknya,seorang anak kecil sebaya Muhammad dan ibu agak sebaya aku..menuju ke meja makan kami sambil tangannya ada bungkusan buah langsat...belum dia offer suruh beli,aku terus jer tanya harga.."rm10"..aku terus angguk nak beli..
katanya buah ni baru petik segar dari pokok..memang nampak segar pun dan masih bergetah...

memang riak  muka mengharap sangat kita beli..lepas aje aku beli dia terus tadah tangan mendoakan supaya aku di murahkan rezeki.. mulutnya tak henti sebut Allahuakbar..Allahuakbar..dan berkali-kali mendoakan aku...rasa terharu sangat,terus teringat buah inilah yang aku teringin nak beli dua,tiga minggu lepas,Allah hantar buah ni depan mata dengan di iringi doa supaya aku di murahkan rezeki..Allahuakbar.
yang paling bestnya azhan pun ada sama untuk makan buah langsat yang manis ini..alhamdulillah.

semoga murah rezeki si penjual itu dan jadikanlah anak-anaknya soleh dan solehah.amin


and Allah is the best providers.(Surah Al-Jumu'ah ayat 11)


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya).

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

(Ayat 2 & 3 Surah At-Talaq)


Thursday, August 21, 2014

HITAM PUTIH

Assalamualaikum

"Setelah wafatnya Rasulullah s.a.w para sahabat baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakar, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabat Nabi s.a.w yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam tidak berkabung.
Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.

Soalan :
Apakah boleh memakai pakaian hitam untuk berkabung di atas kematian seseorang khususnya apabila orang tersebut suami ?
Jawapan :
Memakai pakaian hitam ketika terjadi musibah merupakan syi’ar yang bathil yang tidak ada asalnya dalam Islam. Seseorang ketika terjadi musibah hendaklah melakukan apa yang disyariatkan. Dia boleh mengucapkan :
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun. Allahuma jurnii fii musiibatii wakhluflii khairan minha..
Ertinya : “Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH dan benar-benar kepada-Nya kami akan kembali. Ya, ALLAH berilah aku balasan (pahala) di dalam musibahku dan berilah aku ganti yang lebih baik dari musibah tersebut. ”
Bila dia mengucapkan kalimat itu dengan rasa iman dan mengharapkan pahala maka ALLAH Ta’ala akan memberinya balasan atas musibah yang menimpa dan akan mengganti musibah tersebut dengan hal yang lebih baik darinya.

Zakaria Yusoff, 57, membaca surah yasin.sebahagian dari rakyat Malaysia....


Al fatihah.

Wednesday, August 20, 2014

BACK TO SCHOOL..

Assalamualaikum
selamat berziarah sahabat-sahabat,hujung minggu ni mesti masih ramai yang beropen house..aku memerap kat dapurlah nampaknya...

Straight to the pointlah ye...bila bertandang rumah ke rumah biasalah pertanyaan-pertanyaan yang dapat di agak..dah besar anak?,sekolah kat mana?,buat apa sekarang? berulang-ulang..naik letih..tunggu upu,lepas tu tanya lagi kos apa?..kalau sebelum ni dah tahu anak-anak sekolah mana,masih tanya lagi ..dah semakin tua dan nyanyok nampaknya...aktif masa muda kerja bagus,banyak harta..tapi tak fokus...kita ok je..anak-anaklah agak pening....
moralnya...
esok-esok kita pun macam tu juga...dunia sentiasa berputar... 

ada juga saudara datang rumah,yang masih bujang walau umur agak tak berapa lanjut...
tiba-tiba aku tanya.."bila nak kawin ni..?..uppp!!!dah tanya baru perasan sebelum tu suami ada bagi tazkirah pasal adab melayan tetamu.....jangan tanya orang yang belum kawin...terlupa sudah..tetamu nak jawab pun teragak-agak...
sorry....

Anakanda adibah back to school..alhamdulillah dah keluar upu 12.8..
doa sudah di makbulkan Allah.
ayahanda tak nak anak perempuannya belajar jauh-jauh,adibah dah bosan tengok highway... 
boleh balik cuti-cuti yang pendek...boleh memandu  sendiri juga...
Kos yang dia minat juga sudah ada dalam tangan.. hanya usaha  dan tawakal..masih cintakan alam semulajadi...
3 tahun belajar peringkat ijazah..
daftar masuk 1.9.2014..




MOLEKNYA KEK NI...

GOOD IDEA......


Tuesday, August 19, 2014

CHOCOLATE SPOTTY CAKES WITH CHERRY FRUITS

Assalamualaikum.

Rabu yang barakah....
One of last Saturday project.
simple cake for maksu n paksu...

kepalkan ceri dengan lebihan kek n celup dalam coklat..mudahkan...






Sunday, August 17, 2014

RINDU MAKAN PETAI

Assalamualaikum sahabat semua...

sebelum tu..

Abaikan orang yang selalu bercakap DI BELAKANGMU....
Kerana disitulah tempat yang layak untuk mereka DI BELAKANGMU...

Terima kasih sebab sudi jenguk pondok yang buruk ni..nanti knor jalan-jalan ye...
pasti memasing sibuk beropen house ye...makan ayam dan daging ajelah nampaknya..
pasti ada yang merindui lauk paparan aku ni...

 Ikan goreng berempah.sambal belacan,petai rebus, sambal pengerang pemberian mak adik ipar yang super sedap...n nasi panas..





Tuesday, August 12, 2014

MINI OPEN HOUSE


Assalamualaikum sahabat semua.


 Ireland

baru je buat  mini makan-makan raya..tak buat nanti tengah bz buat tempahan ada pula yang ketuk pintu nak beraya..masa tu rempeyek panas jelah aku hidangkan...
setakat ni belum ada lagilah main ketuk-ketuk pintu..
antara tetamunya,mestilah kawan-kawan adibah,adik beradik dan saudara mara.maklum tahun ni raya sakanlah diorang..lepas ni masing-masing nak pulun study dalam bidang masing-masing..tahniah semua.

mai nak tunjuk hidangan mini makan-makan tu...first sekali menu dessert..menu wajiblah sebab masing masang udah tau..aku ni siapa...?




Thursday, August 7, 2014

AL-KISAH SAMPERIT SUSU,CRUNCY CARAMEL ALMOND DAN REMPEYEK

Assalamualaikum sahabat

Pagi sibuk bawa ke petang...pada yang berpuasa enam tu selamat berpuasa,kita pun baru hari ni mula...en somi dah nak habis dah pun..maklum perempuan..fahamkan..

Bab masak berbuka petang nanti serah pada adibah..sebab aku dah letih mengcookies,kalau orang lain sibuk sebelum raya,aku sibuk lepas raya. tempahan yang semakin tinggi permintaan.
tempahan selepas raya juga semakin meningkat dari hari kesehari..kumpul-kumpul semakin banyak...bila nak mula entahlah bagilah aku puasa enam dulu ye...
 Sebahagian yang sempat di capture,rumah ibarat kilang memproses rempeyek...semua bilik di penuhi tempahan..syukur tak terhingga..mencecah 250 balang dan banyak tempahan di tolak saat tak bermenang tangan..kalau buat juga memang aku pengsan..

Alhamdulillah pada pelangan baru respon sangat-sangat baik..banyak pelangan yang komplen belum raya dah langsai berbalang-balang..raya je balang kosong..heheh apa nak buat..
ada yang siap tak nak jamu tetamu dengan rempeyek aku,katanya sorok dalam almari,itu untuk makan keluarga jer...
ada juga yang tak nak tempah,tapi perabihkan orang punya,sabar ye..ada juga yang kata 'aku beli kat tempat lain murah je"..oklah belilah kat tempat lain ,tak kisah pun...rezeki Allah yang susun..

dah masuk ke peringkat vvip beli memang best,termasuk jabatan kerajaan...cina  juga india..cina ni borong kat aku lepas tu dia jual kat melayu..pandai tak cina...dia tak ambil untung pun..tolong jual katanya..janji dia dapat sebalang free...jadilah..
aku tengah tunggu je tv3 panggil....
oklah asyik membebel ajekan...jom tengok aku mengcookis semalam dan hari ni..
samperit susu dan cruncy caramel almond..





p/s sekadar berkongsi..

Tuesday, August 5, 2014

BIADAB

 Khas buat si kakak dengan si pengantin baru-baru ini...

Jangan menzalimi orang lain sekiranya engkau tidak mahu dirimu dizalimi apatah lagi jika saudara sesama Islam sendiri!
~~ Roda kehidupan itu berputar dengan sendirinya...

Rendang buat tetamu...abaikan yang di atas.




600 gm udang galah, sederhana besar
½ liter santan
150 gm minyak masak
50 gm gula
2 helai daun kunyit
Garam secukup rasa
150 gm kerisik

Bahan-bahan digiling halus:
150 gm bawang merah
50 gm bawang putih
100 gm serai
60 gm lengkuas
50 gm halia
50 gm cili padi
50 gm cili kering

Caranya;

Bersihkan udang. Buang tahi di kepalanya. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan santan, kerisik dan garam. Biar mendidih. Kacau supaya tidak melekat di kuali. Apabila pekat masukkan udang dan daun kunyit. Perlahankan api. Biar hingga udang betul-betul masak baru diangkat.
sesuai di hidang bersama pulut....

Monday, August 4, 2014

THE BEST KEPT SECRET OF SUCCESSFUL PARENTS

assalamualaikum sahabat.

raya kami simple je..lepas solat sunat di masjid kami makan ala kadar yang seratus peratus beli...so dapur tak berasaplah pepagi tu...lepas subuh kami bertasbih anak beranak sedih campur terharu,entah tahun hadapan ada lagi ke tak...




In shaa Allah.

Sunday, August 3, 2014

SPAGHETTI BOLOGNESE SEPANTAS KILAT

Jika tuduhan itu betul- kita berpeluang baiki diri. Jika tuduhan itu tak betul- kita ada peluang cipta pahala untuk sabar dan pahala memaafkan...

spaghetti bolognese,untuk tetamu tanpa wayar...






Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)