Pages

Thursday, March 19, 2015

SIAPALAH KITA

Bismillah
Dah tengahari anak-anak dah pun pergi masjid aku juga dah siap masak hidangan tengahari...aduss maafkan aku sebab tayang lauk pauk kat sini...teringat ceramah ustaz tu jangan kamu tunjuk-tunjuk makanan kamu dalam media sosial fb,blog dll...kesian pada orang yang tak mampu atau ada yang tak ada makanan langsung untuk di jamah...tapi aku rasa sahabat-sahabat aku mampu..apalah sangat lauk pauk kampung asam pedas aku ni....
apa kurangnya ustaz-ustaz tu..banyak kali pergi mekah berselpi depan kaabah..aku sedih dan cemburu tengok sebab aku belum ada rezeki nak pijakkan kaki kat sana lagi..tapi aku percaya rezeki dan izin Allah.aku juga bersangka baik pada ustaz-ustaz tu mungkin diorang nak ajak umat Islam pergi ke sana menunaikan rukun ke lima tu..sesekali aku menangis melihat keberuntungan diorang....aku pasrah belum ada rezeki.
dan aku juga melihat selpi hidangan diorang makan nasi arab...beruntungkan..aku tak mampu nak makan nasi arab in shaa Allah aku mampu masakkan untuk anak-anak nasi arab tapi taklah sehebat nasi arab di restoran hebat diluar sana...
siapalah kita dibanding dengan mereka diluar sana..mereka adalah contoh terbaik kita..kalau ustaz diluar sana suka tayang-tayang siapalah kitakan....

Azhan tanya..:"mama boleh tak kita doa jadi kaya .."?
aku kata "boleh..tapi adik doalah.."Ya Allah jadikanlah aku kaya seperti mana orang-orang yang soleh..'
bila kaya kita banyakkan sedekah,bantu umat Islam yang ditindas,orang susah,bina masjid,surau, hantar orang yang tak mampu nak pergi haji...dan macam-macam seribu kebaikkan lagi...
Jangan berkias-kias dengan Allah kalau nak jadi kaya minta kaya terus...Allah Maha Mengetahui.



Hari ni dapat masak sepenuhnya kesian kat azhan dah nak balik asrama dah hari-hari makan lauk bungkus,aku sempat masak nasi jer..mana taknya aku sibuk dengan tempahan itu ini..azhan memang suka makan ulam-ulaman bila aku kata bagus adik pandai makan ulam sehat tubuh badan..tiba-tiba jer Iman dengan Muhammad ikut makan juga....tapi petai tak makanlah...
sebenarnya belum makan lagi ni...tunggu diorang balik masjid.

"kita makan sama-sama ye...anak-anak.hari ni mama free...nak makan apa cakap jer..."


10 comments:

  1. Sedapnya makan tengahari ada ulam-ulam ni KM.. walaupun simple tapi menyelerakan :)

    ReplyDelete
  2. mama..yan nak kek coklat...huhuhu..leh tak gitu kak :-))

    ReplyDelete
  3. kak Nor..masakan begini yg menambat selera tau

    ReplyDelete
  4. mudahan dimakbulkan olehNya doa nk ke baitullah...niat dah ada, semoga dipermudahkan angah dan kami pon nak ke sana..insyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Pasti seronok sangat anak2 Knor makan masakan mama diorang hari tu ya..

    Bab ke Mekah ni, saya pun fikir benda yang sama, Knor.. moga Allah akan panggil saya juga sebagai tetamunya nanti.. dah penah register nak pergi umrah suatu masa sebelum ni, tapi ada kejadian yg menyebabkan tak jadi. Minggu lepas, saya bersedih lagi sebab seorang kenalan saya mudah je dapat ke sana. Agaknya adalah kesalahan atau amalan saya belum cukup lagi untuk jadi tetamu Allah kat sana.. kita sama2 doakan ya..

    ReplyDelete
  6. Alamak mcm terasa pulak Knor....yelah kadang tu menayang makanan bukan niat nak menunjuk nunjuk pun...saja berkongsi pengalaman makan benda tu .... Knor okje kalau makan nasi Arab Rm40 henggit jer tuk 4 org....tak mahal mana pun....setakat Knor tokey kerepek ni mmg boleh makan sangatlah lepas jual 3 balang hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi....kita 6 org tau...boleh mkn, tpi masaalah nya blik rmh lpr blikkk.lps tu fikir nk msk lgi....
      mcm tk berbaloi..fikir blik msklh...sng.mkn ulang2...jimat sikit...

      betul okje....?

      Delete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)