Pages

Monday, November 21, 2011

Jawapan pertanyaan Munkar dan Nakir

Assalamualaikum.
Selamat pagi,Alhamdulillah di sini saya lagi.....

Disebutkan dalam Hadis, tatkala mayat diletakkan dalam kubur, maka datanglah dua malaikat yang hiram-hitam dan sama melirikkan kedua matanya, suaranya seperti guruh, penglihatannya seperti petir yang menyambar yang dapat membakar bumi, keduanya bersiung dan mendatangi mayat di sekitar kepalanya.

Maka berkatalah solat,"Janganlah engkau berdua mendatangi mayat di sekitarku sebab solat yang dilakukannya setiap siang dan malam kerana takut dari tempat ini. Kemudian kedua malaikat mendatangi mayat di sekitar kedua kakinya. Kedua kaki itu berkata : " Janganlah kamu berdua mendatangi mayat di sekitar kami, sebab ia beserta kami berjalan untuk berjemaah kerana takut dari tempat ini.Lalu keduanya mendatangi di sebelah kanannya sambil berkata, shadaqah jangan engkau datangkan kepadanya di sekitarnya kepadaku, "Seseungguhnya ia bersedekah kerana takut dari tempat ini. Lantas keduanya mendatangi mayat di sebelah kirinya, Puasanya mengatakan : "Janganlah kamu berdua mendatangkan kepadanya di sekitarku, sebab ia letih dan dahaga kerana takut dari tempat ini.

Kemudian Mayat bangun seperti bangunnya orang dari tidur, sambil berkata: " Hendak apa engkau berdua datang kepdaku?" .Lalu mayat mengucapkan :"ASYHADU ANLAA ILAAHA ILLALLAAH"=Aku bersaksi tiada tuhan melainkan Allah". Kedua malaikat bertanya : " Bagaimana kamu mengucapkan hak Muhammad SAW". Maka mayat mengucapkan :WAASYHADU ANNA MUHAMMADAN RASUULULLAAH=Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah. Kemudian dua malaikat mengatakan : "Engkau hidup mu'min dan mati mu'min pula".

Nota:Ketahuilah apabila seorang mayat itu telah kuburkan dan telah ditinggal pulang para manusia yang sama mengusung dan mengiringkan, maka datanglah kepadanya dua orang malaikat munkar dan nakir.  Jadi pada prinsipnya semua manusia yang mati pasti di tanya atau disoal setelah matinya .Apabila mayat itu seorang mukmin, maka solatnya ada di samping kepalanya, puasa ada di sebelah kanannya, zakat ada di sebelah kirinya dan kelakuan-kelakuan seperti sedekah, silaturrahim dan kebajikan ada di dekat kedua kakinya.

Wassalam.

10 comments:

  1. Soalan bocor tapi tanpa bekalan yang cukup kita tidak akan mampu menjawbnya.

    ReplyDelete
  2. soalan semua org mmg dah tahu.. tp serasanya masih ada juga yg x mampu menjawab apabila ditanya kelak.. kerana apa? perjalanan hidup yg tak begitu sempurna.. byk kelalaian duniawi dari bekalan akhirat.. nauzubillah..

    ReplyDelete
  3. Amalan kita semasa hayat dikandung badanlah yg akan mbantu kita menjawabnya nanti...

    ReplyDelete
  4. semua yg hidup pasti akan merasai mati...moga Allah ambil nyawa kita dlm keadaan husnul khatimah...dan moga ditempatkan dlm gologan org yg beriman...

    ReplyDelete
  5. takutkan bila baca pasal munkar dan nakir ni..

    ReplyDelete
  6. sy x dpt byg kn mcm mn muka kedua2 malaikat ni...

    ReplyDelete
  7. tak dapat di gambarkan waktu itu...

    ReplyDelete
  8. Kalau cerita pasal mati,memang tersangat takut,eloklah ada perasaan itu,kerana mati itu pasti,semua orang akan mati,bila dan bagaimana hya Allah SWT saja yang tahu...biarlah setiap percakapan kita dengan menyebut Allah,Allah,Allah.

    ReplyDelete
  9. tq sebab ingatkan sy tentg kematian...sy ni lalai & leka je....Allahuakbar....

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)