Pages

Monday, April 30, 2012

Kaum Cina




Assalamualaikum.

Hari ini saya ada tetamu bertandang kerumah .Saya hidangkan mereka dengan nasi beriani dan sedikit buah-buahan.Kebetulan lama kami tidak  berjumpa,dan anaknya baru saja balik dari England melanjutkan pelajaran selama setahun.kemudian ke korea bercuti.Selepas balik dari umrah, inilah masanya, kami berjumpa dan bertanya khabar.Dan anaknya menjadi
contoh kepada anak-anak saya.

Untuk menjawab persoalan Kasih Salina,saya mengambil contoh kaum Cina.
Delete
Blogger Kasih Salina said...
salam kenal akak..bertuah dapat anak yg tahu akan tanggungjawab nya. tahniah jugak buat akak yg mesti ada rahsia hebat dlm mendidik ank2..semoga ank2 kita semua berjaya dunia n akhirat..amin..


Ramai orang terutamanya masyarakat Melayu mengatakan kaum Cina adalah kaum yang pandai. Sebutlah bidang apa sekalipun pasti kaum yang satu ini akan mengunggulinya. Seolah-olah mereka dilahirkan dengan seribu satu kelebihan yang tidak memungkinkan mereka kalah. Adakah ini punca kejayaan mereka?

 Rahsianya ialah usaha yang berterusan atau Istiqamah.

Tiada tercatat dalam mana-mana buku sejarah bahawa kaum Cina merupakan kaum yang sentiasa berjaya, tiada tercatat dalam mana-mana manuskrip lama bahawa kaum Cina merupakan kaum yang kaya-raya, tetapi tercatat di dalam ingatan setiap manusia yang mengenali kaum Cina bahawa mereka rajin berusaha.Saya selalu tekankan pada anak-anak,kalau mereka boleh,kita juga boleh.

Mungkin ada sedikit ketegasan saya dan suami,kalau suami saya marahkan anak,saya juga turut campur marahkan mereka.Jauh sekali untuk saya tidak setuju dengan suami.Satu lagi ialah kami selalu solat berjemaah dan mentafsir al-Quran bersama-sama.Bila anak-anak faham makna al-Quran,mereka sendiri merasa gerun.
Dan, doa sentiasa mengiringi.


Wassalam.



Sunday, April 29, 2012

Bersih




Assalamualaikum.

Siam panjang.
 Nama saintifik
Mangifera indica{mangga}

Bentuk : Oblong dengan hujung membengkok dan menirus
Berat : 300-500g
Warna : Kulit hijau kekuning-kuningan dan isi kuning
Tekstur & Rasa : Halus, manis, sedikit beraroma

Lokasi:Pasar malam
 Harga:Tiga kilo Rm10
 Mangga merupakan sumber yang kaya beta karoten (vitamin A), yang merupakan antioksidan kuat.

 Wassalam.

Thursday, April 26, 2012

"Ya Allah,kabulkan doa-doa anakku."






Assalamualaikum .

8:00 malam lepas maghrib,mengaji,lepas tu mata tiba-tiba aje mengantuk ,terlena dengan bertelekung lengkap.

8:31 azan isyak berkumandang,bingkas bangun,ambil wuduk lagi sekali,solat sunat isyak dulu lepas tu akhirkan dengan witir,dah biasa buat,satu rakaat aje.Tak apa Rasulullah saw pun buat satu rakaat aje.

9:00 kadang-kadang nak makan,kadang-kadang tak,ikut perut.Nak makan sebelum maghrib,tak sempat,ambil aje apa yang patut.

9:30 mula membuka helai demi helaian buku,pening di buatnya,"Ah apa nak buat dah tanggungjawab."Tiba-tiba mata dah nak tertutup dah,"tidur dululah.'

11:00 Terjaga,tak boleh jadi ni,belajar,belajar,nak lulus,nak cemerlang.Ambil wuduk,mula belajar balik.

4:00 Lihat jam dinding,ambil wuduk,solat taubat,tahajud,hajat,tidur balik.

Selamat malam.

Dalam pukul empat suku seorang mama bangun lalu depan bilik anak perempuan nya,tengok bilik anak,apa yang dia buat,tengah bersujud,rupanya anak itu.Sejuk hati mama.bangga dan penuh keinsafan.Terus berdoa,"Ya Allah,kau makbulkan doa-doa anakku."

p/s Inilah rutin seharian  Nur adibah.Semoga berjaya.Kalau saya tak kejutkan dia,dia sendiri bangun kejutkan saya dan suami.

Wassalam.

Wednesday, April 25, 2012

Ikhlaskan hati,jangan takut riya


Assalamualaikum.



Orang Yang Takut Beramal Kerana Takut Riya Adalah Orang Yang Ditipu Oleh Iblis.

Iblis menggodanya kerana tidak mahu Umat Islam beramal soleh.

Mereka membisikkan agar umat Islam jangan ke masjid, jangan menderma dan jangan membuat kebajikan, nanti kamu merasa riya, maka kamu akan berdosa.

TAKUT RIYA BUKANLAH RIYA


Sebenarnya siapa takut berasa riya bukanlah riya. Siapa takut berasa riya adalah perasaan normal pada setiap mukmin.

Orang mukmin kena tahu mana bisikan Syaitan dan mana bisikan Malaikat.

Kata Imam Ghazali mengenali bisikan Syaitan dan Malaikat ini adalah fardhu ain.
Oleh itu jika ada bisikan Syaitan agar jangan Solat berjemaah ke masjid kerana takut riya dan sebagainya, maka lawanlah bisikan itu dengan merasakan pahala sendiri belum cukup untuk membayar hutang jasa kepada Allah swt.

Lawanlah bisikan itu dengan merasakan bahawa pahala kita belum cukup untuk membawa ke syurga.

Lawanlah bisikan itu dengan mengingatkan bahawa mungkin ini adalah hari terakhir. Mungkin esok tidak boleh solat lagi ke masjid dan sebagainya.

Lawanlah bisikan itu dengan memikirkan bahawa solat ke masjid amat besar pahalanya. Pahala solat kemasjid adalah umpama gaji seorang pegawai tinggi. iaitu 27 x 5 x 30 = iaitu 4050 sebulan.

Manakala pahala atau ganjaran solat dirumah hanya sebanyak 150 sebulan.

Manakala dalam hadis dari Kitab Sunan Abi Daud pula,

Solat berjemaah di masjid yang sempurna wudhu dari rumah adalah umpama pahala haji.

Jadi sebulan ada 150 kali haji.

Pahala Haji mengikut hadis pula adalah umpama pahala jihad.

Di dalam hadis juga ada menyebutkan bahawa pahala jihad itu ganjarannya ialah setiap saat seperti beribadat 60 tahun.

Oleh itu ganjaran mana yang mahu kita pilih?.

Adakah selepas ini kita akan masih tertipu lagi oleh Syaitan atau tidak?


Takut Beramal Kerana Takut Dikata Riya

Jangan pula takut beramal kerana takut dikata Riya.

Bukankah Takut Riya dan Takut Dikata Riya adalah dua perkara yang berlainan?

Takut dikata riya sebenarnya adalah orang yang riya. Kerana ia hanya beramal kerana pujian orang lain.


Nota:Jangan takut solat dhuha di tempat kerja,hanya takut di kata riya.Jangan takut menulis di blog mengenai ugama,hanya takut di kata riya.
Buatlah sesuatu jika ianya mendapat redha Allah.Hanya redha Allah.

Wassalam.

Tuesday, April 24, 2012

Apa sebabnya jasad Firaun Terpelihara sehingga kini??

Assalamualaikum.

 Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?





Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri: “Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).” Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.


p/s sumber dar fb

Wassalam

Monday, April 23, 2012

Suka hati kamu...

Assalamualaikum.

Untuk menghilangkan strees anak-anak belajar.Saya buat cup cake dan suruh anak-anak hias.

Tema suka hati kamu.


Inilah hasilnya.
Kamu telah di beri sepasang mata,satu lidah,dua bibir,dua tangan dan dua kaki.

"Maka nikmat Tuhan kalian yang manakah yang layak kamu dustakan? (Ar-Rahman:13)

Wassalam

Sunday, April 22, 2012

Tanda kematian kita.

Assalamualaikum.

Memang mati itu pasti.Semua manusia walau seekor nyamuk sekali pun mengetahuinya.Semoga kita menjadi lebih baik,dari sebelumnya untuk menghadapi kematian.Semoga mereka yang telah kembali,menemui Maha Pencipta. di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Perkongsian bukan untuk menakutkan.

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulama adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walau bagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar.
Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji

dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


p/s sumber dari blog

Wassalam.

Saturday, April 21, 2012

Malaikat maut

Assalamualaikum.

MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka.

Allah berfirman yang bermaksud:
“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

 Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.


Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia dimuka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa.


Maka berkata Izrail:

‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Wassalam

Thursday, April 19, 2012

Wahai ! lelaki..

Assalamualaikum.

SOALAN 1:
Apakah hukum jika tidak pergi tunaikan solat Jumaat dengan sengaja tiga kali berturut-turut.

Jawapan:

Menunaikan solat Jumaat adalah fardu ain bagi setiap lelaki yang mukalaf. Sekiranya tidak menunaikan Solat Jumaat tanpa sebarang alasan adalah berdosa besar.

Jika dia meninggalkannya selama tiga kali berturut-turut dia dikategorikan sebagai seorang yang kufur sebagaimana sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Barang siapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali dengan sengaja maka kufurlah ia".


Minum abc di tengah hari, minum pulak sambil berdiri.
Masjid menunggu wahai lelaki, pergi!jangan lupa, suci kan diri .
Bunga mawar harum sekali,warna merah menambat hati
Hari jumaat penghulu segala hari,tak pergi tiga kali tertutup la pintu hati...

Wassalam.

Wednesday, April 18, 2012

Putri Ayu.

Assalamualaikum.

Manusia di ciptakan dengan tiga sifat,iaitu sifat malaikat,sifat haiwan dan sifat syaitan.Apabila manusia subur dengan sifat malaikat,maka manusia seolah-olah malaikat berwajah manusia.Apabila seisi rumah tangga subur sifat malaikat,maka aman damai,sejahtera dan harmoni.Inilah yang di katakan "Rumahku Syurgaku."

1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.
 

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.
 

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.
 

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)
 

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.
Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...


 Ini Putri Ayu yang di tempah pelangan semalam.

 Resepi saya tinggalkan buat para sahabat yang sudah berumah tangga,siapkan buat suami untuk minum petang nanti,ganjaran pahalanya melimpah.Daripada suami mencari Putri ayu di luar,baik kita siapkan Putri ayu yang boleh di "nngapp."


Resepinya :
2. cawan tepung gandum
3. biji telur
4. sudu besar minyak (jagung)
setengah sudu kecil ovalett
1. cawan gula
1. cawan jus pandan
sedikit kelapa(putih)
1. cawan susu cair
2.sudu kecil baking powder
 Sedikit garam

Caranya;
Pukul telur,ovalet dan gula sehingga kembang,masukan susu,minyak, dan jus pandan
Ayak tepung bersama baking powder,ke dalam adunan tadi.
Adunannya cair seperti adunan pan cake.
Gunakan acuan seperti di atas.Sapukan minyak ke dalam acuan,masuk dan tekan kelapa yang sudah di letakkan sedikit garam.Masukan adunan tadi.
Sebelum tu panaskan pengukus.dah mendidih,boleh lah mulakan masak.
Selamat mencuba.


Wassalam.





Tuesday, April 17, 2012

Berminat sila hubungi....

Assalamualaikum.

Hari ini tergerak hati nak kongsi dengan rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang berminat nak tukar kereta lama kepada kereta yang baru atau yang belum ada kereta teringin nak beli kereta. Suami saya berkerja sebagai Sales Advisor ,berpengalaman  hampir  sepuluh tahun.


Hari pelancaran Proton Preve
Berminat boleh hubungi terus  Jamal K. Ahmad
H/P:0178800300
Email:jamal.autoworld@yahoo.com
Lokasi: Showroom di Sentul Raya Boulevard

Hazrat Yazid bin Maisarah rah.berkata:"Tangisan berlaku kerana tujuh sebab
1.Kerana gembira
2.Kerana gila
3.Kerana sakit
4.Kerana gementar
5.Kerana menunjuk-nunjuk
6.Kerana mabuk
7.Kerana takutkan Allah s.w.t.
Tangisan yang terakhir inilah tangisan yang boleh memadamkan lautan api walaupun hanya dengan setitis air mata sahaja.

Wassalam.





Monday, April 16, 2012

Nasihat Imam Ghazali



Assalamualaikum.


Nasihat Imam Ghazali ini kepada para muridnya. dan mengambil hikmahnya:

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”

Murid 1 = “Orang tua“

Murid 2 = “Guru“

Murid 3 = “Teman“

Murid 4 = “Kaum kerabat“

Imam Ghazali = “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati” ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = “Negeri Cina“

Murid 2 = “Bulan“

Murid 3 = “Matahari“

Murid 4 = “Bintang-bintang“

Iman Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama“.

Iman Ghazali = “Apa yang paling besar di dunia ini ?“

Murid 1 = “Gunung“

Murid 2 = “Matahari“

Murid 3 = “Bumi“

Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali= “Apa yang paling berat didunia?“

Murid 1 = “Baja“

Murid 2 = “Besi“

Murid 3 = “Gajah“

Imam Ghazali = “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = “Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = “Kapas“

Murid 2 = “Angin“

Murid 3 = “Debu“

Murid 4 = “Daun-daun“

Imam Ghazali = “Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”

Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang “

Imam Ghazali = “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Hikmah:
Perbanyak ibadah sesungguhnya kematian adalah dekat.
Pergunakan waktu sebaik mungkin karena kita tidak dapat mengulang masa lalu.
Berhati-hati dengan hawa nafsu, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
Tunaikan selalu amanah. Ingat bahwa manusia dan jin diciptakan adalah untuk beribadah kepada Allah semata.
Dalam kesibukan apapun, jangan tinggalkan shalat.
Berhati-hati dengan ucapan kita, karena melalui lidah kita mudah untuk menyinggung/ melukai hati saudara kita.

Wassalam.

Bulan -bulan Islam

Assalamualaikum.

Perkongsian dan penjelasan tentang bulan-bulan Islam.

  1. Muharam al-Haram (dipendekkan kepada Muharram – محرّم)
    • Bulan ini mengambil perkataan “Haram” yang bermaksud terlarang. Ini disebabkan budaya atau tradisi Arab mengharamkan sebarang peperangan pada bulan ini. Selepas munculnya Islam, Allah meneruskan budaya ini lantas menjadi satu antara empat bulan haram dalam Islam.
  2. Safar (ﺻﻔﺮ)
    • Perkataan in bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (badwi) meninggalkan rumah mereka.
  3. Rabiulawal (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim bunga iaitu masa ketika bulan tersebut dinamakan.
  4. Rabiulakhir (ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻷﺧﻴﺮ/’ﺭﺑﻴﻊ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim bunga.
  5. Jamadilawal (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﻭﻝ)
    • Bulan pertama musim panas. “Jumada” bermaksud kering.
  6. Jamadilakhir (ﺟﻤاﺪ ﺍﻷﺧﻴﺭ/ﺟﻤاﺪ ﺍﻟﺜﺎﻧﻲ)
    • Bulan kedua musim panas. Jamada, juga bulan yang lain juga lebih sejuk, yang membawa maksud telaga menyejuk adalah suatu yang biasa ketika itu.
  7. Rejab (ﺭﺟﺐ)
    • Satu lagi bulan suci yang mengharamkan perlawanan atau peperangan dan salah satu bulan yang dihormati. Ia juga dikenali sebagai Rajab al Fard. Fard bermaksud keseorangan; kerana tiga bulan suci yang lain berada jauh dan berturutan berbanding Rejab di tengah-tengah.
  8. Syaaban (ﺷﻌﺒاﻦ)
    • Bulan ini terbit dari perkataan “syu’ba”, bermaksud berpecah/menyimpang. Masyarakat Arab dahulu sering keluar dan berpecah untuk mencari air.
  9. Ramadan (ﺭﻣﻀاﻦ)
    • Diambil daripada perkataan “ramda”, yang bermaksud batu panas. Ini menceritakan ketika nama tersebut diberikan, keadaan amat panas ketika itu.
  10. Syawal (ﺷﻮﺍﻝ)
    • Diambil daripada perkataan yang membawa maksud, apabila unta betina bunting. Ketika nama bulan ini diberikan, lazimnya unta betina bunting pada ketika itu.
  11. Zulkaedah (ﺫﻭ ﺍﻟﻘﻌﺪة)
    • Diambil daripada perkataan “qa’ada” bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.
  12. Zulhijah (ﺫﻭ ﺍﻟﺤﺠة)
    • Ini adalah bulan suci terakhir dalam setahun dan dilarang melakukan sebarang pertempuran kerana pada bulan ini, haji dilaksanakan. Perkataan tersebut juga mengambil perkataan “haji” sebagai rujukan nama bagi bulan haji ini.


    p/s sumber.

    Wassalam.

Sunday, April 15, 2012

Gulai kawah...ke? kari kawah..

Assalamualaikum.

Teringin nak makan gulai kawah,selalu makan dekat kenduri kendara aje.sebenarnya tak guna kawah pun guna kuali aje.memandangkan saya masak cuma setengah kilo daging aje,sesuai sangat le panggil gulai kawah atau kari kawah.Inilah kuali terbesar yang saya ada,'besar la sangat."

Resepinya:
Setengah kilo daging atau lebih.
bahan tumisan (hiris)
4 biji bawang putih
4 biji bawang merah
sedikit halia
sedikit daun kari
kayu manis,bunga cengkih,halba.
Bahan untuk di blend
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah
sedikit halia
10 tangkai cili kering
5 sudu besar serbuk kari daging
 asam jawa.
Garam
Gula
sos ikan
Tumis bahan hirisan,hingga garing n naik baunya.
masukan bahan kisar,tumis sehingga naik minyak.Kalau nak kari sedap,pastikan tumisannya masak betul-betul.
Bolehlah di masukan daging,masak,biarkan ia mendidih hingga daging lembut macam orangnya.
 masukan pula santan,garam gula dan sos ikan,ikut rasa sendiri .Saya guna sedikit saja santan,tak suka lemak-lemak.
Biarkan ia mendidih.Guna api yang perlahan.
Selepas tu pandai-pandailah ye.
Hidangan hanya untuk 4 orang makan.



Jom makan.entri makan-makan hari ni...

Wassalam.

Friday, April 13, 2012

"Sari hati ikan."

Assalamualaikum.

Sibuk mengemas bekalan anak yang hendak bercamping,perkhemahan puteri Islam.sehari  semalam saja, tapi berkemas kelengkapan mengalahkan nak pergi seminggu.biasalah orang perempuan,semua nak di bawa,tak lupa ,sebakul pesanan saya bagi dekat anak.

Sedikit kisah hari ini.

Seronok cerita mengenai syurga.sampai bila-bila pun tak akan habis.

Ahmad meriwayatkan dan di keluarkan pula oleh Al-Bukhari dari- Anas bin Abdis Salam bin Salam,dia berkata,ketika baru datang ke Madinah, Rasulullah s.a.w. di tanya tentang pelbagai jenis perkara,antara lain:"Makanan apakah yang pertama sekali di makan oleh penghuni syurga?"Baginda menjawab:"Sari hati ikan."

Dalam Shahih Muslim terdapat riwayat dari Tsauban,di kisahkan bahawa seorang Yahudi bertanya kepada Rasulullah s.a.w.:"Apa hidangan pertama penghuni syurga ketika mereka baru masuk ke sana?"Baginda menjawab,"Sari hati ikan."

"Sesudah itu apa makanan mereka?"Yahudi itu bertanya pula,baginda s.a.w. menjawab:"Di sembelihkan untuk mereka seekor lembu syurga,yang memakan pucuk-pucuk dedaunan syurga."

"Apa minuman mereka?Tanyanya pula.Baginda menjawab: "Dari mata air yang disebut Salsabil."
"Benar,"Yahudi itu berkata.

Dalam Shahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim terdapat riwayat dari Abu Said,dia berkata,Rasulullah s.a.w. bersabda:"Pada hari kiamat bumi ini menjadi seperti sebongkah roti, di genggam oleh yang Maha Kuasa dengan tanganNya,seperti seorang dari kamu sekalian menggenggam rotinya dalam perjalanan.Sebagai hidangan pertama bagi penghuni syurga."

Datanglah seorang Yahudi lalu berkata; 'Semoga Allah s.w.t. memberkatimu.wahai Abul Qasim.Benarkah penghuni mendapat hidangan pertama pada hari kiamat?"

"Benar,'tegas baginda:"Perlukah aku ceritakan kepadamu hidangan pertama penghuni syurga?"
'Tentu" jawab Yahudi.

Sabda baginda: "Bumi ini akan menjadi seperti sebongkah roti pada hari kiamat."
Sabda baginda lagi: "Perlukah aku ceritakan kepadamu lauk mereka?'
"Tentu.' jawab Yahudi itu pula.Rasulullah s.a.w. bersabda:' Lauk mereka adalah Lam dan Nun."

'Apakah itu?'Orang ramai bertanya.Baginda menerangkan: 'Ialah lembu dan ikan Nun.Sari hati seekor dari kedua-dua binatang itu di makan oleh tujuh puluh ribu orang."

p/s sumber,gedung ilmu.

Wassalam.

Wednesday, April 11, 2012

Nak masuk syurga.

Assalamualaikum.

Inilah kerja saya asyik menukar header saja,saya memang cepat boring.Entah berapa lamalah header baru saya ni boleh bertahan.Begitu juga  isi rumah,asyik ubah sana ubah sini,pantang rumah berhabuk,hobi saya mengemas,sampai blog pun asyik nak kemas saja.

Itu sedikit cerita tentang saya,sesiapa yang perasanlah.

Kali ini saya nak kongsikan  kisah tentang syurga,asyik di berikan cerita yang menakutkan aje,saya bukanlah pandai,saya juga mahu belajar dan belajar.

Ada hadith terdahulu menerangkan bahawa tanah di syurga berupa kasturi dan za'faran,dan bahawa pokok apa pun di dalam syurga batangnya dari emas.Kalau tanah di dalam syurga sedemikian rupa,dan batang-batang pokok pun seperti itu,maka bagaimana dengan yang di hasilkannya,baik itu buahnya yang menawan hati,matang,dan lazat.Buah-buahan itu tidak ada di dunia,selain nama-namanya sahaja yang sama.
"Di dalam syurga tidak ada apa-apa yang berasal dari dunia,selain nama-nama yang sama."(Ibnu Abbas r.a.)

Kalau pokok bidara yang ada di dunia ini buahnya kecil-kecil yang di sebut 'Nabaq.'banyak durinya pula.Sedangkan pokok pisang hanya untuk naungan,maka di dalam syurga kedua-dua pokok itu nampak bagaikan hutan,kerana rimbun,indah dan lebat buahnya.Bahkan sebiji buahnya boleh mengandungi sehingga tujuh puluh jenis rasa dan warna,yang di antara satu dengan yang lain tidak sama.Apa lagi buah dari pokok-pokok yang lain,yang di dunia sahaja tergolong sedap rasanya,seperti epal kurma,anggur dan lain-lain lagi.Begitu juga,bagaimana dengan pelbagai jenis wangian dan bunga-bunga?

Jadi secara kasarnya,di sana terdapat apa-apa yang tidak pernah di lihat mata sesiapa pun,tidak pernah di dengar oleh telinga sesiapa pun,dan tidak pernah terdetik di hati manusia manapun.Semoga Allah s.w.t. menganugerahkan itu semua kepada kita.

Allah s.w.t. berfirman:

Ertinya;"Dan (mereka mendapat) buah-buahan dari apa yang mereka pilih,dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.Dan (di dalam syurga itu) ada bidadari-bidadari yang bermata jeli,laksana mutiara yang tersimpan baik,sebagai balasan di atas apa yang telah mereka kerjakan."{Al-Waqiah:20-24}

Nota:Selepas subuh setiap hari baca Surah Yasin,Surah Ad-Dukhan,Surah Ar-Rahman,Surah Al-Waqi'ah,Surah Al-Mulk,dan,Surah Al Insan.

p/s Sumber

Tuesday, April 10, 2012

Sibuknya manusia.

Assalamualaikum.



Jika kita keluar rumah, kita akan menyaksikan bahawa kebanyakan manusia - memandang dunia sebagai tujuan hidupnya.

 Belum yang kita saksikan di bandar-bandar baik di pinggir jalan, di dalam kereta,  di dalam bas,  maupun lainnya. Kita akan menyaksikan bahawa yang terlintas di kepalanya hanyalah "......" tidak lebih dari itu. Seakan-akan tidak pernah terlintas di hati  bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan bahawa Allah menjadikan dunia ini sebagai ladang untuk beramal. Kita akan melihat manusia bermegah-megahan dalam segala hal sampai tidak sempat lagi beramal. Allah berfirman:
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu-sampai kamu masuk ke dalam kubur. ”(QS.At Takaatsur:1-2)

Ketika azan dikumandangkan mereka masih  sibuk dengan pekerjaan, tanpa mempedulikan seruan azan. Padahal tentang dunia ini, Allah Ta’ala berfirman,

“Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan saling berbangga dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.

 Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu “. (QS. Al Hadiid : 20)

 Nota; Sumber, mengolah kembali mengikut kesesuaian.
segalanya untuk diri sendiri dan membentuk keluarga yang di amanahkan Allah.

 Wassalam.

Monday, April 9, 2012

Hebatnya..mawar

Assalamualaikum.



    Hari ini saya nak ceritakan sedikit mengenai bunga ros,rata-rata manusia memang suka kan bunga,lebih-lebih lagi bunga ros.
    Di Washington,Amerika Syarikat beberapa saintis Jerman telah menjalankan kajian tentang hubungan bau-bauan dengan otak manusia.Hasil daripada kajian itu mendapati,kita boleh meningkatkan daya ingatan serta kecekapan minda kita dengan selalu menghidu bau bunga ros,Saintis-saintis tersebut menegaskan bau yang wangi seperti bau ros dapat mengaktifkan sel-sel otak yang kurang aktif semasa kita tidur.
    Kajian telah di lakukan pada 74 orang sukarelawan.Sukarelawan ini tidur dalam bilik yang ada bauan ros ini, dan apabila mereka bangun,mereka akan menjalani ujian yang di sediakan.
Bunga google



            Ujian yang sama di jalankan pada esoknya,tanpa bauan ros.
           Nak tahu keputusannya?Dengan bauan ros mereka mendapat 97.2 markah berbanding 86 markah sahaja tanpa menghidu bau bunga ros.
      Setiap segala kejadian Allah pasti ada rahsia di sebaliknya..hanya Allah yang maha mengetahui.


Nota;Semakin maju dunia ini,maka semakin teruk manusia di muka bumi ini.
   

Sunday, April 8, 2012

Dzikir Yang Ringan di Mulut Berat di Timbangan dan disukai Allah



Assalamualaikum.



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ:
قَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم :كَلِمَتَانِ خَفِيْفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ، ثَقِيْلَتَانِ فِي الْمِيْزَانِ، حَبِيْبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ. سَبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ
Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Dua kalimat yang ringan untuk diucapkan, tetapi berat dalam timbangan dan disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih, iaitu: “Maha Suci Allah dengan segala pujian-Nya dan Maha Suci Allah Tuhan Yang Maha Agung


Wassalam.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)