Pages

Thursday, December 29, 2011

"Welcome".. tu tak ada..

Assalamualaikum.

Pernah tak rakan -rakan jumpa situasi begini:

1.Sedang berjalan-jalan terjumpa satu kedai Melayu,contoh kedai menjual tudung,anda masuk,tercari-cari tudung, kalau-kalau ada yang berkenan,anda ternampak perkerja Melayu,duduk di kaunter,sambil pegang hp,buat tak tahu aje dengan  pelangan,bagi salam pun tidak buat bodoh aje.
Bila kita tanya sesuatu,maka di jawabnya "Semua ada dekat situ"hp pun masih di tangan.Bila kita dah beli,haram nak cakap terima kasih,sebaliknya pelangan yg berterima kasih tentang layanan hapraknya.

2.Pergi pula restoran Melayu,berjalan masuk,cari tempat dan duduk.Datang le pekerja untuk mengambil order,siap! ,maka pergi la pekerja itu.Tengah menunggu makanan sampai,maka terpandanglah seseorang duduk di kaunter,emm tengah melepak,relax,pegang hp lagi,sedangkan pekerjanya lari sana,lari sini melayan pelangan,apa la salahnya membantu sekali,kalau ye pun dia bos.Dah tiba untuk bayar pula,sampai di kaunter,boleh pula Melayu tu buat panggilan,sedang kita terconggok berdiri depan dia untuk bayar,bayangkan anda ketika itu,dah le makanannya tak sedap mana,mahal pula ,berdiri sepuluh minit menunggu dia selesai bercakap.

Berjalan lagi,tiba-tiba terjumpa la satu kedai melayu yang jual barang-barang halal,kedai islamik,kedai jual produk-produk yang seratus peratus orang Islam.Kesian,sunyi aje kedainya.
Berjalan untuk tengok-tengok kalau-kalau ada yang berkenan,ada ternampak madu asli,kismis,kurma dan sebagainya.Saya ambil dua kotak kurma dan bayar,tiba-tiba mesin duit pula tak boleh pakai,rosak katanya,bayar macam tu aje la,resit tak ada,ok fine.
Memang slow sangat,tapi tak apa,tujuan hanya untuk membantu kedai yang di buka oleh orang Islam,dalam hati berkata,kenapa kalau orang melayu buka kedai macam ni sambutanya,tapi kalau bangsa lain.
Ok apa jadi selepas tu,dalam kereta buka la kurma tadi,nak tengok segar ke tak,bila saya buka aje,maka keluar la kumbang dari dalam kurma tu,sah kurma lama masih di jual dengan harga Rm15,buka lagi satu,sama juga,memang tak boleh makan,bukan rezeki saya,sebaliknya rezeki kumbang-kumbang tadi.
Saya pergi balik kedai tadi untuk pulangkan balik,tak cakap banyak,maka duit di kembalikan.

3.Dalam perjalanan balik,tengok papan tanda yang terlindung dengan pokok yang sangat rimbun,memang kalau orang yang tak biasa mengunakan jalan itu,memang boleh sesat.Hai mana pekerja-pekerja yang berwajib,mana jalan yang berlubang-lubang lagi,tidur ke?punya la famous jalan tu,tak kan tak nampak kut.Banyak sangat cuti kut...?

Sampai untuk masuk parking kat rumah sendiri,belok kiri,mak ai,jalan dah jadi tempat parking,terpaksa la makan jalan orang lain,dekat-dekat rumah saya ni ada restoran cina yang memang happening,suka hati je diorang tu parking,tak pula kena saman,tengahari pula tu.Kereta yang ikut petak parking suka hati diorang je nak saman,Bayangkan rumah sendiri,tapi bila parking kena bayar,rumah bukan sewa,saya beli rumah kat sini..dah bertahun tahun saya bayar parking,kereta pula ada dua biji,nasib baik yg satu lagi suami bawa ke tempat kerja,yang satu lagi terpaksa saya parking jauh-jauh,nak mengelakkan dari kena saman..

Ke semua di atas sering berlaku,kesian dengan orang Melayu kita,bila la agaknya Melayu nak maju dalam berniaga,ubah la sikap,jadikanlah contoh bangsa-bangsa lain berniaga,peramah,mesra,dan utamakan pelangan, berniagalah untuk semua bangsa masuk,jangan target untuk melayu saja.Lihatlah yang besar-besar semua di monopoli oleh bangsa lain.Dah ada peluang tu berniagalah dengan bersungguh-sungguh.Situasi 3,jangan makan gaji buta,tak berkat..nanti tempiasnya kena pada anak-anak, bodoh jadinya nanti..

Nota:Hak kepada yang berhak...


Wassalam.

14 comments:

  1. scenario biasa yg kita nampak. Tapi ada satu kedai Islam di Plaza Angsana Skudai kakak salute, even yg beli budak kecik pun dia layan dgn baik. Siap tolong cari apa yg anak kakak nak. Tahu apa dia? majalah ana muslim bulan lepas sebab dah terlewat miss... tapi dia boleh dapatkan juga. Baikkan...

    ReplyDelete
  2. situasi 1 tu memang sy pernah kena jugak akak..kurang mesra...senyum pon tak..nak membeli pon ilang mood..huhu

    ReplyDelete
  3. urmm. sikap melayu yg hnya nk seng,,,

    ReplyDelete
  4. namoaknya sikap org kiat masih tidak berubah

    ReplyDelete
  5. Kakzakie -tak semua yg tak senonoh kan..tapi banyak yang tak senonoh..penyakit "konon" tebal sgt..

    ReplyDelete
  6. haah..betul..lagi baik makcik indon yang jual..penuh budi bahasa...=]

    ReplyDelete
  7. yupppp kalau masuk kedai melayu mmg cam tu, agaknya dia orang 'malu' kot nak promite2.. macam minta sedekah? padahal mereka peniaga so kene la layan pelanggan... bab parking kalu p kawasan cina kekadang sampai 2-3 lapis parking, yuppp yg peliknya x da plak kene saman, kabel kuat kee??

    ReplyDelete
  8. lame x ziarah akak....mm budi bahasa :) kak, slamat thn baru ye..

    ReplyDelete
  9. biaso gak alami situasi tuh...mmg menyakitkan hati..

    ReplyDelete
  10. wah, saya kagum dengan luahan akak... mmg betul.. orang selalu pesan, kita melayu kena bantu sesama melayu.. tapi nak bantu camna, orang melayu kita sendiri yang x mau majukan diri sendiri.. beri layanan yang kurang senang dgn pelanggan..

    cuba lihat tokey2 cina... kalau boleh siap nak cium2 kaki pelanggan dgn layanan yang puas hati...

    ReplyDelete
  11. kalau layan degan baik,,orang pon akan suka dengan kita..tak mustahil nak datang lagi kan..;)

    ReplyDelete
  12. Selalu sangat kena...

    boleh tambah sikit tak..?hehe..
    Dulu takut nak pegi ke mana-mana kaunter jab kerajaan..sebab kerani kat kaunter garang-garang...(tapi bila dah keje kerajaan..saya pastikan saya berikan layanan yang terbaik dpt saya berikan..walaupun saya tak stay kat kaunter..)

    sory kalau menyinggung sesiapa..

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Hilangkan mengantuk saya baca hampir semua entri akak. Best! saya terkena juga bab buang2 masa tgk tv, hadap pc. Anak2 dbiar bmain sepatutnya buat keja2 bfaedah. Saya nak buat peraturan baru yg akhirnya akan jadi budaya.

    ReplyDelete

Terima kasih banyak-banyak kesudian anda datang ke sini,saya amat menghargainya.

Labels

rezeki (8) sakit (5) hadiah (4) solat (4) ilmu (3) kek (3) muhasabah (3) segmen.. (3) .... (2) Malaikat (2) Neraka (2) aktiviti (2) hati.. (2) lelaki (2) makan (2) sumber dr buku 150 wasiat Rasulullah utk wanita (2) sumber.. (2) ............ (1) AKU... (1) Adab... (1) Alien (1) Azab (1) Azan (1) Begini (1) Celaru........ (1) Iblis . (1) Jangan-jangan (1) Kerana Allah. (1) MAMA (1) PROTON PREVE (1) SEGMEN (1) Speech (1) Tasbih.. (1) Yang terpuji.. (1) ajal (1) al-Quran (1) al-kisah (1) amal (1) anak (1) anakku (1) animation (1) approval.. (1) asal (1) aurat.. (1) bau (1) berkumpul dua thn sekali (1) berniaga. (1) berniaga.. (1) bila malam (1) binatang.. (1) bumi (1) bunga. (1) busuk.. (1) cahaya malam.. (1) cake (1) culture shock.. (1) cup cake (1) dakwah.. (1) dish (1) do (1) doktor (1) dosa (1) dr buku..-- (1) dunia sementara.. (1) dunia yg fana.. (1) exam..anak-anak. (1) familyku (1) fitnah dunia (1) gua (1) hasil.. (1) hati (1) hati... (1) hidup.. (1) human (1) ilmu. (1) indahnya (1) indahnya kampung (1) insaf (1) insaf. (1) islam (1) jangan jadi kelab rakan syaitan (1) jangan main2 ye.. (1) jawab soalan (1) jemari.. (1) juadah (1) kari murunggai (1) kenduri kampung (1) kerenah anak-anak (1) lagi2 sakit..nak buat macam mana..dah tu...? (1) lukisan suami (1) manusia.. (1) masa (1) masak utk mereka yg sakit (1) mata (1) matang.. (1) matematik (1) mati. (1) maut (1) mempelam (1) menangis takut kpd Allah SWT. (1) menu sIhat..?? (1) merepek (1) mertua (1) miskin (1) muhammad (1) mumia (1) nasi beriani (1) neraka. (1) nikmat..pada buah (1) non.muslim (1) pasti.. (1) pcl n family.. (1) penyakit hati.. (1) penyakit... (1) pergi tak kembali.. (1) perihal anakku (1) perjalanan kamu wahai anak2 masih jauh (1) perumpamaan (1) pilih lauk mentah (1) polka... (1) positif (1) resepi keli (1) resepi koci labu (1) resepi tako (1) resepi tiramisu azhan.. (1) rezeki.. (1) riya (1) roh.. (1) sabar ye... (1) saja-saja (1) saja-saja. (1) santai sabtu...ahad.. (1) sedekah (1) sedikit angin (1) sehat. (1) sejarah bola sepak (1) selalu minta pada Allah dpt khusuk dlm shalat.. (1) semua kerana Allah (1) senaman. (1) solat jumaat. (1) sumber dr buku.. (1) sunny (1) syurga. (1) tegas (1) tempahan.teman. (1) tetamu/abang (1) tidur siang hari (1) timbangan (1) tip (1) tiru.. (1) ulama (1) untung nasib.. (1) yang terpuji (1)