Pages

Wednesday, April 30, 2014

TEMPAHAN REMPEYEK REJAB,SYA'BAN DAN RAMADHAN 2014


REJAB,SYA'BAN DAN RAMADHAN REMPEYEK KACANG TANAH SUDAH MULA DI BUKA SILA PM SAYA JIKA MAHU MEMBUAT TEMPAHAN...

Tempahan akan ditutup dua minggu Ramadhan...terima kasih pada semua pelanggan yang setia juga pelanggan baru....


"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109).




Meski rezeki setiap manusia sudah ditentukan Allah, usaha perlu dikerah, berserah jalan terindah...

Monday, April 28, 2014

BILL GATES

Assalamualaikum sahabat soleh dan solehah.

Pepagi mengetuk papan kekunci..kejap lagi nak berangkat ke Gopenghagen menjemput anak yang dah hampir selesai menduduki exam final,last paper iaitu fizik dalam pukul 3 petang,ada setengah pelajar dah balik semalam.pada yang mengambil sains tulin akan balik hari ni...
pejam celik pejam celik sudah setahun rupanya.sesungguhnya masa berlalu pantas...Zaman Semakin berputar mengikuti arus kelalaian manusia...




"fazkuruni... adzkurukum!"- "Ingatlah kepada Allah, maka Allah akan mengingatimu!"



"Saya gagal dalam banyak subjek, tetapi kawan saya lulus semuanya. Sekarang, dia jurutera di Microsoft, dan saya adalah pemilik Microsoft." -

Bill Gates.

SANTAI-SANTAI


salam penuh barakah,orang kata jangan berhenti mengayuh basikal,selagi daya kayuh ajelah ye..
Nak kasi resepi nak ke?
udang
jagung
kucai
tepung gandum
1 biji telur
taugeh
garam
gula
sedikit kapur makan,nak kasi ranggup..
air
minyak..
gaul rata semua bahan kecuali minyak...nenek kita pun pandai masak cucur jagung ni...knor..!!

makan sambil baca komik,memang la best..kan iman...minum petang sesuai sangat le ni..musim-musim hujan gini...
Terima kasih daun keladilah ye sebab menempah..enam orang bergabung dengan sebiji kek..coklat tu sorang satu ye...99 peratus tulisan en somi..cantik ke idakk..?

kek kat bawah ni pula untuk anak buah yang nak sambut hari lahir,mak nya belum gaji main minta-minta je...bagi le sebiji...heheh


Saturday, April 26, 2014

BUBUK ES KRIM RASA VANILA DAN COKLAT(Smoothie Ice Blended)

Smoothie (Ice Blended)

Masukkan satu bungkus Haan Ice Cream mix(boleh didapati di pasaraya atau di kedai menjual bahan mentah kek dan kuih,serta mempunyai tanda halal majlis Islam Indonesia) kedalam blender dengan 200gm ice batu yang di hancurkan halus dan 50ml air...
kacau dengan kecepatan sedang selama 2 minit,hingga tercampur rata.


eeennnak bangat...

Thursday, April 24, 2014

HADIAHKAN ANAK-ANAK AL-FATIHAH

 Bila iman meresap ke dalam hati mudah untuk kita mengikut segala perintah Allah.

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang kian 'patah riuk' jadinya. Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak kecil-kecil ini pun cemas juga.. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik.. Allahu Akbar!

Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang aku anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, aku akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka. Hari ini aku ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat aku hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana aku sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka aku cuba kongsikan. Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan. 





anak kecil ini setiap pagi bangun untuk solat subuh berjemaah,sekali pun tak pernah meragam sentiasa ceria,apa petuanya..setiap kali dikejutkan dari tidur ayahnya sentiasa memeluk anak kecil ini sambil bercakap perkara-perkara yang baik-baik.

Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya. Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.

Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Usai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga. Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Aku juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah dan taufiq dari Allah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.

Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah dan sedekah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala memberi hadiah,bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka. 


semoga anak-anak kita nanti berjaya dunia akhirat 

lebih baik lagi jadikan solat subuh berjemaah..ada anak anak kecil juga dikejutkan..jangan kesian pada anak-anak untuk melakukan kebaikan...biar mereka menangis sekarang dari kita menangis esok..

ramai ibu bapa di luar sana yang tak mahu kejutkan anak anak kecil yang belum baligh untuk solat..alasannya kesian..ajarlah mereka dari kecil supaya jadi kebiasaan..



TUTORIAL FLOWERS PEANUT CANDIES


Tutorial bunga candys arabia..dah lama terperap dalam draft..
kertas crepe
bola polistren(ball polystyrene)
dawai halus
lidi
manik pelbagai warna mengikut tema
gunting
gam uhu
kain net
butang baju..mengikut pilihan anda
peanut candy(kacang tumbuk arab)

caranya;bola di uhukan dan digolek-golek atas manik.. letak butang di tengah-tengah..hiaslah ikut kreativiti anda..

Wednesday, April 23, 2014

BERDOSA ATAU HINA KE, BERKULIT HITAM?


Tak tahu nak mula dari mana..terus aje taip ikut kata hati....spontan habis...
kalau sebelum ni aku anggap perkara ini remeh,tak perlu nak kisah,dan tak penting pun...

ceritanya begini...
kalau sebelum ini aku dah biasa dengar aduan anak-anak terutama azhan,dari sekolah rendah hingga kini,persoalannya tetap sama...Kau orang India ke? ayah kau orang India ke?"
balik rumah anak-anak mengadu.."mama tadi kawan-kawan adik tanya ,ayah orang India ke?'...biasanya kami akan tersenyum dan suruh anak jawab.."aku orang Islam.."
begitu juga dengan adibah,bila ternampak ayahnya jemput dia dari sekolah,ayah kau ke tu? India ke?"...anak anak tak pernah ambil hati...cuma mengadu pada aku dan ayahnya..kami dah biasa dengan sikap orang keliling..biasanya untuk permulaan saja,lama-lama senyap...dan akan bermula balik jika di sekolah baru...

setiap hari azhan membaca al-Quran tak kira masa

baru-baru ni sampai 1 pagi aku dan azhan berborak...kalau selama hari ini,bila aku tanya sekolah atau apa saja semua ok ke? dia jawab.."ok".
di sekolah baru ni, kawan-kawan dan guru gelarkan dia botak,memang dia tak pandai berfesyen,fesyen dia botaklah..dia tak kisah pun,begitulah bila tinggal di asrama,semua pun dapat gelaran..
paling ketara bila dia di katakan budak India..."kamu orang apa,mamak ke?..bila seorang ustaz bertanya.."campur,melayu,mamak dan arab.'ringkas jawapan azhan..kamu pandai cakap arab,"sikit-sikit",ayah kamu.."bolehlah, sikit."...
dan pelajar di situ pernah solat berimamkan ayah azhan...tanpa mereka ketahui itu ayah azhan..

Azhan manusia biasa adakalanya dia marah,bila rakan-rakan bergurau..asal letrik tak ada,"azhan mana azhan,eh kau kat mana tak nampak pun".dia pun hairan dan tanya kat aku,mama adik ni hitam sangat ke?,adik tengok ada lagi melayu yang hitam dari adik..
asal nampak india,pakistan je,rakan-rakan akan kata "azhan tu saudara kau ke?'selalunya dia akan senyum dan ignore..dalam hati dia sedih..dia tak reti nak marah-marah,jiwa dia halus..
pernah azhan cakap pada rakannya..'kalau kau putih pun kau tak bijak,tak guna,orang bukan pandang pada kulit tapi pada akalnya..aku datang sini nak belajar jadi orang cerdik,bukan pandai tapi bodoh sombong".terdiam rakannya...
aku dan suami nasihatkan dia,supaya bersabar memang begitulah melayu bogek...tak rugi apa pun..last sekali dia cakap."adik tak pernah kisah pun ma"...dan ada seorang cikgunya tak suka dengan sikap orang melayu..ayat "melayu bogek" dari cikgu tulah.. melayu tak akan maju sampai bila-bila pun,jika sikap menghina,perkauman dan dengki ada dalam diri.

dalam perjalanan balik asrama adibah pesan melalui whatsapp biarlah orang hina kita,jangan kita hina orang...dan banyak lagi kata-kata nasihat dari seorang kakak...


aku dan suami tak marah pun pada sesiapa yang menghina..aku minta azhan maafkan semua rakan-rakan yang mengata dia..
terubat dengan pencapaian ujian baru-baru ni...no 2 di dalam kelas,top 40 keseluruhan pelajar seramai 276 orang,memperolehi mata pelajarn tertinggi di dalam kelas,fizik,kimia,agama,bio,dan sejarah..A+...dan lebih mengembirakan rakannya baiknya justin top 1 keseluruhan pelajar..

lebih terharu hadiah yang dia dapat masa tilawah tempoh hari sebuah al-Quran.."untuk mama"

"tak pe tapi kau hensem"...gelak endingnya..

Monday, April 21, 2014

RESEPI NASI ARAB KABSAH


Terus kepada misi.....



beras basmathi
rempah 4 sekawan
2 setengah sudu rempah serbuk kabsah(boleh di dapati di kedai2 melayu,sebab ini produk melayu yg agak sepi)...nak buat sendiri juga boleh,tumbuk halba,dan jintan manis.
2 biji bawang besar (di hiris)
2 biji bawang putih (dihiris)
2 biji cili hijau
tomato puri
kacang gajus
1 inci halia ( di hiris)
 3 sudu minyak sapi
daun pandan
daun limau purut
daun ketumbar
garam
gula
ayam

Bahan perap untuk ayam:

5 ulas bawang putih (kisar)
1 inci halia (kisar)
madu
garam
1 setengah sudu besar rempah kabsah
perap ayam selama 1 jam

rendam beras selama setengah jam n toskan.
tumis bawang besar,bawang merah,bawang putih,rempah 4 sekawan ,rempah kabsah,daun pandan,daun ketumbar,daun limau purut hingga garing...
masukkan air..agak-agaklah ye..ikut sukatan beras..jika sudah di rendam,kurangkan air..
bila dah mendidih,masukkan beras n tutup periuk.. gunalah rice cooker senang sikit...


Sos harrar:

2 biji tomato
2 ulas bawang putih
4 biji cili merah
jus limau
gula dan garam
blend tanpa air.

Jelatah arab:

1 biji timun
1 batang saderi
1biji bawang sederhana besar
daun ketumbar
cili merah atau cili padi
jus limau
gula dan garam
potong kiub atau di hiris nipis

Sunday, April 20, 2014

CARA MUDAH MEMBUAT COKLAT ALA CADBURY



Aku: adik nak makan kat luar mama belanja,atau kita buat coklat ...?
Azhan: kita buat coklatlah ma...lama tak makan coklat buatan sendiri...
Aku:jom cari barang..(.kebetulan baru jemput dia balik dari anugerah cemerlang di sekolah lama...)misi diteruskan dengan mencari barang..

 

bahan-bahan:

kepingan coklat berkualiti tinggi...khas untuk buat coklat
3 sudu besar cream hazel
kekacang,karamel,banana paste dll.
kekacang(dipanggang didalam oven)

caranya;

panaskan coklat secara double boiling,biarkan cair  dan masukkan cream hazel...di kacau sehingga suhu bilik...
tuang separuh kedalam acuan dan masukkan kekacang dll.
langkah seterusnya tuang permukaan dengan coklat dan ratakan.. simpan di dalam peti ais selama lima belas minit dan bolehlah di keluarkan..


Bukan ala..ala,memang cadbury pun..done..!selamat tinggal kit kat,selamat tinggal cadbury...





CENDAWAN TUMBUH SELEPAS HUJAN

Subhanallah.
Tiada Daya Dan Kekuatan Melainkan Dengan Kekuasaan Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung

Kejadian berlaku di kolej matrikulasi...
cendawan yang tumbuh selepas hujan di saksikan di depan mata..lebih menarik lagi ianya sempat di rakam  oleh hp cap ayam anakanda adibah....memanglah dia rasa kagum sangat, yelah bukan semua orang  berezeki nak saksikan kejadian cendawan tumbuh selepas hujan,ianya proses tumbuh secara perlahan dari dua,ke tiga dan seterusnya cendawan keempat..sambil merenung kejadian alam semesta...

proses kehidupan dicelah-celah rumput.. subhanallah

"Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanam-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang, bercampur-baur dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannnya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni), dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya), datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari, lalu Kami jadikan dia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya)." Surah Yunus, Ayat 24.

 sesungguhnya ia kehidupan yang hanya sementara...

Ibarat cendawan yang tumbuh dan menghilang, begitulah kehidupan sementara di alam fana ini. manusia yang dicipta-Nya dengan pelbagai kemewahan dan kehebatan, akhirnya akan lebur ditelan bumi dan dikandung tanah saat tibanya kematian. Allahu Akhbar!

kita hanya pelintas jalan....

Thursday, April 17, 2014

TANYALAH USTAZ


"Walaupun dia tidak hebat... itu hak dia untuk bertanyakan seperti apa yang diutarakan oleh Wardina :-

“We have a right to ask…. We SHOULD ask. Yes even to our ustaz and ustazah. Dari mana sumber ini? Siapa yang berkata ini? Apa lanjutan cerita ini? Saya
musykil dengan jawapan ustaz..bolehkah ustaz terangkan lagi… ?”

“Ya, kerana para sahabat juga bertanya kepada Nabi saw. Dan Nabi membenarkan…. aku sering merujuk ayat ini dalam Surah Al Baqarah ayat 260.. dimana Nabi Allah Ibrahim as sendiri bertanya.. bertanya kepada Allah….Nabi bertanya kepada Allah? Tidakkah Nabi percaya??? untuk apa? Kerana dengan bertanya kita mencari jawapan..supaya? Supaya hati menjadi lebih tenang… Surah Al Baqarah:260″

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-mahkluk yang mati?” Allah berfirman: “Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanKu)?” Nabi Ibrahim menjawab: “Bahkan (aku percaya dan yaqin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang sangat-sangat ingin menyaksikannya)”

“Bertanyalah. Dan para ustaz jawablah persoalan kami ini. Bukalah minda kami. Jangan suruh kami ikut kamu, namun suruh lah kami mengikut al-Quran dan Sunnah Nabi SAW”.


 berlapang dada...

Orang Yang Alim bukan kerana dia seorang ustaz atau ustazah.. maksud alim adalah orang yang tahu hukum agama dan selok belok agama.. walaupun dia tu tukang kebun je...

HARI BERDIRI



Assalamualaikum.


Aku minta semua sahabat yang soleh dan solehah,luangkan masa untuk membaca catatan ini...
walaupun ramai yang sudah mengetahuinya..mari kita sama-sama menyuntik rasa insaf di dalam diri..

Kata ustaz, Mahsyar ini sangat lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam Mahsyar. para sahabat Rasulullah saw tanya,Mahsyar kat mana? Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. tak ada pokok,tak ada sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.ini terjadi bila malaikat Israfil meniup sangka kala pada pertama kali. kali kedua Malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. lalu manusia bertanya sesama sendiri,dimana kita?
Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke Mahsyar. bayangkan manusia seluruhnya dari zaman Nabi Adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke Mahsyar.
rujuk surah yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu. Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke Mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh Malaikat Munkar dan Nakir. bila sampai di Mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.kena tunggu entah berapa lama. lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada Nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab. jawab Nabi Adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul Ulul Azmi, bermula Nabi Nuh,Musa,Isa, dan Ibrahim tetapi diorang semua hanya berdoa keselamatan diri masing2. lalu pergi semua manusia kepada Nabi Muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab. Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah minta pada Allah awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di Mahsyar. bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita je, dek padatnya manusia pada hari tu. Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash. masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga. kemudian Allah panggil sorang2 untuk dihisab. sebelum Allah mula hisab, Allah suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. tak ada satu pun tertinggal. lepas habis baca Allah akan tanya kita 3 soalan.

1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid
2) tak ingat
3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan. Setelah ditimbang di al Mizan,didapati pahala kita melebihi dosa kita. seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah buat. Allah tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2, etc.
jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi kat diorang. Jika pahala dah habis, dosa diorang pulak kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri). Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tapi effect jugak orang2 yang kita sayang. Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti. Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu. Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan juga simply boleh masuk dengan baik sorang2..

bila baca masih tak rasa apa-apa, takut-takut hati sudah hitam...nauzubillah

Wednesday, April 16, 2014

Yeh Sama Hai Pyar Ka



Khas buat imam tercinta...dah 20 tahun melayari rumahtangga....terima kasih atas semuanya...
jom dengar lagu yang sangat merdu ni...

 happy anniversary with love...

you complete me...

Tuesday, April 15, 2014

Cendul K.Selangor


Assalamualaikum.

Sahabat yang di sayangi yang soleh dan solehah..
cuaca berarak mendung kelabu, bunyi guruh di langit, adakah hujan akan turun...?

Perihal beratur nak dapatkan cendul kuala selangor ,apa yang sedap sangat...berpusu-pusu orang membeli berkonsep pandu laju atau drive thru..akhirnya dapat juga..boleh le tahan tak manis sangat,macam-macam perisa ada......dalam pada tu kami fikir juga,sanggup beratur untuk dapatkan sekadar cendul..mulalah nak kasi ceramah..bila tak biasa buat, maka hati berkata-kata,gini le jadinya..."takpe bang sesekali.."

aku ni taklah pandai masak,cuma tak nak bekukan otak ni..nanti berkarat pulak..berkarya dengan masakkan juga satu ilmu...kan...kasi kongsi resepi lagi..suka masak,tak suka makan,janji diorang suka...makan secubit rasa cukuplah bagi aku...
selamat mencuba,nak kreatif lagi,tambahlah jagung atau durian...dan pastinya
tak tumpah bila makan......Bila cendul di bekukan,maka jadilah puding cendul...

Monday, April 14, 2014

" Cukuplah mati itu sebagai sebaik-baik peringatan "


Assalamualaikum.
sahabat yang soleh dan solehah..

Semalam banyak sekali aku terima berita kematian dari anakanda adibah dan juga suami...buat hati jadi tak tenteram..juga melalui laman-laman sosial...Ya Allah. mati itu bila-bila sahaja,tak kira dimana,tak kira siapa,yang kita kenal atau tidak kenal...
sebelum ini di khabarkan ada seorang pelajar UITM meninggal dunia ketika selepas subuh,..menurut ceritanya selepas subuh rakan mengajak main bola,tapi arwah menolak sambil berkata "takpelah kau pergilah aku nak tengok syurga". bila rakannya balik,arwah masih dalam keadaan berselimut."Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..."

semalam ada seorang pelajar dari matrikulasi pahang gambang mati lemas di tasik yang berdekatan kolej.menurut cerita sebelum kejadian arwah dan rakan-rakan bilik meraikan hari perpisahan dengan membuat jamuan..sambil main campak-campak rakan dalam tasik,menurut ceritanya arwah pandai berenang..misi mencari mayat sangat lama,di jumpai di dasar tasik..kejadian berlaku sekitar 6.30pm..hampir menjelang maghrib."Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..."

Aku bersms dengan anakanda adibah.."tak  sempat arwah nak ambil  final exam beberapa hari lagi" jawapan yang aku rasa amat betul.."dia kena jawap exam yang lagi besar di 'sana"..

Ada seorang lagi pelajar  MRSM yang di panah petir ketika berjalan bersama rakan-rakan.."Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..."

Dan berita semalam seorang murid tadika maut van terbabas dalam kolam kumbahan.."Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un..."

Setiap hari yang kita lalui, pernahkah kita bermuhasabah akan nasib diri kita selepas dicabut nyawa nanti? Bagaimana pengakhiran kehidupan kita, adakah husnul khatimah atau kita akan mati ketika sedang lazat melakukan maksiat? Bagaimana kehidupan kita di alam kubur nanti? Sempitkah atau indahkah di dalam sana?

Bagaimana pula dengan keadaan kita setelah dibangkitkan, kemudian semasa dihimpunkan di padang mahsyar? Derita atau bahagiakah kita di sana? Matahari yang berada sejengkal dan juga lautan peluh manusia yang lelah menanti akan buku laporan amalan mereka di dunia. Pernah kah kita terfikir bagaimana kita akan menerima buku amalan kita, dengan tangan kanan atau tangan kiri? Berjayakah kita menyeberangi titian sirat? Mudahkah nanti perhitungan amal kita di sana? Manakah yang mungkin lebih berat, neraca timbangan pahala atau dosa? Persoalan yang besar, adakah Rasulullah saw mahu memberi syafaat kepada kita?

Dihujungnya nanti, sebagai pengakhiran, pernahkah kita terfikir, ke syurga atau ke neraka kah kita? Tepuk dada, tanya iman. Istighfar dan Selawat.



Sunday, April 13, 2014

Ala Taman tema dan F.sesame chicken


Assalamualaikum

Wahai sahabat yang soleh dan solehah..
catatan di hujung minggu aku dan anak-anak, manakala suami bekerja...akulah nak kena uruskan perkara yang menanti..hari sabtu adalah hari kantin sekolah iman dan muhammad..anak-anak teruja,aku pula sebaliknya ,tak minat nak pergi pun...hantar anak dan balik.Dalam pukul 11am aku jemput diorang...
Aku ingatkan taklah meriah sangat,maklum hari kantin je pun... rupanya,meriah dengan segala bagai deretan kedai-kedai cikgu,rumah hantu,mini zoo dan menunggang kuda...tunjuk gambar satu udahlah ye..banyak sangat gambarnya...muak pulak you all nanti...
dah macam taman tema..


Pukul 12 tengahari dah sampai rumah. kupon Rm40 pun dah habis...harap anak-anak sukalah ye..misi nak memasak pulak..setengah jam siap hidangan ringkas...sebelum ke taman tema dah siap-siap keluarkan ayam dari peti sejuk...Fried sesame chicken senang cerita ayam goreng bijan...
cuma ambil isi dari seekor ayam kecil..keluarkan semua tulang-tulang ayam..minta tolong kat pak cik pasar....

bahan perapan
bawang putih
halia
tepung jagung
rempah kari
madu
garam
bijan
sementara menunggu ayam masak,siapkan salad dulu...semua pun tahu buatkan...sayuran,mayonis,gula dan lemon...
masa untuk muhammad n iman makan...selamat menjamu selera wahai anak-anak...

bismillah,6pm baru aku makan,biasalah tekak melayu campur omputih ...masa ni dua orang tu iman n muhammad nak makan lagi....merangkap makan malam sekali...ok.

Ni untuk imamku..kami biasa makan sebelum maghrib..malam no makan..makan..

Thursday, April 10, 2014

Sampai masa

Assalamualaikum sahabat...

Diriwayatkan bahawa Asma' binti Kharijah Fazari berkata kepada anaknya sewaktu perkahwinan anaknya dengan berkata:

" Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau dilahirkan sehingga menjadi besar. Kini engkau mesti beralih ke suatu tempat dan rumah yang belum kau kenal dan engkau mesti berkawan dengan seorang yang belum di kenali. Itulah suamimu, jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi langit untukmu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia akan menjadi tiang untukmu. Jadikanlah dirimu pengasuhnya, nescaya ia akan menjadi hambamu. Janganlah engkau menghimpunkan untuknya berbagai kesukaran, sebab itu akan membuatkan ia meninggalkanmu. Janganlah engkau terlampau jauh daripadanya, nanti ia akan melupakanmu. Tetapi kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan sekiranya ia menjauhimu, jauhilah ia dengan baik, peliharalah suamimu, hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah suamimu itu mencium sesuatu dari dirimu melainkan yang harum, jangan pula ia mendengar melainkan yang enak, jangan pula ia melihat melainkan yang indah dari diri mu...

 gambar sekadar hiasan yang di bincangkan ialah isinya...

Gambar perkhawinan anak buah yang dah basi..blooger PCL pun ada...dengarnya tahun depan pra kursus perkhawinan Rm300 dibanding Rm80 tahun sebelum( sekarang)...siapa yang belum kawin atau nak kawin siap sedialah sebelum menjelang tahun depan...semua benda pun nak naik...makin parah..

kalau esok kiamat,ada benih,tanam benih tu...Nabi suruh.









Rojak

seumpama hari ni n3 rojak...kat luar tengah hujan sekarang ni...eloklah hujan kalau tak tu, bising dengan lagu tamil kat bawah rumah...indon kat bawah rumah punyalah seksi..bila nampak jer aku,.."ya ke mana bu,antarin anak ke sekolah ya bu"...masa tak ada air dua hari lepas boraklah dengan dia..'susah bangat ya bu mau solatnya"..airnya ngak ada"..orang ngak solat tu ngak apa" ..(orang yang tak solat tu takpelah,tak ada air)..aku sarankan siapkan air dalam botol...
seksi-seksi pun solat...baguslah..

sedapnya rojak buah...teringat kat azhan dia suka sangat rojak buah...kalau pergi pasar malam tak sah tak beli..

.rempeyek tanpa kacang...rupanya pelangan makan dgn nasi...papadom jadi papayek.....tak berapa nak ada air ni...rempeyek pun di catu dulu...

Tuesday, April 8, 2014

Tak tahu atau pemalas..!


Assalamualaikum n morning.... Barakah Wednesday.

Resepi mudah tak perlu berpeluh...kita main sejuk-sejuk aje ye...semuanya main sumbat dalam peti ais...yang pemalas pun boleh buat..orang perempuan sebelum pergi pasaraya tu kena berangan-angan dulu...pasang niat dulu..bila dah ada niat...jadilah juadah kreatif-kreatif...bukan nak makan sangat pun..cuma nak bagi family happy je...

Terasa diriku begitu berharga...emmem..

“Apabila seseorang yang baru belajar tergesa-gesa kehadapan (kerana mahu menjadi tokoh), maka akan terluput daripadanya ilmu yang banyak” -Imam Syafie



Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)