Pages

Thursday, June 28, 2012

Muhammad labu dan badam.

Assalamualaikum.

Kisah malam tadi,sebelum tidur sempat bercerita dengan Muhammad dan Iman.Tambah-tambah watak utamanya adalah Muhammad,sangat banggalah dia.Pasti malam nanti minta lagi saya bercerita,mesti Iman tuntut janji,kali ini watak dia pula...

Buah badam google yang matang,bila-bila boleh jatuh,timpa kepala Muhammad.

Pada suatu hari ada seorang budak yang bernama Muhammad telah pergi ke hutan belantara.Setelah penat berjalan Muhammad pun berehat di bawah sepohon pokok badam dan di hadapannya terdapat sepokok labu yang menjalar serta mempunyai banyak buah labu yang besar-besar.
Melihat saiz kedua-dua buah labu dan badam itu,terdetik di hati Muhammad:"Maha Suci Allah,Engkau ciptakan buah labu yang begitu besar ini dari pokoknya yang kecil dan menjalar di bumi,dan Engkau jadikan pula buah badam dari batang dan dahannya yang besar!"

Sayalah watak itu..!
 Semasa Muhammad memikirkan tentang mengapalah Allah menciptakan pokok-pokok itu sedemikian rupa,tiba-tiba sebiji buah badam jatuh di atas kepalanya. "Aduh!"Muhammad menjerit kerana terkejut.Apabila mendapati yang jatuh di atas kepalanya tadi adalah buah badam,terus seram sejuk badan Muhammad.Muhammad mengigil  ketakutan.
Lalu Muhammad terus berdoa dan bermunajat kepada Allah: "Ya Allah.aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku tidak mahu masuk campur lagi dalam urusan ciptaan Engkau.Sesungguhnya segala kejadian yang Engkau jadikan semuanya itu ada hikmah yang aku tidak mengetahuinya."Ya Allah wahai Tuhanku,bermula dari hari ini aku tidak akan mempertikaikan akan segala kejadian yang telah engkau ciptakan.Kalaulah Engkau jadikan buah labu itu di atas pokok yang besar ini dan jikalau buah badam yang jatuh itu adalah labu,maka sudah pasti aku sekarang ini di ambang maut!"

 Labu google ni kalau jatuh atas kepala Muhammad,rasa-rasa macammana?


p/s soalan Muhammad,bila dah habis cerita: "mama, Muhammad tak mati..kan?.


Wassalam.


Wednesday, June 27, 2012

A little child


Assalamualaikum.

A little child entered a masjid in paris,he went to the imam and told him..

little boy: sir, my mom sent me here so that i can study in your school.

Imam: but where is your mother?

little boy: she is standing in front of the masjid door, sir.
Imam: she is a non-muslim.
the imam went to her asking her why she, as a non muslim woman, wants her little child to study in an islamic school.. 
Mother: my neighbor is a muslim woman. every time she takes her children to the school, they kiss her hands before going. they treat her like a queen. her family is always happy. i’ve never seen a muslim taking his parents in the house care in this country! plz, teach my child in your school so that he treats me as muslim children treat their parents. subhannallah!!

Wassalam

Tuesday, June 26, 2012

Air tangan...


Assalamualaikum
 
Kek karamel kukus,sepatutnya karamelnya di atas..minum petang.

Biskut mazola,buat untuk Iman,suka sangat dia...

Makan malam semalam,sambal terung untuk saya.

Patin kukus bunga kantan
 Mee rebus untuk anak-anak..

p/s tak ada resepi kali ni...

Wassalam

Monday, June 25, 2012

Buah Melaka



Assalamualaikum


Petang semalam tengah sibuk mengiron baju sekolah anak-anak,tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah,"Assalamualaikum Nor,"boleh tak Nor buatkan kakak kuih buah Melaka"saya tanya berapa biji,bila nak?"kak ada catering 20 orang,seorang makan dalam 4 biji,boleh tak Nor,Nor jual berapa sebiji?,saya kata dekat kakak tu,"terpulang pada kakaklah"boleh tak kalau sebiji 20 sen,tapi nor buat besar-besar sikit."saya kata pulak,tak tercekik ke kak,kalau buat besar-besar.Saya ikut aje cakap kakak tu.

Buatlah macam ni! kalau ada bentuk lain pun bagus juga.Yang ini dah siap proses masukkan inti

Resepinya:Rasanya semua orang pandai buat kuih buah Melaka.Pertama sekali:
1 bungkus tepung pulut
Gula kabung 
1 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit air
garam
kelapa putih
Cara:Adun tepung dengan air juga garam,letakkan pewarna hijau,adun sampai menjadi doh yang sederhana lembut
sementara itu,panaskan air dan masukkan daun pandan


Dah mendidih,masukanlah bebola tadi,bila dah timbul kira dah masaklah tu.Golek-golekkan atas kelapa putih yang dah di letakkan garam.


Sebenarnya saya tak suka makan kuih buah Melaka ni,orang tempah saya buatlah.

Wassalam



ALLAH is Almighty

Assalamualaikum

Beautiful & Wonderful Creation Of Allah

 Allah is the Best Creator:)

 Subhanallah!! This is the Junction of two Rivers, in Geneva, Switzerland

ALLAH says:

"He released the two seas, meeting [side by side]; Between them is a barrier [so] neither of them transgresses. So which of the favors of your Lord would you deny?" [Surah Ar Rahman, 55-19-21]

Masya-Allah! Beautiful Blue Peacock 

P/s  We must thankful to Allah.

Wassalam.

Sunday, June 24, 2012

Air

Assalamualaikum.

Firman Allah S.W.T :“Dan KAMI jadikan daripada air, segala sesuatu yang hidup”

Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat peka sekali dalam menjalankan perintah Tuhannya!(Surah Al-Anbia ayat 30)

Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata?

Air diperakui oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik. Air sebenarnya boleh merakam setiap bunyi gema getaran yang dihadirkan kepadanya dengan baik termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata. Islam mendidik kita mengambil wuduk dengan air dengan niat, begitu juga dengan mandian dari hadas kecil ataupun besar yang harus di letakkan dengan niat. Tidakkah kita pernah terfikir air itu sedang merakam niat kita? Molekul air mempunyai struktur yang mudah. Namun begitu, struktur ini dapat menghasilkan tindak balas yang kompleks. Air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom hidrogen.sumber fb


 Wassalam.

Friday, June 22, 2012

Ada hikmah jalan sesak...

Assalamualaikum.

Banyaknya kerja nak di buat..belum mula lagi ni,baru aje habis menghantar anak-anak,banyaknya aktiviti diorang.Masih sempat lagi duduk menghadap benda ni.Jiwa yang sihat ada dalam tubuh yang sihat.Tak perlu nak senaman bagai,naik tangga turun tangga juga boleh mengurangkan kalori dalam badan..itulah hari-hari yang saya lalui.

Sabar ketika memandu,ada hikmahnya bila jalan sesak,untuk apa? Allah dah susun semua,kata ustaz:"berzikir,"ketika memandu juga boleh membaca al-Quran,adakalanya hingga dua surah selesai di baca,tambah-tambah surah-surah lazim.So jangan merungut,bila jalan sesak ye,tup-tup dah sampai ke destinasi,tak terasa pun.Muzik dan al-Quran memang perbezaan yang sangat ketara,contohnya bila air yang di bacakan dengan ayat-ayat al-Quran,molekul-molekul air berubah menjadi kristal dan tersusun,di bandingkan dengan muzik,bercelaru dan  buruk.Muzik di katakan seruling syaitan.Berbeza sungguh,bila saya naik kereta orang lain(menumpang) berserabut kepala.Dah menumpang,buat cara menumpanglah ye...ee tak sabar nak sampai.

p/s smart heart

Wassalam

Thursday, June 21, 2012

Tempahan dari teman blogger..

Assalamualaikum

 Pertama kali teman blogger menempah kek,dan pertama kali juga bersua muka..manis orangnya.

Inilah dia kek yang di tempah oleh teman blogger, Annies,khas untuk adik-adiknya  untuk makan beradab,kata Annies dua pasangan akan di sandingkan serentak,jimat sikit kan.Harap-harap Annies sukalah.Kak nak ucapkan selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke anak cucu,tunggu  giliran Annies pulak.

Dan muffin akan di letakkan di sekeliling kek..bijak juga idea Annies ni...


Sempat juga annies bagi saya sesuatu

Buku-buku yang comel dan sangat bermanfaat.Terima kasih annies.

Wassalam

Wednesday, June 20, 2012

"Allah answers all prayers in 3 ways,

Assalamualaikum.

Allah answers all prayers in three ways.

"Yes" because you deserve it,
"No" because you deserve better and
"Not yet" because the best is yet to come"


Note;  Ya ALLAH pardon me for my mistakes, guide me on the right path, never angry with me, Im weak, always help me, ameen.

Wassalam

Rempeyek kacang tanah..


Assalamualaikum.

Tempahan rempeyek kacang tanah
















Tuesday, June 19, 2012

Ke pasar

Assalamualaikum.

Jom,saya nak ke pasar hari ni,pilih lauk untuk penuhkan peti ais,yang dah seminggu kosong.


Yang ini,semua orang suka.
Azhan aje yang suka makan sotong ni,buat sambal untuk nasi lemak.

Yang ini,mesti ada ,biasa beli dua ekor aje..

Tak beli,mesti tak ada siapa yang hendak makan

Yangi ni kena ada,sebab saya obses dengan limau..serai,dan cili

Ulaman,saya seorang aje yang pandai makan.

Singgah kejap,beli nasi lemak tersedap di tempat saya.


Wassalam.




Biarlah ikhlas...

Assalamualaikum.

Dah tak ada idea lain dah..nak post resepi aje boleh ke ni?..harap-harap janganlah bosan ye...walau dah berlambak blog resepi rakan-rakan lain yang lebih mantap.
Sebenarnya dah seminggu saya tak ada mood nak masak,masak simple-simple aje untuk family,rasa letih masak untuk kenduri abang tempoh hari masih berbaki.
Kenduri di kampung memang meletihkan,di banding di bandar,maklum saja semua orang buat,kita cuma sediakan duit saja.
Kalau dah gotong royong,perut juga kena di gotong royongkan.

Antara lauk pengantin yang di masak oleh saya,antaranya chicken sesame,prawn butter,mix vege,sweet sour siakap dan cocolate fruit cake.


Ada antaranya masih belum di hidang
Meriah sungguh,
Agak pelik sikit kenduri di sini,tuan rumah kena sediakan satu beg khas yang di isi makanan atau cendermata,siap di ikat lagi supaya tidak bercampur dengan beg-beg yang lain,maksudnya beg yang hendak di beri pada tetamu nanti.Tetamu lain,untuk orang kampung lain.Orang kampung yang bergotong royong tadilah.Begitu juga dengan masakkan,masing-masing bungkus untuk di bawa balik,masalahnya sebelum tetamu datang.Bukan hari kemuncak saja mereka bungkus,sebelum kenduri juga mereka bungkus.Makan,makan juga,bungkus,bungkus juga.Selalunya bungkus bila lauk berlebih,ini terbalik pula.Sudahnya, belum pukul dua lauk sudah habis,kenduri hingga pukul empat.Kalau abang saya mereka dah biasa,memang kenduri di sana macam tu,macam kita ini,agak peliklah.Tanya juga mana keikhlasan dalam bergotong royong.Tapi saya bukan orang kampung tu,senanglah cakap,takut nanti di pulaukan,anak-anak masih ramai.Macam tu pun ada.Kakak siap letak jari di mulut,bila saya mempersoalkan???Saya cakap dengan kakak,"lebih baik buat kenduri hanya untuk orang kampung,tak payah jemput orang lain.
Selama tiga hari saya berada di sana tanpa ada suami dan dua anak,saya hanya bawa yang kecil-kecil aje.Yang besar-besar temankan ayahnya di rumah,hari kenduri baru suami datang.Saya tergesa-gesa balik,sebab suami ada kuliah selepas maghrib.Tak sempat nak berbual dengan PCL dan isterinya.

p/s Jadikan perkara yang baik itu menjadi terbaik dan bukan ada maksud di sebaliknya.Tolong menolong membawa berkat bukan mudarat.
Mana berkatnya.

Wassalam

Sunday, June 17, 2012

Perasanlah pulak...

Assalamualaikum.

Resepi Master chef,
Nasi kukus pandan,otak -otak ikan,kerabu ulam raja dan tempe goreng.

 Hidangan dari selebriti Angah

Hidangan dari selebriti Serina Redzuwan

Hidangan dari Tomok

Hidangan dari Thanuja
'
'
'
'
'
'
'
'
 '
'
'
 
Hidangan dari Cinnamon
Nasi kukus pandan,lemak cili api ayam,kerabu ulam raja dan tempe goreng..
Perasanlah pulak..otak-otak ikannnya mana?
dimensi baru chef..awal-awal tersingkir.

Wassalam


Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)