Pages

Monday, June 30, 2014

SAHUR BUAT SI KECIL, SUSU BERSAMA JUS KURMA


Bertenaga bila bersahur dengan mengambil jus kurma dan susu terutamanya anak-anak,ditambah dengan cuaca yang sangat panas..
nak bagi anak-anak tak lembik..



caranya:

jus kurma
susu segar..



Sunday, June 29, 2014

BAHANG SEJUK

Membahang di kawasan rumah.. kalau boleh parking yang tempat sejuk-sejuk untuk kereta..alhamdulillah.



untuk juadah berbuka nanti..macam-macam boleh buat dengan laici segar ni..kandungan di dalam sebiji buah laici yang telah masak..
isi - 7-21% gula bergantung jenis kultivar,0.7% protein,0.3% lemak,0.7% mineral terdapat banyak fosforus dan kalsium,Vitamin A,B1,B2 dan C..

sekilo rm10 ke rm13 ..
jus tembikai kuning bersama laici






Saturday, June 28, 2014

MEMBORONG KURMA DI ZAM-ZAM TRADING SDB BHD


Assalamualaikum.




Kepada pemborong yang berminat untuk memborong kurma,boleh cari di alamat ini..n3 ini tidak berbayar..
oleh kerana aku sering memborong di sini setiap tahun tidak ada salahnya aku berkongsi dengan anda semua..keyword n3 yang lepas pun mencanak tiba-tiba..


kepada pemanggil tempoh hari ini aku sertakan alamatnya anda boleh berkunjung di sini..

Zam-zam Trading sdn bhd
No 8 jalan Tib 1/19 Taman Industri Bolton Batu Caves Sel.












kita layan aje gambar-gambar yang sempat di candib..
harga satu karton Rm120,Rm110,Rm105 tengok pada jenama kurma itu sendiri...

beli sekotak dua juga boleh..kadar Rm9 dan Rm10..yang timbang juga ada..

Kurma-kurma yang ada di sini semuanya segar-segar belaka...seperti kurma najwa dan dll..
terdapat juga cuka kurma,butter pitaschio, kekacang,madu,kordial berbagai rasa..lai..lai..cepat-cepat memborong..

















 kekacang...buah tinn dan jeruk buah zaitun..





















Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan.”

Riwayat at- Tirmidzi


Abu Darda’ Rodhiyallohu ‘Anhu mengatakan:

“Tiga perkara yang aku cintai sementara manusia membencinya; kemiskinan, sakit dan kematian.

Aku mencintai kemiskinan kerana (menimbulkan) rasa tawadhu’ kepada Robb-ku, aku mencintai kematian kerana kerinduan kepada Robb-ku, aku mencintai sakit kerana (merupakan) penghapus kesalahan-kesalahanku"

Wassalam.



Friday, June 27, 2014

TERLAJAK LARIS REMPEYEK KACANG TANAH CINNAMON.COM

Terlajak laris,pinjam tagline D'Herbs ,"JANGAN MARAH HAH"...masih dibuka seminggu dari sekarang..balang besar dengan kadar rm25,balang kecil dengan kadar harga rm10..
Tempahan dibuka semula atas permintaan pelangan..lai..lai..lai...

Tempahan untuk minggu ini tidak lebih dari 10 balang ke bawah untuk balang besar dan 20 balang untuk balang kecil...

terima kasih kepada yang membuat tempahan,tempahan akan diterima seminggu sebelum raya..in shaa Allah
bermula semalam tempahan mula dihantar kepada peniaga-peniaga seantara...


so pm anytime from now....0192424688

biar menyelodok ke bawah rumah, asal mendapat telur ayam - biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok (merangkak).



p/s Tagigik lidah talapeh kecek
Tasingguang hati alun ta ubek
Alah banyak salah nan lah ta buek
Khilaf nan lamo usah di ingek
Salah nan baru jan lah di upek
Dek bulan Ramadhan lah samakin dakek
Barilah maaf walaupun saketek....

CENDUL HOMEMADE

Rindu sahabat semua...baik-baik saja ye...
aku datangnya ramadhan..tak bermenang tangan dengan tempahan..ini aje yang mampu aku buat demi enam suapan..

Bulan puasa hampir tiba, elakkan pembaziran. antara yang kita gemari dibulan mulia ini adalah cendul, apa kata kita buat sendiri....

anda hanya perlukan :

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 sudu air kapur makan/sireh
2 gelas air daun pandan.
1 besen air batu

caranya:

1. pandan di blender dan airnya digunakan untuk membancuh kedua jenis tepung yang dicampur dengan air kapur.
2. bancuhan itu dimasak atas api yang kecil, sentiasa dikacau sahingga berkilat.
3. sediakan sebuah besen yang berisi air batu, kalau anda punya peralatan untuk membentuk cendul lagilah bagusguna. jika tidak masukkan adunan yang dah pekat likat dan kental itu kedalam plastik tahan panas, kemudiamnya gunting hujungnya dan picitkan ke dalam besen air batu tadi.
4. dah pun siap cendul kita- ianya boleh di simpan dalam peti sejuk dan di gunakan ulang berulang selagi ada mengikut bagaimana anda suka...


halal lagi suci...

info dr sahabat fb..


ahlan ramadhan..
selamat menyambut puasa sahabat semua..jika ada tersinggung bahasa minta di maafin ye...

Wednesday, June 25, 2014

MINTA MAAF PUN TERSERLAH KEEGOAANNYA


Ada manusia minta maaf sebab hormat..kalau tak hormat tak nak minta maaflah..
kalau nak minta maaf tak payah cerita banyak-banyak,minta maaf je...nampak keegoannya di situ..


melepaskan anjing yang tersepit...

"KUTIPLAH WAHAI ANAK KECIL...


Tomato yang tidak elok menjadi makanan buat anak syria...


sedapnya tomato..rezeki tu,sayang, rugi kalau tak ambil..kutiplah wahai anak kecil,itu rezekimu.

MEREBUT WAKTU



Perjalanan waktu sudah semakin pantas,Lariannya memang sejak dahulu tidak pernah menanti sesiapa.Jika sesiapa yang terlewat ternyata sudah pasti tertinggal dibelakang.Beruntunglah bagi sesiapa yg sentiasa menghargai masa dengan melakukan perkara-perkara yang baik dan yang sering beramal soleh,yang saling pula ingat mengingati dan berpesan dengan kebenaran dan juga dengan kesabaran.tidak pula membiarkannya berlalu dengan percuma.Sebagaimana yang tercatat di dalam surah Al-Ashr.

Sebaiknyalah kita mengisi waktu dengan sesuatu yang memberikan seribu manfaat.Saya sebagai seorang ibu kepada empat orang anak terpaksa merebut waktu untuk di luangkan kepada anak-anak dan juga suami,kadang-kadang untuk diri sendiri tidak ada,tapi demi keluarga saya terpaksa bijak membahagikan waktu.Memasak, menerima bermacam-macam tempahan..memang best n mencabar..tak kaya tapi alhamdulillah..

maaf ye sahabat agak bz bila menjelangnya ramadan..
semoga puasa kita nanti mendapat barakah. Ahlan Ya Ramadhan.



Monday, June 23, 2014

LIMA HARI SEBELUM RAMADHAN

Assalamualaikum..sahabat.

lima hari sebelum ramadhan ..macam-macam boleh terjadi ..moga aku ada rezeki berpuasa bersama keluargaku..

kullu nafsin za iqatul maut..bersedialah aku!

belum sempat kita minta
belum sempat kita berdoa
kita dilahirkan sebagai muslim,
Ia nikmat yang cukup besar dari Allah



Moga Allah kurniakan kita syurga yang sering kita memintanya.
"La haula wa la quwwata illa billah
Kalimat yang menjadi salah satu dari harta simpanan di Syurga
 

Friday, June 20, 2014

JURUSAN APA DOKTOR,PEGUAM??


Jalan pintas ke syurga memang tak ada.
Jalan pintas ke neraka memang ada.
Banyak...

kabare, waras.?..you all kisah ke apa kos yang anak-anak nak ambil..doktor ka,loyar ka,jurutera ka,maritim ka,guru ka, ustazah ka, atau apa-apa saja ka... ada setengah ibubapa yang sibuk-sibuk nak tentukan anak nak ambil bidang apa..bagi aku,aku tak kisah,sebab yang nak studynya anak-anak..dioranglah lebih berhak..kita jadi penasihat sudah...bagi didikan agama dan doa untuk mereka...

kalau kita tak kisah,ada pulak saudara mara yang kisah..asyik ambil kisah je...last cakap pada anak, tak payah ambil kisah..hangguk dan geleng je..susahlah,nanti menyesallah..pandangan itu langsung tidak membantu..

kadang kita biarkan anak-anak yang buat keputusan,sebab mereka ada guru yang sentiasa memberi galakan,ambil itu,atau ambil ini..tengok pada keupayaan sendiri..

manusia biasanya fokus kepada masalah dan bukannya peluang, sebab itu hidup dipenuhi dengan masalah...pandangan asyik negatif aje..

selamat berhujung minggu...





Thursday, June 19, 2014

JUS EPAL ASAM BOI

Assalamualaikum teman-teman yang budiman..

Anakanda adibah sibuk di dapur,aku tak campurlah sebab dia tak suka aku tengok-tengok ..tak reti katanya..
sibuk masak untuk berbuka nanti..mamaanda ni dah letih..
macam-macam idea datang kalau lapar...menu adibah antaranya..sup ayam,ayam goreng dan sayur goreng..sedikit penambahan iaitu budu..

dengan cuaca membahang ni..elok sangat banyakkan minum air..jomlah, nak bagi resepi ayor epal ni..moh le kepada misinya...
Bahan-bahannya:
epal hijau
asam boi
gula





hampir berbuka tambahkan ais batunya...aku suka yang kurang manis...cubalah ye!.. sangat segar..

Wednesday, June 18, 2014

JANGAN BAGI ALASAN MACAM-MACAM!!!

Assalamualaikum.
Selamat petang..warga blogger..serius aku kebusyan sangat ni...

..kalau dah suka berblog comfrmlah ada n3kan...
sibuk macam mana pun,kita tetap bergelar "hamba" kepada PENCIPTA.jangan gopoh.
aku juga yang kemas rumah,aku juga yang masak,aku juga yang basuh kain,aku juga yang mengajar al-Quran,aku juga mengosok baju,aku juga yang mop lantai,aku juga basuh bilik air,aku juga yang menghantar dan menjemput anak-anak,aku juga belajar bahasa Arab dengan suami,aku juga sesekali bersila mendengar tazkirah suami dan mentafsir..aku juga ke pasar....aku juga mengingatkan makan ubat..urut suami...jadi pemandu,bila sesekali suami letih..aku juga kejutkan semua orang untuk tahajud...
yang paling penting aku masih boleh mendengar ayat-ayat suci ketika membuat tempahan..bluetooth n dengar melalui hp..kadang sambil menyanyi lagu selimut putih..ingat mati pula..manalah tahu kut-kut tengah masak...malaikat maut datang menjemput.
lakukan kerja selepas dhuha..in sha Allah lapang semuanya..solat dhuha melapangkan waktu dan mudah segala urusan..
kita jangan bagi alasan macam-macam...atas kita semuanya...sekarang aku sehat alhamdulillah,esok-esok tak tahu...

Makan untuk hidup atau hidup untuk makan...???

Monday, June 16, 2014

RESEPI CHAR KUEYTEOW ALA..ALA..


Assalamualaikum sahabat soleh dan solehah..

Asyik-asyik resepi..kau tak ada kerja ke nor...?semua orang pun tau masak benda nilah!..takpe..takpe..yang penting resepi char kueyteow ala aku..

ini aje yang sempat di masak,berhenti sekejap,hantar muhammad pergi sekolah,jemput iman dari sekolah,solat zohor...bersambung buat tempahan...petang-petang aku bertandang ye..




mulakan dengan misinya ye...

Bahan-bahan

50 gm kuey teow basah ( produk muslim 100%)
3 sdb sos tiram

2 sudu besar cili kisar
4 biji bawang putih dipotong kasar
5 biji cili padi
1 telor
2 – 3 ekor udang sederhana besar
50 sen Taugeh
Kucai dipotong 1 inci panjang
Garam (jika perlu)
1 sdk gula
Minyak masak

Langkah-langkah :
Panaskan kuali bersama minyak masak, tumis bawang putih, sos tiram dan cili kisar. Kacau sehingga sebati. ..masukkan udang..
Goreng di atas api besar. Masukkan kucai dan kuey teow basah, pecahkan telur dan kacau sehingga bergentel.
Masukkan taugeh,cili padi, Kacau seketika dan siap untuk dihidang. Semua proses mengambil masa selama 2 – 3 minit.
hidang,terus nggapp..di mulai dengan bismillah di sudahi dengan alhmdulillah.

Sunday, June 15, 2014

PEREMPUAN! JANGAN BAJET AYU SANGAT..!!

Assalamualaikum sahabatku...


Aku respect perempuan yang garang dan tak bajet ayu,
Perempuan yang tiada pakwe kerana menolak cinta dunia yang palsu,
Mereka tahu suatu perkara asas yang perlu iaitu :
"Aktiflah dalam berpesatuan, menuntut ilmu dengan slumber, bersuaralah pada kebenaran tanpa rasa segan, jangan terlalu menjaga penampilan sampai di depan cermin berjam-jam untuk menarik perhatian, berdakwah tanpa rasa gentar, berbuat baiklah tanpa rasa malu, buatlah apa jua tanpa menghiraukan keadaan yang melanda"
Kerana mereka tahu juga :
"Sampai suatu saat kau akan diuji dengan berat dan ketika itu kau amat memerlukan bantuan, Allah akan menghadiahkan kau seorang suami soleh untuk dijadikan teman"
Relaks, tak payah nak berlembut dan bajet ayu sangat sampai tak bergerak dalam persatuan,
Kau buat je apa sahaja dengan slumber,
Bila sampai masanya,
Allah akan bagi juga,
Si dia yang soleh di depan mata.

Yang ni ada kau aktif berpesatuan?
Ada kau slumber berdakwah tanpa segan?
Ada kau menuntut ilmu sampai pengsan?
Ada kau berani bersuara atas kebenaran?
Ke masih bajet ayu dan malu dalam pergaulan dan berpesatuan?
Kemudian lelaki mengorat kau bangga dan tak henti-henti meroyan?


P/S..garang macam anakanda iman soffea...


Saturday, June 14, 2014

PEAR WITH APPLE CRUMBLE


Sharing this easy Pear and apple Crumble from me....senang sangat..kos cuma rm15..
makan panas-panas bersama ais krim...



 bahan utamanya :

3 biji epal n 3 biji pear
3 sdb gula perang
1 sdb serbuk kayu manis
potong kiub buah2an ,masak bersama gula perang dan serbuk kayu manis,ketepikan..


75gm butter
1 cawan tepung gandum
serbuk badam anggaran 100gm
1 sdb gula
Sebatikan adunan di bawah sehingga menjadi serbuk roti.ketepikan...


yang telah di masak,letakkan di dalam bekas acuan..ratakan dengan serbuk roti ( adunan dibawah)..

setelah siap di bakar selama 20 minit dngan suhu 120 cls..



selamat mencuba resepi mudah...

Friday, June 13, 2014

COCONUT SHAKE WITH VANILLA ICE CREAM


Jom kita basahkan tekak dengan coconut shake with vanilla ice cream..sesuai sangat untuk yang sedang berpuasa...nak bagi idea ni,tak payah nak membeli bagai..buat sendiri lagi bagus..
yang penting kelapa tu haruslah dibeli,kalau ada pokok kelapa sendiri lagi bagus...ais krim juga boleh buat sendiri,ini kalau rajin sangat...lah.



Bahan-bahannya:

1. 1 jag air kelapa muda berserta isi..harga rm5.
3. 1/3 cawan susu cair
4. 3 sudu gula
 5. 1 scop ais krim vanilla ( atau ikut suka sendiri)
6. 1 setengah cawan ais cube.

Cara-Cara.

1. Masukkan kesemua bahan kedalam blender termasuk cube ice dan blend sehingga kesemua bahan hancur.
2.tuangkan coconut shake yang telah diblend.
3. Hiaskan dengan satu scop ais krim Vanilla.

selamat mencuba!!

Wednesday, June 11, 2014

RESEPI IKAN KRUKK..KRUKK TIGA RASA

Shobahul khair....
Semoga hidup diberkati Allah sentiasa..

Nampaknya akan berlambaklah resepi ..maklum mood puasa dah semakin hampir...



Bahan-bahan..

seekor ikan krukk..krukk..- cuci-rendam air asam-cuci bersih-gaulkan dengan garam dan kunyit-goreng garing
1 biji bawang merah besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili merah besar - kisar kasar
2 sdb cili kering kisar
1 sdb sos tomato
2 sdb besar sos ikan
1 sdb gula
3 sdb sos cili
1 sdb jus lemon
1 sdk kicap manis
1 potong nenas - potong kiub

1 batang saderi 
1 biji karot


koleksi pinggan mertua yang antik di warisi aku..
Cara-caranya..
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar kasar sehingga naik bau.
2. Tambahkan cili kering kisar, biarkan cili masak sebentar.
3. Masukkan sos tomato, sos ikan, gula, sos cili, jus lemon dan kicap manis, masak sehingga mendidih.
4. Tambahkan air gaul lagi dan tambahkan garam dan perasa.
5. Masukkan bahan-bahan yang dihiris halus bersama nenas,karot n saderi dan biarkan masak selama 5 minit.
6. Sediakan ikan didalam piring yang sesuai, tuang kuah yang telah dimasak diatas ikan dan hidangkan.
Selamat mencuba !!

SAMBAL PETAI HIJAU

Pada sesiapa yang berpuasa hari ni,esok dan lusa..knor nak bagi resepi..siap-siaplah ye..nak hilangkan baunya makan aje beras,atau minum air teh pudina, atau kunyah aje daun pudina tu..
lepas tu gosok gigi,tak puas hati juga ambil sesudu madu ..kalau tak hilang juga baunya,kunyah aje gula-gula fisherman,kalau tak...boleh makruh solatnya..

Ramadhan nanti elakkanlah makan petai ye..!?

Resepi; petai semestinya..tak suka abaikan ye..
setengah kilo udang (udang kuala selangor)..you alls belilah kat mana pun ye.
6 biji cili hijau
1 bawang besar
sedikit belacan
2 biji bawang putih


caranya:

kisar semua bahan
tumis hingga naik minyak,campak udang..bila nak angkat turn petai pula kena campak..barulah rangup petai tu..tak sedap kalau petai tu lembik lemau..jangan lupa perahkan jus limau..di akhirnya..angkat dan hidang..


Tuesday, June 10, 2014

NIKMAT SUNGGUH AIR KELAPA MUDA KISAR


Fuh..!! tertegak matahari atas kepala..tekak ku nan kering sentiasa..siang dan malam asyik nak minum ais sahaja..on penghawa dingin macam tak jalan aje...aku redha,tapi hati nak kecek juga...
nah ..air kelapa..nyaman.
air kelapa muda berserta isi, dan kisar..tambahkan kiub ais..sedapnya bila lalu pada anak tekak..nikmat sungguh..

bzzzz....sungguh..!

Sunday, June 8, 2014

HIJAB ARIASOFFEA


Bila anakanda Iman suka berfesyen..
siap bagi nama hijab Ariasoffea...mama suka...
bergaya dengan tudung Rm10...
perintah Allah wajib di patuhi...tak perlu tudung mahal-mahal...Allah tak suruh pun pakai tudung mahal-mahal...


Jauh lagi masyarakat daripada agama,maka dakwah wajib dipacu...

"Berhijab belum tentu baik imannya"  ye betul...tetapi wanita yang baik iman sudah pasti berhijab bukan?"Menutup aurat bukan jaminan tak berbuat dosa" - tapi sedarkah kita menutup aurat sudah pasti mengurangi dosa dan juga menggugurkan dosa kewajipan menutup aurat tersebut.
"Berhijab tidak menjamin selalu dekat dengan Allah" - tetapi yang pasti ia akan membuatkan diri si pemakai lebih kuat untuk ingin mendekati Allah..
Tidak keterlaluan dan sentiasa bersederhana dalam segala hal...

Model:Iman
Foto:Aku
Stylist:Adibah






Thursday, June 5, 2014

JEM MANGGA KUINI


Ini kes ramai kat rumah ni tak makan mangga kuini..so jadikan ianya jem..Terima kasih sangat-sangat pada adik..lain kali nak lagi ye..
Misi diteruskan dengan anakanda Muhammad..tukang kacau...

Potong mangga kuini,masukan gula melaka dan daun pandan.masak dengan kadar api yang perlahan..
dah siap masak bolehlah makan dengan roti atau lempeng...tinggal lebihan untuk buat sambal kuini..lebih enak dari sambal tempoyak...sebab rasnya lebih segar...



 selamat mencuba!

Tuesday, June 3, 2014

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)