Pages

Tuesday, September 2, 2014

ORANG LAMA

Assalamualaikum
sahabat soleh dan solehah

Bukan nak mereka cerita,ini benar -benar punya cerita..ianya sesuai kepada para-para ibu yang punya anak-anak yang belajar atau yang sudah bekerja...
ketika aku dan adibah berurusan di kaunter bank..biasalah duk tengah menunggu sembanglah dengan seorang mak cik ni..urusan dia hampir sama dengan kami..urusan anak-anak..

mak cik ni punya empat anak,berniaga barang plastik di pasar malam di Tanjung Malim,datang K.lumpur semata nak urusakan hal anak.terbuka pemikiran mak cik ni,pada pandangan akulah.
Tiga dari anak-anaknya jurutera baik lelaki atau perempuan,seorang daripadanya yang bongsu minat seni..semua kakak dan abang membantah tentang minat adiknya,tapi mak cik dan suaminya tak kisah,dia minat, makcik dan pak cik ikut je...asal masuk universiti katanya..(masih kuat amalan dulu-dulunya...)mak cik doa yang terbaik buat dia..katanya..

kalau dulu-dulu menurut mak cik asal masuk universiti dah cukup,bidang apa pun tak kisah,lagi-lagi kalau duduk di kampung..punyalah bangga..satu kampung kecoh meraikannya..
kalau jadi askar pun kecoh juga satu kampung tambah kalau jadi cikgu...

Berbalik zaman sekarang anak-anak dah maju,boleh pilih bidang apa nak,ibubapa tak boleh campur tangan...
itu anak-anak yang berada di menara gading..
mak cik ni sambung lagi bila anak-anak dah bekerja...setiap bulan katanya semua anak-anaknya tak pernah tak bagi duit,mak cik ambil dan tak pernah menolak..anaknya bagi berapa pun mak cik ambil..pernah satu hari anak-anaknya tanya..'mesti mak banyak duit yang kami bagi..kan'..lepas tu mak cik ni cakap pada anaknya..'taklah, duit yang engkau orang bagi mak gunakan.mak simpan duit mak sendiri,hasil jualan barang plastik kat pasar malam tu.'

mak cik ni siap bagi pesanan dan tip'katanya kalau anak bagi duit ambil je,jangan tolak-tolak,nanti katanya anak-anak ambil mudah dan terbiasa dengan tak bagi duit..
betul juga kata mak cik ni . kata mak cik ni lagi mak cik bukan mata duitan...saja nak bagi anak-anak ni belajar bertanggungjawab sikit..

aku banyak mengiakan kata-kata mak cik tu..ada benarnya juga..jangan bagi muka sangat pada anak-anak nanti dia naik lemak...

Orang tua sudah banyak memberikan apa yang mereka punya. Bagian kita, ialah memberi kebahagiaan untuk mereka.


10 comments:

  1. Bapak kakak setiap kali kita bagi memang dia akan ambil Nor tapi itulah dia bagi pulak kat anak-anak kita lebih dari apa yg kita bagi dia. Manalah tidak sebab pendapatan dia sebulan melebihi pendapatan kita. Itu yg cucu-cucu naik lemak...

    ReplyDelete
  2. Mmg terbaik lah pemikiran makcik tu...
    Tak guna di sekat minat anak2, asalkan tak langgar hukum syarak dan undang2, buatlah apa yg terbaik..

    ReplyDelete
  3. Salam. Hee jauh jalan makcik itu dari Tanjung Malim ke KL.

    ReplyDelete
  4. sukala dengan makcik tu..

    alamak.terbekenan dgn tiga lalat tu, camane dia boleh berkenan dgn nama lalat yek? nanti ada masa nak usha-usha lah...

    ReplyDelete
  5. setuju dgn cara makcik tu..
    akak yg kena ubah cara akak ni. banyak sangat memberi pada anak dan cucu..huhu

    ReplyDelete
  6. betul sangat cara makcik tu...moga jadi pengajaran kepada kita juga

    ReplyDelete
  7. Anak-anak yang baik...Emak yang mulia

    ReplyDelete
  8. Setuju dengan pendapat makcik tu.. 'belajar bertanggungjawab sikit..' ;)

    ReplyDelete
  9. My MIL pun gitu Knor jarang sangat dia tolak kalau anak aka laki Okje bagi, tak taulah anak lain hehe....

    Ada betulnya jugaklah Knor....naik lemak depa nanti kalau kita asyik menolak je yek...

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)