Pages

Wednesday, January 16, 2013

Lembaga putih



Sodakah..sodakah dari jauh jelas terdengar suara ni..datang dekat dengan suami, saya cuma pandang dari jauh aje..kopiah putih,berjambang,baju putih dan seluar putih.

google

tiba-tiba  mereka hilang macam tu aje..saya tanya:"kenapa? minta derma..kata suami.."tapi macam paksa-paksa pula" saya tanya lagi "abang bagi ke? tak"selamba aje suami cakap.saya tanya "kenapa tak bagi? entahlah was-was katanya.tapi suami rasa menyesal pula bila tak bagi..kami pun carilah lembaga putih tadi tu..pusing punya pusing..emm ternampaklah mereka. kami berhenti dan suruh azhan anak lelaki saya turun bagi sodakah tu..lembaga senyum.

ok habis dekat situ.
saya dengan suami selalu bersarapan pagi di restoran mamak, memang nak kena teh tarik selalu.suamilah, saya tak..
tiba-tiba suami pun cakap dengan saya..:"tengok tu" selalu minta sedekah kat sini dan banyak kali juga abang bagi"..boleh kata pantang tengok muka suami sayalah.tak lama lepas tu dah boleh di jangka dah,dia datang lagi..kali ni saya bagi tahu pada suami bagi makanan aje.suami pun bagi le nasi lemak bungkus,dia ambil terus masukkan dalam bag dia..lepas tu dia minta roti..roti..roti...roti dia nak roti, ha ah baru ingat pak pakistan ni mana makan nasi lemak..

dia cari meja yang agak jauh dari kami,tapi saya boleh nampak lagi kelibatnya..suami suruh pelayan layan aje apa yang dia minta nanti suami bayar.kebetulan kami dah nak beredar dia pun sama nak beredar..basuh tangan..dah siap dia basuh tangan,,perut dah kenyang..tiba-tiba dia minta sedekah dengan orang lain pula..dalam hati saya ni mulalah nak berkata-kata..(tak baik ni)

dah selesai makan kami pun nak bayarlah.dua keping roti ,teh tarik,dan sebungkus nasi lemak...lepas tu saya bagi tahu pada suami.."sampai dua keping dia makan roti.??suami kata itulah rezeki dia..mana pak pakistan ni makan sikit-sikit..diorang kan makan banyak..sekeping tu celah gigi dia aje"..saya angguk faham.

memandangkan saya dan suami kerap bersarapan di restoran tu maka selalulah ternampak lembaga putih.dan seterusnya saya dan suami tak bagi lagi dah.tapi dia datang juga meminta.

saya cakap dengan suami pertama badan dia sehat,tinggi ,tegap,tak ada cacat cela cukup kaki tangan dan waras..dah lama dah dia minta duit dekat orang kenapa tak ada usaha dengan hasil duit yang dia dapat selama ni untuk berniaga atau bekerja.saya tanya pada suami dia tak rasa malu ke meminta-minta dekat orang..suami jawab.."orang macam ni mana ada perasaan malu lagi.."lepas tu saya sambung kalau Rasulullah saw ada dah tentu dia tak suka dengan orang macam ni.."suami pun angguk setuju.

10 comments:

  1. biasa terjadi juga..kkdg mls nak bg muka kan....

    ReplyDelete
  2. Mereka selalu ada di mana2 tempat yang jadi tumpuan terutamanya kedai makan...

    ReplyDelete
  3. kekdg dah set nak ikhlaskan hati tapi bila dah berkali2 tu hati berkata juga.....hemmmm....

    ReplyDelete
  4. Klu duduk 1 kdi lame..mmg akn nmpk muke tu je mtk sedekaj

    ReplyDelete
  5. ini kes biasa.... saya tak pernah layan klu jumpa cam ni

    ReplyDelete
  6. Byk sekolah tahfiz yg memerlukan derma kita, elok saja disumbangkan ke sana. Ia lebih terjamin ketelusannya.

    Saya sgt setuju dgn K.Nor
    Ramai yg datang meminta sedekah itu warga asing, dan kita tak tahu asal usulnya. Ditakuti sindikit..

    ReplyDelete
  7. “Bentengilah diri kalian dari siksa api neraka meskipun dengan separuh buah kurma.” (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

    “Sedekah dapat menolak 70 macam bencana, dan yang paling ringan adalah penyakit kusta dan sopak (vitiligo).” (Riwayat Imam Thabrani)

    “Bersegeralah bersedekah, sebab bala bencana tidak pernah bisa mendahului sedekah." (Riwayat Imam Baihaqi).

    ReplyDelete
  8. byk jgk yg minta sedekah nie sehat walafiat..kalau dia tau seorng tuh pemurah tiap kali asyik dtg dtg kat orng tu..

    ReplyDelete
  9. Selalu jumpa. Dan saya pasti ajak ke kedai untuk makan sekali. Sekalipun tak pernah ikut. Mereka cuma nak duit. Mereka pemalas

    ReplyDelete
  10. wak pon ada pengalaman dengan Benggali putih tapii.,iHHkks

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)