Pages

Wednesday, March 11, 2015

SEJARAH KELUARGA YANG HEBAT

Bismillah

Semoga kisah keluarga ini boleh menjadi inpirasi buat kita-kita ni...tak banyak dapat sikit pun jadilah yang penting istiqomah...
Jika kita sibuk dengan kebaikan kita tak akan sempat lakukan keburukan.....

 ketua keluarga ialah si ayah,ayahlah yang menentukan bagaimana sesebuah keluarga terbentuk
gambar diatas hiasan semata

Al Hafiz Luqmanul Hakim diiktiraf pelajar terbaik SPM baru-baru ini. Siapa dia?. Datuknya merupakan bekas Senator iaitu Ibrahim b Abdullah. Dlm keluarga ini sebenarnya mereka mempunyai adik beradik yg agak ramai tetapi semuanya berjaya ke menara gading. Ramai antara mereka adalah peguam dan ahli politik.
Antara nama yg mungkin dikenali ialah Datuk Kamelia Ibrahim ( Bekas Timbalan Ketua Wanita Umno Malaysia ) ibu saudara Luqman. Bapa saudaranya Datuk Radhi Manan ( Pengerusi Lima Langkawi & mantan Exco Perak ), Norlie ( Exco Pelancongan Perak skg ) pula adalah adik beradik saudaranya. Keluarga ini hebatnya bukan sahaja dididik dgn ilmu dunia yg baik malah ilmu akhirat yg baik.
Kini rumah banglo 3 tingkat yg mempunyai kolam renang di Padang Rengas selepas pemergian Senator Ibrahim ( Datuk pelajar ini ) telah diwakafkan menjadi pusat tahfiz. Ia adalah pusat tahfiz yg moden, canggih dan selesa. Begitu sekali pengorbanan anak2 utk membantu ayah mereka di akhirat...
Dlm keluarga besar ini mereka mempunyai pelbagai fahaman politik. Yg berkerjaya hebat pula mereka mengamalkan Islam yg sgt baik. Ada yg menyertai Tabligh dan sebagainya. Malah ibu Luqmanul sanggup berhenti kerja dlm kerjayanya sebagai seorang hakim utk mendidik anak2 nya. Bacalah profile rasmi Luqman di bawah. Biodata yg saya berikan adalah berdasarkan pengetahuan saya sebagai ahli keluarga sepupu Luqman. Mudah mudahan ia boleh dicontohi oleh kita bersama.

Inspirasi dari kisah Al-Hafiz Luqman
Assalamualaikum wrt wbt,
Secebis perkongsian dari latar belakang kehidupan Pelajar Terbaik SPM 2014 Sek.Men.Keb.Taman Keramat.
Al-Hafiz Muhammad Luqmanul Hakim bin Haji Abd.Latif
Nama: Muhammad Luqmanul Hakim bin Abdul Latif
Penghafaz 30 Juz Al-Qur'an
Keputusan SPM 2014:6A+, 3A
A+(Pendidikan Islam, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Kimia dan Biologi)
A( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Fizik)
Ibunya Hajjah Nurul Jannah binti Ibrahim: Seorang suri rumah semenjak usia 32 tahun( bekas Hakim Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur)
Ayahnya Haji Abd.Latif bin Ishak: pesara pada usia 43 tahun ( bekas Manager Malaysian Helicopter Services MHS Aviation Sdn Bhd)
Sekolah:
Tahun 1: Sek.Ren.ISLAM Al-Amin(SRIAA)
Tahun 2-4: Pusat Tahfiz Darul Hafizin
Tahun 4 September: Mengikut keluarga ke Mesir mengambil Kursus Asas Bahasa Arab di Markaz Nil Kaherah, Mesir
Tahun 5:SRIAA
Tahun 6:Mengikut keluarga ke Yaman dan bersekolah di sana beberapa bulan
Tahun 6 : Menyambung persekolahan di SRIAA
*Persekolahannya tidak tetap dan sering tidak ke sekolah.Namun, beliau berterusan menghafaz di rumah sehingga tamat 30 Juz Al-Qur'an pada usia 12 tahun
Ting.1: Bersekolah di Sek.Men.Islam Al-Amin untuk beberapa bulan kemudian berhenti sekolah bagi memberi tumpuan kepada hafazan di rumah
Ting.2-3: Hafazan di rumah
Ting.3: Mengambil tuisyen di Maths Clinic
*Beliau tidak menduduki peperiksaan UPSR dan PMR
Ting. 4-5:Sek.Men.Keb.Taman Keramat.

Pencapaian:
Memperolehi Syahadah 30 Juz dari Us.Ghazali di Madrasah Alyamani di Kampung Baru
Menerima elaun Skim Galakan Hafazan Baitulmal MAWIP sejak tahun 2011
Menyertai dan memenangi Pertandingan Hafazan di sekitar Taman Keramat
Menjadi Imam Solat Tarawih di surau berhampiran rumahnya Mendapat tempat no.1-3 setiap kali menduduki peperiksaan sama ada di sekolah rendah mahupun menengah
Tingkatan 4 dan 5 banyak memperolehi anugerah Pelajar Terbaik Mata Pelajaran
Amalannya:
Solat berjemaah di rumah bersama keluarga( menjadi imam sekiranya ayah dan abangnya tiada di rumah)
Rajin Solat Berjemaah di surau berhampiran
Sentiasa mengulangi hafazannya pada setiap malam sebelum tidur
Hobinya di waktu petang: Study group/ bermain bola sepak bersama rakan sekolahnya
Mengambil kelas tuisyen di malam hari
Membuat tugasannya di rumah( tidak mempunyai pembantu rumah)
Latar belakang keluarga:
Merupakan anak ke-8 dari 10 orang adik- beradik
Ibu dan ayahnya mengutamakan hafazan Al-Qur'an sejak mereka masih kecil di samping kesemua adik-beradiknya telah pandai membaca al-Qur'an dan khatam al- Qur'an sejak di usia awal persekolahan
Ayahnya melazimi mentasmik hafazan beliau dan adik- beradik selepas Solat Maghrib di mana seorang demi seorang dipanggil untuk ditasmik mengikut tahap hafazan masing- masing
Keluarganya amat mengambil kira soal pemakanan agar tidak memakan makanan yg haram dan syubhah di samping mengamalkan tamar dan kismis pada waktu pagi.
Menutup televisyen sejak 10 tahun yang lalu bagi mengelakkan kelalaian dan maksiat yang terdapat padanya
Melazimi solat berjemaah sekeluarga untuk setiap waktu solat
Ibu bapanya sentiasa memantau perkembangan pelajaran dan hafazan anak-anak selain sentiasa menyemarakkan amalan membaca dan cintakan ilmu dalam kehidupan
 Ibu bapanya telah menubuhkan HIFZ, kelas hafazan dan bahasa Arab untuk kanak-kanak berusia 4-10 tahun pada tahun 2011 di rumah mereka.Kini, HIFZ mempunyai 100 orang pelajar dan dibantu 6 orang guru
Adik-beradiknya:
Kakaknya Nurul Hidayah ( lulusan Degree Mechanical Engineering,UTP), bekerja di JIMAH Power Plant kini sedang menguruskan perancangan home tuition Al-Qur'an yang diusahakan bersama suaminya Mohd.Fadzil bin Ramli
Kakaknya, Ustzh.Nurul Hayati (lulusan Degree Syariah Law and Jurisprudence, KUIS) kini membuka Tahfiz dan Akademik Madrasah Nizhomulhayah dan pengurus di syarikat home office Maktabah Nizam bersama suaminya, Us.Nizamuddin bin Isemaail
Kakaknya Us.Nurul Hazirah ( lulusan ACCA B.Sc.Applied Accounting(Oxford Brooke's Univ.Kini,merupakan tenaga pengajar di HIFZ bersama suaminya Us.Mohd.Taufik bin Bakeri di samping menyambung pengajian Islam di Uni.Malaya
Kakaknya Dr.Nurul Hasanah ( lulusan Medicine Uni.Cairo Mesir) kini bertugas di Hospital Taiping dan merancang untuk memberi tumpuan kepada dakwah dan bisnes bersama suaminya Us.Emran bin Ahmad di Syarikat Urwatun Wusqo Enterprise milik mereka
Kakaknya, Nurul Hakimah kini sedang menyambung pengajian di tahun 4 Medicine di Uni.Al-Azhar, Mesir dan merancang untuk menyambung pengajian dalam Alternative Medicines.Beliau telah menghafaz 5 Juz Al-Qur'an dan sedang masih meneruskan hafazannya
Abangnya, Abdul Hafizul Haq kini sedang menyambung pengajian dalam Political Science and International Relations di Bursa Orhangazi Univ (BOU) di Turki.Beliau telah menghafaz 30 Juz Al-Qur'an dan sering menjadi Imam solat Tarawih di surau berhampiran rumah mereka
Kakaknya, Nurul Hamizah kini sedang menyambung pengajian dalam bidang Medicine di Cyberjaya Univ.College of Medical Sciences.Beliau merupakan Pelajar Terbaik SPM 2013 Sek.Men.Keb.Puteri Wilayah dengan memperolehi 11A(8A+, 1A, 2A-).Beliau juga telah menghafaz sebanyak 20 Juz Al-Qur'an
Adiknya, Ahmad Khairul Haaziq kini sedang berada di Ting.3 Sek.Men.Islam Al-Amin setelah berhenti sekolah untuk memberi tumpuan pada hafazan di rumah.Beliau telah menghafaz 10 Juz Al-Qur'an
Adik bongsunya, Nurul Hanisah adalah Pelajar Cemerlang 2014 UPSR 5A dan PEKERTI 8A dari SRIAA dan kini tidak bersekolah untuk memberi tumpuan kepada hafazan Al-Qur'annya di rumah.
Demikian secebis kisah yang mungkin boleh dicontohi oleh para ibu bapa dan menjadi inspirasi buat huffaz.

N3 diatas adalah copy paste dari fb sahabat....

8 comments:

  1. Tak terkata.. hebatnya seluruh keluarga ni.. moga ramai yg mencontohi keperibadian dan rutin keluarga ni.. memang hebat sangat ni..

    ReplyDelete
  2. :) assalamualaikum
    singgah pagi

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum Nor, mudahan kita jugak akan menjadi ibubapa dalam mendidik anak2 cemerlang suatu hari insya allah aminnn

    ReplyDelete
  4. Terkesima kakak dibuatnya Nor. Sungguh kakak memang tak mampu tapi kalaulah tempias sedikit apa yg dilakukan keluarga ini benar-benar memberi inspirasi buat kita-kita ni semua..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum K.Nor..
    Blom sempat baca abis.... kesibukan melanda.
    Inshallah mlm muncul lg.

    ReplyDelete
  6. hebatttt!!! mmg sgt hebat!!! seimbang dunia akhirat

    ReplyDelete
  7. salams kak, semangat saya membaca...

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)