Pages

Sunday, October 26, 2014

Hampir Kesemua AKU Buat

Assalamualaikum semua......
Saya copy kerana saya pernah buat..
Hehee..kenangan ni tau..
Korang macamana? Pernah..?

agak-agak yang mana satu kalian pernah buat...hampir kesemua AKU..buat.
KECUALI no4, no10, no11 dan no15.....

01: Buka kipas, lepas tu cakap dengan kipas, nak dengar suara bertukar.
02: Naik kereta, tengok bulan, ingat bulan ikut kita.
03: Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
04: Masa sekolah ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain beratur ambil lagi.
05: Lukis burung guna huruf 'm'.
06: Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
07: Masa kecil fikir bentuk hati macam ni ♡
08: Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
09: Main belon sabun dalam bilik air time tengah mandi . 1 jam dalam bilik air.
10: Fikir dunia kartun memang wujud.
11: Makan singgam. Lepas tu jilat sampul dia sebab nak tepek tatoo kat tangan.
12: Gigit kulit nugget dulu kemudian baru makan isi sebab tak nak cepat habis.
13: Koyak tengah-tengah buku latihan sebab nak buat kapal terbang, sampan, origami.
14: Susun kusyen dan buat seni binaan.
15: Fikir sticker lesen P dengan L kat kereta P untuk perempuan, L untuk lelaki.
16: Kawan terpijak kasut sekolah, lepas tu pijak kasut dia balik.
17: Lepas abes peperiksaan akhir tahun, guna buku matematik buat main SOS.
18: Beli sharpener yang ada cermin sebab nak betulkan tudung, main pantul cahaya. Lepas tu tak bagi kawan tiup takut tumpul.
19: Hembus nafas kat cermin tulis saya sayang awak.
20: Anggap zaman dahulu dunia berwarna hitam putih sahaja.
21: Tuang air panas dalam piring sebab nak bagi sejuk, kemudian minum dalam piring.
22: Tak bagi kawan korek pensel di kedua-dua hujung nanti mak mati.
23: Bila blackout, pakai lilin buat pelbagai aksi dengan bayang-bayang.
24: Sebelum minum susu kotak, koyak dulu tepi dia, tengok sama ada tanda '+' atau '-'. Orang cakap kalau tanda '-', tak boleh minum. Pastu terus buang. Hahaa..
25: Susun snek bentuk cincin (Super Ring) pada setiap jari kemudian makan satu persatu.
26: Tengok tanda kat tapak tangan. Kalau berbentuk K bermaksud nanti jadi orang kaya kalau berbentuk M nanti jadi orang miskin.
27: Ingat kalau tertelan biji, pokok akan tumbuh dalam perut.

10 comments:

  1. Hihi... kakak pun buat juga ni Nor.. tapi ada yg budak sekarang pun buat tau.. Cuba Nor perhati betul-betul:)

    ReplyDelete
  2. Ada yang tak pernah buat, tapi banyak juga yang pernah... :)

    ReplyDelete
  3. hahaha.. ada jugam malu lak nak ngaku ni hehehe

    ReplyDelete
  4. Saya x buat 04,05,07,09,15,18,24 jer... Yg lain semua saya buat... Skg sebhgian kat atas tu siap ajar kat anak lagi.... Hehehe

    ReplyDelete
  5. Hihi.. byk yg pglm sm.. :) salam knl awak..

    ReplyDelete
  6. Betul tu kak... semua buat... hadoi... rindu zaman kanak2

    ReplyDelete
  7. Senyum dan tergelak sorang-sorang knor, dah ujung taun camni, budak2 suka main batu seremban.

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)