Pages

Friday, December 2, 2011

Seketul daging..

Assalamualaikum.

'Niat orang mukmin lebih baik daripada amalannya' (al-Baihaqi dan Ar-Rabik).

Apabila seseorang pemimpin mempunyai roh yang rosak maka kepimpinannya tidak adil, kejam, dan pentingkan diri.Boleh digelarkan sebagai perosak bangsa, agama, dan negara.

Apabila anggota batin yang rosak berada dalam diri orang kaya, maka orang kaya itu bersikap kedekut, tamak, sombong, lintah darat dan membazir.

Apabila hati ulama sudah rosak, maka ulama itu menjadi penjahat iaitu ulama suk.Dia menggunakan ilmu bagi membeli kepentingan dunia iaitu menggunakan ilmu Allah untuk mendapat pangkat, nama dan duit semata-mata.

Apabila seorang pemuda dihuni oleh roh yang rosak, maka pemuda itu banyak menghabiskan masa dengan berfoya-foya, berangan-angan , melepak-lepak, berhibur yang melampau dan berseronok-seronok. Tenaga sasa disia-siakan tanpa memberi faedah khidmat pada masyarakat.Ada sesetengahnya seperti sampah masyarakat sampaikan orang lain terpaksa menguruskan mereka .Banyak sudah wang dibelanjakan untuk mengatasi masalah mereka seperti masalah dadah, budak-budak liar, mat rempit dan sebagainya.

Apabila roh hati yang jahat ada pada orang miskin, maka orang miskin itu berkeluh kesah, gelisah, rusuh, kusut dan malu kepada orang yang lebih daripadanya.Mereka merasa dengki dan berdendam dengan orang kaya. Mereka tidak sabar dan tidak redha dengan kemiskinan yang menimpa dirinya.

Apabila roh yang jahat berada dalam diri pada gadis remaja dan kaum wanita, maka mereka berlawa-lawa, bersolek-solek dan bergaya bagi menarik perhatian orang terutamanya lelaki supaya tergoda. Sesetengahnya pula sanggup menjual diri untuk mendapatkan nikmat dunia.

"Ada seketul daging dalam diri anak adam. Apabila daging itu baik, maka lahirlah manusia yang baik.Apabila daging itu rosak, maka lahir manusia yang rosak.Daging itu adalah roh atau hati"(Riwayat Bukhari dan Muslim)

nota: Apabila hati mahu, semuanya menjadi. Apabila hati tidak mahu, semuanya tidak menjadi.

Wassalam.

11 comments:

  1. Jika ingin membaiki hati, baikilah solat.

    ReplyDelete
  2. jika rosak hati, rosaklah seluruh anggota..

    jom baca (",)
    erti qada yang sebenar

    ReplyDelete
  3. tak nak daging yg busuk ada dlm diri ini dan juga keluarga kita...mohon dijauhkan dan sentiasa mendapat hidayahNya.

    ReplyDelete
  4. tak sembahyang pun darah pun daging pun ada titik hitam kak...

    ReplyDelete
  5. mcm ade lagu nasyid tu :)
    jaga lah hati jgn kau kotori ~~~

    ReplyDelete
  6. Apa yang jelas selama hari ini hati yang menentukan perilaku kita di dunia ini,tanpa ada hati mungkin kita menjalani hidup dengan penuh sengsara..hati adalah pusat kpd semua aktiviti harian kita..terus ke otak,hingga seluruh tubuh..hati saya skrg ni....??

    ReplyDelete
  7. MAT SOM -ye betul baikilah solat..selalu tengok2kan mcm mana solat anak2..tegur selalu..kalau nak solat,solatlah mcm mana Rasulullah solat.bacaan Rasulullah panjang tu, tak mmpu lg nak ikut..buat apa yang kita mmpu buat.

    ReplyDelete
  8. thx for d info ... nice one.

    jom baca kejap..=0
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/tuntutan-ifc.html

    ReplyDelete
  9. anak anak ibarat kain putih..ibu bapa lah yg mencorak nye..corak lah dari kecik supaya besar leh jadi insan yg berguna..:)

    ReplyDelete
  10. ye...nice...hati perlu dijaga..jgn di biar kan menjadi itam...

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)