Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Allahumma Shalli Alaa Sayyidina Muhammad Wa alihi Washahbihi Wasallim.
Hari ni banyak free so kita terus kepada objektif lurus bendul....
jangan risau bukan untuk bagi meleleh tapi nak bagi idea nak masak apa hari ni ..rata-rata ramai yg berpuasa hari ni dan esok,alhamdulillah.Ilmu rohani sudah masuk cantik dalam diri,Islam semakin berkembang..tarbiah dimana-mana.
yang dalam kesakitan,berperang, disakiti dan kelaparan maafkan kami,maafkan kami..senjata kita sebagai orang mukmin adalah doa.. Ayuh umat Islam sedunia, teruskan berdoa untuk saudara Islam kita di bumi Syria sana....
udang goreng bawang putih geli-geli
Bahannya;
udang sederhana besar suka hati banyak mana,ikut mulut.garam kunyitkan n di goreng ranggup
7 ulas bawang putih
halia
serbuk lada hitam kasar
1sdk gula
garam secukup rasa
daun sup
Caranya:
tumis bawang putih dan halia hingga garing masukkan udang masukan serbuk lada hitam letakkan garam dan gula..kacau rata..tutup api n siap...
hiaskan dengan daun sup itu...
Roti manis abang sado
3 cwn tepung gandum
1 peket yis
4 sdb gula
sedikit garam
1 cwn susu pekat
1 bji telur
kismis suka hati banyak mana pun..
Caranya:
air suam(bukan yang sangat panas ye) larutkan gula,susu,n yis..kacau rata biarkan kembang sedikit...
buat lubang di tengah tepung yg dah di garam dan di kismiskan. curah aje yis tadi,n pecahkan telur gaul n adun sehingga menjadi doh yang comel dan cantik..dah siap tutup dgn kain lembab biarkan adunan kembang sekembang-kembangnya....lps tu pandai-pandailah ye..nak cantik lagi menarik sapukan dgn kuning telur..
dah masak sapukan dgn sedikit butter kasi kilat itu roti...
parmesan garlic bread sambal petai busukk
Adunan sama jer cuma tambahkan bawang putih dan herb sedikit dalam adunan tepung.kurangkan gula dan susu di dalam adunan.
sapukan adunan yang siap dibentukan dengan butter dan taburkan garlic cincang..bakar ikut suhu oven uolls..
sushi roti golek sendiri
Beberapa keping roti buang tepi (canai hingga nipis)
2 biji telur rebus
mayonis
gula
jus lemon
serbuk lada hitam
daun salad
karot
kepingan keju
Caranya:
hancurkan telur,masukkan mayonis,gula serbuk lada hitam,jus lemon n kacau rata...
potong karot,keju memanjang..susun aturkan ikut uollslah ye...
Puding roti pelangi nak kiamat
Roti dibuang tepi ( ikut suka banyak mana)
1 cwn susu pekat manis
setengah cwn gula
2 sdb butter
serbuk agar-agar (halal)
1 sdk esen vanilla
pewarna
Caranya:masak agar-agar dan gula hingga mendidih.
roti di campur susu dan sedikit air dikisar hingga halus...dah siap masukkan aje dalam agar2 tadi kacau rata ,masukkan butter dan esen.tutup api jika sudah mendidih.
asingkan kepada berapa bahagian dan warnakan...tuang ke dalam acuan secara berselang seli...
tunggu hingga sejuk dan masukan ke dalam peti ais...
Puding roti miloolah sangat
Ini pun sama juga cara memasaknya, cuma tambahkan milo..curahkan susu di atasnya...sebelum tambahkan milo tu,tinggalkan sedikit untuk resepi yang di bawah ni....curah aje agar2 putih dalam longkang betik..sejukan..
Puding roti betik longkang susu
SELAMAT MENCUBA KAWAN-KAWANKU
Dah lah tengah puasa ni..
ReplyDeleteTengok hidangan yg diatas tu..
Cukup mencabar iman hehehe..
Dah tua2 ni yati oiii ..
Bertabah lah tengok resepi tu..
Mcm nak cuba udang goren bwg putih geli2 tu lah KM :D
wahhh.... lapar nengok Roti manis abg Sado tu kak.. haha...udang pun suka.. nak simpan resepi nti boleh cuba... :)
ReplyDeleteHuh!! Iman dan Muhammad ni auntie nak cakap ni.
ReplyDeleteDah tak tahu nak kata apa kalaulah masih kata nak beli yg diluar sana
Auntie tengok semua yg mama buat dah menggoda tak terkata
Yg tak bestnya kita ni jauh.. kalau setakat sejam boleh sampai rumah agaknya selalu dah auntie bagi salam tekan loceng nak mengendeng:)
akk saja je kan uji iman saya
ReplyDeletementang2 laa sy pose
x pe la kak
sob sob sob ;-)
kak ruby suka puding roti n udang tu.....
ReplyDeleteSedapnya. Nak cuba juga nanti.
ReplyDeletenama resepi ...terbaik..hehehe
ReplyDeleteBanyak resipi sekali gus bagi...sedap2.terima kasih..
ReplyDeleteTakutlah Knor nama puding roti pelangi tu haha.....Nak makan pun seram tau!....
ReplyDeleteLama tak meroti, cari yis kat JJ tak de.....ada jer jual kedai tepi tepi tu tapi malas nak menyinggah