Pages

Thursday, August 29, 2013

Lepas raya....

 stok balang dah habis...

 berkungfu menyudahkannya...

juadah untuk rakan-rakan suami, nak bawa pergi pejabat.. muhammad pula nak buat jamuan sekolah...tak sempat nak ambil gambar juadahnya..


 kek-kek tempahan...suka buat kek..

p/s aktiviti lepas raya......seronok sangat-sangat.

Wednesday, August 28, 2013

Karipap top ten


Memenuhi permintaan azhan...karipap daging..
sekaligus buat karipap kejayaan dia yang dah banyak kali tersenarai top ten juga baru-baru ini...tak pernah bagi apa-apa pun..selain cakap "jangan cepat puas hati...karipap je yang mampu bagi..kebetulan dia tengah sibuk menghabiskan puasa enam.

upsr,pmr dan spm semakin hampir...semoga anak-anak yang bakal menduduki exam itu nanti mendapat kejayaan yang cemerlang.


karipap karipap yang di capture by azhan...






Monday, August 26, 2013

Semut yang beriman

Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut, "Berapa banyak makanan yang diperlukan untuk hidup dalam setahun?"

Semut menjawab, "Hanya perlu makan sebanyak sebutir gandum."

Lalu Nabi Sulaiman memasukkan semut tersebut di dalam satu botol dengan diletakkanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup.
Cukup tempoh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar butir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.

Nabi Sulaiman bertanya, "Mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan kamu pernah berkata perlukan makanan sebesar sebutir buah gandum?"

Sang semut menjelaskan, "Jika di luar botol rezekiku dijamin sepenuhnya oleh Allah SWT dan aku yakin Allah SWT pasti akan mencukupkan rezekiku. Sebab itu, aku tidak perlu risau.

Tetapi apabila dikurung oleh kamu, aku ambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan sifat perihatin manusia. Mana tahu, kalau-kalau kamu terlupa lalu mengurungku terlebih daripada tempoh setahun? Apa akan terjadi kepadaku?"


p/s Maha Suci Allah telah menciptakan semut yang kecil tetapi setiap hari memuji kebesaran Allah.mereka akan bersalaman setiap kali berjumpa sebagai tanda mereka tidak suka bertengkar dan bergaduh sesama sendiri.


Sunday, August 25, 2013

Kata ustaz


Tetamu raya yang ke 18...dashyat sungguh warga Malaysia beraya hingga sebulan....tak ada di tempat lain,orang kita aje yang buat..ada positif dan ada negatifnya..terpulang masing-masing...saya ikhlas nak menjamu,tak payah nak tunggu raya bila-bila pun boleh...
jamuan yang ke 5x,tak boleh nak buat serentak memandangkan rumah saya sangat kecil dan sempit. ...alhamdulillah dapat jamu tetamu syukur sangat-sangat.
selepas ini saya sibuk nak menyiapkan tempahan yang berbaki,pertunangan dan perkhawinan....bz..bz..tak tahu nak mula dari mana...

 kek coklat dan kek vanila  khas untuk tetamu saya..licin, siap buat tempahan lagi...

sambal petai tu makan dengan lontong,daging hitam masak ala khasmir, makan dengan nasi minyak,n rendang makan dengan lemang.

Tetamu yang baru sampai mak cik yang saya hormati,adik,dan bakal ipar,ini aje yang sempat di capture....
yang lain-lain dalam perjalanan ke teratak sempit ni...

Kata ustaz,
memberi biar ikhlas.rezeki datang pelbagai cara.mungkin tak kaya,tapi badan sehat sejahtera,mungkin tak kaya,tapi anak cemerlang dalam pelajaran,mungkin tak kaya,tapi hati sentiasa tenang.

p/s Anda masih mengeluh dengan nikmat Allah?makan dan minum antaranya, masih banyak nikmat-nikmat yang tak terhitung.

Thursday, August 22, 2013

Asam pedas daging belimbing buluh

Biasalah kalau tak tahu nak buat apa...kita di sini sibuk nak uruskan perut...orang lain penat berperang sesama sendiri..hanya doa yang mampu kita titipkan buat mereka.

-hadis riwayat al-Tirmidzi, al-Nasai dan Ibnu Majah daripada Abdullah bin Amru. Nabi SAW menyatakan bahawa hancurnya dunia lebih ringan daripada membunuh seorang lelaki muslim.

-hadis riwayat al-Tirmidzi daripada Abu Said al-Khudri dan Abu Hurairah. Nabi SAW menyatakan jika penduduk langit dan bumi bekerjasama menumpahkan darah seorang mukmin maka Allah akan humban ke dalam neraka.



Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda:

"Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga." (HR. Muslim)
bukan saja menuntut ilmu, nak jadi doktor atau sebagainya..ilmu memasak juga harus di tuntut...
tapi saya ni pandai masak sikit-sikit aje...masak untuk family bolehlah...


cili kering
bawang besar
bawang putih
halia
sedikit belacan (semua bahan kering di kisar)
belimbing buluh
daun kesum
bunga kantan
asam jawa
jus limau nipis
gula
garam
daging batang pinang anggaran setengah kilo
kacang bendi

sukatan ikut suka hati....

Tumis bahan yang dikisar sehingga naik minyak,masa menumis masukkan gula,masukkan bahan masam,masukkan air,bila hampir mendidih masukkanlah daging...daging batang pinang senang dan mudah empuk dan lembut jadi proses memasak sangatlah sekejap..akhir sekali masukkan belimbing buluh dan bendi...siap untuk di makan dengan nasi panas bersama ayam goreng berempah.



Wednesday, August 21, 2013

Martabak roti bersama daging burger


 bahan-bahannya adalah...burger ayam atau daging (di lenyek)
daun bawang
bawang besar (di hiris dadu)
lada sulah
lada hitam
2 biji telur
garam
gula
gaulkan kesemua bersama kepingan burger
disapukan pada roti 
panaskan kuali leper yang di sapu dengan butter mulakan dengan proses membakar..tak sampai sepuluh minit dah siap..


 juadah berbuka semalam...ini aje yang sempat di buat,sibuk dengan tempahan selepas raya...adoi..!!

Monday, August 19, 2013

Proton Suprima S Turbo


Bukan setakat jual rempeyek kek,dan sebagainya...kereta pun saya jual tau...hebatnya seorang suami kerana adanya isteri di samping...di sini saya sertakan senarai harga...jangan malu-malu untuk bertanya ye...








 Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi JAMAL 017 8800 300
http://www.proton-edar.com.my/
 suami ada kat sini...selit gambar raya...





Sunday, August 18, 2013

Buah nona

buah nona tak ada kena mengena dengan note di bawah...

Jangan sebut 'kubur lain-lain' sebab tak boleh terima teguran. Teguran itulah mungkin menyelamatkan kita dari seksaan kubur Allah..Bersyukurlah kerana ada yang menegurmu kerana itu tandanya ada yang menyayangimu dan tidak mahu kamu tersasar dari landasanNya~~

Friday, August 16, 2013

Coffee Ice


salam 10 syawal

semoga apa yang anda lakukan hari ini beroleh keberkatan hendaknya...

Try this,jamu tetamu...orang malas terutamanya...

Thursday, August 15, 2013

Cerita ceritu Raya

salam 9 syawal

semoga apa yang anda lakukan hari ini beroleh keberkatan hendaknya...

Tahun ni kami taklah beraya sakan al maklum anak-anak sibuk dengan exam ..so mood raya semua ke laut,cuba sedih meninggalkan bulan ramadhan yang entah tahun hadapan masih berkesempatan atau tak...juga bila mengenangkan negara luar yang sedang bergolak...entahlah apa nak jadi...mungkin tanda-tanda kiamat semakin mendekat...

 beraya di rumah kakak di Bukit mertajam Taman guar perahu,kami adik beradik semua berkumpul di sini..


hari raya kedua kami pergi ke Pulau pinang jalan-jalan cari makan,sayangnya banyak restoran tutup...macam tak faham hari raya..kan.Sebelumnya kami ke Kedah....

dah masuk maghrib,kami singgah di masjid negeri p.pinang...cantik menawan masjidnya....

 lapar campur nak lelap...di hadapan masjid negeri p.pinang,selepas solat.

lepas solat maghrib kami makan di sini.. di tepi laut...namanya pun saya tak tahu...perut dah berkeroncong...

hari raya ke tiga dah nak balik...saya menghala ke kuala lumpur,manakala tuan rumah dan yang lain menghala ke rumah pcl ada kenduri kendara kat sana...saya tak pergi sebab nak berehat..nak rehatkan minda anak-anak...menelaah pula...kirim duit je dekat mak pcl merangkap kakak saya...dekat sana adik kata, pakat-pakat tanya saya...maaf ye...



 Kami berehat di sini....Bukit Merah Laketown...sebelumnya kami merayau di batu gajah, kampung suami...







Tuesday, August 13, 2013

Popia tropical fruit cocktail





salam 7 syawal

semoga apa yang anda lakukan hari ini beroleh keberkatan hendaknya...

memasak hari ni..



buah campur dalam tin,pisang,kacang badam dan hirisan pudina..
campur kesemua bahan...





gaulkan,perahkan sedikit lemon..
apabila perahan lemon digabungkan dalam apa jua masakan,ianya akan menghasilkan rasa yang sangat enak..





kulit popia,bahan utama...harus di bungkus.











rupa paras selepas di bungkus




siap di goreng







Tuesday, August 6, 2013

Hamper raya untuk mertua

Knor masih ada di kl inn sha Allah malam raya baru berangkat ke bukit mertajam rumah kakak..kami adik beradik berkumpul di sana...yang lain-lain semua dah gerak,tinggal kami aje lagi...tak apa pelan-pelan.. masih ada perkara nak di selesaikan...


hamper yang di buat khas untuk mak mertua..buat sendiri tau..tapi isi kandungan beli le...tak sempat nak buat pun...tahun depan in shaa Allah akan ada produk hamper sendiri...permintaan ada..nanti kita usul-usulkan ye...hamper ni pun dah selamat sampai ke tangan mak mertua semalam..jenguk dulu,minta ampun dulu..

salam aidil fitri untuk rakan-rakan blog tersayang.. semoga syawal ini memberi kebahagiaan tanpa sempadan buat anda sekeluarga...

Sunday, August 4, 2013

Nasihat je...


assalamualaikum.

hari ni mesti mood raya membuak-buak..kan!yang dah ada di kampung,tengah bershopping,dan tengah membakar kuih,tok wan,opah,nenek tengah sibuk mengemas rumah,persiapan untuk menyambut anak cucu balik beraya...janganlah lupa bawa le buah tangan untuk mak ayah di kampung tu,jangan datang bawa beg pakaian je..tak pun penuhkan kocek tu dengan duit..hulur-hulur apa yang patut yea..jangan tunggu orang minta...nanti sambut muka manis..balik muka masam..pesan dengan anak-anak tu..masuk bilik air di kampung tu depan tok jangan le jengket-jengket kaki...kecik hati orang tua tu nanti...ipar duai jangan le nak membesarkan badan duduk depan tv sambil mengunyah...tolong-tolonglah,ringan-ringankan tulang tu..jangan tunggu sampai orang panggil pula...nanti orang panggil makan tak ikhlas pula..mula le menyuarat mengumpat lepas raya...orang ni malas,orang ni rajin..

  bercakap dengan pokok,janganlah mati kalau tuannya tak ada dirumah...nak buat bantuan hayat kejap lagi pada pokok ni..caranya gunalah botol,tali guni dan air...

balik kampung tak ada istilah rehat ye..biarlah mak, ayah, mak mertua,atau ayah mertua berehat secukupnya..gantilah tempat mereka seketika..biarlah kita sibukkan diri untuk mereka,jangan pula mereka sibuk untuk kita..bila nak balik ke rumah masing-masing pastikan rumah mak bapa kita tu bersih seperti asal..kemas berhabisan,kalau boleh sebiji pinggan pun harus di cuci sebelum melangkah keluar..jangan biarkan rumah ibu bapa kita lintang pukang macam kapal karam...

bila sibuk beraya..sana sini...ingat solat..jangan tak solat...sibuk rapatkan silaturrahim solat entah kemana..perut dah kenyang tak larat nak solat...tau mau..tak mau... apapun berpada-padalah.

saya ni sibuk pasal kampung..saya ni balik ke?..ada ke kampung? mak bapa pun udah tak ada...

selamat hari raya pada teman-teman mohon ampun dari knor yang serba kurang ini...

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)